pasukan polls di tanah melayu semasa bermula...

25
PASUKAN POllS DI TANAH MELAYU SEMASA BERMULA KEMPEN KEGANASAN KOMUNIS SEHINGGA PENGISYTIHARAN UNDANG-UNDANG DARURAT: 1947 - OGOS 1948 HASSAN YUSOF PR.D* PENGENALAN Thlisan ini akan memaparkan satu tinjauan khusus secara ringkas mengenai sejarah komunisme eli Thnah Melayu. kempen pengerahan bekas-bekas anggota Malayan People Anti Japanese Army (MRUA). Parti Komunis Malaya (PKM) serta pergerakan buruhnya dan akhimya keganasan bersenjata komunis pada tallUn 1948. Perkembangan ini perlu e1igalurkan kerana ianya ada kaitan secara langsung dengan sejarah pasukan polis eli Malaysia. Pasukan polis waklu itu telah e1igunakan sepenuhnya oleh kerajaan. bagi mengalasi masalah- masaIah yang e1itimbulkan oleh buruh yang e1ikuasai oleh PKM dan pasukan polis juga telah e1igunakan sepenuhnya dalam memerangi keganasan bersenjata komunis sejak bulan Jun 1948. Setelah e1idedahkan peristiwa-peristiwa eli alas. barulah dapat eIilihat perkembangan mendadak pasukan polis dari tahun 1948 hingga ke 1952. Perkembangan mendadak ini sudah tentu akan membawa masaIah-masaIahnya sendiri terutama dari segi perlaksanaan dan kesannya ke alas anggota-anggota pasukan. Tanah Melayu telah mengalarni keadaan Darurat akibat daripada keganasan bersenjata komunis eli antara tahun 1948 hiogga 1960 dan peristiwa pemberontakan komunis ini telah mempengaruhi perkembangan institusi kepolisan Thnah Melayu. Masalah kebangkitan komunis adaIah masalah Penulis adalab lulusan Doktor FaJsafab di Jabatan Sejarah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Upload: others

Post on 05-Sep-2019

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PASUKAN POllS DI TANAH MELAYU SEMASA BERMULA …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3123/1/MDSS_1997_25_1.pdf · diarabkan supaya meneruskan aktiviti sulit mereka 11 Anggota-anggota

PASUKAN POllS DI TANAH MELAYU SEMASA BERMULA KEMPEN KEGANASAN KOMUNIS SEHINGGA PENGISYTIHARAN

UNDANG-UNDANG DARURAT: 1947 - OGOS 1948

HASSAN YUSOF PR.D*

PENGENALAN

Thlisan ini akan memaparkan satu tinjauan khusus secara ringkas mengenai sejarah komunisme eli Thnah Melayu. kempen pengerahan bekas-bekas anggota Malayan People Anti Japanese Army (MRUA). Parti Komunis Malaya (PKM) serta pergerakan buruhnya dan akhimya keganasan bersenjata komunis pada tallUn 1948. Perkembangan ini perlu e1igalurkan kerana ianya ada kaitan secara langsung dengan sejarah pasukan polis eli Malaysia. Pasukan polis waklu itu telah e1igunakan sepenuhnya oleh kerajaan. bagi mengalasi masalah­masaIah yang e1itimbulkan oleh buruh yang e1ikuasai oleh PKM dan pasukan polis juga telah e1igunakan sepenuhnya dalam memerangi keganasan bersenjata komunis sejak bulan Jun 1948.

Setelah e1idedahkan peristiwa-peristiwa eli alas. barulah dapat eIilihat perkembangan mendadak pasukan polis dari tahun 1948 hingga ke 1952. Perkembangan mendadak ini sudah tentu akan membawa masaIah-masaIahnya sendiri terutama dari segi perlaksanaan dan kesannya ke alas anggota-anggota pasukan.

Tanah Melayu telah mengalarni keadaan Darurat akibat daripada keganasan bersenjata komunis eli antara tahun 1948 hiogga 1960 dan peristiwa pemberontakan komunis ini telah mempengaruhi perkembangan institusi kepolisan Thnah Melayu. Masalah kebangkitan komunis adaIah masalah

• Penulis adalab lulusan Doktor FaJsafab di Jabatan Sejarah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Page 2: PASUKAN POllS DI TANAH MELAYU SEMASA BERMULA …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3123/1/MDSS_1997_25_1.pdf · diarabkan supaya meneruskan aktiviti sulit mereka 11 Anggota-anggota

MAlAY.S'iA dan seg; SEJARAlI

keselamatan dalam negeri. Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab pasukan polis menerajui gerakan memerangi komunis yang begitu hebat membunuh, melakukan sabotaj, menyerang balai-balai polis, mengugut orang ramai dan melakukan berbagai bentuk kezaliman lain. Di samping itu, polis juga terpaksa meneruskan peranannya sebagai institusi penguatkuasaan undang-undang utama di Tanah Melayu, penjaga keamanan dan lain-lain tugas kepolisan.

Dalam strategi menyeluruh menentang komunis, pembesaran pasukan polis dan tindakan mempercekapkannya diberi tumpuan. Kerajaan pada masa itu merasakan hanya pasukan polis yang kuat, cekap dan berkemampuan sahaja holeh memperkesankan strategi tersebut. Justeru itu, menjelang tahun 1950 pasukan polis telah muncul sebagai pasukan keselamatan yang terbesar dengan keanggotaan seramai 161,281 orang. Dari jumlah tersebut, 31,164 adalah polis tetap, 44,117 polis khas (S.C.) dan 86,000 polis tambahan.

SEJARAH RINGKAS KOMUNlSME DI TANAH MELAYU YANG MEMBAWA KEPADA KEGANASAN BERSENJATA KOMUNlS

Latar Belakang Tahun-tahun 1921-1922 menandakan permulaan percubaan menyebarkan fahaman komunisme di Tanah Melayu.l Perkembangan ini ada kaitannya dengan kesedaran politik orang-orang Cina di Tanah Melayu. Ada yang berpendapat bahawa bagi kebanyakan orang-orang Cina mereka tinggal di sini hanya semata-mata untuk mencari kekayaan dan selepas itu mereka akan balik ke negeri China. 2 Oleh yang demikian mereka memberi perbatian yang lebih dan melibatkan diri dalam perkembangan politik yang berlaku di negeri China.

Pada bulan April, 1930, Parti Komunis Malaya (pKM) dan Kesatuan Buruh Am Malaya telah ditubuhkan. Kedua-duanya diletakkan di bawah kuasa 'PQ1I Pacific Trade Union Secretariat' di Shanghai, iaitu teraju kuasa Biro llmur Jauh pihak Comintern.'

Walaupun PKM tidak dapat berkembang dengan begitu pesat, ia telah

Khoo Kay Kim, "1971n2, Komunisme di Tanah Melayu: Peringkat AwaI", dim. Ju17UJl Sejarah, Universili Malaya, Jilid X, Kuala Lumpur. him. 89.

2 "Malaya in Peace and Turmoil". 1948, dim. The World TodDy, Jilid lV, Bil. 10. 1948, him. 421.

3 Anthony Short, 1975. "The Communist Insurrection in Malaya. 1948-1960", London: Federick Muller Ud., him. 20.

Page 3: PASUKAN POllS DI TANAH MELAYU SEMASA BERMULA …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3123/1/MDSS_1997_25_1.pdf · diarabkan supaya meneruskan aktiviti sulit mereka 11 Anggota-anggota

msUKAN POUS DI TANAH MEUru SEMASA BERMUU KEMPEN KEGANASAN KOMUNIS _ SEHINGGA PENGISITlHARAN UNDANG-UNDANG DARURAT: 1947 - OGOS 1948

dapat bergerak dalam lIua aktiviti penting. Pertamanya adaIah melalui rusuhan­rusuhan kaum buruh pada tahun 1936 dan 1937. PKM telah berjaya mempergunakan keadaan kemelesetan ekonomi dunia ke atas kaum buruh di

Malaya. PKM telah menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa untuk menganjurkan permogokan. Thnjuk perasaan yang besar telah berlaku di

Batu Arang pada bulan Mac, 1937'< Pihak British telah menahan mereka yang terlibat dengan kegiatan PKM atau sekutunya.

Pada tahun 1939 semasa perang meletus di Eropah, PKM mempunyai seramai 37,000 ahli.' Apabila tentera Jepun mula menyerang Malaya pada 8 Disember 1941, PKM menawarkan keIjasama kepada British di Thnah Melayu dan tawaran tersebut telah diterima oleh British.6

Kerajaan British telah bersetuju membebaskan semua ahli PKM yang sedang berada dalam penjara setelah ditangkap oleh polis kerana kegiatan­kegiatan menentang kerajaan. PKM pula setuju menghantar pemuda­pemudanya ke '101 Special Training School' di Singapura.' Menjelang kejatuhan Singapura pada 15 Februari 1942, bra-kira 200 orang komunis telah dilatih. Mereka ini bersama-sama anggota-anggota British, Cina dan Melayu yang lain telah masuk ke dalam hutan belantara di Malaya untuk menjalankan kegiatan-kegiatan gerila.

Gerila-gerila ini telah dibahagikan ke dalam kumpulan-kumpulan kecil mempunyai rangkaian dengan ibu pejabat negeri serta unit-unit daerah dan regimen-regimen di seluruh Tanah Melayu. Keseluruhan pasukan ini kemudiannya dinamakan 'Malayan People's Anti-Japanese A17IIY' (MPAJA).

Pada tahun 1943, Britain dan Amerika Syarikat telah mula mencapai kejayaan dalam peperangan dengan Jepun. Dengan ini pada bulan Mei tahun tersebut sekumpulan keeil gerila British dari pasukan "Force, 136" telah dihantar dari India ke pantai barat Tanah Melayu untuk menghubungi gerila­gerila Cina. Pasukan ini diketuai oleh Kapten John L.H. Davis, seorang pegawai polis di Malaya sebelum perang. Beliau akhirnya berjaya

4 Ibid. Juga lihaI J.N. Parmer, 'Chinese Estate Workers' Strikes in Malaya in Marcb 1937, dIm. C.D. Cowan, 1964, The £CoMmie Deyelopment of South·EaSf Asia, London.

