pantun.pdf

140

Click here to load reader

Upload: syam-brahim

Post on 26-Dec-2015

470 views

Category:

Documents


44 download

TRANSCRIPT

Page 1: PANTUN.pdf

Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 1

ISI KANDUNGAN

Kompilasi Pantun........(4 - 63)Kompilasi Sajak..........(66 - 101)Kompilasi Cerpen.......(104 - 139)

Page 2: PANTUN.pdf

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulilah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, pihak kami telah berjaya menyiap dan menyediakan Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen hasil lontaran idea dan garapan rasa daripada semua warga Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi (BPPK).

Usaha untuk menghasilkan Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen ini seharusnya mendapat pujian kerana dengan situasi tugasan rutin yang sibuk, warga BPPK masih dapat meluangkan masa dan terus mengasah bakat untuk sama-sama menyumbangkan idea dan nukilan rasa mereka.

Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan setinggi tahniah kepada semua warga BPPK dan AJK MBMMBI khususnya yang telah berjaya mengumpul dan mendokumentasikan luahan rasa dalam bentuk yang menarik untuk dijadikan kenangan kepada semua warga BPPK.

Program Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) adalah bertujuan memartabatkan Bahasa Malaysia, kerana Bahasa Malaysia merupakan Bahasa Kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu ke arah membina negara bangsa untuk mencapai hasrat 1Malaysia. Di samping itu, memperkukuh Bahasa Inggeris adalah kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik dan berkesan bagi membolehkan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat nasional dan global.

Rentetan daripada karya-karya yang dilahirkan, dapat dicungkil bakat-bakat yang terpendam selama ini dan diharapkan karya-karya yang terhasil menjadi titik tolak kepada penggunaan bahasa yang mantap, dinamik dan mampu bersaing ke arah mencapai negara maju serta menjadi bahasa pengantar utama pendidikan.

Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen ini diharap dapat menjadi batu loncatan dalam mengasah bakat-bakat yang sedia di BPPK dan dapat terus digilap agar lebih bercahaya pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

KHALID ABU BAKARSetiausaha BahagianBahagian Pembangunan dan Penilaian KompetensiKementerian Pelajaran Malaysia

Sekapur Sireh...

Page 3: PANTUN.pdf

PANTUN

Page 4: PANTUN.pdf

4 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen

Pencak silat pusaka MelayuTun Kudu membara dendamKalau diikutkan hawa nafsuNescaya kecundang binasa badan

Istana Langkat indah berseriTiang serinya bertatah permataJika mahu berprestasi tinggiTingkatkan ilmu rajin berusaha

Ada yang datang dan juga pergiMembeli belah kunjung kunjungan Bahagian Pembangunan dan Penilaian KompetensiSentiasa berusaha menuju kecemerlangan

Pergi ke pekan di Kampung DamaiUntuk membantu mangsa bencanaMemimpin rakyat dengan teladanMenerajui negara dengan saksama

Tinggi sungguh pohon keranji Meranti juga menjadi pilihanMemang kami sudah berjanjiPerkhidmatan diberi kualiti diutamakan

Segak bersamping bertengkolok tiadaSi cantik bersanggul membawa onarTegaklah berdiri berundur tiadaJika berada di pihak yang benar

Pohon semalu tumbuh melataPada batangnya banyak duriAntara misi dan tanggung jawab kitaMembangun profil dan standard kompetensi

Burung Tempua bersarang rendahBurung Enggang terbang tinggiBiarlah susah asal bermaruahKe mana pergi dipandang tinggi

Program X-Factor cetusan ideaMenjadi wadah pembangunan insanOrang bertanya apa faedahnya?Galakan membaca dan tingkatkan keyakinan

Putrajaya udaranya nyamanIlham pujangga arkitek negaramungkinkah Malaysia kekal amanJika warganya tidak sekata?

Nukilan : En. Khalid Bin Abu BakarSUB (BPPK)

Page 5: PANTUN.pdf

Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 5

Kenapa hendak kepada kamiBudi tiada bahasa kurangJika hendak menabur budiJangan pula memilih orang

Rakyat maju aman negaraFikiran rasional faktor kecemerlanganMalaysia menuju ke satu eraTransformasi nasional memacu kegemilangan

Idaman teruna sekuntum mawarHarum mewangi tapi berduriZahir hanya tampak di luarYang murni hati dan budi

Indah sungguh sinaran rambulanBuat penambat hati nan laraBerpegang teguh Perlembagaan PersekutuanSultan dimartabat tunggak negara

Rangkaian kata kalungan budiJambangan mekar buat bingkisanMerealisasikan kerja secara berkualitiMenepati dasar mematuhi peraturan

Istiadat pertabalan penuh bererti Pameran Di Raja di istana lamaJadilah insan berbudi pekertiBersama membina negara bangsa

Tanjung Tuan tampak cahayaHarum kasturi semerbak malamJika tuan tidak percayaNilai kasihku seisi alam

Cerita dongengan merak kayanganDisampaikan dengan cara bersajakHadapi tekanan juga cabaranBerteraskan iman serta berakhlak

Seraut wajah dimamah usiaPautan emosi terpahat eratPelaksanaan falsafah Satu MalaysiaPancar inspirasi menyatukan rakyat

Raut manis mulia akhlakKulit mulus dara perawanRiak takbur virus perosakBerpotensi menghapus segala amalan

Nukilan :Pn. Rozainum Binti AhmadTSUB (BPPK) K

Page 6: PANTUN.pdf

6 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen

Di pinggir kali tempat mandianSuasana nyaman jernih airnyaKenapa dilupai asal kejadianSetiap yang hidup ada akhirnya

Pahit rasanya buah periaEnak dimakan masakan berladaSelagi kita bernama manusiaTerikat pada firman dan sabda

Hidup muafakat amalan kitaMenjadi wadah tamadun bangsaSedari hakikat tujuan dicipta Asal kita dari yang Esa

Duduk dekat malu-maluanBila berjauhan teringat pulaJika tersasar tersalah haluanPulang ke pangkal melangkah semula

Kapal dagang dari seberangMembawa muatan tembikar cinaJangan nampak aibnya orangAdakah diri merasa sempurna

Pohon melati di pinggir jalanDisiram air pagi dan petangIlmu dicari menjadi amalanItulah bekal hari mendatang

Ramai orang ke Padang KotaBerdesir angin ombak melandaKita mengubah bukannya menciptaDaripada tiada kepada ada

Ingin memikat si burung nuriMembawa bekal rendang dan ketupatKita bermuhasabah mengenali diriMembuka hijab mencapai makrifat

Di malam hari memasang pelitaNampak bersinar dari kejauhanBukan Tuhan melupakan kitaTetapi kita melupakan Tuhan

Terbang sekawan burung merpatiHinggap di dahan terkena jeratBertunjangkan iman, akal dan hatiMenyingkap kebenaran mengenali hakikat

Nukilan :En. Azme Bin HussainTSUB (BPPK) P

Page 7: PANTUN.pdf

Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 7

Air hujan di dalam tempayanHabis dimain cucu Pak JuanJangan takut bila maju perlahanTakutlah bila tidak ada kemajuan

Pergi berkelah bersama keluargaSinggah sebentar di rumah nyonya Kasih ibu membawa ke syurgaKasih ayah buat selamanya

Gunung Kinabalu, Gunung TahanMari mendaki bersama kawanApabila datang kesusahan dan kepayahanDi situlah nyata kawan dan lawan

Cincin diikat batu geligaDipakai oleh anak Pak IsaJika dalaman kita dijagaKita akan hidup selesa

Dari Perak singgah ke KangarMembeli roti di tepi pekanLarangan agama jangan dilanggarPesanan ulama jangan diperlekehkan

Orang Miri menjual makananMakanan dijual di Pekan LinggiJika mancis menjadi mainanKelak diri menanggung rugi

Gunung Daik bercabang tigaHati lara tanda kecewaLama sudah tidak berjumpaRindu dendam memakan jiwa

Dua tiga kucing berlariMana nak sama si kucing Mak SitiJika air telah dicemariSemua hidupan akhirnya mati

Indah bersinar intan permataDisarung oleh Ibu DahliaBercakap benar amalan kitaItulah tanda orang mulia

Memancar sihat terang benderangPergi ke sungai sambil mencuciBercakap benar orang sayangBercakap bohong orang benci

Nukilan :Pn. Habibah Binti YaacobPA SUB (BPPK)

Page 8: PANTUN.pdf

8 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen

Sambal dimasak dicampur petai Makan bersama siapa yang sudiBiar buruk kain dipakaiAsal hidup pandai berbudi

Beli manisan berkati-katiRasanya manis tidak terperiKalau tuan baik hatiSediakan hadiah buat si bayi

Dari daik pulang ke daikDinihari berkebun pisangBudi baik dibalas baikDalam hati dikenang orang

Pak Pandir senyum sambil berlariHilang segala rasa dendamMemang sedap si ikan pariDicicah mengancam dikunyah diidam

Buluh berat perit dibelahDigigit kera terkena balaMemang Jebat tetap disalahTetapi saudara mesti dibela

Pertabalan raja diserikan nobatSayup bunyinya hingga ke tanjungBuat jahat perlu bertaubatBuat baik sentiasa disanjung

Pergi ke hutan bersama DamakBerehat sebentar di tepi perigiJanganlah kita selalu tamakOrang tamak selalu rugi

Nampak sarat penuh di dahanBuah rambutan dalam ikatanMata berat tak guna ditahanCarikan bantal labuhkan badan

Mengendong beras di pinggir kaliRasanya janggal terkacip gigiSaya mengandung sarat sekaliMasanya tinggal seminggu lagi

Sesat mencari pergi bertanyaNampak lelayang terbangnya tinggiBaik lelaki ada tandanyaSelalu sayang pada si isteri

Nukilan :Pn. Ibtisam Binti AzmiPA TSUB (BPPK) K

Page 9: PANTUN.pdf

Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 9

Pukul gendang bertalu-taluPenari gamelan manis beraturBiar berkurun zaman berlaluMengapa Tanggang tidak terkubur?

Pergi ke pulau mencari hartaMencari harta bersama ArjunaBukan dipinta intan permataCurahkan kasih selagi ada

Merenung mawar mekar berkembangSambil makan ulam bersambalKerana sayang si kacak seberangSi tua berjasa tergamak ditinggal

Menanam sawi di kebun JalilSambil berkebun minum kelapaMengapa manusia semakin jahil?Bayi yang lahir dibuang merata

Burung Tempua patah kakiAyam serama berlari-lariKeluarga bahagia impian di hatiApa petua silalah beri

Pergi Melaka singgah ke LinggiSambil memandu memakai topiBila nafsu memuncak tinggiIman rebah tersungkur mati

Tanam cili tepi perigiIbu tekun menjahit langsirWalau cinta sepenuh hatiRestu keluarga usah dipinggir

Menyapu laman sampai ke petangKala malam merenung bulanWalau berjuta si sawo matangMengapa “gagak hitam” menjadi pujaan?

Mengail ikan di sungai ladaDapat ikan si merah kelisaIbu dan bapa dilupa tiadaApakah cara membalas jasa?

Jerang air sampai mendidihAir dijerang dalam belangaBijak bermadah pandai berkasihSi tandus cinta terima seadanya

Nukilan :Pn. Hariyati Binti KamaruddinPA TSUB (BPPK) P

Page 10: PANTUN.pdf

10 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen

Rindu hati nak ke MakkahApakan daya seruan tak sampaiDari jauh bayanganmu KaabahTerbayang-bayang jemputan melambai

Padang Arafah keampunan dipinta Semoga hapus dosa bertimpaAduhai kecilnya ilmu di dadaBekalan tiada dibawa bersama

Ibadah haji rukun kelima Tuntutan pada muslimin muslimahSemoga hajat diperkenankan samaMakbulkan hajatku ya Allah

Ibadah haji perlu dihayatiAgar ibadah diterima IlahiTujuh belas siri kursus dihadiriPersediaan rapi matlamat destinasi

Buah kurma makanan jemaahMemberi tenaga sepanjang ibadahKorban lahiriah dan juga bathiniah Akhiri dengan kalimah syahadah

Air zamzam sebaik sejarah Pengorbanan Ismail dan Siti HajarSedari diri tetamu AllahTerus belajar juga diajar

Islam antara syarat hajiSiuman berkeupayaan syarat tambahanKupanjatkan syukur padamu IlahiInsan kerdil menjadi pilihan

Satu Syawal sepuluh ZulhijjahBulan haji tempoh beribadahDatang menyahut tangan menadahHaji mabrur matlamat ibadah

Embun pagi di pohon kurmaBuah tangan balik MakkahJutaan manusia ibadah bersamaMenunaikan haji disertai umrah

Nukilan :Pn. Rohana Binti MahmoodKPSU (BPPK) K (PSQ)

Page 11: PANTUN.pdf

Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 11

Tepi pantai dipukul ombakPasir kasar ibarat duriNasihat si ibu kepada si anakJangan sekali bermain api

Baik-baik memilih intanJangan terpilih permata kacaBudi yang baik jadi ingatanBeribu tahun terkenang juga

Pergi merantau ke Inderagiri Bekerja keras pagi dan petangTujuan hati mencari rezeki Untuk masa depan gemilang

Memo ditulis dengan tangan Mencatat isi untuk dikarangSalah ejaan banyak kesilapanJanganlah sampai menyusahkan orang

Berkias-kias bicara Pak Seman Sambil merenung wajah Cik SitiIntailah kami dengan ketulusanAgar terlerai keikhlasan hati

Bukan benang sebarang benang Benang melilit pohon meranti Bukan datang sebarang datangDatang bertandang membawa hati

Nukilan :Pn. Rabiah Binti Abdul SallehPSU (BPPK) K (PSQ) 1

Pergi Jeniang bersama Mat BusuLalu KESAS naik motor KawasakiHari-hari mahu minum susuItulah dia Hafizul Maliki

Buah cempedak di luar pagarAmbil selipar tolong balingkanSaya budak baru nak belajarKalau silap tolong maafkan

Lima tahun hidup berkelanaDari Jitra hingga ke RawangSuara muda itulah Puan RohanaHati tergoda rupanya mak orang

Pagi-pagi makan mi kariSinggah sebentar di kedai Pak SamadKedah mari Mohd Naimi SukriOrang kata iras Fahrin Ahmad

Hidup ini mesti beringatJangan jadi penagih tegarUmur muda badan bulatItulah Shahrul susah sebut “r”

Nukilan :En. Mohd Naimi Bin Mohd SukriPT (BPPK) K (PSQ) 1

Page 12: PANTUN.pdf

12 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen

Pagi Ahad memancing ikanIkan dimakan bersama ulamanPendidikan agama perlu diutamakanUntuk lahirkan generasi beriman

Mak Limah membuat jamuMendapat pujian di sana siniUsah dipersia masa mudamuKelak menyesal kemudian hari

Masak cendol bersama pandanPandan dibeli di kedai Pak ManIbu bapa menjadi teladanAgar hidup tiada kesalan

Remaja kini suka terdedahTak tahu menilai harga diriKerja merupakan satu ibadahLaksanakan seikhlas hati

Pergi bercuti ke Pekan MaranHajat mencari buah beranganMari berjihad ke jalan kebenaranDemi memudahkan neraca timbangan

Panggang daging di atas baraAir asam dicampur cili Sentiasa berfikir sebelum berbicaraAgar tidak menyinggung hati

Harta disimpan di dalam petiPeti diperbuat daripada besiMulut mengunyah tak henti-hentiPatutlah badan makin berisi

Makan tamar dan juga kismisItulah pesanan ummi dan abiRehatkan perut Isnin dan KhamisIkuti amalan sunnah nabi

Main bola berkaki ayamLuka berdarah terpijak pakuDaripada mengumpat baiklah diamAmalkan zikir mengisi waktu

Tingkatkan ibadat mulai sekarang Tak perlu tunggu selepas bersaraBelum tentu waktunya lapangAtaupun mungkin sudah tiada

Nukilan :Pn. Tuty Binti TaibPSU (BPPK) K (PSQ) 2

Page 13: PANTUN.pdf

Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 13

Gulai ikan dengan periaPisang nangka disiram siraSenyum amalan suntik ceriaHilang duka hidup gembira

Hang Nadim anak bijaksanaDihukum pembesar iri hati Muafakat sekedim hidup kelana Mencari makna kasih sejati

Gadis Melayu bersopan-santunRupa cantik bermata galakPandai juga kami berpantunSUB baca mesti tergelak

Bersemayam Raja di Istana Salatin Warna emas hiasi singgahsana Muram durja bumi PalestinTanah dirampas sang durjana

Santun bahasa teruna daraDipohon sena menganyam ragaAtur masa dengan bijaksanaKerja sempurna kualiti terjaga

Adat perpatih berbilang sukuRakyat rukun sentiasa diberkatiAdat melentur budi dan lakuSyariat pedoman akal dan hati

Sendu aki hatinya luluhCucu sirna tanpa khabarMeraih rezeki tanpa keluhDikeji dihina tetap sabar

Tanah pusaka banyak berjasaBertahun sudah menabur baktiDoa kuucap seluhur rasaMoga temui arjuna hati

Dirgahayu Tuanku naik takhtaPelosok negeri aman sentosa Hidup jangan suka mengataKelak dibenci hidup binasa

Nukilan :Cik Siti Aisyah Binti NordinPSU (BPPK) K (PSQ) 3

Page 14: PANTUN.pdf

14 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen

Pasir memutih di tepian pantaiLonggokan cengkerang cantik menawanHidup di dunia janganlah lalaiKelak dirimu dimurkai Tuhan

Makan ikan tercekik tulangMinum ubat untuk keluarkanJika diri dirundung malangTaubat nasuha jalan penyelesaian

Pergi muara bersama pasanganSambil memancing ikan gelamaTiang agama kukuhkan peganganDunia akhirat tidak terseksa

Berduyun-duyun menunggang basikalBerhenti sebentar merehatkan keringatTitipkan doa pasrah tawakkalAgar tenang dunia akhirat

Tiupan bayu sepoi bahasaBuat hati terasa nyamanAsyik teralpa anugerah yang EsaAmanah diberi sering dipersiakan

Kayuh perahu bersama temanMenyusuri sungai Pulau CerminJauhkan diri sebarang godaanBahagia dunia akhirat terjamin

Hembusan bayu terasa nyamanDuduk merenung mentari petangBerjuang hingga bermati-matianBenteng dicipta hindari petualang

Anak-anak duduk berbualDuduk bersimpuh di atas lantaiTerapkan ilmu di usia awalAkhirat pula jangan terabai

Pucuk paku gulai tempoyakHidangan bersama sambal belacanJangan suka cakap banyakTunjukkan bukti usaha berkesan

Carik-carik kain balduBuat hamparan Puteri SenandungMulut manis umpama maduHati kelat perlu dibendung

Nukilan :Pn. Sofiah Binti DaudPSU (BPPK) K (PSQ) 4

Page 15: PANTUN.pdf

Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 15

Anak ayam mencari makanPergi mencari di dalam semakHidup di dunia penuh teladanAgar musibah dapat dielak

Kain sutera bercorak batikBatik dicanting di bawah rumahSenyum itu amalan yang baikDapat memupuk perpaduan ummah

Buluh perindu dijadikan penawarPenawar dicari dalam hutanSayangkan adik hantar melamarAgar ikatan sentiasa berpanjangan

Bunga dahlia dibuat hiasanHiasan disimpan di atas mejaDendam itu jangan diamalkanNanti merana sepanjang masa

Sang Arjuna gagah perkasaBelajar silat pendinding diriCarilah ilmu hingga ke ChinaSupaya boleh membawa diri

Main gam melekat lekitGam dibeli oleh Kak SitiJanganlah hidup mencari penyakitPenyakit dicari payah diubati

Mak Dara menjual jamuJamu dijual di pasar taniMakan dan minum sudahlah tentuTapi jangan terlebih isi

Datang ke pejabat membawa keretaKereta dipandu berwarna merahHidup di dunia umpama rodaBerputar-putar mengikut arah

Gunung Daik bercabang tigaTiganya cabang di sumpah KelembaiBudi bahasa sentiasa dijagaAgar hidup aman dan damai

Indah khabar dari rupaKhabar dibawa oleh si polanAkhiri pantun penutup kataSemoga ianya dapat dibukukan

Nukilan :Pn. Faizaton Binti Mohd ZahariPT (BPPK) K (PSQ) 2

Page 16: PANTUN.pdf

16 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen

Telinga panas selepas dimakiSebab beratur sesuka hatiNama saya Mohd Hafizul MalikiPembantu Tadbir Unit Standard Kualiti

Naik motor naik keretaLagi laju dari berjalan kakiHajat hati mahukan cahaya mataTapi belum ada rezeki

Tengok Shahrul bersilat kuntauTerselit kemas parang di sisiDari jauh saya merantauMencari rezeki sesuap nasi

Seulas lengkuas seulas haliaSegenggam beras untuk ditanakWalaupun Shahrul muda dari sayaTapi dah ada dua anak

Terkejut sakan si anak memerangMelihat kura-kura yang sangat berangWalaupun orangnya tidak berapa terangTetapi sudah ada anak 4 orang

Bulan mengambang sangat terangDibuai kedinginan di malam hari Jangan berburuk sangka pada orangCermin diri muhasabah diri

Kampung Pandan hai jauhnyaSinggah membeli buah kuiniTengok jauh garang orangnyaBila dekat kelakar Faizaton ini

Ikan lampam ikan sembilangMasak dengan pucuk pakuUmat Islam umat yang terbilangHanya menyembah Allah yang satu

Daun kelapa daun palasJatuh bersama atas titiBila kerja haruslah ikhlasBaru hidup sentiasa diberkati

Buah durian buah berduriRaja buah dunia iniTangan disusun sepuluh jariMohon kemaafan kekhilafan diri

Nukilan :En. Mohd Hafizul Bin MalikiPT (BPPK) K (PSQ) 3

Page 17: PANTUN.pdf

Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 17

Pagi-pagi mengintai makweSambil menjampi yang lawa lawaMesti ada senyum tertawaBagi mengelak sakit jiwa

Kalau hendak belajar berenangBawalah pelampung elak nestapaKalau hendak hidup senangJangan derhaka ibu bapa

Nukilan :En. Azman Bin Abdul RahimKPSU (BPPK) K (DPP)

Masuk kerja 8.30 pagiNaik kereta berwarna coklatDapat MC kerana cabut gigiKeesokan hari cakap dah pelat

Dari Cyberjaya ke Kota BharuSinggah sebentar di KemamanAlangkah seronok kereta baruSenang balik kampung halaman

Suram sungguh pagi iniMelihat Lokman melompat-lompatApa kena dengan Lokman niKang aku lipat patah empat

Naik skateboard pusing duniaSinggah pekan makan selamaTanpa mengira pangkat dan usiaItulah kunci keceriaan Aras Tiga

Nukilan :En. Mohd Shahrul Arif Bin KamarudinPT (BPPK) K (DPP)

Page 18: PANTUN.pdf

18 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen

Tiang seri rumah tradisiUkiran indah hasil warisanKerajaan perkenal pelbagai transformasiNegara maju mencapai wawasan

Kerajaan perkenal pelbagai transformasiNegara maju mencapai wawasanUsaha bersungguh tingkat prestasiBerpegang ikatan satu gagasan

Usaha bersungguh tingkat prestasiBerpegang ikatan satu gagasanEkonomi teguh galak produktivitiPendapatan bertambah rakyat impikan

Ekonomi teguh galak produktivitiPendapatan bertambah rakyat impikanPembangunan dirancang pelbagai aktivitiPelaksanaan digerak usaha dimantapkan

Pembangunan dirancang pelbagai aktivitiPelaksanaan digerak usaha dimantapkanKerajaan mentadbir mencapai visiRakyat didahulu pencapaian diutamakan

Pucuk paku tumbuh merataMakanan resam amalan MelayuSungguh benar bagai dikataDesa Pinggiran gadisnya ayu

Tanam padi tumbuhnya lalangSawah terbiar tiada tuanMemang lidah tidak bertulangSeribu janji untukmu puan

Bunga mawar penghias lamanBunga kemboja subur di kuburanPilunya hati tiada bertemanHidup merana sering kesepian

Masyhur Melaka zaman bendaharaTerkenal serata pelusuk duniaDemostrasi haram menjejas negaraKesejahteraan hidup aman tiada

Anak itik tersudu-suduAnak ayam patuk-mematukLembu menangis tersedu-seduMelihat kerbau kepala terantuk

Nukilan :En. Abd. Hamid Bin BahariPSU (BPPK) K (DPP) 1

Page 19: PANTUN.pdf

Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 19

Sungguh berkuasa si burung hantuTakluki malam bersama unggasAmalkan sentiasa tepati waktuItu tanda serius bertugas Makan nasi guna tanganMakan bersama atas berandaJujur ikhlas jadi peganganItu hasrat pelanggan anda

Kabil Latif budak aktifAbangnya Kamal jadi pengawalAmbil inisiatif jadi proaktifPerlu diamal sejak awal Tinggi sangat ke Gunung DaikPenat memanjat berhari-hariTugas dibuat sehabis baikHarus disemat dalam diri

Dalam pantang memakai stokinLantai licin tersungkur jatuhCakap mesti serupa bikinItu ciri pekerja contoh Harga murah harga kilangItu kata media massaBekerja dengan sikap cemerlangPesanan ibu sepanjang masa

Duduk merenung di tepi tingkapSambil makan buah rambutanKerja beres fail lengkapPengurus cekap jadi sebutan

Cantik sungguh Puteri BongsuTapi sayang sudah bertunangJadi kreatif penyelesai isuKetua gembira kita senang

Hanya jauhari kenal manikamSayangnya jauhari kian hilangSukakan ilmu buat tindakanMinda berkembang prestasi cemerlang

Nukilan :Pn. Sabariah Binti Abdul KadirPSU (BPPK) K (DPP) 2

Page 20: PANTUN.pdf

20 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen

Pohon jati kayunya kuatKualitinya tinggi, jadi pilihanJati diri mestilah kuatIbu pertiwi akan dipertahan

Tumbuh meliar teratai di kolamDuduk si kodok menangkap lalatIImu diajar usah dipendamBersama diceduk mendapat manfaat

Sungguh segak si burung merakKembang ekor mencari temanBerilmu tidak berlagak bongkakSentiasa betul menjadi johan

Burung kedidi menyanyi riangMenyanyi-nyanyi menghiburkan hatiHidup berbakti sentiasa dikenangHidup berbudi disanjung tinggi

Seri pagi tumbuh menjalarKembang bunganya di pagi hariKe timur kucari ke barat kukejarIlmu ditimba setiap hari

Burung enggang terbang tinggiTerbang mengejar si burung pipitBerkasih sayang seikhlas hatiKelak bertengkar tidak tersepit

Terjun tinggi sungai di tanjungAirnya sejuk menyegarkan badanMeninggi diri minta disanjungBersikap buruk hilanglah teman

Gelap malam disinari rembulanCahayanya indah ditemani bintangHati suram tanpamu temanKenangan indah akan kukenang

Nukilan :Cik Haslina Binti Abdul HardyPSU (BPPK) K (DPP) 3

Page 21: PANTUN.pdf

Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 21

Kalau pergi ke Sungai RamalJangan lupa si ikan duriPentingkan diri jangan diamalKelak rakan menjauhkan diri

Setiap hari baca utusanBaca utusan mencari beritaAmalkan 5S secara berterusanHingga menjadi budaya kita

Pergi ke kedai membeli arangArang dibakar memanggang rusaJika hendak dikenang orangBaik bicara sepanjang masa

Pergi ke hutan mencari lebahLebah dicari terpijak pakuUsia kita makin bertambahJaga kata dan tingkah laku

Kacang hijau dimasak buburBubur dimasak bersama haliaKalau kita bersikap jujur Ke mana pergi dipandang mulia

Pokok semalu penuh berduriTumbuh pula di tepi hutanJangan selalu memuji diriKerana itu amalan syaitan

Pergi ke seberang menaiki sampanHari gelap pasang pelitaIlmu yang baik jangan disimpanItulah amalan junjungan kita

Tuai padi di Sungai AraPadi dituai tinggal jeramiTaat berbakti bangunkan negaraMoga bangsa tak hilang di bumi

Dalam taman tanam anggerikAnggerik tumbuh tiada berduriBiar rupa tidak menarikAsal pandai membawa diri

Bangun pagi terus berkumurMalam Rabu menonton gustiNegara kita aman dan makmurJangan digadai yang belum pasti

Nukilan :En. Abdul Halim Bin IdrusKPT (BPPK) K (DPP)

Page 22: PANTUN.pdf

22 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen

Lembah Klang ke Lembah KintaMencari kelah sepanjang hariLambaian kaabah penuh cintaMencari keredhaan untuk diri

Berakit sungai hingga ke MaranSinggah sebentar memanah rusaBersihkan diri dari kemungkaranMoga jauh segala dosa

Terbang helang lambang panjiMenabik dada tanda kebanggaanBerakhlak baik bersifat terpujiKeperibadian mulia lambang kesempurnaan

Segala perhiasan emas intan Dipakai ibu sambut tetamuJangan kamu mengungkit amalanBanyakkan amalan kerana Tuhanmu

Duri nibung susah ditanggalBisanya terasa seluruh badan Amal jariah jangan ditinggalAmalan murni keredhaan Tuhan

Bunga melor disusun indahDipakai gadis nampak bercahayaMuliakan Tuhanmu dengan beribadahSegala pujian hanya untukNya

Duduk bersimpuh ibu di sebelahSambil meluah isi hatiSalam sejahtera untuk RasulullahBagi keberkatan di akhir nanti

Naik sampan mudik ke selatanUntuk menghantar sepucuk suratJauhi diri dari kemaksiatanMoga diberkati dunia akhirat

Pantang Tuah menyerah kalahBandar Melaka sentiasa amanJangan mengungkit kurnia AllahMoga tergolong orang beriman

Deras air mengalir ke telokIkan keli berebut makanan Amalan kamu hendaklah diperelokAgar tidak menjadi celaan

Nukilan : En. Yusoff Bin IsmailKPSU (BPPK) K (PK)

Page 23: PANTUN.pdf

Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 23

Sulam tenun tepi berendaTenun disulam oleh si nyonyaPerkukuhkan bahasa ibundaSupaya tradisi kekal selamanya

Sayang kekanda kepada adindaTiada ternilai alam semestaAdat berbalah biar berpadaJangan sampai tergadai harta

Buat wau pakai tangsiTangsi dibeli kedai Pak LemanKekalkan terus permainan tradisiSebagai lambang zaman berzaman

Langkah disusun biar setaraSupaya sopan dipandang mataBersatu tenaga membela negaraAgar terhindar dari sengketa

Pulau Kapas pantainya landaiBuat berkelah taulan dan rakanRakyat kini cerdik dan pandaiHasil usaha dunia pendidikan

Piring dihias dengan jeramiUntuk bekalan buat keluargaMohon Tuhan maafkan kamiMudahkan jalan menuju syurga

Pohon cengal tumbuhnya sasaTumbuh merata tiada empunyaNegara maju kerana bahasaBahasa maju kerana rakyatnya

Awan di langit tandanya redupBerarak lalu menuju baratJadikan agama pegangan hidupKelak sejahtera dunia akhirat

Tanjung Sedeli pantainya rataUntuk kunjungan sanak saudaraTekun bekerja budaya kitaTingkat produktiviti untuk negara

Nyaman suasana tidak terzahirDuduk bersantai menulis nukilanHidup manusia pasti berakhirTingkatkan amalan untuk bekalan

Nukilan :En. Naszeri Bin Md. NorPSU (BPPK) K (PK) 4

Page 24: PANTUN.pdf

24 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen

Terungkap peribadi melalui sirahRasulullah pilihan yang EsaHidupkan jiwa ingatkan AllahMoga diampun segala dosa

Kalau kita menebang jatiTebanglah dengan berhati-hatiIlmu dicari amalan perbaikiKerana syurga destinasi abadi

Para nelayan menjala ikanJala ditarik dengan kuat Kitab Al Quran kitab rujukanBerjaya hidup dunia akhirat

Melayar bahtera ombak gelombangAngin bertiup sepoi bahasa Wahai putera puteriku sayangSentiasa berbakti hidup sejahtera

Pergi ke pekan bersama temanBawa bakul penuh saratIbu bapa penentu kejayaanKasih mereka sepanjang hayat

Dari Rawang hendak ke MuarHajat hendak membeli kainKekanda seorang sebagai penawarHati tidak pada yang lain

Setia adinda menanti kekandaMelayar bahtera lautan geloraKasihi bonda hormati ayahandaAgar sejahtera hidup sentiasa

Sarapan pagi makan rotiMakan roti dengan mentega Tinggi ilmu tinggi pekertiGenerasi terbilang harapan negara

Bunga melati dalam gua Mekar mewangi harum setanggiWajib hormati orang tuaYang muda pula kita sayangi

Mencari tapai di tengah kotaBawa bersama bakul rotanBersama gapai gagasan kitaRakyat didahulukan pencapaian diutamakan

