paperworkprogramkepimpinan2014nadicp-140204003000-phpapp01

Upload: salinasmkbt51735

Post on 07-Feb-2018

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/21/2019 paperworkprogramkepimpinan2014nadicp-140204003000-phpapp01

    1/14

    HOTLINE : 03-89122090 OFFLINE : 016-3986433

    PROGRAM DATARAN MINDA 2014

    KEPIMPINAN

    Strive your life withSTRIVE

  • 7/21/2019 paperworkprogramkepimpinan2014nadicp-140204003000-phpapp01

    2/14

    Strive your life withSTRIVE

    PENGENALAN

    Program Dataran Minda dirancang berdasarkan penyelidikan serta berasaskankepada konsep modul Coaching & Counseling for Continuous Improvement. Iadirangka secara bersepadu selain diselitkan konsep STRIVE bagi memberikanpendidikan,bimbingan dan kesedaran tentang diri sendiri,organisasi dan masyarakatdalam diri setiap peserta. S bermaksud Solution Provider adalah usaha menjadikanindividu golongan cerdik pandai yang berwibawa, memiliki pelbagai dimensi ilmudan kemahiran terutamanya tentang prinsip perhubungan manusia danpenyelesaian masalah dalam suasana berbeza berdasarkan keadaan semasa.T

    bermaksud Teamwork ialah memantapkan diri peserta dalam menghadapi cabarankerja malah lebih jauh dari itu adalah untuk menjadikan peserta sebagai individuyang hebat dan membentuk kekuatan bersama untuk berjaya bersama. Rbermaksud Responsible pula memberikan suntikan tanggungjawab dan keyakinandalam diri individu dalam melaksanakan semua tugasan yang diberikan. Ibermaksud Innovative adalah usaha untuk membentuk individu mempunyaipemikiran yang hebat dalam berfikir dan tidak menggunakan cara berfikir yangsama dengan orang biasa. V bermaksud Value ialah mencipta individu yangbersedia bertindak mengubah dan bertindak terhadap diri untuk mencari nilai-nilaihebat kurniaan Tuhan dalam diri disamping membongkar rahsia kejayaan hidup danmengenal erti syukur. Dan E bermaksud Endurance ialah membentuk satu

    ketahanan dalam diri individu dari segi mental, fizikal dan iman.Justeru itu, programini merupakan satu usaha ke arah melahirkan sekumpulan individu yang dapatmemainkan peranan sebagai pemimpin dan pencetus semangat bagi membantumenyelesaikan pelbagai permasalahan di dalam kerangka organisasi selain dilatihmenjadi seorang insan yang berfikiran positif. Peserta juga dilatih untuk beradadalam kelompok masyarakat dan menguji ketahanan fizikal dan mental agar pesertabersedia menghadapi ujian atau cabaran dalam kehidupan seharian.METODOLOGI

    Kursus ini akan menggunakan kaedah dan pembelajaran yang dikendalikan secara

    interaktif termasuk ceramah, perbincangan, soal/jawab, permainan, aktiviti kerja dalamkumpulan dan menyediakan pelan tindakan.

    OBJEKTIF

    Setelah menjalani bengkel ini, peserta diharap dapat:- Menjadi seorang penyelesai masalah yang berpotensi.- Meningkatkan semangat berpasukan setiap kali ingin mencapai sesuatu tujuan..- Menghayati tanggungjawab sendiri terhadap semua perkara.- Menerapkan budaya dan ciri-ciri inovatif dalam kehidupan seharian..- Menilai nilai keupayaan diri dan menyerlahkan nilai diri yang positif.

    - Meningkatkan ketahanan mental, fizikal dan rohani dalam menghadapi cabaran hidup.

  • 7/21/2019 paperworkprogramkepimpinan2014nadicp-140204003000-phpapp01

    3/14

    Strive your life withSTRIVE

    CADANGAN LOKASI-Sg. Lopo VillaGE Pangsun Selangor

  • 7/21/2019 paperworkprogramkepimpinan2014nadicp-140204003000-phpapp01

    4/14

    Strive your life withSTRIVE

    OBJEKTIF & TUJUAN

    Program Dataran Minda ini diilhamkan untuk

    melahirkan modal insan yang cemerlang

    sahsiah dan penampilannya sekaligus

    mewujudkan individu yang berpersonaliti

    pemimpin.

