panduan_penguasa_kastam_w41 (1)

Upload: lavanya-thevi

Post on 11-Oct-2015

18 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • PANDUAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN SECARA ONLINE 1. Peperiksaan Online (secara atas talian) ini boleh diambil di

    mana-mana lokasi tanpa perlu hadir ke pusat peperiksaan tertentu.

    2. Calon hendaklah mematuhi masa dan tarikh peperiksaan yang ditetapkan.

    3. Calon dikehendaki mendaftar masuk 10 minit sebelum peperiksaan bermula.

    4. Calon yang tidak mengambil peperiksaan ini tidak akan

    disenaraihitamkan. 6. Sila baca arahan dan soalan dengan teliti sebelum

    menjawab. 9. Layari Portal SPA www.spa.gov.my untuk mengetahui

    maklumat terkini mengenai peperiksaan.

    ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- SUKATAN PEPERIKSAAN MEMASUKI SKIM PERKHIDMATAN PENGUASA KASTAM GRED W41 SEKSYEN A PENGETAHUAN AM Dalam seksyen ini, calon diuji pengetahuan berkenaan urusan perkastaman, pengurusan sumber ekonomi dan kewangan, perdagangan antarabangsa, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, keselamatan negara, undang-undang, bidang sains, bidang sosial, bidang sukan, bidang agama dan lain-lain perkembangan dalam negara dan luar negara. Masa : 40 minit Soalan : 50 (aneka pilihan) SEKSYEN B DAYA MENYELESAIKAN MASALAH Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:

    (i) Kemahiran Logik (ii) Kemahiran Menginterpretasi Data (iii) Konsep Matematik dan Akaun (i) Kemahiran Logik Calon diuji dari aspek pengetahuan, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat.

    (ii) Kemahiran Menginterpretasi Data Calon diuji dengan menggunakan pelbagai perangkaan dan data-data untuk dianalisis. (iii) Konsep Matematik dan Akaun Calon diuji dengan konsep Matematik dan Akaun, kemahiran numeric serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas matematik, pemahaman konsep dan kebolehan berfikir secara kuantitatif.

    Masa : 45 minit Soalan : 40 (aneka pilihan)

    SEKSYEN C - UJIAN PSIKOMETRIK Calon-calon dikehendaki menjawab item-item yang mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.

    Masa : 1 jam Soalan : 200 (aneka pilihan)