part iv: flora, fauna study and monitoring · ia dianggapkan oleh sebahagian besar ahli bilogi...

67
PART IV: FLORA, FAUNA STUDY AND MONITORING

Upload: lamtruc

Post on 18-Aug-2018

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PART IV:

FLORA, FAUNA STUDY ANDMONITORING

Introduction to Plant Kingdom:Introduction to Medical Plants

By

Mr. Matsain Mohd. BuangAsst. Research Officer (Botany)

SABAH PARKS

Pengenalan kepada Kingdom Tumbuhan (Plants Kingdom)

Organisma hidup dibahagikan kepada 5 kumpulan besar yang dikenali sebagai ‘Kingdoms’:

(1) Kingdom Prokiat (Bakteria – Blue Green Bacteria)

(2) Kingdom Protista

(3) Kingdom Fungi

(4) Kingdom Plantae

(5) Kingdom Animale

‘Kingdom Tumbuhan’ diklasifikasikan secara informal terbahagi kepada 5 kumpulan utama:

a) Alga

b) Bryophytes (Lumut)

c) Pteridophtes (Paku-Pakis)

d) Gimnosperma (Tumbuhan tida bunga)

e) Angiosperma (Tumbuhan berbunga)

Pengkelasan berjuta-juta organisma hidup adalah mengikut satu system atau hirarki yang

sama iaitu ‘International Code for Nomenclature’:

Kingdom

Divisi/Filum (phylum/phyla)

Kelas (Class)

Famili (Family)

Genus (Ganera) Spesis (Species)

108

‘Hirarki’ sesuatu pengkelasan tumbuhan ditunjukkan seperti berikut:-

Kategori Hujung nama Contoh

Kingdom: - ae Plantae Filum/Divisi: - phyta Magnoliophyta (*) (Subdivisi): - phytina Magnoliaphytina

Kelas: - opsida Magnoliopsida (**) (Subkelas): - idea Order: - ales (Suborder): - ineae

Magnoliineae Famili: - aceaeMagnoliaceae (Subfamily): - oideae Tribe: - eae Genus: Magnolia

Spesis: kinabaluensis

* Angiospermophyta** Dicotyledons

Pengkelasan Tumbuhan

Bagi pengkelasan tumbuhan ‘Binomal System’ telah diperkenalkan dalam abad ke 18 oleh

seorang saintis Sweden bernama Carolus Linnaeus. Di dalam sistem ini, setiap nama

tumbuhan mempunyai dua perkataan iaitu Genus dan Spesis.

• Divisi/Filum ditunjukkan dengan penambahan ‘phyta’ pada nama.

Divis/Filum Angiospermophyta dibahagikan kepada 2 kelas iaitu:

(i) Monocotyledoneae(ii) Dicotyledoneae

• Kelas - Penambahan ‘eae’• Famili - Penambahan ‘ceae’• Genus - Tiada spesifikasi• Species - Tiada spesifikasi

Monocotyledoneae terbahagi kepada banyak famili seperti Liliaceae, Orchisaceae,Poaceae, Aracaceae, Musaceae dan lain-lain.

109

Dicotyledoneae juga terbahagi kepada famili yang besar seperti Rosaceae, Solanaceae,

Magnoliaceae, Asteraceae dan lain-lain.

Penggunaan hujung nama tersebut tidak selalunya sama. Saintis berbeza menggunakan

pendekatan yang berlainan. Walaubagaimanapun, susunan hirarki adalah tetap sama.

Sesetengah kumpulan tumbuhan tidak dikelaskan mengikut semua peringkat. Peringkat

terpenting hanya peringkat famili sehingga genus dan spesis sahaja.

Bagi kumpulan tumbuhan yang besar seperti orkid (Orchidaceae) pengkelasan sehingga

subfamily digunakan manakala kumpulan paku pakis.

Contoh-Contoh Pengkelasan (Penamaan)

110

Peringkat terpenting bermula dari famili hingga ke sepsis. Nama tumbuhan secara saintifik

hanya dikenali dari genus dan sepsis sahaja. Nama saintifik harus ditulis sama ada dalam

bentuk italic atau bergaris.

Sebagai contoh tumbuhan yang dikenali sebagai ‘Bunga Raya’ mempunyai nama saintifik

yang ditulis sebagai Hibiscus rosa-sinesis. Penamaan sistematik seperti berikut:

Famili: MalvaceaeGenus: HibiscusSpesis: rosa-sinensis

Ringkasan Garis Kasar Pengkelasan Organisma

VIRUS : Memperlihatkan sifat-sifat kehidupan hanya apabila berada dalam organisa lain;

Ia dianggapkan oleh sebahagian besar Ahli Bilogi sebagai tidak hidup apabila dipencilkan.

