pantun melayu
TRANSCRIPT
Pantun Melayu
tuai padi antara masak esok jangan layu-layuan intai kami antara nampak
esok jangan rindu-rinduan
Salam buat seorang putera Putera tabah hadapi dugaan Pantun One bukan mendera
Bukan juga merampas puteri idaman
Mengapa dihiba mengapa ditangis Mengharap One menjaga sang
puteri One sendiri macam nak nangis
Kerana sang putera membawa diri
Usah risau One takkan rebut Kecuali Liana buat pilihan
Tak kiralah apa yang Shah nak sebut Puteri Shanghai atau puteri idaman
mandi hujan tak takut basah tapi saya takutkan paya
hati saudari nampaknya resah mungkinkah masih tidak berpunya
Orang di hulu kampung nan lama tempat menjala ikan pelata ihkrar setuju hidup bersama
tapi berubah apabila jauh di mata.
Jikalau merpati sudah terikat... jangan putus ikatan benang
jikalau hati sudah terpikat lekas-lekaslah masuk....
Kota nan kukuh di Inderagiri Jadi bualan jadi sebutan Sekian lama menyepi diri
Rupanya mimpi bersama bulan
Bulan purnama elok menyinar Di balik awan nampak berbalam
Cinta nan syahdu sudah tersebar Tersenyum daku siang dan malam
Bijak pendita bermain kata Di sana sini nama bersemadi
Cinta manusia ciptaan kita Cintakan Allah kekal abadi
Andai Rajuna berwajah anggun Seluruh pelusuk telah tersiar Tersirat di hati bagai terpegun
Bulan di tangan kenapa disambar?
Tuai padi sebelum masak Sireh junjung buat pinangan Ku cuba intai tapi tak nampak
Jadilah hamba rindu bayangan
Memasang lukah diTanjung Jati Dapat seekor siikan sepat
Ikatanmu bagai rambut tersimpul mati Bahagia hendaknya sepanjang hayat
Harum semerbak bunga kemboja Ditanam orang atas pusara Harap lina tak mengikut rasa
Bimbang diri yang akan sengsara
Dua tiga kucing berlari Mana sama si-kucing belang
Dua tiga boleh ku-cari Mana sama abang sa-orang
Tinggi tinggi mata hari Anak kerbau mati tertambat
Sudah lama saya mencari Baru sekarang saya mendapat
Kalau roboh Kota Melaka Papan di-Jawa saya dirikan Kalau sungguh bagai di-kata
Badan nyawa saya serahkan
Belajar di UK tajaan MARA, Tahun Lima kursus senibina, Apakah sebab wahai saudara?
Tak pernah jumpa tidur tak lena?
Laksamana Hang Tuah lima bersaudara,
Pergi ke Pahang mencari Tun Teja, Wahai Cik Adik...saya nak tanya
Apakah ubat hati yang lara?
Apa sebab apa kerana, Berselisih selalu bersapa tiada,
Ada sebab , ada kerana, Yang selalu tersua, sudah berpunya...
Azni ko gi kedai jap beli gula, omak nak buat puding dan sekaya, bukannya ape nak isi perut ko juga,
jangan duk asyik main internet saja.....
mak oo mak,kan kerajaan dah kata, kurangkanlah penggunaan gula,
kena kencing manis kang naya kita, penyakit jantung pun menjelang tiba,
he he he satu lori satu kereta,
hek eleh ko ni Azni ada2 saja, kalau dah malas tu jangan nak beri
alasan pula, kalau bil tipon naik ko jaga2,
aku tak bayar melopong saja.... kurangkanlah makan gulaa aaa aaaa aa
Tanam pinang rapat-rapat Biar senang puyuh berlari
Kalau kupinang, pinang tak dapat Kupujuk-pujuk, ku bawa lari
Biar senang puyuh berlari Pinang ditanam rapat-rapat Mengapa mesti dibawa lari
Bukankan baik mengikut adat?