5 Harry Miller, 1972, lungle War in Malaya, Arthur Baker, London. hlm. 28. 6 IbicL, hlm. 29. 7 Antbony Sbort, op. cit., blm. 21. ' 101 Special Training Scbool' adalab sebuab pusat

latiban kbas yang ditububkan oleb pibak Britisb di Singapura apabila mereka sedar babawa tentera Jepun akan dapat menawan Semenanjung Tanab Mel.yu dan Singapura. lUjuannya untuk menyediakan satu gerakan geril. yang akan menentang pibak Jepun selepas pengunduran pihak Britisb.

Page 4: PASUKAN POllS DI TANAH MELAYU SEMASA BERMULA …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3123/1/MDSS_1997_25_1.pdf · diarabkan supaya meneruskan aktiviti sulit mereka 11 Anggota-anggota

MALAYSIA dar; segi SEJARAH

menghubungi Loi Talc, pemimpin PKM dan mendapat kerjasamanya 8 Untuk membantu perjuangan MPAJA, "Force 136" akan membekalkan senjata, wang, latihan dan perkhidmatan rawatan"

Pada bulan April 1945, kemungkinan penawanan semula Tanah Melayu oleh Tentera Berikat menjadi jelas kepada pihak PKM. Oleh yang demikian ia mula memilih pejuang-pejuangnya untuk membentuk satu pasukan rahsia MPAJA . Tempat-tempat menyorok senjata ditentukan untuk digunakan kemudiannya oleh "tentera rahsia" PKM di dalam perjuangan anti-British selepas perang nanti. Menjelang penyerahan kalah tentera Jepun pada bulan Ogos 1945, ''Force 136" telahpun memberikan sebanyak 2,000 senjata api kepada MPAJA yang mempunyai 10,000 orang anggota untuk digunakan dalarn perjuangan menentang pihak Jepun.1O

Akan tetapi kebanyakan senjata api ini sebenarnya disembunyikan oleh anggota-anggota MPAJA atas arahan PKM. Sebilangan besar daripada bekalan senjata api yang dibekalkan itu telah dilaporkan hilang oleh MPAJA. Senjata­senjata ini kemudiannya telah digunakan oleh PKM untuk menentang British pula selepas tamatnya Perang Dunia Kedua

• Kempen Pengerahan Bekas-Bekas Anggota MPAJA Sebenarnya ramai daripada kalangan komunis yang tidak bersetuju dengan Parti yang telah membubarkan MPAJA. Walaupun MPAJA telah dibubarkan apabila negera dikuasai kembali oleh British tetapi gerila-gerilanya telah diarabkan supaya meneruskan aktiviti sulit mereka 11 Anggota-anggota gerila ini juga dinasihatkan supaya menantikan masa yang paling sesuai, bilarnana khidmat mereka diperlukan oleh Parti Komunis Malaya (PKM).

Ada beberapa faktor penting yang menyakinkan PKM untuk memanggil semula bekas anggota-anggota MPAJA. Pertamanya bekas MPAJA mempunyai pengalarnan yang luas. Sebahagian besar daripada mereka telah menjalani latihan-Iatihan ketenteraan sarna ada secara sulit atau pun berganding dengan pihak British.'2 Bekas gerila MPAJA ini juga terdiri daripada tokoh-tokoh politik yang telah banyak menimba pengalarnan semasa zaman pemerintahan Jepun dan selepasnya

Kedua, bekas gerila ini mempunyai sifat-sifat taat setia yang tidak

8 Anthony Sbor~ op. cit., him. 23. 9 Ibid. 10 Harry Miller, Jungle .. . . , him. 3(}'31. 11 Political Intelligence Journal, 1948, No. 12, 30 June. 12 Political Intelligence Jourrwl, 1948. No. 13.

A _

Page 5: PASUKAN POllS DI TANAH MELAYU SEMASA BERMULA …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3123/1/MDSS_1997_25_1.pdf · diarabkan supaya meneruskan aktiviti sulit mereka 11 Anggota-anggota

PASUKAN POUS DI VlNAH MElAYU SEMASA BERMUlA KEMPEN KEGANASAN KOMUNIS SEHINGGA PENGISYTIHARAN UNDANG·UNDANG DARURAT: 1947 • OGOS 1948

berbelah bagi kepada Parti, amanah dalam menjalankan tugas dan yang utama sekali mereka merupakan anggota-anggota gerila yang benar-benar terlatih. Ketiganya, adalah taktik komunis supaya mereka lari bersama-sama senjata yang dibekalkan serta menyembunyikannya, dan kemudiannya kembaIi semula dengan senjata-senjata itu untuk menentang British bagi menyempurnakan hajat untuk mendirikan sebuah negara komunis . Keempat, PKM memang memerlukan khidmat bekas anggota MPAJA ini memandangkan jumlah mereka yang ramai, iaitu kira-kira 5,800 orang yang berkhidmat dalam "tentera terbuka" dan kira-kira 4,700 orang pula berkhidmat dalam "tentera sulit".

Menjelang bulan Jun 1948 kerja-kerja pengerahan bekas anggota-anggota MPAJA dijalankan dengan amat berkesan, terutama di Perak, Johor dan Selangor. 13

Pengerahan tenaga bekas-bekas MPAJA ialah kerana tindakan kerajaan hendak mengharamkan PKM, dan juga serentak dengan langkah-Iangkah Parti Komunis melancarkan perang bersenjata terhadap kerajaan. Pengerahan tenaga MPAJA merupakan penggerak utama sebagai gerila menentang kerajaan dan justeru itu bekas-bekas MPAJA telah diarah supaya kembaIi ke tempat asal mereka di hutan dan bukit-bukit serta mendapatkan semula senjata dan alat-alat perang yang disembunyikan semasa pembebasan Jepun dahulu.

Setelah mendapat senjata dan alat-alat perang, PKM melaksanakan pula taktik di mana anggota-anggota gerilanya tinggal dan bergaul dengan orang­orang kampung yang terdiri dari orang-orang Cina. Mereka kini lengkap dengan senjata dan apa yang mereka kehendalci ialah bergaul dengan orang­orang kampung, bermesra dengan mereka dan akhimya secara beransur-ansur nanti mendapat kerjasama yang amat dikehendaki oleh komunis.

Satu lagi sebab mengapa anggota-anggota gerila mendekati orang-orang kampung ialah, revolusi yang dirancangkan ini bukanJah perjuangan jangka pendek. Ianya merupakan perjuangan bersenjata yang mungkin berlarutan. Kejayaan-kejayaan awal komunis telah mendorong Parti supaya berusaha dengan gigih lagi menjalankan kempen-kempen perang gerila melalui suatu lagi taktik iaitu, "establishment of Communist Government in liberated areas".

TIdak keterlaluan kalau dikatakan di sini bahawa dari tabun 1945 hingga 1948 merupakan perkembangan gerakan komunis penuh dengan cabaran. Taktik derni taktik diperkenalkan oleh PKM secara terbuka bagi mendapatkan restu dari pihak British. Antara taktiknya ialah kerjasama dengan parti-parti polilik yang berhaluan dengan cita-cita komunis. Sekali lagi taktik ini menemui

13 Basic paper on the Malayan Communist Party.

5

Page 6: PASUKAN POllS DI TANAH MELAYU SEMASA BERMULA …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3123/1/MDSS_1997_25_1.pdf · diarabkan supaya meneruskan aktiviti sulit mereka 11 Anggota-anggota

MALAYSIA dari segi SEJARAH

jalan buntu. dan PKM akhirnya membuat keputusan bergerak dengan memperaIatkan kaum buruh dan peketja Bagi PKM pada masa itu nampaknya ini sahajalah satu-satunya strategi perjuangan yang boleh menjaminkan kejayaan dalam menamatkan kekuasaan British di Malaya. ApabiJa taktik berselindung di sebalik kaum buruh dapat diperkukuhkan dan kemudian menggunakan propaganda. maka PKM setelah membuat pengerahan tenaga MPAJA. menyediakan bekalan senjata. menubuhkan kawasan-kawasan yang dibebaskan dan akhirnya menunggu detik yang paling sesuai iaitu melancarkan suatu pemberontakan melalui senjata

Parti Komunis Malaya dan Pergerakan Burub Pada bulan Jun 1948. terdapat 302 buah Kesatuan Sekerja di Tanah Melayu dengan keanggotaannya seramai 150.000 orang. Dan jwnlah tersebut, sebanyak 129 buah Kesatuan Sekerja dengan keanggotaan seramai 82.000 orang adalah di bawah kawalan PKM. iaitu melalui Pan Malayan Federation Trade Union (PMFTU). Hampir keseluruhan pegawai-pegawai kesatuan ini terdiri daripada anggota-anggota PKM sendiri yang langsung tidak mempunyai apa-apa pengalaman dalam pekerjaan di lombong-Iombong. ladang-Iadang getah ataupun di kilang-kilang.14

lni jelas menunjukkan bahawa pengaruh PKM di dalam Kesatuan SekeJja masih ada dan kuat. Memandangkan perkara ini amat merbahaya maka kerajaan pada masa itu telah meluluskan undang-undang yang mengkehendaki ahli jawatankuasa sekerja di estet-estet mestilah terdiri daripada pekerja-pekerja yang bekerja di sesuatu industri itu sahaja. Jadi akibat dari terlaksananya undang-undang ini. maka PMFTU tidak bergerak, kerana ia tidak dapat memenuhi syarat-syarat untuk menjadi suatu Persekutuan Kesatuan Buruh.

ApabiJa pemimpin-pemimpin itu menyedari yang kerajaan sedang bertindak mengambiJlangkah-langkah tertentu untuk menyekat pengaruh dan kuasa mereka ke alas Kesatuan Sekerja, maka pemimpin-pemimpin itu lantas meninggalkan jawatan-jawatan mereka dalam Kesatuan Sekerja itu lalu bergabung dengan tenaga gerila pengganas komunis di dalam hutan."

Oleh hal yang sedemikian dasar PKM untuk menguasai dan mengawal pertubuhan-pertubuhan secara sulit menjadi terlalu sukar untuk dijalankan. 16

14 Alex Josey. 1954. Trade Unionism in Malaya. Donald Moore, Singapore. him. 11. 15 Sir Henry Gurney, t.th. Communist Banditry in Malaya, Government Press, Kuala

Lumpur. him. 2. 16 M.R. Slenson. 1969. Repression and Revolt: The Origins of tM 1948 Communist Insur·

rectum in Malaya and Singapore Ohio University. hlm. 5.

