pantun peribahasa

Download Pantun Peribahasa

If you can't read please download the document

Upload: firda

Post on 07-Jun-2015

5.292 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

falsafah dan logika melayupantun peribahasaSarimah Binti Bakar JEA080123

TRANSCRIPT

ASSIGNMENT FALSAFAH & LOGIKA MELAYU KUPASAN BERKAITAN PANTUN PERIBAHASA NAMA ; SARIMAH BINTI BAKAR NO. MATRIK ; JEA080123 NAMA PENSYARAH ; PROFESOR AMRAN MUHAMMAD NAMA TUTOR ; CIK NURUL

PENGENALANProsa traditional merupakan penghasilan hasil karya kreatif sebelum bermulanya sastera moden.Sastera ini merupakan yang tertua dan satu-satunya jenis kesusasteraan yang wujud sebelum masyarakat Melayu mengenali sistem tulisan.Ciri-cirinya adalah seperti; 1.Penggunaan ayat-ayat yang panjang dan berbelit-belit 2.Tidak terdapat nama pengarang kerana berasal daripada cerita lisan 3.Mempunyai unsur-unsur mitos dan lagenda

Antara

contoh

prosa

traditional

ialah

pantun.Pantun

merupakan

pengucapan kemelayuan sejak dahulu kala sehingga kini.Dalam pantun terkandung seluruh jiwa,seni,kebijaksanaan,budi bahasa,dan pandangan dunia Melayu.Pantun Melayu sarat dengan kiasan dan nasihat. Dari sudut epistemologi pula, pantun mempunyai dua bahagian utama iaitu pembayang dan maksud atau sampiran dan isi.Namun demikian kedua-dua bahagian ini bertemu secara integratif sehingga menjadi suatu pengucapan yang begitu indah.Kedua-dua bahagian ini melengkapi dan tidak dapat dipisahkan. diibaratkan dua struktur yang saling

Antara contoh pantun Melayu ialah pantun peribahasa yang merupakan satu pantun yang penuh dengan kiasan berkaitan sesuatu perkara dimana terdapat unsur nasihat di dalamnya.

CONTOH PANTUN PERIBAHASA ;Tinggi sungguh Gunung Daik, Mercunya nampak terang berkelium; Kalau asal benih yang baik, Jatuh ke laut menjadi pulau. Kayu bakar dibuat arang, Arang dibakar memanaskan diri; Jangan mudah menyalahkan orang, Cermin muka lihat sendiri.

Pergi ke rumah Cik Mariam, Ramai orang tengah berjaga; Carik-carik si bulu ayam, Lama-lama bercantum juga. Kayu keras si kayu kampas, Alas tempat orang berjudi, Ada beras kerja pun deras, Ada padi kerja pun menjadi.

Kalau ada duit sekupang, Boleh beli cuka mentahun; Habis padi burung terbang, Bagai ulat tak kenangkan daun.

FALSAFAH DISEBALIK PANTUN

Tinggi sungguh Gunung Daik, Mercunya nampak terang berkelium; Kalau asal benih yang baik, Jatuh ke laut menjadi pulau.Secara keseluruhannya,pantun diatas membawa maksud seseorang individu yang baik akan sentiasa diterima oleh masyarakat walau di mana pun dia berada.Dalam pembayang pantun jelas menunjukkan penulis mengaitkan unsur alam dengan maksud yang ingin disampaikan iaitu antara benih dan juga laut.Dari sudut falsafah dapat difahami bahawa sesuatu yang berasal dari benih atau keturunan yang baik akan menjadi sesuatu yang berguna kapada orang lain.

Kayu bakar dibuat arang, Arang dibakar memanaskan diri; Jangan mudah menyalahkan orang, Cermin muka lihat sendiri.Pantun diatas membawa makna yang positif iaitu menyuruh masyarakat untuk melihat kekurangan yang terdapat pada diri sendiri sebelum menyalahkan orang lain berkaitan sesuatu perkara.Dari sudut falsafah masyarakat Melayu amnya,lebih suka untuk bermuhasabah diri iaitu sentiasa menyedari bahawa setiap individu mempunyai kelemahannya yang tersendiri.Dalam pembayang pantun,jelas menunjukkan perkaitan antara unsur alam iaitu kayu bakar yang dijadikan arang dan arang tersebut di bakar untuk memanaskan diri.

Pergi ke rumah Cik Mariam,

Ramai orang tengah berjaga; Carik-carik si bulu ayam, Lama-lama bercantum juga.Secara keseluruhannya pantun diatas bermaksud adik-beradik yang bergaduh,lambat-laun akan berbaik semula.Dalam rangkap maksud pantun diibaratkan seperti carik-carik bulu ayam yang lama kelamaan akan bercantum semula.Hal ini disebabkan hubungan darah diantara adik-beradik yang tidak boleh diputuskan.Dari sudut falsafah,masyarakat Melayu memang menitikberatkan kasih sayang atau silaturahim antara adik-beradik kerana ia merupakan salah satu asas kepada kebahagiaan sesebuah keluarga.

Kayu keras si kayu kampas, Alas tempat orang berjudi; Ada beras kerja pun deras, Ada padi kerja pun menjadi.Secara keseluruhannya rangkap pantun diatas membawa maksud sekiranya kita mempunyai kemahiran dan keupayaan berkaitan sesuatu perkara maka segala kerja yang dilakukan akan menjadi mudah dan senang.Dari sudut falsafah terdapat unsur pengajaran dalam rangkap pantun diatas iaitu kita seharusnya memiliki kemahiran yang mantap sebelum mencuba untuk melakukan sesuatu kerja agar kerja tersebut tidak menjadi sia-sia dan merugikan diri sendiri.Masyarakat Melayu selalu menerapkan dalam kehidupan seharian agar masyarakat tidak melakukan perkara yang sia-sia atau tidak berfaedah.

Kalau ada duit sekupang, Boleh beli cuka mentahun; Habis padi burung terbang, Bagai ulat tak kenangkan daun.Secara keseluruhannya pantun diatas bermaksud seseorang yang sudah lupa diri.Dalam rangkap maksud dikaitkan unsur flora dan fauna iaitu padi dan juga burung.Dari sudut falsafah,burung menjadi simbol kepada orang yang lupa diri kerana burung lantas terbang setelah padi habis di makannya.Selain itu,ulat turut diibaratkan sebagai seseorang yang lupa diri kerana ulat telah melupakan daun sedangkan daun adalah asal usul ulat.Berdasarkan pantun diatas terdapat unsur pengajaran didalamnya iaitu kita tidak seharusnya lupa diri kerana sifat ini akan membawa kepada kehancuran diri sendiri.

KESIMPULANBerdasarkan pantun peribahasa yang telah saya kupas dapat disimpulkan atau dirumuskan secara keseluruhannya bahawa karya klasik Melayu mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri.Disebalik nilai tersebut terdapat pula maksud yang tersirat atau abstrak dan memerlukan kajian yang mendalam untuk memahami maksud disebaliknya.Sebagai generasi baru kita hendaklah melakukan kajian tersebut agar nilainilai yang terdapat dalam karya klasik Melayu tidak pupus di telan zaman.

BIBLIOGRAFI 1.2007, Kamus Dewan Edisi ke empat, Kuala Lumpur,Dewan Bahasa dan Pustaka 2.Lagu Rakyat,Memupuk Kesantunan Melayu, Rogayah A.Hamid dan Jumaah Ilias. 3.1995 , Globalisme dan Patriotisme dalam Sastera Melayu Kumpulan Kertas Kerja Hari Sastera 4.Sumber internet .