Nukilan :Pn. Shara Zuliana Binti ShafieePSU (BPPK) K (PK) 5

Page 25: PANTUN.pdf

Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 25

Cara mendidik perlu variasiUntuk melahirkan generasi hebatGuru mengajar penuh dedikasiBuat pelajar jadikan azimat

Penyakit sosial kian parahCara penyelesaian masih suramMujahadahlah mencintai AllahHati tenang jiwa tenteram

Nyiur melambai tepi titiBuahnya dipetik sekian kaliGuru cemerlang guru berkualitiMembentuk generasi bercita tinggi

Jangan kita sesal kemudianBerbuat sesuatu tanpa mengkajiSabarlah dengan setiap ujianTandanya Allah sedang menguji

Pokok tembikai tumbuh menjalarTumbuh subur kebun Pak LemanRajin berusaha tekun belajarPasti kejayaan dalam genggaman

Akhlak tinggi berbudi bahasaMenepati janji bertimbang rasaJanganlah banyak melakukan dosaCarilah redha yang maha Esa

Laut bergelora tiada jemuOmbak menghempas ke tepianSabarlah dalam menuntut ilmuKelak berjaya dalam peperiksaan

Daun berguguran tengah lamanAngin bertiup sepoi bahasaDunia ini hanyalah pinjamanAkhirat juga kekal selamanya

Kicauan burung tepi payaMenambah indah sawah terbentangHormati guru banyak bertanyaPetua mencapai keputusan cemerlang

Generasi muda tinggi citanyaJati diri teguh dan mampanCarilah ilmu seantero duniaAgar cerah masa hadapan

Nukilan :En. Mohd Khairuddin Bin MuslimanPSU (BPPK) K (PK) 6

Page 26: PANTUN.pdf

26 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen

Sepoi pawana mengharum melatiKuntum di tangan menghibur laraPemimpin penjana modal insan berkualitiSelaras dengan aspirasi negara

Indah kerajaan Alam ShahbanaNegerinya aman diliputi hutanMisi kerajaan pasti terlaksanaAmalkan senyuman dalam perkhidmatan

Membawa ikan dalam seramikMendayung perlahan ke Tanjung TuanDunia pendidikan bersifat dinamikMenerima perubahan demi kemajuan

Hang Jebat mengayuh perahuSinggah bermalam di Tanjung BesiVisi hebat tergalas di bahuPeneraju dalam Penilaian Kompetensi

Hujan lebat menimpa kayuPutih kukuh cendawan berbarisMari memartabat Bahasa MelayuSeterusnya memperkukuh Bahasa Inggeris

Kuntum kekwa tersemat di dadaTanda kenangan di Gunung DaikJalinan ukhuwah mencetus mindaResolusi persidangan diterima baik

Dara menari di Taman LaranganKenanga mewangi mekar berangkaiPendidikan bestari pemangkin kegemilanganManfaat teknologi terus diungkai

Pohon angsana pohon jatiBatangnya sasa memagari kotaMari bersama saling menghormatiBudi bahasa budaya kita

Mencari lokan di Pantai BalkanPasir ditarah si anak daraGuru melonjakkan kecemerlangan pendidikanMemacu ke arah transformasi negara

Laman pelaga menjadi pautanBeriani Umi komersial di mediaIdea geliga ketua jabatanMembuat kami sentiasa bersedia

Nukilan :Cik Rosemawati Binti HusseinPSU (BPPK) K (PK) 7

Page 27: PANTUN.pdf

Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 27

Kalau tuan pergi seberangBelikan saya bunga kembojaJangan tuan sakiti orangSelalu mengumpat menambah dosa

Bernikah sudah si anak daraAtas pelamin mahkota ratuKalau sudah telus bicaraBertaut kasih hati bersatu

Terbang tinggi burung merpatiBerehat sebentar di pohon cemaraOrang tua haruslah dihormatiAgar hidup sentiasa bahagia

Kari cendawan batang keladiMakan bersama waktu petangProgram informasi di hujung jariMelatih kami jadi gemilang

Pergi mengail di tepi lombongTerlupa umpan perlu diikatTiada gunanya berlagak sombongHidup tersisih tiada berkat

Mulia hati suci wajahMata melihat tidak terkataAdakah puteri berpunya sudahSudikah menjadi permaisuri beta

Makan nasi dengan buduBudu dicampur sambal petaiBerhati-hati ketika memanduSupaya kita selamat sampai

Nukilan :En. Yuhasrizan Bin Yusuf PT (BPPK) K (PK) 2

Page 28: PANTUN.pdf

28 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen

Rentak seloka berbalas pantunDuduk bawah pohon merantiAdat Melayu bersopan-santunKekalkan budaya Melayu jati

Rapuh sungguh ranting kayuJatuh hinggap burung merpatiBesar sungguh kasihmu ibuIbu mithali ibu sejati

Bagai pinang dibelah duaSuntingan bunga dalam tamanKalau sudah sehati sekataJunjungan sireh jadi hantaran

Mohon hidayah subuh hariIringan doa menadah tanganLengkapkan iman dalam diriPanduan Al Quran jadi pegangan

Pancak silat menyusun langkahTangkas menepis gerak panglimaCincin di jari bersarung sudahMenanti majlis hari bahagia

Timang-timang anakku timangDalam dakapan tidur lenaMari belajar anakku sayangBesar jadi insan berguna

Nukilan :En. Mohd Shahar Bin Mohd SamPT (BPPK) K (PK) 3

Terbang rendah burung merakTerbang menuju Kuala SepetangJika sampah dibiarkan berserakPenyakit diundang masalah datang

Dari teluk ke Gunung DaikBerehat di bawah pohon kepayangBudi baik dibalas baikDalam hati dikenang orang

Menampi padi pelbagai caraPadi ditampi bercampur sampahJikalau bekerja hendak berkiraOrang mendengar naik menyampah

Kiri jalan kanan pun jalanTengah jalan pohon berduriRakyat didahulukan pencapaian diutamakanJadi pegangan cetus inspirasi

Bulan purnama indah bercahayaBintang bekerdipan sinar berseriBerbakti demi bangun negaraBangsa Malaysia tegak berdiri

Nukilan :En. Hishammudin Bin AhmadPSU (BPPK) K (PK) 1

Page 29: PANTUN.pdf

Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 29

Hajat di hati nak pinang si daraTapi sayangnya hanya di hatiPangkat dan darjat hanya sementara Akhirat jua kekal abadi

Terbang riang burung merpatiHinggap sebentar dahan merantiBukan mencari kasih sejatiSekadar teman penghibur hati

Budak-budak di tepian pantaiPandai melompat pandai berlariNiat di hati nak kahwin lagiCuma takut isteriku lari

Nukilan :En. Mohd Faisal Bin MethlanPT (BPPK) K (PK) 1

Buat baik berpada-padaTakut ada terhutang budiWalau senyum suatu pahalaJangan sampai disalah erti Beratus kali ke Pulau PinangLautnya pasang tapi tenangAcap kali saya terkenangAir mata jatuh berlinang

Melompat riang anak kancilKancil terjerat helah sendiriSabar dan ikhlas membuah hasilHasil dikutip di akhirat nanti

Nukilan :Pn. Nur Ili Binti RosliPT (BPPK) K (PK) 4

Page 30: PANTUN.pdf

30 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen

Kuih dan teh terhidang di mejaMeja mesyuarat berbentuk bujurKerja disiap seperti dimintaMengikut peraturan serta prosedur

Masa dimanfaat dengan berkesanBekerjasama handai dan taulanMenagih simpati pada yang ehsanNamun maruah jangan diketepikan

Amalan 5S kemaskan laciTak kira terbuka atau pun berkunciBekerjasama amalan terpujiBongkak dan sombong perlu dijauhi

Gelang emas cantik di lenganDipadan dengan cincin suasaJati diri dilupa janganBerkorban demi agama dan bangsa

Kebaya nyonya sopan dipakaiTambah bergaya bertumit tinggiSembah dan salam penutup tiraiJasa dan budi kekal abadi

Melati mekar di tepi gaungBerdiri berpanas tanpa payungKuantiti dikejar kualiti disanjungKepuasan pelanggan hasrat menggunung

Nukilan :Pn. Nurihan Binti MahmudKPSU (BPPK) P (PP)

Jalan- jalan di Pantai KotaTempatnya indah mengundang nostalgiaWahai teman mulianya citaHarus berusaha hidup bahagia Menjala ikan mendapat pariMemungut ketam mendapat lokanMahu duit cari sendiriIbu bapa jangan disusahkan

Bunga kasturi harum mewangiBanyak terdapat di Tambak JohorIlmu sarat usah meninggiBerkongsi ilmu namamu tersohor Bergayut-gayut anak keraDapat pisang riuh sekampungSayang sahabat semasa sengsaraDerita diri bersama ditanggung

Dara berlulur sambil berendamTurun mandi di tepi kaliApalah guna membalas dendamPerbuatan jahat dibalas kembali Seloka pantun pembuka madahSeloka gurindam penutup bicaraOrang pendiam jangan disangka mudahDalam diam hatinya bergelora

Nukilan :Pn. Joanna Zahra Augustine LiomPSU (BPPK) P (PP) 1

Page 31: PANTUN.pdf

Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 31

Lemah gemalai gadis MelayuBerbaju kebaya berkain suteraTidak ternilai Adat MelayuDaulat Diraja payung negara

Manisnya gadis kerana daraGagah lelaki kerana terunaMaruah berkudis bahana asmaraGagal mengemudi laksana durjana

Gunung Ledang indah menawanTempat jiwa bermadah hatiPantang larang dilupai janganAdat dipelihara sampai mati

Ikan keli ikan haruanBerenang-renang bawah jambatanTeman di sini inginkan jawapanOrang di sana memilih jangan

Berwajah cantik berkain tenun Jejaka tampan disapa nyonyaSembah patik mohon diampunMelaka ditawan siapa dalangnya

Jika hendak mencari namaNama bukan dijual beliJika hendak hidup lamaNyawa bukan boleh diganti

Bunga melur harum baunyaDitabur atas cadar pengantinJika akur pada yang EsaMengapa diukur pada yang lain

Nukilan :En. Jevartnam BabyPSU (BPPK) P (PP) 4

Page 32: PANTUN.pdf

32 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen

Tulis cerpen tulis sajakSambil bersantai di anjungInilah bumi yang kupijakSinilah langit yang kujunjung

Berwarna-warni bunga di desaHati terpaut pada dahliaOrang berbudi kita berbahasaItulah dia amalan mulia

Rasanya manis buah dukuBeli sekilo tidak sia-siaTanah tumpah darah akuBukan India tapi Malaysia

Mari kita tanam haliaHalia dijual di pasar nyonyaUsia muda jangan dipersiaKalau tidak sesal selamanya

Pakai baju berwarna biruPergi sekolah seperti selaluIngat-ingatlah nasihat guruHidup pasti cemerlang selalu

Pergi mendaki Gunung DaikSungguh indah dan tenangGotong-royong amalan yang baikKerja susah menjadi senang

Pohon mempelam berbuah lebatBuahnya manis sedap sekaliOrang tua harus dihormatAmalkan selalu penting sekali

Pergi kedai naik becaIngin beli keli hidupMarilah adik mari membacaIlmu itu pelita hidup

Di pagi hari ayam berkokokAyam dari Kampung SentosaKatakan tak nak pada rokokAgar hidup sihat sentiasa

Main buaian tak sudah-sudahBuaian dibuat dari papanPonteng sekolah tiada faedahUsah mempersia masa depan

Nukilan :En. Sivanantham PeriananKPSU (BPPK) P (T)

Page 33: PANTUN.pdf

Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 33

Cantik warna si rama-ramaBerterbangan ria sana dan siniSuka dan duka ditempuh bersamaItulah maksudnya rakan sejati

Pak Mail mengayuh sampanMengayuh bersama seorang jutawanTuan seorang yang tampanSegak bergaya lagi berpengetahuan

Langkah pertama kita berkenalanMewujudkan rasa persefahamanPerlulah semangat kerja berpasukanDemi bergerak menuju kecemerlangan

Layang-layang terbang di awanDitiup angin bagai semboyanTinggi lampai orangnya menawanMembuat semua orang tak keruan

Pagi-pagi ketik kad kedatanganSarapan pagi minum air suamIntegriti dan akauntabiliti diwajibkanBarulah boleh menjadi penjawat awam

Manis menawan gadis impianSenyuman terukir selalu dilemparkan Bancuh ‘nescafe’ jadi kepakaranMenjadi minuman idaman kakitangan

Tanam pisang di tepi rumahSedap rasanya bila dimakanPerlu bersabar menahan karenahHidup ini banyak dugaan

Pagi-pagi ke kedai nyonyaSinggah di jeti untuk bertanyaSenyum manis peramah orangnyaSenang didekati baik orangnya

Sambil berpantun kita bergembiraMengharungi suka dan juga dukaSambil mencari rezeki bersamaUntuk kehidupan yang aman bahagia

Pergi Cyberjaya naik motorSinggah sebentar di rumah nyonyaOrangnya bergaya penghuni storSuka fotografi dan baik orangnya

Nukilan :Cik Tan Kim SzePSU (BPPK) P (T)

Page 34: PANTUN.pdf

34 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen

Anak itik anak angsaSeekor mati seekor butaWalaupun kita berlainan bangsaPerlu menghormati sesama kita

Cincin emas cincin suasaCincin dipakai oleh mamaHendaklah kita tepati masaKerana itu tuntutan agama

Ayu sungguh si gadis desaPinggangnya ramping bak kerenggaTaatlah kita pada yang EsaKerana itu jalan ke syurga

Naik beca keliling kotaNaik bersama dengan NorliaBiarlah apa orang nak kata Asalkan hati tetap mulia

Datang kerja naik keretaNaik kereta bersama YahyaBiarlah kita tidak berhartaAsalkan kita hidup bahagia

Tanam padi tanam nangkaPadi diangkut dengan keretaJangan jadi anak derhakaKerana Allah sangat murka

Baik sungguh budi pekertiSemuanya berpunca dari hatiHidup ini perlu berbaktiBaru diingat sampai mati

Anak biri-biri di tepi telagaBermain bersama si anak buayaJagalah diri jagalah keluargaAgar hidup aman bahagia

Layang-layang terbang melayangTersangkut pula di pohon cermaiKita perlu berkasih sayangBarulah hidup aman damai

Pergi ke tamu membeli bachangBachang dibeli dari pekanKita manusia hanya merancangSesungguhnya Allah yang menentukan

Nukilan :En. Ahmad Safuan Bin ShamsuddinPEK (BPPK) P (T)

Page 35: PANTUN.pdf

Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 35

Salam diberi pembuka kataTepak sireh majlis beradatRaja adil bersemayam di takhtaRakyat sejahtera negara berdaulat

Mat Kilau pahlawan terbilangCekap tangkas bermain kerisBanyakkan amal jangan terkurangDapat pahala tak habis-habis

Ingat pesan datuk Hang TuahTidak Melayu hilang di duniaNegara Malaysia bumi bertuahBerbilang bangsa penduduknya

Gadis manis di muka pintu Duduk bersimpuh tangan melambaiZaman beredar mengikut waktuCari ilmu janganlah lalai

Pergi menjala di Sungai Rokan Dapat seekor si ikan keliAdat budaya kita pertahankanBahasa tidak dijual beli

Benang emas jarum suasaBuat menjahit kebaya nyonyaPuas sudah menjeruk rasaOrang kucinta sudah berpunya

Kerongsang intan pusaka bonda Hiasan indah bersama selendangWalau di mana tuan beradaBudi bahasa sentiasa dijulang

Buah keladi dibuat pengatKeladi dibeli di Bandar Penawar Semakin hari semakin teringatWalau dicari pelbagai penawar

Kinabalu puncaknya tinggi Berdiri megah mencapai awanHindari sifat meninggi diriDibenci kawan serta rakan

Sampan kolek mudik ke huluSarat muatan berisi bajaKalau tuan pergi dahuluTinggallah hamba bermuram durja

Nukilan :Cik Maziah Binti IsmailKPT (BPPK) P (T) 1

Page 36: PANTUN.pdf

36 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen

Sambil berjalan berpimpin tanganSenyum meleret sungguh menawanKalau hidup selalu beranganSampai bila tiada kemajuan

Layang-layang terbang melayangTerbang melayang tinggi di awanKita perlu berkasih sayangAgar hidup tenteram dan aman

Tunggu bas berjam-jamHendak pergi ke Teluk SenaKalau selalu asyik meminjamAkibat hidup jadi merana

Beramai-ramai pergi ke tamanDalam perjalanan dikejar angsaHidup ini perlu bertemanAgar kita gembira sentiasa

Dari rumah ke pasar rayaSinggah sebentar membeli kerapuMacam mana kita nak berjayaKalau buat kerja asyik merapu

Makan chipsmore bersama anakBiskutnya sedap begitu rapuhKalau nak makan ‘char kway teow’ yang enakMarilah datang ke Dataran Ipoh

Sungguh sedap makan mi kariMakan mi kari di warong Pak LongKita hidup perlu berdikariJangan asyik nak minta tolong

Panasnya hari rasa nak terbangBertambah panas apabila petangLeka lepak sampai bangTunggu bas tak datang-datang

Dari Putrajaya ke CyberjayaSambil memandu mulut berzikirKalau hendak hidup berjayaGunakan otak untuk berfikir

Memerah otak membuat pantunPantun yang mudah dua keratDah rasa diri macam kartunBanyak yang dibuat jadi sekerat

Nukilan :Pn. Esma Eiza Binti MatKPT (BPPK) P (T) 2

Page 37: PANTUN.pdf

Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 37

Kasih ibu membawa ke syurgaKasihnya ayah berkorban nyawaBerkat berjasa kepada ibu dan bapaKelak hidup selamat dan sejahtera

Masak lemak cili apiMakan bersama ulam-ulamanJauhkan sifat hasad dan dengkiDekatkan amalan takwa dan iman

Tersepak batu sakitnya kakiSakit kakinya di sebelah kiriIkhlas bekerja penuh dedikasiBarulah berkat punca rezeki

Kapal belayar di tengah lautanMeredah ombak membelah samuderaKenangan manis kekal di ingatanMenjadi pengubat hati yang lara

Pergi ke hutan menunggang kudaNiat di hati memburu rusaBaik budi indahnya bahasaItulah lambang jati diri bangsa

Negara Malaysia nama diberiRakyatnya hidup aman dan damaiMarilah kita bersatu hatiIkrarkan setia janji disemai

Menjahit baju sulaman balduCantik dipakai di hari rayaSungguhpun jauh beribu batuDekat di hati dilupa tiada

Kalau pergi ke PutrajayaSinggah sebentar di AlamandaBiarlah ilmu penuh di dadaBuat bekalan di hari muka

Tanam bunga di tepi kolamAnak itik menumpang mandiTangan dihulur menyambut salam Tanda ikatan kekal abadi

Buah delima buah bidaraDimakan bersama sanak saudaraInilah pantun penutup bicaraHasil nukilan ikhlas daripada saya

Nukilan :Cik Arni Mayuti Binti Abu BakarPKP (BPPK) P (T)

Page 38: PANTUN.pdf

38 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen

Melintas jalan bersama-samaSambil melintas berpegang tanganJangan dibuang barang yang lamaBiarlah ia menjadi kenangan

Pergi mendaki Gunung Daik Hendak menjerat kancil dan rusa Tolong-menolong amalan yang baikElok diamalkan setiap masa

Lenggang-lenggok gadis MelayuManisnya sungguh budi pekertiKulihat matamu sudah kuyuMungkin bantal sedang menanti

Bagi betis nak pehaItu sudah jadi budayaKalau kita rajin berusahaPasti kita akan berjaya

Hari-hari pergi ke ladangMengangkat sayur berpikul-pikulBerat sungguh mata memandangBerat lagi bahu memikul

Duduk bersila menjahit butangMenjahit butang rasanya senangJangan kita suka berhutangHidup sentiasa jadi tak tenang

Hajat di hati ke Kuala LangatHendak membeli sup cendawanAwatlah hang ni teruk sangatPantang melihat terus tertawan

Kenyangnya perut terus sendawaDi dalam hati menyanyi-nyanyiDari seorang baik berduaSupaya diri tak terasa sunyi

Ke kedai mamak minum Coca-ColaMinum bersama Encik SyaifulJangan cerita pasal bolaKerana dia penyokong Liverpool

Bila sihat jangan dilupa Kesihatan yang baik Allah kurniaFalsafah Hang Tuah janganlah alpaTakkan Melayu hilang di dunia

Budak-budak main kejar-kejarSambil bermain di tepi payaKalau kita rajin belajar Pasti kita akan berjaya

Nukilan :En. Nurul Amin Bin Abd KarimPT (BPPK) P (T) 3

Page 39: PANTUN.pdf

Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 39

Jahit baju di atas pangkinPatahnya jarum di celah jariJikalau tidak berusaha rajinManakan kita mendapat rezeki

Ikan rebus di dalam ragaIkan belut sangkut di jaringPerutku sakit menahan tawaGigi palsu Najmeer loncat ke piring

Menanam bakau di tepi payaSambil menanam menjala ikanApa guna lagak dan gayaKalau bahasa tidak dihiraukan

Ke kedai Ah Seng membeli rempahSesat jalan sampai ke senjaMalu besar muka pun merahNak cium bini tercium mertua

Indah sungguh budimu tuanJadi kenangan di dalam hatiAdik bukan saudara bukanHati tersangkut kerana budi

Apalah nasib si Labu LabiAsyik disuruh Encik AhmadBanyak nabi antara nabiTidak semulia Nabi Muhammad

Bagaimana gajah tidak mengamukTikus menyombong menampar dadaBagaimana dara tidak merajukBujang sekampung mengejar janda

Tingginya ombak di tepi lautTepian pantai pasirnya bersihBudimu tuan disebut-sebutKerja selesai terima kasih

Diam diam Naimi berkayuhKerana takut dikejar buayaSaban malam abang mengeluhKerana adik sudah berpunya

Pergi ke pekan terjumpa Che LiTangan dihulur salam berjabatPekerjaan terasa ringan sekaliTerima kasih wahai sahabat

Nukilan :En. Syaiful Azrey Bin Abd AzizPT (BPPK) P (T) 4

Page 40: PANTUN.pdf

40 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen

Jangan suka masak berminyakMasak lemak ikan tenggiriJangan suka belanja banyakNanti rugi diri sendiri

Pergi ke Petronas mengisi minyakRon 95 pilihan ramaiKalau kita asyik bertekakBilalah masa nak berdamai

Dari Nilai ke CyberjayaSinggah Dengkil mengambil temanKalau kita hendak berjayaTingkatkan usaha kuatkan iman

Jangan pandai mengasah parangParang diasah bersama arangJangan pandai mengata orangBanyak dosa, pahala kurang

Kapal korek menggali lubangLubang digali buat kolamKalau kita hendak bertandangEloklah kita memberi salam

Jangan suka beli tenggiriBeli ragi bersama padiJangan suka menyombong diriNanti rugi diri sendiri

Pergi ke hospital mengambil ubatUbat diambil dengan Pak MajidKalau kita hendak bertaubatRajin-rajinlah kita ke masjid

Naik Wira naik WajaPergi kedai beli papan Rajin-rajinlah belajarSupaya cerah masa depan

Proton Exora buatan MalaysiaToyota Estima buatan JepunKalau banyak kerja sia-siaCepat bertaubat cepatlah diampun

Sarapan pagi di Pinggiran PutraMakan petang di Rahim BistroKalau kita hendak berjayaRajin-rajinlah tengok Astro

Nukilan :En. Mohamad Amin Bin SidalPAP (BPPK) P (T) 1

Page 41: PANTUN.pdf

Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 41

Lebuh raya kota bersegiTempat temasya dara terunaHodohnya ketawa orang tak bergigiIbarat kota tiada kubunya

Singapura dilanggar todakKapal karam di Tanjung BeringinOrang tua beristerikan budakMacam beruk mendapat cermin

Api terang banyak kelkatuMasuk ke kamar bersesak-sesakAlangkah geli rasa hatikuMelihat nenek bergincu berbedak

Bapa gergasi menebar jalaPegang tali meliuk-lintukMasakan pengerusi tak garu kepalaMelihat ahli semua mengantuk

Ditiup angin bunga semaluKuncup daun bila berlagaBercakap Melayu kononnya maluBelacan setongkol dibedal juga

Gemuruh tabuh bukan kepalangDiasah lembing berkilat-kilatGementar tubuh harimau belangNampak kambing pandai bersilat

Orang Rengit menanam betikBetik disiram air berlinangHilang semangat penghulu itikMelihat ayam lumba berenang

Buah salak di rumah tok imamSirih sekapur pergi menjalaAnjing menyalak harimau demamKucing di dapur pening kepala

Tanam jerangau di Bukit TinggiMati dipijak anak badakMelihat sang bangau sakit gigiGelak terbahak penghulu katak

Anak Cina menggali cacingMari diisi dalam tempurungPenjual sendiri tak kenal dacingAlamat dagangan habis diborong

Nukilan :En. Muhammad Faris Bin AshakPAP (BPPK) P (T) 2

Page 42: PANTUN.pdf

42 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen

Pagi-pagi menanam seraiSerai ditanam bersilang-silangBersatu teguh jangan berceraiMajukan Malaysia negara gemilang

Sarung di jari cincin suasaCincin suasa dari MelakaSayangi ibu sepanjang masaJanganlah jadi anak derhaka

Begitu anggun berkebaya jawaSambil berjalan mata melirikSenyuman menawan memikat jiwaSiapa yang melihat pasti tertarik

Cerita SBPA dah berlaluIanya hanya angan-angan sajaCerita SSM sekarang bertaluJangan peduli buat je kerja

Sambil berjalan mulut berzikirTermasuk lopak tidak diendahBila berkata hendaklah berfikirSupaya tidak dipandang rendah

Sungguh rajin anak Pak TapaMembuat kerja tanpa dipintaWahai anakku janganlah lupaMenara gading tempat dicita

Berlari-lari mengejar basTersepak batu terus terjatuhKepadamu tuan kuucap syabasSering menjadi pekerja contoh

Budak-budak main congkakMain congkak di tengah lamanJangan kita merasa bongkakKelak nanti tidak berteman

Tidak sabar rasanya hatiUntuk berjumpa insan tersayangBerkasih sayang bercerai matiUmpama tiada jiwa melayang

Jalan-jalan di Pekan SatunIngat hati nak beli rojakMula-mula kita berpantunSelepas ini kita bersajak

Nukilan :Pn. Roslinda Binti MansorPAP (BPPK) P (T) 3

Page 43: PANTUN.pdf

Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 43

Sudah lama aku menantiMenanti untuk naik pesawatJangan suka berkata nantiTakut terlupa terus tak buat

Buat tali dalam guaPelikat rumbia, pelikat berkaratHidup mesti hormat orang tuaBerkat dunia, berkat akhirat

Bila berjalan asyik mendadaSambil berjalan makan gula-gulaBila memandu perlulah waspadaBimbang nanti kemalangan pula

Kalau takut digigit nyamukBela banyak sarang penyengatKalau takut badan gemukJangan makan banyak sangat

Tengok tv cerita kartunKartun Ben10 menarik hatiHidup ini perlu bersantunKelak kita akan dihormati

Kalau hendak membeli parangAmbil limau lalu dicuciKalau ingin sesuatu barangMesti usaha jangan mencuri

Hajat di hati ke rumah rakanSinggah sebentar di Pekan BidorSuruh makan dia makanSuruh baca terus tidur

Jangan cuba paha dicubitKalau dicubit jatuhlah maruahKalau tuan tidak berduitJangan cuba makan rasuah

Sudah lama tak bertemuHati gembira bukan kepalangHidup kita perlu berilmuAgar tidak ditipu orang

Kalau tuan beli belangaBelikan juga kuih bahuluKalau tuan hendak belanjaSila bayar wang dahulu

Nukilan :En. Fadly Bin DaraniPKB (BPPK) P (T) 2

Page 44: PANTUN.pdf

44 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen

Cincin emas serta suasaDi jari manis gadis jelitaJadikan amalan setiap masaMemberi pertolongan tanpa diminta

Sorong papan tarik papanTengah menarik, emak panggilPagi-pagi mesti sarapanKalau tidak, separuh hari dah menggigil

Dari Kuching ke PutrajayaSinggah sebentar di CyberjayaKalau mahu hidup berjayaTumpukan keluarga dan kerjaya

Pak Malau membawa kereta Membawa kereta pergi ke tamanJangan diletak kereta merataBimbang nanti kena saman

Anak ayam berlari-lariTelur ayam dimasak kariMemujuk lebih dari sehariTidak dapat jua kubawa lari

Membuat silap mohon petunjukPetunjuk diminta berkali-kaliJanganlah kita asyik menunjukKelak nanti tiada yang peduli

Melenggang-lenggang di tepi jalanSi manis ayu senyum melerekTanpa tanya tanpa soalanSekali pandang terus tertarik

Budak-budak sedang berlariSambil berlari menari-nariHidup kita mesti berdikariKuat kerja setiap hari Matahari turun menjelma bulanBerhambat berlari takut dirotanKebaikan sentiasa menjadi bualanKeburukan pula menjadi umpatan

Sungguh indah persiapan majlisHendak menyambut raja sehariApa lagilah yang hendak ditulisSudah jenuh memikir berhari-hari

Nukilan :En. Shamsul Azni Bin Abd AzizPKB (BPPK) P (T) 3

Page 45: PANTUN.pdf

Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 45

Bercabang tiga si Gunung DaikKe Pulau Pandan mencari temanBudi yang baik dibalas baikDikenang orang sepanjang zaman

Kupas kelapa menyusun sabutTerlihat dara duduk di anjungHati teringat sering menyebutBudi dikenang jasa disanjung

Nakhoda kapal dari IndiaBawa dagangan rempah dan kariIntan berlian kebesaran duniaBudi bahasa sukar dicari

Hitam manggis rasanya manisSudahlah manis putih isinyaKulihat manis kutatap manisInikan pula hati budinya

Anak Cina berkain batikKamala Dewi dengan sarinyaTidak berguna beristeri cantikKalau tiada hati budinya

Jangan berumah di tepi pantaiRibut taufan datang bertubiBiar celana buruk dipakaiAsalkan hayat bijak berbudi

Siang hari menuai padiPadi dituai secukup masaJangan sampai termakan budiKelak nanti badan binasa

Si Nyonya menanam sawiSawi di tanam batas dan ruangMemang sudah hukum duniawiKerana emas budi terbuang

Mencari dara hingga ke AcehDara dicari ramai tak sudiKalau mahu diri dikasihHendaklah baik tutur dan budi

Nukilan :En. Mohd Helmi Bin Ahmad NasriPT (BPPK) P (T) 1

Page 46: PANTUN.pdf

46 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen

Ramai orang pergi ke pekanPergi ke pekan membeli labu Sungguh kacak wajahmu tuanDapat memikat si gadis ayu

Hari minggu hari berehatSemua tugas dapat dibuatMelihat anak pelbagai gelagatHati sakit jadi terubat

Pergi ke taman CyberjayaMenaiki kereta bersama keluargaHati-hati di jalan rayaSayangilah anak dan keluarga

Buah tembikai manis rasanyaDipotong-potong santapan majlisBaik sungguh budi bahasanyaHendak digambar tiada tertulis Angin teluk menyisir pantaiAngkat kain di penyidaiLebih baik mengaku tak pandaiDaripada memandai-mandai Baca Yasin rumah Pak RahmatTersalah baca menepuk dahiAmalkan yassin setiap JumaatAgar diberkati oleh Ilahi Setiap Khamis memakai batikBatik disulam benang suteraNampak cantik kakitangan BPPKBila dikenakan batik sutera

Anak kucing namanya ComelMati tergolek kena langgarAnak dara kuat mengomelSakit sungguh telinga mendengar Setiap hari membuat senarai tugasSenarai tugas mengikut tugasanTinggalkan sekejap setiap tugasDahulukan solat itu diutamakan

Nukilan :Pn. Julia Binti Musa @ Abdul RashidPT (BPPK) P (T) 6

Page 47: PANTUN.pdf

Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 47

Ayu Kak Limah berkain batikSambil berjalan terkedek-kedekApa guna jadi perempuan cantikKalau sudah tengah hari pun tak celik-celik

Pakcik tua mengasah parangSambil mengasah minum kopiMengkritik bukan bererti menentangMenegur tidak bermakna membenci

Anak berudu menjadi katakMelompat-lompat di dalam lopakApa guna jadi lelaki kacakKalau baca Al Quran pun merangkak-rangkak

Berbudi bahasa amalan muliaTidak kira tua dan mudaSekalipun tidak pernah jadi kaya rayaMasih juga beruntung tak papa kedana

Pergi ke hutan mencari kayu araMendaki bukit punyalah payahJangan beri harapan ketika gembiraJangan buat keputusan ketika marah

Hari ini makan lepatHendak makan juga kuih bangkitCuaca seakan tidak mahu bersahabatBanyak orang yang jatuh sakit

