pantun gurindam jiwa

4
PANTUN GURINDAM JIWA Tuailah padi antara masak Esok jangan layu- layuan Intailah kami antara nampak Esok jangan rindu- rinduan Anak Cina memasang lukah Lukah dipasang di Tanjung Jati Di dalam hati tidak ku lupa Bagai rambut bersimpul mati Batang selasih permainan budak Daun sehelai dimakan kuda Bercerai kasih bertalak tidak Seribu tahun kembali juga Burung merpati terbang seribu Hinggap seekor di tengah laman Hendak mati di hujung kuku Hendak berkubur di tapak tangan PANTUN BUDI Kalau tuan mudik ke hulu Carikan saya bunga kemboja Kalau tuan mati dahulu Nantikan saya di pintu syurga Dari Daik pulang ke Daik Sehari-hari berkebun pisang Budi baik dibalas baik Dalam hati dikenang orang Tanam lenggun tumbuh kelapa Terbit bunga pucuk mati Budi tuan saya tak lupa Sudah terpaku di dalam hati Tenang-tenang air laut Sampan kolek mudik ke tanjung Hati terkenang mulut menyebut Budi baik rasa nak junjung Kapal belayar dari Arakan Ambil gaji jadi jemudi Mati ikan kerana umpan Mati saya kerana budi Banyak ubi perkara ubi Ubi keledek ditanam orang Banyak budi perkara budi Budi baik dikenang orang Lipat kain lipat baju Lipat kertas dalam puan Dari air menjadi batu Sedikit tak lupa budi tuan Jentayu burung jentayu Hinggap di balik pokok mayang Bunga kembang akan layu Budi baik bilakan hilang Jika belayar ke tanah Aceh Singgah dulu di kota Deli Jika hendak orang mengasih Hendaklah baik bicara budi Bunga melati bunga di darat Bunga seroja di tepi kali Hina besi kerana karat Hina manusia tidak berbudi Dewa sakti melayang ke Daik Hendak mencari Dewa Jaruga Kalau ada budi yang baik Sampai ke mati orang tak lupa Baik-baik bertanam padi Jangan sampai dimakan rusa Baik-baik termakan budi Jangan sampai badan binasa Tingkap papan kayu bersegi Sampan sakat di Pulau Angsa Indah tampan kerana budi Tinggi darjat kerana bahasa Pulau Pandan jauh ke tengah Gunung Daik bercabang tiga Hancur badan dikandung tanah Budi yang baik di kenang juga Pergi ke sawah menanam padi Singgah disungai menangkap ikan

Upload: iex-igniz

Post on 30-Nov-2015

79 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

GURINDAM JIWA

TRANSCRIPT

Page 1: PANTUN GURINDAM JIWA

PANTUN GURINDAM JIWA

Tuailah padi antara masakEsok jangan layu-layuanIntailah kami antara nampakEsok jangan rindu-rinduan

Anak Cina memasang lukahLukah dipasang di Tanjung JatiDi dalam hati tidak ku lupaBagai rambut bersimpul mati

Batang selasih permainan budakDaun sehelai dimakan kudaBercerai kasih bertalak tidakSeribu tahun kembali juga

Burung merpati terbang seribuHinggap seekor di tengah lamanHendak mati di hujung kukuHendak berkubur di tapak tangan

PANTUN BUDI

Kalau tuan mudik ke huluCarikan saya bunga kembojaKalau tuan mati dahuluNantikan saya di pintu syurga

Dari Daik pulang ke DaikSehari-hari berkebun pisangBudi baik dibalas baik

Dalam hati dikenang orang

Tanam lenggun tumbuh kelapaTerbit bunga pucuk matiBudi tuan saya tak lupaSudah terpaku di dalam hati

Tenang-tenang air lautSampan kolek mudik ke tanjungHati terkenang mulut menyebutBudi baik rasa nak junjung

Kapal belayar dari ArakanAmbil gaji jadi jemudiMati ikan kerana umpanMati saya kerana budi

Banyak ubi perkara ubiUbi keledek ditanam orangBanyak budi perkara budiBudi baik dikenang orang

