pantun pengerusi jmb puncak arabella 2012

2
PANTUN PENGERUSI JMB PUNCAK ARABELLA 2012 (Disediakan oleh Pn Norazliah Ani) Petik ulam daun selasih Sayang layu atas jerami Ucapan ikhlas terima kasih Bina Arabella kediaman kami Tebang buluh dibuat rakit Dapat rebung boleh dijaja Rumah kami di puncak bukit Malangnya bumbung bocor sahaja Hijau pucuk teh menggapai awan Minuman tradisi keluarga diraja Pelan dipamer lengkap berdewan Mengapa kini tatapan sahaja? Jual sutera beli mastuli Rosak susu kerana nila Gelanggang futsal meriah sekali Sayang MDCH berhajat pula Buah strawberi masam rasanya Banyak dijual di pasar tani Rumah kami entah kukuhnya Cacat rosak sana dan sini Pernah tragedi gempar seketika Highland Tower menyembah bumi Hajat MDCH hak milik belaka Entahkan bersisa untuk kami? Aduan Rakyat rancangan kini Karam Singh suka bermain bahasa Sudah mengadu sana dan sini Tiada peduli malangnya rasa Serat surut terlangkah kembali Siram air mata berlinangan Ziarah Dato’ tanda peduli Dengarlah aduan berilah pertolongan (Disediakan oleh Pn Norazliah Ani)

Upload: norazliah-ani

Post on 06-Jul-2015

288 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pantun pengerusi jmb puncak arabella 2012

PANTUN PENGERUSI JMB PUNCAK ARABELLA 2012 (Disediakan oleh Pn Norazliah Ani)

Petik ulam daun selasihSayang layu atas jeramiUcapan ikhlas terima kasihBina Arabella kediaman kami

Tebang buluh dibuat rakitDapat rebung boleh dijajaRumah kami di puncak bukitMalangnya bumbung bocor sahaja

Hijau pucuk teh menggapai awanMinuman tradisi keluarga dirajaPelan dipamer lengkap berdewanMengapa kini tatapan sahaja?

Jual sutera beli mastuliRosak susu kerana nilaGelanggang futsal meriah sekaliSayang MDCH berhajat pula

Buah strawberi masam rasanyaBanyak dijual di pasar taniRumah kami entah kukuhnyaCacat rosak sana dan sini

Pernah tragedi gempar seketikaHighland Tower menyembah bumiHajat MDCH hak milik belakaEntahkan bersisa untuk kami?

Aduan Rakyat rancangan kiniKaram Singh suka bermain bahasaSudah mengadu sana dan siniTiada peduli malangnya rasa

Serat surut terlangkah kembaliSiram air mata berlinanganZiarah Dato’ tanda peduliDengarlah aduan berilah pertolongan (Disediakan oleh Pn Norazliah Ani)

Page 2: Pantun pengerusi jmb puncak arabella 2012