Di kampung masihkah ada perigiAku hendak menumpang mandiCinta manusia akan pergiCinta Allah yang hakiki

Indah perkataan kerana bahasaIndah akhlak kerana agamaUcaplah syukur setiap masaHidup di dunia hanya seketika

Nukilan :Pn. Nurul Ashikin Binti Abd RahmanPT (BPPK) P (T) 2

Page 48: PANTUN.pdf

48 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen

Pergi ke hutan mencari rotanSinggah berehat di Pohon JatiOrang baik dalam ingatanBeribu tahun tetap di hati

Makan nasi ayam berladaAyam berlada sedap sekaliSayang anak biar berpadaBimbang jadi Anakku Sazali

Pergi ke kali mencuci purdahPurdah disidai di pagar berduriApa dikesal perkara yang sudahJadikan ikhtibar pedoman diri

Pergi ke kedai dengan sahabatHajat di hati nak makan rotiAnak nakal janganlah disebatKelak bertambah benci di hati

Nukilan :Pn. Fairuzah Binti SaadA (BPPK) P (W)

Kalaulah sayang si ikan haruanTidaklah makan anak sendiriJika tidak kerana tuan dan puanTidaklah saya mereka pantun ini

Bunga melati terapung-apungBunga rampai di dalam puanRindu hati tidak tertanggungBilakah dapat berjumpa tuan

Nukilan :En. Najmeer Bin AhmadPT (BPPK) P (W) 2

Page 49: PANTUN.pdf

Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 49

Pergi ke kedai menaiki tanduTekak haus minum lemujuGundah gulana menanggung rinduHati teringat kau yang satu

Pakai baju berwarna merahPakai dengan tudung biruJanganlah bos asyik nak marahRisaukan office haru-biru

Masak sayur pucuk pakuSayur dibeli di hujung pekanMengapa sayang diam membisuKalau sudi kata katakan

Datang dari daerah LangkapBerdagang sehingga ke Kuala PerlisBeruang di hutan lagi kutangkapInikan pula si ikan bilis

Letak pelita di atas peti Kelip-kelip bernyalakan apiApa gerangan hajat di hatiTeratak buruk kami dilawati

Pergi mengambil segengam ladaUntuk dimasak bersama keliKalau memberi sekadar adaKalau berhutang jangan sekali

Jalan-jalan bersama temanSinggah sebentar di Rantau AbangKalau muda jadikan temanKalau tua panggillah abang

Pergi ke pasar membeli haliaSinggah sebentar membeli laksaInsan baik berhati muliaBaik pekerti berbudi bahasa

Datang dari Kuala KedahUntuk menangkap si burung helangBersanding sudah, bersantap pun sudahBila lagi tetamu nak pulang

Jalan-jalan ke Kampung HuluSempat membeli buah mengkuduHancur hati siapa yang tahuHati menangis memendam rindu

Nukilan :En. Amir Hamzah Bin Abdul AzizPET (BPPK) P (W)

Page 50: PANTUN.pdf

50 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen

Air melurut di tepian mandiHarumnya bau bunga melatiTunjuk menjadi telaga budiAjar menjadi suluh hati

Pergi ke kebun mencari durianUntuk dijual di kedai nyonyaJangan berbangga dengan pujianBelum tentu akan ikhlasnya

Budak-budak berlari-lariRasa gembira tidak terperiTerbang bangau sepanjang hariKe tasik jua akhirnya dicari

Pergi ke kebun membongkah tanahUntuk menyemai si benih kucaiPeribadi yang lemah laksana tanahBila diketuk akan berkecai

Di waktu pagi menanak pulutBuat hidangan si buah hatiKebodohan terletak di mulutKebijaksanaan terletak di hati

Pergi ke padang membawa kambingKambing dilepas meragut rumput Ombak suka mendekati tebingBila berdekatan menghilang ke laut

Terbang tinggi si burung enggangHinggap sebentar di dahan berduriKalau tiada emas di pinggangSanak saudara menjauhkan diri

Hiasi diri dengan senyumanMata memandang rasakan getaranItulah sifat orang berimanAllah akan memberikan ganjaran

Pergi ke pasar berjalan kakiMembeli keladi setengah guniBuangkan sifat hasad dengkiSupaya bersih hati nurani

Di kaki bukit menanam tebuTebu dijual di kedai Pak DollahJika ingkar nasihat ibuNanti tak dapat keredaan Allah

Nukilan :Pn. Norliza Binti MahmodKPT (BPPK) P (W)

Page 51: PANTUN.pdf

Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 51

Anak ayam anak itik Anak rusa anak angsaAnak kita harus dididikAgar menjadi orang berguna

Ke mana dia si anak kucingLama mencari tertanya-tanyaRisau di hati makin meruncingMenjadi hati gundah gulana

Berjalan-jalan di hari mingguTerserempak pula rakan sebayaUntuk tidak berasa lesuBersenam selalu badan selesa

Berpisah jauh dari mataKekal diingatan buat selamanya Keputusan dibuat tanpa relaJangan ditanya apa sebabnya

Ragam manusia pelbagai rupaMenghiasi diri mewarnai bahasaBerhati-hati memilih kataKata yang bisa membawa binasa

Katanya telah jauh pergiDiambil orang tidak terdugaTelah hilang sudah dicariKelak bertemu tidak terkata

Cantik manis anak mamiBersiap siaga hendak ke kotaWalau pucat paras diriJanganlah dipandang sebelah mata

Hari minggu tetap bekerjaMencari duit untuk berbelanjaHasrat di hati memiliki duniaKuasa di tangan tidak berdaya

Nasi lemak nasi dagangMakan sayur bersama ulamanWalau banyak cabaran mendatang Teruskan hidup langkah ke hadapan

Kita semua memang berbezaParas rupa tutur dan kataWalau dunia porak-perandaJangan membenci sesama kita

Nukilan :Cik Noor Baizura Binti BaharuddinPT (BPPK) P (W) 1

Page 52: PANTUN.pdf

52 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen

Padi terbakar terbang jelagaMencekak pinggang terikat parangSayang lapar tidak terhinggaMenunggu abang belum pulang

Di hati tahu diri yang kurangJangan berlagak bagai berilmuKelak pasti pecah tembelangTak dapat disorok badan yang malu

Kluang hitam keluar malamMelulu terbang terkapai-kapaiKu bawa ayam digoreng hailamTunggu sayang 30 minit kusampai

Sungguh enak rasanya buburMakan bersama ikan tenggiriApa guna sombong dan takbur Sahabat handai menjauhkan diri

Melintang katil mengadap petiMelintang cadar ditolak kakiBerhutang kecil mencuit hatiBerhutang besar penyebab mati

Sungguh enak buah keranjiDibeli dari kampung seberangSifat yang mulia lagi terpujiAkan disenangi semua orang

Datang tetamu berkata kasarMenjinjing ayam kaki bertajiGila ilmu berjiwa besarGila kuasa diri dikeji

Petang hari pergi ke tamanSambil berjogging hati terkenangSi hitam manis jadi pilihanBila memandang nak ikut pulang

Berkayuh ke lubuk mencari kerangKerang dicari berpeti-petiJangan disibuk apa yang kurangTanyakan diri yang belum berbakti

Dinihari ke rumah Pak LemanHajat hati nak beli pulasanLebihkan manis dalam senyumanKurangkan manis dalam makanan

Nukilan :En. Muhammad Nasrul Bin ErsalPT (BPPK) P (W) 4

Page 53: PANTUN.pdf

Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 53

Terbang tinggi si rama-ramaTerbanglah dikau pada Sang MentariHormat menghormati amalan bersamaAgar tidak menyesal di kemudian hari

Menahan rindu pada si daraDi hujung lautan kasih bertemuAdanya jodoh tidak kemanaAsalkan setia pada yang satu

Erat rumbia disisip sukmaMengerat lagu di samping irama‘Earth hour’ disambut seluruh duniaMenyelamatkan bumi agenda bersama

Di mana pondok tumpang berteduhKe mana sayang merajuk hilangApalah guna mengintai dari jauhHantarlah rombongan masuk meminang

Berdiri teguh gagah berpaksiBerdiri buluh dikuatkan akarnyaJanganlah melulu mengikut emosiDisebabkan nafsu buruk padahnya

Taji diasah berselang-seliPencak ditari mengulit perasaanHiduplah kita secara berdikariBudaya membodek ketinggalan zaman

Bintang bersinar tampak serinyaMalam kelam dihiasi rembulanJantan perkasa jelas sifatnyaJelas sekali tidak menganiaya perempuan

Indah sungguh sinar Sang RembulanSi pungguk bersiul di tepian kuburYang salah ditegur dijadikan amalanAgar masyarakat tidak terlanjur

Jumlah tujuh letak setentangPutih warnanya si bunga pinangAnak dijaga penuh ditatangAgar menjadi manusia mengenang

Kaum Melanau berenang ke tepiMenongkah arus sedikit tenangKereta bertambah setiap hari Kadar tol tidak berkurang

Nukilan :En. Wan Nuridzuan Bin Wan AbdullahPT (BPPK) P (W) 5

Page 54: PANTUN.pdf

54 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen

Bila demam badan bergetarMuka langsung tak nampak ceriaJanji Allah adalah benarJangan tertipu kehidupan dunia

Anak kecil melompat-lompatSambil melompat memegang eratHari-hari asyik mengumpatJangan lupa balasan di akhirat

Surat ditulis dalam gelapSalah huruf banyak tak kenaJagalah diri jangan tersilapKalau tersilap dapat bencana

Pasang lagu sambil menariMenari pula rentak lajuAlamak hujan sudah mariMari lari ambil baju

Monyet memang gemar menggaruTak kurang juga dengan si babunBercakap Melayu kononnya maluBelacan setongkol habis dipulun

Orangnya cantik lagi genitJadi penghias kulit majalahPuan Fairuzah Ketua UnitJumpa saja selesai masalah

Sungguh enak buah beranganDibawa dari Pulau BelangkaPembantu Tadbir Unit KewanganSemuanya pakar-pakar belaka

Kalau tuan mati dahuluNantikan saya di pintu syurgaIlmu dan amal amatlah perluTentunya di syurga kita bahagia

Dalam semak ada duriAyam kuning buat sarangOrang tamak tak selalunya rugiKadang-kadang dialah yang paling kenyang

Nukilan :Pn. Suzalia Binti RamliPT (BPPK) P (W) 6

Page 55: PANTUN.pdf

Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 55

Mendayung sampan ke Sungai BaruSampan diisi buah beranganBiar jauh beribu batuTeknologi kini pendekat hubungan

Pergi merantau hingga ke MukahGambar diambil jadi kenanganWalau jauh kaki melangkahAgama tetap jadi pegangan

Berjalan beriring ke Kampung RokahBerhenti rehat di simpang jalanKalau senyum satu sedekahKenapa tidak jadi amalan

Dari Padang ke BangkahuluSinggah bermalam di istana tampakHati sedang menanggung rinduLuka di dalam siapa yang nampak

Baik-baik menyiang kurauJangan sampai terluka jariBaik-baik bila bergurauJangan sampai terluka hati

Berenang-renang si ikan kelahIkan berasal dari JawaHilang penat hilang lelahTerpancar senyum terdengar tawa

Kuih diadun bersama badamAdunan diuli bercampur gulaManakan dapat hasil diidamKalau langkah tidak dimula

Baba nyonya bertentang mataHati lara hendak berpisahHati tertanya mulut berkataMana arah jiwa gelisah?

Nukilan :Pn. Nor Ezura Binti Bahrin PTM (BPPK) P (PM)

Page 56: PANTUN.pdf

56 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen

Pucuknya tinggi si pohon araDaunnya jatuh di atas paraAssalamualaikum pembuka bicaraApa khabar wahai saudara?

Pulut ditimbang di atas neracaDitanak sedikit enak rasanyaDunia hanyalah pinjaman semataBeringatlah kita selagi ada

Bunga kiambang di tepi kaliBatang pinang dibuat titi Budi tuan berharga sekali Mampukah dibayar sebelum mati

Kain sutera di dalam peti Emas sebongkah payah dicariBudi diberi balasan dinantiDiri dibenci hidup sendiri

Segenggam beras ditanak mendidihDihidang dalam mangkuk delimaTuan jangan duduk bersedihSaya pergi bukannya lama

Raja perkasa mendirikan kotaKota emas menjadi hartaSekiranya saya terlanjur kata Maaf dihulur kasih dipinta

Bunga kemboja bunga melatiBaunya harum rupanya berseri Jika mahu diri dihormati Janganlah sombong meninggi diri

Cindai sutera bersulam tanganCoraknya cantik, nakhoda lukiskanSaya pergi meninggalkan tuanTunggu utusan tinta kukirimkan

Panas terik pancaran mentari Jalan berpayung gadis suntiRestu hidup perlulah dicariHormati yang tua hidup diberkati

Nukilan :Cik Haidabaizura Binti Mohd ZamriPPTM (BPPK) P (PM) 2

Page 57: PANTUN.pdf

Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 57

Pagi-pagi pergi menjajaHabis jualan senang rasanyaHati itu ibarat rajaPerlu dijaga setiap masa

Hidup dan mati beroleh barkahAndai Al-Quran dijunjung adatMarilah beristiqamah hidupkan sunnahInsya-Allah selamat dunia akhirat

Bulan purnama indah berseriPungguk merenung hati berdebarTakwa itu jalan berduriPerlu lalui penuh sabar

Indah pesona si bunga rayaHidup subur di kebun nyonyaHati resah banyak penawarnya Bertaqwa istiqamah jalan seeloknya

Harum sungguh kayu cendanaAsap berkepul semerbak baunyaHidup akan lebih bermaknaJika ilmu penuh di dada

Quran dan sunnah jadi pedomanTasbih dan tahmid jadi sebutanTepuk dada tanyalah imanCukupkah amal buat bekalan?

Manis raut si anak daraSantunnya memikat hati semuaBahasa indah bila bicaraTutur suara lembut sentiasa

Kawalan hati dari pandanganHilang kawalan diri menderitaKekhilafan kalau terlalu dibiasakanAkhirnya akan membunuh kita

Taat dan akur perintah TuhanMohon hidayah mencari temanYang bertudung jadi keutamaanMenutup aurat jadi idaman

Nukilan :Pn. Noorazlin Binti Hashim PT (BPPK) P (PM)

Page 58: PANTUN.pdf

58 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen

Pergi ke hutan menjerat kenariTersilap langkah dibaham buayaBPPK itulah singkatan diberiPenilaian Kompetensi fungsi utamanya

Pulau Mutiara Pulau SentosaSesuai untuk pasangan bercintaWarga BPPK hidup aman bahagiaTiada hasad dengki sesama warga

Suara lunak tidak terperiKalah Broery kalau menyanyiEn. Khalid Abu Bakar SUB kamiOrangnya tegas dan berdedikasi

Bibir manis menguntum senyumTersadung batu di tepi jalanWarga BPPK suka tersenyumAmalan mulia jadi panduan

Tinggi sungguh pokok kepayangTinggi lagi pokok kelapaPupukkan perasaan kasih dan sayangPastinya hidup aman dan bahagia

Makan durian dibuang kulitnyaKulit dibuang di tepi perigiJadilah anak yang berjayaBarulah ibu bapa senang hati

Cantik sungguh baju kebayaKebaya dipakai penyanyi SalomaHidup ini pastinya berjayaKiranya ada anjakan paradigma

Asam pedas ikan gelamaSedap dimakan bersama cencalukRamai manusia bersikap durjanaBayi dibuang merata ceruk

Merak cantik hinggap di pokokMari dihias di dalam ragaKatakanlah tak nak pada rokokBarulah kesihatan kita terjaga

Dari Perlis sampai ke MelakaSinggah sebentar di PutrajayaApa rahsia berpantun selokaProgram MBMMBI itulah jawapannya

Nukilan :Pn. Zunita Binti EliasPEG. TADBIR PRE (BPPK) K (DPP)

Page 59: PANTUN.pdf

Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 59

Pergi ke tasik memancing ikanIkan dipancing ikan haruanBahasa Melayu kita martabatkanBahasa Inggeris kita perkasakan

Berlari si anak mengejar pelangiMengejar pelangi di tengah bendangBersamalah kita bersatu hatiAgar negara gilang gemilang

Bila tiba bulan RamadhanJangan lupa membayar zakatNilai murni jadikan amalanHidup muafakat membawa berkat

Duduk bersimpuh tepi payaDuduk beralas atas papanMembaca buku jadikan budayaTeras kejayaan masa hadapan

Mari melancong ke Pantai TimurPantainya indah dan mengasyikkanMalaysia maju, aman dan makmurRakyat didahulukan, pencapaian diutamakan

Budi bahasa warisan berzamanMenjadi amalan tak kira usiaMulakan hari dengan senyumanDipandang manis, pekerti mulia

Keindahan pantun warisan MelayuBahasa kita tambah berseriTerbentang luas langit membiruBegitulah keindahan ciptaan Ilahi

Berkicauan burung sana siniSungguh merdu indah sekaliKita hidup saling menghormatiMenjadi amalan sehingga kini

Tiba musim masaknya padiTurun ke bendang membanting tulangBantu-membantu hormat-menghormatiBangsa cemerlang, gemilang,terbilang

Nukilan :Cik Rosfarahin Binti RoslanPSH (BPPK) P (PM)

Page 60: PANTUN.pdf

60 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen

Sangkut joran di pohon rhuPasang umpan ikan sembilangMenanti cabaran di alaf baruMoga menjadi pekerja terbilang

Berjalan-jalan ke Pulau DaikSinggah di pekan membeli suasa5S amalan yang baikElok diamalkan setiap masa

Buah labu ikan pariMasak dengan santan kelapaKawan beribu mudah dicariSahabat setia payah dijumpa

Tinggi-tinggi pohon jatiTempat bermain manjaku sayangJikalau kita bersatu hatiKerja susah menjadi senang

Cahaya pelita menarik kelkatuWaktu senja menghidang juadahKalau kita sudah bersatuSemua kerja tampak mudah

Anak haruan si anak ikanTerlekat kail tersembul mataMari bersama kita amalkanSopan santun budaya kita

Kelapa tua limau purutBerjalan perlahan ke pohon senaHati muda jangan diturutSesal kemudian tidak berguna

Kiri jalan kanan pun jalanNamun sesak setiap masaMari kawan marilah teman Kita membaca sepanjang masa

Nukilan :Cik Dalida Atiqah Binti Mohd NordinPEG. TADBIR PRE (BPPK) K (PK)

Page 61: PANTUN.pdf

Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 61

Nasi lemak buah bidaraEnak di makan di atas becaSalam sejahtera pembuka bicaraMari bersama pantun dibaca

Belayar si katik ke Pulau PandanTertawan hati indahnya pemandanganGunanya ilmu tiada sempadanSebagai bekalan menjalani kehidupan

Anak ikan dalam perigiBerenang bersama si ikan gelamaMari kita bersatu hatiAgar bangsa sentiasa bersama

Makan mi dalam pingganMakan bersama rakan dan taulanJika hidup mahukan ketenanganTuhan yang satu jangan dilupakan

Pergi ke pasar membeli bungaBunga dibeli bunga kekwaKasih ibu sampai ke syurgaKasih ayah ke hujung nyawa

Ayam bertelur di atas paraBertelur sebiji riuh sekawanBahasa ditutur menjadi perantaraSupaya silaturahim dapat dieratkan

Seberang sungai dengan titiSambil menyeberang berhati-hatiWarga tua kita hormatiPara belia kita kasihi

Kaki terpijak serpihan kacaTerjerit-jerit aduh sakitnyaSelesai sudah pantun dibacaDiharap bermanfaat untuk semua

Nukilan :Cik Nurain Haziqah Binti IbrahimPSH (BPPK) P (PM)

Page 62: PANTUN.pdf

62 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen

Toleh kiri, kulihat banjaranToleh kanan, kunampak lautanTahu diri serba kekuranganTetap hadapi segala dugaan

Secantik emas sekilau permataSeharum bunga selembut suteraSelaut kasih ibu bapa tercintaSelamanya menjadi bual bicara

Berkaki ayam menuju hutanKetemu musuh terus kelahiAndai diri hadapi kesulitanPanjatkan doa ke hadrat Ilahi

Langit biru tampak cerahLaut gelora tiada sempadanDosa dibeli sebegitu murahDengan harga satu umpatan

Terbang tinggi si rama-ramaHinggap di atas pohon senaKejayaan dunia seketika cumaKebahagiaan syurga lebih bermakna

Terbang burung ke awan biru Mencari sangkar di senja hariHormati bapa sayangi ibuKelak menjadi insan terpuji

Nukilan :Pn. Nur Hazmimifiza Binti IshakPEM. TADBIR PRE (BPPK) P (T)

Darah luka terkena duriCalar di lengan nampak kesanJangan suka menuding jari Nilai pandangan buat keputusan

Kerbau balau pisau asah Gulai lada lemak betik Jiwa galau hati resah Itu tanda cinta berputik

Mekar melati harum seroja Kelopak kudup relai memikat Ikhlaskan hati ketika bekerja Kelak hidup sentiasa berkat

Berkayuh sampan ke InderagiriIngin mencari songket berwarna Sungguh hamba merendah diriPantun dikarang tidak seindah mana

Berhias lengkap ke Pekan PeringgitMemikat hati wajah berseri Usah bercakap setinggi langitTakut nanti termakan diri

Nukilan :Cik Norhidayah Binti RejeniPEG. TADBIR PRE (BPPK) K (PSQ)

Page 63: PANTUN.pdf

Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 63

Berkelana semusim di huluBerbekal semangat yang kentalTingginya kuasa orang berilmuPasir melata dijadikan kristal

Alangkah cantik si Gunung DaikTempat peranginan nan selesaKempen senyum amalan baikElok diamalkan setiap masa

Bayu menyisir di pantai landaiNyior condong di Tanjung KarangAlangkah bernilai si bijak pandaiKe mana pergi disukai orang

Indah tersergam singgahsanaDiukir dengan pelbagai ukiranSegala tugasan dapat dilaksanaBerkat dari kerja sepasukan

Halia sekerat di tepi kendiSebagai tanda air berperisaMulia orang kerana budiHalus pekerti dek bahasa

Kapal sarat karun berpetiMilik saudagar berhati tulus Adat berketua perlu dihormatiAgar mudah untuk berurus

Daun mengkuang daun palasDianyam bersama untuk hiasanBudi diberi bukan untuk dibalasSekadar tanggung jawab seorang insan

Insan yang telah kutemuSemuanya menjadi sahabat Tingkatkan usaha mendapat ilmuUntuk bekalan dunia akhirat

Di mana hinggap burung ketitirDi tepi kali melepas dahagaLaksana kerja dengan berfikirAgar menjadi rujukan semua

Nukilan :En. Mohammad Najib Bin Mohd AliMantan KPSU (BPPK) K (PK)

Jemputan Khas

Page 64: PANTUN.pdf

64 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen

Page 65: PANTUN.pdf

SAJAK

Page 66: PANTUN.pdf

66 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen

Pengalaman, Cinta dan Perasaan(Pn. Rozainum Binti Ahmad)

Pengalaman…Membuat insan lebih dewasaDi dalamnya tercipta ikhtibarJua pengajaranUntuk direnung dan difikirkanSecara bijaksanaSupaya dimanfaat masa mendatang

Cinta…Tatkala cinta berbunga di hatiSemarak kasih sehangat mentariMembuat insan didakap bahagiaBahana cinta membuat insan rasa terseksaSetiakah cinta bila digoda?Cinta abadi hanya pada yang Esa

Perasaan …Ceria, tenang, syukurSuburkan dalam jiwaSupaya seri naik ke mukaBukankah wajah cerminan hati?Gelisah, kecewa, dendam dan dengkiLontarkan di kejauhanSupaya rambut tidak cepat berubah warnaKelihatan lebih tua dari usia

Hanya iman di dada mampu mengimbangi perasaanBagi makhluk yang kerdil dan lemah seperti hambaSemoga AllahMengurniakan yang terbaikUntuk kita semua...

Perkhidmatan Awamku (En. Azme Bin Hussain)

Perkhidmatan awamkuHampir tiga dekad kulewati usiamuDapat kurasai nafas dan denyut nadimuJKK, SSB, SSM, dan SBPA yang tidak menjadi

Perkhidmatan awamkuDenganmu aku berbaktiMerasai manis dan pahitnya pengalamanMendewasakan aku dalam batas dunia tanpa sempadanMengajarku makna hitam putih kemanusiaan

Perkhidmatan awamkuKulihat semakin sirna kemegahanmuAdakah telah hilang sana daripada bijakmu?Adakah telah terpisah akal dan hati nuranimu?Serimu dicemari tangan-tangan ghaibTerpukau oleh serapah dan jampiTerlena dibuai indah oleh retorik dan mitos Sedangkan kau telah sarat dengan kerenah dan birokrasiSeakan badi dan barah yang payah diubati

Perkhidmatan awamkuPenjawatmu pelbagai generasi, perilaku dan ideologiAda yang hanya tahu, setiap bulan dapat gaji dan pencen sudah gerentiAda yang tidak dapat bertahan lagi, sekerat jalan sudah berhentiAda yang rasa kuat, tidak mahu bersara sampai matiAda yang tidak peduli, kepala siapa dipijak asalkan aku naik orang lain gigit jariAda yang ingin naik dan naik lagi, merasakan jawatan tidak cukup tinggiAda yang rasa dia yang berkuasa, orang lain tidak ubah macam kuli

Page 67: PANTUN.pdf

Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 67

Ada yang macam perompak di siang hari, seakan duit rakyat macam duit mak bapak dia sendiriAda yang ingin jadi juara, dirasakan ideanya tidak pernah basiAda yang merasa dialah terpandai, pendapat orang lain tidak pernah mahu didengariAda yang hanya berteori, semua benda dibuat tidak jadiAda yang sakit hati, kempunan pangkat lebih tinggi kerana tidak ditunjuk dengan jariAda yang berhipokrasi, tidak sedar dia hanya menipu diri sendiriAda yang merasa semuanya hak dia, bagaikan jabatan macam syarikat dia sendiriAda yang persis kayu mati, masih bertahan menjadi liabiliti

Perkhidmatan awamkuAdakah agenda transformasimu akan menjadi realiti?Jika berubah pada kulit bukan pada isiJika yang tersirat tidak sama seperti yang dizahiriJika yang dikejar hanya duniawi bukan berkat yang dicari

Hasrat Yang Dimakbulkan(Pn. Habibah Binti Yaacob)

Gugur segala penderitaankuLenyap segala kekecewaankuTerlupa segala keperitanku

PabilaDahimu mencecah bumiPabilaKedua tanganmu menadah ke hadrat Ilahi

Lemah longlai jiwakuMelihat air mata ikhlasmuSetitik demi setitikMembasahi pipimu

Kini KurasaAkulah insan yang paling bahagiaTercapai segala hasratWalaupun lama menunggu darimu Lalu kupanjatkan doa:

“Segala puji bagi Allah, Zat yang dengan kemuliaan dan keagungannya semua kebaikan terlaksana dengan sempurna”

Page 68: PANTUN.pdf

68 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen

Kau Pergi(Pn. Hariyati Binti Kamaruddin)

Janji yang Esa itu pastiTidak kurang sesaatTidak lebih sedetikBila sampai masanyaPergilah…

Cukuplah deritamu sampai di siniPergilah kau menghadap Yang KuasaAku redha ketentuanmu IllahiBerbahagialah kau di Firdausi

Amanatmu kusimpanWarisanmu kupeliharaKan kujadikannya insan berjayaItu janjiku padamu

Terasa berat langkah kakikuMeninggalkanmu sendirian di situTerpisah sudah jasad dan nyawaNamun kupasti dirimu dipeliharaNya

Biar Kesunyian Mengunyah Saat-Saat Seterusnya... (En. Sivanantham Perianan)

Kita sedang bercakap tentangGaris selari

Kamu mengenangkan landasan keretapiDan kemudian tebing-tebing sungaiKamu seolah-olah sangat tergangguApabila mengenangkanKaki langit dan lautan biru

Kita biarkan saat-saat seterusnyaDikunyah oleh kesunyian secara senyap

Dan semasa kita ucapkan salam perpisahanDan juga di hari-hari kemudiannyaKita tidak pernah terfikirBahawa kita juga tergolong dalam kategori yang sama!

Page 69: PANTUN.pdf

Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 69

Oh Kura-Kura(Cik Tan Kim Sze)

Oh kura-kuraKau haiwan herbivorBadanmu yang hijauDilindungi cengkerang kerasMenjadikan kau begitu comelDi mataku

Oh kura-kuraWalaupun dirimu dipandang rendah Kerana kau tidak sepantas kudaNamun nilaimu amat tinggiSemangatmu yang tidak pernah mengenal erti putus asaMenjadikan dirimu begitu unik

Oh kura-kuraKau simbol sebuah kehidupan

Tiada Gunanya…(En. Ahmad Safuan Bin Shamsuddin)

Tiada gunanyaKalau kita di dunia ini Hanya sekadar hidup Ke hilir ke hulu tanpa tujuanApatah lagi tiada iman Tiada peganganHanya mengharap ihsan orang…

Tiada gunanya Kalau sekalipun belajar tinggi Berjawatan tinggiTapi akhlaknya orang benciDi sana sini orang mencaciApakah Itu sebenarnya yang dikehendaki…

Tiada gunanyaKalau hanya mahukan sanjunganMengharap diri diagung-agungkanDi dunia ini hanya sementaraEntah esok, entah lusa Akan pergi selama-lamanya…

Page 70: PANTUN.pdf

70 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen

Desaku(Cik Arni Mayuti Binti Abu Bakar)

Aku lihatDesaku aman Berlari anak, kicauan burungAngin menghembus tidak bosanSenyum Sang Rama-rama mengibar sayapnya

Aku lihatHujung sanaKeemasan sawah terbentang luasAnak-anak bermain dipinggirGurau senda menanti ibu dan ayah kepangkuanSayup kedengaran teriakan memanggilAku rindu akan itu...

Saujana mata memandangSetenang air mengalirDi kaki bukit megah nan kehijauanMembiru langit di balik awanKepuasan mentari melimpahkan sinarnyaMemahami alamMelambai daunan kerianganMenitis embus hujung urat.Redup di pohon rendangBerteduh unggas berterbanganSepoi bayu sulaman mesraMasih aku ingat...

Kekalkan desakuNostalgia silamAku telah dewasa kiniBiarlah dinikmati generasi temurunJangan kau berubah wahai desaAlam itu penuh keserasianWalau seribu tahun lagi

Aku Ranggi(En. Mohd Helmi Bin Ahmad Nasri)

Aku masih di siniBerteman kuarto KEW.PA dan blackberryMana anney amoi jua ccSampai kapan aku kan terus begini

Maju maju dan jangan nolehKumajukan bina tiap kerjaankuSetiap hari dan saban waktuApa kuperoleh...Warna perakam waktu berselang seli

Tembok tebal pemisah darjatMasakan kalian tidak lihatAku masih lagi beginiBerselang purnama berganti hariPerah keringat jua fikiranKugagahkan ia demi tuntutan

Letih bicara aneka ragamSiapa yang kuat bakal tumpuanTersemat di hati pesan bondakuIkhlas beroleh balasan dariNYA...