Page 7: PASUKAN POllS DI TANAH MELAYU SEMASA BERMULA …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3123/1/MDSS_1997_25_1.pdf · diarabkan supaya meneruskan aktiviti sulit mereka 11 Anggota-anggota

ItISUKAN POllS DI 1ANAH MElAYU SEMASA BERMUlA KEMPEN KEGANASAN KOMUNIS SEHINGGA PENGISYTIHARAN UNDANG·UNDANG DARURAT: 1947 • OGOS 1948

Di atas kesedaran dan keazaman kerajaan untuk membenteras pengaruh komunis dari terus menjalar ke dalarn masyarakat Tanah Melayu maka kerajaan mengadakan beberapa undang-undang yang memberi kuasa kepada poliS untuk menghalang individu-individu yang di luar Kesatuan SekeIja untuk berucap di dalarn mesyuarat yang diadakan di lombong-Iombong dan di ladang-Iadang getah.

Polis juga telah menggunakan undang-undang bagi menyekat pemimpin­pemimpin kesatuan yang mahu menimbulkan suasana menggugat ketenternman awarn daripada memasuki tempat-tempat bekerja atau pun kawasaIi di dalarn ladang-Iadang getah.

Pendaftaran ke atas semua anggota-anggota Kesatuan Sekerja yang dimulakan di akhir tahun 1946 itu telah dapat diselesaikan pada pertengahan tahun 1947. llndakan ini mengakibatkan pengawasan yang lebih teliti oleh poliS ke atas setiap kegiatan Kesatuan SekeIja

Kemudian pada bulan Februari dan Mac 1948, kerajaan mengarnbil tindakan memperkenalkan undang-undang serta peraturan tidak membenarkan sesuatu Kesatuan SekeIja yang menyumbangkan wangnya kepada sesuatu Persekutuan Kesatuan SekeIja yang tidak didaftarkan. Malah kerajaan juga membenarkan wujudnya suatu pengawalan berpusat ke atas All-Malayan Council of Rubber Workers' Unions. Kemudian di atas a1asan yang sarna juga, kerajaan menguatkuasakan Ordinan Persatuan Sekerja yang menghararnkan sebarang persekutuan Persatuan SekeIja yang di dalarnnya mengandungi lebih daripada satu jenis keIja atau perusahaan. 1Ujuan Ordinan ini ialah untuk menghancurkan sarna sekali PMFTU.'7

Dengan itu adaIah jelas buat PKM bahawa telah tidak ada lagi cara demokratik baginya atau organisasi hadapannya untuk bersaing secara terbuka untuk mendapatkan pengaruh politiknya. Oleh sebab itulah maka ahli Jawatankuasa Pusat PKM merasa yakin dan percaya bahawa konfrantasi secara kekerasan dengan kuasa penjajah sebenarnya adaIah satu keperluan dan tidak dapat dielakkan." lni dengan jelas dapat dilihat dari ucapan \Vice of the Workers yang menyuarakan pendapat umum buruh pada 5 Mei 1948 yang menyatakan:

By prohibiting the parade on the strength of their reactionary lines and ordinance, military and police it has caused the workers to change their method of struggle. No more open

17 Ibid .• blm. 13. 18 M.R. Stenson, 1969. Repruswn and Revolt. blm. 13.

Page 8: PASUKAN POllS DI TANAH MELAYU SEMASA BERMULA …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3123/1/MDSS_1997_25_1.pdf · diarabkan supaya meneruskan aktiviti sulit mereka 11 Anggota-anggota

MALAYSIA daTi ugi SEJARAH

and lawful means. There is only one way 10 pursue - the secret and unlawful one. 19

Pacta penghujung bulan Mei 1948, kerajaan telah meluluskan undang­undang yang dikenali sebagai Trade Union Amendment Ordinance, yang mengakibatkan PMFTU dan badan-badan gabungannya telah diisytiharkan hararn. Pengharaman PMFTU bermakna saluran penghubung dan penyambung PKM yang paling berkesan dengan rakyat telah dapat dimusnahkan oleh kerajaan. Walaupun PKM dapat mencari ganti saluran penghubung iaitu dengan menubuhkan Nin Yuen (People's Movement)2. namun pertubuhan ini adalah railsia dan haram. Kegiatannya terhad kepada propaganda, pengambilan orang baru, mencari makanan, mencari malclumat dan mengutip wang. Dengan penguatkuasaan Ordinan-Ordinan yang menyekat pergerakan Kesatuan Sekelja ini membolehkan polis mengambil tindakan secara berkesan bagi menyekat aktiviti-aktiviti PMFTU atau pun PKM dan dengan itu PKM tidak akan dapat melancarkan tunjuk perasaan atau mogok dan kegiatan memeras ugut ke alas orang ramai." Oleh itu selepas ini PKM melancarkan gerakan rnilitan ganas secara kekerasan bersenjata.

Kempen 8ersenjata Komunis Apa yang mungkin mengkagumkan kita ialah' sejak tahun 1942 sehinggalah diharamkan pada tahun 194822 PKM telah wujud sebagai sebuah parti politik yang sah. Setengah orang mengatakan mengapa PKM tidak mengambil peluang dari saat pengunduran Jepun untuk merampas kuasa kerana itulah masa yang sesuai dan di kala itu PKM dikatakan berkemampuan berbuat dernikian.

Sebenamya PKM tidak berbuat dernikian kerana memang di luar keupayaan puak rnilitan komunis. Keduanya pihak komunis mengamalkan dasar sederhana yang mana PKM mahu supaya mereka betjuang alas landasan barisan bersatu. Ketiganya, memandangkan pacta suasana politik Tanah Melayu waktu itu, peluang PKM untuk memerintah negara ini memang tipis. Amat tidak logik bagi komunis yang bermusuh dengan orang Melayu ekoran dari

19 Ibid., blm. 17 20 Libat PB.G. Waller, 1967, Notes on the Malayan Emergency, Strategies and Organiza.

tion of the Opposing Force, Stanford Researcb Institute, Menlo Park, California, Marcb, blm. 13.

21 M.R. Antbony Stenson, 1970, Industrial Conflict in Malaya, blm. 203. 22 Ekoran dari pengisytibaran Darurat pada bulan Jun. PKM dan badan-badan politik ang

lain seperti PETA, dan MPAJA Ex·Services Comrades Association !elab dibaramkan.

8

Page 9: PASUKAN POllS DI TANAH MELAYU SEMASA BERMULA …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3123/1/MDSS_1997_25_1.pdf · diarabkan supaya meneruskan aktiviti sulit mereka 11 Anggota-anggota

PASUKAN POllS DI1ANAH MElAYU SEMASA BERMUUo KEMPEN KEGANASAN KOMUNIS SEHINGGA PENGISYI'IHARAN UNDANG·UNDANG DARUR.4T: 1947 • OGOS 1948

tindakan Komunis Bintang TIga, secara spontan hendak mengenaIkan sistem komunis di negeri ini. PKM harus menantikan saat apabila sebahagian besar orang Melayu dapat dipengaruhi dengan fahaman dan peljuangan komunis. Selepas itu barulah boleh dilancarkan pemberontakan menentang kerajaan British. Oleh yang demikian tahun-tahun selepas pengunduran Jepun tidak sesuai bagi PKM untuk melancarkan pemberontakan dan terpaksaIah komunis menunggu sehingga tahun 1948.

Oleh itu PKM daIam satu mesyuarat Parti, The Fifth Plenum of the Central Committee, pada 10 Mei 194823 telah menggariskan bahawa, perancangan masa depannya mestilah berpandukan garis-garis berikut:

i. 'Organisation leadership ' over the masses organisation was to be withdrawn and substituted by 'political influence' from the Party. An 'open cadres' ordered to remain in the open should stand firm on their pasts to continue criticising and attacking British Imperialist Policy and measures, and to incite the masses to rise up and struggle against the British Imperialists. Thus endangered the dislike of MCP leaders in coming into the open.

ii. Illegal actions were to be adopted to avoid a"est and court trial for the preservation of cadreship.

iii. The new task of the PMFTU was no longer to direct the activities of the labour unions but to serve as a propaganda platform to incite the workers against the British Imperialist. 24

Dengan bertambahnya berbagai-bagai rupa persediaan oleh PKM, maka pada pertengahan bulan Mei 1948 araban telah dikeluarkan supaya dilancarkan Peljuangan Bersenjata secara besar-besaran.25

DaIam menjayakan kempen bersenjata 1948 ini, PKM memang telah merencanakan langkah-Iangkah tertentu yang harus diambil. Oleh sebab itu, maka suatu mesyuarat Jawatankuasa Pusat PKM diadakan daIam bulan Mac

23 Basic paper on the MaJayan Communist Party, lihat juga F.O. 371184481, "Communism in Singapore and Malaya. Memorandum 0100 Secretary of State for the Colonies, Present Day Situation and Duties of the MCP".

24 Ibid., him. 4. 25 Basic Paper on the MaJayan Communist Party.

9

Page 10: PASUKAN POllS DI TANAH MELAYU SEMASA BERMULA …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3123/1/MDSS_1997_25_1.pdf · diarabkan supaya meneruskan aktiviti sulit mereka 11 Anggota-anggota

,H,r\l ..... Y'YJA. t! ... , • • ,.~, Sf;J,".ll.tll

1~ Jan J.:CPUIU$aJ) Idall wambi! sU[1aya ?K:-"\ mcngikuu das:v revolUSIOIll:r dan agrcsi( IbJam mcnghlldapi limlakan lrernjaan. Mcsyuaral flu ju~a 1l:1al! nli,:ngcluarxa.tl S3lU dok.umcn yang: hcn.lJuk "SuasJn~ flari lni". Y.ll1g cuba rnembual ;malisls n1<!ngCllai pcrgolakan (IOlilik d. Tanall Mela~1J dan juga ntem1OOllll:.:l,1l kct>angkitaJl pcrju •• ngan IIICI'lCnl3JIg penJaj3b.'·

D:L~ar blllJ PKM hendakl3b dimuI.lkan dcngan salU kempcn kcganasan wn ~"TllhunuluJ\. kCOluwannya t>:srul;~1 dll1.t1judkan ~m~()nl .. 1k;1I\ ~njilla.