1. MONERA* : Organisma prokariot (Nukleus serta organel-organel sel tidak tersusun);

termasuk bakteria, alga biru-hijau (Kadang kala disebut sianobakteria), dan mikroplasma.

2. PROTISTA : Eukariot (Organel dan nucleus yang sebenar), sebahagian besar

protozoa (‘Haiwan’ bersel tunggal’), beberapa jenis alga dan kulapak lender (Sesetangah

pengarang memasukkan semua alga eukariot, walaupun berbentuk mutisel)

3 KULAT* : Kulat sejati.

111

4. PLANTAE* : Sebahagian alga dan semua tumbuhan hijau; termasuk yang berikut

serta beberapa kumpulan kecil tidak disebutkan:-

Alga coklat

Alga merah

Alga hijau** Lumut dan lumut hati*

Tumbuhan bervaskular (Tumbuhan peringkat tinggi)

Paku-pakis dan relative*

Sikad dan Gimnosperma yang jarang didapati**

Konifer (Gimnosperma yang biasa didapati)**

Tumbuhan berbunga (Angiosperma)**

Monokotiledon (Monocot)

Dikotiledon (Dikot)

112

Perbezaan Di antara Dicotyledons dan Monocotyledons

5. ANIMILIA : Haiwan bermultisel

* Dikaji oleh Ahli Fisiologi Tumbuhan** Penekanan oleh Ahli Fisiologi tumbuhan

113

Sejarah Perubatan

Sejak zaman dahulu lagi kita dapati tumbuh-tumbuhan digunakan dengan meluas sebagai

makanan dan ubat-ubatan. Pada tahun 490 SM, Hippocrates, ‘Bapa Perubatan’ telah

mendirikan sebuah kolej perubatan yang dipanggil ‘Temple of Aesculapius’. Beliau banyak

mengkaji tentang herba-herba ubatan yang sering digunakan oleh orang-orang Egyptian

(Mesir). Setelah beliau meninggal, pengetahuan tentang ubatan ini diberikan kepada Aristotle.

Aristotle merupakan seorang ‘Naturalist’ dan tutor kepada Alexander the Great. Beliau telah

mengutip dan memepelajari banyak jenis herba semasa mengikuti ekspedisi bersama-sama

tentera. Pada tahun 1973, satu kajian telah dilakukan di Amerika Syarikat terhadap ubat-

ubatan. 41% mengandungi sumber-sumber asli. 25% sumber tumbuhan, 13% dari sumber

mikro organisma (bakteria dan fungus) dan 7% daripada sumber haiwan.

TUMBUHAN DALAM PERUBATAN TRADISIONAL

Terdapat kira-kira 250, 000 spesis tumbuhan di seluruh duina. Di kawasan tropika sahaja

dianggarkan sebanyak 150, 000 spesis. Manakala di Asia Tenggara sebanyak 35, 000

spesis. Dianggarkan sebanyak 8, 000 spesis tumbuhan terdapat di Malaysia.

Setakat ini sahaja, dilaporkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya 654 spesis endemic

kepada Malaysia. Walau bagaimanapu, 343 speisi telah dikategorikan sebagai tumbuhan

hamper pupus disebabkan aktiviti-aktiviti pembersihan hutan yang berleluasa.

Di kawasan Tropika, dianggarkan sebanyak 6, 000 spesis tumbuhan berbunga mempunyai

nilai perubatan.

114

HUTAN SEBAGAI SUMBER UBATAN

Hutan bukan sahaja menjadi pembekal sumber bahan pembinaan dan perhiasan yang penting

tetapi juga menjadi sumber ubatan dan makanan yang berharga. Malah pada masa ini,

walau pun banyak ubat-ubatan telah dihasilkan secara sintetik, perubatan moden masih

bergantung bekalannya kepada tumbuhan sebagai sebahagian dari sumber istimewa

mereka. Adalah dianggarkan satu daripada empat ubatan yang terdapat di pusat farmasi di

USA adalah berasal dari tumbuhan atau binatang dari hutan tropika di mana nilai perdagangan

di seluruh dunia bagi ubatan ini dianggarkan melebihi US$ 20 billion (RM52 billion) setahun

(Myers, 1985).

Hutan tropika dengan kepelbagaian dan keunikannya memang diketahui menjadi pusat

simpanan tabii hasil-hasil dan sumber ubatan yang selalunya digunakan secara tradisional

dari satu generasi ke satu generasi. Proses pemilihan ubat-ubatan ini dibuat secara “try and

error” dan kemudiannya diwarisi oleh generasi-generasi berikutnya.