    Tujuan program ini diadakan adalah untukmenerapkan ciri-ciri STRIVE dalam diri

    peserta selari dengan personaliti seorang

    pemimpin hebat.

    Bimbingan dan panduan diterapkan melaluiaktiviti-aktiviti latihan dalam kumpulan yang

    meliputi 80% dari keseluruhan program.

    Selainnya adalah melalui ucapan dan latihan

    bertulis agar penerimaan peserta terhadap

    ilmu yang dicurahkan lebih bervariasi.

  • 7/21/2019 paperworkprogramkepimpinan2014nadicp-140204003000-phpapp01

    5/14

    Strive your life withSTRIVE

    S SOLUTION PROVIDERMENJADI PENYELESAI MASALAH SENDIRI DAN ORANG LAIN

    T TEAMWORKDIPERLUKAN ORANG LAIN DAN BOLEH BEKERJASAMA

    R RESPONSIBLEI AM THE ONLY NAME PEOPLE CAN TRUST

    I INNOVATIVEMAMPU BERFIKIRKAN IDEA YANG BERBEZA DAN BAHARU

    V VALUEMENJADI PENYELESAI MASALAH SENDIRI DAN ORANG LAIN

    E ENDURANCEMILIKI KETAHANAN MENTAL, FIZIKAL DAN ROHANI YANG KUKUH

  • 7/21/2019 paperworkprogramkepimpinan2014nadicp-140204003000-phpapp01

    6/14

    Strive your life withSTRIVE

    TENTATIF 3 HARI 2 MALAMHARI PERTAMA 1400 LETUPAN PERIFERI

    EGO MELETUP

    SATU UNTUK SEMUA

    1600 MINUM PETANG

    REHATKAN MINDA

    1700 KERTAS EMAS

    1900 MAKAN MALAM

    REHATKAN MINDA

    2100 POTENSI HEBAT

    HARI KEDUA 0700 MASTEROBIK

    0730 SARAPAN PAGI

    0800 BELON ORGANISASI

    1000 MINUM PAGI

    1030 EKSPLORASI BUDAYA

    1300 MAKAN TENGAHARI

    REHATKAN MINDA

    1400 EKSPLORASI BUDAYA

    1600 MINUM PETANG

    1700 VIET GAME

    1900 MAKAN MALAM

    REHATKAN MINDA

    2100 MENARA PAKU

    2300 MINUM MALAM

    2330 MUSANG BERJANGGUT

    KEMBARA MALAM

    PERISAI MINDA

    HARI KETIGA 0700 MASTEROBIK

    0730 SARAPAN PAGI

    0800 MEREMPUH HALANGAN FIZIKAL

    MINUM PAGI ORANG ASLI

    PUISI ALAM

    1300 MAKAN TENGAHARI

    REHATKAN MINDA

    1400 MAJLIS PENUTUP

  • 7/21/2019 paperworkprogramkepimpinan2014nadicp-140204003000-phpapp01

    7/14

    Strive your life withSTRIVE

    TENTATIF 2 HARI 1 MALAMHARI PERTAMA 1400 LETUPAN PERIFERI

    EGO MELETUP

    SATU UNTUK SEMUA

    KERTAS EMAS

    1630 MINUM PETANG

    1700 EKSPLORASI BUDAYA & VIET GAME

    1900 MAKAN MALAM

    REHATKAN MINDA

    2030 POTENSI HEBAT

    MENARA PAKU

    2200 MINUM MALAM

    2230 MUSANG BERJANGGUT

    KEMBARA MALAM

    PERISAI MINDA

    HARI KEDUA 0700 MASTEROBIK

    0730 SARAPAN PAGI

    0800 MEREMPUH HALANGAN FIZIKAL

    MINUM PAGI ORANG ASLI

    PUISI ALAM

    1300 MAKAN TENGAHARI

    REHATKAN MINDA

    1400 MAJLIS PENUTUP

  • 7/21/2019 paperworkprogramkepimpinan2014nadicp-140204003000-phpapp01

    8/14

    Strive your life withSTRIVE

    PELAKSANAANLETUPAN PERIFERI

    DURASI : 10 MINIT LOKASI : DEWAN UTAMA

    OBJEKTIF

    Menyediakan peserta untuk memulakan program seterusnya dalam keadaan fokus dan

    bersemangat.

