paper 3 sample jawapan
DESCRIPTION
how to answer paper 3TRANSCRIPT
11
CADANGAN JAWAPAN KERTAS 3 TAHUN 2014
KERTAS 3 TAHUN 2014
TEMA UMUM : Pembinaan Negara dan Bangsa Ke arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat.
Selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963, jentera pentadbiran kerajaan Malaysia telah diperkemas berasaskan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.
DEMOKRASI BERPARLIMEN
Latar belakang sistem Demokrasi Berparlimen
Selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963, jentera pentadbiran kerajaan telah diperkemaskan.Sistem pemerintahan dan pentadbiran negara selepas merdeka adalah berlandaskan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.
Negara demokrasi lahir dpd perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat.
Terdapat dua corak pemerintahan demokrasi.
Sistem Raja Berperlembagaan iaitu sistem pemerintahan yang mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi negara dan negeri
Pemerintah dibantu oleh Perdana Menteri
Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sejak merdeka pada tahun 1957.
Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara
Raja-raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat
Rakyat berpeluang membentuk kerajaan
Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihanraya
Rakyat berhak menyokong, mengekal atau menukarkan kerajaaan yang sedia ada melalui pilihanraya
Perlembagaan Malaysia menjadi garis panduan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia.
Beberapa pindaan perlembagaan dibuat untuk menyesuaikan sistem pentadbiran dengan perkembangan politik semasa.
Sistem Demokrasi berparlimen berjaya mengekalkan kerajaan yang adil, sejahtera dan stabil.
Konsep Perlembagaan
Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan.
Tujuan perlembagaan adalah sebagai dokumen rasmi negara.
Mengandungi segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara.
Parti politik yang mentadbir akan mengetahui hala tuju pentadbiran negara.
Menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat melalui peruntukan yang terkandung di dalamnya.
Perlembagaan Malaysia yang diperkenalkan pada 16 september 1963 mengandungi 183 perkara.
Perlembagaan ini mengandungi peruntukan seperti senarai kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan senarai bersama. Institusi Yang Dipertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan badan kehakiman.
Perlembagaan Malaysia telah membuat pembahagian kuasa antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri kerana Malaysia merupakan sebuah negara persekutuan
Negeri -negeri yang bergabung dengan persekutuan Malaysia diberikan hak, kuasa dan tanggungjawab seperti yang diperuntukkan dlm perlembagaan negeri
Keluhuran perlembagaan
Bermaksud keagungan dan ketertinggian undang-undang atau perlembagaan itu sendiri.
Bukti keluhuran perlembagaan ialah kuasa parlimen, kedudukan Yang Dipertuan Agong, kuasa perundangan dan kebebasan asasi diperuntukkan oleh perlembagaan
Parlimen memperoleh kuasa daripada perlembagaan
Yang Dipertuan Agong tertakluk kepada perlembagaan Malaysia.
Keluhuran perlembagaan Malaysia mengatasi Yang Dipertuan Agong, parlimen, jemaah Menteri, dan mahkamah
Semua jenis undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan Malaysia adalah tidak sah
Sebab-sebab pindaan Perlembagaan
Melindungi kepentingan rakyat.
Menjaga keselamatan Negara.
Melicinkan urusan.
Supaya sentiasa releven.
Sesuai dengan keperluan semasa.
Menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang yang munasabah.
Kandungan dipatuhi oleh rakyat dengan rela hati.
Melarang perkara sensitif dipersoalkan secara terbuka.
Parlimen telah meluluskan pindaan Akta Hasutan 1970 yang menghadkan seorang individu daripada bercakap sewenang-wenangnya.
Mengelakkan perbalahan kaum.
Memelihara keselamatan/ketenteraman/ keharmonian masyarakat.
** Sebab-Sebab Demokrasi Berparlimen diamalkan di Malaysia
Melahirkan taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada pemimpin yang dipilih.
Rakyat terlibat dalam menentukan hala tuju politik negara.
Memberi ruang dan peluang kepada rakyat memilih pemimpin.