Ubat-ubatan diproses secara moden, walaupun telah dapat dihasilkan secara sintetik adalah

pada asalnya didapati dari sumber aslinya terutamanya tumbuhan. Beberapa ribu hasilam

utama farmakopia moden adalah siekstrak daripada tumbuhan, termasuklah hasil-hasilan

perdagangan yang terkenal seperti emetin, skopolamin dan pilokarpin.

Di anatara bahan-bahan yang mustahak yang selalu digunakan oleh ahli-ahli farmakologi

ialah kumpulan alkaloid. Tumbuhan hutan tropika memang terkenal sebagai sumber utama

alkaloid dan kepelbagaian alkaloidnya juga tinggi. Tidak ada organisma lain yang standing

dengan tumbuhan di dalam hal ini. Alkaloid dari tumbuhan telah terbukti sebagai satu sumber

yang berharga dan istimewa, seperti yang telah ditunjukkan oleh kokain, reserpin, kuinin,

fedrin dan nikotin. Walau bagaimanapun, mungkin alkaloid tumbuhan yang paling popular

ialah vinkristin dan vinblastin, sejenis alkaloid yang diekstrak dari Vinca yang digunakan

sebagai ubat leukemia, penyakit Hodgkin dan lain-lain barah. Kemasyuran dadah ini dapat

dilihat dengan nilai perdagangan ubat-ubatan ibi

115

yang dianggarkan sekitar US$90 juta setahun pada akhir 1970an dengan pertambahan 15%

setahun (Myers, 1985).

Kuinin dari sepsis-spesis Vinca, sekurang-kurangnya 1, 400 spesis tumbuhan memmpunyai

potensi sebagai sumber dadah terutamanya alkaloid bagi mengubati barah (Barclay &

Perdue, 1976). Walau bagaimanapun hanya 10% sepsis tersebut telah ditabir bahan kimia

anti-barahnya dan hanya 1% sahaja yang telah dianalisis secara terperinci. Dengan kajian

yang lebih terperinci, lebih banyak lagi alkaloid tumbuhan diharapkan dapat menyembuhkan

penyakit-penyakit yang masih tidak dapat diubati dengan berkesan pada masa ini.

Selain dari alkaloid, banyak bahan kimia yang lain yang berasal dan dikeluarkan dari hutan

tropika digunakan di dalam perubatan. Di antaranya saogenin steroid, sejenis saponin dari

sepsis Dioscorea yang berasal dari Mexico. Steroid ini yang terkenal dengan nama

“diosgenin” telah digunakan dengan meluas dalam pil perancang yang ada di pasaran

sekarang, daripadanya adalah berasal dari diosgenin. Diosgenin bukan sahaja digunakan

di dalam kontraseptif oral tetapi ia juga digunakan di dalam pembuatan hormon seks (seperti

progestron, estrogen dan lain-lain) dan kortisaon/hidrokortison yang merupakan ubat-ubatan

untuk merawat arthritis rematoid, demam rematoid, ubat elergik dan dermatitis.

Kepopularan diosgenin boleh dilihat dengan jumlah perdagangan bahan ini. Pada tahun

1970an, dunia menggunakan kira-kira 180 tan dosgenin setiap tahun dan ini dijangka

meningkat kepada 500 tan pada tahun 1985 dan 3000 tan 10 tahun dari sekarang (Myers,

1985). Semasa kemuncak harganya diparas US152.20 per kg, nilai perdagangannya adalah

kira-kira US$25 juta setahun, satu jumlah yang besar bagi Negara yang miskin seperti Mexico.

Walaupun bahan-bahan kimia ini secara teorinya boleh dihasilkan secara sintesis, ahli-ahli

kimia teknologi masih tidak dapat mengeluarkan kebanyakkan bahan-bahan ini pada kos

yang setanding dengan pengeluaran secara terus dari bahan mentah. Sebagai contoh, di

dalam kes steroid yang mencapai harga dan permintaan yang tinggi, ahli-ahli kimia telah

berusaha selama 25 tahun untuk

116

mengurangkan kos dengan cara sintesis tetapi hasilnya mendukacitakan dan 95% dari steroid

yang ada di pasaran masih diproses dari tumbuhan (myers, 1985). Contoh yang lain adalah

dalam kes reserpin yang dihasilkan dari Rawollfia yang digunakan sebagai “traquilizer”. Oleh

kerana nilai perdagangnnya yang tinggi (US$260 juta setahun di USA sahaja) usaha-usaha

untuk menirunya telah diusahakan oleh ahli-ahli kimia tetapi mereka mendapati ianya sangat

rumit dan kompleks menyebabkan reserpin yang dihasilkan melalui sintesis adalah dua kali

ganda lebih mahal dari alkaloid yang sama dikeluarkan dari Rauwollfia (Myers, 1985).