Olcll hal yang o.:miki311 SllU sin pcmllgo\:an <1M lUnjuk pera~aan berlal(v dI Sin~arura Palla hulan April tlan Mel 1948 . d:UI semangal JlCllmgok;m ini lIIa\!bak pula kc P~rsckUluan TaJl:lIl Mdayu. MOg\1k dan IImjuk po.:rasaan iru (hiringl pula 1!~ng:lJl pclllcrasan 11:\11 ugulall kc 3l:l.~ huruh. mCUlhal<.ar kilang­kilang !!~Iall dan IIIcrnhunuh pcl'l~u~a.ha·renglL~aha. dan rcnguru.\'pcn~urus l:ulan\! . " -

Namun K\.>pulusan muklamad llan Icrakhlr unlul\ PKM mel:lllcark:iD pcr;uJ~ scpenuhnya adalah di;ullh,1 hany~ kira..l(jra du:! minggu $all!lja ~h<:lUID uhan)'~ III JUII I \l~I\. iailu p3!1a akhir ~atu mCS)Uaral r.U>_~la yang whadiri

"Ieh anll!!Ola·an~gol:l F\lll1hum PKM. y;tI18. lliMak3n pada akhj, hulan Mel [94!; yang dijalallkan lIi ll.1l3lll hu!>tn di anl:lrJ henlung dan Raub d.i negeri PalMng. ,.

DI daJ:l.nl lIIcS)'U3I1l1 peming d:1ll tCI1UIUP ini. anggola P\llitbunl PKM OlcraJ1caogk;\J1 ullluk ~ra.ng. ,\111,,1;1 pcntin,pln PKM yanl! hadir i3.lah Cilio Pengo $ctJ"u.<aha f\gung l'KJ\.f, yang ma.~a iw haru sajn b<:rusia 26 !,'\hun. BcHau mcngarnbil allh jawatan Wn LIlI T:tk." ()a];un mcsYUar.ll !Ct'Sehul .. _._ ----------26 I~Jr'n\il'n (I( ~llby~ lQ~J . . -\ ."nl'lrr "~fIrlry t;f (N MoI,.nun COm7n!lr.bt Pa~" (c.t'rr

r .. l.:rulo\l>. om\."( t\' IDe: Ull~1(1t Ilf rnl<lhf::cll~ . K.,i\L, l.urrtrLlf. N()\"crnhct, hlm. 27 . 27 /1,.41. ~H N. fta/''<I, Ie)'}), ·t~ l-\~Jr ('1 tlu Runr.'Il,. /)",,'1, Will~lIl' ('·~'IIII'I ..... IJJlldt'n , blm . 28.

29 (j,H Till loCt.cn.uU)'a mc.rlJrakoln ~cn \~mj.'\.lJ\ Britiih )';\Il": I'(rt.lnuut:~''''''"b Jl\CO~"')

If\,lkl\Jm.,, k"r':'!a kC'r.3F'Vl . ~~ ... ~ pcndut1uk.:.n J('pun ~ch.,u ru.mr.u~}'" ~bn JUP rnc:nd3J1Al 1 :\~,U13.n i$tlln<;:~·." "hr'pati.l kc.r.:LJQ:!.n Jtf'~rl dl Stn!t .... J1l1r. . I.oi TA',;: t-.crt.."tguIIRIQ\oII.~ .100:.,\(;\ Itmg~ufl~ h:l~i kcg>l.B:U.'U1 \:\"lmnn i~mc di M:IoI.'LytL, (l:\lnm 5o."\lU

UK!'5)"U,\r.I1 J"W.lLi\lU;U:l.'i.i.I f'U'oOJt I'KM pnw buLUl fdtl"\l:&rt. Iq~7. Uti Tak [cJ.ili t.iuutiun

toeh.'"ig.:\1 ~4lf;vJg If,l1'lCl'>( 1J;)~H · dl~. heli:l.u I'UK" dike-em ~tMg':l1 bt-I\J n. ... Uf lClclV'l;vJ

y.UI.~ :Lk;1l1 ~runluhb.tl rcrt~b\Jb..'l..n [It,.,-, P:u.b " J\i.,,= t.:IJlun Ec:n.(t-Uc.. r."'Uu poCoi ,L'UISt.lJl bwat.ll1ku;t,Q Pu.s.:.z tcf.;lh ,hr::lJ')CMp.otI

".:uk 1I\<t"'~;O""~k.'V1 gilik"" ~rlwap I", 11ll:. ttL",i bel.."., .i.iU: ;n<Ll~t;,.j"u., din. ~l\C!n:~my., hf1i:J'I l~ltL1J ul.C l ;m~ruJ "ltn i'lp."'ltdt" w;d.\I ~1'"1Wl\ k~tluLJu\:.;lnIl~· n runs tMt.(Io"U

tlmngk in lC'.nkJ.1l1 Chin I\c: 11 G, ~UJ1~ t-cr.l. ... l1 ,Lvi Sit i.1w:1Il. Yc: r:l.k ts::~...n ~JI ;"ntlk: IJ\( r.;j.ltiJ S(Ii.'\",,",lu A?unllt PKM y.VliC .,~., Sw Lh.\.I NflCJ S;vt.rr. n,C' "';U of 1M R"f\r';ftR IhI;'J. W,Ul..vn C,ll1jn!O. t .. ' llIJnn, hltn 3~, I\nth",,) !;lJ\llt. f'P C'tJ. hlru . .l9 . . 1l dVl U3."l"y

MLlJ['1. MtJr~L'~ I:lnt M

10

Page 11: PASUKAN POllS DI TANAH MELAYU SEMASA BERMULA …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3123/1/MDSS_1997_25_1.pdf · diarabkan supaya meneruskan aktiviti sulit mereka 11 Anggota-anggota

PASUKAN POllS DI 7i\NAH MELAYU SEMASA BERMULA KEMPEN KEGANASAN KOMUNIS SEHlNGGA PENOISYTIHARAN UNDANO-UNDANO DARURAT: 1947 - OOOS J94B

e1irancangkan iaitu dari kawasan pembebasan inilah tindakan-tindakan ketenteraan ak:an dilancarkan ke alas pekan-pekan, karnpung-karnpung, jalan­jalan keretapi, manak.ala Gerak:an Rakyat atau Min Yuen ak:an bertindak untuk memusnahkan ekonomi dan keamanan serta keselamatan negara. Kemuelian barulah pasukan bersenjata gerila PKM akan memulak:an medan perjuangan menentang British, yang akan e1isokong oleh negeri China, jika periU.

Dalam persidangan itu juga dasar kekerasan e1itekankan dan Chin Peng telah membongkar rahsia penyelewengan dan penderhakaan Loi Thk. Di dalam peIjumpaan itu, Chin Peng menuduh bahawa Loi 'Thk lah bertanggungjawab menyebabkan kegagalan pergerak:an komunis eli Thnah Melayu pada masa itu. Loi 'Thk yang e1ianggap bergeliga itu yang memimpin PKM, sebenarnya ada\ah seorang yang bukan komunis. Dia ialah seorang agen railsia British. Chin Peng kemuelian buat pertama kali telah menerangkan strategi-strategi yang akan e1ijalankan iaitu peIjuangan PKM e1ibahagikan kepada tiga peringkat

Peringkat pertama ial~ tindakan menyerang ladang-Iadang getah dan lombong yang terpencil, serta juga pegawai-pegawai kerajaan dan polis eli karnpung-karnpung dan pekan-pekan keeil, lantas memaksa dan mendesak British meningga\kan kawasan-kawasan luar bandar itu UDtuk mempertahankan kawasan-kawasan pekan yang lebih besar. Chin Peng amat yakin sekali bahawa cara ini akan mendatangkan kejayaan besar pada PKM memandangkan kepada kebolehan gerila-gerila yang telah e1iuji eli masa Jepun dahulu.30

Dengan itu peringkat kedua akan bermula pula eli mana kawasan desa yang e1itinggalkan oleh British itu akan dinamakan "Kawasan Bebas", dalam mana, eli kawasan inilah nantinya tapak-tapak pergerakan gerila akan e1itubuhkan. Di kawasan inilah juga, nantinya, anggota bersenjata PKM ak:an e1iperbesarkan dengan melatih rekrut-rekrut dari Gerak:an Rakyat yang dinamakan Min Yuen yang akan bersedia pula untuk melaksanakan peringkat ketiga. 31

Peringkat ketiga merupakan kemuncak dan peIjuangan cita-cita mereka untuk menegakkan Republik Demokratik Rakyat Malaya itu. Ini dilakukan dengan mengembang dan memperluaskan lagi "Kawasan Bebas" itu."

Pengerahan bekas anggota-anggota MPAJA mendapat sambutan baik, khususnya dan sebilangan besar bum Cina. Bekalan senjata telah e1iperolehi dan unit-unit buruh komunis begitu bersemangat mengikuti dan mematuhi

30 Noel Barbae. 1971, TM War of the Running Dogs, William Collins & SoDS, Londoo. him. 32.-34.

31 Ibid. 32 Ibid.

11

Page 12: PASUKAN POllS DI TANAH MELAYU SEMASA BERMULA …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3123/1/MDSS_1997_25_1.pdf · diarabkan supaya meneruskan aktiviti sulit mereka 11 Anggota-anggota

MALAYSIA dtui segi SFJARAH

perintah Parti. Yang membanggakan mereka ialah, kewujudan kawasan­kawasan bebas komunis. Jadi dalam suasana semangat yang berkobar-kobar itu kempen-kempen keganasan telah dilancarkan oleh pihak komunis.

Pelancaran kempen ini dibuat atas a1asan-a1asan berikut. Pertamanya, PKM mendapati punca kekuatan ekonomi dan politik British di Tanah Melayu bergantung kepada getah dan bijih timah. Justeru itu keadaan ekonomi negara boleh terjejas jika serangan dilakukan ke atas ladang-Iadang getah dan industri­industri bijih timah. Di samping itu, kempen keganasan ini juga melibatkan aktiviti membunuh kumpulan buruh yang belot kepada PKM, pengurus, pengusaha-pengusaha ladang, pelombong-pelombing bijih dan pegawai­pegawai kerajaan.33 Komunis berpendapat dengan strategi ini mungkin dapat melemahkan seterusnya menjatuhkan pemerintahan British di Tanah Melayu.