Page 71: PANTUN.pdf

Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 71

Beranilah Menjadi Diri Sendiri(Pn. Nurul Ashikin Binti Abd Rahman)

Jadilah diri sendiri Dalam mengarungi lautan hidupSehingga semangat yang ada Takkan pernah redupJadilah orang yang tabah Menghadapi segala cubaanKerana ketabahan selalu menunjukkan Jalan kebenaran

Jangan pernah mengutuk Segala kekurangan diriBerfikirlah positif pada setiap musibah Yang kau alamiKerana Ia mengetahui rahsia yang tersirat Di langit dan di bumi

Di mana pun engkau beradaJadilah diri sendiriSehingga kepercayaan diri Melekat dalam hatiBeranilah menjadi diri sendiri

Tiada manusia yang sempurna Dalam hidup iniJadilah hamba yang mensyukuri Kurnia IlahiJadilah diri sendiri Sehingga dirimu diberkati

Bebas(En. Syaiful Azrey Bin Abd. Aziz)

Biar siapa pun kau, keluar pada senjakaladari tanahmu, di mana segala mengenalmurumahmu yang terakhir sebelum belantara

Biar siapa pun kauDengan matamu lesu yang jarangmembebaskan diri dari ambang pintu yang reputperlahan-lahan kau mengangkat sebatang pohon dengan gempitaLalu mendirikannya menghadap langit lampai sepi

Dan telah kau mencipta halaman duniamu dan ia luasbagaikan sepatah kata yang bertambah matang dalam kesunyian

Dan ketika semangatmu menggenggam maksudnyaLembut dari matamu ia terlepas

Page 72: PANTUN.pdf

72 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen

Cekal Seorang Petani(Pn. Julia Binti Musa @ Abdul Rashid)

Terbit mentari pagiSi petani berjalan membawa bekalanSetiap waktu diamanatkan dengan ikhlasMengusahakan tanah sekangkang kera

Si petani menghayun cangkul dan sabitTidak mengira erti penatTidak mengira erti jijikTanah dibelai agar berkat hasil diperoleh

Si petani duduk berehatDengan peluh yang menitis-nitisSambil menyuap makanan yang dibekal isteriSambil merenung nasib diri

Si petani mempersiapkan diri untuk mengerjakan suruhan AllahWalau penat dan lesu suruhan Allah jangan dilupaSetiap apa yang dibuat moga dapat berkat dariNyaCekal seorang petani inilah hasil keringatnya

Anak(Pn. Siti Aishah Binti Hassan)

AnakIbumu sangat gembiraTelatah manjamu di samping ibuAnak kini memahamiBetapa ibu sayang padamu…

AnakIbumu tak pernah sepiMalah tangis tawamu adalah pengubatDi kala kepenatan dan keletihanBiarpun lelah ibu membelaimuNamun sentuhan itu tetap ibu curahkan…

AnakIbu sentiasa doakanDoa ibu anak jadi insan yang beragama mulia akhlakKau adalah tanda kasih sayangKau juga adalah penyambung ikatan kasih sayang ibu dan ayah…

AnakKau ibarat kain putih Masih bersih belum diwarnai belum dilukisJadilah kau wahai anakBerjasa kepada ibu dan ayahmuBesar nanti kau disanjungiInsan yang menerima berkat ibu dan ayahmuInsya-Allah…

Page 73: PANTUN.pdf

Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 73

Ibu (En. Mohamad Amin Bin Sidal)

Ibu…Kau ibarat lilinMenerangi perjalanan hidupkuTanpa rasa jemu dan kecewaBiar pun susah hidupmuAsalkan nanti anakmu berjaya

Ibu…Tanpamu tiadaku didunia iniTanpamu jua tidak kubijak sebeginiTunjuk ajarmu menjadi amalankuTiap bicaramu mengajarku erti kedewasaan

Ibu…Kaulah teman suka dan dukakuKaulah penawar di kala susah dan senangkuKan kusematkan namamu sentiasa di hatikuKan kusanjungi setiap jasamu di jiwaku

Perjalanan (En. Fadly Bin Darani)

Aku kini di siniDi ruang waktu kumencari rezekiKian hari kian aku mengertiAkan tanggung jawab yang perlu aku gagahi

Kadangkala nasib tidak menyebelahi diriAku akur akan ketentuan IlahiNamun aku tetap berpijak di tanah iniDemi untuk aku berbaktiDemi untuk aku mencari diriSiapakah aku di sini?Pasti terjawab suatu hari nanti…

Page 74: PANTUN.pdf

74 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen

Kau Perwiraku (Pn. Roslinda Binti Mansor)

AbangKau darah dagingkuAntara abang yang paling aku sayangKau yang sulungKau beri teladan yang baik kepada kami

AbangKau bertanggung jawab dan penyayangKau korbankan dirimu demi adik-adikKau bekerja sepenuh hatiDemi menyara persekolahan kami

AbangSaat kami melanjutkan pelajaran ke universitiKau menangis kegembiraanKau puas melihat adik-adikmu berjayaMenjadi insan terpelajar

AbangSaat kami mendapat perkerjaan yang bagusKau tersenyum banggaNamun abang belum sempat kami membalas jasamuKau pergi buat selamanya

AbangRupanya selama ini kau sakit jantungNamun kau rahsiakan daripada kamiKau tidak mahu kami susah hatiBetapa mulianya hatimu abang

AbangHanya doa yang dapat kami titipkan buatmuAkan kami jaga ibu sebaik mungkin seperti yang kau mahu

Kami doakan agar dirimu ditempatkan dalam kalangan orang berimanSemoga syurga Firdaus tempatmu abang

Page 75: PANTUN.pdf

Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 75

Tabah(En. Pizol Bin Hussin)

Tabah itu tidak pastiAndai diri kuat hadapiTabah itu penawar diriAndai kata rapuh berdiriTabah itu kadangkala rebahRebah dibawa alunan resah

Oh tabah…Tabah itu kadangkala peritIngin tabah tapi hati terlalu sakitPahitnya tabah andai tak mampu bangkitBangkit dari mimpi sempit

Tabah…Hakikat tabah itu sebenarnya indahTabahlah bersama ibadahSujud kepadaNya dan berserahPastinya cahaya menerangi gundah…

Duit, Duit, Duit(Pn. Fairuzah Binti Saad)

Ada yang panggil dinarAda yang panggil dollarAda yang panggil dirhamSemua itu duit

Duit, Duit, DuitKerana duit manusia menjadi hambaKerana duit juga manusia menjadi durjanaSanggup membuat apa sahaja demi duitSanggup menjadi kejam untuk mendapatkan duit

Dan Kerana duit jugaAku bergelar akauntan

Oh duit…

Page 76: PANTUN.pdf

76 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen

Pasrah (En. Amir Hamzah Bin Abdul Aziz)

Aku berlari-lari anakSambil kutenung kiri dan kananKepala ku kian berputar menanggung sakitKu kuatkan pusat penglihatankuYa aku pasti…nun di hujung sana tempatnya menanti

Aku pasrah kehendak mu IlahiKejadian alam kekuasaanMuSeketika aku menjadi lega…hilang keringat menanggung kesakitanku Aku bangun…lega amat terasaJauh di sudut hati aku yakin akan nikmatMuYa Allah… aku di bawah kekuasaan Mu jua

Bicara Hati(Pn. Norliza Binti Mahmod)

Wahai Pemilik nyawakuBetapa lemahnya diriku iniKuatkanlah rohanikuKerana kecintaanku padaMu Ya AllahBetapa berat ujian dariMuKupasrahkan semuanya kepadaMu

Kusedar betapa indahnya nikmat sihat ituSeharusnya aku bersyukurKesakitan bukanlah keperitanMelainkan rasa kedekatan dan kemesraanBersamaMu Ya Allah...

Kupohonkan kemurahanMu Yang tersangat luasEngkau maha mengetahui apa yangTidak aku ketahui...Kasih sayangmu agung terserlahTidak tercatat tidak terungkapTidak terhitung...Segala Rahman dan Rahmah

Ketika kupanjatkan doaKuhadirkan hati dan rasaFanalah aku...Tiada lagi kata-kataYang tinggal hanyalah rasaTenggelamlah aku dalam makrifatMu Ya Allah...

Page 77: PANTUN.pdf

Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 77

Perubahan(Cik Noor Baizura Binti Baharuddin)

Satu perubahan yang kita perlukanSatu perubahan yang aku perlukanPerubahan bermula dengan akuPerubahan bermula dengan kamuSatu perubahan yang mampu mengubah peraturan lamaPerubahan yang akan mengubah kecelaruan duniaJika kita percaya

Dan mula bertindakWalau sedikit kita mampuMemberi kesan kepadanyaPerubahan adalahPeluang sebenar untuk kita berkembang

Perubahan itu adalahUsaha kita memperbetulkan kesilapanPerubahan itu adalah Keupayaan kita untuk bersatuDan menghadapi segala kesulitanPerubahan itu ialah peluang kitaUntuk membuktikan kesilapan pengkritik Perubahan itu ialah lagenda kitaBagi generasi seterusnyaPerubahan itu ialah kitaBersama kita memperbaiki duniaBersama kita bolehYa kita boleh!

Asal Melayu(Pn. Siti Aishah Binti Saidon)

Di mana boleh cari ramai MelayuDi mana jua di pasar malam dan pasar mingguDi Akademi Fantasia dan Pesta LaguDi Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusuDi Sungai Buloh pusat pemulihan dulu di PuduDan di jalan lumba haram rempit tak berlampuDan di selekoh duit rasuah depa pun sapuDi pusat serenti akibat ketagih dadah dan canduDi malam kemerdekaan dan malam tahun baruTerkinja-kinja best giler menari macam hantu

Apa hobi orang MelayuTerkenal dengan budaya malas dan lesuBerlepak buang masa tak jemu-jemuTengok telenovela dari Filipina dan PeruBerpusu-pusu pergi tengok pameran hantuSambil makan junk food kuaci dan murukuMana tak gendut berpenyakit selaluKalau nak berlagak Melayu masih nombor satuAsal bergaya sanggup makan nasi dan ubi kayu

Bangsa Melayu jadi bangsa yang majuBoleh dengan beberapa syarat tertentuPertama dengan banyak menguasai ilmuKata Nabi ikutlah Quran dan sunahkuAl-Quran yang diturunkan 1400 tahun dahuluTapi apa yang kita tahu cuma baca bila nak halau hantu!

Page 78: PANTUN.pdf

78 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen

Malam Tiada Kabus..(En. Muhammad Nasrul Bin Ersal)

Bulan kulihat jelas terangBintang jelas kian hilangTeringat diri dulu di siniMembawa megah hitam berdiriKenapa nikmat aku dustakan?Kenapa hikmah aku lupakan?Nyata terang itu gelapNyata riang itu suramDatang hentam tubuh bergoyangNestapa menjulang hiba ditatangUmpama mencari semut hitamDi atas batu di waktu malam kelam

Bangun!Kulihat genggam tangankuItu janji dibumi untukku berpijakBerpatahlah pulang ke pangkalSediakan diri mengikut akalMemaut pada lima tiangMendaki enam anak tanggaItulah jalan pulangMenuju hujung petangTerserlah nikmat bersulam hikmahYang kekal abadi...Agar pada malamnya tiada kabus...Alhamdulillah...

Hawa Yang Istimewa(Pn. Suzalia Binti Ramli)

Duhai kaum HawaSungguh mulia tempatmuTerlalu istimewa sifatmuTak ternilai kudratmuMeski masih bisa tertawaDi kala saat-saat dukaGahnya air mata ituDi sebalik keindahan alis matamuItulah kelemahanmuNamun percayalahTitis kaca itu adalah tulang kekuatanmu juaYang bisa runtuhkan ego AdamYang bisa meruntun jiwa Adam

Senyumlah wahai HawaUkirlah seikhlas wajahmuSucikanlah ruang hatimuKernaku jua tahuTulus budimuSemulus kasihmuYang bisa menggoncang duniaYang bisa membuka mata semesta

Terima kasih TuhankuAku lahir ke dunia sementara iniDalam dunia Hawaku

Duhai kaum Adam…Hargailah kasih sayang HawaYang tiada galang gantiYang dicurahkan bersama doa

Page 79: PANTUN.pdf

Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 79

Tanpa HawaDunia ini akan hilang hiasnyaAkan pergi serinyaTinggallah Adam di siniMenghitung kesalahan di benak hatiMembiarkan Hawa melangkah sepiJangan biarkan Adam dan Hawa terpisah akhirnya

Rama-Rama (Cik Nurain Haziqah Binti Ibrahim)

Kau yang tak pernah dunia perasanDalam kepompongSembunyi sendiri orang takkan perasan

TapiAku tahu Aku nampak sayap itu

Aku tahu kau mampuTakut tak payah nak tungguBuka sayap ituTerbang tinggi tuju langit biru

Matahari tolong beri cahayaWalau dunia kejam halang jalan ke sanaWahai kesayangan Terbang tinggi ke sanaBiar dunia tahu kau ada sentiasa

Walau kau jatuh gugur seperti bungaWalau kau tumbang rebah seperti araAku tetap percayaAku kau saling percaya

Tetapkan hatiBuka lebar sayap sendiriTerbang tinggi bebaskan diri

Biar apa dunia rasaBiar apa dunia nak kata

Page 80: PANTUN.pdf

80 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen

Kawan(Cik Haidabaizura Binti Mohamad Zamri)

KawanDi saat kamu gembiraRamai yang akan ada bersamaBerkongsi hilai dan tawaBerkongsi lawak dan jenaka

Di saat kamu meniti hari mudamuPastikan ramai yang datang padamuTiada duka tiada laraWajah jelita kamu dipuja ramai yang suka

Di saat kamu dimercu jayaPastikan ada yang berkongsi hasilnyaMengaut apa sahajaHatta itu sahih bukan milik mereka

Di saat kamu mewah berhartaKan ramai yang datang mengaku saudaraKhabarnya duka menagih harap Uncang kecil tidak mahu seguni permata jadi pilihan

Tapi Kawan...Jika kau dilanda musibah dan dukaKau pasti sendirian mengharungi payahSemua yang lain hilang tiada bayangTiada suara tiada wajah

Di saat kau meniti hari tuaKudrat kian lemah tubuh terketarTiada yang sudi menemaniDalam payah melangkahlah sendiri jauh membawa diri

Di saat kegagalan melingkari diriDirimu hanyut dalam resah, duduk disudut gelapTiada peneman mana sahabatmu?Mereka pasti sudah pergi jauh dari sini

Di saat kamu tiada berharta Kamu bukan lagi siapa-siapa Umpama sisa tiada harga tiada maknaSaudara tak suka sahabat pun tak suka

Oleh itu kawanIngatlahApa yang kita adaBukan milik abadi Ia pinjaman ia persinggahanSampai masa ia akan hilangIa akan pergiLagikan dunia ini sampai masa akan binasaUntuk itu bersyukurlah dengan kurniaanNyaBersyukur sebelum terlambatSebelum mata tertutup rapatSelamanya

Page 81: PANTUN.pdf

Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 81

Hati Yang Hilang(Pn. Noorazlin Binti Hashim)

Hati ini masih dibuai rindu Padamu yang meladaniku Sedih ini masih bercampur piluMenagih kasih pelukan darimuSatu ketika dahuluDikau menyapu kesedihankuDikau mengikis kesakitankuKesengsaraanku kau tanam di dasar dalamPagi itu dikau dipanggil IlahiSuram kurasa, seperti terhentinya masaDahimu kukucup lamaWajahmu kutatap buat terakhir kalinyaBerat hati melihat dikau dibawa pergi Ku melambai menitip hati, mengiringi doa dan Al-FatihahAgar rohmu tenang bersemadi Ya AllahTuhan yang menciptakan seorang ayahAku menadah tangan agar segala dosa ayahku diampunkanKau himpunkanlah ayahku dikalangan mereka yang berimanTabir sore mengheret aku pulangSambil merenung neon yang kian malapTerbayang berbalam-balam wajahmu bersilih gantiSambil mengharap dikau masih disisi Pandangan dan lisan aku masih tidak terjagaGerimis pagi ini rasanya sangat berbeza Meniti jalan lama di mana aku bermulaHari ini tanpa mu aku tiadaHati yang dulu ceriaKini diganti dengan hati yang hilang

Kesayanganku(En. Naszeri Bin Md. Nor)

KesayangankuKau umpama permata yang mengilau hidupkuKaulah cahaya semangat dan hidupkuYang membuatkan aku terus hidup dan bangkitMeneruskan perjuangan kehidupan ini.

KesayangankuKau dikasihi dan dicintai Dipupuk dibelai dan dimanja Tanpa ada apa yang mampu mencalarkanmu

KesayangankuTahukah kau berapa sayangnya aku padamuTiada tolok bandingan yang mampu menandingimuTiada apa yang mampu memesongkan perasaanku

KesayangankuTak dapat aku gambarkan kemusnahan hidup iniTak kala musibah melandamuHidupku pastinya hancur merenyuk dan matiHidup bagaikan tiada erti

KesayangankuJika dibanding emas dan permataku pilihmuJika diugut hidup dan matiku pilihmuKerana kau kesayangankuKau cahaya mataku

Page 82: PANTUN.pdf

82 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen

Nikmat Abadi(En. Yusoff Bin Ismail)

IbuBertarung nyawa

AnakLahirnya di dunia Tanpa seurat benangTanpa berkata-kata Dengan mata tertutupHanya dengar tangisan Kelahiranmu disambutDengan linangan air mata

Ayah Mengazankan di telinga kananDan qamat di telinga kiri Sujud SyukurAtas Kelahiranmu

IbuMemberi sepenuh kasih sayangBersengkang mata Menyediakan makanan dan pakaianDan sanggup berkorban nyawa

AyahMembanting tulang mencari rezeki halalMendidik dengan ilmu agama Memastikan sekolah yang terbaikMenadah tangan berdoa Supaya berjaya dalam hidupDan sanggup berkorban harta benda

Anak Kelahiranmu adalah nikmat abadiKepada ayah dan ibumuJika kamu seorang Hafiz

Dan sentiasa bertaqwaDoamu ketika mereka telah tiada…

Page 83: PANTUN.pdf

Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 83

Benarkah (En. Hishammudin Bin Ahmad)

Benarkah…Kata pujanggaBila banyak berkata maka banyak dosa

BenarkahSakit bermula daripada kataKecewa bermula daripada cintaPedih bermula daripada janjiBenci bermula daripada kasih sayangDuka bermula daripada sukaDendam bermula daripada kata?

Benarkah…bila berkataOrang itu akan dinilai tingkah lakunyaOrang nak dengar yang baik sahajaBerkata yang tak baikMaka akan wujud sengketa

Benarkah…bila berkataOrang kata ngada-ngadaDitafsir keras kepalaMenyusahkan orang sangkanya

Benarkah…bila berkataMempertahankan beberapa perkaraOrang tak sukaKita disekat banyak perkara

Benarkah…bila berkataHendaklah berkata baikAtau lebih baik diam

Benarkah…Ada mulut…diamAda telinga …dengarAda mata…pandang

Kalau benar aku inginTerus berpuisi dalam diamKerana kebisuan lebih bermaknaDaripada galak berbicara kerasYang hanya menambahkan lukaJika tersasar

Page 84: PANTUN.pdf

84 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen

Hakikat Kehidupan(Pn. Shara Zuliana Binti Shafiee)

Kata pujangga Hidup ibarat roda yang berputarKata bijak pandaiHidup mesti diteruskan walau badai melandaKata para ulamakHidup di dunia adalah jambatan menuju alam abadiHati selalu bertanya…apakah yang ingin dicari?Kekayaan kejayaan kebahagiaan kekuasaan kepuasan!Namun jawapannya sentiasa ibarat fatamorgana…Yang kelihatan hanya dari pandangan jauh…suatu pandangan yang tidak pasti…Bagaimana harus kuteruskan langkah ini dengan penuh kepastian dan keyakinan…Jika onak dan duri yang datang sentiasa silih berganti Tidak berhenti menguji kesabaran diri… Namun dewasa ini setelah kumeneliti semuanya, segalanya…Mendung yang kuanggap seperti tiada berkesudahan itu Rupanya hanyalah…ibarat tempat persinggahan sementaraAgar aku sentiasa menghargai setiap Rahmat dan Kasih Sayang dariNya yang tidak terhingga…Tuhan…Hambamu bermonolog sendiri…Adakah diri ini layak bergelar HAMBA?Kerana jika dapat ku menerobos alam ciptaanMu ini kusedar betapa kerdil hina dan zalimnya diri ini…Kerna jarang menyedari hakikat kehidupan ini adalah atas IHSAN RAHMAT dan KASIH SAYANG dariMu…

x-Factor BPPK(En. Mohd Khairuddin Bin Musliman)

Hadirmu mengundang pelbagai tanggapan Ada yang acuh tidak acuhAda yang positif Ada yang optimisAda juga yang pesimisAtas nama kompetensi Atas nama ‘self continuous learning’Atas nama ‘subject matter expert’Cabaran harus disambutPerjuangan mesti diteruskanBakat harus diserlahKau ibarat serampang pelbagai mataMenggalak tabiat membacaMerangsang budaya ingin tahuMeningkat keyakinan diriMencetus kemahiran menjawabMempertajam nukilan mindaManfaat diri bagi yang ingin terus maju

Page 85: PANTUN.pdf

Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 85

Malam(Cik Rosemawati Binti Hussein)

Hitam kelam tak lagi bercahayaRembulan sirna di balik awanSemilir sayu menyapa wajahDinginnya merasuk menghunjam kalbuRintik hujan menepis keheningan malamSeolah bernyanyi alunan piluSeakan bersatu irama sendu

Di sebalik kelam malamAku seakan terpenjara sendiriResah…gelisah…berombak di dadaMeracau…meronta…tak menentuMemecah tembok keangkuhanTak tahu ke mana harus kualurkan resah ini

Di sebalik kelam malamAku nanar dalam kegelisahan yang terciptaSendu…pilu…berlagu di dadaMerantai…membelenggu…rasa Mengundang gerimis di jiwaTak tahu ke mana harus kualurkan sendu ini

Setiap kali malam menjengahBersama rintik hujan Ada cerita di ruang mindaAda duka di tabir mataAda bayang mengusik jiwaLantas resah menghukum diriMerelung jauh dalam palung hati

Setiap kali malam menjengahBersama rintik hujan Ada luka bertapak di dadaAda sendu bertamu di jiwaAda pilu berlindung di kalbuBuat aku tak berdayaUntuk terus bertahan

Setiap kali malam menjengahBersama rintik hujan Aku tewas lagi…

Page 86: PANTUN.pdf

86 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen

Ayah Wiraku(En. Mohd Faisal Bin Methlan)

Ayah…Tiba-tiba hati ini teringat kepadamuMasih terbayang-bayang wajahmu di matakuBanyak sungguh kenangan indah bersamamu duluPengalaman hidup dikongsi bersama tanpa mengenal erti penyesalanItulah lumrah hidup seorang insan bernama ayah

Ayah…Walaupun hidupmu tidak sesenang mana Tapi mampu untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anakmuWalaupun kutahu beratnya beban di atas bahumuNamun tidak satu pun janjimu tidak ditunaikan

Ayah…Dari pagi hingga ke senja mencari sesuap nasi untuk keluargaMenoreh, meracun, menebas, mencangkul itu mainan sajaHujan panas kau tempuhi juaAsalkan anak dan isteri bahagia seadanya

Ayah…Hari ini aku juga seorang ayah sepertimuBaru mengenal erti kehidupan sebagai seorang ayahAyah kepada seorang putera dan puteri tercintaDemi membela nasib diri, keluarga, agama, bangsa dan negara

Ayah…Aku bersyukur kepadaNya kerana dirimu masih di sisiSentiasa menemani disaat suka dan dukaWalaupun ayah kini sudah dimamah usiaNamun hatinya tetap muda menempuh segalanya

Ayah…Aku sangat merinduimu tatkala kita berjauhan Aku berjanji akan bersamamu selaluSemoga Allah merahmati segala perjuanganmu dalam membesarkankuDari dulu kini dan selamanya…

Page 87: PANTUN.pdf

Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 87

Anak Rantau(En. Yuhasrizan Bin Yusuf )

Di sebuah kota terkemukaDalamnya terdapat bermacam ceritaKecewa tangis senyum dan ketawaMelayu, Cina, India dan pelbagai bangsaMencari apa saja tanpa matlamat

Kuala Lumpur ibu negaraBapak pernah bertanya untuk apa kau ke sanaBanyak duka dari suka jika pergi tiada haluanApatah lagi pelajaran hanya secangkir cumaJauh sekali ilmu dan pengalaman penuh di dada

Ilmu azimat berguna untuk kehidupanAda betulnya juga apa yang bapak katakanNamun hati anak jantan tidak keruanPergi jua walau banyak tentangan mendatangMemecah tradisi zaman berzaman

Masa berganti masa, bulan berganti bulanTahun demi tahun aku di sini mencari sesuap nasiAda kerja namun tidaklah sehebat manaMempunyai kereta dan rumah cukup walau sekadar disewaBertemu jodoh juga akhirnya walau tidak sekacak rupa

Begitu pantas masa berlaluBanyak lagi onak duri terpaksa ditempuhiJauh lagi perjalanan hidup iniJatuh bangun menjadi sumber inspirasiBagi mencapai kejayaan esok hari

Realiti(Cik Dalida Attiqah Binti Mohd Nordin)

Kekejaman…Tiada pilihan yang harus kulaluiAku yang kehilangan Terkapai-kapai mencari arahWalaupun mata terbuka luasMasih terasa kegelapan

Manusia berubahTanpa menyedari kewujudan masaAku lupa bagaimana Mendengar mencintai dan mengasihani

Aku yang tersesatDalam gaya hidup yang membelakangi kehidupanDengan topeng yang tidak dikenaliMenyembunyikan panahan mataMengaburi cemburu dan iri hatiYang nyata untuk membunuh

Walaupun kau ada segalanyaTapi kelaparan dan kehausanmuMembunuh rasaAku menitiskan air mataPada realiti yang menyakitkan ini

Aku bersyukur mengharungi kebahagiaan iniSetiap hari menjalin ukhwahBerkongsi kasih sesama insanDari menyakiti sesama sendiriAku ingin bebasDari dibelenggu kekejaman duniawi

Page 88: PANTUN.pdf

88 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen

Kenapa Itu Jadi Teman(En. Mohamed Shahar Bin Mohamed Sam)

Berhibur kotaTidak kenal waktuHilang penglihatan siang dan malamMelonjak arus mengutip sisir zamanTiada halangan tiada ampangan

Aku melihat akan ituPedih mata hati berkataHendak dihalangi diri rebahMenahan mengalir bagai air bahPejam mata dongak kelangitKenapa itu jadi teman

Sayang sekali anak kotaMuda mudi harapan bangsaKhayal ibarat di alam ghaibLeka menjadi sampah masyarakatMenjamu musnah longlai tubuhBerisi racun di jarum mautKenapa itu jadi teman

Terowong laluan hidupTiada arah tiada hala tentuDepan yang gelap laluan adanyaGelap hati tiada penunjukSuntikan halwa seleraPenyambung usia selagi berdenyut nadi Tersiksa jasad nadi disiakanMusuh Negara adalah diaKasihan...

Kenapa itu jadi temanBila lagi mahu diubahAnak bangsa yang merdekaNikmatilah hidup selesaNikmatilah hidup menjunjung kejayaan

Tutupkan terowong ituBukakan laluan cahayaBebas dari kesempitan akalJadilah insan bukan nisanMengisi hidup dengan peganganTadah ke langit tapak tangan

Anugerah tuhan perlu dihargaiNyawa dan jasad bukan untuk ituPengubat jiwa untuk kekalYang bernama insan

Page 89: PANTUN.pdf

Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 89

The Time of My Life(Pn. Nurihan Binti Mahmud)

As time passes by…I Keep on searchingFor the finding that never endFor the meaning that hard to understandFor the conclusion that puzzle in mind

Somewhere…along the way… I tent to forgetThe moment that matter mostThe forgiveness that in needIs it a giving or an owing…?

I search the world…for the answer…the certaintyTo find it again…to get it backTo hold it once more…to appreciate it betterBut only then…I discover…I have not lost it at all!Thank you…

Tsunami 2004(Pn. Joanna Zahra Augustine Liom)

Daripada kedalaman Lautan HindiIbu segala alam bangkitMenempiaskan kemarahannyaBila mereka tidak sedarBila mereka masih tidur dibuai mimpi

Deruman air yang dulunya menenangkanKini jadi menakutkanOmbak besar menerpaMenghancurkan tanahMerobohkan rumahRatusan, ribuan nyawa menjadi rohHilang ke dalam kuburan lautan

Bagaimana ini bisa terjadi?Bencana Alam?Ataupun sudah takdir?Jangan lagi kita pandang entengMahupun lewaTerhadap kekuasaan alam ciptaan Esa

Page 90: PANTUN.pdf

90 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen

Aku Anak Kamu (En. Jevartnam Baby)

Ibu…Dengan jiwa kamuDunia masih berputarDengan tangisan kamuLautan masih bergeloraDengan senyuman kamuMentari masih memberi nyawa

Tanganmu bagai sakti yang pastiHilangkan lapar dan dahagaMenjernih apa yang keruhMengait walau bersimpul

Keringatmu tidak boleh diukurPeritmu hanya ditelan kamuTidak mengharap, tidak memintaDoa disulam dengan nyawa,agar kelahirannya hidup berjaya

Ibu…Dosa kamu tiada di jiwa iniHanya diisi perasaan sayangHasil belaian kamu yang pertama

Dari kerdil hingga aku dewasaEngkau gigih tanpa usiaMembanting keringat yang masih adaHingga maut mencabut nyawa

Oh ibu…

Tanpa kamu siapalah akuTanpa kamu tiadalah aku

Jika hilang kamuAku masih yang samaHanya tiada tempat untuk bermanja

Namun…

Ketawa kamu akan kuingatiDodoi kamu akan kuwarisiPesanan kamu akan kubawa hingga mati

Nescaya, kerana aku anak kamu

Page 91: PANTUN.pdf

Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 91

Buku(Pn. Hamasni Binti Che Din)

Buku kau adalah khazanah berhargaKandunganmu dipenuhi pelbagai aksaraYang mencatat ayat demi ayatDirimu tempat himpunan ilmu-ilmuUntuk diterokai dan dihayati sekalian peminatmu

Buku kau umpama sebuah tamanMenghayati nikmat penuh keindahanKau adalah lautan aneka pengetahuanYang diselami penuh kekhusyukkanTanpa menyedari masa berlaluDemi ilmumu bak kilauan keemasan

Buku kau adalah sumber pelita kehidupanBersamamu meneroka dunia luas tanpa sempadanBagi mengutip pedoman dan kemenanganMematangkan minda dan ketinggian peribadiBuat cabaran di hari-hari mendatang

Teman Sejati(En. Mohd Hazwan Bin Md. Hamzah)

Wahai teman sejatikuHatimu sungguh bersih dan suciBerdampingan denganmuKurasakan tiada ruginya

Wahai teman sejatikuJiwamu sungguh bersih dan suciBermesra denganmuPastinya kurasa tidak tersisih

Wahai teman sejatikuNiatmu sungguh ikhlasBantuan yang dipohonEngkau tidak harapkan dibalas

Wahai teman sejatikuBukan mudah untukku cariJika dirimu pergiSukar untukku mencari ganti

Wahai teman sejatikuPadamu terungkaplahSeribu ertiPadamu tercatatnyaSuatu nilai yang sungguh abadi…

Page 92: PANTUN.pdf

92 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen

Apa Dicari (Pn. Nurhafizah Binti Sulaiman)

Berselindung di balik kata-katamempastikan realiti Menjelma...Namun…Suatu suara bertanya...

APA YANG KAU CARI?Berjalan mundar-mandirmeneliti arah tanpa panduantidak sia-siaia datang kerana khayalanmenerpa di dada...

KAU KEJARI APA?HARTA?Buat bina rumah sini-sanaRINGGIT? DOLAR?Buat kau kumpulkan kekayaanPANGKAT?Buat kau monopoli segala hak-haknya

KAU KEJARI APA?Akhirat menanti penuh nyatamengapa duniawi kau cari juasedang amal ibadat entah kemanadan tiba-tiba...lamunan terhenti seketikamenoleh dan mencari arah sebenararah persoalan yang di tanyaharta bukan berjutaringgit…dolar…tidak dibawa mati bersamapangkat...hanya pada namatapi akhirat...sebenar-benarnya

APA DI CARI?Carilah kehidupan hakikidi mana kau dan aku bersemadidalam liang lahad yang abadimoga sedar dari mimpitiada waktu lagimengejar dunia penuh...misteritanpa henti...

Apa dicari?Carilah TUHAN yang hakikiDan ESANYA penuh bererti...

Page 93: PANTUN.pdf

Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 93

Ibu(Pn. Zanalia Binti Azizan)

Ibu Jasamu tiada batasanMendidik penuh kesabaranMembentukku penuh keikhlasan

IbuNasihatmu sangat bergunaTunjuk ajarmu sangat kukagumiBimbinganmu sangat kuhargai

IbuKau umpama bintangMenerangi segala kegelapanMenyerikan suasana muramMenghiburkan diriku siang dan malam

Ibu Kau tiada tolak bandinganBesar jasamu tidak terungkapHanya Tuhan dapat memanjangkan usiamu

IbuAku berdoa akan kesejahteraanmuAku bersimpuh memohon diampuniKesalahan dan kesilapan

Entah Mengapa(En. Abd. Hamid Bin Bahari)

Entah mengapaTika ufuk senja merahMelabuhkan tirai hadir malamBakal kemudi suatu pelayaranHelai angin memakin sepiHatiku dirawat sunyi sedu tanpa haluan

Tahukah engkauErti satu kehidupanMengalir dalam liku-liku pengalamanJerih penat dan jemu tanpa alpaGembira cuma singgah seketikaBagai santap deru angin rasaTiada sudah tiada apaHingga nafasmu terhenti

Entah mengapaSaat-saat beginiRindu itu menggamitDan aku masih mengharapIman sebati bersamakuPasrah menanti cita kebenaran

Page 94: PANTUN.pdf

94 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen

Fenomena(En. Azman Bin Abdul Rahim)

Fikiranku mula nyilu pada tahap tiga puluh peratusdan sel-sel otak dengan dukacitanyatelah kembali tenggelam dipukau cinta asyik badanidan debaran dada terasa semacam ada yang tidak kena Namun gamitnya Klasik FM...atau tayangan Astoria yang mendakwa dirinyasaluran membina minda...ATAU KEJAYAAN? Melaung sekuat-kuatnya GOLLL!HIDUP BOLA KIBARKAN PANJI-PANJI Atau gromona Nangkuat yang nampaknya meminati...kewibawaan genggaman tongkatku dan kejantanan kopikumungkin ikhlas kelembutan jari-jari menggigil mengurutbatik tersohor bak kafan mumiawalau apapun rasa tak puas-puas dan tak serik-seriktermengah-mengah mengejar janji ilusi... Namun agaknya tak perlulah rasa sedihatau lari kebuaian masjid berkah yang tak pernahmenjerkah atau mencerca...pengunjung dan penumpangnya... Tapi...kan sudah hari minggu rilek ajelahterhenggut-henggut geleknya gratuiti hangus tergadai biarlahdimakan kesyiokkan ini...