Di Asia Tenggara, lebih kurang 6, 500 spesis tumbuhan telah dicatat mempunyai potensi

sebagai agen terapi bagi pelbagai penyakit (Perry, 1980). Di Negara kita, dianggarkan

kira-kira 15.5% dari keseluruhan paku-pakis, 30.4% anggita gimnosperma dan 15.9%

anggota angiosperma telah digunakan oleh masyarakat tempatan sebagai tumbuhan ubatan

(Latiff et al., 1984). Kajian mengenainya walau bagaimanapun sangat sedikit dan belum

lagi mendalam bagi membolehkannya digunakan sebagai sumber ubatan di dalam perubatan

moden.

Walaupun dari segi perdagangan, ubat-ubatan yang dikeluarkan daripada hutan kita tidak

berorientasikan ekonomi pada masa ini, hasil-hasil hutan tidak sepatutnya diketepikan begitu

sahaja. Di negara-negara maju kajian-kajian yang sangat pesat sedang dijalankan untuk

mencari sumber-sumber ubatan yang baru yang lebih berkesan dan usaha-usaha sedang

dijalankan untuk mengesan tumbuhan yang belum dikaji sepenuhnya yang mungkin dapat

menentang penyakit-penyakit yang menjadi ancaman kepada manusia.

117

Introduction to Animal Kingdom

By

Mr. Maklarin LakimResearch Officer (Zoology)

SABAH PARKS

119

120

121

122

123

Pengenalan Kepada Alam Haiwan

Maklarin bin Lakim

Taman Sabah.

1. Pendahuluan

Haiwan adalah merujuk kepada benda hidup yang boleh bergerak. Secara umum, haiwan-haiwan

di sekeliling kita bolehlah dikategorikan kepada berbagai kelompok. Misalnya haiwan ternakan, haiwan

peliharaan dan juga haiwan liar. Kertas ini hanya menyentuh mengenai haiwan-haiwan liar yang terdapat di

sekeliling kita. Haiwan-haiwan ini sebenarnya sangat pelbagai. Misalnya, ada haiwan yang bersaiz besar

seperti ikan paus di lautan dan ada juga haiwan bersaiz kecil seperti semut di lantai hutan. Haiwan-haiwan

liar juga pelbagai dari segi rupa, bentuk dan warna. Demikian juga dari segi kelakuannya. Kajian mengenai

haiwan adalah amat menarik.

Lazimnya haiwan-haiwan liar dikaitkan dengan kehidupan di dalam hutan belantara. Oleh kerana

haiwan memiliki penyesuaian tersendiri untuk kehidupannya, sudah tentulah ia memainkan peranan tertentu

di dalam hutan. Haiwan-haiwan yang berbeza memiliki peranan yang turut berlainan mengikut kecenderungan

kelakuan dan penyesuaiannya untuk hidup di habitat hutan yang didiami. Kehidupan harian kita tidak

dapat dipisahkan daripada haiwan. Misalnya, kita bergantung kepada haiwan sebagai sumber makanan,

kerja pertanian, haiwan peliharaan dan sebagainya. Disebabkan pergantungan inilah, haiwan harus dipulihara

agar terhindar daripada kepupusan.

2. Pengenalan Haiwan

Seperti yang telah disebutkan lebih awal, haiwan merupakan organisama hidup yang berlainan

daripada tumbuhan kerana kebolehannya untuk bergerak. Walau bagaimanapun haiwan tidak mampu

membuat makanannya sendiri sebaliknya, bergantung kepada sumber luar sebagai makanannya. Contohnya

sesuatu haiwan memakan sumber tumbuhan dan haiwan lain. Penyesuaian untuk hidup telah menyebabkan

haiwan-haiwan berlainan dari segi bentuk antara satu sama lain. Haiwan turut berbeza daripada manusia

kerana manusia memiliki akal fikiran yang tidak dimiliki haiwan.

3. Evolusi Haiwan

Evolusi haiwan adalah berkaitan dengan pertalian antara berbagai jenis haiwan dari segi

perkembangan kewujudannya dalam jangka masa yang panjang (lihat lakaran pokok evolusi dalam Mader

(1995)). Teori evolusi ini telah dipelopori oleh Charles Darwin yang mengemukakan teorinya bahawa

haiwan-haiwan maju termasuk manusia telah berevolusi daripada haiwan-haiwan rendah bermula daripada

haiwan-haiwan bersel tunggal. Walau bagaimanapun, teori ini telah banyak dipertikaikan kerana gagal

membuktikan peralihan yang jelas daripada satu haiwan rendah (seperti monyet) kepada haiwan lebih

tinggi yang berikutnya (seperti manusia).