Keduanya, PKM sudah begitu yakin dengan kebolehan gerila-gerilanya dalam sesuatu gerakan menentang tindak tanduk British. Jadi, pada peringkat ini Komunis berikhtiar untuk terus melemahkan kedudukan British dengan cara membunuh anggota-anggota polis, pegawai Special Branch dan orang­orang temama kerajaan dengan satu motif penting, iaitu menjatuhkan morale mereka semua. Ketja-ketja membunuh ada1ah tanggungjawab mobile units (skuad bergerak) dan mereka ini terdiri daripada 10-20 orang dan ditempatkan di kawasan-kawasan setinggan dan bandar-bandar yang berdekatan, dan juga di pinggir-pinggir hutan.34 Mengikut laporan polis:

Their main activity will take place in the outlying areas . . .. they will carry out lightening raids in urban areas, under prominent members of the KMT."

Ketiga, kempen keganasan anjuran PKM ini dilancarkan alas alasan untuk mengembalikan semula semangat perjuangan komunis dalam arus melancarkan pemberontakan bersenjata. Semangat yang lama dan pudar yang ditinggalkan oleh puak moderate itu perlu dikikis dan suatu corak perjuangan secara revolusi telah diikuti.36

Menjelang bulan Mei 1948 keganasan yang dilancarkan olek PKM tiba ke peringkat yang merbahaya. Di Perak, Selangor dan Johor komunis telah

33 Political Intelligence Journal, 1948, No. 12, 30 JUD.

34 Ibid. 35 Ibid. 36 Ibid.

12

Page 13: PASUKAN POllS DI TANAH MELAYU SEMASA BERMULA …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3123/1/MDSS_1997_25_1.pdf · diarabkan supaya meneruskan aktiviti sulit mereka 11 Anggota-anggota

PASUKAN POUS D11ANAH MElAYU SEMASA BERMUlA KEMPEN KEGANASIIN KOMUNIS SEHINGGA PENGISYrIHARAN UNDANG-UNDANG DARURAT: 1947 - OGOS 1948

melakukan pembunuhan, penculikan, peras Ugut dan membakar. 37 Dalam bulan lun pula kempen keganasan berjalan dengan rancak, dan poliS melaporkan seperti berikut:

... the first half of June there were 19 cases of murder and attempted murder, in the second half there were 26 murders, 22 attempted murders and 2 cases of arson. The stage had been reached when attacks on Police Stations and isolated villages were being made, and the cold-blooded murder of 3 European rubber planters left no doubt as to the anti-white nature ofthe MCP campaign. 38

Kempen peras ugut telall dilancarkan secara besar-besaran dan yang menjadi mangsa komunis ialall tuan-tuan estet dan lombong bijih yang kaya. 39

TIdak terkecuali dari menjadi sasaran komunis ialall penduduk-penduduk kampung dan setinggan. Dal.-.m konteks ini poliS melaporkan:

Villages in some areas are forced to pay attribute to the insurgent army. and even squatters are made to pay their contribution either in money or supplies, whether the squatters are sympathiser with the insurgent or not . .. . The insurgents are also augmenting their finances by a straight-forward robbery and kidnapping. 40

Di lohor, kempen pembunuhan secara kejam agak berleluasa, sebagaimana yang dilaporkan, 13 kes bunuh berlaku di antara 1 hingga 15 Ogos 1948 dan 11 kes keganasan berlaku di antara 7 hingga 12 Ogos 1948." Thrdapat beberapa insiden yang boleh dipaparkan di sini, iaitu misalnya yang berlaku di Telok Sengat Estate di Kola TInggi pacta 7 Ogos di mana seramai 50-60 pengganas komunis telall melalrukan satu pembunuhan kejam ke alas

pengurus estet tersebut serta membakar seluruh bangunan estet tersebut. 42

Insiden kedua berlaku di Regam (Gan Teng Siew Estate) di mana komunis sekali lagi telall melakukan keganasan terhadap pekerja-pekerja estet dan pacta 20 Ogos sekumpulan,pengganas memasuki Coronation Estate di Keluang,

37 Political Intelligence Journal, 1948. No. 14, 31 Julai. 38 Political Intelligence Jourruzl, 1948, No. IS, 15 Ogo., Supplement No. II, him. 15. 39 Ibid, him. 56. 40 Ibid. 41 Political Intelligence Jourrwl, 1948, No. 12, 30 Jun, him. 570. 42 Ibid.

13

Page 14: PASUKAN POllS DI TANAH MELAYU SEMASA BERMULA …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3123/1/MDSS_1997_25_1.pdf · diarabkan supaya meneruskan aktiviti sulit mereka 11 Anggota-anggota

MALAYSIA dari seg; SEJARAH

dan mereka telah membunuh dan juga membakar setor estet, dua buah rumah asap dan melakukan kerosakan-kerosakan yang lain."

Seperkara yang menarik dalam menyatakan tentang kempen keganasan komunis ialah penglibatan Malayan Peoples' Anti­British Army (MPABA), yang jelas menunjukkan bahawa PKM mempunyai unit tentera khas dalam menjayakan kempen keganasan mereka itu." Mengikut PKM, tentera komunis itu merupakan tentera rakyat, "under the leadership of the van­guard of the people . .. the Communist Party of Malaya, to unite with various friendly parties, armies and all compatriots of Malaya on the basis of struggling for complete liberation and jointly fight to the end. ".,

Justeru itu, di kawasan-kawasan setinggan di mana kebanyakan daripada penduduk terdiri daripada orang-orang Cina, telah menjadi kawasan terpenting kepada PKM. Kalau dulunya setinggan-setinggan ini menolong dan membantu PKM di atas dasar bencikan Jepun, maka pada kali ini kekuasaan British. Setinggan-setinggan ini secara sedar atau tidak sedar adalah tidak memaharni keadaan sebenarnya mengenai politik. lni ialah kerana bentuk kerajaan yang pernah mereka ketahui ialah "Kerajaan MPAJA (PKM)", yang telah beljaya mengalahkan Jepun dan sekarang ini berusaha pula untuk membebaskan mereka daripada penindasan British." Sejajar dengan perubahan dasar dan sikap ini, maka PKM menukarkan MPAJA itu menjadi Malayan Peoples' Anti-British Army atau kependekannya MPABA.

Pada bulan Jun 1948 terdapat sebanyak 119 kejadian yang dilakukan ke atas sasaran-sasaran biasa, ditambah pula dengan serangan-serangan ke atas pengurus-pengurus ladang, balai-balai polis, dan merosakkan landasan keretapi dan sejumlah pemimpin-pemimpin Kuomintang (KMT). Jadi dapat dilihat dengan jelas akan peningkatan perkembangan dasar ugut dan ganas PKM ini. Pada mulanya mereka membinasakan harta benda British kemudiannya semakin hebat kempen ugut dan ganas itu, maka sasaran-sasaran penting ialah anggota polis, merosakkan landasan keretapi, balai-balai polis dan

43 Ibid. 44 Ibid., him. 571. 45 F.O. 371169695, P.S. Scrivener, Commissioner General, Singapore kepada J.N. Hamlin,

American Consul_General, Singapore, bertarikh 24 November 1948. 46 K.S. Sandhu, 1964, ''The Emergency Resettlement In Malaya", Journal of Tropical

Geography, No. 18, him. 10.

14

Page 15: PASUKAN POllS DI TANAH MELAYU SEMASA BERMULA …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3123/1/MDSS_1997_25_1.pdf · diarabkan supaya meneruskan aktiviti sulit mereka 11 Anggota-anggota

PASUKAN POllS DI TANAH MEUoYU SEMASA BERMUU KEMPEN KEGANASAN KOMUNIS SEHINGGA PENGISYTIHARAN UNDAHG·UNDAHG DARURAT: 1947 • OGOS 1948

membunuh orang-orang kenamaan. Keretapi juga menjadi sasaran serangan pengganas Komunis. Mereka menyerang KlM dengan empat kaedah, iaitu sabotaj landasan dengan memasang bahan letupan, menembak keretapi yang sedang bergerak dengan menggunakan senjata ringan, membakar setesen keretapi dan telegraf dan wayar tablet Pendapatan KlM ·terancam kerana penumpang keretapi malam kian merosot di zaman Darurat. Ia juga terpaksa mengeluarkan belanja besar untuk keselamatan keretapi dan mengambil masa yang begitu lama untuk menarik semula minat orang ramai menggunakan perkhidmatan itu sebaik sahaja Darurat diisytiharkan tarnat pada tahun 1960. Keseluruhannya sepanjang zaman Darurat 1948-1960, mengakibatkan Keretapi Tanah Melayu mengalarni 197 kejadian kegelinciran, 171 kali ditembak oleh pengganas, 18 setesen musnah, 580 alat telekomunikasi dan semboyan rosak, 441 kejadian sabotaj landasan dan jambatan, 78 lokomotif musnah!' Dalam tempoh itu juga 36 penumpang terbunuh dan 161 orang tercedera.

Serangan daripada pengganas reda mulai 1958. Jadi, dapatlah dikatakan

bahawa gerakan kempen ugut dan ganas itu dilancarkan dengan teratur dan meluas yang disusun dan dirangkakan oleh PKM. TIndakan ugut dan ganas ini juga sebenarnya sejajar dengan ajaran Lenin yang mengatakan bahawa dengan menggunakan cara-cara ganas, man sebuah pertubuhan kecil yang ditadbirkan dengan teratur akan dapat menakluki sebuah negara. Apa yang seharusnya dibuat oleh para pengganas-pengganas komunis itu ialah menyerang dengan cepat dan tangkas untuk membunuh dan mengganas, kemudian kembaIi lagi ke daIam hutan sebelum polis sampai dan bertindak. Sebenarnya, cara ini adaIah amat mudah dilakukan. lni ialah kerana, pihak polis, walau bagaimana cekap sekalipun tidak akan dapat mengawal seluruh negara, yang luas dengan kawasan-kawasan ladang dan lombong yang terpenciL

Dasar ugut dan ganas PKM ini adaIah amat merbahaya dan Malcolm MacDonald mengatakan:

The Communist aim is to destroy the whole prospect of internal Malayan unity and freedom, and of Malayan partnership with Britain and the Commonwealth. The defeat if the Communist is an absolute condition of this prospect being realised. The longer their terror is maintained, the more chance they have of achieving their destructive purpose."

47 Akhbar Utusan Malaysia, 1991, 12 Oktober, him. 8. 48 Malcolm MacDonald, 1952, "Politics in Malaya", Malaya, January, him. 17.