    TUJUAN

    Memupuk rasa kasih sayang di kalangan peserta dan menyedarkan peserta betapa setiap

    individu itu mempunyai tanggungjawab antara satu sama lain. Modul ini juga membantu

    peserta menjadi lebih segar dan bersedia pada permulaan program.

    PELAKSANAAN

    Peserta akan diaturkan dalam beberapa barisan di atas lantai. Dalam keadaan duduk,

    setiap peserta akan membuat senaman urutan. Peserta akan diajar untuk mengurut setiap

    bahagian penting tubuh terhadap peserta di hadapannya.

    EGO MELETUP

    DURASI : 30 MINIT LOKASI : DEWAN UTAMA

    OBJEKTIF

    Membentuk individu yang boleh menerima perkara baru dan berkeyakinan terhadap diri

    sendiri.

    TUJUANMembuka minda peserta agar menerima segala yang ingin diserapkan kepada peserta

    dalam program ini. Membina kemesraan di antara peserta dengan peserta yang lain dan

    juga barisan pembimbing untuk memudahkan proses transformasi peserta

    keseluruhannya.

    PELAKSANAAN

    Peserta akan disajikan dengan beberapa aktiviti yang santai dan bermanfaat. Aktiviti

    berdasarkan teknik FOKUS (Dengar , minda proses, tindakan)

    SATU UNTUK SEMUA

    DURASI : 20 MINIT LOKASI : DEWAN UTAMA

    OBJEKTIF

    Menyuntik keyakinan dalam diri peserta untuk mengenali peserta lain dari sudut yang

    berlainan dari yang biasa dilakukan atau yang dialami.Memberi peluang kepada peserta

    untuk menyatakan tentang diri sendiri tanpa dipengaruhi perasaan takut, malu, segan dan

    bimbang.

    TUJUAN

    Mengenal pasti personaliti, keyakinan, bakat, sifat dan daya kepimpinan peserta

    berdasarkan tindakan yang diambil semasa modul ini berjalan.

    PELAKSANAAN

    Peserta akan diarahkan untuk mencari kumpulan berdasarkan persamaan sesame sendiri.

    Contohnya seperti bilangan adik-beradik, bulan kelahiran, saiz kasut dan sebagainya.

    Masa yang diberi bagi setiap soalan adalah 10 saat.

  • 7/21/2019 paperworkprogramkepimpinan2014nadicp-140204003000-phpapp01

    9/14

    KERTAS EMAS

    DURASI : 60 MINIT LOKASI : DEWAN UTAMA

    OBJEKTIF

    Membentuk individu yang peka terhadap isu semasa, pengetahuan am dan alam sekitar.

    Mendidik individu berkomunikasi dan berinteraksi dengan cara yang betul dan menjadikan

    individu yakin terhadap diri sendiri.

    TUJUAN

    Menguji daya kreativiti, pengetahuan am, isu semasa dan kepantasan minda peserta

    disamping memupuk semangat kerjasama dan toleransi di kalangan peserta.

    PELAKSANAAN

    Setiap kumpulan akan dibekalkan dengan beberapa helai kertas A4. Peserta akan diberi

    beberapa arahan yang berbentuk penyenaraian seperti senaraikan kegunaan pencungkil

    gigi,senaraikan nama menteri besar dan ketua menteri Malaysia sekarang; dan

    sebagainya.Markah akan diberi berdasarkan jawapan yang diberi. Setiap arahan diberikan

    dalam masa yang singkat (20 saat).

    EKSPLORASI BUDAYADURASI : 120 MINIT LOKASI : KAWASAN TERBUKA

    OBJEKTIF

    Melahirkan individu yang mempunyai rasa syukur dengan apa yang dimiliki dan merendah

    diri. Sentiasa bermuhasabah dengan perkara yang telah dilakukan dan menghargai individu

    lain.

    TUJUAN

    Mendedahkan peserta kepada kerja pertanian dan aktiviti desa di samping melatih cara

    peserta berkomunikasi dengan pelbagai golongan.

    PELAKSANAANSetiap kumpulan diarahkan menuju ke lokasi yang ditetapkan berdasarkan panduan yang

    diberi. Terdapat 6 stesyen yang perlu mereka tujui dan setiap stesyen, mereka perlu

    menyelesaikan tugas yang diberikan sama seperti sifat setiap lokasi itu.

