wajah diri pantun melayu

43
WAJAH DIRI PANTUN MELAYU Sebuah Artikel yang disumbangkan pada 12/18/2008 11:16:16 AM http://www.esasterawan.net/esasterawan/1_karya.asp?uid=170&ID=3920 PANTUN MELAYU: MENELUSURI WAJAH DIRINYA Oleh: Azmi Rahman Pengenalan Satu daripada genre puisi yang popular dalam tradisi lisan orang Melayu ialah pantun Melayu. Malahan tradisi berpantun masih hidup subur dan dikembangkan melalui sayembara mengarang pantun dan pesta berbalas pantun yang dianjurkan sama ada di peringkat sekolah, institusi pendidikan tinggi, negeri, nasional atau antarabangsa . Ada pula pantun Melayu baru yang mengungkapkan tema dan isu semasa diterbitkan, misalnya 808 Pantun Baru (Khadijah Hashim, 1997), dan 1001 Pantun Baru (Khadijah Hashim, 1999). Pantun-pantun yang diungkapkan kini ada yang bertujuan untuk bersuka-sukaan sahaja tanpa memikirkan aspek keindahannya dan ada yang mengambil kira kedua-dua aspek tersebut. Namun begitu, makalah ini akan mendekati wajah diri pantun; makna pantun, asal penciptaan pantun, ciri umum, dan jenis pantun Melayu. Pengetahuan tentang wajah diri pantun Melayu akan membantu peminat, pengkaji dan pencipta menyelami wajah diri luaran dan dalaman pantun. Makna Pantun Dalam kesusasteraan Melayu, pantun, syair, seloka, gurindam dan sajak dikelompokkan dalam genre puisi. Kata puisi itu pula berasal daripada bahasa Belanda iaitu poezie. Ia bererti bentuk pantun dan syair, serta pancaran perasaan dan fikiran (Harun Aminurrashid, 1968, hal. 1). Manakala Za’ba dalam Ilmu Mengarang Melayu (1965, hal. 218) pernah menulis

Upload: hamdan-nordin

Post on 29-Nov-2015

141 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Wajah Diri Pantun Melayu

WAJAH DIRI PANTUN MELAYU Sebuah Artikel yang disumbangkan pada 12/18/2008 11:16:16 AM http://www.esasterawan.net/esasterawan/1_karya.asp?uid=170&ID=3920

PANTUN MELAYU: MENELUSURI WAJAH DIRINYA

Oleh: Azmi Rahman

Pengenalan

            Satu daripada genre puisi yang popular dalam tradisi lisan orang Melayu ialah pantun Melayu. Malahan tradisi berpantun masih hidup subur dan dikembangkan melalui sayembara mengarang pantun dan pesta berbalas pantun yang dianjurkan sama ada di peringkat sekolah, institusi pendidikan tinggi, negeri, nasional atau antarabangsa . Ada pula pantun Melayu baru yang mengungkapkan tema dan isu semasa diterbitkan, misalnya 808 Pantun Baru (Khadijah Hashim, 1997), dan 1001 Pantun Baru (Khadijah Hashim, 1999). Pantun-pantun yang diungkapkan kini ada yang bertujuan  untuk bersuka-sukaan sahaja tanpa memikirkan aspek keindahannya dan ada yang mengambil kira kedua-dua aspek tersebut. Namun begitu, makalah ini akan mendekati wajah diri pantun; makna pantun, asal penciptaan pantun, ciri umum, dan jenis pantun Melayu. Pengetahuan tentang wajah diri pantun Melayu akan membantu peminat, pengkaji dan pencipta menyelami wajah diri luaran dan dalaman pantun.

Makna Pantun

            Dalam kesusasteraan Melayu, pantun, syair, seloka, gurindam dan sajak dikelompokkan dalam genre puisi. Kata puisi itu pula berasal daripada bahasa Belanda iaitu poezie. Ia bererti bentuk pantun dan syair, serta pancaran perasaan dan fikiran (Harun Aminurrashid, 1968, hal. 1). Manakala Za’ba dalam Ilmu Mengarang Melayu (1965, hal. 218) pernah menulis bahawa puisi itu juga disebut ’karangan berangkap’.

            “Dalam Bahasa Melayu adalah beberapa macam Karangan Berangkap itu dinamakan pantun, syair, bait, gurindam, dan seloka iaitu mengikut masing-masing sifatnya dan jalan rangkapnya. Di antara lima itu pantun dan syair itulah yang lebih mashyur dan selalu dibuat orang”

            R. J. Wilkinson dan R. O. Winstedt, dalam Pantun Melayu (1961, hal. 111) pula menegaskan pantun kuat hubungannya dengan hati nurani dan fikiran orang Melayu. Melalui pantun kita dapat mengenali peribadi orang Melayu. Mereka menyatakan bahawa:

Page 2: Wajah Diri Pantun Melayu

            “Orang asing yang belum mengenal pantun, boleh dikatakan orang itu belum mengenal rohani dan jalan fikiran orang Melayu yang sebenar.”

            Kata pantun terdapat dalam berbagai-bagai bahasa di Nusantara, misalnya, “tuntun” (bahasa Pampanga), “tonton” (bahasa Tagalog, Filipina), “tuntun”, “atuntun”, “matuntun” (bahasa Jawa Kuno) dan “pantun” (bahasa Toba) di Sumatera (Mohd. Yusof Md. Nor dan Abd. Rahman Kaeh, 1985, hal. vi). R. Brandstetter, ahli bahasa Swiss berpendapat bahawa akar kata pantun ialah “tun”.

            “tuntun” bererti teratur.

            “tonton” bererti bercakap secara teratur.

          “tuntun”, “atuntun”, “matuntun” bererti benang, teratur, memimpin.

           “pantun” bererti kesopanan, kehormatan.

            Makna kata pantun yang diberikan ini semuanya menjurus kepada “satu yang teratur sama ada ucapan, pimpinan, didikan, atau kesopanan” (Mohd. Yusof Md. Nor dan Abd. Rahman Kaeh, 1985, hal. vi). Jika diteliti, sifat pantun memang rapi susunannya dengan memancarkan ketelitian pencipta yang mencipta pantun Melayu.

            Dalam bahasa sastera lama, kata pantun membawa erti:

a.                   seperti atau umpama

b.                  peribahasa

c.                   bentuk puisi lama (pantun)

Misalnya

a.                   Kami sepantun anak tiram,

Kasihan ombak maka mandi;

(sepantun bererti seumpama atau seperti)

b.                  Seperti kata sepantun Melayu,

Dititik belah, dipalu belah,

Tembikar juga akan sudahnya.

c.                   Maka Hang Jebat dan Hang Kasturi pun berpantun demikian bunyinya:

Page 3: Wajah Diri Pantun Melayu

Hang Jebat Hang Kasturi,

           Budak-budak Raja Melaka;

Jika hendak jangan dicuri,

  Mari kita bertentang mata.

Omardin Haji Asha’ari (1961, hal. 3) pula menyimpulkan bahawa pantun  ialah karangan berangkap. Dan karangan itu pula terbahagi kepada dua bahagian iaitu sampiran dan maksud. Pantun-pantun berikut menjelaskan penyataan tersebut.

        a)      Sebab dulang kayu serpih,

        b)      Mengata orang awak yang lebih.

        a)      Tak tumbuh tak melata,

b)                  Tak sungguh orang tak kata.

        a)      Sudah gaharu cendana pula,

b)                  Sudah tahu bertanya pula.

Baris (a) dalam pantun dua kerat di atas disebut sampiran atau pembayang. Maksud pula terlihat dalam baris (b) setiap pantun di atas.

        a)      Sorong papan, tarik papan,

b)                                Papan kemudi dalam perahu;

c)                  Suruh makan saya makan,

d)                                Suruh  mengaji saya tak tahu.

        a)      Yang kurik kundi,

b)                        Yang merah saga;

c)                  Yang baik budi,

Page 4: Wajah Diri Pantun Melayu

d)                        Yang indah Bahasa.

        a)      Nasi lemak buah bidara,

b)                       Sayang selasih saya lurutkan;

c)                  Buang emak buang saudara,

d)                       Sebab kasih saya turutkan.

Baris a dan b bagi setiap pantun empat kerat di atas, dinamakan sampiran atau pembayang Manakala baris c dan d pula dinamakan maksud pantun. Pada dasarnya pantun terbina oleh empat baris sestanza. Setiap  baris pula umumnya mempunyai empat kata dengan rima hujung barisnya dikesan abab. Kadangkala terdapat pantun yang mempunyai rima dalaman.

“The most striking characteristic of the pantun, however, is the relationship between the first and the second complete. By its sound and / or its significance. Symbolic or ortherwise the first complete alludes to the second pair of lines in which the posts meaning is clearly revealed. It is largely this relationship between the two halves of the stanza which has stimulated the interest of researchers and translator” (A. Teeuw, 1965).