15

Page 16: PASUKAN POllS DI TANAH MELAYU SEMASA BERMULA …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3123/1/MDSS_1997_25_1.pdf · diarabkan supaya meneruskan aktiviti sulit mereka 11 Anggota-anggota

MAlAYSIA d;uj .. gi SEJARAH

Pengganas-pengganas yang mengganas di merata tempat itu kesemuanya adalah terdiri datipada orang-orang Cina pendatang dati negeri China. Kebanyakannya pula anggota kepada Pertubuhan Lui Tong Tai ataupun Angkatan bersenjata dati Parti Komunis China, yang mana masa pendudukan Jepun dahulu mereka terpaksa melarikan diri ke tempat-tempat yang lebih selarnat di pinggir-pinggir hutan .

. . . infactthey are mainly alien Chinese gangsters, who attempt to carry out a campaign of murder. extortion and robbery. They are the enemies of the people and have no support except that which they can compel at the point of a gun.49

Kebanyakan daripada kegiatan ugut dan ganas yang dilancarkan itu adalah dijalankan oleh satu ''Pasukan Bergerak" yang dibentuk dati bahagian rahsia MPAJA CKemudiannya MPABA) yang semakin cepat dan pantas digerakkan. '0

Pada 16 Jun 1948. Arthur Walker" pengurus Ladang Elphill. Perak telah ditembak mati oleh sekumpulan pengganas berbangsa Cina. Pada hari yang sarna seorang lagi pengurus ladang. bernarna John A. Alllison" serta pembantunya I. Christian" dati Sungai Siput telah dibunuh oleh sekumpulan serarnai 12 orang pengganas yang lain. Dua kes pembunuhan di atas, adalah penting seperti yang digarnbarkan oleh Harry Miller:

... It was their deaths which roused the long SUffering plant­ing industry to savage wrath and forced the government to recognise that the country was at the mercy of extremists who were prepared to kill to control. 54

Pihak pengurus-pengurus ladang telah mengadakan perjumpaan dengan Sir Edward Gent, Pesuruhjaya TInggi British bagi Persekutuan llInah Melayu. dan menuntut supaya tindakan segera diarnbil bagi mengatasi ancaman­ancaman ini. Pada hari yang sarna, dua lagi pembunuhan telah dilaporkan,

49 R. Winsted!, 1948, ''What's Wrong in Malaya", The Spectator, 16 luw. luga libat Federation of Malaya, Background Information and Material for Speakers, him. 8.

50 A Short History of the Malayan Communist Party (Confidential), him. 21. 51 Hany Miller, Menace . ... , op cit., him. 84. 52 Federation of Malaya, Background Information and Material for Speakers. him. 8. 53 A Short History of the Malayan Communist Party (Confidential), him. 21. 54 Hany Miller, Jungle War In Malaya, him. 38. luga libat Noel Barber, op. cit., him. 17.

16

Page 17: PASUKAN POllS DI TANAH MELAYU SEMASA BERMULA …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3123/1/MDSS_1997_25_1.pdf · diarabkan supaya meneruskan aktiviti sulit mereka 11 Anggota-anggota

PASUKAN POUS DI YlNAH MEUYU SEMASA 8ERMUU KEMPEN KEGANASAN KOMUNIS SEHINGGA PENGISYTlHARAN UNDANG·UNDANG DARURA"" 1947 · OGOS 1948

iaitu di Ladang Senai. berdekatan dengan Johor Bahru di mana 10 orang pengganas membunuh mandur ladang berbangsa Cina dan di Ladang Thiping. dekat Sungai Siput. Perak seorang kontrilior Cina dibunuh oleh pengganas Komunis." Pada hari yang sarna. di Voules Estate. 5 orang pengganas membunuh ketua kaum Cina. seorang penoreh.

Pada petang hari 15 Jun 1948. Sir Edward Gent telah mengisytiharkan keadaan Darurat di daerah Polis lpoh dan Sungai Siput dan juga di beberapa daerah di Johor. Pada keesokan harinya iaitu 16 Jun 1948. Undang-Undang Darurat diisytiharkan meliputi seluruh Perak dan Johor. Pada 18 Jun 1948 pengisytiharan Darurat keseluruhan Persekutuan Tanah Melayu telah dilaksanakan.56 Tetapi pada masa itu. semua orang-orang penting dalarn PKM telah pun melarikan diri ke dalarn hutan. Manakala di Singapura, Undang-Undang Darurat dikuatkuasakan pada 24 Jun 1948. Kemudiannya. pada 23 Jun 1948. kedua-dua kerajaan Tanah Melayu dan Singapura mengisytiharkan PKM dan pertubuhan-pertubuhan gabungannya sebagai haram."

AhIi-ahli PKM semasa Darurat diisytiharkan adalah seramai di antara 12.000 - 14.000 di mana 90% daripadanya berbangsa Cina. Di kawasan yang ramai orang-orang Melayu tidak ada Komunis yang melakukan keganasan.

Dalam konteks ini pada 5 Julai 1948. semasa berucap di Majlis Perundangan Persekutuan semasa Darurat baru diisytiharkan. tetapi selepas beberapa serangan telah dibuat dan kehidupan terancam. Dato Onn berkata:

lni bukanlah keadaan yang datang secara tiba-tiba. Rancangan ini telah dirancang dan disusun sejak beberapa tahun. Secara tepatnya, ia dirancang dalam Kongresnya, tidak jauh dari Kuala Lumpur. rancangan dibuat untuk mengwujudkan "Republik Komunis Tanah Melayu". Semua orang faham dengan rancangan ini. Ia telah ber\aku antara 1945 - pertengahan 1946 bilamana pertentangan antara orang Melayu-Cina berlaku. tetapi biar saya menyatakan kepada kawan-kawan berbangsa Cina bahawa pertentangan ini tidak dimulakan oleh bangsa Melayu. tetapi dimulakan oleh Komunis.

Dalam tahun 1945. saya dan beberapa orang lain lagi yang berada di Malaya melalui penaklukan oleh Jepun. melihat apa

55 Ibid .. him. 84. 56 Federation of Malaya Annual Report 1948, Government Printer.;, him. 182. 57 Ibid" hIm.22.

17

Page 18: PASUKAN POllS DI TANAH MELAYU SEMASA BERMULA …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3123/1/MDSS_1997_25_1.pdf · diarabkan supaya meneruskan aktiviti sulit mereka 11 Anggota-anggota

MAUlYSIA dati •• ,i SEJARAH

yang akan terjadi. Kami melihat hari ini keganasan dilakukan ke alas orang-orang kita, karni melihat rumah mereka dibakar, pembunuhan beramai -ramai dan karni tahu kenapa."

Pengisytiharan Undang-Undang Darurat Di antara 16 hingga 18 Jun 1948, beberapa peraturan Darurat telah diambil di bawah Essential Regulations Proclamation yang telah diadakan oleh Pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu. Peraturan-peraturan ini memberikan pihak polis kuasa untuk memeriksa dan menahan seseorang rakyat, mengadakan perintah berkurung serta mengawal pergerakan rakyat dan kenderaan. Di bawah peraturan ini juga dilaksanakan hukuman mati bagi kesalahan membawa senjata api. Peraturan-peraturan diluluskan dalam Majlis Perundangan Persekutuan pada 7 Julai 1948.

Undang-undang ini adalah sama dengan undang-undang semasa keadaan perang dan ia memberi kuasa yang luas kepada Pesuruhjaya Tmggi Persekutuan untuk membuat peraturan-peraturan bagi menghadapi keadaan Darurat ini.

Dua peraturan yang paling penting ialah berkenaan dengan penahanan dan pendaftaran rakyat. Menjelang akhir tahun 1948, lebih 5,000 orang telah ditahan di dalam penjara-penjara dan kem-kem penahanan (Detention camps). lni jelas menjadi satu car~')ang sangat berkesan untuk melemah serta melumpuhkan kegiatan PKMl Dengan penahanan mereka yang terlibat atau pun disyaki terlibat daIam aktiviti Komunis, pihak PKM kehilangan sebilangan besar anggota-anggota aktif dan juga penYOkOng-penYOkOngnYf~'

Kerajaan telah menggunakan peraturan-peraturan dengan sepenuhnya. Misalnya pada tahun 1950, sebanyak 21,996 Perintah Penahanan (Orders Of Detention) telah dikeluarkan.6O

Pendaftaran rakyat pula merupakan satu cara yang baik untuk memisahkan pengganas-pengganas Komunis dan para penyokong mereka dari rakyat biasa. Penduduk dikehendaki membawa kad pengenalan pada setiap masa, termasuk semasa bekerja di ladang-ladang getah atau sawah padi. Kad pengenalan juga diperlukan untuk mendapatkan kad catuan bahan 58 Handbook 10 Malaya, 1952. (Federation of Malaya and the Colony of Singapore) and

the Emergency, printed by Comittens Press Ltd .. May, hlm. 20. 59 Kuasa monahan diperuntukkan dalam Ordinan Darurat. Bil. 10, 1948. Lihat Lee nan

Huat, 1950, Regulations made under the Emergency Regulations Ordinance, 1948, Government Press, Kuala Lumpur.

60 Federation of Malaya Annual Report 1951, Government Printers, Kuala Lumpur, 1952, hlm. 210.

Page 19: PASUKAN POllS DI TANAH MELAYU SEMASA BERMULA …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3123/1/MDSS_1997_25_1.pdf · diarabkan supaya meneruskan aktiviti sulit mereka 11 Anggota-anggota

PASUKAN POUS DI TANAH MELAYU SEMASA BERMULA KEMPEN KEGANASAN KOMUNIS SEHINGGA PENGISYI'IHAJIAN UNDANG-UNDANG DARURAT: 1947 - OGOS 1948

makanan. geran mendirikan rumah. bercucuk tanam dan juga penempatan di kampung-kampung barn. Dengan adanya sistem lead pengenalan ini adalah sukar bagi penyokong-penyokong pengganas Komunis untuk menyampaikan maklumat serta bekalan makanan kepada pengganas Komunis.

Setelah Darurat diisytiharkan. beberapa peraturan-peraturan umum telah dibuat di bawah Ordinan ini" l Peraturan-peraturan utama adalah seperti berikut:

i. The Emergency (Criminal Trials) Regulations 1948.

ii. The Emergency (Detained Persons) Regulations 1948.

iii . The Emergency (Registration Areas) Regulations 1948.

iv. The Emergency (Auxiliary Police) Regulations 1948.

v. The Emergency (Travel Restrictions) Regulations 1948.

