paperwork terbaru

17
KERTAS KERJA PROGRAM CITRA KHAZANAH PRIBUMI TASIK CHINI PAHANG TARIKH 09-11 MEI 2014 TEMPAT PERKAMPUNGAN ORANG ASLI TASIK CHINI ANJURAN PUSAT PEMBANGUNAN PSIKOLOGI DAN PEMBANGUNAN MANUSIA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA TEMA MENGILHAM HARAPAN, MENGAMIT IMPIAN BERSAMA KOMUNITI ORANG

Upload: anne

Post on 22-Dec-2015

231 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

paper work

TRANSCRIPT

Page 1: Paperwork TERBARU

KERTAS KERJA

PROGRAM CITRA KHAZANAH PRIBUMI TASIK CHINI

PAHANG

TARIKH

09-11 MEI 2014

TEMPAT

PERKAMPUNGAN ORANG ASLI TASIK CHINI

ANJURAN

PUSAT PEMBANGUNAN PSIKOLOGI DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

TEMA

‘MENGILHAM HARAPAN, MENGAMIT IMPIAN BERSAMA KOMUNITI ORANG ASLI’

Page 2: Paperwork TERBARU

KERTAS KERJA

PROGRAM CITRA KHAZANAH PRIBUMI TASIK CHINI

PUSAT PENGAJIAN PSIKOLOGI DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1.0 TUJUAN

Tujuan utama Program Citra Khazanah Pribumi Tasik Chini adalah untuk mendedahkan para

pelajar mengenai teknik pemetaan asset komuniti dan mengenalpasti kekuatan yang dimiliki

oleh komuniti orang asli di Tasik Chini. Selain itu, pelaksanaan program ini adalah untuk

mendalami kehidupan dan saling berkongsi pengalaman dan pengetahuan yang dimiliki oleh

komuniti orang asli dengan para pelajar. Program “Citra Khazanah Pribumi” Tasik Chini

adalah satu program yang dilihamkan bagi melaksanakan program pembangunan komuniti

sebagai memenuhi keperluan hasil pembelajaran kursus SKPW2153 Kerja Sosial Komuniti.

Hal ini kerana, para pelajar dapat mendekatkan diri dengan komuniti sebenar dan menimba

pelbagai pengalaman dan menggunakan segala pengetahuan dan kemahiran melalui program-

program yang dijalankan. Program ini juga, dapat membentuk nilai yang positif dalam

kalangan para pelajar seperti nilai kepimpinan, keupayaan merancang dan membentuk

kompetensi generik dan spesifik sepertimana yang dihasratkan dalam pembentukkan

Kerangka Kompetensi Kerja Sosial Kebangsaan. Oleh itu, kertas kerja ini dikemukakan

untuk memohon pertimbangan dan sumbangan Jabatan Perkhidmatan Pelajar ( JPPel ) untuk

menjayakan program ini.

2.0 PENGENALAN

2.1 Kursus Kerja Sosial Komuniti (SKPW2153) merupakan salah satu kursus wajib

dalam Program Kerja Sosial yang ditawarkan oleh pihak Universiti Kebangsaan

Malaysia.

2.2 Program Citra Khazanah Pribumi Tasik Chini ini dianjurkan oleh Program Kerja

Sosial serta mahasiswa/i yang mengambil kursus Kerja Sosial Komuniti (SKPW

2153) sebagai satu kursus wajib dalam pemberian markah dan gred kepada

mahasiswa/i.

‘MENGILHAM HARAPAN, MENGAMIT IMPIAN BERSAMA KOMUNITI ORANG ASLI’

Page 3: Paperwork TERBARU

3.0 MISI

Bertujuan mengenalpasti keperluan komuniti orang asli di Tasik Chini dan membangunkan

program-program pemerkasaan komuniti mengikut keperluan sebenar komuniti tanpa

dipengaruhi oleh program-program yang dirangka di luar komuniti itu sendiri.