Pinang ditanam rapat-rapat Agar dapat puyuh berlari
Kalau sanggup melanggar adat Tak usah kahwin hingga ke mati
Agar puyuh dapat berlari Makan pinang ditanam rapat Adat melayu jangan cemari
Kalau berusaha pastikan dapat
Maka pinang ditanam rapat Puyuh kini berlari-lari
Samalah kita menjunjung adat Tunggak budaya semai dihati
Relekslah brader kitakan kawan Berpantun kita terus meriahkan
Takkanlah sampai nak hilang kawan Kerana kekasih sahabat diketepikan?
Kitakan teman di alam siber Pantun jangan ada yang "heart
feeling" Jalinkan akrab sebagai "member" Ramaikan kawan itu yang penting
Madah tersusun berseri indah, Laksana permata berkilauan cahaya, Ku kumpul sinarnya penyeri rohani, Masa berpantun ku tamatkan sudah,
Jemputlah One dan sesiapa juga, Ke ambang maya Laman ku ini.
Kuntum Kemboja di celah dahan Bersih Pelupuk Kuntum Melati
Rindu di hati tiada tertahan Biarlah hamba mengundur diri
Kutanam-tanam padi seladang Malang nasibku lalang yang jadi Andai ada masa yang terluang Salam hormat berjumpa lagi
Bertudung biru si anak dara Tersenyum riang di Taman Kayangan
Bahasa Melayu pujaan pujangga Khazanah lama kita kembalikan
Bunga angsana terbang melayang Hinggap sebentar di tepi kali
Hendak ku buang terasa sayang Budaya Bangsa ku sanjung tinggi
Manikam Biru indah menawan Kemilau cahaya di balik tasik
Walaupun silih zaman berzaman Semakin berpantun semakin asyik
Seroja mekar harum baunya Segar setaman berseri seri Tuan Kirana apa kurangnya
Pantun Tuan menarik hati
Layang-layang terbang melayang jatuh kelaut disambar todak mulut saja berkhabar sayang di dalam hati satu pun tidak
Persada pantun menjadi saksi pantun ku jual harap di beli
Simpuh jebat beriring rodat serakah menerja merentas kertasa ampuh sejagat beranyam beradat ancamkah remaja beralas bahasa?
Start dari hulu, Main tarik upih,
Tak baik ngata orang, Tengok kita dulu,
Apa kita rasa lebih?
buat rumah di atas pokok, jangan pula pokok ditebang.
kalau tuan ada rokok, aku ingin minta sebatang.
Jajahan takhluk amat dihormati Puteri nan elok bersopan santun Alang kepalang gembiranya hati
Melihat KIRANA mula berpantun
Berita Puteri jadi sebutan Bagai kan kuntum kembang
menyinar Andai benar ku buat telahan
Padamu KIRANA banyakkan sabar
Orang di hilir bertanam padi Orang di hulu bercengkerama
Andai Bulan dibawa pergi Pengganti yang baru pasti menjelma
Terbang kenari bersama-sama Singgah berteduh di untai rami
Jangan dikenang Bulan yang lama Mentari kan bersinar menerang bumi
Ulik-ulik mayang di laman Ulik berseri bila bersama
Jangan lagi bermimpikan Bulan Gantikan ia dengan Purnama
KIRANA...barang yang lepas usah dikenang
Negeri Kedah kaya dengan padi, Padi dieksport kebanyakan negara,
Jika Azni ada yang sudi, Sambutlah salam kenalan dari saya.
Anak keling main congkak, Main congkak punya pelan ,
Boleh saya tumpang bertanya, Sudi tak u all semua nak berkenalan,
Bunga cengkih di pulau india Belanda kayuh membuat rempah
Siapalah tahu wajah sidia lawa Bagaikan bunga didalam tong
sampah
sorong papan tarik papan
salam perkenalan sebagai permulaan
Masak nasi padi huma Makan bersama ulam pegaga Hidup didunia sementara cuma
Apakah persediaan azni untuk ke Syurga ?