Selain dari itu undang-undang berikut juga telah dikuatkuasakan:

i. The Restricted Residence (Extended Application) Ordinance 1948 dan Restricted Residence (Amendment) Ordinance 1948.

ii. The Banishment Ordinance. 1948.62

Pada tahun 1948. seramai 1.779 orang telah ditahan di bawah Emergency Regulations 17 .. ' Mereka yang dihantar balik ke negeri China berjumlah seramai 52 orang dan seramai 6060 orang lagi telah dibuang negeri melalui Orders of Banishment Ordinance. 1948.64

Semasa keadaan Darnrat sedang memuncak pasukan polis masih meneruskan tugas mengekal undang-undang dan ketenteraman di bandar dan luar bandar melalui tindakan-tindakan mencegah. mengesan dan mendakwa penjenayah. Rekod-rekod telah menunjukkan bahwa jenayah telah dapat dikawal di tahap yang berpatutan. sungguhpun dalam keadaan kucar-kacir akibat dari keganasan Komunis.

61 Federation of Malaya Annual Report 1948, hlm. 115. 62 Ibid. 63 Ibid. 64 Khoo Kay Kim, op. cit., hlm. 71-72.

Page 20: PASUKAN POllS DI TANAH MELAYU SEMASA BERMULA …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3123/1/MDSS_1997_25_1.pdf · diarabkan supaya meneruskan aktiviti sulit mereka 11 Anggota-anggota

MALAYSIA dari .. gi SEJARAH

Kesediaan Polis Menentang Kempen Keganasan Komunis Satu lagi persoalan yang penting timbul apabila dikaji peristiwa-peristiwa angkara PKM, ialah adakah pihak polis sedar tentang cita-cita PKM dan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh polis. Sebenarnya sejak tahun 1947, beberapa pegawai polis dan juga pentadbir-pentadbir British sudah pun menyedari tentang rancangan PKM. Yang menjadi masalahnya ialah sikap Sir Edward Gent dan Langworthy, Pesuruhjaya Polis yang tidak mahu menimbangkan serta memberikan perhatian yang sewajarnya tetapi sebalikoya tidak mengendahkan amaran-amaran yang telah diberikan.

Gent telah menolak amaran yang diberikan oleh beberapa penasihat British kepada Sultan-Sultan Melayu. Orang-orang ini lebih mengetahui keadaan-keadaan tempatan tetapi tidak diendahkan oleh Gent.·s

Langworthy pula tidak menerima dan tidak mempercayai laporan-laporan oleh pegawai-pegawainya sendiri. Hugh Barnard, seorang pegawai poliS yang cekap telah menyediakan laporan-Iaporan yang terperinci mengenai simpanan­simpanan senjata dan khemah-khemah latihan PKM dalam hutan. W.F.N. Churchill, Penasihat kepada Sultan Kelantan pemah meneatatkan:

The Special Branch of the Police Force had a good idea of what was brewing but Gent did not heed the warnings; he reTtUlined obstinately of the opinion no danger really existed. Langworthy also preferred not to listen to his Special Branch."

Kolonel John Dalley, seorang pegawai kanan dalam Malayan Security Service, telah menulis kepacta Gent dan Langworthy pacta tahun 1947, mendesak supaya tindakan diambil terhadap pihak Komunis. Kedua-dua mereka, Gent dan Langworthy, tidak menghiraukan desakan beliau.·'

Dalley tidak puas hali lalu menghantar satu laporan sepanjang tiga muka surat kepada Malcolm MacDonald, Pesuruhjaya British bagi Asia Tenggara. MacDonald sedar tentang kebenaran laporan Dalley yang memberikan satu taksiran dan tekaan yang begitu tepat tentang kekuatan pihak Komunis. Menurut laporan tersebut, terdapat 5,000 orang pejuang Komunis yang aktif serta seramai 250,000 orang penyokong yang meng­anggotai Min yuen di dalam bandar-bandar dan kampung-kampung di seluruh

65 Noel Bamar, op. cit., him. 38. 66 Ibid., him. 23. 67 Ibid.

20

Page 21: PASUKAN POllS DI TANAH MELAYU SEMASA BERMULA …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3123/1/MDSS_1997_25_1.pdf · diarabkan supaya meneruskan aktiviti sulit mereka 11 Anggota-anggota

f'ASUKAN POUS DI TANAH MEIAYU SEMASA BERMUIA KEMPEN KEGANASAN KOMUNIS SEHINGGA PENGISYrIHARAN UNDANG-UNDANG DARURAT: 1947 - OGOS 1948

Malaya" Akhirnya apabiJa Gent terbukti salah di dalam anggapannya maka beliau

terpaksa mengisytiharkan keadaan Darurat. Sementara itu MacDonald telah memujuk kerajaan British di London supaya Gent diminta meletakkan jawatan. Pacla 29 Jun 1948, Gent telah meletakkan jawatannya. lni diikuti pula oleh perletakan jawatan oleh Langworthy."

Gent digantikan oleh Sir Henry Gurney dan Langworthy pula digantikan oleh Kolonel Nicol Gray. Pada masa itu, Pasukan Polis Malayan Union telah ditukarkan namanya kepacla Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya Police Force).'o

Di peringkat awal Darurat jumlah pengganas Komunis ialah seramai 12,000 orang dan ini tidak termasuk anggota-anggota Min Yuennya. 71

Sementara kekuatan pasukanpolis berjumlah 10,000 orang sahaja.72

Kebanyakan anggota poliS ini pula terikat kepada 'tugas-tugas statik' dan untuk menghadapi keadaan dalam masa dan suasana aman sahaja." Sir Henry Gurney telah rnengambil dua keputusan yang sangat penting bagi perkembangan perjuangan menentang ancaman pengganas Komunis seterusnya 74

Yang pertama ialah pihak tentera tidak akan diberikan tanggungjawab penuh untuk menentang Komunis. Pandangan beliau ialah penentangan terhadap kegiatan Komunis merupakan satu perang ideologi politik dan beliau percaya bahawa apa yang diperlukan adalah sokongan ketenteraan bagi satu perang politik dan bukannya sokongan politik bagi suatu perang ketenteraan."

68 Ibid .• him. 40. Min Yuen terdiri dari ahli-ahli dan penyokong-penyokong PKM yang membekalkan makanan. wang, pakaian seeta maklumat yang diperlukan oleb para pejuang PKM yang berada di daIam hutan melalui satu sistem perhubungan yang sulil Tanpa sokongan mereka ini pengganas-pengganas PKM tidak mungkin dapat menjalankan peIjuangan mereka.

69 Noel Barber, The War of the Running Dogs. him. 38. 70 Ini telah berlaku dalam bulan Februari 1948, apabila rancangan Malayan Union dibatalkan

akibat tentangan knat dari rakyat Malaya. 71 Federation of Malaya Annual Report 1950, him. 5-8. Terdapat juga dalam R.W. Komer.

1972, "The Malayan Emergency In Retrospect: Organisation of a Successfid CoUnler -Insurgency Effort". A Report for Advanced Researcb Projects Agency, California. him 46-47.

72 R.W., op. cit., him. 11. 73 Pasukan Polid DiIaja Malaysia, Laporan Tahunan 1966, (percetakan Kerajaan), him. 1. 74 Noel Barber, op. cit., him. 62-67. 75 lni bermakna bahawa pihak: kerajaan tidak: boleb menghapuskan ancaman komunis

dengan baoya melancarkan geIakan-gerakan tentera untuk mengbapuskan pengganas komunis. Sebaliknya apa yang diperlukan adalah satu usaba untuk menukarkan pemikiran orang ramai supaya tidka \agi menyokong PKM. malah bekeljasarna dengan kemjaan.

21

Page 22: PASUKAN POllS DI TANAH MELAYU SEMASA BERMULA …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3123/1/MDSS_1997_25_1.pdf · diarabkan supaya meneruskan aktiviti sulit mereka 11 Anggota-anggota

MALUSIA dari segi SEJARAH

Walaupun pemimpin-pemimpin tentera di Tanah Melayu tidak bersetuju pada masa itu, perkembangan-perkembangan seterusnya telah membuktikan lrebenaran pendapat Gurney.

Sir Henry Gurney dengan jelas telah mengatakan:

The combatting of Subversive propaganda intimidation, ex­tortion, sabotage and armed terrorism is primarily a police task and this needs to be clearly understood by the Police and Armedforces.7•

Keputusan kedua yang dibuat oleh Gurney adaIah untuk menempatkan semula setinggan-setinggan Cina dari kawasan-kawasan di tepi hutan. Mereka ini berjumlah seramai 600,000 orang dan kebanyakannya terdiri daripada mereka yang telah melarikan diri dari bandar-bandar semasa pendudukan Jepun.

Melalui tindakan ini beliau berharap akan dapat mencapai dua matIamat: iaitu memberikan setinggan-setinggan tanah milik sendiri supaya mereka mempunyai lrepentingan tetap di negara ini, serta menarik beratus ribu penyokong PKM dengan menempatkan semula mereka di dalam kampung­kampung yang terkawal.77

Sebenarnya pasukan poliS sebelum kedatangan Gray pada 17 Ogos 1948, selama tiga bulan ketiadaan Pesuruhjaya yang berfungsi kerana Pesuruhjaya yang ada iaitu Langworthy tidak dapat menjalankan tugas kerana sakit Dalam masa tiga bulan itu bertambahlah kerumitan-kerumitan yang dihadapi oleh pasukan poliS dalam menentang angkara-angkara gerila PKM itu. Selama beberapa bulan poliS terpaksa menentang bahaya te£sebut dengan kelengkapan­kelengkapan yang tidak cukup.

Pada masa itu peraturan-peraturan pentadbiran di lbu Pejabat Polis tidak cukup sementara bagi menghadapi ancaman keganasan Komunis dan melaksanakan Undang-Undang Darurat. Sebelum Darurat, soal-soal yang berkehendakkan perintah dan ketetapan daripada \bu pejabat tidaldah banyak. Pegawai-pegawai yang bekerja di ibu pejabat pun tidak banyak dan pada masa itu pihak berkuasa di \bu pejabat tidak memikirkan langsung mengenai perlunya mempertingkatkan pengurusan dengan membahagi-bahagikan kepada beberapa cawangan tertentu, bagi maksud penyelarasan dan pennodenan.

Apabila kerja-kerja kerajaan telah bertambah banyak datang Ire ibu

76 Zakaria Hj. Ahmad, "The Bayonet and the Truncheon: Army-Police Relations in Malaysia", Pengaman (JulailDisember 1979) Kuala Lumpur. hlm. 79.

