pantun teka teki t4

Upload: leslie-michael-chang

Post on 14-Jan-2016

151 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

pantun teka teki yang sesuai untuk murid sekolah rendah

TRANSCRIPT

1Hidup aman di dalam kota,Ada pemimpin bernama raja;Buruh-buruh rajin bekerja,Askar bertugas setiap masa.Jawapan: ___________________

2Naik basikal pergi ke pekan,Singgah membeli periuk belanga,Sungguh manis bila dimakan,Kulitnya merah berambut pula.Jawapan: ___________________

3Pokoknya tinggi daun melambai,Kekadang terbiar tidak berjaga,Airnya dijual di merata gerai,Mujarab sebagai penghilang dahaga.

Jawapan: ___________________

4Anak Pak Samad berhiba hati,Duduk merenung si anak itik,Bersusun cantik bukannya gigi,Ia berbunyi apabila dipetik.Jawapan: ___________________

5Kalau tuan bawa keladiBawakan juga si pucuk rebungKalau tuan bijak bestariBinatang apa tanduk dihidung?Jawapan: ___________________

6Anak dara berjalan pulang,Berjalan sambil membawa raga,Cubalah teka apa binatang?Siang tidur malam berjaga.Jawapan: ___________________

Nama:__________________________Kelas:_____________________PERTANDINGAN MENEKA PANTUN TEKA-TEKISJKC YUK CHOI, LAHAD DATU.TAHUN 4

7Bunga orkid indah warnanyaPenyeri taman dan juga hutanRamai orang datang bertanyaBintang apa hidup di lautan?Jawapan: ___________________

8Dayang memetik bunga melur,Bunga melur di tepi perigi,Ia menangis semasa bertelur,Habis bertelur ia pergi.Jawapan: ___________________

9Kaki diletak di atas lantai, Selepas pijak dipijak lagi,Apakah alat perlu dipakai,Untuk sampai ke tempat tinggi?Jawapan: ___________________

10Batangnya lembut daunnya lebar,Sungguh mudah hendak ditebang,Di merata tempat sudah tersebar,Digoreng panas enak dihidang.Jawapan: ___________________

11Boleh bernyanyi boleh bersuara, Ada bunyi tiada gambar,Lagu penghibur di kala lara,Berita tersiar cepat tersebar.Jawapan: ___________________

12Lima kuntum warnanya merah,Boleh dilihat di Jata Negara, Penyeri halaman rumah dan sekolah,Menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.Jawapan: ___________________

13Berbadan panjang bukannya tali,Di dalam tanah tempat tinggalnya;Kulitnya licin tiada berkaki,Cuba teka apakah jawabnya?Jawapan: ___________________

14Indah berkembang di Taman Sari,Cantik dihias sebagai jambangan;Tangkainya panjang penuh berduri,Baunya harum tiada tandingan.Jawapan: ___________________

15Bila kecil boleh ditiup,Sudah besar janganlah lagi,Kalau tercucuk ia meletup,Kalau terlepas terbangnya tinggi.Jawapan: ___________________

16Berduri bukannya landak,Rasanya sedap bukan kepalang;Berulas bukannya cempedak,Tekalah adik abang dan dayang?Jawapan: ___________________

17Jatuh ke kolam baju basahSebab habuk masuk ke mataBinatang ini menghisap darahBawa penyakit bagi manusiaJawapan: ___________________

18Ditarik ke atas bercantum dua,Ditarik ke bawah ia terpisah,Pada pakaian selalunya ada, Cuba teka janganlah resah.Jawapan: ___________________

19Bentuk dan rupa seakan buaya,Kecil sahaja tiada senjata,Kepada manusia tiadalah bahaya,Dibiarkan lalu di depan mata.Jawapan: ___________________

20Kalau tuan pakai lencana,Pakailah songkok di atas kepala,Kalau Tuan bijak laksana,Binatang apakah tiada kepala?Jawapan: ___________________