124

Kajian sejarah kewujudan haiwan melibatkan pengumpulan fosil untuk mengesan kewujudan sesuatu

haiwan sejak berjuta tahun yang lampau. Haiwan yang lebih primitif telah wujud lebih dahulu daripada

haiwan yang lebih kompleks. Urutan kewujudan haiwan mengikut kelas bermula dengan ikan (500 juta

tahuan dahulu), amfibia (400 jtd.), reptilia (280 jtd.), burung (200 jtd.) dan mamalia (135 jtd.) (WWF,

1973). Penyu atau kura-kura merupakan contoh haiwan purba yang mengekalkan bentuknya yang asal

dan masih wujud hingga sekarang. Sebaliknya haiwan reptilia raksasa, dinosaur yang pernah menguasi

dunia suatu masa dahulu telah pupus daripada mukabumi sejak 65 juta tahun yang lampau.

Kajian zoogeografi atau taburan haiwan di atas mukabumi menyingkap perbezaan dan juga pertalian

sesama haiwan di benua-benua yang berlainan. Misalnya, haiwan-haiwan di benua Amerika Selatan berlainan

dengan haiwan-haiwan di benua Afrika. Fenomena ini adalah berkaitan dengan kejadian pergerakan bumi

yang membentuk pulau-pulau terasing dan penyesuaian oleh haiwan untuk hidup di sesuatu kawasan dengan

iklim yang tertentu dan berbeza dengan tempat lain. Dalam jangka masa yang panjang, penyesuaian seperti

ini menjadikan sesuatu haiwan yang dahulunya daripada rumpun yang sama menjadi berlainan dari satu

tempat ke tempat yang lain.

4. Kepelbagaian Haiwan

Pengkelasan haiwan diasaskan kepada kepelbagaian rupa-bentuk haiwan. Ini merangkumi tahap

keserupaan dan kelainan antara haiwan. Terdapat 2 kumpulan besar haiwan iaitu haiwan invertebrata

(tanpa tulang belakang) dan haiwan vertebrata (bertulang belakang). Haiwan invertebrata seperti serangga,

krustasea, dianggap sebgai haiwan kurang maju manakala haiwan bertulang belakang adalah lebih maju

kerana struktur binaannya lebih kompleks.

Pengkelasan haiwan bertujuan untuk menghuraikan pelbagai jenis haiwan secara sisitematik bagi

tujuan penamaan. Pada dasarnya setiap haiwan diberikan nama panggilan tempatan tertentu. Nama ini

berbeza mengikut tempat meskipun bagi haiwan yang sama. Penamaan sains bertujuan untuk memberikan

nama sejagat bagi sesuatu haiwan agar ia mudah dikenali di seluruh dunia dengan satu nama panggilan

sahaja.

Kajian taksonomi atau penyusunan nama bertujuan memberikan nama ke atas sesuatu haiwan

mengikut peraturan-peraturan tertentu. Nama sains bagi sesuatu haiwan biasanya terdiri daripada 2 nama

iaitu nama genera dan nama spesies. Misalnya, nama sains bagi kupu-kupu Rajah Brooke ialah

Trogonoptera brookiana. Demikian juga orang-utan yang dinamakan Pongo pygmaeus. Kedua-dua

nama tersebut dikenali di peringkat antarabangsa. Pemberian nama ini dikenali sebgai sistem penamaan

‘binomial’ yang telah dipelopori oleh saintis terkemuka Sweden Carl Linnaeus.

125

5. Haiwan di Dunia

Organisma hidup di seluruh dunia telah dianggarkan berjumlah lebih 1.44 juta spesies. Ini termasuk

tumbuhan dan bakteria. Sejumlah 75% daripada jumlah ini adalah haiwan yang terdiri daripada haiwan

invertebrata (73%) dan haiwan vertebrata (3%). Serangga merangkumi 72% daripada jumlah tersebut

merupakan haiwan yang paling dominan dari sergi kepelbagaian spesiesnya. Haiwan vertebrata pula

hanya meliputi 3% daripada jumlah tersebut. Ini dipecahkan kepada ikan (19,056 spesies atau 44%),

amfibia (4,184 spp. atau 10%), reptilia (6,300 spp. atau 15%), burung (9,198 spp. atau 21%) dan mamalia

(4,170 spp. atau 10%). Masih banyak spesies haiwan terutamanya yang bersaiz kecil seperyti serangga

yang belum dinamakan.