Wahai saudaraku yang kukasihi awasilah diri di zaman ini
tipu pedaya umpat dan caci subur dan mekar di saat ini
Wahai saudaraku ingat mengingati tiada gunanya meninggi diri umpat dan caci harus dijauhi
kerana ia merosakkan diri
Ikhlaslah dalam perbuatan janganlah ada muslihat terismpan
mengambil kesempatan atas kelemahan
insan ditindas mencari kemewahan
Binalah kasih di antara kita fitnah memfitnah haruslah tiada
gembiralah bersama ceria aman dan bahagia
bantu membantu berlaku seadilnya
Wahai saudaraku yang kukasihi marilah mendidik hati nurani
supaya kelak hidup disayangi malah hadirmu bukan dibenci
Lompat-lompat tali, lompat cepat-cepat, hidup biar berilmu, diri sentiasa selamat.
Kalau roboh Kota Melaka Papan diJawa saya dirikan Kalau sungguh bagai dikata
Badan dan nyawa saya serahkan
Encik Dollah pergi ka-Jambi Pergi pagi kembali petang
Kalau Tuhan hendak membagi Pintu berkancing rezki datang
Indra Giri pasir nya lumat Kerang bercampur dengan lokan
Ibarat Nabi kasihkan umat Begitu saya kasihkan tuan
Pulau pandan jauh de-tengah Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan di-kandung tanah Budi yang baik di kenang juga
Kapal kecil jangan di-belok Kalu di-belok patah tiang nya Budak kecil jangan di pelok
Kalau di-pelok patah tulang-nya
Pisang emas di-bawa belayar Masak sabiji di-atas peti
Hutang emas boleh di-bayar Hutang budi di-bawa mati
Pokok sireh daun-nya layu Tumbuh di-bawa pohon kelapa
Semua pandai bercakap Melayu Awak sa-orang tak tahu apa
sepak cikgu ditepi kantin tumbuk ustaz sampai pengsan
amalkan makanan yg penuh protein baru terjamin akan kesihatan
ajak kawan merompak kedai ikat kuli bersama tokeynya
janganlah suka duduk bersidai tolonglah ibu menyiram bunga
marilah kita bermain judi tak ada duit gadaikan tanah pusaka janganlah tuan menjadi kaki judi
kelak hidup akan binasa
hisap ganja bersama kawan lepak disko sampai pagi
buku pelajaran jangan dilupakan agar kemudian tiada rugi
bunuh kambing dibawah tangga bakar rumah ketua kampung
tolong menolong jiran tetangga hidup berkat ugama dijunjung
tumbuk sepak tempeleng dan terajang patahkan kaki dia biar lumpuh muda mudi marilah berjuang
membina negara bangsa yang ampuh
Ramai orang bercerai-berai, Paling ramai orang Kedah,
Bulan Ramadhan paling sesuai, Untuk postgrads jemput ke rumah
JIhad perwira pembela nusa, Ibu pertiwi tiada dua,
Sudah lumrahku insan biasa, Salah dan silap, kira settle le...
Kapal layar dipukul arus, Terus belayar ikut pedoman,
Pantun Melayu hidup terus, Tidak kalah dilambung zaman.
Kayu cendana di atas batu, Sudah diikat dibawa pulang, Adat dunia memang begitu,
Benda buruk memang terbuang.
Buah ganja makan dikikir, Dibawa orang dari hulu,
Barang kerja hendak difikir, Supaya jangan mendapat malu.
Ngun Syah Betara Sakti, Panahnya bernama Nila Gandi,
Bila emas banyak di peti, Sebarang kerja boleh menjadi.
Tanam balik buah peria, Buah peria mahal sekali, Buat baik berpada-pada, Buat jahat jangan sekali.