Dapat menentukan pemimpin yang berkebolehan dan berkualiti.
Rakyat mempunyai hak bersuara, berpolitik dan berpersatuan.
Pemimpin yang terpilih akan berkhidmat dengan sebaik mungkin kepada rakyat.
Ekonomi negara akan berkembang maju.
Mengekalkan kestabilan politik negara.
** Kebaikan Amalan Demokrasi
Mengekalkan kedaulatan kerajaan.
Kerajaan dipilih oleh rakyat.
Berpeluang menentukan kepimpinan negara.
Menentukan masa depan negara.
Segala pemasalahan diselesaikan melalui rundingan.
Kecekapan pentadbiran negara.
Memudahkan perancangan kerajaan.
Meningkatkan kerjasama dalam kalangan masyarakat.
Menjamin hak rakyat.
Mengurangkan tekanan antarabangsa.
Memperkukuhkan perpaduan.
Mengekalkan perkongsian kuasa.
Kerajaan stabil.
Kemajuan ekonomi.
Menarik pelaburan asing..
Memastlkan keamanan.
Menjamin kerajaan yang adil dan stabil.
Kedaulatan di tangan rakyat.
* Cara-Cara Sistem Demokrasi di Malaysia Dapat dikekalkan
Mendidik rakyat agar menggunakan demokrasi dengan cara yang betul.
Mengamalkan demokrasi dengan cara yang betul.
Mengelakkan campur tangan asing dalam urusan negara.
Mengekalkan keharmonian hidup pelbagai kaum.
Semangat demokrasi harus disuburkan di peringkat sekolah.
Amalan demokrasi mengikut acuan negara sendiri.
Kekalkan sistem pilihanraya yang adil dan bebas.
Memelihara undang-undang dan perlembagaan negara.
Rakyat mesti memelihara jati diri bangsa.
Mengutamakan kepentingan negara.
** Cara-Cara Mengekalkan Kedaulatan dan Kemerdekaan Negara
Menjaga nama baik negara.
Mewujudkan kerjasama.
Sanggup berkorban demi kebaikan bersama.
Bermusyawarah untuk mencapai kata sepakat.
Bertolak ansur dalam politik.
Merealisasikan dasar-dasar kerajaan.
Menghayati sejarah perjuangan para pejuang negara.
Menghormati lambang-lambang negara.
Menjayakan konsep 1 Malaysia
Patuh kepada undang-undang
Setia kepada pemimpin
Menjaga kedaulatan negara
** Peranan anda untuk mengekalkan sistem demokrasi di negara kita.
Menganggotai mana-mana parti politik.
Mendaftar sebagai pemilih.
Menjadi calon pilihan raya.
Bertanding atas parti atau calon bebas.
Memilih pemimpin yang bertanggungjawab.
Memilih pemimpin yang amanah.
Memilih pemimpin berwawasan.
Tidak menyertai demonstrasi dan menubuh pertubuhan haram.
Memilih pemimpin.
Menghormati hak asasi manusia.
Patuh pada undang-undang negara.
Bertolak ansur.
Bekerjasama.
Hormat-menghormati
** Kejayaan yang dicapai oleh negara kita
Pemodenan pertanian.
Perkembangan teknologi.
Pelaksanaan k-ekonomi.
Tumpuan pelancong asing.
Hubungan antarabangsa berkembang
Kemajuan sistem pengangkutan.
Kemajuan sistem komunikasi.
Pembuatan automobil/ industri berat.
Sektor perkilangan.
Industri elektronik.
Pembangunan wilayah.
Koridor raya multimedia.
Penganjuran sukan antarabangsa.
Hub pendidikan bermutu.
Pusat kecemerlangan pendidikan.
Universiti berkembar dengan universiti terkenal luar negara.
** Cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan sistem demokrasi berparlimen.
Kemunculan golongan radikal.
Masalah perpaduan.
Kewujudan pelbagai kaum.
Gejala sosial.
Perlakuan jenayah.
Kebanjiran pendatang asing.
Peluang pekerjaan.
Globalisasi.
Masalah kemiskinan.