6. Haiwan di Sabah

Sabah terkenal dengan kepelbagaian spesies haiwannya. Kekayaan ini adalah disebabkan

kedukannya di pulau Borneo yang terletak berhampiran dengan garisan khatulistiwa. Sabah dilitupi hutan

hujan tropika daripada tanah rendah sehingga ke tanah tinggi, menyediakan pelbagai jenis habitat yang

telah membenarkan kewujudan pelbagai spesies haiwan. Sesetengahnya hanya terdapat di Sabah khususnya

di pergunungan Kinabalu manakala yang lainya merupakan kekayaan spesies yang dikongsi bersama di

kepulauan Borneo. Haiwan-haiwan invertebrata didomunasi serangga seperti kupu-kupu, kumbang dan

lebah serta semut. Manakala haiwan vertebrata terdiri daripada 221 spesies mamalia, burung (580 spp.),

reptilia (80 spp.) dan amfibia (135 spp.). Pertambahan atau penemuan spesies baru masih berlaku khususnya

untuk haiwan haiwan bersaiz kecil seperti serangga.

7. Ekologi Haiwan

Ekologi adalah merujuk kepada hubungan haiwan dan persekitarannya. Persekitaran ini terdiri

daripada abiotik atau sekitaran fizikal dan biotic atau sekitaran benda hidup. Sesuatu haiwan berinteraksi

dengan persekitaran tempat kediamannya yang dipanggil juga sebagai habitat. Habitat sesuatu haiwan

menyediakan ruang kediaman, perlindungan serta sumber makanan. Haiwn berinteraksi sesama mereka

dan di habitat kediamanya untuk hidup dan membentuk jaringan kitaran makanan yang kompleks.

Haiwan hutan tropika terkenal dengan kepelbagaiannya yang tinggi. Terdapat banyak spesies

haiwan yang boleh hidup bersama-sama di satu kawasan hutan yang terhad. Bagaimana haiwan-haiwan ini

boleh berkongsi sumber-sumber dan mengelakkan pertelingkahan sesama mereka untuk meneruskan

kelangsungan hidup adalah sesuatu yang menarik. Sesuatu spesies haiwan sebenarnay membuat penyesuaian

tertentu dari segi pemilihan, cara dan masa mencari makanan di habitat yang dikongsi bersama. Penyesuaian

seperti ini telah membenarkan banyak spesies haiwan hidup bersama-sama di dalam hutan tropika.

126

8. Peranan Haiwan

Hawian invertebrata dan vertebrata di dalam hutan tropika memainkan peranan yang amat penting

di dalam hutan. Antara fungsi yang dimainkan termasuklah sebagai agen pendebungaan, penyebaran bijih

benih, pemangkasan pokok, pembajakan, pembajaan hutan dan sebagaianya. Boleh disimpulkan bahaya

haiwan liara di dalam hutan bertindak sebagai ‘petani’ yang menjaga kesuburan hutan yang kelihatan

terbiar. Fungsi-fungsi yang dimainkan haiwan seperti ini telah membawa kepada kestabilan ekosistem

hutan yang kompleks dan pelbagai.

9. Kepentingan Haiwan

Kehidupan seharian kita banyak bergantung kepada haiwan. Oleh itu sumber-sumber haiwan

mempunyai kepentingan tersendiri dalam kehidupan manusia. Misalnya kita bergantung kepada haiwan

untuk mendapatkan sumber makanan. Demikian juga dalam penghasilan produk ekonomi bukan-makanan

seperti kain bulu, gading dan sebagainya. Suatu masa dahulu, manusia bergantung kepada haiwan sebagai

kenderaan tunggangan dan membantu melaksanakan tugas-tugas berat. Ini termasukalah penggunaan kerbau,

lembu, kuda dan gajah. Sumber haiwan turut digunakan dalam sector bio-perubatan seperti penggunaan

venom atau bisa, pacat serta monyet dalam penyelidikan perubatan. Kepentingan laian adalah dari segi

nilai ekologi haiwan dalam rantaian makanan dan penggunaannya dalam aktiviti kawalan biologi untuk

pertanian serta nilai eko-pelancongan. Haiwan turut memainkan peranan dalan aspek psikologi. Interaksi

manusia dan haiwan digambarkan dalam hasilan kesenian, penggunaan haiwan dalam sukan dan pemeliharaan

haiwan yang dianggap mempunyai kesan kepada kesihatan mental.