Dalam kata pengantar, Shair Ken Tambuhan, A, Teeuw (1966 : viiii), menyatakan bahawa “hanya ada dua jenis puisi Melayu yang umum diketahui dan digemari dalam seluruh dunia Melayu, iaitu pantun dan syair”.Pantun ialah puisi rakyat yang terbina dalam sebuah untaian yang ringkas, biasanya empat baris, memberi kesatuan bentuk dan makna yang bulat. Sifatnya yang terpenting ialah hubungan istimewa antara bait pertama dan bait kedua; bait pertama umumnya tidak mustahak kerana ertinya yang nyatakan, tetapi harus difahami. Sebagai pembayangan bait yang kedua, baik kerana bunyinya, mahupun kerana ertinya, perlambangan dan lain-lain.Dengan kata lain pantun bersifat sindiran. Pantun tercipta untuk semua golongan tanpa mengira batas usia kanak-kanak, orang muda, dan orang tua (dewasa).

Asal Penciptaan Pantun Melayu

            Suatu karya tradisi masyarakat itu seharusnya mempunyai penciptaan. Begitu jugalah dengan pantun Melayu. Dalam membongkar dan mengesan persoalan ini, para sarjana Barat dan Melayu telah mengemukakan pendapat masing-masing. Misalnya, Van Ophuijsen berpendapat bahawa orang Mandailing di Sumatera, Indonesia yang menggunakan daun-daun sebagai lambang (simbol) untuk menyatakan perasaan hati. Pendapat Van Ophuijsen ini ditolak oleh Wilkinson (dalam Mohd. Yusof Md. Nor dan Abd. Rahman Kaeh, 1985, hal. vi).

Page 5: Wajah Diri Pantun Melayu

            Wilkinson dan Wintedt (1961) berpendapat bahawa kelahiran pantun adalah daripada kebiasaan masyarakat Melayu menggunakan bahasa berirama atau bersajak. Tradisi atau kebiasaan itu berkembang secara lisan, sebelum dipindah kepada bentuk pantun sedia ada. Wilkinson melahirkan pendapatnya berdasarkan masyarakat yang umum. Beliau tidak merujuk kepada mana-mana masyarakat Melayu seperti yang disuarakan oleh Van Ophuijsen dan R. Hoessein Djadjaningrat (1933/34, hal. 16).

            Mengikut Za’ba,  pantun tercipta berdasarkan sesuatu peristiwa seharian, misalnya peristiwa pertemuan dua sahabat karib di tepi ladang atau sawah. Kebetulan rumput di sawah lebih tinggi daripada padi.

Pertanyaan :      Dari mana hendak ke mana?

Jawapan     :    Hendak melihat sawah. Rumput lebih tinggi   daripada padi.

Maka terciptalah pantun:

Dari mana hendak ke mana,

     Tinggi rumput dari padi;

Hari mana bulan yang mana,

     Dapat kita bertemu lagi.

Ciri-ciri Pantun Melayu

            Masyarakat Melayu di Nusantara memiliki banyak warisan kebudayaan dan sastera yang menjadi kebanggaan zaman berzaman. Meskipun begitu, para sarjana kesusasteraan Melayu klasik berpendapat bahawa pantun menjadi kepunyaan dan hasil ciptaan asli orang Melayu. Kajian oleh Harun Mat Piah (1981) dengan melihat  perbandingan pendapat sarjana-sarjana Barat, misalnya Winstedt, A. Teeuw dan Overbeck menyimpulkan bahawa tiada unsur dan aktiviti penyaduran dalam pantun Melayu. Genre sastera Melayu klasik/ tradisional selain pantun, misalnya syair, mantera, dan gurindam terdapat unsur-unsur saduran.

            Ciri-ciri umum yang dimiliki oleh pantun Melayu itu cukup unik dan membezakannya daripada genre sastera yang lain. Ciri-ciri tersendiri pantun yang dimaksudkan ialah:

Page 6: Wajah Diri Pantun Melayu

(a)            Memiliki rangkap-rangkap yang berasingan.

(b)             Setiap rangkap terdiri daripada baris-baris atau kerat-kerat, misalnya pantun dua kerat, pantun empat kerat, enam kerat, lapan kerat, sepuluh kerat, dua belas kerat, enam belas kerat dan pantun berkait (Lihat contoh dalam Lampiran B).

(c)              Jumlah suku kata dalam setiap baris antara lapan hingga sepuluh.

(d)               Setiap rangkap ada bahagian  pembayang (sampiran) dan bahagian maksud..

(e)               Skima rima hujung baris  a, b, a, b.

(f)                Setiap rangkap pantun memiliki kesatuan fikiran yang lengkap dan sempurna.

(g)                Pantun memiliki lambang atau simbol yang sesuai dengan norma dan nilai (tatasusila) masyarakat setempat.

(h)                Terdapat hubungan makna antara pembayang atau sampiran dengan bahagian maksud pantun.  (Mohd. Yusof Md.Nor dan Abd. Rahman Kaeh, 1985, hal. viii).

Berhubung dengan ciri terakhir itu, timbul polemik di kalangan sarjana atau pengkaji pantun. Persoalan ini pernah ditimbulkan oleh Van Ophuijsen (1984, hal. 9-10) dalam satu pidatonya tentang pantun Melayu. Pantun berikut dijadikan contoh perbincangan.

             Belayar ke Pulau Bekal,

                 Bawa siraut dua tiga;

             Kalau kail panjang sejengkal,

                 Jangan laut hendak diduga.

            Sepintas lalu apabila pantun di atas dibaca, kita akan terasa begitu ganjil. Maksud pantun itu cukup jelas dan mudah difahami oleh pendengar atau pembaca. Tetapi persoalannya, apakah kaitannya antara sampiran dengan maksud pantun itu? Ternyata sampiran tidak

Page 7: Wajah Diri Pantun Melayu

mempunyai kaitan makna dengan maksud. Pembayang atau sampiran dicipta hanya sekadar untuk menyesuaikannya dengan maksud pantun itu.

            Manakala Pijnappel (dipetik dalam Harun Mat Piah, 1989, hal. 138) pula cuba mencari perhubungan antara sampiran dengan maksud pantun. Pada pandangannya, bahagian sampiran pantun seolah-olah kiasan, lukisan atau gambaran sesuatu yang dinyatakan oleh bahagian maksud. Contoh pantun yang diberikan olehnya ialah:

                   Telur itik dari Sanggora,

                      Pandan terletak dilangkahi;

                   Darahnya titik di Singapura,

                      Badannya terlantar di Langkawi.

            Pijnappel mentafsirkan pengertian pantun itu begini: Sanggora merupakan sebuah kerajaan yang terletak di Siam.  Telur itik itu dinyatakan berasal daripada Sanggora. Kemudian dinyatakan  pula ialah (p) Pandan terletak terlalu berdekatan sehingga boleh dilangkahi/diseberangi. Jika difahami demikian, ternyatalah bahawa peristiwa pembunuhan itu terjadi di Singapura. Tetapi kuburnya terletak jauh dari tempat dia dibunuh iaitu di Langkawi. Isi pantun ini merujuk kepada peristiwa pembunuhan Jana Khatib dalam cetera 10, Sejarah Melayu (Shellabear, 1983). Dalam teks tersebut diceritakan bahawa Seri Maharaja murka apabila Jana Khatib yang memiliki ilmu tinggi; dengan melihat pokok pinang terbelah dua pokok itu. Jana Khatib diperintah supaya dibunuh. Darahnya menitik di Singapura, kemudian dia ghaib dan dikatakan jasadnya disemadikan di Langkawi. Jika diteliti dari segi kedudukan geografi, Pulau Langkawi terletak di utara Semenanjung Malaysia (di Kedah), manakala Singapura pula terletak di selatan Semenanjung Malaysia. Manakala Sanggora dan Pandan itu letaknya juga terletak berjauhan.

            Dalam hal ini, memang timbul kerumitan untuk mencari perhubungan antara sampiran dengan maksud pantun itu. Justeru kerumitan itulah, Van Ophuijsen (1984, hal. 10) pernah menyuarakan pendapatnya.

            “Pada hemat saya mencari perhubungan kedua bagian pantun itu tiadalah akan faedahnya. Barangkali terdapat dengan beberapa daya upaya kita boleh mencari perhubungan kedua-dua bahagian yang termakan oleh akal tetapi perhubungan itu tiadalah sengaja membuatnya”.

Page 8: Wajah Diri Pantun Melayu

Untuk lebih jelas, perhatikan pantun-pantun berikut:

Jenderal majlis mati di Bali,

                        Berkubur di tanah lapang;

                  Apa diharap kepada kami,

                        Emas tiada bangsa pun kurang.

                   Satu, dua, tiga, enam,

                         Enam dan satu jadi tujuh;

                   Buah delima yang ditanam,

                         Buah berangan yang tumbuh.

Dalam pantun di atas yang jelas ialah hubungan bunyi atau rima sahaja. Hubungan semantik bukan semuanya ada pada pantun. Hooykaas menyatakan “Mungkin ada pantun yang tak ada hubungan antara kedua pasangannya tapi hubungan ini pasti ada pantun yang baik”.

Penjenisan Pantun

            Dalam Kumpulan Pantun Melayu (Zainal Abidin Bakar, 1983, hal. 23-31), dinyatakan secara mudah bahawa pantun dapat dibahagikan kepada tiga jenis jika dilihat dari sudut audien/ khalayak, sudut bentuk, dan  sudut tema (persoalan).