Jurang ekonomi antara kaum.
** Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas.
Memperkukuh perpaduan.
Penguatkuasaan undang-undang.
Mewujudkan konsep 1 Malaysia.
Memastikan Wawasan 2020 tercapai.
Menghayati Rukun Negara.
Mewujudkan rakan cop.
Menambah peluang pekerjaan
Memperketatkan kawalan sempadan.
** Nilai-nilai murni atau iktibar yang dapat diambil daripada pelaksanaan sistem demokrasi berparlimen terhadap diri sendiri, masyarakat dan negaraialah
Memelihara perpaduan
Mengekalkan keamanan
Bersikap toleransi
Bersedia menerima perubahan
Saling memahami
Bertanggungjawab
Bersikap inovatif dankreaktif.
Patuh kepada undang-undang
Menghormati pemimpin
Semangat cintakan Negara
Menghormati lambang Negara** Aktiviti yang boleh mengukuhkan sistem pemerintahan beraja di Malaysia.
Menyemai semangat patriotik dalam kalangan pelajar
Menghormati lambang-lambang kebesaran.
Menganjurkan pertandingan bahas /pidato/syarahan/kuiz/melukis berkaitan yang di Pertuan Agong dan raja.
Menghasilkan buku skrap mengenai institusi raja
Mencari maklumat berkaitan melalui internet
Menggantung gambar Yang di Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu
Kembara Tengku Mahkota dilaksanakan.
CIRI-CIRI BADAN PERUNDANGAN (LEGISLATIF)
Berperanan mengubal undang-undang oleh Parlimen.
Bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat.
Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
Dewan Negara
Merupakan dewan tertinggi
Mengandungi 69 orang ahli.
Mewakili setiap negeri.
Ahli digelar Senator.
Tempoh keanggotaan adalah tiga tahun.
Berumur sekurang-kurangnya 30 tahun.
Senator setaraf sama dengan Ahli Parlimen.
Beliau boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri.
Senator dilantik tanpa melalui pilihan raya oleh Yang di-Pertuan Agong.
Terdiri daripada individu yang memberi sumbangan cemerlang dan berpengalaman.
Dalam perkhidmatan awam, bidang profesional atau bidang tertentu seperti perniagaan,
perusahaan, pertanian, kesenian, dan kebajikan, atau mewakili sesuatu kumpulan minoriti
seperti Orang Asli.
Keahlian Dewan Negara dibahagikan kepada tiga kumpulan.
Dua orang ahli yang dipilih oleh Yang di-Pertuan Agong yang mewakili Wilayah Perekutuan
Kuala Lumpur dan seorang ahli mewakili Wilayah Persekutuan Labuan.
40 orang ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong yang terdiri daripada individu yang telah
berjasa dan cemerlang dalam bidang profesional.
Dewan Rakyat
Dewan Rakyat merupakan dewan terpenting.
Ahlinya dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum.
Dewan Rakyat mengandungi 219 orang ahli.
Mereka mewakili semua kawasan pilihan raya.
Tempoh keanggotaannya lima tahun.
Tugas utama menggubal dan meluluskan undang-undang di peringkat Dewan Rakyat.
Kronologi proses meluluskan undang-undang di Parlimen.
Proses meluluskan undang-undang di Parlimen dicadangkan oleh kementerian.
Penggubalan rang undang-undang oleh Jabatan Peguam Negara.
Pembacaan pertama di Dewan Negara dan
Pembacaan tajuk rang undang-undang sahaja.
Pembacaan kedua di Dewan Rakyat dan rang undang-undang dibahaskan.
Perbincangan secara terperinci tentang rang undang-undang pada peringkat jawatankuasa di
Dewan Rakyat.
Pembacaan ketiga di Dewan Rakyat dan
Rang undang-undang dibahaskan semula sebelum diluluskan untuk dikemukakan ke Dewan
Negara.
Pembentangan di Dewan Negara menjalankan proses yang sama seperti di Dewan Rakyat
Penyerahan rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Negara kepada DYMM Yang
di-Pertuan Agong untuk diperkenankan dan dicop mohor.