10. Pemuliharaan

Haiwan-haiwan liar di dalam hutan kini terdedah kepada kepupusan di sebabkan sebahagian

besarnya oleh pembukaan hutan yang menjejaskan habitat kediaman mereka. Tanpa tempat kediaman

yang sesuai dan lengkap dari segi kitaran makanannya, amatlah sukar untuk sesuatu haiwan meneruskan

kehidupannya. Kepupusan sesuatu spesies haiwan merupakan satu trajedi yang mana kehilangan spesies

itu adalah untuk selama-lamanya. Haiwan-haiwan di sekeliling kita merupakan khazanah yang amat berharga

dan penting dalam kehidupan seharian kita. Oleh itu amatlah penting bagi setiap seorang daripada kita

mengambil inisiatif kearah pemuliharaan khazanah ini.

11. Penutup

Haiwan-haiwan liar di sekeliling kita dipinjamkan kepada kita oleh anak-cucu kita, bukannya diwariskan

kepada kita oleh nenek-moyang kita. Sebagai sesuatu yang

127

dipinjamkan, kita perlu pulangkan semula kepada pemiliknya, anak-cucu kita. Pemuliharaan untuk generasi

akan datang.

Rujukan

Mader, S.A. (1995). Biologi: Evolusi, Kepelbagaian & Persekitar. Dewan Bahasa & Pustaka, Kualau

Lumpur (terjemahan).

WWF (1973). The Atlas of Wildlife. Portland House, Barcelona.

128

Introduction to Marine Life

By

Mr. Fazrullah Rizally Abd. RazakResearch Officer (Marine)

SABAH PARKS

130

131

132

Monitoring of mammals

By

Dr. Masaaki YonedaJICA Advisor

SABAH PARKS

Bornean Biodiversity and Ecosystem Conservation Project (BBEC)

Staff Training Course for Park Management Component

Study on Fauna in Parks- Inventory and Identification of Mammals –

Masaaki Yoneda(JICA advisor for park management and conservation biology)

Inventory and park managementWhy we need inventory and animal status data in Parks? Objectives of the national parks are conservation of

heritage sites and providing recreation opportunity for people. Fauna and flora information are necessary as essentialdata of the parks as well as vegetation, soil, geology and socio-economic data. Monitoring of species composition andpopulation trend of specific species is also needed for park management. If we find an alien species invades the park,specific species is endangered (too rare) or give damages (too much) on ecosystem of the parks, we have to takenecessary action to stop more serious situation. Large size animals are usually rare and endangered species, whereas,herbivores, deer and goats including domestic species, usually increase their population rapidly, and sometimes givedamage on vegetation and ecosystem in protected areas. Conservation of endangered species and control of theherbivores population is one of the main subjects of park management in many countries. As a basic training course onstudy of animals in the parks, we focus methodology and identification of mammals in Sabah.

Methodology for mammalian studyCollection by traps and mist nets, as lethal method, is usually used for small mammal study. There are several

different types of traps, pit fall trap, snap trap, and cage trap, so on. Suitable traps should be used for the collection offocused mammalian groups. Although it is difficult to apply non-lethal methodology for study of small mammals, lethalcollection is not suitable methodology in the parks, especially for study on endangered species. Non-lethal methods,like as direct observation, field sign check, camera trap, identification by voice, and bat detector, are applied for studyon medium-large size mammals and endangered species.

Classification and identification of mammals in SabahAs terrestrial mammals in Sabah, 221 species of 11 orders1* are recorded until now. In the 11 orders of mammals, the

following 5 orders, 13 species are easy for identification by its features;1) Proboscidea (elephant)2) Perrissocactyla (rhino)3) Artiodactyla (deer and boars)4) Dermoptera (colugos / flying lemur)5) Pholidota (pangolin)The following six orders of small-medium size mammals are major task of inventory of the animal group. The six ordersof mammals occupie 94 % of the terrestrial mammals in Sabah.1) Chiroptera (bats)2) Rodentia (squirrels, rats and voles)3) Primates (monkeys)4) Carnivora (bear, wild cats, civets, and otters)5) Scandentia (tupais)6) Insectivora (shrews)Reference books with identification key are necessary for the identification of these mammals groups.

Preparations of reference specimens are also desirable to confirm the identification. The identification

1 order: One of biological classification rank; order – family – genus - species

134

points of the small-medium size mammals are;

• body feature

• body size, proportion of each part, and color• tooth formula and teeth shape

The tooth formula shows number of incisors, canine, pre-molar, and molar in upper and lower jaws of one side of mouth.