Lipat kain lipat bajuLipat kertas dalam puanDari air menjadi batuSedikit tak lupa budi tuan

Jentayu burung jentayuHinggap di balik pokok mayangBunga kembang akan layuBudi baik bilakan hilang

Jika belayar ke tanah AcehSinggah dulu di kota DeliJika hendak orang mengasihHendaklah baik bicara budi

Bunga melati bunga di daratBunga seroja di tepi kaliHina besi kerana karatHina manusia tidak berbudi

Dewa sakti melayang ke DaikHendak mencari Dewa JarugaKalau ada budi yang baikSampai ke mati orang tak lupa

Baik-baik bertanam padiJangan sampai dimakan rusaBaik-baik termakan budiJangan sampai badan binasa

Tingkap papan kayu bersegiSampan sakat di Pulau AngsaIndah tampan kerana budiTinggi darjat kerana bahasa

Pulau Pandan jauh ke tengahGunung Daik bercabang tigaHancur badan dikandung tanahBudi yang baik di kenang juga

Pergi ke sawah menanam padiSinggah disungai menangkap ikanHidup hendaklah bersendikan budiSifat sombong jangan amalkan

Apa guna berkain batikKalau tidak dengan

Page 2: PANTUN GURINDAM JIWA

sucinya?Apa guna beristeri cantikKalau tidak dengan budinya

Bunga melati bunga di daratBunga seroja di tepi kaliHina besi kerana karatHina manusia tidak berbudi

Pisang emas dibawa belayarMasak sebiji di atas petiHutang emas boleh dibayarHutang budi dibayar mati

Anak merak Kampung CinaSinggah berhenti kepala titiEmas perak kebesaran duniaBudi bahasa tak dapat dicari

Anak angsa mati lemasMati lemas di air masinHilang bahasa kerana emasHilang budi kerana miskin

Yang kurik tu kundiYang merah sagaYang baik itu budiYang indah itu bahasa

Limau manis dimakan manisManis sekali rasa isinyaDilihat manis dipandang manisManis sekali hati budinya

Cuaca gelap semakin redupMasakan boleh kembali

terangBudi bahasa amalan hidupBarulah kekal dihormati orang

Tuan Puteri membeli ginsengSinggah di pasar mencari kariJangan ikut budaya samsengKelak menyesal di kemudian hari

PANTUN SIREH PINANG

Seiring madah pantun bersambut   dalam senyum penghidang tamumesra berdakap kasih terpaut   persilakan tamu sambut di pintu

Sambut salam sambut bersopan   jenguk-menjenguk ajuk-mengajukbaru kami menyebut tuan   air didih belumlah sejuk

Dimulakan hajat setinggi gunung   dimulakan dengan pantun pusakasehalus rambut sejernih kaca   tersisip makna dalam nan agung

Dijunjung datang disambut hajat   dulang berukir tepak peminanganpersudikan santap sirih beradat

   pusaka bangsa zaman berzaman

PANTUN JENAKA

Lebuhraya kota bersegiTempat temasya dara terunaHodohnya ketawa orang tak bergigiIbarat kota tiada kubunya

Api terang banyak kelkatuMasuk ke kamar bersesak-sesakAlangkah geli rasa hatikuMelihat nenek bergincu berbedak

Ditiup angin bunga semaluKuncup daun bila berlagaBercakap Melayu kononnya maluBelacan setongkol dibedal juga

Orang Rengat menanam betikBetik disiram air berlinangHilang semangat penghulu itikMelihat ayam lumba berenang

Tanam jerangau di bukit tinggiMati dipijak anak badakMelihat sang bangau sakit gigiGelak terbahak penghulu katak

Singapura dilanggar todakKapal karam di Tanjung PeringinOrang tua beristerikan budak

Page 3: PANTUN GURINDAM JIWA

Macam beruk mendapat cermin

Bapa gergasi menebar jalaPegang tali melintuk-liukMasakan pengerusi tak garu kepalaMelihat ahli semua mengantuk

Gemuruh tabuh bukan kepalangDiasah lembing berkilat-kilatGementar tubuh harimau belangNampak kambing pandai bersilat