Dari sudut khalayak

            Khalayak pantun adalah mengikut peringkat usia. Tiga jenis khalayak yang dimaksudkan ialah:

a.                   Kanak-kanak

b.                  Orang muda

c.                   Orang tua

Page 9: Wajah Diri Pantun Melayu

Contoh pantun bagi penjenisan berkenaan adalah:

a.                   Anak rusa Nani,

Baharu kembang ekor;

Apa dosa kami,

Lalu tidak tegur.

b.                  Kapal belayar dari Jedah,

Hendak menuju ke negeri China;

Siang malam berhati gundah,

Hendak memetik setangkai bunga.

c.                   Ke hulu memotong pagar,

Jangan terpotong batang durian;

                             Cari guru tempat belajar,

                         Supaya jangan sesat kemudian.

Dari sudut bentuk

Dari sudut bentuk, pantun terbahagi kepada lapan bentuk iaitu;

a.                   Pantun empat baris (dikenali juga pantun     kwatrain).

b.                  Pantun enam baris.

c.                   Pantun dua baris (dikenali juga pantun kilat).

d.                  Pantun lapan baris.

e.                   Pantun sepuluh baris.

f.                    Pantun dua belas baris.

g.                   Pantun empat belas baris, dan

h.                   Pantun enam belas baris.

Secara mudah, pantun terbahagi kepada 4 bentuk iaitu;

Page 10: Wajah Diri Pantun Melayu

a.                   Pantun dua baris

b.                  Pantun empat baris

c.                   Pantun lebih dari empat baris

d.                  Pantun berkait

Dari segi bentuk , Za’ba (1965, hal. 211-213) berpendapat bahawa pada peringkat awal penciptaan pantun, tercipta jenis pantun dua baris sahaja. Hal ini mugkin disebabkan oleh jenis yang juga disebut pantun kilat mudah dicipta dan cepat diterima oleh khalayak pada zaman dahulu. Kemudian baharulah perubahan waktu yang menjadikan pantun-pantun itu dibina oleh banyak baris yang lebih kompleks sifatnya. Perubahan pemikiran dan budaya masyarakat pada waktu itu  kuat mencorakwarnakan isi dan bentuk pantun.

Untuk membuktikan yang kemungkinan bentuk pantun terawal hanya terdiri dari dua baris, kemudian pantun itu berkembang menjadi empat baris, kita perhatikan contoh pantun berikut:

Timang tinggi-tinggi sampai cucur atap,

Belum tumbuh gigi sudah pandai baca kitab.

Dalam bentuk empat keratnya begini:

                        Timang tinggi-tinggi,

                            Sampai cucur atap;

                        Belum tumbuh gigi,

                            Sudah pandai baca kitab.

            Pada pendapat saya, bukan semua pantun terutamanya pantun empat kerat asalnya terbina oleh dua baris atau pantun dua kerat. Contoh pantun yang dikemukakan oleh Za’ba didapati boleh berkembang dan dibina sama ada menjadi pantun dua kerat atau empat kerat.

Page 11: Wajah Diri Pantun Melayu

Dari Sudut Tema

            Dari sudut tema dalam pantun Melayu, ia terbahagi kepada

Manakala Harun Aminurrashid dalam bukunya Kajian Puisi Melayu (1968, hal. 13) membahagikan pantun kepada lima (5) jenis:

1.                  Pantun untuk kanak-kanak.

2.                  Pantun untuk orang muda.

3.                  Pantun untuk orang tua

4.                  Pantun untuk berjenaka.

5.                  Pantun untuk teka-teki.

Wajah Diri Pantun yang Baik dan Cantik

            Mendekati dan menyelami wajah diri pantun Melayu, menemukan kita dengan pelbagai wajah dirinya; dari segi bentuk, bahasa tersurat dan tersirat, yang baik dan cantik, serta yang bertahan sepanjang zaman.  Berdasarkan penelitian, terhadap pantun Melayu dalam pelbagai koleksi yang diterbitkan, terkesan di minda wajah diri pantun yang unik dan tersendiri. Wajah diri pantun yang terhasil menyerlahkan jati diri dan peribadi/ minda Melayu. Meskipun pantun terbina dalam dunia bentuknya yang kecil, namun pemikirannya besar dan bernilai, misalnya pemikiran budi dan bahasa Melayu.

            Sebelum mendekati dan menyelami wajah diri pantun Melayu, kita hendaklah memahami dunia pantun terlebih dahulu, misalnya makna pantun, asal usulnya, ciri-ciri pantun, jenis-jenis pantun dan unsur binaan dalaman pantun Melayu.  Pada pandangan saya,  pantun Melayu yang baik dan cantik seharusnya mempunyai lapan ciri seperti yang dikemukakan dalam makalah ini. Jika pantun dipersembahkan dalam bentuk tulisan, akan lebih jelas dari segi bentuk fizikal dan bentuk dalamannya. Namun begitu, jika pantun dipersembahkan dalam bentuk lisan, audien (pendengar) akan lebih berhati-hati menangkap makna, dan memahami terutamanya aspek penggunaan bahasa tersurat dan tersirat yang digunakan oleh pemantun. Seharusnya pemantun memahami setiap simbol/ lambang atau citra yang digunakan sama ada di bahagian sampiran dan maksud.

            Dalam dunia pantun Melayu, setiap penggunaan simbol dan citra

Page 12: Wajah Diri Pantun Melayu

atau imej, jika diteliti ada makna tersurat, dan lebih jauh dari itu ialah makna tersirat yang tersembunyi di sebalik kata-kata. Pencipta pantun Melayu tradisional bukan sekadar mencipta tetapi mereka ingin melontarkan fikir rasa dan berkongsi idea dan pengalaman. Dunia pantun adalah dunia Melayu yang hampir dengan reality kehidupan Melayu. Perkara lain yang perlu diberi tumpuan ialah kesatuan fikiran antara baris pembayang dan baris maksud. Sekali imbas, dunia pembayang dan dunia maksud nampak terpisah tetapi dalam dunia yang kecil, kedua-dua dunia ini bersatu. Pantun yang berwajah beginilah yang dikatakan yang baik dan cantik. Selain itu, pemantun dengan kebijaksanaannya memerdukan pantun dengan unsur bunyi pada skima rima baris awal, tengah dan hujung baris.

Rumusan

    Makalah ini telah menjelaskan tentang makna pantun, asal usul pantun, jenis dan bentuk pantun, ciri-ciri pantun Melayu , dan yang baik dan cantik bagi pantun Melayu. Berdasarkan subtopik yang dibicarakan dapatlah dirumuskan bahawa pantun merupakan genre puisi Melayu tradisional yang unik dan tersendiri dari aspek bentuk fizikal dan dalamannya yang tiada terjelma pada genre puisi sastera dunia lain. Fungsi pantun Melayu tetap utuh sebagai wahana modal moral, hiburan, menyerlahkan kreativiti

dan kini dipertandingkan di peringkat sekolah, negeri, nasional dan internasional.

RUJUKAN

Annas Haji Ahmad. (1965). Sastera Melayu baru dan lama. Pulau Pinang: Saudara    Sinaran Berhad.

Harun Aminurrashid. (1968). Kajian puisi Melayu. Singapura: Pustaka Melayu.

Harun Mat Piah. (1989). Puisi Melayu tradisional: Satu pembicaraan genre dan fungsi.      Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Harun Mat Piah. (1981). Puisi Melayu tradisional: Satu pembicaraan genre dan fungsi.      Disertasi Ijazah Doktor Falsafah, Jabatan Persuratan Melayu. Bangi: Universiti   Kebangsaan Malaysia.

Page 13: Wajah Diri Pantun Melayu

Khadijah Hashim. (1997). 808 pantun baru. Shah Alam: ’K’ Publishing Sdn. Bhd.

Khadijah Hashim. (1999). 1001 pantun baru. Shah Alam: ’K’ Publishing Sdn. Bhd.

Liaw Yock Fang. (1978). Sejarah kesusasteraan Melayu klasik. Singapura: Pustaka Nasional.

Mohd. Yusof Md. Nor. (1985). Rampaisari puisi warisan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar  Bakti Sdn. Bhd.

Overbeck, H. (1922). The Malay pantun. JSBRAS, LXV, hal. 28.

Omardin Haji Asha’ari. (1961). Kajian pantun Melayu. Singapura: Malaya Publishing             House Limited.

R. Hoessein Djadjaningrat. (1933/34). Arti pantun Melayu yang gaib. Kuala Lumpur:   (t.p).

Shellabear, W.G. (1983). Sejarah Melayu. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Teeuw, A. (1966). Shair Ken Tambuhan. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Za’ba. (1965). Ilmu mengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wilkinson, R..J. dan Winstedt, R.O. (1961). Pantun Melayu. Singapura: Malaya          Publishing House Ltd.

Zainal Abidin Bakar. peny. (1983). Kumpulan pantun Melayu. Kuala Lumpur: Dewan            Bahasa dan Pustaka.