Wahai Tuhan kesihanilah kami selamatkanlah kami dari kenyiluan inikalau Engkau tak menyelamatkan kami (seperti waktu lepas) habislah kami...

Page 95: PANTUN.pdf

Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 95

Dia Yang Ku Sayang(Pn. Sabariah Binti Abdul Kadir)

Mengetuk-ngetuk mukamu dengan jejari maniskuMemberikan aku suatu keseronokan

Menyelak-nyelak helaianmu dengan kerakusankuMempercepatkan pencarian maklumat

Mengepit dirimu ke sana dan ke siniMengurangkan bebanan rujukanku

Adanya engkau di sampingkuMembuatkan hidupku lebih ceria

Terima kasih Ya AllahAtas anugerahMu kepada penciptanyaDan memberi aku kemampuan memilikinyaItulah pembantu peribadiku, iPad

Aku(En. Abdul Halim Bin Idrus)

Aku adalah akuBerfikiran terbuka dan tidak kakuDatangku bagai ditatangUntuk menjadi tulang belakangLahirku membawa seribu rahmat

Hargailah aku seperti akuAkhiri hidupku dengan tinta terbilangLuhurkan hatiku agar dapat berbaktiIringi aku dengan tasbih dan tahmidmuMoga aku diberkati selalu

Page 96: PANTUN.pdf

96 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen

Kenapa (En. Mohd Shahrul Arif Bin Kamarudin)

Dunia tanpa sempadanYang besar menjadi lebih beraniYang kecil menjadi mangsanyaTapi sering kali kita alpaKerana keindahan dunia menyeliputi diri Kenapa Adakah kerana kesibukan kerja?Adakah kerana kenikmatan dunia?Adakah kerana tanggung jawab yang dipikul?Atau kerana kelemahan dan kesilapan kitaYang kita sendiri tidak sedarJangan Jangan JanganlahItu dijadikan alasan untuk kita berselindungKelak menyeksa diri

Kenapa ini semua harus terjadiBukankah kita diberikan akal dan fikiran Untuk merencana kehidupan ke arah kebaikan nan indahDek kerana kerakusan manusia yang tamak haloba Untuk kemewahan dunia yang hanya seketika Kesannya bencana dan musibah yang melanda kiniBuat kita baru tersedar dari lenaYang sentiasa dibuai mimpi indahTanpa memikirkan Kenapa ia boleh berlaku…

Sebuah Perjalanan(Pn. Zunita Binti Elias)

PerjalananBermula dengan satu langkahDituruti oleh langkah demi langkahHingga tiba destinasi di tujuKe utara, selatan, timur atau barat

PerjalananHanya berpandukan arah masing-masingTerpulang untuk memilih jalan manaKerana kita belum pasti apa yang ada dihadapanJangan disangka jalan yang lurus itu mudahJangan dikata jalan penuh onak dan duri itu payahKerana persimpangan pasti ada untuk dipilih

Walau apa jua jalan yang dilaluiWalau apa jua jalan yang dipilihLaluilah dengan tenangTempuhilah dengan tabahAnggaplah itu pahit manis kehidupanKerana apa yang pastiAkan berakhir jua sebuah perjalanan

Page 97: PANTUN.pdf

Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 97

Cinta Abadi(Pn. Rohana Binti Mahmood)

Nadiku sering berdenyutMembisikkan padakuApakah yang kau cariSering mengejar impianAlpa dalam mencari penentuanDuniawi atau yang hakikiKebenaran itu adalah pastiNamunDi mana pun kuselamiLangkah demi langkah kuharungiTapi seringkali aku kecundangDengan kerlipan dan bisikan Membuai akuDalam impian duniawiTanpa sedariTika iniAku masih mencari!Satu noktah persinggahanUntuk aku membelaiCinta abadi

Dulu dan Kini(Pn. Tuty Binti Taib)

Dulu...Bumi ini penuh damaiBeburung riang berceritaHidupan liar aman di belantaraFlora dan fauna subur melataSungai mengalir suci bersihInsan hidup bahagia dan sejahtera

Kini...Kicauan beburung sering didambaHidupan liar hampir tiadaPohon cemara tidak bermayaAliran sungai kian lesuPencemaran alam berleluasaMahligai dibina menyembah bumiKehidupan dirasa makin sengsaraInilah yang dikatakan bencanaAtas kerakusan manusiaPepohon di hutan habis dijajaMemusnahkan ciptaan Allah sesukanyaTiada kesalan di sanubariYang penting keuntungan peribadiDesiran angin cuba membisikkanAnugerah Tuhan usah dipersiakan

Page 98: PANTUN.pdf

98 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen

La Taias (Jangan Berputus Asa)(Cik Siti Aisyah Binti Nordin)

La Taias…Sekiranya sepanjang perjalanan hidupmuPenuh onak dan duriKerana telah dijanjikanDalam setiap kesusahanAda kesenangan yang menanti

La Taias…Sekiranya segala usaha kebaikanTidak dihargai dan ditentangBelum dihujani anugerah dan pujianKerana telah dijanjikanSetiap kebaikan walau sebesar zarahDihitung dan dihisab olehNya

La Taias…Sekiranya dibahumuDigalas dengan tanggunjawab beratKeseorangan tanpa bantuanTerkapai-kapai mencari sokonganTiada teman mendengar keluhanKerana telah dijanjikanTidak akan diujiDengan bebanan amanah nan beratYang tak mampu dipikulOleh hambaNya yang kerdil

La Taias…Pada rahmat Tuhanmu Yang EsaKerna lembayung kasihNya terbentang luasDi segenap pelusuk alam sarwajagat ini

Macam Bagus (En. Mohd Naimi Bin Mohd Sukri)

Sering kali alpaSering kali dustaSering kali sombongSering kali membisuSering kali marahSering kali tidak bertegur sapaSering kali merasakan bagusDirasakan hebat Tapi ingat di dunia…

Akalnya diletak di kakiNafsunya diletak di hatiLebih hebat rasanya bila dipujiMendengar tanpa bicaraMembantu jauh sekali

Menilainya dengan perasaanBerselisih tak menegur sapaSalam diberi membisu juaSenyum mahal tak terukir di wajah

Salam diberi kali keduaMasih mengelamun tiada tandaHendak menyambut kataDirasakan berat menusuk sukma

Begitulah aku…Hanya mampu bersuaraDi dalam hati tanpa rasaMenggenggam tangan menumbuk anginDirasakan betul katakuBerat mengatakan Macam Bagus

Page 99: PANTUN.pdf

Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 99

Malaysia(Pn. Sofiah Binti Daud)

Indah nian terpancar di pelosok bumimuTiada kata terungkap di setiap detik nadimuAku rasa bertuah dilahirkan di siniAku tidak terasing di bumi bertuah iniWalau telah merata dunia kusinggahiNamun Tidak sama dan tidak akan pernah samaAku begitu bahagia di siniApa yang kukecapi hari iniTiada bertepi Aku bersyukur kepadaMuNikmat yang dilimpahi Tidak ternilai harganyaTidak terbeli dengan wang berjutaKerana…Di sini aku bebas mengatur kebahagiaanTanpa perlu merintih dan bertatih Dengan kepedihan…

Kini aku begitu bangga denganmuNamamu turut terukir di persada duniaSebaris negara perkasaYang bermaharajalela di mataWalau bumimu sekelumit cumaNamun namamu harum di pelosok duniaGagah mengibarkan namamu di mana-manaTersergam bergaya Memuntahkan bait-bait dalam tintaMengecam yang bermaharajalelaMenyahkan yang tidak berdayaMenyinsing lengan bersamaBerganding bahu melaungkan kebebasan bersama

Bersatu untuk kesejahteraan sejagatWajarlah aku tertawanDengan namamu Malaysia

Page 100: PANTUN.pdf

100 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen

Tragis Diri Ana(Pn. Faizaton Binti Mohd Zahari)

Ana, ketika kau dilempahi bahagia Mengharungi bahtera kehidupan yang penuh kemanisanMenikmati kehidupan berkeluargaMahligai yang baru dibina

Ana, kau diduga...Permata hati pergi menghadap Ilahi untuk selama-lamanyaInsan kerdil yang baru menerjah dunia itumenunggumu di syurgaPenuh kepiluan mengenangkan nasib dirimu

Ana, kau diduga lagi...Dalam merelakan ingatan si kecil itu pergi Khabar itu impak besar bagimuSuamimu menghadap Ilahi buat selama-lamanyaPenuh kesyahduan mengenangkan nasib dirimu

Ana, kau diduga lagi...Kandunganmu membesar tanpa ayah di sisiBerjuraian mutiara-mutiara kecil membasihi pipimuMengenangkan nasib yang tak menentuSayu dan pilu menerjah di kalbu

Namun kau tabah Ana...Semoga kau dirahmati oleh-NyaAku doakan yang terbaik untukmu buat selama-lamanyaAmin...

Tiada Pengganti(Cik Norhidayah Binti Rejeni)

Kau tidak tahu betapa aku lelah melihat kamuMelihat kamu dari jauh sahaja aku lelahBagaimana dengan diri kamu?Kamu tidak pernah jelak dengan diri kamu

Aku selalu bertanya bagaimana kamu mengumpul kudratmuBagaimana kamu mencari sinarmuBagaimana hati kamu yang kecil itu menjadi sebesar sawah padi yang menghijau?

Kamu tiada gantinyaAku tidak mahu kamu ada gantinyaBagaimana jika kamu hilang dari mata akuAdakah ada yang lain bisa sama dengan kamu?

Tetapi aku mahu kamu berhenti dari apa yang kamu lakukanAku mahu kamu melihat duniaRasakan indahnya duniaRasakan indahnya sebenarnya kehidupan

Aku rasakan Tuhan cukup adil bagi kamuKamu telah curahkan segala-galanya yang kamu adaKini aku sedar yang lambat launAku perlu lepaskan kamu pergi Dan aku redha, pasrah melihat kamu pergi…

Page 101: PANTUN.pdf

Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 101

Tapi…Aku...(En. Mohd Hafizul Bin Maliki)

Tanggal 20 Disember 1983 Aku dilahirkan di dunia ini...Bukan di kota metropolitan Tapi... di desa tercinta menemaniku...

Aku dibesarkan oleh kedua orang tuakuBukan dari golongan berada Tapi... golongan yang miskin sahaja...

Aku dihantar ke sekolah Bukan sekolah di bandar Tapi... cuma sekolah di kampung sahaja...

TAPI AKU BAHAGIA

Aku diberi hadiah motor oleh ayahkuTapi... hanya motor Honda EX5 bukan Yamaha RXZ idamanku...

Aku dapat melanjutkan pelajaran sampai ke menara gadingTapi... hanya bidang kemasyarakatan bukannya sains atau perguruan seperti rakan-rakanku yang lain...

Aku berjaya memperolehi segulung ijazahTapi... hanya sekadar layak bukan anugerah dekan yang diperolehi...

Aku mula mencari pendapatan Bukan kerja tetapTapi... hanya jurulatih PLKN sebagai permulaan hidup selepas belajar...

Aku dapat pekerjaan tetapBukan pegawai kerajaanTapi... cuma pembantu tadbir sahaja...

TAPI AKU BERSYUKUR

Orang dilahirkan di dunia ini dengan sempurnaAku sempurna

Orang dibesarkan oleh mak dan ayah Aku juga dibesarkan oleh mak dan ayah

Orang dapat belajar hingga ke menara gadingAku pun dapat belajar ke menara gading

Orang dapat kahwinAku pun dapat kahwin

AKU BAHAGIA AKU BERSYUKUR

Page 102: PANTUN.pdf

102 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen

Page 103: PANTUN.pdf

CERPEN

Page 104: PANTUN.pdf

104 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen

TAKDIR DAN WAKTU

Mia sedang leka menggosok uniform merah jambunya. Bergelar sebagai penolong ketua pengawas membuatkan Mia sentiasa menjaga pakaiannya supaya sentiasa kelihatan kemas. Usai menggosok, Mia menggantung pakaiannya sambil tersenyum puas. Esok merupakan hari terakhir bagi Mia

menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Mia merupakan pelajar pintar di sekolahnya. Rata-rata guru di sekolah mengenali dan menyenangi Mia berikutan sikap ringan tulang, menghormati guru-guru dan berdedikasinya.

SikapMiayangriangmembuatkanrakan-rakandisekolahturutmenyenanginya.Terimbaudifikirannyakenangan pahit dan manis sepanjang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Perempuan Melaka. “Tahniah Mia, awak terpilih mewakili Melaka dalam acara lompat tinggi di Kejohanan Sukan MSSM nanti!”, ucap Cikgu Khalid. Mia tersenyum gembira. Hasilnya, Mia telah berjaya meraih gelaran juara dalam acara tersebut. Rakan-rakan bersorak riang.“Mia...!! Cepat nak...nanti lambat ke sekolah.” jerit Puan Roslina dari tangga rumahnya. “Mimpi rupanya” gumam Mia. Mia lantas bergegas mengambil tuala dan bersiap untuk ke sekolah. “Ini duit belanja Mia ye!” ucap Puan Roslina seraya menghulur not hijau kepada Mia. “Terima kasih bu” balas Mia menyambut huluran wang tersebut lantas menyalami tangan dan mencium pipi ibunya. “Mia gerak dulu ye bu” ucap Mia sambil memulas pedal motornya. “Ya Allah, kau selamatkanlah perjalanan anakku ke sekolah. Lindungilah dia dari segala kecelakaan. Amin,” doa Puan Roslina di dalam hati. Begitulah rutin Puan Roslina, sentiasa mendoakan kesejahteraan seluruh ahli keluarganya.

Mia merupakan anak sulung pasangan Tuan Hj Norainal dan Puan Roslina. Mereka mempunyai dua orang anak perempuan, Damia Nuha yang dipanggil Mia dan Lara Arisya yang dipanggil Lisya. Seorang lagi anak mereka ialah Ian Iskandar yang merupakan anak lelaki tunggal pasangan tersebut. Bapa Mia mengusahakan kedai runcit di kampung mereka manakala ibu Mia merupakan seorang suri rumah tangga sepenuh masa. Masanya lebih banyak dihabiskan untuk menjaga dan mengasuh anak-anaknya supaya menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat.

Dua minggu selepas tamat peperiksaan SPM, Mia telah dipanggil untuk menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di kem PDS Resort Negeri Sembilan. Mia begitu teruja untuk menjalani latihan tersebut. Masa yang ditunggu telah tiba. Mia akhirnya berangkat ke kem PDS dengan menaiki bas. Ayah dan ibu Mia menghantarnya ke kawasan pengumpulan pelajar di Melaka Central.

Seminggu kemudian...“Syarfa, kau dah siap belum? Jom lah, takut lambat pulak nanti” ucap Mia pada Syarfa, rakan sebiliknya. Mereka berlari anak ke arah padang kawad lalu berbaris di barisan ‘Company Bravo’. Sebentar lagi, sesi senaman pagi akan bermula diketuai oleh Cikgu Ishak. “Mia, asal aku tengok budak Delta tu asyik pandang-pandang kat kau je?” bisik Syarfa perlahan. Mia lantas menoleh “ ah, biarlah mereka tu. Dia syok kat kau kot” balas Mia perlahan. Sepanjang berada di kem latihan, Mia dikenali sebagai seorang yang periang dan menghiburkan. Ramai jurulatih sering menjadikan Mia sebagai contoh yang patut diteladani. Mia juga sering membantu rakan-rakan yang mengalami kesukaran dalam melaksanakan tugasan yang diberikan oleh para jurulatih. Hal ini menyebabkan ramai yang senang dengan sikap Mia yang ringan tulang membantu mereka. Sering kali Mia mengungkapkan kata-kata riang untuk memujuk mereka yang gagal melaksanakan arahan dengan baik.

Kini hampir 45 hari Mia menjalani latihan PLKN. Bermula dari modul pembinaan karakter, kini beralihpadamodulfizikal.Modulinibertujuanmelatihremajamembinakemahirandanketahananmental,emosi,semangatdankekuatanfizikal.Tujuanlatihaninidiwujudkanadalahuntukmengeratkanperpaduandalam kalangan peserta dan mempertingkat ketabahan mental untuk tujuan hidup selain, mencungkil bakat

Page 105: PANTUN.pdf

Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 105

kepimpinan yang ada dalam diri pelatih. Mia begitu seronok menjalani latihan ini kerana dia memang seorang yang suka akan cabaran dan aktiviti lasak yang menguji kebolehannya. “Baris!! Baris sedia!’” Ketua Jurulatih atau lebih dikenali sebagai KJ memberi arahan. Para pelatih bersiap untuk menerima arahan seterusnya. “Hari ini kita akan belajar cara untuk hidup di dalam hutan. Saya akan terangkan cara untuk membuat unggun api, mengenali jenis daun yang boleh dimakan dan sebagainya. Ada apa-apa soalan?” ucap KJ. “Tiada KJ!” serentak mereka menjawab. Usai sedikit taklimat, mereka bergerak masuk ke dalam hutan.

“Company Alpha dan Charlie, bergerak ke pondok dan Bravo, Delta sila bergerak ke kawasan lapang” teriak KJ. Masing-masing berpusu ke arah yang ditetapkan. Taklimat selama setengah jam membuatkan mereka faham dengan keadaan yang bakal dilalui. Leka mendengar dan menyalin apa yang perlu, entah bagaimana pen yang dipegang Mia terjatuh. Syarfa dengan selamba menyiku kuat lengan Mia. “Aduh!” jerit Mia. Semua mata kini tertumpu pada Mia. “Kamu kenapa Mia?”soal Cikgu Siti yang kebetulan berada selang dua baris dari Mia. Sambil mengetap bibir, Mia menjawab “ada semut gigit saya cikgu. Besar semutnya”Seraya itu, bergema suara rakan-rakan mentertawakannya. “Sudah, pijak kuat-kuat semut tu Mia” balas cikgu Siti sambil mengenyitkan mata. Mia membalas dengan senyuman yang cukup manis. Jauh di belakang, ada mata yang melirik sambil tersenyum manis melihat telatah Mia.

Usai sudah taklimat pada hari itu. Sesudah menunaikan solat maghrib, mereka berbincang dalam kumpulan tentang aktiviti yang bakal dijalankan pada hari esok. Afiq sebagai ketua Company Bravomembahagi-bahagikan anak buahnya menjadi empat kumpulan kecil. Mia, Syarfa, Syifa dan Hani bernasib baik kerana tidak perlu berpisah kerana mereka diletakkan dalam satu kumpulan yang sama. Selain mereka berempat,terdapatempatlagiwirayangmenyertaikumpulantersebutdanmasing-masingialahAfiq,Ibanis,BotakdanAzim. “Amin ya robbal alamin” Mia meraup wajah seusai menghabiskan doanya. Dia lantas bergegas melipat dan memasukkan telekungnya ke dalam beg galas yang akan dibawa masuk ke hutan. “Bereh dah Mia? Kalo dah moh tubik sekare” ucap Hani dengan loghat Kelantannya. Mia mengangguk dan tersenyum. Semasa hendak bangun Mia hilang keseimbangan lalu jatuh terduduk. “Aduh!” Mia terjerit kecil. Perlahan Mia bangun sambil menggosok-gosok punggungnya. “Mia... Mia...” ucap Syarfa sambil menggeleng. “Kau ok tak Mia?” soal Syifa. Mia menganggukkan kepalanya sambil tersenyum. “Jom!”

Setelah berbaris dan mendengar taklimat ringkas, mereka bergerak secara berkumpulan. Setelah beberapa ketika berjalan mencari arah di dalam hutan, mereka dikejutkan dengan jeritan Ibanis. Masing-masingmelurukearahIbanis.Afiqdenganmukacemasbertanya“KaukenapaIbanis”Ibanisdenganmukaberkerutmenjawab“akunakukukla”.“Kausalahmakanketadi?”soalAzim.“Entahla”jawabIbanisBerpeluh-peluh mukanya menahan sakit perut. Mia lantas tersenyum dan menghulurkan sepaket tisu basah kepada Ibanis. Ibanis menyambut huluran Mia sambil tersenyum malu dan meluru ke arah belukar. Lebih kurang 10 minit kemudian, mereka meneruskan perjalanan semula. Hari semakin gelap. Masing-masing sudah keletihan. Langkah yang diayun semakin perlahan. Sewaktu menyusuri kawasan yang curam dan sempit, entah bagaimana Mia hilang keseimbangan dan “buk!” Mia terjatuh. Masing-masing meluru mendapatkan Mia.“Kautakapa-apaMia”soalAfiqcemas.Sebagaiseorangketua,diaharusbertanggungjawabkeataskeselamatan ahli yang lain. “Aku ok “ jawab Mia perlahan sambil menyambut huluran tangan Hani untuk bangun. “Eh, tangan kau berdarah”, tegur Syifa penuh prihatin. Selesai membersihkan dan membalut tangan Mia, mereka meneruskan perjalanan. Akhirnya mereka berjaya menamatkan sesi latihan di dalam hutan.

Akhirnya, tamatlah sesi Program Latihan Khidmat Negara selama tiga bulan. Malam itu merupakan malam terakhir Mia bersama kawan-kawannya. Mereka berborak di dewan makan sambil mendengar lagu-laguyangdinyanyikanolehpelajar lain. Tiba-tibaterdengarpengumumanyangdibuatolehFaiz,pelatihdari kumpulan Delta. “Lagu ini saya tujukan khas buat Damia Nuha dari kumpulan Bravo”. Bergema seluruh dewan dengan tepukan dan sorakan para pelatih. Mia tergamam.

Page 106: PANTUN.pdf

106 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen

Bagaimanakan kumulaDan apakah kata-kata

Yang indah untuk diabadikanTiap wajah berkisahTiap madah berertiManakah ilhamku

Cahaya di matamuSenyum di bibirmu

Mengukir seribu tanda pertanyaanMungkinkah kau jua dalam kerinduan

Di saat begini aku merindukah

Berhelai-helai suratTerbiar di depanku

Tak dapat aku utuskanKuramas semuaDan kubuangkan

Jauh dari pandangan

Lalu aku kesalKukumpul semula

Tak dapat kunyatakan apa yang kurasaJika engkau tahu di dalam hatiku

Mungkinkah kau sahut jeritan batinku

Dengarkanlah panggilankuDengarkanlah lagu untukmuAngin lalu kau sampaikanRasa rindu yang membara

Kepadanya

Warna-warna cintakuKian pudar bersama

Malam yang gelap gelitaEntahkan kau rasakan

Apa yang aku rasaAtau kau tak endah

Tapi kupercayaSemua telah tertulis

Dan niat suciku takkan disiakanDan di suatu masaDi hari yang indahKuhulur tangankuLalu kau terima

***************************

Page 107: PANTUN.pdf

Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 107

“Baris!! Baris Sedia” serentak itu, pelatih yang terpilih bersedia menerima arahan seterusnya dari AfiqyangmerupakanketuakawadpenutupbagiacarapenutupProgramLatihanKhidamatNegara sesi1padatahunitu. BeberapaarahanyangdiberikanolehAfiqdilakukandengankemasolehparapelatih. KJtersenyum bangga. Walau bagaimanapun, Syarfa resah melihat Mia terhuyung-hayang cuba berdiri tegak. Syarfa berbisik perlahan, “Mia kau ok tak?” Mia tersenyum menjawab “aku ok je. Mungkin letih kot!”. Setelah beberapa ketika, akhirnya tamat sudah perbarisan tersebut. Mereka kemudian bersalaman sesama mereka dan mengucapkan selamat tinggal. Sedang leka bersalaman bersama guru-guru, Mia dikejutkan dengan teguran Syahir, pelatih dari kumpulan Charlie. “Mia, ni untuk kau”. Mia menyambut huluran kertas dari Syahir dan Syahir pantas berlalu pergi.

“Ok Mia, senyum! Nisya, senyum sayang.” ucap Syifa. Mia tersenyum manis memeluk Nisya, anak kecil yang tidak mengerti apa-apa itu. Nisya, anak kecil yang comel itu merupakan pesakit kanser hati yang dikenali Mia semasa mengikuti modul komuniti, membantu di wad kanak-kanak Hospital Besar Seremban, Negeri Sembilan. Bagai terdengar-dengar suara Nisya memanggilnya. Terbayang wajah sayu anak kecil itu. Terlakar ketabahan di wajah comel itu. “Semoga kau tabah dik” bisik hati Mia. Deruan enjin bas mengejutkan Mia dari lamunannya. “Assalamualaikum ayah, ibu!” ucap Mia sambil menyalami tangan ayah dan ibunya. Pipi tua mereka dikucup mesra. “Anak ayah ni sihat?” tanya Hj Norainal. Mia tersenyum riang sambil menganggukkan kepalanya. Sepanjang perjalanan pulang, mulut Mia tidak henti-henti berceloteh itu dan ini. Ibu bapanya hanya tersenyum mendengar celoteh anak dara mereka. Ketibaan Mia di rumah disambut mesra oleh adik-adiknya. Haruman masakan pindang air tangan ibunya membangkitkan selera Mia. Laju kakinya melangkah ke arah meja makan. “Urmm sedapnya. Jom makan” panggil Mia. Riuh rendah meja makan dengan celoteh mereka berlima.

“Letak je bu pinggan tu. Biar Mia basuhkan.” ucap Mia pada ibunya. “Rajin anak ibu ni. Mia tak penat ke nak?”, “Tak lah. Lepas ni ibu rehat. Biar Mia yang kemas semuanya”. Balas Mia. Tangannya lincah mengemas meja makan. “Mia, lagi tiga minggu keputusan SPM akan diumumkan. Mia ok?” soal Puan Roslina sambil memerhati Mia dari belakang. “Mia ok je bu, tapi resultnya tak tau la ok tak” balas Mia diiringi gelak kecil sambil tangannya lincah membilas pinggan mangkuk. “Ibu yakin anak ibu ni mampu dapat keputusan yang baik. Tawakal aje lah”, luah Puan Roslina.

“Mia tahniah!!!” jeritYan, rakan sekelasMia. Izyan atau lebih dikenali sebagaiYanmerupakansahabatbaikMiadarizamansekolahrendah.Merekasentiasabersama.“Eh,akudapatberapaYan?”soalMia terkebil-kebil. “La, lembab la kau ni Mia. Tak kan kau tak tau lagi. Kau dapat 9A 1B la.” ucap Yan selamba. “Ye ke Yan? Alhamdulillah” ucap Mia seraya meraup tangan ke wajahnya yang bersih itu. “A’ah la Mia. Aku je dapat sikit.” balas Yan sambil menundukkan wajahnya. “Kau dapat berapa Yan?” tanya Mia. “Aku dapat 8A je” luah Yan sayu. Wajahnya makin sengaja disayukan. “Eh, ko tak payah nak buat muka poyo sangat ok. Ceh, simpatilah sangat aku tengok kau ni!” gurau Mia. Masing-masing menghamburkan tawa. Mereka akhirnya saling berpelukan.

Akhirnya, masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Mia memasukkan kesemua barang yang diperlukan ke dalam sebuah beg besar. “Siap pun” gumam Mia sambil menutup begnya. “tok, tok” bunyi ketukan pintu kedengaran. “ Masuk la, pintu tak kunci!” jerit Mia pada si pengetuk pintu. “Mia” terdengar suara lembut ibu memanggilnya. “Oh, ibu rupanya. Ada apa ibu?” balas Mia. “ Tak de apa. Saja nak tengok Mia kemas. Dah masuk semua barang?” “Dah bu” ucap Mia sambil tersenyum. “Lepas ni ibu dah tak de pembantu lagi la. Nak harapkan Lisya tu, bertuah sangat la.” balas ibu sayu. “Mia kat sana jaga diri elok-elok ye. Jangan nakal-nakal. Pandai-pandai bawa diri tau” sambung ibu lagi. Mia mengangguk faham.

Page 108: PANTUN.pdf

108 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen

Sesi pendaftaran berjalan lancar. Mia telah mendaftarkan diri sebagai pelajar Asasi Undang-Undang di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan. Selesai mendaftar, Mia naik ke biliknya. Mengemas katil dan memasukkan pakaian ke dalam ‘locker’ yang disediakan. “Gedegang!” pintuditolakrakus.HampirtercampakbaldiyangadaditanganMia.“Mia!!!”jeritIzyankuatlagaksepertidiseranghisteria.“AstaghfirullahalazimYan!Kautakbolehperlahansikitke?”soalMiadengannadamarahbercampurterkejut. “EhtapikaubuatapakatsiniYan?”Izyanyangtercungapbagaikucinglemassudahtersengih-sengih. Macam kerang busuk lagaknya. “hehe, aku dah tukar bilik la Mia. Tadi masa daftar bilik, aku ternampak nama kau, tu yang aku ‘excited’ sangat lari masuk sini.” balas Yan senafas.

“Yan,bangunYan!”kejutMiaperlahan.Izyanmengeliat.“Yanbangunlah.NakpergiQiamullailni”kejutMialagi.“KautaktidurkeMia?”soalIzyandenganmataseparuhterbuka.“Akutakbolehtidurla”balasMia.Subuhyangdinginitu,MiadanIzyanberjalankearahmasjidmenunaikanQiamullailbersamapelajar baru yang lain. Usai solat Subuh, mereka berjalan pulang ke bilik. Semasa dalam perjalanan, entah bagaimana,Miaterjatuh.NasibbaikIzyansempatmenarikMia.MahutersembammukaMiakalautidakadaIzyanketikaitu.“KaukenapaMia?”soalIzyanpanik.“Entahlah,mungkinakutakcukuptiduragaknya”ujarMia lesu. Izyan dan Mia masing-masing mengambil tempat di dewan. Mereka akan mengambil ‘EnglishPlacement Test’ dan “Arabic Placement Test’ bagi menguji kemampuan mereka. Ujian ini akan menentukan sama ada mereka akan mengikuti Program Asasi Undang-Undang ini selama setahun atau lebih. Meja di hadapanMiamasihkosong.“Haiawak”Miamengangkatmuka.“Eh,Faiz!Apaawakbuatdisini?”soalMialurus.“AmbilEPTdanAPTla”ujarFaizselambasambiltersenyummanis.TerpanarMiaseketika.“ehemehem”Izyanberdehem.Mialantasmenundukkanmuka.

Sebulanberlalu,persahabatanantaraMiadanFaizsemakinakrab.IzyanbanyakmembantuFaizdalammengenaliMia.Dalamhati,FaizamatberterimakasihkepadaIzyan.Hujungmingguitu,merekabersama-sama keluar menonton wayang di Jusco Seremban 2. Usai menonton, mereka bertiga menuju ke ‘food court’. Dalamkeramaianitu,Miasekalilagihilangimbangandanhampirtersungkur.MujurFaizsempatmemautlenganMia.“Fuh,nasibberalas”desisMia.“TerimakasihFaiz”ucapMiaserayamenarikIzyankehadapan.Setelah membeli makanan, mereka bersama-sama menikmati juadah. Mia memilih ‘SizzlingYee Mee’makanan kegemarannya. Entah di mana silapnya, Mia yang begitu mahir makan mi menggunakan ‘chopstick’ gagalmenyepitmakanannya.GelagatMiadisedariolehFaizdanIzyan.IzyanyangsememangnyamengenaliMia bertanya kehairanan “eh, asal kau ni Mia? Selalu pandai je pakai chopstick?” “Entahlah, takpe la, biar aku pergi ambil garpu” ujar Mia seraya melangkah ke arah kaunter di penjuru ‘food court’.

Bulansilihberganti.KeadaanMiasemakinmenghairankanFaizdanIzyan.“Yan,Miatumemangmacamtuke?Asyikjatuhdanterlepasbarang?”soalFaiz.“EntahlahFaiz.DahlamaakukenalsiMiatu,tapitakdepulak.Kenapatahdia.”balasIzyan.Ketikaitu,merekabersama-samasedanglepakdiRestoranHijazsambil menunggu Mia pulang dari perpustakaan yang terletak tidak jauh dari situ. “Masa kat PLKN dulu, Mia pernahjatuhjugatapisekarangmakinkerappulaakutengok”ujarFaiz.Terselitnadakebimbangan.“NantilaakutanyaMiasendiri”balasIzyan.Bunyiderapankakiyangsemakinhampir,membuatkanmasing-masingmenoleh. Mia yang tersenyum manis sedang mengatur langkah ke arah mereka.