Buah salak di rumah Tok ImamSirih sekapur pergi menjalaAnjing menyalak harimau demamKucing di dapur pening kepala

Anak cina menggali cacingMari diisi dalam tempurungPenjual sendiri tak kenal dacingAlamat dagangan habis diborong

Biduk buluh bermuat tulangAnak Siam pulang berbarisDuduk mengeluh panglima helangMelihat ayam bercengkang keris

Buah jering dari JawaNaik sigai ke atas atap

Ikan kering lagi ketawaDengar tupai baca kitab

Pohon manggis di tepi rawaTempat datuk tidur beraduSedang menangis nenek tertawaMelihat datuk bermain gundu

Ceduk air di dalam perigiTimbanya bertangkaikan suasaJikalau kucing tak bergigiAlamat tikus berjoget berdansa

Anak dara Datuk TinggiBuat gulai ikan tilanDatuk tua tak ada gigiBila makan kunyah telanBerderak-derak sangkutan dacingBagaikan putus diimpit lumpangBergerak-gerak kumis kucingMelihat tikus bawa senapang

Pokok pinang patanya condongDipukul ribut berhari-hariKucing berenang tikus berdayungIkan di laut berdiam diri

Tanam pinang di atas kuburTanam bayam jauh ke tepiWalaupun musang sedang tidurMengira ayam di dalam mimpi

Anak bakau di rumpun salak

Patah taruknya ditimpa gentaRiuh kerbau tergelak-gelakMelihat beruk berkaca mata

Orang menganyam sambil dudukKalau sudah bawa ke balaiMelihat ayam memakai tandukDatang musang meminta damai

Hilir lorong mudik lorongBertongkat batang temberauBukan saya berkata bohongKatak memikul paha kerbau

Di kedai Yahya berjual suratDi kedai kami berjual sisirSang buaya melompat ke daratMelihat kambing terjun ke air

Jikalau lengang dalam negeriMarilah kita pergi ke kotaHairan tercengang kucing berdiriMelihat tikus naik kereta

Senangis letak di timbanganPemulut kumbang pagi-pagiMenangis katak di kubanganMelihat belut terbang tinggi

Page 4: PANTUN GURINDAM JIWA

Anak Hindu beli petolaBeli pangkur dua-duaMendengar kucing berbiolaDuduk termenung tikus tua

Punggur berdaun di atas kotaJarak sejengkal dua jariMusang rabun, helang pun butaBaru ayam suka hati

Ketika perang dinegeri JermanRamai askarnya mati mengamukRangup gunung dikunyah kumanLautan kering dihirup nyamuk

Jual betik dengan kandilKandil buatan orang InggerisMelihat buaya menyandang bedilLembu dan kerbau tegak berbaris

Jemur bijan dengan kulitnyaJemur di atas pohon lembayungHari hujan sangat lebatnyaLamun Si Pandir mengepit payung

Elok rupa pohon belimbingTumbuh dekat limau lunggaElok berbini orang sumbingWalau marah ketawa juga

Rumah besar berdinding tidak

Beratapkan daun palasBadan besar beristeri tidakItu tandanya orang pemalas

Adik nama ComatSuka beri salamBudak ketawa kuatSuka kecing malam

Dari Ambun hendak ke PerakSinggah di Jeram MengkuangSi Awang Kenit mencuri kerakHidung berbelang terpalit arang

Biduk lalu kiambang bertautNakhoda Kasap duduk termenungGila latah ikan di lautMelihat umpan di kaki gunung

Pakai seluar labuh ke bawahIkut permatang jalan melenggangNampak zahir memang mewahTapi hutang keliling pinggang

Orang Sibu menunggang kudaKuda ditunggang patah pinggangMasih mahu mengaku mudaPadahal cucu keliling pinggang

Tahankan jerat gunakan taliPacak kuat biar melekapKalau bini suka membeli

Hutang berbaris suami ke lokap

Tuan puteri memasang panjutDayang tolong menghalau lalatKucing tidur bangkit terkejutMelihat tikus pandai bersilat