Za’ba. (1964). Kalung bunga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

LAMPIRAN A

Za’ba (1964, hal.73-173), membahagikan pantun kepada lapan puluh tiga pokok persoalan (tema), iaitu:

1.                  Mari Kita Berpantun

2.                  Pantun Anak-anak  (kanak-kanak)

Page 14: Wajah Diri Pantun Melayu

3.                  Pantun Teka-teki

4.                  Pantun Nasib anak

5.                  Berbalas pantun

6.                  Kesukaan Berpantun

7.                  Lagu Dondang Sayang

8.                  Asalnya Cinta Pemuda

9.                  Mula Berpandang

10.              Belayar Malam

11.              Beting di Kuala

12.              Meragukan Harap

13.              Syarat Yang Mustahil

14.              Sungguh Sayang

15.              Kalah Menyerah

16.              Bulan Jatuh ke Riba

17.              Panduan Kasih

18.              Sama Setia

19.              Apa guna

20.              Tak Tercapai

21.              Hilang Tak dapat Diganti

22.              Kasih Mencuri

23.              Cumbuan Kasih

24.              Simpan kasih

25.              Berpisah

26.              Rindu

27.              Berkelahi dan Berdamai

28.              Pertemuan dan Penceraian

Page 15: Wajah Diri Pantun Melayu

29.              Terkenang Kekasih

30.              Kenangan

31.              Budi

32.              Mesti Di Tengah-tengah

33.              Satu Dalam Banyak

34.              Mata Keranjang

35.              Surat Memikat Kekasih

36.              Cinta Tak Berbalas

37.              Menghibur Hati

38.              Memuja Semangat Kekasih

39.              Lain Dihajat Lain Yang dapat

40.              Sudah Berputik Balik Berbunga

41.              Bermadu

42.              Biar Putih Tulang

43.              Suami Yang Zalim

44.              Buah Kepayang (isteri orang curang)

45.              Mungkir Janji

46.              Berubah Hati

47.              Dosa

48.              Kasih Tak Jadi

49.              Kasih Jualan

50.              Kasih Sedekah

51.              Bahaya Bermain Muda

52.              Memelihara Bunga

53.              Membawa Hati

54.              Berhiba-hiba Untung Yang Sudah

55.              Tak Lupa

Page 16: Wajah Diri Pantun Melayu

56.              Sakit Cinta

57.              Menanti

58.              Sama Sejodoh

59.              Menyesal

60.              Tamak

61.              Hawa Besar

62.              Tipu

63.              Tak Mengenang

64.              Tertawa Ramai

65.              Kerana Miskin

66.              Nasib

67.              Nasib Dagang

68.              Ibu Tiri

69.              Buaya Di Air Tenang

70.              Sudah Kena Rosakkan

71.              Sabar dan Maaf

72.              Jangan Gopoh

73.              Melawak-lawak

74.              Aneh dan Pelik

75.              Politik

76.              Memilih Tempat Bermain

77.              Jadi Tetamu

78.              Cantik Pada Saya

79.              Mati Kena Puji

80.              Meninggalka Nama

81.              Berbagai Nasihat

Page 17: Wajah Diri Pantun Melayu

82.              Sedikit Menungan Hidup

83.              Selamat Tinggal

LAMPIRAN B

a.      Pantun Enam Kerat

Buah selasih di atas batang,

            Sudah dipetik jangan dibawa,

Jangan dibawa ke dalam perahu;

            Mencurah kasih tempat tak sayang,

Orang ketawa kita ketawa,

            Orang benci kita tak tahu.

(Mohd. Yusof Md. Nor, 1985, hal. 23)

b.      Pantun Lapan Kerat

Sejak berbunga daun pandan,

            Banyaklah tikus di permatang,

Anak buaya datang pula,

            Daun selasih tambah banyak:

Sejak semula dagang berjalan,

            Tidak putus dirundung malang,

Banyak bahaya yang menimpa,

            Namun kasih berpaling tidak.

(Mohd. Yusof Md. Nor, 1985, hal. 25)

Page 18: Wajah Diri Pantun Melayu

c.       Pantun Sepuluh Kerat

Turun hujan hari dah petang,

Bunga mawar tumbuhnya subur,

Ditiup angin habis tunduk,

Dipetik jangan dicabutkan,

Tanaman puteri dari Jawa;

Telah habis rokok sebatang,

Telah punah sirih sekapur,

Pasar sudah tempat duduk,

Penatlah sahaya menantikan,

Buah hati tak muncul jua.

(Mohd. Yusof Md. Nor, 1985, hal. 26)

d.      Pantun Dua Belas Kerat

Anak jintayu dari hulu,

Disambar ombak Laut China,

Dibawa terbang ke perahu,

Hinggap melahap di landasan,

Turun minum ke muara,

Anak ikan berkeliaran;

Kamilah tahu dari dahulu,

Adik jauhari bijaksana,

Membuhul tidak membeku,

Page 19: Wajah Diri Pantun Melayu

Mengulas tidak mengesan,

Meratap langit dengan bicara,

Bumi tidak berketirisan.

(Mohd. Yusof Md. Nor, 1985, hal. 27)

e.      Pantun Berkait

Pangkal berbelit di pohon jarak,

            Jarak nan tumbuh di tepi serambi;

Jangan dibuat yang dilarang syarak,

            Itulah perbuatan yang dibenci Nabi.

Jarak nan tumbuh di tepi serambi,

            Pohon kerekot bunganya sama;

Itulah perbuatan yang dibenci Nabi,

            Petua diikut segala ulama.

Pohon kerekot bunganya sama,

            Buahnya boleh dibuat colok;

Petua diikut segala ulama,

            Jangan dibawa berolok-olok.

(Mohd

1.0       PENGENALAN       

Sejarah telah membuktikan betapa sesungguhnya corak hidup masyarakat dan bangsa

Melayu pada zaman dahulu dicerminkan melalui puisi lama seperti pantun dan peribahasa.

Za’ba di dalam bukunya bertajuk Ilmu Mengarang Melayu (1965: 219), mengatakan bahawa

Page 20: Wajah Diri Pantun Melayu

penciptaan pantun merupakan puisi tertua dan milik asal kepunyaan masyarakat Melayu.

Oleh itu, umum telah menerima bahawa pantun adalah ciptaan asli orang Melayu. Ianya

bukanlah adaptasi daripada puisi-puisi Jawa, India atau Cina. Ini bermakna, pantun

merupakan puisi asli yang dimiliki oleh masyarakat Melayu serta paling awal muncul

berbanding puisi yang lain (Harun Mat Piah, 1989: 122).

             Masyarakat Melayu lama akrab dengan alam semulajadi seperti alam tumbuhan,

haiwan dan cakerawala. Ini adalah disebabkan masyarakat pada masa tersebut sering

berinteraksi dengan alam yang berada di sekeliling mereka sama ada di laut, di hutan, di

bendang, di ladang dan di gunung. Harun Mat Piah (1989: 115) menjelaskan bahawa

penggunaan lambang-lambang dan simbol-simbol daripada alam perlu diketahui untuk

memahami maksud pantun. Lantaran itulah pantun dikaitkan dengan alam semulajadi

sebagai perbandingan dan perlambangan yang berfungsi sebagai sumber pengajaran dan

nasihat.

            Pantun dapat berfungsi dalam hampir setiap aktiviti kehidupan masyarakat Melayu

(Jamilah Hj. Ahmad, 1993: 114). Terdapat pelbagai jenis pantun yang mempunyai tema

tertentu berkait rapat dengan perasaan cinta, kasih sayang, puji-pujian, nasihat, agama,

adat, telatah dan corak hidup masyarakat. Tema yang ingin diketengahkan, disisipkan

dengan latar alam. Oleh sebab alam itu indah, maka unsur-unsur alam diaplikasikan di

dalam setiap rangkap pantun yang disampaikan atau dicipta. Segala pengalaman hidup,

pandangan hidup dan falsafah yang ingin dikemukakan di dalam pantun menggunakan latar

alam sebagai pembayang. Unsur-unsur sedemikian secara tidak langsung memperlihatkan

keakraban masyarakat Melayu lama dengan alam semulajadi.

2.0       DEFINISI PANTUN

Pantun merupakan puisi melayu yang paling popular jika berdasarkan

daripada penggunaannya yang paling meluas. Puisi ini juga yang paling mendapat perhatian

para pengkaji untuk diteliti, tidak kira pengkaji tempatan ataupun pengkaji luar. Pantun juga

merupakan puisi melayu yang tidak diragui sifat keasliannya.                  Dalam bahasa

Jawa, pantun dikenali sebagai parikan dan dalam bahasa Sunda dikenali sebagai paparikan.

Lazimnya pantun terdiri atas empat larik (atau empat baris bila dituliskan), bersajak akhir

dengan pola a-b-a-b (tidak boleh a-a-a-a, a-a-b-b, atau a-b-b-a). Pantun pada mulanya

merupakan sastera lisan dan sekarang telah dapat dijumpai pantun yang bertulis hasil

nukilan atau karya seseorang.

Page 21: Wajah Diri Pantun Melayu

            Harun Mat Piah (1989) telah memberikan definisi pantun berdasarkan aspek

dalaman dan luaran atau struktur visualnya. Aspek dalaman pantun meliputi unsur estetika

dan isi (tema dan persoalan). Unsur estetika pantun dapat dilihat berdasarkan dua aspek.

Pertama, yang berkaitan penggunaan lambang-lambang tertentu yang terdapat dalam

pantun mengikut tanggapan dan pandangan dunia masyarakat Melayu, dan yang kedua,

berdasarkan hubungan makna antara pasangan pembayang dengan pembayang maksud

sama ada secara konkrit atau abstrak.