Kalau tuan mengail ikan, Jangan mengail ikan sepat,
Bukankah dulu saya berpesan, Pokok-pokok berduri jangan dipanjat.
Tempat bermain Indera Mengindera, Bersama dengan hulubalang delapan,
Datang masa rebutlah segera, Jika tidak putus harapan.
Ketua-ketua raja duduk, Jangan ditimpa papan,
Diketahui ganja itu mabuk, Apakah sebab maka dimakan?
Di hilirnya Kampung Keloka, Bertentang dengan Tebing Tinggi,
Di negeri kita semuanya ada, Asalkan sanggup berdikari.
Mangkuk jorong pinggan pun jorong, Sejorong berisi buah jati, Dua tiga kata terdorong,
Jangan dibawa masuk ke hati.
Terang bulan di malam sepi, Cahaya memancar ke pokok kelapa,
Hidup di dunia buatlah bakti, Kepada saudara ibu dan bapa.
Menulis surat di dalam gelap, Hurufnya salah banyak tak kena,
Jagalah diri jangan silap, Jikalau silap dapat bencana.
Jeragan mudik ke Sekukuh, Dengan sampan muat berdua, Jangan asyik berpeluk tubuh, Perbuatan itu membawa lara.
Ambil kain dibuat sumbu, Nasi santan dibuang-buang, Jangan dibuat seperti tebu, Air ditelan hampas dibuang.
Menanam bunga di dalam pasu, Bunga melati dan bunga pandan,
Jangan ikut hawa nafsu, Kelak nanti binasa badan.
Jangan gergaji pokok talas, Nanti lesung dimakan pahat, Jangan menjadi orang malas, Perut kosong badan tak sihat.
Jangan dibuka pintu lukah, Jika dibuka ikan meluru,
Jangan suka mencari salah, Salah kita baiki dahulu.
Buah berangan dalam kota, Direndang orang tengah hari,
Jangan tuan kata-mengata, Takut menimpa hidung sendiri.
Gunung Daik nampak berjajaran, Nampak dari segala pekan,
Jikalau baik ambil akan pelajaran, Jikalau jahat segera buangkan.
Gunung Tahan sama didaki, Sungai Pahang sama direnang,
Jikalau semua bersatu hati, Kerja yang payah menjadi senang.
Kalau ada jarum yang patah, Jangan disimpan di dalam peti,
Kalau ada silap sepatah, Jangan disimpan di dalam hati.
Melangir keris pusaka hikmat, Keris sejarah sejak bahari, Kalau gadis ingin selamat, Jangan murah menjual diri.
Dayung perahu tuju haluan, Membawa rokok bersama rempah,
Kalau ilmu tidak diamalkan, Ibarat pokok tidak berbuah.
Pergi ke hulu membawa angsa, Angsa berasal dari seberang, Kalau mahu hidup sentosa,
Jangan dengar umpatan orang.
Jika dilurut padi masak, Jatuh ke tanah berderai-derai,
Kalau takut dilambung ombak, Jangan berumah di tepi pantai.
Kerana apa binasa badan, Kalau tidak kerana paku, Kerana apa binasa badan, Kalau tidak kerana laku.
Terang bulan bintang berjajar, Kapal belayar di laut Jawa, Murid budak wajib belajar,
Bila besar tidak kecewa.
Orang haji dari Jeddah, Buah kurma berlambak-lambak, Pekerjaan guru bukanlah mudah,
Bagai kerja menolak ombak.
Subur tumbuhnya pohon kelapa, Buahnya banyak bertali-tali, Turutlah kata ibu dan bapa, Takbur jangan sekali-kali.
Payung perahu tuju haluan,Membawa rokok dan juga rempah,
Kalau ilmu tidak diamalakan,Ibarat pokok tidak berbuah.