Pewartaan atau pemberitahuan undang-undang dalam Warta Kerajaan.
BADAN PELAKSANA (EKSEKUTIF)
Jemaah Menteri
Terdiri daripadaJemaah Menteriatau Kabinet.
Merupakan badan pelaksana dasar kerajaan.
Pembuat dasar tertinggi negara.
Diketuai oleh Perdana Menteri.
Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri mengetuai sesebuah atau beberapa
kementerian.
Kementerian
Kementerianbertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan.
Merancang serta menyelaraskan program pembangunan ekonomi dan sosial.
Setiap kementerian diketuai oleh seorang Menteri.
Menteri
Menteridibantu oleh Timbalan Perdana Menteri , Setiausaha Parlimen dan Setiausaha
Politik.
Menteri yang tidak diberikan tugas dalam kementerian tertentu dikenali sebagai Menteri Tak Berportfolio.
Beliau akan diberikan tugas-tugas tertentu oleh Perdana Menteri.
Perkhidmatan Awam
Perkhidmatan Awamdiketuai olehsetiausaha Negara(KSN).
Bertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan kerajaan.
Pentadbiran kementerian diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian (KSK).
KSK dibantu oleh kakitangan kerajaan yang dikenali sebagai pegawai perkhidmatan awam.
Kakitangan awam melaksanakan dasar yang ditetapkan oleh kerajaan.
Jabatan kerajaan diketuai oleh Ketua Jabatan dengan gelaran Ketua Pengarah.
Badan Berkanun
Badan berkanun merupakan badan separuh kerajaan.
Mempunyai kuasa autonomi tertentu.
Mempunyai peruntukan kewangan tersendiri.
Ditadbir oleh sebuah Lembaga Pengarah yang bertanggungjawab kepada Menteri yang
berkenaan.
Suruhanjaya
Mengendalikan urusan pelantikan, kenaikan pangkat, dan pemantauan disiplin.
Antara Suruhanjaya ialah Perkhidmatan Awam(SPA), Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan
(SPP), Suruhanjaya Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman, Suruhanjaya Pasukan
Polis dan Majlis Angkatan Tentera.
** Peranan badan perlaksana
Pembuat dasar tertinggi Negara.
Menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara.
Perdana Menteri sebagai Ketua Jemaah Menteri.
Mengetuai kementerian dan beberapa kementerian.
Kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan / merancang dan
menyelaras program pembangunan ekonomi dan social.
Terdapat 26 kementerian.
Kementerian diketuai seorang menteri.
Dibantu oleh timbalan menteri / setiausaha parlimen/ politik.
Menteri tak berpotfolio.
Perkhidmatan awam diketuai setiausaha Negara.
Pentadbiran diketuai Ketua Setiausaha Negara
Dibantu oleh kakitangan kerajaan.
Bertanggungjawab melaksanakan tugas.
Jabatan diketuai oleh ketua pengarah.
Jabatan di peringkat pusat/ daerah.
Badan berkanun berkuasa autonomi.
Mempunyai kewangan sendiri.
Ditadbir lembaga pengarah.
Penubuhan suruhanjaya.
** Kepentingan pengagihan kuasa kepada tiga badan pentadbiran
Menjamin kesejahteraan hidup rakyat
Pengagihan kuasa bagi mengelakkan pemusatan kuasa berlaku.
Berperanan untuk mengimbangikuasadalam pentadbiran.
Pengagihan kuasa dapat mengelakkan penindasan terhadap rakyat.
Dapat menjamin kebebasan rakyat dan hak asasi rakyat dilindungi.
Mewujudkan kecekapan dalam pentadbiran.
Menjadikan sistem pentadbiran yang sistematik.
Pengagihan kuasa dapat mengurangkan bebanan tugas.
Dapat membantu pembangunan negara yang pantas.
Dapat mengelakkan salah guna kuasa dalam pentadbiran.
Mengelakakan perbalahan dalam bidang pentadbiran.
** Usaha-usaha meningkatkan kecekapanpentadbiran
Kerajaan perlu memberi keutamaan kerja berpasukan.