    POTENSI HEBAT

    DURASI : 90 MINIT LOKASI : DEWAN UTAMA

    OBJEKTIF

    Melahirkan individu yang bertanggungjawab, fokus, cekap,jujur dan berkeyakinan terhadap

    diri sendiri.

    TUJUAN

    Menguji tahap tumpuan peserta, menilai tahap kerjasama di dalam kumpulan, memberi

    tanggungjawab kepada setiap peserta dan memupuk sifat kepimpinan dalam diri setiap

    peserta.

    PELAKSANAAN

    Dua pemimpin sementara akan dipilih untuk membentuk kumpulan mengikut jumlah yang

    ditetapkan. Setelah kumpulan dibentuk dengan seimbang,setiap kumpulan akan diarahkan

    melantik ketua, setiausaha dan bendahari dalam masa yang singkat (10 saat). Setelah

    jawatan ditentukan,setiap bendahari kumpulan akan diberi kertas markah untuk

    mencatitkan markah kumpulan sepanjang program dijalankan.Selepas itu setiap kumpulan

    akan diuji dengan beberapa arahan yang ringkas dan masa yang singkat untuk mengumpul

    markah permulaan.

  • 7/21/2019 paperworkprogramkepimpinan2014nadicp-140204003000-phpapp01

    10/14

    MUSANG BERJANGGUT

    DURASI : 60 MINIT LOKASI : DEWAN UTAMA

    OBJEKTIF

    Wujudkan persefahaman dalam diri individu terutamanya dalam melaksanakan tugas yang

    dipertanggungjawabkan. Lahirkan individu yang cepat bertindak melakukan tugas dan

    tidak suka melengahkan masa.

    TUJUAN

    Menyedarkan peserta bahawa terdapat juga tugas yang boleh dilaksanakan dalam satu

    kumpulan tanpa perlu mengambil masa yang lama dengan perkara yang remeh-temeh

    seperti perbincangan yang tidak berkesudahan.

    PELAKSANAAN

    Setiap kumpulan akan diberi sebungkus rempah ratus. Mereka diarahkan untuk

    mengasingkan rempah ratus itu mengikut jenis tanpa mengeluarkan sebarang bunyi dan

    suara.

    KEMBARA MALAM

    DURASI : 120 MINIT LOKASI : KAWASAN TERBUKA TANPA CAHAYA

    OBJEKTIF

    Membentuk individu yang matang dalam kehidupan seharian tanpa dipengaruhi oleh unsur-

    unsur yang negatif. Mampu berfikir secara logik terhadap sesuatu dan berdisiplin.

    TUJUAN

    Menghilangkan ketakutan pada kegelapan di dalam diri peserta. Melatih peserta menjadi

    lebih berdisiplin dan berkeyakinan untuk mengharungi sebarang perkara yang belum

    pernah dialami.PELAKSANAAN

    Peserta akan dipandu untuk berjalan di laluan yang telah ditetapkan mengikut kumpulan

    pada waktu malam. Peserta perlu berjalan dalam satu barisan dan tidak dibenarkan

    bersembang.

    PERISAI MINDA

    DURASI : 30 MINIT LOKASI : KAWASAN TERBUKA TANPA CAHAYA

    OBJEKTIF

    Membentuk individu yang matang dalam kehidupan seharian tanpa dipengaruhi oleh unsur-

    unsur yang negatif. Mampu berfikir secara logik terhadap sesuatu dan menghargai

    kewujudan kejadian alam semulajadi.

    TUJUAN

    Memberi kesedaran rohani kepada peserta agar mensyukuri rahmat dan kehidupan yang

    dinikmati.

    PELAKSANAAN

    Peserta akan solat di dalam hutan dan diberi tazkirah tentang kesimpulan semua aktiviti

    yang telah dilangsungkan sepanjang program dan apa pengajaran yang perlu diaplikasikan

    dalam kehidupan seharian.