******************

Page 109: PANTUN.pdf

Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 109

“AssalamualaikumPakNgah”ucapsuarasipemanggil. “WaalaikumussalamFaiz”PakNgahFizimenjawabsalamyangdihulur.“PakNgah,dahadajawapanpadasoalanyangFaiztanyasemalam?”soalFaiz.HatinyaberdebaringinmengetahuijawapandaripersoalanyangdiajukansemalampadaPakNgahnya.“urmm,bolehPakNgahtahutak,siapayangFaizmaksudkansemalamtu?”“PakNgahrasa,diaperlusegeramenjalanipemeriksaan. PakNgahrasa taksedaphatipulak.”“KenapaPakNgah?”soalFaiz tidaksabar.“DariCeritaFaiz,PakNgahrasadiamungkinmenghidappenyakit‘SpinocerebellarDegeneration’.Pesakitakan hilang daya imbangan di mana otak gagal menghantar isyarat pada anggota menyebabkan daya kawalan terhadap diri semakin berkurang” terang Pak Ngah panjang lebar. “ Teruk ke Pak Ngah? Ada ubat? Pak Ngah yakin?“soalFaizbertalu-talu.“Mybabyyou,you’rethereasonIcouldfly”.LagunyanyianMarcAnthonyyangdijadikannadakhasapabilaMiamenelefonnyamenyebabkanlamunanFaizterbangentahkemana.

Cuti pertengahan semester sudah bermula. Setiap pagi, Mia akan membantu ayahnya di kedai runcit. Kebetulan Kak Dira pembantu ayahnya mengambil cuti seminggu untuk menguruskan hal ibunya di Kuala Lumpur. “Pranggg”. Botol kicap Cap Kipas Udang yang Mia pegang terlepas. Puan Roslina yang kebetulan berada sama di kedai menemani Mia sementara bapanya ke bandar bergegas ke belakang. “Kenapa Mia?” soal Puan Roslina cemas. “Maaf bu, Mia terjatuhkan botol kicap.” ucap Mia sayu. Puan Roslina segera membantu Mia membersihkan kaca yang bertaburan. Terselit rasa hairan di hatinya. Dua hari lepas, sebotol sos cili telah pecah dalam pegangan Mia semasa mereka sibuk menyediakan juadah minum petang.

“Ibu!” jerit Mia. “gedebuk” Mia terjatuh. “Mia!!” jerit ayah dan ibu Mia serentak kedua mereka berlari ke arah Mia. “Mia ok tak nak?” soal ayahnya. “Jom ke hospital nak.” Ujar ibunya. Mia mengangguk lemah. Tuan Haji Norainal segera menghidupkan enjin Hiluxnya dan bergegas ke hospital. Sampai di hospital, Mia dan ibunya duduk di ruang menunggu manakala ayahnya melakukan proses pendaftaran. Setelah menunggu hampir 10 minit, nama Mia dipanggil. Mereka bertiga masuk ke bilik doktor.

“Minta maaf tuan dan puan. Hasil pemeriksaan dan soal selidik yang dilakukan, saya mendapati Damia Nuha menghidap penyakit Spinocerebellar Degeneration” ujar Doktor Syahran. Wajah bingung kedua ibu bapa Mia membuatkan Doktor Syahran menyambung kata-katanya tadi. “Penyakit ini akan menyebabkan pergerakan pesakit akan menjadi semakin perlahan dan terbatas akibat kerosakan beberapa sistem saraf.” kata-kata doktor menyebabkan Puan Roslina terkedu. Air mata bertakung di tubir mata tua itu. “Tapi doktor, tentunya penyakit anak saya mampu diubati kan? Kalau dalam negara tak de, saya sanggup bawa anak saya ke luar negara” ucap ayah Mia sambil meraup wajahnya. Doktor Syahran menghembus nafas perlahan. Dengan perlahan, Doktor Syahran menjawab “Saya minta maaf. Penyakit ini masih baru lagi dan jarang dihidapi. Kajian masih lagi dijalankan untuk mencari penawar atau ubat yang mampu membantu melambatkan proses kerosakan saraf. Terdapat sejenis ubat yang boleh membantu dalam melambatkan proses kerosakan saraf. Tapi dalam kes Damia, proses kerosakan sarafnya berlaku dengan pantas.” panjang lebar Doktor Syahran menerangkan.

“Ayah buat apa tu?” soal Mia sambil tersenyum manis. Tuan Haji Norainal yang sedang leka melayari internet pantas menutup skrin laptopnya. “Ayah saja nak tengok facebook” ujar Tuan Haji Norainal dengan nada gurau. Keesokan harinya, Mia berkeras mahu membantu ayahnya di kedai. Adiknya, Ian Iskandar tinggal di asrama Maktab Rendah Sains Mara di Kem Terendak, Melaka manakala Lara Alisya tinggal di Asrama Maktab Rendah Sains Mara, Jasin. Hal ini membuatkan Mia berasa bosan. Tambahan pula, setiap pagi, Puan Roslina akan mengikuti kelas agama di masjid berhampiran rumah mereka.

“ Dira, awak tolong tengokkan Mia tu. Jangan bagi dia buat kerja berat-berat ya” pesan Tuan Haji Norainal. “Baik Pak Cik” balas Kak Dira sopan. “ Mia, ayah nak ke bandar sekejap” ujar ayahnya. “Baik yah, hati-hati memandu. I love u!” usik Mia sambil mengenyitkan mata. Tuan Haji Norainal hanya mampu memejam kuat matanya. Menyembunyika pedih di hati. “ Ayah pun sayang Mia. Jangan tinggalkan ayah nak” bisik hati kecilnya. “urmm, baik aku online. Bosan jugak ni. Kak Dira pun sibuk” bisik hati kecil Mia.

Page 110: PANTUN.pdf

110 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen

Air mata yang ditahan sedari pagi akhirnya tersembur juga. Mia menangis sepuasnya di bawah pancuran air paip. Dibiarkan pakaian lencun di tubuhnya. Terimbau peristiwa pagi tadi. ‘Spinocerebellar Degeneration’ merupakan penyakit yang menyerang otak kecil dan tulang belakang serta menyebabkan gangguan pada saraf. Penderita akan kehilangan kawalan terhadap saraf-saraf secara berperingkat dan semakin lama, keadaan pesakit semakin parah. Pada peringkat awal, pesakit hanya akan hilang keseimbangan semasa berjalan menyebabkan pesakit sering terjatuh, tidak dapat mengagak jarak untuk mencapai barang yang hampir,pesakitakansukarmembuat tindakanreflekssepertimengelakdaridilanggar,kurangkemampuanbercakap. Walau bagaimanapun, pesakit tidak akan hilang daya kecerdasan mental dan masih memahami keadaan sekeliling. Antara gejala yang dialami pesakit ialah :

• Pergerakanterbatas(jatuhtanpasebabatauhilangkeseimbanganbadan) • Gagalmenggerakkanbadansecararefleks • Jikasemakinparah,pesakittidakmampuuntukberjalan,hanyamampumenggunakankerusi roda, dan akhirnya, pesakit hanya terlantar di atas katil dan hanya bergantung kepada bantuan orang sekeliling.

Pesakit juga harus berhati-hati ketika makan. Pesakit berisiko untuk tersedak secara tiba-tiba dan jika tidak mendapat bantuan dengan segera, salur pernafasan akan tersekat dan ini akan menyebabkan kematian. Belum ada sebarang ubat atau penawar yang ditemui setakat ini. Penyakit dikatakan berpunca dari kerosakan otak kecil dan saraf tulang belakang. Terapi merupakan jalan terbaik untuk melambatkan proses kerosakan saraf.

Teringat artikel yang terpampang di skrin laptop semasa Mia mengakses internet menggunakan laptop ayahnya. “Kak Mia!!” teriakan anak jiran membuatkan Mia pantas menutup paip dan menyalin pakaian. “Kenapa mata kak Mia merah?” soal Maisarah, anak jiran yang dijaga ibunya semenjak bayi. “Mata Kak Mia terkena syampu la Mai” jawab Mia, cuba menutup kesedihan hati. Anak kecil berumur enam tahun itu hanya mengangguk sebelum memeluk Mia erat. Mia membalas pelukan. “Mia, minggu depan kita ke hospital ye nak” ucap Puan Roslina tenang. Cuba menyembunyikan keresahan di hati. “Baik bu”, jawab Mia perlahan.

Selang seminggu, Mia akan memasuki semester kedua. Cuti pertengahan semester dirasakan begitu panjang dan memeritkan. Mia cuba melupakan segalanya dan ingin meneruskan hidup seperti biasa. Sedang Mia leka mengemas pakaian dan apa yang patut, Tuan Haji Norainal masuk ke bilik Mia. “Mia, apa kata Mia pertimbangkan cadangan ayah supaya menangguhkan semester ni” ujar ayahnya. “Takpe la ayah, Mia ok. Lagipun Mia boleh balik tiap-tiap minggu” ujar Mia sayu. Semasa sesi terapi lepas, Doktor Syahran telah menerangkan tentang penyakit Mia. Mia redha dengan dugaan ini.

“Kaubuat apa tuMia?” soal IzyanapabilamelihatMia lekamenulis sesuatu. “Ah, takdeapa laYan”balasMia.Sebenarnya,IzyandanFaizsediamaklumdengankeadaanMia.Sudahhampirduabulansemesterbarubermula.Selamaduabulanitujugalah,FaizdanIzyanbanyakmembantuMia.Kadangkala,Mia terpaksa dipapah oleh Izyan. Mujurlah kawannya itu sudimembantu danmemahami keadaanMia.NasibMialebihbaikkeranakebetulanpadasemesterkaliinimerekadalamkelasyangsama.Faizbanyakmembantu Mia dengan memberikan nota-nota pelajaran. Kesihatan Mia yang semakin merosot menyebabkan Mia agak lambat untuk menulis.

“KaupapahMia,biaraku tolongangkatkerusi rodani”ucapFaizserayamengangkatkerusi rodamilik Mia. Keadaan Mia semakin buruk. Dari kesukaran berjalan, Mia kini berkerusi roda. Walaupun gaya berjalannya tidak ubah seperti penguin dahulu, tapi Mia masih mampu berjalan. Kini, Mia hanya mampu berjalan dalam jarak yang hampir sahaja. Kelas General Principal of Law yang diadakan di tingkat atas membuatkanMiasedikitmengah.FaizdanIzyanmemerhatikanMiadenganpenuhkagum.Semangatyangditunjukkan oleh Mia membuatkan mereka semakin menghargai hidup ini.

Page 111: PANTUN.pdf

Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 111

Masa berlalu pantas. Kini, mereka sedang berjuang untuk menghadapi peperiksaan akhir. Masing-masing menumpukan perhatian terhadap pelajaran. Tiada lagi lepak-lepak di T-Box, kedai makan kesukaan mereka. Sedang menelaah untuk kertas terakhirnya, Mia teringat sesuatu. Lantas dihulurkan sekeping nota kecilkepadaIzyan.Izyanmembacaperlahan‘Atruefriendissomeonewhothinksyouareagoodeggeventhoughsheknowsthatyouareslightlycracked.-BernardMeltzer-’.Usaimembaca,IzyanlantasmelurudanmemelukMia.“KautetapsahabatakuduniadanakhiratMia”ucapIzyandalamtangisnya.

Tiga bulan cuti akhir semester kini hampir berlalu. Sepanjang itu, Mia dijaga oleh Iskandar dan Lisya. Mereka banyak memberi sokongan dan menemani Mia ke hospital. Mia tetap tabah dan bersemangat menjalani terapi di hospital. Doktor Shahran juga kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh Mia. Beliau turut berusaha mambantu mencari penawar bagi penyakit Mia. Baginya, semangat yang ditunjukkan oleh Mia harus dicontohi oleh setiap pesakit. Rata-rata pesakit seperti Mia mudah berputus asa dan ‘pergi’ tanpa berusaha.

“KauapakhabarMia?”soal Izyanketikamerekabertemusemasasesipendaftaranbukasemester.Semasacutitigabulanyanglepas,Izyanterpaksapulangkekampungmenjaganeneknyayangsakit.Tiba-tibakelihatanFaizsedangberlarianakkearahmereka.“HaiMia!”ucapFaizmenyapaMia.Izyanhanyamemerhati.TerlihatcahayakerinduandankerisauanterpancardarianakmataFaiz.“MengapalahkaunitakfahamMia”desishatiIzyan.Hatinyasayumelihatkisahmerekaberdua.SukaruntukdiagakisihatiMiaketikaini.DalamkeadaanMiayangsakit,Izyantidakberanimembukamulutbertanya.

Bulan berganti bulan. Kini masing-masing sibuk mengulang kaji pelajaran. Cuti pertengahan semester akan bermula. Sebelum bercuti, mereka akan menduduki peperiksaan pertengahan semester. Keupayaan Mia semakinberkurangan.MiakinibergantungsepenuhnyadenganbantuanFaizdanIzyan.Percakapannyamulaiperlahan. Setiappagi,FaizakanmembantuMiamembuat latihanmengeluarkansuara. Merekaakhirnyamendudukipeperiksaanbersama.Masing-masingmelepasnafaslega.FaizmembantumenolakkerusirodaMia sambil menyanyi perlahan lagu ‘I dont want to miss a thing’ nyanyian Aerosmith. Mia sebenarnya faham maksudFaiz. Dengankeadaannyakini,Mia tidakberanimemberi sebarangharapan. Dia tahu,masanyasemakin hampir. Sesak nafas yang dialaminya semakin kerap.

“Mia apa khabar?” soal doktor. Mia hanya mengangguk perlahan. Doktor lantas menghulurkan pen dan kertas meminta Mia menyalin sebaris ayat. Mia mengikut arahan doktor. Alangkah sebak hati kedua ibu bapa Mia apabila melihat kesukaran Mia memegang pen. Pen di tangan Mia terjatuh beberapa kali. Doktor melihat jelas kesukaran Mia untuk menulis. Lantas doktor meminta Mia dimasukkan ke wad untuk melakukan pemerhatian. Setiap hari, Mia akan diberi sebaris ayat untuk disalin dan dibaca di hadapan doktor. Saban hari, Mia semakin sukar untuk bertutur. Percakapannya semakin perlahan. Sebutir- sebutir sebutannya. Tuan Haji Norainal dan Puan Roslina semakin hiba. Air mata semakin laju menuruni pipi tua itu.

“HaiMia!”perlahanMiamenoleh.KelihatanFaizdanIzyanmenghayunlangkahmenghampirinya.Mia tersenyum. Mereka datang membawakan buku-buku untuk bacaan Mia di kala sunyi. Masing-masing sedia maklum bahawa otak Mia masih berfungsi dengan baik. Hanya anggota badannya yang semakin sukaruntukdigerakkan.KehadiranFaizdanIzyanmenceriakanMia.Manakantidak,masing-masingriuhmenceritakan hal yang terjadi di bilik kuliah. Sebenarnya cuti pertengahan semester sudah lama berakhir. Keadaan Mia yang semakin lemah membuatkan Mia tidak mampu meneruskan pengajian. Sebelum mereka pulang,MiasempatmenghulurkansepucuksuratkepadaFaiz.FaizmenyambuthuluranMiadengansenyumanyang cukup manis.

“Mia...”rintihFaizperlahan.Tadi,semasatibadirumahFaizmelurukebiliknya.Panggilanemaknyalangsung tidak diendahkan. Hatinya melonjak ingin tahu kandungan surat yang diserahkan Mia kepadanya. Kini, hanya linangan air mata yang tinggal. Isi kandungan surat tersebut kini terbentang di hadapannya.

Page 112: PANTUN.pdf

112 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen

I can see the pain living in your eyesAnd I know how hard you try

You deserve to have so much moreIcanfeelyourheartandIsympathize

AndI’llnevercriticizeAll you’ve ever meant to my life

I don’t want to let you downI don’t want to lead you on

I don’t want to hold you backFrom where you might belong

You would never ask me whyMy heart is so disguised

I just can’t live a lie anymoreI would rather hurt myselfThan to ever make you cry

There’s nothing left to say but good-bye

You deserve the chance at the kind of loveI’m not sure I’m worthy ofLosing you is painful to me

I don’t want to let you downI don’t want to lead you on

I don’t want to hold you backFrom where you might belongYou would never ask me why

My heart is so disguisedI just can’t live a lie anymore

I would rather hurt myselfThan to ever make you cry

There’s nothing left to say but good-bye

You would never ask me whyMy heart is so disguised

I just can’t live a lie anymoreI would rather hurt myselfThan to ever make you cryThere’s nothing left to try

Though it’s gonna hurt us bothThere’s no other way than to say good-bye

***************************

Page 113: PANTUN.pdf

Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 113

LiriklaguGoodbyenyanyianAirSupply.Terdapatsedikitnotakecildihujungsurattersebut.Faizmembacaperlahan“Lookingback,IhavethisregretthatwhenI’minloved,Ididnotsayso.”Faizmeraupmukanya. Kini dia faham isi hati Mia. Biarpun terlambat, tapi dia tidak menyesalinya.

1 Julai 2011, hari ini Mia genap berumur 21 tahun. Namun keadaan Mia kini semakin tenat. Dia hanya terlantar di katil hospital. Tangan dan kakinya kejang dan keras seperti pesakit strok. Namun, semangat Mia masih kuat. Iskandar, adik Mia telah menyediakan sekeping papan di mana terdapat 26 huruf di atasnya. Bagi memudahkan komunikasi antara Mia dan ahli keluarga, Mia hanya perlu menunjuk huruf-huruf di atas papan tersebut dan mereka yang berkomunikasi dengan Mia harus mengeja huruf-huruf yang ditunjuk oleh Mia.Kebetulanpadahariitu,FaizdanIzyandatangmelawatMia.Ahlikeluargalainturutberadadihospital.

Sedang rancak berborak dan mengusik Mia, tiba-tiba Mia tersedak. Hal ini mengejutkan semua. PantasFaizberlarimendapatkandoktor.DoktoryangkebetulaninginmembuatpemeriksaanrutinuntukMiaberkejar ke wad. Setelah beberapa ketika, Mia berjaya di pulihkan tetapi keadaannya semakin lemah. Mia membuatisyaratinginberkatasesuatu.PantasFaizmengambilpapanhurufyangterletakdimejasebelahdanmengunjukkannya kepada Mia. M I A P E N A T. M I A P E R G I D U L U. Serentak, Mia menarik nafas panjang. Masing-masing menjerit memanggil namanya. Akhirnya Mia menghembuskan nafas terakhirnya. Berakhir sudah penderitaan yang ditanggung olehnya. Suasana di wad bertukar hiba. Tangisan mereka mengiringi pemergian Mia. Hilang sudah cahaya yang menerangi hidup mereka. Teringat pepatah yang disebut Syahir semasa menyertai PLKN dahulu ‘To the world, you maybe just a person, but to one person, you maybe the world’. Begitulah pengaruh Mia dalam hidup mereka.

Kini sudah seminggu Mia meninggalkan mereka. Tiba-tiba kedengaran deruan enjin kereta di halamanrumah.Kebetulan,IzyandanFaizberadadirumahkeluargaMia.Merekahadiruntukmembantukeluarga Mia yang akan mengadakan kenduri doa selamat dan tahlil untuk arwah Mia. Lisya bergegas turun ke laman. Kelihatan Doktor Syahran keluar dari perut kereta. “Assalamualaikum” sapa Doktor Syahran. “Waalaikumussalam” serentak Lisya dan Tuan Haji Norainal menjawab. Rupanya Tuan Haji Norainal mengekori Lisya yang turun ke laman. “Saya datang ni nak sampaikan amanat arwah Mia. Mia ada tinggalkan tiga pucuk surat.” ujar Doktor Syahran sambil menghulurkan ketiga-tiga pucuk surat kepada ahli keluarga Mia,FaizdanIzyan.

Page 114: PANTUN.pdf

114 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen

Ayah, Ibu, Iskandar dan Lisya...

Assalamualaikum ayah, ibu Lisya dan Iskandar. Harap-harap semua sihat dan ceria.

Jangan ditangisi pemergian Mia. Ayah, terima kasih kerana membesarkan Mia. Memberi makan dan pakai yang cukup selama ini. Mia bahagia menjadi anak ayah dan ibu. Tak terbalas rasanya segala jasa ayah. Terima kasih kerana sentiasa sabar menjaga Mia. Ayah, maafkan semua dosa Mia. Tolong halalkan makan minumMiadansetiaptitiskeringatayahyangjatuhmencarirezekiuntukmembesarkanMia.Ayah,tolongdoakan kebahagiaan Mia di sini. Relakan lah pemergian Mia. Mia sayang ayah. Ibu, terima kasih kerana melahirkan Mia. Terima kasih juga kerana membesarkan Mia dengan penuh sabar. Halalkan tiap titis susu yang ibu berikan pada Mia. Terima kasih juga kerana sentiasa memasakkan makanan yang sedap-sedap untuk Mia. Tiada makanan di dunia ni sesedap masakan ibu. Mia gembira kerana menjadi anak ibu. Ibu sentiasa menyokong dan berada di sisi Mia saat Mia memerlukan. Terima kasih bu. Mia sayang ibu. Lisya dan Is, maafkan akak kerana banyak mencuri masa ibu dan ayah untuk menjaga akak. Maafkan akak kerana tak sempat menjadi kakak yang baik pada kamu berdua. Is, belajar bersungguh-sungguh dan jadilah anak yang taat. Sekarang Is merupakan anak sulung. Is jaga ibu dan ayah ya dik. Kak Mia sayang Is. Lisya, maafkan akak kerana sering memberi baju-baju akak yang lama pada Lisya. Lisya selalu pakai pakaian lama. Lepas ni, Lisya mintalah baju baru pada ibu ya dik. Lisya pun tolong abang Is jaga ayah dan ibu ya sayang. Kak Mia sayang Lisya. Ayah, ibu, Is dan Lisya, jangan lupakan Mia ya. Doakan kesejahteraan Mia di sini. Mia sayang semua.

Love,Damia Nuha

BuatIzyan,

Assalamualaikum sahabatku. Yan, terima kasih untuk segalanya. Segala budi dan jasa baik kau tak dapat aku balas. Teringat kali pertama kita bersua. Masa tu kita baru berumur lapan tahun. Sehingga kini, kau lah sahabat yang sentiasa ada bersama aku. Saat susah dan senang, kau sentiasa menyokong aku. Terima kasih kerana memberikan aku memori yang takkan pernah aku lupakan walau jasadku dimamah bumi. Kaulah sahabat aku dunia dan akhirat. Aku sayang kan kau. Kau jaga diri baik-baik ya Yan. Jangan lupakan aku. Tolong doakan kesejahteraan aku di sini. Love u so much sahabatku.

Salam sayang,Mia

Page 115: PANTUN.pdf

Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 115

UntukFaiz,

AssalamualaikumFaiz.Faiz,terimakasihkeranamemilihMiadalamhidupFaiz.MaafkanMiakeranatidakdapatmenyambuthulurancintaFaiz.BukanMiataksuditapiMiatahuMiatakkandapatmembahagiakanFaiz.BukalahhatiFaizuntukmenyambuthulurancintainsanlain.JauhdisuduthatiMia,MiasayangkanFaiztapiMiataklamadidunia.MiataknakmelukaiFaizkelak.MiaharapFaizfaham.MemoripersahabatankitaakanterpahatdihatiMiabuatselamanya.TolongdoakankesejahteraanMiadisini.MiasayangFaiz.

Sayang selamanya,Mia

Berjuraian air mata mereka membaca surat terakhir Mia. Suasana menjadi begitu hiba. Masing-masing terbayangkan wajah riang Mia. Bagai ternampak-nampak senyuman manis Mia. “Bersemadilah dengan aman Mia” bisik hati kecil masing-masing.

Nukilan : Cik Rosemawati Binti Hussein

Page 116: PANTUN.pdf

116 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen

Setiap yang Tuhan Jadikan Semuanya Baik Tiada yang Buruk

Aku mahu balik ke Klang. Sudah lama aku lepak di rumah Wak Rahim. Menikmati sarapan yang telah disediakan. Bersembang-sembang dengan Mak Sanah. Dia bercerita kebaikan penapis air yang dibelinya. Aku pun sudah lupa apa jenama penapis air. Aku sekadar memasang telinga dan

mendengar. Beria-beria dia bersembang. Pengalaman dia minum air yang ditapis dengan air paip. Badan terasa segar bila minum air yang ditapis. Kalau masak nasi dengan air yang ditapis, nasi lambat basi. Sayur yang dibasuh dan direndam dengan air tapisan, kelihatan lebih segar.

Memang aku percaya apa yang dikatakannya. Sebab itu aku suka minum aku mineral. Aku suka minumairyangditapis.Rasanyaberbezadenganairpaipyangbiasa.Airpaiprasataksedap.Mungkinsudahbersebati dengan klorin, karat-karat, kotoran yang ada dalam saluran paip yang disediakan di kawasan rumah-rumah yang ada.

Habis saja dia bercerita, dia berlalu pergi untuk membuat kerja-kerja rumahnya. Tinggal aku seorang diriyangmasihmelayansarapanpagi.Akuterfikirkansesuatuperkara.Akuterfikirkanairpaiptadi.Dulu,10, 20 tahun dahulu, penapis air ini kurang popular. Sekarang sudah hampir menjadi barang keperluan. Tuhan memberikan manusia ilmu. Munculah teknologi bekalan air yang dirawat. Dicampurkan dengan klorin dan bahan kimia yang lain supaya air bersih dapat disalurkan ke rumah-rumah kediaman. Secara tak langsung, Tuhan mewujudkan sistem saliran air yang sistematik.

Wujudlah paip besi. Kemudian wujud paip plastik. Dan segala yang berkaitan dengan sistem saliran air yang kita ada sekarang. Berlaku kitaran ekonomi dalam kehidupan manusia. Kemudian sistem saliran air yang ada kelemahan. Air yang dibekalkan didapati kurang bersih apabila sampai di rumah. Disebabkan kotoran di dalam paip. Namun dengan kelemahan tersebut, muncul sebuah teknologi baru. Teknologi penapis air(adayangsampaitujuhkalitapisan).Dengan‘keuzuran’sistemsaliranairyangada,Tuhanmewujudkansistem yang baru untuk mengatasi kelemahan yang ada. Malah kualiti air yang dihasilkan adalah lebih baik lagi. Dengan wujudnya teknologi baru ini, kitaran ekonomi manusia berkembang ke satu tahap yang lain.

Ajaibkan ?

Lemahnya sesuatu sistem, muncul sistem yang baru yang memperbaiki kelemahan sistem lama. Kitaran ekonomi manusia berkembang lagi.

Kemudian aku tertanya lagi, kenapa ada nafsu? Bukankah nafsu itu selalunya akan mengarah kepada keburukan? Malah boleh membawa kepada kufur lagi terhadap Tuhan. Nafsu terhadap harta, perempuan, ketamakandansegala-galanyayangadadidunia. Kalaudifikirkansecaralogikakal,nafsuadalahsebuahunsur yang berbahaya. Bolehlah bahayanya diumpamakan seperti unsur uranium 235. Silap urus, kita hancur. Daripada memiliki unsur ini, adalah lebih baik dihapuskan terus. Lebih selamat. Namun kenapa Tuhan menciptakannya. Malah diletakkan pula ke dalam diri manusia. Dan manusia pula, Tuhan sudah katakan dalam kitabnya akan banyak yang kufur kepada Tuhan. Kenapa ?

Kebanyakan daripada kita akan mengatakan, nafsu ini boleh dikatakan sebagai salah satu unsur penggerak kehidupan. Nafsu berkehendakan sesuatu akan membuatkan manusia berusaha mencapainya. Maka akan berlakulah proses kehidupan. Atau ekonomi manusia. Lebih kuranglah maksudnya. Aku pun bukan pandai sangat menggunakan perkataan ini.

Betulcumaakuterfikirdarisudutyanglain.Entahmacammanaakudiilhamkansebegini.Wujudnyanafsu supaya manusia lebih bergantung, lebih pasrah kepada Tuhan. Itulah kesimpulan ringkas aku.

Page 117: PANTUN.pdf

Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 117

Bagaimana?

Ilham ini aku perolehi selepas aku melalui satu proses. Boleh dikatakan sebuah proses bertempur dengan nafsu. Kita sedia maklum, kalau kita dikawal nafsu kita hancur. Kita berdepan nafsu kita sendiri hampir keseluruhannya tewas. Melawan nafsu, kita rasa letih dan kusut. Dan nafsu akan selalu mengajak kepada kejahatan. Bukan sekali. Tapi selalu. Mungkin 3 kali, 4 kali mungkin seratus kali. Kita tidak tahu. Dia datang menyerang, kadang-kadang kita masih dalam keadaan ‘tidak bersiap sedia’, keadaan kita leka. Apatah lagi kalau keadaan diri kita yang sudah kotor. Mahu bertaubat, mahu membersihkan diri, nafsu sudah datang menyerang.Akupasti,confirmkalahkalaukitabertempurdengandia.Sebabnafsuitudidalamdirikitasendiri. Dia sendiri sudah tahu kelemahan kita. Dan boleh dianggap diri kita juga nafsu itu sendiri.

Sebelumbersarapanaku‘diserang’sebuahfikiranjahat.Nafsusudahmulamenggerakkanlangkahnya.Aku cuba melawan. Dia bijak. Dia mengeluarkan taktik-taktik supaya akal aku tewas. Di saat aku terkelam-kabut menangkis taktik-taktiknya, aku teringat tulisan Abu Sangkan mengenai pasrah Nabi Yusuf. Kemudian akuberkomunikasikepadaTuhan(nota:mengikutsarananDr.Azhar),

“Tuhan, nafsu aku sudah datang. Dia mengajak aku kepada kerosakan. Dengan kekuasaanMu, bantulah aku. Bukankah Kau tidak suka hambaMu dikawal oleh nafsunya?”

Tak lama kemudian (bahkan boleh dikatakan sekejap saja), serangan nafsu aku tadi hilang. Tau-tau, aku rasa lega. Aku tak rasa penat mahu bertarung bermati-matian. Hilang bodoh-bodoh saja. Tuhan sudah tolong aku.

Ajaib bukan ?

Aku sedar aku sudah menang. Dia sudah tewas. Tapi proses ini akan berlangsung lagi. Kitaran pertarungan akan berulang. Sama ada aku yang tewas atau dia yang menang. Aku tertanya lagi. Kenapa mesti berlaku lagi? Kalau aku tewas, bukankah nanti aku sendiri yang teruk? Sudah mengingkari Tuhan? Aku teringat sebuah frasa - “Tuhan akan menguji manusia itu sama ada manusia itu benar-benar beriman kepadanya”. Kalau frasa ini dipandang secara kasar, Tuhan nampak seolah-olah mahu mempermain-mainkan kita. Asyik-asyik diuji. Dapat nikmat, diuji. Dapat musibah itu dianggap ujian.

Adakah memang Tuhan mahu mempermain-mainkan kita? Ok. Aku entah macam mana diilhamkan dengan situasi begini. Sebuah analogi;

Seorang murid berkata kepada cikgunya, yang dia mahu mendapat A1 untuk subjek Matematik Tambahan dalam peperiksaan SPM. Cikgunya suka dengan impian muridnya. Dia pula mengatur rancangannya sendiri supaya sasaran muridnya tercapai. Cikgunya memberikan berlonggok-longgok latih tubi subjek Matematik Tambahan. Adakala diberi latihan yang mudah, adakala diberi latihan yang susah gila, adakala diberi latihan tak berhenti-henti.

Anak muridnya merasakan dirinya didera cikgu. Ada ketika latihannya mampu diselesaikan. Latihan tubinya adakala gagal untuk dihabiskan. Keputusan ujian berkala adakalanya kecundang. Sebuah latihan yang berulang. Di saat keadaan dia kecundang, dia merasakan cikgu semakin menekannya dengan bertambahnya latihan demi latihan. Hingga satu ketika dia mula memaki cikgunya di belakang.

Tibalah keputusan peperiksaan SPM dikeluarkan, anak murid itu berjaya mendapat A1. Itu bagi yang mengharungi latihan demi latihan. Buat dan buat. Sabar satu hal juga. Bagi anak murid yang rebel, memberontak tidak mahu meneruskan latihan, melarikan diri daripada kenyataan, tidak mungkin mendapat keputusan yang dimimpikan. Mungkin dapat F.

Page 118: PANTUN.pdf

118 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen

Rupa-rupanya ujian yang Tuhan datangkan berkali-kali itu untuk melatih kita supaya kembali kepada Dia. Banyak antara kita yang tak faham-faham. Apa yang penting, di saat kita gembira, kita kembali ke Allah. Di saat kita bersedih, kita lebih-lebih lagi harus kembali ke Allah. Kembalikan semuanya kepada Dia sebab apa yang didatangkan kepada kita semuanya daripada Dia.

“Tuhan, terima kasih kerana berikan aku kefahaman. Maksud kembali ini, termasuk juga kembali kepada janji kita semasa di alam ruh dulu. Aku janji dan aku taat. Taat menerima arahan dan keputusan Tuhan (keputusan Tuhan mungkin juga kita tak suka dan yang kita suka) seperti taatnya matahari adalah terbit di timur dan terbenam di barat sehinggalah diberitahu supaya matahari berbuat sebaliknya.”