Mengamalkan budaya kerja yang mesra pelangan
Menggunakan kemajuan teknologi dalam pentadbiran seperti dikaunter perkhidmatan.
Mengamalkan dan memberikan perkhidmatan yang cepat dan pantas.
Memastikan sifar rasuah dalam pentadbiran.
** Ciri-ciri pemimpin negara
Berpengetahuan luas dalam pelbagai bidang politik, ekonomi dan sosial.
Menggunakan sistem pentadbiran yang moden .
Menolak amalan rasuah dan mengukuhkan integriti dalam pentadbiran.
Seorang yang menepati masa dan melicinkan urusan pentadbiran.
Pemimpin yang mahir dalam ICT dan menggunakannya dalam urusan pentadbiran.
Seorang yang profesional dalam tindakanya.
PERANAN BADAN KEHAKIMAN DAN SISTEM MAHKAMAH
Badan kehakiman
Menentukan kesahihan undang-undang
Berkuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri
Mempunyai kuasa mendengar serta menentukan perkara sivil dan jenayah.
Perkara sivil berkaitan dengan saman.
Biasanya memerlukan afidavit (keterangan bertulis dengan mengangkat sumpah yang disaksikan oleh seorang peguam).
Perkara jenayah melibatkan kanun keseksaan.
Sistem mahkamah
Berkuasa mentafsir perlembagaan negara.
Mentfsir undang-undang.
Mengisytiharkan undang-undang bertulis Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri.
Berkuasa mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di sisi undang-undang.
Melaksanakan undang-undang
Tidak boleh meminda undang-undang.
PILIHAN RAYA DI MALAYSIA
Maksud dan Latar Belakang Pilihan Raya
Pilihan raya ialah proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada peringkat
negeri atau persekutuan.
Pemilihan ini dilakukan secara sulit menggunakan prosedur yang telus dan teratur.
Pengiraan undi dibuat secara terbuka dan keputusannya direkodkan.
Calon yang mendapat undi terbanyak dikira menang.
Sistem ini dikenali dengan sistem majoriti mudah.
Pilihan rayamerupakan ciri penting sistem demokrasi berparlimen di Malaysia.
Peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
Pilihan raya di Malaysia dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Keanggotaannya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis
Raja-Raja Melayu.
Suruhanjaya Pilihan Raya ditubuhkan untuk menjamin pilihan raya yang adil dan bebas tanpa
tekanan parti pemerintah atau pembangkang.
Tiga fungsi utama SPR adalah menentukan sempadan bahagian-bahagian pilihan raya,
menjalankan pendaftaran pemilih dan mengendalikan pilihan raya sama ada pilihan raya
umum atau pilihan raya kecil.
Tujuan Pilihan Raya
Pilihan raya umum diadakan untuk memilih ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Undangan
Negeri secara serentak di seluruh Semenanjung Malaysia.
Di Sarawak dan Sabah pula pilihan raya umum bagi bagi Dewan Rakyat dan Dewan
Undangan Negeri diadakan secara berasingan.
Pilihan raya kecil diadakan apabila berlaku kekosongaan kerusi di mana-mana kawasan
Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.
Kekosongan itu berlaku mungkin disebabkan hal-hal tertentu seperti kematian, peletakan
jawatan dan perlucutan jawatan.
Pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari bagi Semenanjung Malaysia dan 90
hari bagi Sarawak dan Sabah selepas kekosongan itu.
Proses Pilihan Raya di Malaysia
Penetapan tarikh penamaan calon dan pengundian oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Penamaan calon.
Penyediaan manifesto oleh parti yang bertanding.
Pelancaran kempen pilihan raya.
Pengumuman tentang tempat pengundian dan tempat pengiraan undi oleh SPR.
Pemberian kertas undi yang mengandungi lambang parti calon yang bakal dipilih kepada
pengundi di tempat pengundian.
Pengundi akan memangkah calon pilihannya pada kertas undi dan memasukkan kertas
tersebut ke dalam peti undi.
Pembuangan undi.