            Berdasarkan pada aspek isi (tema dan persoalan) pantun biasanya menyentuh

hampirseluruh kehidupan masyarakat melayu. Daripada penelitian terhadap isi juga telah

membawakepada pengelompokan pantun yang lebih sistemetik. (Harun Mat Piah, 1989:63),

seperti pantun kanak- kanak, pantun cinta dan kasih sayang, telatah dan cara hidup

masyarakat, pantun teka- teki, pantun puji-pujian atau sambutan, pantun nasihat dan

pendidikan, pantun agama dan kepercayaan, pantun adat, pantun peribahasa, pantun

naratif atau cerita dan sebagainya.

 

3.0       FUNGSI PANTUN DALAM MASYARAKAT MELAYU

3.1       Menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih

Seseorang yang berbudi ialah seorang yang membuat jasa dan berjasa kepada orang

yangmenerima budi baktinya. Begitu juga budi yang baik begitu tinggi nilai estetikanya ibarat

emas dan oleh sebab tidak ternilai inilah budi itu dikenang sehingga dibawa mati. Namun

begitu, oleh sebab terlalu menerima budi, seseorang itu seharusnya  tidak termakan budi

sehingga ia berjiwa hamba, terikat kepada orang yang telah banyak menabur budi, terlalu

mudah tidak tahu berkata tidak dan tidak tahu batas dan sempadan. Berikut merupakan dua

contoh pantun budi yang menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih :

1) Pisang emas di bawa belajar,

          Masak sebiji di atas peti;

 Hutang emas boleh dibayar,

          Hutang budi dibawa mati.

Page 22: Wajah Diri Pantun Melayu

            Berdasarkan pada pantun di atas, dapat dilihat secara luas tentang nilai budi yang

berlaku terhadap masyarakat kita pada zaman dahulu kala. Hutang emas walaupun banyak

dan melimpah ruah dapat juga dijelaskan walaupun secara beransur-ansur sehinggalah

jumlah hutang itu mengecil dan selesai dibayar. Keadaan ini berbeza dengan budi, hutang

budi seseorang manusia tidak dapat dinilai dengan emas atau intan berlian hatta permata

sekalipun. Kesudahannya, hutang budi tidak dapat dibayar sehingga kita meninggal dunia

sekali pun.              

             Budi pula tidak terhad kepada pemberian sesuatu benda sahaja bahkan tenaga dan

bahasa yang lemah lembut itu juga dianggap sebagai budi yang tidak ada nilai komersilnya.

Budi yang dizahirkan ini akan dikenang oleh orang yang menerimanya. Misalnya

sekiranya kita menyelamatkan nyawa seseorang daripada menimpa kecelakaan atau

kemalangan terutama yang melibatkan nyawa, maka budi kita akan diingati selamanya

selagi hayat dikandung badan. Nilai keluhuran budi itu lebih memberi kesan kepada

penerimanya sekiranya kita mengambil contoh pemberian sedekah, bantuan berbentuk

wang tunai atau kerja buat, cederahati kenang-kenangan kepada orang-orang miskin atau

mereka yang memerlukan dalam meringankan beban kerja atau kos sara hidup yang perlu

ditanggung dalam meniti kehidupan di dunia ini disebabkan faktor kesempitan hidup,

masalah kesihatan dan tidak berpendidikan.

2) Bunga melati bunga di darat,

               Bunga seroja di tepi kali;

Hina besi kerana karat,

                   Hina manusia tidak berbudi.

            Berdasarkan pantun di atas, dapat dilihat betapa perlunya seseorang itu berbudi

kepada masyarakat. Hal ini demikian kerana masyarakat pada zaman dahulu kala amat

mementingkan nilai budi dalam kehidupan seharian mereka. Masyarakat zaman dahulu kala

amat menganggungkan budi kerana sekiranya seseorang pemuda ingin berkahwin dengan

seorang pemudi, perkara pertama yang akan dilihat oleh ibu bapa pemudi itu ialah bakal

menantunya berbudi atau tidak, begitu juga sebaliknya ibu bapa pemuda yang memasuk

meminang untuk anak mereka akan menilai dahulu sama ada bakal menantunya berbudi

Page 23: Wajah Diri Pantun Melayu

atau tidak. Sekiranya didapati tidak berbudi secara langsung ikatan yang terjalin akan

terbatal.

            Kesimpulanya, pantun budi sudah digunakan oleh masyarakat dahulu sejak turun-

temurundalam kehidupan seharian mereka. Masyarakat Melayu zaman dahulu

memandang tinggi orang yang berbudi lebih daripada segalanya. Selain itu juga,

kebanyakan perbuatan seharian dibuat dengan pantun dengan tujuan menzahirkan

penghargaan dan ucapan terima kasih, memberi nasihat dalam adat berkahwin dan lain-lain

lagi. Hal ini demikian kerana pantun menjadi wadah dan wahana yang digunakan untuk

menyampaikan dan menjelaskan sesuatu yang penting kepada masyarakat dan mudah

difahami oleh masyarakat tradisional Melayu.

3.2       Tujuan adat istiadat

Pantun adat yang diamalkan sejak dari dulu lagi masih diteruskan sehingga ke dewasa

ini.Antaranya ialah adat perkahwinan, adat pusaka, adat manusia, dan sebagainya. Antara

fungsipantun adat ini ialah sebagai alat untuk mendidik dan mengajar masyarakat

tentang kehidupan ke alam berumah tangga. Selain itu, pantun juga digunakan sebagai alat

komunikasi untuk menyampaikan nasihat. Berikut disertakan dua contoh pantun adat  dan

huraiannya :

3) Ikan berenang di dalam lubuk,

                   Ikan belida dadanya panjang;

      Adat pinang pulang ke tampuk,

                  Adat sireh pulang ke gagang.

            Berdasarkan pantun di atas, ianya jelas menggambarkan tentang adat perkahwinan

yang diamalkan oleh masyarakat Melayu sejak dahulu lagi dan diamalkan sehingga ke hari

ini. Pantun ini dipertahankan dan menjadi kebanggaan orang Melayu. Pantun ini

menceritakan tentang sudah menjadi lumrah atau menjadi kebiasaannya pinang akan

pulang ke gagang begitu juga dengan manusia akan memilih pasangan hidupnya apabila

sudah sampai serunya. Setiap lelaki akan mencari seorang perempuan untuk menjadi

pasangan hidupnya. Pada kebiasaannya, pihak lelaki akan menghantar rombongan untuk

Page 24: Wajah Diri Pantun Melayu

merisik perempuan yang ingin dikahwininya itu. Di dalam pantun adat ini, seorang lelaki

akan bertindak sebagai ketua yakni selalunya bapa kepada anak lelaki dan rombongannya

ke rumah pihak perempuan dan merisik tentang latar belakang gadis tersebut dan

menyatakan tujuan mereka berkenaan hasrat pemuda yang ingin mengahwini gadis itu.

4) Buah berangan di rumpun pinang,

                Limau kasturi berdaun muda;

          Kalau berkenan masuklah meminang,

           Tanda diri beradat budaya.

            Pantun di atas pula menghuraikan tentang adat meminang. Dalam pantun tersebut

menerangkan bahawa jika seseorang itu terpikat atau jatuh hati kepada seseorang, beliau

haruslah mengikut adat, iaitu meminang supaya kita dikenali oleh masyarakat seoarang

yang beradat. Dalam konteks ini, adat meminang sangat dititikberatkan oleh masyarakat

Melayu untuk membolehkan pasangan mengenali latar belakang diri masing-masing. Dalam

masyarakat Melayu, adat meminang sangat penting kerana pada masa itulah ibu bapa

kedua-dua belah pihak dapat berbincang mengenai tarikh perkahwinan yang akan

dilangsungkan, belanja perkahwinan dan sebagainya. Adat meminang juga sangat penting

untuk memberitahu bahawa gadis tersebut sudah ’berpunya’.Sebelum adat meminang

dilangsungkan, pihak lelaki haruslah merisik terlebih dahulu perempuantersebut untuk

memastikan perempuan tersebut bukan milik orang lain.

            Kesimpulannya, pantun adat adalah bertujuan untuk memartabatkan adat

sesebuahmasyarakat terutamanya masyarakat Melayu. Ini kerana, masyarakat Melayu

sangat berpegang pada adat. Dalam konteks ini juga, terdapat banyak pepatah serta

ungkapan yang merujuk kepada perlaksanaan sesuatu adat itu, tetapi kebanyakan adat

adalah merujuk kepada peraturan kehidupan masyarakat tersebut. Dalam hal ini, dapat

dirumuskan bahawa pantun bukan sahaja berfungsimenyampaikan mesej semata-mata,

tetapi ia menerangkan tentang kehidupan sesebuahmasyarakat itu bagaimana ia berlaku

dan berkesudahan.

 

3.3       Meluahkan rasa kasih sayang dan kerinduan.

Page 25: Wajah Diri Pantun Melayu

Pantun Melayu juga digunakan untuk meluahkan perasaan kasih sayang dalam kalangan

masyarakat Melayu tanpa mengira batasan umur, sama ada rasa sayang teruna kepada

dara, suami kepada isteri atau anak kepada ibu dan bapa. Pantun-pantun   sebegini akan

disulami dengan kata-kata yang indah, berbunga-bunga, puji-pujian yang menggambarkan

perasaan kasih, sayang, cinta dan rindu yang mendalam.