Daripada Sharil Azhar
Ada hulu ada mata,Dari besi asalnya diri,
Senjata terkenal dahulu kala.Untuk pertahan bala diri,
Daripada Raizatul
Awak kata itik,Saya kata ayam,
Sudah kena jentik,Baru nak diam.
Daripada Norafifah
Bunga melati bunga raya,Diletak ia di dalam sampan,
Rukun Islam lima perkara,Jangan pula kita lupakan.
Daripada Hafizul
Membasu kain di tepi sungai,Teman pula seekor buaya,Jika ingin menjadi pandai,Bacalah buku setiap hari.
Daripada Enfendy
Burung saya cantik sekali,Pandai pula bergurau senda,Nasihat guru perlu dipatuhi,
Supaya tidak dipandang hina.Daripada Imanuddin
Murid beratur masuk ke kelas,Apabila ditegur jangan terasa,Waktu belajar rajin dan cergas,
Amalkan ia setiap masa.Daripada Norsuhada
Ceng ceng gula batu, Bunyi loceng pukul satu,
Ceng ceng gula batu,Hari ini hari Sabtu.Daripada Ahmad
Bunga melati banga raya,Di letak di dalam sampan,Rukun Iman lima perkara,Jangan pula kita lupakan.
Daripada Mohd. Eddy
Pisang emas di bawa belayar,Masak sebiji di atas peti,
Kalau tuan hendak beli belilah yang nenek,
Kalau awak hendak pergi jangan pergi dengan belayar.
Daripada Nurul Azimah
Dari Ipoh ke kampung Jawa,Hujan lebat sampai ke Segamat,
Orang yang gopoh selalu kecewa,Biar lambat asalkan selamat.
Daripada Hazwanee
Barang kemas jangan digadai,Orang malas mesti diajar,Jika mahu menjadi pandai,Kita mestilah rajin belajar.Daripada Nurul Shuhada
Cuaca panas diliputi awan,Langit terang hingga ke senja,
Bukulah teman bukulah kawan,Amalan orang yang bijaksana.
Daripada Norshazliza
Setiap hari membasuh kain,Membasuh kain di tepi kedai,Membaca buku mestilah rajin,
Agar kita menjadi pandai.Daripada Nazdie
Ke pantai bapa membawanya,Tanjung bunga cantik pantainya,
Pasir putih jernih airnya,Batu besar indah nampaknya.
Daripada Nurul Azella
Perahu di dayung menuju pasar,Sarat berisi pala dan rotan,Cari guru tempat belajar,
Tidak menyesal kemudian hari.Daripada Khairul Azwan
Petang hari menjual jamu,Jamu dijual dekat sampan,
Mencari ilmu usahkan jemu,Biarpun jauh di sebarang lautan.
Daripada Azmi Erip
Pergi ke kedai membeli durian,Mari dimakan bersama ibu,
jika adik inginkan pengetahuan,Jangan lupa membaca buku.
Daripada Nurliyana
Pulau Pandan jauh ke tengah,Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,Budi yang baik dikenang juga.
Daripada Norezan
Puan Rosnah pergi ke pasar,Pergi ke pasar bersama Ani,
Kalau Cik abang sangat pandai,Buah apa yang banyak isi ?
Daripada Siti Safra
Sirih diijunjung untuk dijual,Bila petang semuanya laku,
Boleh didengar tidak boleh disoal,Cuba teka apakah diriku ?Daripada Norfatia Atieka
Dari Muar pergi Melaka,Pergi ke Melaka menaiki kereta,
Cubalah tuan cubalah teka,Buah apa yang banyak mata ?
Daripada Norhidayah
Buah ciku dimakan tupai,Jatuh sebiji di atas batu,
Kalau mahu menjadi pandai,Rajin-rajin membaca buku.