Pengiraan undi.
Pengumuman keputusan pilihan raya oleh Pegawai Pilihan Raya.
Kelayakan Calon
Warganegara Malaysia bebas memilih dan menganggotai mana-mana parti politik yang
mereka gemari.
Mereka boleh menjadi calon dan bebas untuk bertanding dalam pilihan raya.
Seseorang yang ingin menjadi calon dalam pilihan raya mestilah warganegara Malaysia,
berumur 21 tahun, bermastautin di Malaysia, sempurna akal, bukan orang yang muflis, tidak
memegang jawatan dalam perkhidmatan awam dan tidak disabitkan dengan sesuatu
kesalahan oleh mahkamah.
Seseorang warganegara akan hilang kelayakannya sebagai ahli Parlimen atau ahli Dewan
Undangan Negeri jika dihukum penjara tidak kurang daripada 12 bulan atau didenda tidak
kurang daripada RM2000 dan belum mendapat pengampunan.
Calon-calon dalam sesuatu pilihan raya boleh bertanding atas nama parti atau atas nama
individu sebagai calon bebas.
Mereka harus mengemukakan kertas penamaan calon pada hari penamaan calon.
Kelayakan Pengundi
Seseorang pengundi yang berkelayakan boleh mengundi jika namanya didaftarkan dalam
Senarai Daftar Pemilih.
Menuruf perkara 119 Perlembagaan Malaysia, seseorang warganegara yang berumur 21
tahun, bermastautin atau tidak bermastautin, tinggal di mana-mana kawasan pilihanraya
Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri mengundi dalam pilihanraya tersebut.
Seseorang pengundi hanya boleh mengundi dalam sebuah kawasan pilihanraya sahaja.
Perlembagaan membenarkan anggota pasukan keselamatan, pelajar di luar negara dan
pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara mengundi melalui pos dengan syarat nama
mereka terdaftar sebagai pengundi.
Kempen Pilihan Raya
Di negara kita, sebelum proses pengundian dijalankan sama ada dalam pilihanraya umum
atau pilihan raya kecil, calon daripada pelbagai parti yang bertanding dibenarkanberkempen.
Tempoh berkempen adalah antara tujuh hingga lima belas hari sahaja.
SPR telah menubuhkan urus setia yang diketuai oleh seorang setiausaha yang berperanan
sebagai Ketua Eksekutif dan Ketua Pentadbir urus setia.
Mereka dibantu oleh sekumpulan kakitangan awam.
Urus setia SPR diwajibkan mengikuti garis panduan dan dasar SPR.
Tujuannya untuk memastikan piliharaya dijalankan dengan efektif dan adil.
*** Kepentingan Pilihan Raya
Pilihanraya penting kepada semua warganegara dalam sistem pemerintahan demokrasi.
Setiap warganegara perlu bertanggungjawab mengambil tahu perkembangan politik semasa.
Mereka harus melibatkan diri dalam poses memilih pemimpin negara serta
menentukan bentuk kerajaan dan corak pemerintahan demokrasi melalui pilihan raya.
KESIMPULAN
Pengetahuan:
Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.
Kuasa pemeritahan dibahagikan kepada tiga badan iaitu badan perundangan, badan pelaksanaan, dan badan kehakiman.Sistem demokrasi melibatkan rakyat dalam pentadbiran.
Iktibar
Sokongan rakyat menjamin kelicinan pentadbiran negara.
Kerjasama antara pemimpin dan rakyat menjamin kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi.
Permuafakatan antara rakyat dengan kerajaan dapat mengekalkan keharmoniam negara.
Kesetiaan dan semangat patriotisme mengukuhkan pembentukan identiti negara dan bangsa Malaysia.Perpaduan rakyat menjamin kedaulatan negara.
Harapan
Ialah rakyat bertanggungjawabmengamalkan ciri-ciri demokrasi supaya dapatmeletakkan Malaysia sebagai negara yang berdaulat dan disegani di persada dunia.
Diharap semua rakyat mematuhi dan menghormati sistem pentadbiran negara demi
kemakmuran negara.