  • 7/21/2019 paperworkprogramkepimpinan2014nadicp-140204003000-phpapp01

    11/14

    MASTEROBIK

    DURASI : 30 MINIT LOKASI : KAWASAN TERBUKA

    PELAKSANAAN

    Peserta akan melakukan rutin senaman berdasarkan modul latihan Lakonan Teater iaitu

    Teaterobik yang diilhamkan oleh Puan Normah Nordin (Pencipta Logo FINAS & Guru Tetap

    Bengkel Lakonan FINAS). Teaterobik ini sering dilaksanakan sebelum memulakan sesuatu

    lakonan. Semua senaman akan diiringi dengan 6 buah lagu mengikut tempo yang

    ditetapkan. Teaterobik ini amat sesuai untuk semua golongan dan tidak member sebarang

    tekanan.

    MENARA PAKU

    DURASI: 30 MINIT LOKASI : DEWAN UTAMA

    OBJEKTIF

    Menjadikan individu itu seorang yang berfikiran waras, mampu menyelesaikan sesuatumasalah dan sentiasa bekerjasama dalam mencapai matlamat tanpa memikirkan

    kepentingan sendiri.

    TUJUAN

    Membuka minda peserta dalam menyelesaikan arahan yang diberi. Menguji tahap

    kemahiran peserta dalam berkomunikasi dua hala, membina keseragaman dan tertib dalam

    mencadangkan sesuatu idea.

    PELAKSANAAN

    Setiap kumpulan akan diberikan satu bongkah kayu yang mempunyai sebatang paku yang

    ditegakkan dan sejumlah paku. Setiap kumpulan diarahkan menyusun paku-paku itu di atas

    paku yang ditegakkan. Syaratnya paku-paku itu tidak satupun yang mengenai permukaanbongkah kayu.

    BELON ORGANISASI

    DURASI: 60 MINIT LOKASI : PERSEKITARAN TERBUKA

    OBJEKTIF

    Mewujudkan individu yang mempunyai persefahaman dalam mengendalikan tugas yang

    melibatkan individu lain dalam organisasi. Supaya individu tahu walau dalam apa jua tugas

    yang diamanahkan, ia berkaitan dengan semua individu lain di dalam sesebuah organisasi

    itu.

    TUJUAN

    Menerapkan perasaan sabar dan berfikiran rasional dalam diri setiap peserta. Memupuk

    semangat setiakawan dan melatih kemahiran komunikasi yang lebih berkesan di antara

    ahli kumpulan.

    PELAKSANAAN

    Setiap kumpulan dibahagikan kepada dua(2) kumpulan kecil. Seterusnya kumpulan kecil

    ini memegang sebiji kerusi .Kedua-dua kumpulan kecil ini diikat dengan benang dan kedua-

    dua kumpulan kecil ini juga akan di sambung ikatannya antara satu sama lain. Beberapa

    biji belon yang berisi air diletakkan di atas kerusi yang dipegang. Setiap kumpulan

    disyaratkan untuk tidak menyentuh belon tersebut dengan mana-mana anggota badan dan

    perlu melalui laluan-laluan yang telah ditetapkan tanpa memutuskan benang atau

    memecahkan belon.

  • 7/21/2019 paperworkprogramkepimpinan2014nadicp-140204003000-phpapp01

    12/14

    VIET GAME

    DURASI: 90 MINIT LOKASI : PERSEKITARAN TERBUKA

    OBJEKTIF

    Mencipta individu yang mampu menghadapi segala cabaran dalam hidup sama ada cabaran

    fizikal, mental mahupun rohani.

    TUJUAN

    Aktiviti ini dibuat untuk membantu peserta menghadapi cabaran yang tidak berbahaya,

    tidak memudaratkan dan tidak pernah difikirkan. Peserta akan diubah cara berfikir mereka

    terhadap perkara yang negative kepada posotif seperti ketakutan, kejijikan atau kegelian

    PELAKSANAAN

    Setiap kumpulan akan menjejaki stesen-stesen berdasarkan panduan yang

    diberikan.Setiap stesen, peserta akan menghadapi cabaran mental secara berkumpulan.

    Terdapat dua cabaran bagi setiap stesen iaitu cabaran mental dan rohani.

    MEREMPUH HALANGAN FIZIKALDURASI: 240 MINIT LOKASI : HUTAN SIMPAN GUNUNG NUANG

    OBJEKTIF

    Membentuk insan cemerlang yang mempunyai ketahanan mental, fizikal dan rohani yang

    tinggi.