Rodentia is clearly separated from other mammalian orders by the tooth formula that shows 1 incisor in upper and lowerjaws of each side (a total of 4 incisors). Dermoptera (colugos / flying lemur) is also separated from Primates by not only

of flying membrane but also its feature of tooth formula (incisors = 2/3; Primates = 2/2 or 2/1).

Identification points of small-medium size mammals

(1) Chiroptera (bats)

Bats consists of two sub-orders, Megachiroptera (fruit bats; 15 species) and Microchiroptera (insectivora bats; 77species). The former sub-order bats are distinguished by 2nd finger evident on their foreleg (wing), and large eyes.

Identification points into species of the latter sub-order bats are, 1) nose-leafs, 2) tail, and 3) tooth formula, but it is a

bit of difficult. Study of morphological terminology and careful check of reference books are needed for identificationof the bats of Microchiroptera, especially00for Vespertilionidae bats.

(2) Rodentia (squirrels and rats)

Rodentia in Sabah is classified into four major groups (family or sub-family); 1) Hystricidae (porcupines; 3 species), 2)Sciurinae (squirrels; 18 species), 3) Petaurisinae (flying squirrels; 12 species), and 4) Muridae (rats and voles; 28

species). The porcupines groups are easily distinguished by its long hard hair. It is an important point for identification

that squirrels and flying squirrels have more pre-molars than rats and voles (Muridae). Careful check of referencebooks, measurement of body size and sometimes study of skull are needed for identification into species of Rodentia,

especially for Muridae animals.

(3) Primates (monkeys)Primates in Sabah is classified into 5 families; 1) Lorisidae (slow loris; 1 species), 2) Tarsiidae (tarsius; 1 species), 3)

Cercopithecidae (macaques, proboscis, and leaf monkeys; 6 species), 4) Homidae (Pongidae) (orangutan; 1 species),

and 5) Hylobatidae (gibbon; 1 species). Four families except Cercopithecidae (macaque group) are easy for identificationby body feature and reference books because these groups are 1 family 1 species. Identification of Cercopithecidae

(macaque group) is important, but the primate species is comparatively easy for identification into species by body

size, tail length, body color and other features.

(4) Carnivora (cats, civets and otters)

Carnivora in Sabah includes 6 families, but only one species (domestic dog) belongs to Canidae (dogs; 1 domestic

species) in the State. Ursidae, only 1 species (sun bear), is also easy to distinguish. Felidae (wild cats; 6 species)animals are featured by their short nose and small number of post canine teeth from other family animals. The Felidae

animals include many endangered species. Other 3 families; Mustelidae (marten, otter; 7 species), Herpestidae

(mongoose; 3 species), and Viverridae (civets; 8 species) are rather difficult for identification. These groups should beidentified carefully by reference books, checking tooth formula, hair color and spot, and tail ring, so on.

(5) Scandentia (tupai)

Scandentia (tupai) is an endemic animal group in South-East Asia. Eight species are recorded in Sabah. The points ofidentification are, 1) body size and color, 2) proportion of tail and body length, and 3) dorsal and shoulder line.

(6) Insectivora (shrews)

Insectivora is a small size mammalian group and has primitive feature. The animals of this order are clearly distinguishedfrom Rodentia by number and shape of incisors. The Insectivora in Sabah is classified into 2 families; 1) Erinaccidae

(gymnure; 2 species), and 2) Soricidae (shrews; 6 species). Distinguish point of the two families is present or not of

post orbital arch bone.

Notable and/or endangered mammals in SabahThe notable and/or endangered mammals are selected from following criteria;

1) rarity (population size and its trend)

135

2) endemism3) scientific significance4) symbolism5) vulnerability6) legal statusThe Wildlife Enactment of Sabah provides 56 mammals as protected species combined Class I and Class II. Forty fourmammals in the State are included in the appendix of CITES (The Convention on International Trade on EndangeredSpecies). Thirty mammals in Sabah as upper class of ‘vulnerable’ category are listed up in IUCN Red Data Book (IUCN-RDB) in 2000. Large size mammals (rhino, elephant), primates and carnivores are mostly listed in these notable and/orendangered mammals list. In the small-medium size mammals, all species of Scandentia (tupai) are included in theappendix II of CITES, and 15 squirrels including flying squirrels are provided as class II animals in the WildlifeEnactment of Sabah.

136

137

138

139

140

141

142

143

144

145

146

147

Monitoring of Ecosystem (Global,Regional and National Level

By

Dr. Masaaki YonedaJICA Advisor

SABAH PARKS

149

150

151

152

153

154

155

156

157

Basic Photography

By

Mr. David SiaConsultant

David Sia Professional PhotographerService

159

160

161