4.0 MATLAMAT

Matlamat utama program ini diadakan adalah bagi membuat pemetaan aset komuniti

masyarakat orang asli dan merancang aktiviti bersama dengan masyarakat di

perkampungan orang asli Tasik Chini. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk

membina kesedaran komuniti tentang kepentingan pendidikan dan menggalakkan

penyertaan komuniti dalam program-program universiti.

5.0 OBJEKTIF

5.1 Mewujudkan peta aset komuniti Orang Asli Tasik Chini.

5.2 Membentuk program pembangunan komuniti Orang Asli Tasik Chini.

5.3 Menjalankan aktiviti pemerkasaan komuniti bersama dengan Orang Asli Tasik Chini.

5.4 Mewujudkan tahap kesedaran komuniti Orang Asli Tasik Chini melalui program

pendidikan.

6.0 TEMA

‘Mengilham harapan, Mengamit Impian bersama komuniti Orang Asli’.

7.0 ANJURAN

7.1 Program Kerja Sosial, Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia; dan

7.2 Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC).

8.0 TARIKH

09, 10 dan 11 Mei 2014.

9.0 TEMPAT PROGRAM

Perkampungan Orang Asli yang terletak sekitar Tasik Chini iaitu Kg. Gumum, Kg. Ulu Gumum, Kg. Melai, Kg Ulu Melai, Kg. Cendahan, Kg. Tg. Puput.

‘MENGILHAM HARAPAN, MENGAMIT IMPIAN BERSAMA KOMUNITI ORANG ASLI’

Page 4: Paperwork TERBARU

10.0 PUBLISITI

Hebahan di atas Talian

Laman sesawang program seperti facebook dan twitter akan dibangunkan bagi tujuan

hebahan dan pemberitahuan maklumat terkini mengenai program. Banner Program akan

diwar-warkan di Papan Digital UKM.

11.0 PERINCIAN PROGRAM

11.1 Cadangan Perasmi

ADUN Chini ( Ybhg. Dato’ Abu Bakar Hj. Harun )Awang Alok (Tok Batin Kampung Gumum).

Program 1

Jom Makan-makan , Jom Beraktiviti : Program ini melibatkan mahasiswa dengan penduduk

kampung . Program ini bagi menjalinkan ukhwah diantara mahasiswa dan jiran tetangga di sekitar Kg .

Gumum . Dalam pada itu , program gotong-royong ini bertujuan untuk membangunkan dan

menceriakan lagi Balai Raya, membangunkan Sudut Ilmu atau mini library, Surau dan Padang

Kg.Gumum . Dalam pada itu , aktiviti bertemakan “ Makan Buah-buahan “ merupakan aktiviti santai

sambil bergotong-royong membersihkan sekeliling kampung . Oleh itu , program ini sangat

menggalakkan penyertaan dari masyarakat kampung sendiri .

Program 2

Jom Berkelah , Jom Belajar : Program ini bertujuan membantu meningkatkan minat pelajar untuk

belajar secara santai dengan pelbagai aktiviti Latihan Dalam Kumpulan ( LDK ) di bantu oleh

mahasiswa UKM . Selain itu, program ini turut melibatkan pelbagai aktiviti seperti menyanyi, melukis

dan mewarna bagi mencungkil bakat mereka. Dalam pada itu , aktiviti “Art Therapy” juga akan

dilaksanakan bagi melihat emosi dan persekitaran hidup mereka sebagai kanak-kanak di kampung ini .

Program 3

Jom Bertani .. Tingkatkan Produktiviti : Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada

masyarakat orang asli untuk meningkatkan lagi taraf ekonomi mereka iaitu slot dari pihak IKS,FAMA

dan MARDI . Slot ini juga akan memberi pendedahan kepada masyarakat tentang bagaimana cara-cara

untuk meningkatkan produk komuniti di Kampung Orang Asli Tasik Chini .‘MENGILHAM HARAPAN, MENGAMIT IMPIAN BERSAMA KOMUNITI ORANG ASLI’