            Berdasarkan pantun kasih sayang, nasihat yang cuba disampaikan oleh pengkarya

ialah mengenai kasih sayang. Kasih sayang merupakan satu perasaan cinta, kasih dan

sayang kepada seseorang. Erti kata kasih sayang boleh dibahagikan kepada tiga bahagian

iaitu cinta antara manusia dengan manusia, manusia dengan Tuhan dan manusia dengan

alam. Perasaan sayang selalunya akan disampaikan melalui pantun oleh masyarakat

tradisional dalam menyampaikan hasrat mereka. Hal ini telah memperlihatkan bahawa

masyarakat tradisional sangat mementingkan kesopanan dan kesantunan terutamanya

dalam berkasih sayang. Perasaan kasih sayang merupakan hukum alam yang tidak dapat

dihalang oleh manusia daripada terus belaku kerana ianya sudah ditakdirkan oleh Ilahi.

Berikut merupakan dua contoh pantun kasih sayang dan penerangannya :

5) Bunga melur di atas titi,

                              Mari dibungkus di dalam kertas;

    Dalam telur lagi dinanti,

                     Inikan pula sudah menetas.

Pada rangkap pertama pantun kasih sayang di atas memaparkan mengenai ajaran

tentangkesetiaan iaitu kepatuhan dan ketaatan seseorang dalam melakukan

sesebuah perhubungan seperti dalam persahabatan, percintaan, dan

sebagainya. Kesetiaan dalam perhubungan perlulah berpegang teguh kepada janji bagi

memastikan perhubungan dapat berjalan dengan penuh keikhlasan, kesetiaan dan

kejujuran. Rangkap pertama cuba menceritakan mengenai kesetiaan seorang jejaka

menunggu kekasihnya tanpa mengira waktu. Dalam perhubungan, kesetiaan perlu wujud

bagi memupuk nilai kasih sayang antara insan. Secara tidak langsung dapat mendisiplinkan

diri serta mematangkan seseorang dalam melakukan perhubungan. Seandainya ajaran ini

tidak diamalkan nescaya sesebuah hubungan itu tidak akan dapat bertahan lama malah

masyarakat juga akan turut berpecah belah kerana konsep kesetiaan dan ketaatan tidak

dilaksanakan dalam perhubungan.

Page 26: Wajah Diri Pantun Melayu

6)  Lama sudah tidak ke ladang,

                    Padi sudah dililit kangkung;

       Selama tuan tidak kupandang,

                       Putus hati pengarang jantung.

            Rangkap kedua pula mengutarakan ajaran mengenai keprihatinan iaitu masyarakat

mestilahmempunyai sifat timbang rasa dalam perhubungan. Sifat ini hanya boleh dimiliki

oleh mereka yang meletakkan dirinya di tempat orang yang hendak diambil

perhatian. Ajaran ini sangat sesuai bagi mereka yang sedang bercinta. Di samping itu, dapat

menguntungkan seseorang dan mengukuhkan lagi perhubungan agar aman dan

harmoni. Sikap keprihatinan ini ama jelas pada rangkap terakhir ketika si gadis tidak

memandang lelaki lain selain daripada kekasihnya. Keprihatinan ini wajar diikuti oleh

masyarakat agar dapat mewujudkan satu perhubungan yang kukuh seterusnya dapat

memupuk sikap keprihatinan terhadap keluaraga, kekasih mahupun masyarakat. Sekiranya

sikap keprihatinan tidak diamalkan dalam perhubungan maka ianya tidak akan bertahan

dengan lama kerana wujud sikap pentingkan diri sendiri. Oleh sebab itu, sikap ini sangat

penting dalam perhubungan dan seharusnya dilaksanakan oleh masyarakat setempat

dinihari.

Kesimpulannya, pantun kasih sayang menggambarkan identiti kehidupan

masyarakat Melayu.Pantun ini juga amat memainkan peranan dalam mempengaruhi gaya

hidup masyarakat baik dari peringkat kanak-kanak mahupun dewasa. Pengaruh

pantun merangkumi aspek daya fikir, beradat, berbahasa dan juga menggambarkan

kehidupan masyarakat Melayu. Oleh itu, masyarakat kini perlu sedar itu mereka

mesti mempertahankan pantun kasih sayang agar boleh bertahan hingga ke generasi akan

datang dan tidak ditelan perubahan zaman.

3.4       Untuk sindiran dan tempelak

Mengapakah orang Melayu tidak suka berterus terang? Menurut Fatimah Busu, (1922:22)

kesopanan yang terbit daripada rasa malu dan segan dalam kalangan masyarakat Melayu

telah menimbulkan satu cara hidup yang tidak suka berterus terang. Selalu ada pengertian-

pengertian yang lain di sebalik rangkai kata-rangkai kata yang dituturkan. Dalam membuat

teguran ini, maka lahirlah pelbagai bentuk bahasa kiasan bagi menggambarkan sikap

Page 27: Wajah Diri Pantun Melayu

rendah diri dan sifat kesopanan. Sindir- menyindir juga memainkan peranan ketika

menyampaikan sesuatu fikiran agar mesej yang cuba disampaikan itu berkesan dan

indah. Berikut merupakan dua contoh pantun kias ibarat dan penerangannya :

7) Pondok robek makan api,

                    Anak Cina main teropong; 

    Katak bertingkir besar hati,

                            Dapat dunia bawah tempurung.

            Dalam pantun tersebut, karikatur katak memberi satu kiasan terhadap sifat manusia

yang tiada pegangan atau pendirian. Manusia sebegini tidak akan berusaha untuk

memajukan diri sendiri tetapi hanya menerima takdir yang telah ditetapkan kepadanya

dengan rasa gembira. Sudah pasti kehidupan bawah tempurungnya itu tidak akan

membawanya ke mana-mana kerana sifat ingin mengetahui dan ingin maju tidak ada

padanya. Dalam kiasan ini, ada pelajaran iaitu pendengar mengambil sesuatu episod yang

diceritakan sebagai situasi yang dapat dipelajari dan cuba mengandaikan atau

mengaplikasikan dirinya dengan situasi tersebut. Ibarat dan kias menjadi jambatan untuk

makna atau maksud sosial dan moral sastera.

8) Ayam dikepuk dipanggil pulang,

               Kain tercarik tersangkut duri;

Usah ditepuk air di dulang,

                Kelak terpercik muka sendiri.

            Pantun tersebut membawa peringatan yang amat berguna kepada kita supaya tidak

memburuk-burukkan saudara atau orang yang rapat dengan kita. Umpama menepuk air di

dalam dulang, perbuatan mengumpat, mengata saudara mara atau sahabat handai akan

mengundang keburukan kepada diri sendiri kelak. Segala kekurangan yang dimiliki oleh

saudara mara atau sahabat handai hendaklah disembunyikan tanpa pengetahuan orang

luar.

Page 28: Wajah Diri Pantun Melayu

            Sebagai kesimpulan, penggunaan kias ibarat ini sudah pasti menjadi perhiasan bagi

mencantikkan bahasa kerana bahasa kiasan banyak menggambarkan keindahan alam dan

pemilihan lambang atau simbol itu pula begitu cantik. Apa yang lebih penting ialah

penggunaan kias ibarat berperanan menjadi pelindung sesuatu perkara yang tidak ingin

dinyatakan secara terang-terangan. Dengan adanya bahasa kiasan, perasaan malu atau

takut kerana tidak manis didengar orang dapatlah disembunyikan.

 3.5       Menyampaikan mesej berunsur keagamaan

Pantun agama ialah pantun yang mengandungi aqidah, hukum, dan keimanan kepada

Allah. Pantun agama menerangkan tentang ketuhanan, pahala, dosa, akhirat, hidup, mati,

dan lain-lain lagi. Pantun ini juga menyeru umat Islam supaya taat dan sentiasa melakukan

perkara yang disuruh oleh Allah danmeninggal segala larangan-Nya. Selain itu, pantun ini

memberitahu umat Islam tentang setiap perbuatan yang dilakukan akan mendapat balasan

sama ada baik atau buruk. Berikut merupakan dua contoh pantun agama dan

penerangannya :

9) Redup bulan nampak nak hujan.

                        Pasang pelita sampai berjelaga;

Hidup mati di tangan tuhan,

                 Tiada siapa dapat menduga.

            Rangkap pantun di atas menjelaskan maksud redup bulan nampak nak hujan

ialah sesuatu perkara yang hendak berlaku mesti ada petandanya. Contohnya, bulan yang

redup menandakan hujan akan turun. Baris kedua pula, pasang pelita sampai berjelaga

bermakna hidup manusia ada peraturannya hidup dan mati manusia tidak dapat diduga

kerana segalanya hanya Allah yang menentukan. Setiap manusia tidak tahu ajalnya bila

akan tiba dan Allah sahaja yang mengetahuinya serta Allah yang telah menentukan takdir

untuk setiap manusia sejak azali lagi. Selain itu, Allah mengkehendaki apa yang Dia

kehendaki iaitu akan terjadi sesuatu itu atas kemahuannya.Contohnya, bayi yang baru lahir

dalam tempoh sehari boleh mati dengan kehendak-Nya tidak lebih atau kurang walaupun

sesaat.