77 Noel Barber, op. cil., hlm. 68.

22

Page 23: PASUKAN POllS DI TANAH MELAYU SEMASA BERMULA …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3123/1/MDSS_1997_25_1.pdf · diarabkan supaya meneruskan aktiviti sulit mereka 11 Anggota-anggota

lI\SUKAN POUS DI TANAH MELAYU SEMASA BERMULA KEMPEN KEGANASAN KOMUNIS SEHINGGA PENGISY[IHARAN UNDANG·UNDANG DARURAT: 1947 . OGOS 1948

pejabat dan apabila tercetusnya Oarurat dan keputusan-keputusan segera pula sangat-sangat elikehendaki baruIah terasa kesusahan elisebabkan tiada peraturan­peraturan dan pengurusan sempurna.

Pentadbiran Di Awal Darurat Oi peringkat awal Zaman Oarurat elidapati beberapa keputusan dan perintah elibuat eli Ibu pejabat Polis Persekutuan tanpa beruneling terlebih dahulu dengan Ketua-Ketua Polis Negeri. Ketua-Ketua Polis Negeri yang tereliri daripada pegawai-pegawai lama mengatakan yang nasihat serta pengalarnan mereka tidak elipakai. Sememangnya perundingan eli antara Pesuruhjaya dengan pegawai-pegawai yang berkuasa eli kontinjen-kontinjen (negen) itu sangatIah mustahak. Oi Thnah Melayu kewajipan polis membuat keputusan tertanggung kepada Pesuruhjaya dan adaIah menjadi kewajipan pegawai-pegawai polis eli kontinjen-kontinjen untuk memberi keterangan, mengsyorkan cadangan­cadangan dan membuat ulasan dan teguran keapda Pesuruhjaya Polis. Pesuruhjaya Polis mempunyai kuasa untuk membuat arahan-arahan tetapi beliau juga berkehendakkan pertolongan daripada ketua-ketua kontinjen (negen) kerana Ketua Polis Negeri adalah lebih faham akan keadaan-keadaan eli kawasannya, mengenali dan tahu akan perkara-perkara yang patut elitimbangkan yang ada kaitan dengan tugas polis. Hakikat ini adaIah elialrui benar dan eliterima oleh Pesuruhjaya dan KeIlIa-KeIlIa Polis Negeri, tetapi kadangkala perhubungan dua hala ini tidak dapat elilaksanakan oleh kerana kesusahan sarna ada elisebabkan oleh kesilapan atau perkara-perkara yang luar biasa. Oarurat menyebabkan keija-ketja poliS bertambah-tambah dengan banyaknya. Justeru itu ketetapan-ketetapan penting akan elibuat dengan serta merta dan kadang-kadang tidaldah dapat Pesuruhjaya hendak mengkaji fIkiran­tikiran Ketua Polis Negen dengan sepenuhnya. Oleh kerana tekanan kerja yang bertambah-tambah maka Pesuruhjaya Polis kadang kala tidak sempat berbincang dengan KeIlIa Polis Negeri. Walau bagaimanapun semua Ketua Polis Negen mempunyai hak berjumpa terns dengan Pesuruhjaya dan adaIah juga menjadi satu daripada kewajipan-kewajipan mereka untuk menulis surat dua minggu sekali kepada Pesuruhjaya, memben perkhabaran kepadanya akan perkara-perkara yang mustahak <Ii dalarn kontinjen-kontinjen mereka. 78

Jika sekiranya peraturan-peraturan dua hala ini tidak wujud dan tiada kesan

78 Thmutamab dengan Than Mohammad Din bokas TllDbaian Pesutuhjaya Polis Tanab Melayu pada labun 1958. (temubual pada 511011978.)

Page 24: PASUKAN POllS DI TANAH MELAYU SEMASA BERMULA …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3123/1/MDSS_1997_25_1.pdf · diarabkan supaya meneruskan aktiviti sulit mereka 11 Anggota-anggota

MALAYSIA d4ri segi SEJARAH

mw tidaklah patut pegawai-pegawai lama British yang berkhidmat di Thnah Melayu menyatakan nasihat dan pengalaman mereka tidak dipakai.

Perubahan-Perubahan DaIam Pekerjaan Polis Disebabkan Oleh Darurat Oleh kerana pengisytiharan Darurat, peraturan-peraturan dan amalan-amalan pasukan polis telah banyak yang diubah. Perubahan ini sedikit sebanyak menjejaskan pekerjaan-perkeljaan biasa polis. Oleh kerana ramai orang yang akan digunakan bagi bertindak di dalam hutan, mw orang-orang yang menjalankan pekeljaan-pekeljaan "beat" dan ronda telah kurang dan banyak kelja-kelja biasa polis tidak dapat dijalankan dengan sempurna. Oleh kerana orang bam hendak digunakan dengan segera dalam tugas-tugas para ketenteraan, mw tempoh melatih mereka mestilah dipendekkan dan dalam masa yang singkat tersebut mereka hanya dilatih menggunakan senjata-senjata secara para militeri dan cara-cara berperang di hutan. Yang demikian orang­orang bam yang akan menjadi pegawai juga telah kurang dilatih dalam peraturan dan undang-undang polis iaitu tidak seperti sebelum Damrat itu. Sebagaimana yang diketahui bahawa pemikiran orang-orang yang dilatih secara para tentera dalam hutan adaIah berbeza dengan pemikiran polis-polis biasa. Sebelum Darurat dahulu tempoh pegawai-pegawai bam dilatih adalah lebih dari enam bulan dan dapat juga mereka bela jar bahasa Melayu dan adat resam penduduk-penduduk Thnah Melayu. Semenjak Darurat pegawai-pegawai bam hanya didedahkan kepada bahasa Melayu dan adat resam Thnah Melayu dan kepada peraturan dan undang-undang poliS di tahap minima sahaja.

Orang ramai juga menyatakan bahawa prestasi pasukan polis dalam konteks tugas polis biasa adalah agak menurun sedikit. Memandangkan tugas utama bagi pasukan poliS ialah menjaga keamanan dan menjaga serta berbaik­baik dengan orang ramai mw perhubungan antara poliS dan orang ramai tidak diberi tumpuan tetapi sebaliknya menumpukan kepada peperangan menentang pengganas Komunis.

Rekrut-rekrut yang dilatih di Pusat Latihan hanya dalam jangkamasa yang paling minima iaitu lima bulan sahaja. Sebelum Ogos 1949 hanya satu sahaja Pusat Latihan yang dipakai iaitu di Kuala Lumpur.19 Bahasa Melayu dan adat resam Thnah Melayu juga tidak diajar lagi kerana kesuntukan masa. Jadi jika pegawai-pegawai poliS bam tidak tahu berbahasa Melayu mw anggota yang di bawah jagaannya tidak faham dan yakin kepadanya. Kadang-

79 Federation of Malaya Po/ice Force, Annual Administrative Report 1949. hlm. 12.

Page 25: PASUKAN POllS DI TANAH MELAYU SEMASA BERMULA …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3123/1/MDSS_1997_25_1.pdf · diarabkan supaya meneruskan aktiviti sulit mereka 11 Anggota-anggota

PASUKAN POUS DI TANAH MELAYU SEMASA BERMULA KEMPEN KEGANASAN KOMUNIS SEHINGGA PENGISITIHARAN UNDANG·UNDANG DARURAT: 1947 . OGOS 1948

kadang pegawai-pegawai yang masih muda oleh kerana kekurangan latihan tidak tahu mengarnbil hati orang, te1ah juga tidak dihormati oleh ahIi-ahli polis dan pegawai-pegawai yang di bawahnya. Pegawai-pegawai baru juga tidak dapat menilai kebaikan peraturan latihan dahulu dan pada masa yang sarna didapati pegawai-pegawai yang mentadbirkan pasukan polis itu tidak memandang akan kebaikan peraturan-peraturan dan amalan-amalan sebelum Darurat dahulu.

Tetapi hakikatnya pada masa Darurat keadaannya ada1ah berlainan kerana pada masa itu matJamatnya ialah supaya menentang bahaya pengganas­pengganas itu dengan bersungguh-sungguh dan cepatnya. Apabila didapati kehidupan orang ramai di dalam bahaya, maka sangatlah mustahak pasukan pOlis menjaganya dari bahaya itu. Langkah-Iangkah yang keras yang telah diambil bagi maksud itu adalah menunjukkan kesedaran akan kehendak­kehendak yang mustahak dalam keadaan yang ada masa itu.

Dalam keadaan Darurat, pasukan poliS mempunyai dua tugas utama mereka terpaksa mengambil bahagian yang besar di dalam kerja-keIja di dalam hutan dan juga menjalankan kerja-kerja biasa poliS di dalam bandar­bandar dan kampung-kampung. Kedua-dua kerja ini adalah berpunca daripada kewajipan poliS menyelamatkan orang ramai daripada pengacau-pengacau keamanan tetapi kedua-duanya adalah berbeza di antara satu dengan lain. Di dalam hutan kerja-kerja poliS itu adalah menjalankan tugas para militeri. kerja-kerja para militeri ialah menghancurkan kekuatan Komunis dan menggunakan segala kuasa bagi mencapai maksud itu. Kerja biasa seseorang poliS ialah menjaga keamanan dan keselamatan dan pada masa yang sarna poliS hendakJah menggunakan kekerasan di tahap minima. Jika terpaksa juga ia menggunakan kekerasan janganJah digunakan lebih daripada yang patut. Sesungguhnya ia mesti tetap dan tidak berganjak daripada sesuatu ketetapan yang diambilnya tetapi hendakJah ia cermat jangan gopoh. Seseorang poliS para militeri biasanya menjalankan pekerjaannya bersama-sama dengan pasukan-pasukan hutan yang lain dan latihan yang pertama yang diberi kepadanya ialah mengajar dia menjalankan pekerjaan beramai-ramai. Sedangkan seseorang pOlis biasa itu menjalankan kebanyakan daripada pekerjaannya seorang diri menggunakan fikirannya sendiri. Satu lagi yang nyata ialah sangatlah mustahak, seseorang itu mendapat kerjasama dan keyakinan orang ramai. Seseorang poliS hendakJah menolong orang ramai, hendakJah ia sabar dan adil, tidak berat sebelah kepada sesiapa pun baik apapun pangkatnya. HendakJah ia memelihara undang-undang dan menjaga keamanan yang menjadikan orang ramai dapat hidup dengan aman.