Page 5: Paperwork TERBARU

Program 4

Jom Demo, Jom Belajar: Melalui slot ini.penceramah akan memberi tips-tips kepada penduduk

kampung khususnya belia di kampung. Program ini bertujuan untuk membantu golongan belia untuk

belajar kemahiran baru dan mampu meneruskan kelangsungan hidup agar mampu mngubah kehidupan

keluarga mereka kelak. Slot ini akan dikelola oleh Kolej Komuniti , Giatmara dan agensi lain . Misalnya

, kemahiran automotif dalam membaiki kenderaan supaya memudahkan anak-anak muda ini

berkemahiran dalam mengendalikan membaikpulih kenderaan yang rosak .

Program 5

Jom Sihat , Jom Cergas: Program permainan ini melibatkan mahasiswa dengan penduduk kampung.

Program ini bagi menerapkan elemen gaya hidup sihat dalam kehidupan dan memupuk semangat

cintakan sukan dan sikap berkerjasama. Program Sukaneka ini juga melibatkan kanak-kanak yang

bertujuan melahirkan semangat kerjasama diantara kanak-kanak orang asli di sekitar kampung.

Program 6

Jom Sayangi Diri: Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal mengenai cara mencegah

penyakit yang berbahaya seperti diabetes dan darah tinggi serta untuk mengetahui status kesihatan

semasa. Program ini melibatkan penglibatan Klinik Kesihatan Tasik Chini sendiri . Dalam pada itu ,

aktiviti menggosok gigi dengan cara yang betul untuk kanak-kanak dan golongan dewasa juga akan di

berikan penekanan dalam program ini .

Program 7

Jom Berkaraok , Jom Menari : Program ini bertujuan untuk mencungkil bakat baru seperti

pertandingan menyanyi,tarian , berpantun dan sebagainya. Selain itu, program ini juga mampu

menyebabkan pembinaan repo di antara pelajar dan penduduk kampung menjadi lebih utuh dan perkara

ini memudahkan untuk program yang akan datang.

‘MENGILHAM HARAPAN, MENGAMIT IMPIAN BERSAMA KOMUNITI ORANG ASLI’

Page 6: Paperwork TERBARU

12.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM

12.1 Pelajar dan Pegawai Universiti Kebangsaan Malaysia

12.2 Pegawai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, Pahang

12.3 Masyarakat Orang Asli di Tasik Chini.

12.4 Guru-guru Sekolah Kebangsaan Tasik Chini.

12.5 Wakil Pegawai Daerah Pekan, Pahang

12.6 Klinik Kesihatan Tasik Chini

13.0 STRUKTUR ORGANISASI

Rujuk Lampiran A

14.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran B

15.0 BELANJAWAN

Rujuk Lampiran C

16.0 PEJABAT URUSAN

Sebarang maklumat lanjut, penerangan dan pertanyaan,

sila hubungi:

I. Nurul Farhana Binti Nasri,

Ketua Pengarah,Program Citra Khazanah Pribumi Tasik Chini.No.Tel : 0194256367Emel : [email protected]

II. Najwa Bahira Binti Baharudin,

Timbalan Ketua Pengarah 1, Program Citra Khazanah Pribumi Tasik Chini.No.Tel : 0179618819Emel : [email protected]

III. Soraya Binti Mohd Taufik,

Timbalan Ketua Pengarah 2,Program Citra Khazanah Pribumi Tasik Chini. No.Tel : 0172895358Emel : [email protected]

‘MENGILHAM HARAPAN, MENGAMIT IMPIAN BERSAMA KOMUNITI ORANG ASLI’

Page 7: Paperwork TERBARU

17.0 SYOR/PENUTUP

Program Citra Khazanah Pribumi Tasik Chini diharapkan dapat dijadikan wahana untuk

merealisasikan aspirasi universiti bagi melahirkan mahasiswa yang mempunyai jati diri dan

seimbang fizikal, mental, rohani dan spritual. Selain itu, program sebegini mampu memupuk

perpaduan di antara para pelajar kursus Kerja Sosial Komuniti tanpa mengira bangsa

sepertimana yang ditekankan melalui konsep 1Malaysia. Para pelajar yang menyertai

program ini, dapat mengaplikasikan dan meningkatkan soft skill masing-masing dengan

maksimum terutama dalam aspek khidmat masyarakat sepanjang projek ini dijalankan.