  

10) Sayang-sayang buah kepayang,

Page 29: Wajah Diri Pantun Melayu

                         Buah kepayang hendak dimakan;

           Manusia hanya mampu merancang,

                    Kuasa Allah yang menentukan.

Rangkap kedua pantun agama menceritakan mengenai sayang-sayang buah

kepayang iaitu maksudnya walaupun manusia cuba merancang atau menentukan sesuatu

seperti manusia suka akan buah kepayang tetapi kuasa Allah yang menentukan segalanya.

Selain itu, buah kepayang hendak dimakan seperti manusia yang mahu makan buah

kepayang tetapi hanya Allah yang berhak atas manusia yang diciptanya. Manusia boleh

merancang berbagai perkara dan berharap akan terlaksana seperti mana yang dirancang

walaupun mengetahui yang menentukan takdir hanyalah Allah S.W.T. kuasa Allah tiada

siapa hanyalah hambanya.

            Kesimpulannya, pantun agama merupakan sebuah pantun yang berunsurkan nilai

keagamaan. Dalam pantun agama terselit unsur-unsur nasihat serta pengajaran yang

berguna bagi dijadikan panduan kepada seluruh genap masyarakat. Pantun agama dapat

membentuk serta membina nilai-nilai murni dalam diri seseorang kerana di dalamnya

terkandung makna-makna tersirat dan dapat dijadikan pedoman. Tidak dapat

dinafikan pantun agama memang terdapat pengajaran yang berguna kerana melalui

pantun tersebut sekali gus dapat mendidik dan mengajar kita berkaitan ilmu agama sama

ada ilmu duniawi atau ukhrawi.

 4.0       KESIMPULAN

Sejak daripada zaman purba lagi pantun telah wujud dalam kehidupan masyarakat

Melayu. Pantun ialah puisi tradisional Melayu turun-temurun yang tertua di dalam budaya

Melayu. Pantun berbeza berbanding dengan syair. gurindam, seloka, rubai, ghazal dan

sebagainya kerana mempunyai kedudukan tersendiri sebagai alat untuk menyatakan hajat,

pembayang niat, bunga istiadat, pembuka kata, penamat bicara, pengucapan rindu dagang

yang merantau. Karya klasik Melayu ini mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri. Di

sebalik nilai tersebut terdapat pula maksud yang tersirat atau abstrak dan memerlukan

kajian yang mendalam untuk memahami maksud di sebaliknya. Sebagai generasi baru, kita

hendaklah sentiasa melakukan kajian tersebut agar nilai-nilai yang terdapat dalam karya

klasik Melayu tidak pupus di telan zaman.

Page 30: Wajah Diri Pantun Melayu

            Pengaruh pantun dalam masyarakat melayu sangat luas kerana telah dijadikan

sebagai alat berkomunikasi untuk menyampaikan isi hati dan hajat seperti sanjungan,

pemujaan dan menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seseorang

dalam sesuatu keadaan, upacara atau majlis rasmi atau hal-hal yang tidak rasmi. Selain itu,

pantun juga dianggap sebagai alat hiburan, alat pendidikan dan alat menguji ketajaman akal

dan kehalusan perasaan serta sebagai alat untuk mendapatkan gambaran masyarakat.

Pantun juga menjadi medium untuk menyampaikan mesej-mesej atau pesanan berbentuk

keagamaan. Di samping itu juga, pantun berpontensi menjadi sindiran atau tempelak yang

ditujukan kepada seseorang dengan niat untuk mendidik dan membetulkan jati diri atau

sahsiah individu atau mereka yang berkenaan supaya mereka mampu memperbaiki diri dan

berubah ke arah yang lebih baik.

            Justeru, marilah kita bersama-sama mengembang dan menyuburkan pusaka lama

ini agar kesusasteraan Melayu bangsa kita akan bertambah maju dan kekal umpama tak

lekang dek panas tak lapuk dek hujan. Pantun merupakan puisi yang begitu diminati oleh

orang-orang Melayu hinggalah ke dewasa ini. Dengan mempelajari pantun Melayu, kita

dapat mengenali masyarakat Melayu yang melahirkan pantun. Kita dapat mengenali

masyarakat Melayu melalui pantun dan kita akan mengenali pantun melalui kenalnya kita

dengan masyarakat Melayu kerana kedua-dua ini mempunyai perkaitan yang sangat rapat

dan akrab. Inilah peninggalan pusaka nenek moyang mewariskan kepada kita dari pujangga

tak bernama, khazanah yang memperkayakan perbendaharaan sastera kita.

RUJUKAN

Ab. Rahman Ab. Rashid, Rosli Saludin, Zakaria Perngis. (2005). Mutiara Sastera           

Melayu Tradisional. Selangor : Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Annas Haji Ahmad. (1998). Sastera Melayu Lama dan Baru. Selangor : Masa       Enterprise.

Awang Sariyan. (2007). Falsafah dan Logika Melayu. Selangor : Synergymate     Sdn. Bhd.

Page 31: Wajah Diri Pantun Melayu

Hashim Hj. Musa. (2001). Falsafah, Logik, Teori Nilai Dan Etika Melayu. Kuala    Lumpur :

Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya.

Harun Mat Piah. (1989). Puisi Melayu Tradisional: Satu Pembicaraan Genre dan            

Fungsi . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Harun Mat Piah, Ismail Hamid, Siti Hawa Salleh, Abu Hassan Sham, Abdul         Rahman

Kaeh dan Jamilah Hj. Ahmad. (2000). Kesusasteraan Melayu     Tradisional. Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tenas Effendy. (2007). Khazanah Pantun Melayu Riau. Kuala Lumpur : Dawama

            Sdn.Bhd.

Zainal Abidin Ahmad. (1965). Ilmu Mengarang Melayu. Kuala Lumpur : Dewan   Bahasa dan

Pus

Oleh: Qamarul Arifin Abdullah

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa pantun adalah satu-satunya puisi Melayu

tradisional yang paling asli dan lahir di rantau Alam Melayu. Banyak pendapat

dikemukakan oleh pengkaji-pengkaji tentang asal usul istilah pantun, antaranya oleh

Pijnappel, Hoessein Djajadiningrat, Zainal Abidin Ahmad(Za’ba), Wilkinson, Winsteadt

dan Van Ophuijsen.

Menurut Harun Mat Piah (1989), dari segi tema dan isi, pantun dapat dibahagikan

keada tujuh iaitu pantun kanak-kanak, pantun cinta dan kasih sayang, telatah dan cara

hidup masyarakat, pantun teka-teki, pantun puji-pujian atau sambutan, pantun nasihat,

agama dan adat, dan pantun naratif atau cerita.

Pantun mempunyai unsur estetika alamiah yang bersifat bertentangan,

berpasangan, dan berangkapan. Sebab itu, antara ciri-ciri pantun ialah berskema

rima a/b /a/b yang terdiri daripada dua komponen, iaitu pembayang atau sampiran

dan maksud. Setiap serangkap dapat menyelesaikan keseluruhan idea.

Penjenisan pantun berdasarkan bentuk dan strukturnya yang tetap. Setiap

barisnya mempunyai antara lapan hingga sepuluh suku kata yang sesuai dengan

pernafasan normal, dan mempunyai antara empat hingga lima perkataan. Setiap pantun

mempunyai rangkap-rangkap yang berlainan. Maksudnya berdiri sendiri (kecuali

pantun berkait), dan setiap rangkap membawa persoalan yang sempurna. Contohnya:

Page 32: Wajah Diri Pantun Melayu

Pantun merupakan puisi tradisional Melayu yang paling popular. Hal ini disebabkan oleh sifatnya yang asli. Keaslian yang dimaksudkan adalah kerana pantun hanya dijumpai pada bangsa Melayu Nusantara sahaja. Menurut Za’ba 1965:219), pantun adalah kaedah rangkapan yang tertua dan memang asal orang Melayu sebenar. Sejak orang Melayu belum tahu menulis surat lagi, mereka telah pun pandai berpantun dan kerap berbalas pantun sesama mereka. Menurut Harun Mat Piah, et al (2000:112) pula, pantun yang telah pun diterima umum merupakan puisi asli ciptaan orang Melayu iaitu bukan saduran atau penyesuaian daripada puisi-puisi Jawa, India, Cina dan sebagainya.

BIBLIOGRAFI

Abdul Halim Ali. (2006). Mendekati puisi Melayu tradisional. Tanjung Malim.

Penerbitan Profesional Baharu

Mohd Yusof Md. Nor, Dr. Abd. Rahman Kaeh. (1985). Puisi Melayu tradisi. Petaling

Jaya. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Mohd. Rosli Saludin. (2007). Puisi Melayu tradisional. Bukit Mertajam, Penang. Goal

Intelligent Publishing Sdn. Bhd.

Definisi Puisi – Pendeta Za’ba

“Puisi adalah karangan berangkap yang khas dipakai untuk

melafazkan fikirannya yang cantik dengan bahasa yang indah

dan melukiskan kemanisan serta kecantikan bahasa.Sebagai

karangan berangkap,puisi itu disusun dengan bahagian yang

berkerat-kerat.Di antara sekerat dengan bahagian sekerat

biasanya berjodoh bunyi atau rentak atau isinya sertakebanyakannya memakai timbangan atau sukata

Page 33: Wajah Diri Pantun Melayu

Noriah Mohamed. (2006). Sentuhan rasa dan fikir dalam puisi Melayu tradisional. Bangi.