Nukilan : Encik Lokman Hakim Bin Mohd Jaid

Page 119: PANTUN.pdf

Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 119

Jubah Buat Ibu

“Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?”, marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun.

“Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?”, leter ibu lagi. Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. “Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua? Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang. “Cakap Along, cakap!” Jerkah ibu.

”Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang nah, rasakan!” Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah Along menjerit kesakitan.

“Sakit bu…sakit.. ..maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi….bu, jangan pukul bu…sakit bu…” Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi.

“Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?” balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu.

“Bu…ampunkan Along bu…bukan Along yang mulakan…bukan Along….bu, sakit bu..!!”, rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih.

Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun libasan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari.

Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu ditepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.

Malam itu, Along berjaga sepanjang malam. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya.

Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah. Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya.

Page 120: PANTUN.pdf

120 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen

Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini Along merebahkan badannya.

Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi kini kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah ibu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM.

Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga.

Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu.

Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka..” Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?” tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu. Sementara Along disebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya. ”Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?”

” Eh jangan, nanti dulu. Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!”, si ibu bersuara lembut. Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. ‘Anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya..’ bisik hati kecil Along.

“Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?”, soalnya lagi masih belum berganjak dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan. “Oooo patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?”. Along terkejut mendengar soalan Atih, namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya.

“Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!”, terang si ibu. “Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni dekat Along pun..”, soal Atih lagi. Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak. Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya.

“Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas.” , arah ibu.Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.

Page 121: PANTUN.pdf

Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 121

Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik. ‘Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni….’ Dia bermonolog sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz,sahabatnya.

“La…kauke,apakaubuatkatsini?”,tanyaAlongingintahusambilbersalamandenganFariz.“Akutolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?”, soalnya pula. “Aku tak de buat apa-apa, cuma naktengok-tengokbajuni.Akuingatnakkasimakaku!”,jelasAlongjujur.“Waa…baguslakauniAzam.Kalaukaunakbeliakubagiless50%.Macammana?”TerlopongmulutAlongmendengartawaranFarizitu.

“BetulkeniRiz?Nantimarahkakakkau!”,Alongmemintakepastian.“Untukkawanbaikaku,kakakakumestibagipunya!”,balasFarizmeyakinkannya.“Tapiakukenabeliminggudepanla.Akutakcukupduitsekarangni.”CeritaAlongagakkeseganan.Farizhanyamenepukmahunyasambiltersenyum.“Kauambikdulu,lepastukaubayarsikit-sikit”kataFariz.Alonghanyamenggelengkankepalatandatidaksetuju..Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi.

“Dekatkauadaberaparinggitsekarangni?”,soalFarizyangbenar-benaringinmembantusahabatnyaitu. Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu. “Tak sampaisepuluhringgitpunRiz,takpelah,akudatangbeliminggudepan.Kaujanganjualdulubajunitau!”,pesanAlongbersungguh-sungguh.Farizhanyamengangguksenyum.

Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja. Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya. “Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?”, soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan.

“Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah!”, leter ibu lagi. Along hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati. “Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu.” Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM.

Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja. “Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu”, sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh. Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya.

Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya. Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di bandar. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok.

Page 122: PANTUN.pdf

122 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen

Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu. Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari justeru dia terpaksa berbohong agar ibu tidak bimbang dengan tindakannya itu. Along menunggang motorsikalnya terus ke pusat bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal dengan upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah untuk ibu. Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah.

Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali terpandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain.

Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranyamenumpangkanAlongdirumahnyadenganpercuma.“Azam,kalauakutanyakaujanganmarahk!”, soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu.

“Macam serius jer bunyinya Abang Joe?” Along kehairanan. “Sebenarnya, kau lari dari rumah kan?” Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulut tersembur keluar, matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air. “Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?” tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih.

“Azam,kauadacita-cita tak…ataupun impianker…?”AbangJoemengubah topiksetelahmelihatreaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi. “Ada” jawab Along pendek. “Kau nak jadi apa besar nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku….atau.…” Along menggeleng-gelengkan kepala. “Semua tak…Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya.” Jawab Along disusuli ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu. “Ala , gurau ja la Abang Joe. Sebenarnya.. ..saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan…saya.. ..saya nak jadi anak yang soleh!”.

Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.

Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak seperti selalu, petang itu Alongkelihatanbanyakberfikir.MungkinterkesandengansoalanAbangJoesewaktumakantadi.“AbangJoe, hari ni, saya nak balik rumah …terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni”, ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga. Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak.

“Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe” kata Along lagi. “Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?”, soal Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi. Along hanya senyum memandangnya.

Page 123: PANTUN.pdf

Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 123

“Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju. “Balasnya dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh.

Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yangdiidamkannya itu. Setibanya di sana, tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut. “Hey Azam,manakaupergi?Haritumakkauadatanyaakupasalkau.Kaularidarirumahke?”,soalFarizsetelahmenyedari kedatangan sahabatnya itu Along hanya tersengeh menampakkan giginya.

“Zam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu?.” “Tak pe lah, perkara dah berlalu….lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni”, terang Along dengan tenang.“Kaujadimangsa.Tengok,kalaukautakbagitau,makkauingatkauyangsalah”,kataFarizlagi.“TakapalahRiz,akutaknakibuakusedih.Lagipunakutakkisah.”“Zam..kau ni…..” “Aku ok, lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah lama tu.” Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu.

“AkunakbelijubahniRiz.Kautolongbalutkanek,janganlupalekatkadnisekali,k!”,pintaAlongsambilmenyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu. “Noproblem…tapi,manakaudapatduit?Kaukerjake?”,soalFarizingintahu.“Aku kerja kat bengkel Abang Joe… Jadi pembantu dia”, terang Along. “Abang Joe mana ni?”“Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!”, jelas Along dengan panjanglebar.Farizmengangguk.“Azam,kaunakbagihadiahnikatmakkaubila?”“Hari ni la…” balas Along. “Ooo hari lahir ibu kau hari ni ek?” “Bukan, minggu depan…” “Habis?.Kenapakautaktungguminggudepanje?”,soalFarizlagi.“Aku rasa hari ni je yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi.” Jawabnya sambil mengukir senyum.

Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu. Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang cuba mengelak daripada melanggar seekor kucing hilang kawalan dan terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak.

Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakai mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya, Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu.

Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu. Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang-orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya.

Page 124: PANTUN.pdf

124 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen

Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih digenggamannya itu.

“Ha..hadiah. …untuk. ….ibu..……..” ucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya.

Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca. ‘Buat ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap along selama ini. Andai along melukakan hati ibu, along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu… dan terimalah hadiah ini…..UNTUKMU IBU!’ Kad itu dilipat dan dicium. Air mata yang bermanik mula berjurai membasahi pipi. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan. Sedangmelayaniperasaanmasing-masing,Fariztiba-tibamuncul.Diaterusmendekatiwanitatuaitulalumencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini.

“Makcik,ampunkansegalakesalahanAzam.Azamtakbersalahlangsungdalamkespergaduhantumakcik.Sebenarnya,waktuAzamdansayasibukmenyiapkanlukisan,Malikdatangdekatkami,diasengajacaripasaldenganAzamdenganmenumpahkanwarnaairdekatlukisanAzam.Lepastu,diaejek-ejekAzam.DiacakapAzamanakpembunuh. BapaAzamseorangpembunuhdan...dia jugakcakap, ibunyaseorangperempuangila..”ceritaFarizdengannadasebak.

Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahanmenumbukMalik.“Tapi,kenapaarwahtidakceritakanpadamakcikFariz?”soalnyadengansedusedan. “Sebab…..dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang…walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula….” TerangFarizlagi.

Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu. Si ibu terdiam mendengar penjelasanFariz.Terasaseluruhanggotabadannyamenjadilemah.Berbagaiperasaanmencengkamhatinya.Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap derhaka.

Nukilan : Encik Nurul Amin Bin Abd. Karim

Page 125: PANTUN.pdf

Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 125

Permata Yang Hilang

Manusia hanya merancang, Tuhan yang menentukan sama ada kegagalan, kejayaan maupun perpisahan. Aku merenung sejenak nostalgia lama bersama ayah. Kata-kata ayah terngiang-ngiang di cuping telingaku seolah-olah baru semalam aku berbicara dengannya. Segala

yang terjadi adalah mengikut ketentuan qada dan qadar Allah, berserahlah itukan takdir namanya. “Murni rindukan ayah,” bisik hati kecilku menahan sebak dan tertahan rasa bakal menitiskan air mata. Hampir 15 tahun ayah meninggalkan aku namun segala kata-kata dan amanatmu sentiasa segar diingatanku. Aku terbayang sewaktu aku dibangku sekolah betapa kau begitu mengambil berat dan sentiasa memberikan kata-kata rangsangan untuk aku mencapai kejayaan dan sekali gus boleh mengubah nasib kami sekeluarga. Impianku untuk menjagamu dan membina sebuah istana yang lebih selesa buat ayah berkecai sama sekali kerana kau telah dijemput Ilahi lebih awal lagi. “Ya Allah, aku tak mahu kehilangan ayah, kenapa kau ambil ayahku? .. Belum sempat aku mencurahkan segala baktiku dan membalas jasa ayah” bisik hatiku penuh kesyahduan.... namun siapalah aku, Kau berkuasa di atas segalanya, aku pasrah ketentuanmu Ya Allah”. Pemergian ayah memang benar-benar mengosongkan suasana di rumah ayah. Dalam kesunyian demikian membuatakumengimbaskembalikenanganbersamaayahsetiapkaliakupulangmenziarahiayah.Wajahnyabegitu ceria menyambut kepulangan aku dan cucu-cucunya. Walaupun kesihatan ayah ketika itu semakin terganggu namuntakpernahiamenampakkankesakitandankeuzurannyaitu.Wajahayahsentiasatenang,setenangjiwanya tak pernahpun beritahu aku dan anak-anak lain yang dia sakit.... tapi aku tahu daripada riak wajahnya. Kenanganku bersama ayah tak pernah padam. Masih tak luput dalam ingatanku setiap kali aku balik ke kampung banyak kata-kata mutiara yang aku peroleh dari ayah. Hingga ke hari ini masih segar dalam memoriku meskipun ayah telah lama meninggalkan aku. Terlalu besar pengorbanan ayah yang tak pernah meminta apa-apa balasanpun dari anak-anaknya. Segantang emas belum tentu dapat menebus semula pengorbanan yang telah dilakukan, teramat besar pengorbanannya. Tiada apa yang diimpikan, melainkan melihat anak-anak berjaya dalam semua prospek di dunia maupun akhirat. Dialah ketua keluarga, dialah idola buat aku adik-beradik dan ayahlah segala-galanya. Tak pernah meminta untuk dibalas akan jasanya, cuma ia mahu anak-anak menjadi insan yang berguna yang dapat membanggakannya dan dapat mengirimkan bacaaan doa kepadanya bila ia telah tiada. Ayahtakbanyakcakaporangnya,lidahnyasentiasabasahdenganzikrullah.Setiappatahperkataanyang dikeluarkan mempunyai maksud yang tersirat dan kata mutiara yang tidak ternilai harganya. Ayah selalu mengajar aku tentang hakikat hidup dan menginggatkan aku supaya sentiasa menjaga hubungan dengan Allah.

“Murni, yakinlah... andai kita mendekatkan diri dengan-Nya, kita akan mendapat ilham untuk keluar dari belenggu keresahan. Renungkan ke dalam diri kerana di situ ada lubuk yang dipanggil kebijaksanaan”. Renungkanlah ke dalam diri kerana di situ ada lubuk yang dipanggil kebijaksanaan”. Itulah usrah ayah setiap kali pertemuanku dengannya.

Telah hampir sebulan ayah terlantar sakit, aku cuma berpeluang menjaganya beberapa hari sahaja kerana terpaksa pulang ke Kuala Lumpur. Aku bekerja dan punya tanggungjawab terhadap suami dan juga anak-anak. “Murni, pergilah balik... ayah beransur pulih janganlah kau risau sangat, mak kau ada menjaga ayah” ujar ayah padaku bila melihat wajahku yang bersedih. “Kalau ada apa-apa keperluan nanti ayah telefon” sambung ayah lagi.

Page 126: PANTUN.pdf

126 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen

Walaupun kakiku berat untuk melangkah meninggalkan ayah yang sedang sakit namun aku pasrah, tanggungjawabku sebagai isteri adalah lebih utama. Nasihat ayah padaku...”syurga seorang isteri adalah terletak pada suaminya. Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Allah akan menanamkan di dalam hatinya rasa kasih sayang”. “Cepat Murni, suami kau dah lama tunggu di kereta tu...” ujar ayah ketika aku bersalam dan mencium tangannya.

Sudahsebulanakutakpulangmenziarahayah.Malamituakumenerimapanggilantelefondariayah..“ ayah apa khabar.. sihat ke?...tanyaku pada ayah. “Ayah sihat, bila nak balik kampung?“ aju ayah padaku.

“Minggu depan kot.. kami merancang nak pulang sempena Aidil Adha” jawaku.... “ Kenapa lama sangat... Murni sibuk ke....?,” dengan suaranya terputus-putus dan sayu seolah-olah maukan aku pulang segera menemuinya. “Siapa telefon?” Tanya suamiku, “ayah”... jawapku ringkas. “Kenapa... ayah nak apa soalnya lagi. “Ayah tanya bila kita nak balik kampung?. “ Abang, esok kita balik jumpa ayah... tak sedap rasa hati saya” ujarku pada suami. “Kan minggu depan hari raya....takkan nak balik dua tiga kali!.., banyak belanjanya” tegas suami padaku. Aku terdiam dengan jawapan suamiku dan rasa amat tersinggung lantas ke bilik meninggalkan suamiku seorang diri di ruang tamu.

Malam tu aku tak dapat melelapkan mata... wajah ayah yang uzur terbayang dimataku. Suara ayah rasa terngiang-ngiang di cuping telingaku meminta aku pulang. Tatkala itu permata jernih turun tak berhenti-henti. Jendela mataku berlangsir hujan, dadaku berombak menahan sebak. Sebagai isteri aku tetap setia pada suami, aku pasrah dengan kehendak suami untuk pulang minggu depan walaupun hatiku meronta-ronta untuk pulang bertemu ayah.

Jam 3.00 pagi aku terjaga dari tidur, perasaan rindu terhadap ayah bagai menyentap tangkai hatiku. Mataku tak boleh lelap terkenang mimpiku bertemu ayah. Wajah ayah berseri-seri dan tersenyum memandangku tanpa berkata apa-apa, semakin sayup dan terus hilang dari pandangan. “Ayah!...ayah! aku menjerit memanggil ayah lantas terjaga dari tidur. “Subhanallah… maha suci engkau ya Allah….., aku bermimpi rupanya”.

Aku termenung di hujung katil, juraian air mata tidak dapat lagi aku bendung. Aku berdoa agar ayahku selamat dan sihat. Aku menanggis sepuasnya hingga tak sedar bila mataku terlelap. Keesokan harinya aku bekerja seperti biasa dengan wajah yang agak suram dan mata yang bengkak kerana banyak menangis. Jam 10.00 pagi aku terima panggilan telefon dari kampung mengabarkan ayah sedang nazakdihospital.Dadakuberdebarkencangdenganlinanganairmatalantasmenelefonsuamimengajaknyapulang. Pukul 1.30 tengah hari baru kami bergerak pulang ke kampung. Sepanjang perjalanan yang mengambil masa empat jam setengah terlalu lama buatku. “ Dapat ke aku bertemu ayah lagi atau..... “ fikirankumenerawang jauh. Terasa di naluriku seolah-olah aku tidak dapat lagi berjumpa ayah, Teringat kata-kata ayah di telefon malam tadi.” tak apalah kalau tak dapat balik.... ayah sihat aje, jaga suami dan anak-anak kau baik-baik” nasihat ayah kepadaku. “Kita singgah rehat kejap saya mengantuklah” ujar suami mengejutku dari lamunan. Aku terdiam membisu tanpa berkata apa-apa. Hampir satu jam suami terlelap dan meneruskan kembali perjalanan. Hatiku tak keruan kerana tak dapat berita tentang ayah kerana tak dapat menghubungi kakakku kerana pada masa itu manalah ada telefon bimbit seperti sekarang ni. Pukul enam petang kami sampai di perkarangan hospital di mana ayah dirawat. Aku terus ke kaunter pertanyaandiwadberkenaan.Petugasmemberitahujenazahayahtelahpundibawapulangolehkakakkupada

Page 127: PANTUN.pdf

Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 127

pukul 3.30 petang tadi. Segala persoalan yang bermain di mindaku telahpun terjawab, terasa lemah seluruh anggotaku, kugagahi jua melangkah kakiku keluar menuju ke kereta. Aku menyembunyikan kesediahanku dan pasrah dengan ketentuan Ilahi. Terlalu hancur hatiku kerana tak dapat bersama ayah di saat akhir hayatnya, dan sekali lagi aku sangat terkilan tak dapat menatap wajah ayah buat kali terakhir kerana sesampainya aku di kampung ku lihat orang ramai berpusu-pusu pulang dari tanah perkuburan. Ketika itu tanpa aku sedari aku meraung sekuat hati meluahkan kesedihanku. Suami dan anak-anak diam membisu dan turut sedih melihat gelagat aku. Sampai di rumah aku terus mencari ibu dan memeluk tubuhnya dengan linangan air mata. Ibu kelihatan sugul dan pastinya dia juga sedih namun ia pasrah dengan pemergian ayah. “Sudahlah Murni..., usahlah ditangisi permergiannya.... manusia kepunyaan Allah, dariNya kita datang dan kepadaNya kita dikembalikan”. “Doakan ayah agar ia di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman”. Kata-kata ibu amat menyentuh perasaanku serta menyuntik kembali semangatku yang lemah. Hatiku merasa kosong tanpa ayah..... tiada lagi kata-kata mutiara yang selalu ayah berikan buatku. Pangkin kayu di bawah pohon rambutan menjadi saksi dan nostalgia indah buat aku dan ayah. Di situlah tempat ayah bercerita dan berkongsi ilmu denganku. “ Murni, bahagianya hidup kerana manisnya iman dan jadikanlah Allah sebagai tujuan hidup. Hidup atas keyakinan dan ketergantungan, rendahkan diri serta bertawakkal, sesungguhnya segala sesuatu pasti kembali kepadaNya”. Itulah kata mutiara terakhir dari ayah ketikaakumenziarahinyasebulanlalusebelumiakembalimenemuiIlahi. Buatlahbaikkepadakeduaibubapa,ziarahilahmerekasementaramerekamasihadadiduniaini.Hartabenda hanyalah sementara berbanding amalan yang kita lakukan selagi tubuh badan kita masih bernyawa. Al-Fatihah... buat ayah tersayang.

Nukilan : Puan Norliza Binti Mahmod

Page 128: PANTUN.pdf

128 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen

“Takde Apa-apa”

Beberapa bulan yang lalu hati Zafri tiba-tiba rasa berdebar, cemas, bimbang dan runsing. Perasaan itu datang bukan sekali dua malah terlalu kerap. Ketika memandu pun Zafri turut diserang rasa yang demikian. Zafri cuba dapatkan nasihat doktor. Doktor kata takde apa-apa. Hairan juga!

Sewaktu balik ke kampung, Zafri bertemu dengan seorang imam dan menceritakan perkara yang dialaminya. Sambil memandang tepat ke muka Zafri imam tersebut berkata “Mungkin kamu ada buat silap dengan mak kamu kot. Cuba check,”katanya. Zafri tersandar seketika. Insiden apakah yang boleh membuatkan saya diuji sebegini rupa? Puas Zafri memikirkannya. Seingat Zafri, walau ke mana dia hendak pergi dan apa yang dia nak buat, tak pernah dia lupa memberitahu uminya. Meminta maaf memang menjadikan kebiasaan dalam dirinya. Zafri balik ke rumah uminya, lalu menceritakan peristiwa yang di alaminya itu. Seraya berkata, “Umi, Zafri nak tanya dari hati ke hati, adakah Zafri pernah buat dosa dengan umi yang umi tak ampunkan?” “Tak ada apa-apa. Umi restu dengan apa yang Zafri buat sekarang ini.” Zafri masih tak puas hati. Mesti ada sesuatu yang membuat uminya pernah berkecil hati dengannya.

Esoknya Zafri bertanya lagi. Umi masih menjawab,”Tak ada apa-apa”. Zafri masih tidak puas hati lagi. Malam berikutnya Zafri bermunajat memohon agar Allah tunjukkan kepadanya jalan kebenaran. Hari ketiga dalam keadaan berteleku, Zafri mengadap uminya sekali lagi. Umi yang ketika itu sedang berehat di sofa. Zafri memandang wajah uminya dengan penuh kasih sayang, sambil menggenggam erat tangan umi.

“Umi, Zafri mohon sekali lagi, tolonglah Zafri umi. Luahkanlah apa yang terbuku di hati umi. Zafri tahu Zafri ada buat salah, tapi umi tak nak bagitau. “ Air matanya sudah membasahi pipi. “Tak ada apa-apa…..” Tingkah uminya semula. Seketika kemudian dalam keluhan yang dalam, si ibu tua seakan mahu bersuara tapi terdiam kembali. Akhirnya dia bersuara. “ Zafri, ada satu kisah yang umi susah nak lupakan dan sesekali ingatan itu datang akan membuatkan hati umi terluka. Kadang-kadang ketika membasuh pinggan pun umi boleh menangis tersedu-sedu mengenangkan peristiwa itu. Lukanya amat dalam, masih berbekas hingga sekarang.”

Zafri terkedu. Umi menyambung kembali, “ Zafri tentu ingat arwah ayah meninggal ketika adik masih kecil. Tanggungan kita ketika itu sangat berat. Duit pencen ayah memang sedikit dan tak cukup nak tampung hidup kita, Zafri ingat tak?” Umi mula menangis. Zafri tunduk. “Selepas SPM, Zafri ditawarkan menjadi guru sandaran, wang hasil titik peluh Zafri itu umi gunakan untuk perbelanjaan adik-adik. Satu hari Zafri bagitau umi Zafri nak melanjutkan pelajaran. Umi merayu supaya hajat itu ditangguhkan dulu sebab kita kesempitan wang dan minta Zafri terus bekerja. Berkali-kali Zafri minta dan merayu pada umi nak sambung belajar juga. Akhirnya umi terpaksa melepaskan Zafri belajar dalam hati yang penuh terpaksa.” Zafri benar-benar terkejut. Umi menyambung lagi,

“CubabayangkanketikaitukalauumitakizinkanZafripergi,umirasaZafritentuakanberkerasuntukpergi juga. Dan perginya Zafri ketika itu adalah sebagai anak derhaka!” Zafri meraung sepuas-puasnya, terjelepuk lembik di pangkuan uminya.

“Anak umi… mulai hari ini umi ampunkan semua dosa Zafri. Adik-adik pun dah berjaya. Segala yang terbuku di hati dah habis umi luahkan. Umi harap bila umi tiada lagi di dunia ini, umi dapat mengadap tuhan dengan hati yang tenang.” Sambil mengusap-usap rambut Zafri dan mengucup ubun-ubun anak kesayangannya itu. Zafri memeluk erat uminya kerana tidak sangka umi pernah berkecil hati dengannya. Bagaikan air sungai jernih yang mengalir sejuk ke seluruh urat saraf Zafri seakan membasuh dosa yang lalu. Badan Zafri terasa ringan yang amat sangat. Syukur kepada Allah hatinya kembali tenang. Terasa kerja-kerja yang dibuat semakin dibantu Allah. Sejak peristiwa itu Zafri selalu berpesan kepada anak-anak, ahli keluarga dan kawan-

Page 129: PANTUN.pdf

Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 129

kawan agar bersihkan hubungan hati kita dengan ibu kerana ia sebagai jambatan menuju ke syurga. Zafri yang terlibat dalam program motivasi turut menceritakan pengalamannya kepada peserta-peserta kursus. Bukan niat di hati untuk berbangga tapi apa yang diharapkannya agar semua peserta dapat berbuat baik dengan ibu, demi kebaikan di dunia dan di akhirat.

Suatu hari selepas selesai menyampaikan ceramah di sebuah kem motivasi, Zafri dicuit oleh seorang pegawai lelaki yang sudah melewati usia 40-an. “Encik Zafri, bulan depan telefon saya.” Zafri kehairanan. Dari sumber yang diketahui, penganjur program memaklumkan lelaki tersebut mengambil cuti seminggu untuk pulang ke kampung. Sebulan kemudian Zafri menghubunginya melalui telefon. “Encik Zafri terima kasih banyak-banyak kerana mengingatkan saya tempoh hari. Kalau tidak saya tak tahulah nasib saya.” Suara lelaki itu seakan sebak. Bagaikan berteka-teki dengannya.

Menurutceritalelakiitu,selepasprogramtersebutdiateruspulangkekampungmenziarahiibunyayangsudah terlaluuzurdansudahsekian lama tidak jugadijengahbertanyakankhabarberita. Sampaidikampungibuyanguzuritudipelukdandicium.Ibutuaitukehairanankeranaselamainisianaktidakpernahberbuat demikian. Dalam tangisan yang penuh syahdu si anak memohon ampun dan maaf di atas segala silapnya selama ini. “Syukur kamu dah insaf. Selama hari ini kamu tidak pernah meminta maaf bersunguh-sungguh. Kamu mungkin jadi anak derhaka kalau mak tak ampunkan dosa kamu yang satu ini. Umur mak dah 80 tahun. Selama 50 tahun mak memendam rasa. Dosa yang lain mak boleh ampunkan, tapi dosa yang satu ini mak rasa sungguh berat dan amat tersinggung. Mak terlalu sedih anak yang mak kandung sembilan bulan, anak yang mak kenyangkan perutnya dengan air susu mak ini sanggup mengherdik mak dengan kata-kata ‘Orang tua bodoh. Tak ada otak……..”

Cerita lelaki itu lagi, satu ketika dulu dia pernah meminta ibunya membasuh sehelai seluar yang berjenama, dibeli hasil duit gaji pertamanya. Seluar itu terlalu kotor lalu si ibu merendamnya dengan peluntur. Si ibu gosok dan lipat. Beberapa hari kemudian dia mencari seluar itu untuk dipakai bekerja, malangnya seluar mahal itu didapati telah bersopak-sopak warnanya. Lalu lelaki yang berdarah muda itu menjadi berang, mengherdik si ibu, “Hei, orang tua bodoh…!!! Tak ada otak ker…? Buta ke…? Seluar nih mahal tau!!” Menurut lelaki itu lagi dia menyesal kerana mengherdik ibunya. Menurutnya lagi dia amat bersyukur akhirnya dosanya diampunkan oleh ibunya dan berjanji akan menjaga dan tidak akan melukakan hatinya lagi.

Nukilan : Puan Nurul ‘Ashikin Binti Abd. Rahman

Page 130: PANTUN.pdf

130 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen

Menggapai Di Langit

Apa cita-cita awak Siti? Tanya Cikgu George. Jawapan yang tidak pernah bertukar dari bibir ini… Saya ni ada 3 cita-cita cikgu. Tetapi ada satu angan-angan, nak jadi Pramugari MAS, cikgu. Entah manalah tersangkut bila saya besar nanti. Pertama menjadi Inspektor Polis, kedua Pegawai Bank dan

ketiga Pegawai Kerani. Harap-harap salah satu akan awak capai bila dewasa nanti. Kata Cikgu George. Orang lain bercita-cita punyalah tinggi jawatan tapi saya rasa saya mungkin takkan berjaya seperti orang lain kalau bercita-cita terlalu tinggi. Tak apa….tak apa…cita-cita awak tu tidaklah teruk sangat Siti. Manalah tahu satu hari nanti saya jumpa awak berpakaian seragam polis. Semangat aku berkobar-kobar bila Cikgu George cakap macam itu. Alangkah bahagianya kalau aku berjaya mencapai cita-cita aku. Mak rasa akak boleh jadi pramugari tak? Kamu tu perangai macam budak laki-laki, mana boleh jadi pramugari. Tengok aja lutut kamu tu… banyak parut. Itulah asyik nak panjat pokok dan lumba basikal saja. Paling best bila dapat lumba basikal di lereng bukit menuju ke Kelas Fardu Ain. Jangan nak berangan. Orang yang jadi pramugari kena sempurna, cantik dan pandai. Kenapa! akak tak cantik ke mak? Cantik…cuma tak sesuai je. Nampak gayanya angan-angan jadi pramugari terpaksalah aku lupakan. Tak merasalah aku nampaknya nak pakai baju batik hijau yang cantik tu. Tapi…tak semestinya aku kasar, dan tidak lembut tidak berjiwa keperempuanan. Tapi betul kut kata emak… aku ni tak ada aura seorang pramugari. Tak dapat jadi pramugari dapat naik kapal terbang pun jadilah. Dapat juga naik ke awan biru. Masa berjalan terlalu pantas, dari Peperiksaan Penilaian, Sijil Rendah Pelajaran (SRP), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) aku lalui. Aku nak masuk ‘U’ ke? Nak ambil borang‘U’ke?Ah!...ambilsajalah.Manatahukalauadarezeki.Tapi…mukaakuniadakerupabudak‘U’? Macammana kalau aku gagal di tengah jalan?. Mana nak cari duit kalau aku gagal? Emak dan abah nak tanggung Along di Amerika, Angah di Politeknik dan Shuk masih lagi sekolah. Semuanya memerlukan duit yang banyak. Abah dah bersara, gaji dah tak sebanyak dulu. Tak apalah… aku cari kerja dululah. Bila dah banyak simpanan aku bolehlah sambung belajar.

Mungkinbukanrezekiakunakjadibudak‘U’agaknya.Akumesticariduit.Sementaratu…kalauadakekosonganjawatandiakhbarakuakuakanisidanmohon.Manatahukalauadarezeki.Apa-apakerjapuntakapaasalkandapatrezekiyanghalal.Siti…Siti…jomkitakerjakatkilangjahitseluarkatPasirPinjinak?Engkaukan pandai menjahit. Jomlah Siti. Kata Lina. Kilang jahit apa? Tanyaku pada Lina. Ala… kilang buat seluar slacks. Aku dengar kilang tu buat seluar Durban dan John Master. Kilang buat seluar lelakilah…. Weh! Agak-agaklah… takkan kat Ipoh ni ada kilang buat seluar jenama cam tu…Betul Siti, aku tak tipu. Kata Lina. Esok aku nak pergi ke kilang tu.. dengar cerita nak pakai ramai pekerja… nak ikut tak? Boleh juga, tapi aku kena minta kebenaran mak aku dulu. Akhirnya aku menjadi seorang pekerja kilang. Mula-mula masuk kerja, aku diberi tugas memotong benang yang terdapat di seluar yang telah siap. Apa kelaslah… belajar sampai STPM tapi kerja potong benang. Ah Seng… boleh bagi saya kerja lain tak? Tak syoklah potong benang. Saya nak menjahit seluar. Jahit poket, pasang pinggang atau cantum seluar? Lu tau jahit ke? Tanya Ah seng. Ala… masa saya minta kerjakan saya dah kata saya boleh menjahit. Saya ni anak tukang jahitlah Ah Seng. Ok…ok… esok datang kerja, gua test lu dulu. Aisey… kena test juga ke? Mestilah… kata Ah seng. Akhirnya aku berjaya menjadi tukang jahit di sini. Dari menjahit poket, mencantum seluar, memasang pinggang seluar dan akhirnya memasang tag pada seluar yang siap. Jangan tak percaya… aku menjahit tag di pinggang seluar yang siap sedia untuk dipasarkan….Sehingga kini jenama tersebut masih lagi di pasaran. Antara jenama pakaian lelaki yang sangat terkenal yang terdapat di pasar raya-pasar raya besar di negara ini. Hampir 5 bulan aku bekerja di sini. Dari hasil titik peluh ini, disinari kerdipan barang kemas yang mampu aku beli. Walaupun ‘tom boy’ aku tetap suka pada kecantikan.

Page 131: PANTUN.pdf

Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 131

Tapi taklah macam mami jarum….Agak-agak aku ni cantiklah juga. Kalau tak, takkan mamat kapcai yang lalu kat tepi simpang rumah Tok Din tergolek jatuh terlanggar bonggol bila tengok aku. Lawak pun ada… kesianpun ada… tapi aku tak tolong mamat tu, sebab siapa suruh dia tengok aku? Nasiblah… bangunlah engkau sendiri!.