Program ini sedikit sebanyak dapat membantu mahasiswa/i menyesuaikan diri dalam kerja-

kerja komuniti selaras dengan kursus Kerja Sosial yang dipelajari di Universiti Kebangsaan

Malaysia (UKM).

Oleh itu, kerjasama dan kelulusan daripada pihak tuan/puan amat diperlukan untuk

menjayakan dan melancarkan perjalanan program ini. Kerjasama dan sokongan daripada

pihak tuan/puan amat kami hargai. Akhir kata, segala jasa baik sokongan dan bantuan, kami

dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Disediakan oleh,

Nurul Fathiah Binti Mohd Nasir (A140594)Setiausaha,Program Citra Khazanah Pribumi Tasik Chini.

Disemak oleh,

Nurul Farhana Binti Nasri (A141220)

Ketua Pengarah,

Program Citra Khazanah Pribumi Tasik Chini.

‘MENGILHAM HARAPAN, MENGAMIT IMPIAN BERSAMA KOMUNITI ORANG ASLI’

Page 8: Paperwork TERBARU

Disahkan oleh,

Dr. Mohd Suhaimi Mohamad

Ketua Program Kerja Sosial UKM,

Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia,

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,

Universiti Kebangsaan Malaysia.

‘MENGILHAM HARAPAN, MENGAMIT IMPIAN BERSAMA KOMUNITI ORANG ASLI’

Page 9: Paperwork TERBARU

___________________________________________________LAMPIRAN A

STRUKTUR ORGANISASI

Penasihat

Dr. Mohd Suhaimi Mohamad

Ketua Pengarah

Nurul Farhana Binti Nasri (A141220)

019-4256367

Timbalan Ketua Pengarah 1

Najwa Bahira Binti Baharudin (A140402)

017-2895358

Timbalan Ketua Pengarah 2

Soraya Binti Mohd Taufik (A142409)

017-9618819

Setiausaha

Nurul Fathiah Binti Mohd Nasir (A140594)

013-6320862

Penolong Setiausaha

Siti Khadijah Binti Sarnua (A141126)

013-5361244

Bendahari

Nur Shazwani Binti Ramly (A141322)

017-6441193

Pengarah Program : Mohammad Syahrul Azha Bin Sooed A141277

Pengarah Cenderamata : Nor Hanny Dalila Binti Zaini A141173

Pengarah Pemasaran : Mohd Arif Bin Kamal Rosnan A139596

Muhammad Zulfika Bin Azmi A140709

Pengarah Publisiti : Puteri Nor ‘Adilah Binti Mohd Zarudin A141059

: Nik Hasmadi Bin Daud A141144

Pengarah Kebajikan : Nur Khalilah Binti Shamsul Bahri A140906

Pengarah Keselamatan : Muhamad Azrul Nizam Bin A141408

Kamaruzaman

Pengarah Jamuan : Nurul Anis Izzati Binti Ahmad A141205

Pengarah Tugas- Tugas Khas : Nur Hazim Binti Amat A141194

‘MENGILHAM HARAPAN, MENGAMIT IMPIAN BERSAMA KOMUNITI ORANG ASLI’

Page 10: Paperwork TERBARU

Pengarah Pengangkutan dan Penginapan : Alif Faisal Amin Bin Aziz A142402

Mazidah Binti Mohamad Yusof A142422

________________________________________________________LAMPIRAN B

ATURCARA PROGRAM

TENTATIF PROGRAM PERINGKAT 1“PEMETAAN ASET KOMUNITI ORANG ASLI TASIK CHINI”