Daripada Khadijah
Kepada keluarga perlu dibantu,Agar tidak kecewa nanti,Taat kepada ayah dan ibu,
Ke dalam Syurga balasan nanti.Daripada Suria
Dalam semak ada duri,Ayam kuning buat sarang,Orang tamak selalu rugi,
Macam anjing dengan bayang-bayang.Daripada Siti Munirah
Angin bertiup ke pantai Segamat,Laut tenang menjadi gelora,
Tabahkan hati teguh semangat,Untuk berjuang membela negara.
Daripada ?
Pergi ke kedai menaiki kereta,Singgah sebentar di tepi kali,
turunlah kata badan bapa,Sombong jangan sekali-kali.
Anak dara menumbuk pandan,Membuat kuih hidangan kenduri;
Ilmu yang baik jadikan teladan,Segala yang buruk letak ke tepi.
Rumah kecil tiang seribu,Rumah besar tiang sebatang;
Kecil-kecil ditimang ibu,Sudah besar ditimang gelombang.
Kalau ada jarum patah,Jangan simpan di dalam hati;
Kalau ada silap dan salah,Jangan simpan di dalam hati.
Malam ini merendang jagong,Malam esok merendang serai;Malam ini kita berkampung,
Malam esok kita bercerai.
Kalau ada sumur di ladang,Boleh kita bersama mandi;
Kalau ada umur yang panjang,Boleh kita berjumpa lagi.
Tuai padi antara masak,Esok jangan layu-layuan;Intai kami antara nampak,Esok jangan rindu-rinduan.
Gunung Tahan sama didaki,Selat Melaka sama direnang;
Jika kita bersatu hati,Perkara susah menjadi senang.
Nona manis memakai sanggul,Kaki berjuntai mengalun buaian;Amanah kerajaan sama dipikul,
Dahulukan rakyat utamakan pencapaian.
Buah papaya dihiris-hiris,Jadi hidangan di waktu senja
Pendidikan dijulang, maksiat dikikis,Terkenal SKLJP1 seantara dunia.
Bunga selasih sibunga padi,Kembangnya mekar di dalam taman;
Ilmu dicari hingga ke mati,Supaya hidup sentiasa aman.
Kalau menebang si pohon jati,
Jangan dilupa pesan laksamana,Pengetua memimpin guru murid turuti;
Pasti Visi Misi SMTP terlaksana.
Buahlah betik dalam perahu,Enak dimakan di hari petang;
Pengetua berusaha erat bersatu,Modal insan negarabangsa dikembang.
Kalau bukan kerana bintang,Tidaklah bulan terbit tinggi,Kalau bukan kerana sayang,
Tidaklah Pengetua datang ke mari
Bunga selasih mekar berkembang,Menjadi idaman si anak dara;
Pendidikan cemerlang ilmu dijulang,Pasti PIPP akan terlaksana.
Dian tiga lilin pun tigaTanglung tergantung rumah laksamana
Diam juga sabar pun jugaAda umur kita bersua.
Pukulah gendang pukul rebana,Dalam majlis tari menari;
Banyak berjalan berkembanglah minda,
Untuk pedoman kemudian hari.
Makan sirih berpinang tidak,Pinang diambil di bawah tangga;Peranan Pengetua dinafi tidak,
Lahirkan masyarakat minda kelas bangga
Burung merpati atas jerami,Jerami terhampar di tengah bendang;
Guru berkesan Guru dikagumi,SMTP cemerlang Malaysia terbilang.
Tanam lenggun tumbuh kelapaTerbit bunga pucuk mati
Budimu tuan saya tak lupaSudah terpaku di dalam hati
Teguh setia mengisi harapan, Insan berilmu Penunjang peribadi,
Berpadu tenaga mencapai kejayaan, Sehati sejiwa berhemah tinggi
Bila memandang ke muka laut,Nampaklah sampan mudik ke hulu;Terkenang Tuan mulut menyebut,
Budi yang baik ingat selalu.
Anak merak di Kampung Cina,Cari makan meniti batang;
Hadirnya saya bukan terpaksa,Menggerakkan SKLJP1 terus
gemilang.