Abah..abah… ada temu duga jadi Konstable Polis kat Balai Polis Sungai Senam. Boleh tak akak pergi? Bolehlah abah… bolehlah… Mana kamu tahu? Ini ada dalam surat khabar. Abahkan tahu… akak nak jadi Polis. Bolehlah abah… Tak usahlah…banyak lagi kerja lain yang kamu boleh buat. Ala… abah macam tak bagi je. Kenapa tak boleh? Abahkan bekas askar? Takkan akak nak jadi polis tak boleh pulak? Mak… boleh tak akak nak jadi polis? Kamu tak sayang ke rambut kamu yang panjang sampai punggung tu…Simpan bertahun-tahun lepas tu nak potong? Ayah kamu tak suka anak-anak perempuan dia berambut pendek! Alah mak… nanti bila dah jadi polis akak simpanlah balik. Kamu tahu ke rambut kamu panjang mana bila kamu masuk pusat latihan nanti? Tanya emak. Ala… takat bahu aja. Jangan nak berangan… rambut kamu tu dalam lima ke enam inci saja. Kata emak lagi. Takkan kut mak…tak percaya sudah. Gerutu emak. Bila kamu nak pergi temuduga tu? Tiga minggu lagi.

Abah.. abah.. akak dapat temu duga Kerani. Hari Khamis ini, abah hantar tau! Yalah… abah hantar. Mak.., buat baju kurung baru untuk akak boleh tak? Kenapa nak pakai baju baru? Baju kamukan banyak!.. Ala… bolehlah mak. Yalah… yalah… seronoknya dapat temu duga. Macammanalah agaknya ya mak? Tanya mak su kamu nanti. Kumpul semua sijil kamu dan belajar sikit dengan mak su supaya tahu cara menjawab setiap soalan.

Apa nama awak? Tanya salah seorang penemuduga yang di hadapanku. Siti binti Ahmad, encik. Kataku. Ada sijil? bagi pada saya. Ada encik. Dalam hati tertanya-tanya kenapa sampai empat orang penemuduga yang berada di depan aku. Semuanya akan soal aku ke? Agak-agak kerja kerajaan memang ramai penemuduga kut!. Tunjukkan saya sijil awak. Kenapa awak nak jadi Kerani? Sebenarnya saya tidaklah bercita-cita untuk jadi kerani encik. Tapi ibu saudara saya kata, kalau saya rajin berusaha saya akan jadi Pegawai Kerani. Cita-cita saya jadi Pegawai Kerani, encik. Sebab itulah saya memohon jawatan ini. Kenapa tak sambung belajar? Abang dan adik-adik saya masih belajar lagi encik. Banyak nak pakai duit. Sebab itulah saya nak bekerja. Kurang sikit bebanan ayah saya. Punyalah banyak soalan ditanya…aku jawab aja. Ok.. ambil semula sijil-sijilawak.Tunggusahajakeputusannyadalammasabeberapabulan.Kalauadarezekiawak…Insyaallah.Kata penemuduga yang terakhir. Nak jadi cerita…. semasa aku mengambil sijil aku semula, tiba-tiba tumit kasut tersangkut pada kainku. Apa lagi berteraburlah sijil-sijil aku di atas lantai. Malu tak tahu nak kata. Terpaksalah aku kutip sijil-sijil yang bertaburan. Kenapa masa inilah kasut ni buat hal. Maklumlah tak biasa pakai kasut tinggi. Pada abah ku ceritakan apa yang berlaku. Abah menggeleng kepala dan ketawa. Jom kita balik abah… Rasanya tak dapat kerja tu. Abah.. akak dapat satu lagi temu duga. Kali ni jawatan Pegawai Bank. Heh..he… Tengok abah.. dipanggil juga….Mak .. akak nak pakai baju apa ni? Dah nak kerja bank kenalah bergaya sikit. Pakai baju kurung dan kena pakai ‘make up’. Pakai ‘make up? Ni yang payahni… nanti ramai lak yang tergoda kat akak nanti… Hah! Jangan nak perasan. Bila temu duganya? Minggu depan. Pagi itu, punyalah awal aku bangun. Mak… kenapa baju ni longgar sangat. Jahitlah sikit. Ish… tak baik jahit baju kalau dah nak keluar. Kenapa pulak?Maknibanyaksangatlahpantanglarang.ManaadadalamAlQuran…Che!dengarbilaorangtuakata… kamu ni degil betullah Siti. Ok.. ok.. akak ikut cakap emak. Aku sekarang ni betul-betul di hadapan bank. Mak ai… ramainya orang! Agak-agak pukul berapa nama saya dipanggil Cik? Tanyaku kepada kerani di Kaunter Pertanyaan. Lebih kurang jam 2.00 petang adik. Hah! Jam 2.00 petang? Saya datang jam 9.00 pagi tapi pukul 2.00 petang baru nama naik. Tak apalah kak, terima kasih.

Page 132: PANTUN.pdf

132 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen

Siapa nama awak? Siti binti Ahmad, puan. Kenapa tak bawa bekal ? Bekal… bekal apa puan? Saya dah makan tadi. Bukan bekal makanan tapi ‘make up’ Kenapa tak pakai ‘make up’? Oh… baru aku tahu yangbekaltu‘makeup’…lawakbetul!.Maaflahpuan,masasayasampaipagitadimemanglahpakai‘makeup’tapibiladahpetang‘makeup’pundahtanggal. Namasaya,PuanSafinas. Ok,berkumpulseramai6orang setiap baris. Apa pasal ramai sangat masuk dalam bilik ni? Getus hatiku. Kenapa awak nak kerja bank? Eh! Macam sama aje soalan dengan temu duga kerani dulu. Agaknya semua temu duga memang sama saja soalannya. Sebenarnya saya suka ‘uniform’ bank ini puan. Macam baju Pramugari MAS. Kerja bank ni menyeronokkan kerana saya suka membuat perkiraan. Baiklah… saya nak semua yang berbangsa Melayu bercerita mengenai latar belakang masing-masing menggunakan bahasa Inggeris dan bagi bangsa Cina dan India,perluberbahasaMelayu.KataPuanSafinas.

Aku ni kalau speeking London memanglah merangkak. Tapi aku cakap apa yang terlintas di hati. Agak-agak mereka tu faham apa yang aku cakap. Keputusan akan keluar pada bulan November ini. Kalau adarezekikitasemuaakanbertemudiKualaLumpur.Sekiranyatidakberjaya…silacubalagi.KataPuanSafinassambiltersenyum.Hah!KerjakatKL?AkutaksukadudukdiKL.SuasanadiKLmemeningkankepala, ramainya manusia, kenderaan yang bertali arus… tak sesuai dengan jiwa aku. Kalaulah aku berjaya… aku nak minta balik ke Ipoh. Kataku di dalam hati.

Abah..mak…hariinitemudugaPolis.Inilahdinamakanrezeki.Semuaborangpermohonanyangkuhantar diterima. Tak sia-sia akak isi semua borang tawaran kerja dulu. Boleh hantar akak tak? Boleh…. Kata abah. Lega rasa hati kerana abah sentiasa bersedia menghantar setiap kali aku dipanggil untuk temu duga, dan motor kapcai abah inilah yang sentiasa menjadi peneman aku dan abah. Mak, potong rambut akak. Potong paras bahu tau. Nanti sekurang-kurangnya akak taklah sedih sangat kalau rambut jadi lima, enam inci. Rambut ni akak nak tanam kat bawah pokok pisang. Biar nanti kepala akak sejuk dan rambut cepat panjang. Sedih rasa hati melihat rambutku yang kusimpan bertahun-tahun menjadi pendek dalam sekelip mata. Pada aku inilah pengorbanan demi mencapai cita-cita aku.

Assalamualaikum tuan. Waalaikum salam, sila serahkan sijil-sijil awak dan duduk. Kenapa nak jadi anggota polis? Memang sah….kerja kat mana-manapun bila temu duga, soalan pertama mesti sama. Itu memang cita-cita saya dari kecil tuan. Saya dibesarkan dalam kalangan orang yang berpakaian seragam tuan. Ayah saya pesara tentera, emak saya bekas kerani di kem tentera dan beberapa orang bapa dan emak saudara saya bekerja sebagai anggota tentera dan polis. Kenapa tak nak jadi askar macam ayah kamu? Tanya Inspektor Ahmad. Saya kurang minat tuan. Walaupun setiap pagi semasa saya kecil, saya suka mengekori anggota tentera yang berkawat atau berjogging di depan rumah saya, minat untuk menjadi anggota tentera tidak pernah wujud. Saya hendak menjadi anggota polis untuk menjaga keselamatan negara. Saya nak jadi macam pak cik saya seorang Deputi Superitendant of Police (DSP) di Bukit Aman. DSP tu apa? Timbalan Penguasa Polis tuan. Nasib baik aku dapat jawab soalan tu.

Banyaknya sijil hoki awak. Awak nak jadi pemain hoki PDRM tak? Boleh juga tuan. Itupun kalau ada rezekisayadalamPDRM.Bermacam-macamsoalanyangdisoaldanakujawabhinggalahkepadasatusoalanyang aku anggap sebagai cepu emas. Awak rasa pangkat saya dengan Inspektor Baharum, mana yang lebih tinggi? Saya ada tiga bintang dan dia ada bintang dan mahkota? Dengan yakin aku menjawab. Pangkat tuan yang tinggi. Salah! Katanya. Tentulah Inspektor Baharum lebih tinggi kerana dia ada mahkota… saya tiada. Untuk menjadi seorang anggota polis, awak perlu tahu semua ini. .Lepas ni pergi jalani ujian kecerdasan. Baik tuan, terima kasih. Awak ni kurus sangatlah… 45 kilo saja. Macam mana nak jadi polis? Balik rumah makan banyak-banyak… bagi berat sikit. Kata polis yang membuat Ujian Kecerdasan. Punyalah banyak ujian yang perlu aku lalui, dari ujian rabun mata, ujian warna, melompat, berlari, berkawat sampailah ke kelurusan kaki. Letih betul….tapi sekurang-kurangnya hati aku puas kerana berjaya dipanggil untuk temu duga dan menjalani ujian kecerdasan.

Page 133: PANTUN.pdf

Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 133

Ya Allah… berilah kejayaan kepadaku. Eh! Rita… engkau agak kita boleh berjaya ke? Mestilah Siti… aku harap sangat berjaya dan bersama-sama engkau kat pusat latihan nanti. Rita memang kawan yang baik.Teringatlagimasazamanpersekolahan,hari-hariakuakanbelimaggiedanairlimauyangdijualolehabang Rita di hadapan pagar sekolah.

Surat…surat.. untuk Siti binti Ahmad. Aku tu…. Terima kasih abang posmen. Abah… mak.. akak berjaya jadi polis. Seronoknya… Mak jom kita ke pekan cari barang-barang akak. Bebawak bersabar. Kata emak. Abah.. lagi seminggu akak kena lapor diri di Negeri Sembilan. Alhamdulillah… syukur kepada Allah, akhirnya cita-cita menjadi polis tercapai. Akak dapat waran tiket keretapi abah!. Boleh akak naik keretapi abah? Tak payah… abah hantar nanti. Esok kita ke pekan untuk beli barang-barang kamu. Pergi buat senarai barang yang perlu dibeli. Baik abah.

Kenapanakjadipolis?KakSititaknakjagaAfiqke?DahtaksayangAfiqke?Tanyaadiksepupukuyangdijagaolehemaksemenjaklahir.BukanmacamtuAfiq…akaknakjadipolis.Itucita-citaakak.NantibilatamatlatihanakakmintabalikIpoh,dapatjagaAfiq.Bukanlamaenambulansaja.Afiq!…janganlahmainbarang-barangakak.Nantiadayangtertinggal,payahlahabahnakkenabelisemula.KenapalahAfiqniasyik kacau barang-barang akak aje.

Perjalanan yang jauh tidak kurasai kerana semangat untuk ke pusat latihan begitu berkobar-kobar. Akhirnya aku berjaya menjejakkan kaki ke pusat latihan ini walaupun ia terletak di tengah-tengah estet kelapa sawit. Aku tidak dapat melihat orang awam kecuali anggota polis dan keluarga mereka sahaja. WPC 120568 itulah nombor yang kuterima. Itulah nambor yang kuanggap bertuah dalam hidup aku kerana nombor 68 merupakan nombor kegemaranku. Rambutku… seperti yang diberitahu emak… aku rasa agaknya kalau disukat dengan tali tape memang sudah tinggal dalam lima ke enam inci.. Punyalah pendek.. Kalau tengok dari belakang gerenti orang akan kata aku lelaki. Maka bermulalah hidupku sebagai seorang polis pelatih.

Seawal jam 5.00 pagi aku telah bangun untuk mandi dan seterusnya ke masjid. Setelah selesai sembahyang subuh, aku bersama rakan-rakan perlu menukar pakaian seragam untuk ke dewan makan yang terletak hampir 2 kilometer dari asrama. Dalam keadaan berseragam penuh, aku dikumpulkan dalam satu platun seramai 20 orang. Berkawatlah aku dan rakan sepajang jalan. Punyalah jauh,tidak boleh melakukan kesilapan. Sekiranya silap, kami akan didenda dan diminta berpatah balik ke asrama, setelah itu bergerak semula ke dewan makan. Selepas makan, kami masuk ke kelas. Disini aku dan rakan diajar perkara berkaitan dengan bidang kepolisan.

Tamat kelas kira-kira jam 12.30 tengahari aku bersama rakan-rakan menuju ke dewan makan. Selepas makan aku dan rakan seplatun perlu berkawat untuk balik ke asrama. Jam 2.30 petang aku dan rakan perlu menjalani latihan kawat di padang kawat. Bayangkan… masa itu matahari ada di atas kepala. Jam 4.30 petang latihan selesai. Perlu berkawat lagi balik ke asrama untuk menukar baju sukan. Jam 5.00 petang hingga 6.00 petang adalah latihan sukan. Di silah aku belajar bermain sepak takraw, bola sepak dan seni silat polis. Jam 6.30 petang, kami semua berkawat semula ke dewan makan. 2 kilometer lagi…lepas makan berkawat lagi balik ke asrama. 7.30 malam perlu ada di masjid hingga selesai Isyak. Selepas Isyak kami semua balik ke asrama. Jam 11.00 malam lampu asrama ditutup. Masa itulah aku bersama beberapa orang rakan mengilat kasut. Kasut kena sentiasa berkilat. Naik letih aku mengilat kasut. Tapi aku mesti pastikan ianya kilat.. Kalau tidak gerenti aku dikenakan CB ataupun lain-lain denda.

Adakalanya bila aku dijadualkan untuk membuat sentry malam, aku perlu bertugas membuat rondaan. Selalunya aku terkena jam 2.00 pagi hingga 3.00 pagi. Berjalan malam dari satu dorm ke satu dorm dalam gelap gelita bersama lampu suluh. Begitu menggerunkan. Nasib baiklah 1 jam sahaja. Bayangkanlah semua orang tidur, sunyi sepi, kedengaran bunyi cegkerik, burung tukang yang tak henti-henti bertukang, suara orang mengigau… cukup menakutkan aku. Inilah rutin kehidupan aku sepanjang hampir 5 bulan aku di sini. Masa berjalan begitu pantas.

Page 134: PANTUN.pdf

134 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen

Tanpa kusedari aku hampir menamatkan latihan di sini dan tidak lama lagi aku akan menjadi seorang anggota polis yang sah. Di manalah agaknya aku akan ditempatkan nanti selepas tamat latihan? Sudah berangan ditempatkan di Kuching, Sarawak.

Siti! Ada panggilan telefon untuk engkau. Kata Mek Su. Siapa telefon Mek Su? Tak tahulah… Hello…makke?Mak,abah,ShukdanAfiqsihatke?Akakkatsinisihat.Cumapelanhitam.Nimaknakbagi tahu yang kamu dapat kerja bank. Hah! Dapat kerja bank? Minta maaf banyak-banyaklah mak….orang dah macam negro dok berjemur hari-hari, rambutpun udah tinggal sejengkal macam mana nak kerja bank? Buatmaluaja.MakbagitaulahkatManagerbankyangakaktolakkerjatu.Dahtakadarezekinakpakaibajubatik. Pakai ajalah seragam biru laut ni. Dulu tak nak panggil akak.

Semua pelatih diminta berkumpul di dewan. Arahan yang dikeluarkan oleh En. Shamsul. Ada apa pulak ni? Buat pengetahuan awak semua, kita akan ke Melaka untuk menjaga pilihanraya. Ya Allah seronoknya … dapat pergi kat Melaka. Jaga pilihanraya pulak tu… Tentu nanti ramai orang akan respek kat aku kerana dengan berpakaian seragam polis siap dengan pistol 0.38. Tahun 1990 ni aku akan ingat sampai bila-bila kerana aku telah menjadi sebahagian daripada petugas pilihanraya. Dengan menaiki bas, kami beramai-ramai ke Bandar Hilir, Melaka. Ditempatkan di berek polis Bandar Hilir. Seronoknya rasa hati. Disebabkan waktu taklimat pilihanraya pada jam 10.00 malam, aku dan rakan-rakan mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan di Bandar Hilir. Aku dan rakan telah masuk ke dalam sebuah supermarket. Aku melihat sepasang baju yang sangatsesuaidipakaiolehAfiq.Tapisesuaike?Muatke?Nakbeliketidak?Jenuhakuberfikir.Nakbeliatautidak.Setelahlamaberfikirakumengambilkeputusanuntuktidakmembelinya.Tetapidalamperjalananbalik ke balai, hati tertanya-tanya kenapa aku tidak membeli baju itu.

Menjaga pilihanraya walaupun agak kepenatan kerana dari jam 2.00 pagi aku bertugas hinggalah ke 3.00 pagi keesokkan harinya aku bertugas tanpa henti. Aku tetap seronok. Aku rasakan satu pengalaman yang sangat indah. Kalau selama ini aku melihat dari jauh orang mengundi, kini di depan mata. Bila semuanya telah selesai aku dan rakan balik ke pusat latihan. Meneruskan rutin seperti biasa. Siti.. Siti… emak engkau datanglah. Biar betul Sarimah… takkalah emak aku datang. Betul… pergilah tengok kat pejabat. Semasa aku sampaiakulihatemakmenangismemandangku.Kenapanimak?Apadahjadi?Afiqdahtakada.Kataemak.Dah tak ada… apa maksud emak dengan dah tak ada? Dia dah meninggal dunia. Hah! Meninggal dunia? Sakit apa mak? Dia kena leukemia. Aku tergamam dan tak tahu apa nak buat. Air mata aku mengalir laju. Adik yang aku sayang telah pergi buat selama-lamanya. Teringat aku kepada baju yang kupegang tetapi tidak jadi kubeli. Adakah ini petanda yang aku akan kehilangan dia? Mungkin ini takdir dari Allah dan aku menerima QadadanQadarAllahitu.

Al Fatihah….

Emak meminta agar aku pulang ke Ipoh tetapi aku menolak. Aku ingin teruskan cita-cita aku. Emak tidak bersetuju tetapi mengalah. Tanpa aku sedari emak telah meminta pelepasan jawatan dari PDRM. Pelepasan itu telah berjaya rupanya. Sedangkan aku tidak tahu menahu. Aku meneruskan latihan seperti biasa walaupunairmatasukardiseka,akuselalumenagisbilamengingatkanAfiq.Rasamenyesalmeninggalkannya.Semangatuntukbelajarkianpudar.NasibbaiklahCikguFauzi,TuanMohamaddanSIHusniselalumemberinasihat agar aku kuatkan semangat selain kawan-kawan seperjuangan. SI Husni, satu nama yang tak akan aku lupakan. Nyaris-nyaris aku tidak menjadi menantunya kerana dia selalu bercerita mengenai anak terunanya yang masih belum berpunya. Agaknya kalau lagi lama aku di sana sudah tentu aku menjadi menantunya.

Siti, sila lapor diri di pejabat kata Puan Kamsiah. Ada apa puan? Tanyaku. Awak telah dilepaskan jawatan. Awak perlu mengemas pakaian dan barang-barang awak kerana perkhidmatan awak telahpun tamat. Ibu bapa awak menunggu di ruang tamu. Mulai esok awak akan bertugas di sebuah sekolah di Ipoh. Rasa sedih teramat sangat aku rasa. Cita-citaku tidak berjaya akhirnya. Baru beberapa hari yang lalu aku mengisi borang untuk lantikan Inspektor Polis. Aku kecewa tetapi aku tidak mahu emak tahu yang aku kecewa.

Page 135: PANTUN.pdf

Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 135

Aku telah menyerahkan kesemua pakaian seragamku kepada rakan-rakan. Aku hanya membawa barang-barang yang penting sahaja balik ke Ipoh. Aku tak mahu membawa pulang kerana ianya akan menambahkan kesedihanku. Maka berakhirlah cita-citaku untuk menyarung seragam polis dan menamatkan latihan. Sampai bila-bilapun aku tak akan lupa perjalanan hidup sebagai pelatih polis yang banyak mendisiplinkan aku, susah senang bersama rakan-rakan, berhempas pulas belajar dan melakukan aktiviti-aktiviti yang menguji keimanan dan kesabaranku. Selamat tinggal semuanya.

Kini bermulalah kehidupanku yang baru. Dari seorang yang sentiasa berjemur di bawah cahaya matahari bertukar kepada bawah cahaya lampu. Dari kepanasan kepada kedinginan. Agak pelik dengan perjalanan hidup sepanjang tahun ini. Ketiga-tiga cita-citaku berjaya kuperolehi walaupun ianya ada yang tidak menjadi kenyataan. Sekurang-kurangnya percubaanku berjaya. Inilah dinamakan pancaroba dunia… mungkinkah aku yang menggapai di langit? Telah tersurat begini akhirnya. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana telah memberi pengalaman hidup yang sangat bermakna dan mematangkan diri ini.

Nukilan : Puan Esma Eiza Binti Mat.

Page 136: PANTUN.pdf

136 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen

Peraturan Dan Karenah Manusia

Ada apa dengan peraturan? Kenapa perlu ada peraturan? “Rules are meant to be broken” setengah orang berkata, jadi apa perlunya peraturan? Haish. Setiap hari dalam perjalanan ke tempat kerja dan balik semula ke rumah, pelbagai hidangan ragam manusia melanggar peraturan dapat dilihat. Oh! Peraturan

yang dimaksudkan di sini hanyalah peraturan jalan raya. Lorong khusus untuk pejalan kaki dijadikan short cut oleh penunggang motosikal untuk ke jalan bertentangan. Kenapa jadi begitu? Hanya kerana tidak mahu mengikut jalan yang betul, peraturan yang telah ditetapkan, u-turn di tempat yang sepatutnya. Hanya berbekalkan alasan, “alah..jauh la nak u-turn. Leceh! Lalu short cut pejalan kaki ni, lagisenang.Lagicepatsampai.Buatapanaksusah-susah?”atau“Merahlaapulak.Lambatnaktunggutrafficlight ni. Guna laluan pejalan kaki ni je la. Muat pun muat. Lagi senang. Lagi cepat.”

Bukan tujuannakcarikesalahanpenunggangmotor.Cuma,pendapataku,saizmotorkecil. Impakbesar kalau terjadi kemalangan. Iya laa, apa yang boleh lindung mereka? Tiada pintu untuk kurangkan impak kemalangan. Langkah keselamatan cuma helmet atas kepala. Suspen ok, bila memandu kereta ada motor berhampiran. Kita pula perlu lebih berhati-hati. Sebab kita tengok mereka cuai. Sudah tentu bukan semuanya yang cuai, tapi yang sedikit itu yang selalunya lebih banyak mencacatkan. Menjejaskan imej mereka.

Memang diakui motor itu kecil. Lebih mudah hendak menyelit, mencelah di mana-mana. Tapi, sedar tak? Kecil atau besar masih tertakluk kepada peraturan. Tiada pengecualian. Jadi, setelah dibentangkan dengan situasi di atas, agaknya apa reaksi orang sekeliling? Lebih mudah, reaksi kita sendiri kalau terjadi kemalangan kecil depan mata kita sendiri? Puncanya kecuaian penunggang motor itu sendiri?

Bayangkan situasi ini. Simpang empat, laluan kita merah. Mengikut peraturan, kita berhenti. Dari arah lain, nampak motor, laluan dia juga merah. Penunggang motor dan pemboncengnya. Hati meneka, “Teman wanita dia barangkali. Hmm..kejap lagi mesti dia guna laluan pejalan kaki jadi ‘short-cut’ dia”. Tepat betul telahan hati, tidak lama selepas itu kelihatan penunggang motor tersebut sedang “maneuver” motornya untuk menggunakan lorong pejalan kaki melintas. Sedang asyik “maneuver” di jalan sambil mengimbang motor, entah di mana silapnya, motor hilang imbangan. Lalu terhuyung-hayanglah motor tersebut dan terjatuh kedua-duanya dari motor yang dinaiki. Mujur jatuh di atas rumput. Bukan di atas jalan raya laluan kenderaan-kenderaan lain.

Haish. Hilang macho sang teman lelaki. Hilang keayuan sang teman wanita. Harapan untuk guna ‘short-cut’ akhirnya memakan diri sendiri. Tidak pasal-pasal jatuh motor pula. Motor tercalar, teman wanita dah cedera. Ego dan macho pun tercalar juga. Manakan tidak, jatuh depan orang ramai, atas salah sendiri. Mana nak sorok diri? Tadi, sang teman wanita mungkin hati berbunga sebab dapat jumpa buah hati, sekarang dah bertukar jadi marah pula. Malu dapat, sakit pun dapat. Kita yang memerhati keseluruhan kejadian, tidak pasti macam mana hendak beri reaksi. Kesian sebab dah jatuh motor, nak tergelak pun ada, geram pun ada. Lalu hati berkata sendiri, “Itu laa tak sabar. Nak sangat ikut “short cut” konon..kan dah jatuh..salah siapa? salah sendiri laa..PADAN MUKA!”

Itu kalau kemalangan kecil, tapi bagaimana pula kalau kemalangan yang mengakibatkan kecederaan yang teruk? Isu yang sama. Bagaimana kemalangan boleh terjadi? Masih lagi atas faktor kecuaian penunggang itu sendiri. Sudah kemalangan, baru nak beringat nak ikut jalan yang betul, ikut peraturan. Macam kata peribahasa Melayu, sudah terhantuk baru hendak tengadah. Tapi ragam manusia, seminggu dua memang ikut peraturan. Agak-agak dah lama, kisah kemalangan pun dah lupa. Luka pun dah baik, buat semula perangai lama. Cerita yang sama situasi yang sama akan berulang-ulang. Agaknya, kalau ada polis nak saman nanti baru tak buat. Manakan tidak, masing-masing sayangkan duit nak bayar saman.

Page 137: PANTUN.pdf

Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 137

Kadang-kadangakuterfikir,polisniberia-iasamanorangsanasinilanggarperaturan.Samanbilalebihhad laju. Saman bila tidak pakai tali pinggang keledar. Saman bila tidak pakai helmet. Semuanya asyik saman sahaja.Tapipernahterfikir?Kenapanakkenasaman?Sedartakkenapasemuakesalahanyangdisamanitusemuanya dengan tujuan yang satu, nak tolong jaga keselamatan diri kita sendiri dan pengguna lain. Orang lain yang sibuk-sibuk nak tolong jaga keselamatan kita. Kita sendiri macam mana? Tiada ke rasa nak jaga diri sendiri? Nyawa bukan boleh ditukar ganti. Apa kata, nak memudahkan kerja polis-polis semua, kita sendiri jaga keselamatan diri kita ikut peraturan yang ditetapkan terutama masa di jalan raya. Senang kerja mereka, kita pun hati senang tak perlu susah nak keluar duit bayar saman. Sebut pasal langgar peraturan dan ragam orang, anda sendiri pernah langgar lampu merah?

Nukilan : Puan Nor Ezura Binti Bahrin

Page 138: PANTUN.pdf

138 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen

Dari Neraka ke Jalan Telawi – But it’s just the price I pay. Destiny is calling me. Open up my eager eyes.

Ramli perlukan duit. Duit sewa rumah, duit makan, minum, bil utility dan sedikit peruntukan untuk bersosial. Dan Ramli telah melakukan pelbagai kerja, antaranya sebagai pelayan di restoran, menjadi pembantudigeraibuahdanlain-lain.WalaupunbegituRamlitidakpernahterlintasdifikiranuntuk

merompak. Berdosa katanya.

Kerja terakhir yang Ramli lakukan adalah sebagai budak penghantar pizza. Namun tidak sampaisebulan apabila Ramli diberhentikan akibat terdapat rungutan bahawa Ramli menggantikan uniform dengan t-shirtBadReligionketikamenghantarpizza.

Ramli tidak sesekali berputus asa. Namun kali ini Ramli inginkan kerja yang menyediakan pengalaman yang baru dalam hidupnya. Sedang Ramli berjalan, dia terpandang sebuah papan notis yang terdapat iklan jawatan kosong. “Khas untuk pencinta haiwan dan alam sekitar - pengalaman yang menyeronokkan! Hubungi Pengurusblablabla…”SesudahRamlihubungidanbercakapdenganpengurus.“Cis,kerjadizoorupanya,”bisik Ramli.

Keesokannya,Ramlipergikezoountukberjumpadenganpengurus.Pengurusyangsukadengansusuktubuh Ramli yang tinggi dan besar, mengatakan terdapat satu kerja yang sesuai untuk Ramli. Ramli dibawa melalui terowong dan jalan belakang, jalan yang tidak dilalui oleh pengunjung lain sehingga terlihat sebuah kandang yang menempatkan gorilla. Namun ianya kosong, tidak berpenghuni.

GorillayangdiberinamaJackyangkinisudahuzur,botak,lemau,dansudahtidaklagiberkarisma,tidak lagi mampu menarik perhatian pengunjung. Malah Jack terpaksa dikuarantin. Ketiadaan Jack di kandang menyebabkankanak-kanak tidak lagimenikmatikehangatan suasanadi zoo, sementelah sebelum ini Jackadalah penyumbang terbesar jualan tiket walaupun Jack hanyalah seekor gorilla yang membosankan.

Maka pengurus menerangkan norma kerja yang perlu dilakukan oleh Ramli. Kerjanya mudah, iaitu memakai sepasang kostum gorilla, bergayut dan bersedia untuk duduk di atas dahan pokok selama beberapa jam, atau apa sahaja habit seekor gorilla yang dirasakan sesuai untuk dipersembahkan.

“Okay. Kacang je ni. Mana kostumnya?” soal Ramli kepada pengurus. Keesokannya, sebelum pintu pagarzoodibukakepadaorangawam,Ramlisudahbersediadidalamkandang.Ramlipanjatsebatangpokokdan duduk di atas dahan. Tidak lama kemudian muncul beberapa kumpulan kanak-kanak dan terus menerpa ke arah kandang si Ramli sambil bersorak menepuk tangan.

DuajamberlaludanRamlimulaibosan.Ramlifikirmungkingorillayangsedikitagresifmampumenarikperhatian lebih ramai pengunjung. Lalu Ramli menepuk-nepuk dada gaya seekor gorilla, mencarik daun-daun kayu dan memanjat ke dahan yang lebih tinggi. Hampir sejam Ramli berkelakuan aneh sebegitu. Malah Ramli merasakan seolah-olah sudah sebati dengan kelakuan seekor gorilla yang agresif. Nyata perkiraannya betul. Pengunjung mula berkerumun, kanak-kanak menarik tangan ibu mereka untuk menyaksikan kelakuan seekor gorilla buang tebiat.

“Gorilla muda ni,” terang seorang ibu muda kepada anak.“Hihihi,” Ramli gelak dalam hati tanda puas.“Janda ni,” tambah Ramli.

Page 139: PANTUN.pdf

Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen 139

Di kandang sebelah terdapat seekor singa jantan yang mula muak dengan aksi gorilla si Ramli. Singa tersebut mula mengaum dan beberapa kali melanggar kandang sebagai tanda protes. Menyedari kemarahan sang singa, Ramli terus bergayut dari dahan ke dahan, menghampiri dan beberapa kali menendang kandang sang singa sebagai langkah provokasi. Mata sang singa tajam memandang tepat ke arah Ramli. Pandangan tidak puas hati. Ramli memanjat ke dahan yang lebih tinggi dan bergayut dari dahan ke dahan dan disambut oleh sorakan dan tepukan yang luar biasa dari kanak-kanak dan para ibu.

Entah kenapa, sedang asyik Ramli bergayut, beliau terlepas cengkaman untuk dahan yang seterusnya dan secara tidak langsung Ramli terlajak dan terjatuh ke dalam kandang sang singa! Ramli mula cemas. Ramli bingkas bangun dan terus menerpa ke arah pintu kandang sambil menjerit meminta pertolongan “Tolong, tolong! Tolong buka pintu ni! Aku nak keluar! Aku bukan gorilla yang kamu sangkakan! Aku tak mah..!”

Belum sempat menghabiskan ayat-ayat terakhir, Ramli diterkam oleh sang singa dari arah belakang. Ramli jatuh ke tanah. Kepala singa di belakang tengkuk si Ramli. Dan si singa berbisik, “Diamlah, bodoh. Kang tak pasal-pasal dua-dua kena buang kerja”.

Nukilan : Encik Wan Nuridzuan Bin Wan Abdullah

Page 140: PANTUN.pdf

140 Kompilasi Pantun, Sajak dan Cerpen

Grafik oleh:• Mohd Khairuddin Musliman • Muhammad Nasrul Ersal• Noorazlin Hashim