PELAJAR TAHUN DUA KERJA SOSIAL UKM, BANGI18-20 APRIL 2014

PERKAMPUNGAN TASIK CHINI, PAHANG DARUL MAKMUR

PROGRAM CITRA KHAZANAH MASYARAKAT PERIBUMI DI

TASIK CHINI, PAHANG

ATURCARA PROGRAM

MASA PERKARA

09 MEI 2014 (JUMAAT)

07.30 AM

08.00 AM

01.00 PM

02.00 PM

03.30 PM

06.30 PM

Berkumpul di Pusanika

Bertolak ke Tasik Chini

Makan Tengahari & solat

Taklimat ringkas program

Majlis Pembukaan

Rehat dan persiapan untuk program

“ Jom Makan-makan ,Jom Beraktiviti”

Membuat Mini Perpustakaan di Balai Raya

Mengecat Balai Raya , Surau

Pembersihan kawasan Padang dan Tasik

Pulang ke penginapan

‘MENGILHAM HARAPAN, MENGAMIT IMPIAN BERSAMA KOMUNITI ORANG ASLI’

Page 11: Paperwork TERBARU

10 MEI 2014 (SABTU)

06.00 AM

7.30 AM

08.00 PAGI

08.30 PAGI

12.30 PM

02.00 PM

04.30 PM

06.30 PM

Solat Subuh & Pengurusan Kendiri

Bertolak ke perkampungan orang asli

Sampai di perkampungan orang asli

& sarapan

Program “ Jom Berkelah , Jom Belajar”

( SK Tasik Chini )

Rehat & Makan serta solat

Program “Jom Bertani ; Tingkatkan

Produktiviti “

Program “ Jom Demo , Jom Belajar”

Aktiviti “Jom Sihat,Jom Cergas”

*Padang Kg Gumum

Pulang Ke Penginapan

‘MENGILHAM HARAPAN, MENGAMIT IMPIAN BERSAMA KOMUNITI ORANG ASLI’

Page 12: Paperwork TERBARU

11 MEI 2014 ( AHAD )

06.00 AM

07.30 AM

09.00 AM

12.30 PM

02.00 PM

05.00 PM

Solat & Persiapan Kendiri

Bertolak ke Perkampungan Orang Asli

Program “Jom Sayangi Diri”

Program “Jom Karaok , Jom Menari”

*Balai Raya

Makan Tengahari dan solat

Majlis Penutupan

Ucapan Ketua Pengarah

Ucapan Dr Suhaimi

Ucapan Tok Batin

Ucapan YB

Penyampaian Hadiah ( Persembahan dan

cenderamata)

Bertolak pulang ke UKM

‘MENGILHAM HARAPAN, MENGAMIT IMPIAN BERSAMA KOMUNITI ORANG ASLI’

Page 13: Paperwork TERBARU

________________________________________________________LAMPIRAN C

BELANJAWAN PROGRAM

Anggaran Pendapatan

PERKARA RM1. Peruntukan Jabatan Perkhidmatan Pelajar2. Tajaan dan Sumbangan

1,500.008,500.00

ANGGARAN PENDAPATAN KESELURUHAN 10,000.00

Anggaran Perbelanjaan

PERKARA RM RM1. PENGISIAN PROGRAM

Sukaneka Pendidikan Kanak-kanak Pendidikan Kecemerlangan dan Motivasi Kesihatan

2. PUBLISITI Pamphlet Banner

3. CENDERAMATA VIP Sukaneka Persembahan

4. JAMUAN Jamuan AJK

5. LOGISTIK Penginapan

6. PENGURUSAN PROJEK Alat Tulis + Surat Fotokopi Gula-gula Air Mineral

7. RENCAM

RM 60.00 X 5 PCS

RM 23.00 X 55 org X 3 hari

RM 3.00 X 55 org X 3 hari

3,000.00

300.00

300.00600.00300.001,200.00

3,795.00

495.00

800.00

410.00

JUMLAH ANGGARAN PERBELANJAAN 10,000.00

‘MENGILHAM HARAPAN, MENGAMIT IMPIAN BERSAMA KOMUNITI ORANG ASLI’