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

Harun Mat Piah et al,. (2000). Puisi Melayu tradisional. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa

dan Pustaka

Latar Belakang Pantun:Pantun merupakan puisi Melayu Traditional yang terpenting. kelebihannya telah menarik minat pengkaji dari negara asing untuk datang mengkaji. Di antara pengkaji asing yang terpenting ialah Pijnappel, Van Ophusyen, R.J. Wilkilson, R.O. winsredt, H.c. Klinkert, Gaicomo Prampolini dan sebagainya. Sarjana tempatan yang mengkaji pantun pula ialah Za'ba, Husein Jayadiningrat, Harun Mat Piah. Mohd Rosli Saludin dan profesor-profesor universiti di Malaysia dahulu dan kini.

                  Pantun merupakan puisi Melayu Traditional yang paling popular jika didasarkan daripada penggunaannya yang paling meluas. Bukan itu sahaja, pantun ini merupakan puisi Melayu Traditional yang tidak diragukan sifat keasliannya. Tidak kedapatan bentuk sedemikian di dalam puisi-puisi bangsa secara asli, melainkan dari bangsa Melayu di kawasan Nusantara.  

Definisi Pantun:Mengikut Brandsetter dan R.O Winstedt (1955), iaitu antara dua orang pengkaji yang banyak mengkaji secara komparatif antara bahasa-bahasa Polynesia-Austronesia, kata akar 'pantun' berasal daripada pelbagai kata akar daripada pelbagai bahasa. Dalam perkataan 'Pantun sunda' itu akarnya ialah 'tun' yang terdapat juga dalam bahasa Pampanga 'tuntun' yang bermakna teratur.

               Dalam bahasa Tagalog, 'tonton' bermaksud mengucapkan sesuatu dengan susunan yang tertentu, dalam bahasa Jawa Kuno pula tuntun bermakna benang, atuntun, teratur, dan matuntun bererti memimpin. dalam bahasa Bisaya, pantun bermakna mendidik. Bahasa Toba mengatakan pantun adalah kesopanan atau kehormatan.

                  Dalam hubungan ini, kata akar tun sebagaimana yang terdapat dalam bahasa-bahasa di Nusantara adalah merujuk kepada sesuatu yang teratur, yang lurus, yang bersistematik dan yang tersusun, baik secara konkrit atau abstrak. Kalau maksud  dari inti kata akar yang sedemikian, ternyata kepada kita bahawa perkataan atau istilah 'pantun' yang kita guna sekarang adalah satu bentuk atau cara yang cukup tersusun, teratur, bersistematik dalam usahanya melahirkan  sesuatu maksud, pemikiran, idea dan gagasan.

Page 34: Wajah Diri Pantun Melayu

                  Menurut Harun Mat Piah (1989), telah memberikan definisi pantun berdasarkan aspek dalaman dan aspek luaran struktur visualnya. Aspek dalaman pantun meliputi unsur estetik dan isi (tema dan persoalan). Unsur estetik pantun dapat dilihat berdasarkan dua aspek iaitu pertamanya berkaitan dengan penggunaan lambang-lambang tertentu yang terdapat dalam pentun mengikut tanggapan dan pandangan dunia masyarakat Melayu. Kedua-duanya berdasarkan hubungan makna antara pasangan pembayang dengan pasangan maksud sama ada secara konkrit atau abstrak.

  Dipetik daripada buku "Pemilihan Kata Dalam Pantun Melayu" - Amat Juhari Moain                                     Mengikut Pendeta Za'ba (1965) pantun ialah nama karangan berangkap yang terbahagi dua, bahagian pertamanya menbayangkan maksud dengan isyarat bunyinya dengan bahagian yang pertama tadi. Seterusnya Za'ba mengatakan bahawa bahagian yang pertama pembayang maksud, iaitu boleh diumpamakan sebagai kulit pantun itu. Tujuannya hanyalah seolah-olah menyediakan orang untuk mendengar isi yang sebenar, itulah sebenarnya-benarnya isi pantun itu yang hendak dikatakan oleh yang berpantun.                            A.H Edrus (1960) pula mengatakan bahawa pantun ialah karangan berangkap yang betul-betul hak atau kepunyaan orang-orang Melayu. Ia membawa semangat Melayu dan berkaedah dengan kaedah Melayu jati bagi mengubah alun sesuatu perasaan "syair" yang sebenar menggambarkan fikiran-fikiran hiba, sayu, sedih, suka, gemar, sindir. giat, dan berjenis-jenis yang indah seperti berkasih sayang dan berpujuk lembut.   

                     Dalam tulisan-tulisan lain yang terbit pada masa-masa yang kemudian khususnya dalam masa yang mutakhir ini diberikan takrif-takrif pantun dengan gaya bahasa yang baru. Antara yang tertera dalam dalam Kamus Dewan (1994) yang memberikan takrif pantun sebagai sejenis puisi lama yang terdiri daripada empat  baris dalam tiap-tiap rangkap (dua baris pertama merupakan pembayang maksud dan yang selainya mengandungi maksudnya). 

                       Kamus Besar Bahasa Indonesia (2002) pula mendefinisikan pantun sebagai bentuk puisi Indonesia (Melayu), tiap-tipa bait (kuplet) biasanya terdiri atas empat baris yang bersajak (a-b-a-b) tiap larik biasanya terdiri empat kata, baris pertama dan kedua biasanya untuk tumpuan (sampiran) saja dan baris ketiga dan keempat merupakan isi. 

Bentuk dan Jenis-jenis Pantun

Page 35: Wajah Diri Pantun Melayu

Pantun terdiri daripada beberapa jenis, iaitu:

Pantun Dua Baris atau Bait, Pantun Empat Baris, Pantun Enam Baris, Pantun Lapan Baris, Pantun Sepuluh Baris, Pantun Dua Belas Baris, Pantun Empat Belas Baris, Pantun Seloka, Pantun Berkait,  Pantun yang Berbalas atau Berbalas Pantun, Pantun Rejang

http://cetusanidea.weebly.com/pantun.html

Definisi Pantun

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pantun mengandungi tiga pengertian. Maksud pertama merujuk kepada sejenis puisi lama yang biasanya terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap iaitu dua baris pertama merupakan pembayang maksud dan yang selainnya mengandungi maksudnya.

Maksud kedua merujuk kepada sejenis peribahasa yang digunakan sebagai sindiran.

Maksud ketiga merujuk kepada sebagai jawapan kepada tuduhan dan lain-lain

Za'ba dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu menjelaskan, "Perkataan pantun itu pada mulanya dipakai orang dengan makna seperti atau umpama." Ada pendapat mengatakan perkataan pantun adalah daripada bahasa Minangkabau iaitu panuntun yang bermaksud pembimbing/penasihat yang berasaskan sastera lisan dalam pengucapan pepatah dan petitih yang popular dalam masyarakat tersebut.

http://haszarifahismail.blogspot.com/2013/05/pengenalan.html

PANTUN adalah sejenis puisi tradisional masyarakat Melayu yang wujud sejak zaman berzaman lagi. Mengikut sejarah, pantun wujud sejak zaman masyarakat Melayu tidak tahu membaca dan menulis lagi. Pantun dicipta sebagai suatu bentuk pengucapan untuk menyampaikan fikiran dan perasaan terhadap seseorang ataupun mengenai sesuatu perkara di samping bertujuan untuk menyindir, berjenaka dan memberi nasihat serta untuk bersuka-suka.

PANTUN merupakan bentuk puisi tradisional yang terdiri daripada empat baris serangkap, empat perkataan sebaris, mempunyai rima a,b,a,b dengan beberapa variasi dan pengecualian. Tiap-tiap rangkap terbahagi kepada dua iaitu rangkap pembayang dan rangkap maksud. Setiap rangkap tidak dapat berdiri sendiri dan

Page 36: Wajah Diri Pantun Melayu

biasanya rangkap-rangkap tersebut memerlukan beberapa rangkap lain untuk melengkapkan keseluruhan idea.

Harun Mat Piah (1989), telah memberikan definisi pantun berdasarkan aspek dalaman dan aspek luaran atau struktur visualnya. Aspek dalaman pantun meliputi unsur estetik dan isi (tema dan persoalan). Unsur estetik pantun dapat dilihat berdasarkan dua aspek. Pertama, yang berkaitan dengan penggunaan lambang-lambang tertentu yang terdapat dalam pantun mengikut tanggapan dan pandangan dunia masyarakat melayu. Kedua, berdasarkan hunbungan makna antara pasangan pembayang-pembayang dengan pasangan maksud sama ada secara konkrit atau abstrak.

Menurut Za'ba pula, ialah kaedah rangkapan yang tertua dan asalnya kepunyaan masyarakat Melayu. Sebelum orang Melayu tahu tentang surat-menyurat, mereka telah pandai berpantun dan biasa berbalas-balas pantun sesama sendiri.

Secara ringkas, pantun dapat didefinisikan sebagai sejenis puisi lama yang terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap (Kamus Dewan : 813) atau sajak pendek. Setiap rangkap biasanya empat baris dan dua baris. Bagi pantun yang popular, bentuknya terdiri daripada empat baris iaitu, dua baris pembayang dan dua baris maksudhttp://cikgunazuandi.blogspot.com/