    TUJUAN

    Melatih peserta mengharungi keadaan yang mencabar dengan menempuhi laluan yang

    berliku disamping mendekatkan peserta dengan keindahan alam semulajadi.

    PELAKSANAAN

    Peserta akan dibawa merentasi hutan melalui laluan yang telah disediakan dan dikawal

    rapi oleh jurulatih dan fasilitator bertauliah sepanjang 2 km sehingga tiba di destinasi yang

    ditetapkan untuk menjalankan aktiviti MINUM PAGI ORANG ASLI dan PUISI ALAM.Selepas

    itu peserta akan kembali ke kem latihan dan akan diberikan rumusan tentang aktiviti yang

    baru disempurnakan.

    MINUM ORANG ASLI

    DURASI: 30 MINIT LOKASI : PERSEKITARAN TERBUKA

    OBJEKTIF

    Melahirkan individu yang mudah bergaul dan memahami dengan budaya atau kaum lain

    agar usaha mencari ilmu pengetahuan tidak terbatas.

    TUJUAN

    Memberi pendedahan kepada peserta tentang budaya pemakanan dan cara dalam etika

    makan orang asli tempatan.

    PELAKSANAAN

    Setiap kumpulan akan diberi bahan masakan yang ditetapkan.Seterusnya peserta akan

    diberikan dapur orang asli dan diajar bagaimana mengendalikan dapur tersebut.Akhir

    sekali peserta akan menyiapkan hidangan masing-masing sebelum dihidangkan untuk

    santapan.

  • 7/21/2019 paperworkprogramkepimpinan2014nadicp-140204003000-phpapp01

    13/14

    PUISI ALAM

    DURASI: 30 MINIT LOKASI : PERSEKITARAN TERBUKA

    OBJEKTIF

    Menjadikan seorang insan itu sebagai individu yang tahu bersyukur dengan segala perkara

    dan keadaan yang ada di sekeliling.

    TUJUAN

    Aktiviti ini dilakukan untuk mengasah kepekaan peserta dalam menilai konsisi alam dan

    mengaplikasikan ia dalam teknik pembelajaran sebenar bagi membantu peserta mencari

    ilmu dengan lebih mudah.

    PELAKSANAAN

    Setiap peserta akan diberi sehelai kertas dan peserta diarahkan menulis apa sahaja yang

    dilihat tentang keadaan alam di sekeliling. Seterusnya peserta akan mendeklamasikannya

    dalam bentuk puisi.

  • 7/21/2019 paperworkprogramkepimpinan2014nadicp-140204003000-phpapp01

    14/14

    Strive your life withSTRIVE

    PERKHIDMATAN

    KAMI MENYEDIAKANPENGINAPAN PESERTA (3 HARI 2 MALAM ATAU 2 HARI 1 MALAM)

    MAKANAN PESERTA (12 KALI ATAU 6 KALI)

    PENCERAMAH BERPENGALAMAN

    JURULATIH BERTAULIAH

    FASILITATOR BERKELAYAKAN

    FASILITI PROGRAM

    KELENGKAPAN DAN BAHAN SOKONGANKAIN RENTANG (BANNER) PROGRAM

    SIJIL PENYERTAAN PESERTA

    INSURANS KEMALANGAN

    PENGINAPAN DAN MAKANAN PEGAWAI PENGIRING DISEDIAKAN

    (SEORANG PEGAWAI PENGIRING BAGI SETIAP 20 PESERTA)

    ANDA MENYEDIAKAN

    PESERTA

    TARIKH DICADANGKAN (20 HARI SEBELUM TARIKH PROGRAM)

    BAYARAN DEPOSIT (60% - 10 HARI SEBELUM TARIKH PROGRAM)BAKI BAYARAN ADALAH SEBELUM PROGRAM TAMAT

    BAYARAN YANG DICADANGKAN

    RM80.00 UNTUK SEORANG PESERTA (2 HARI 1 MALAM)

    RM130.00 UNTUK SEORANG PESERTA (3 HARI 2 MALAM)

    (PENGANGKUTAN JUGA BOLEH DISEDIAKAN DENGAN

    BAYARAN TAMBAHAN)

    Kami tahu apa yang anda perlukan dalam sesebuah program yang

    dikendalikan kerana kami juga seperti anda