panduanmenjahit - jahitan karipap

7
Pelbagai Jahitan Leher Karipap MANUAL © Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 | www.mygfl.net.my

Upload: fatimadzulkifli

Post on 03-Jul-2015

934 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: PanduanMenjahit - jahitan karipap

Pelbagai JahitanLeher Karipap

MANUAL

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 | www.mygfl.net.my

Page 2: PanduanMenjahit - jahitan karipap

Pelbagai Jahitan: Leher Karipap

Kandungan Halaman

Topik 1: Latar belakang

1.1 Objektif Pembelajaran

Topik 2: Peralatan dan bahan

2.1 Objektif Pembelajaran

2.2 Bahan

2.3 Peralatan

Topik 3: Langkah-langkah

3.1 Objektif Pembelajaran

3.2 Langkah-langkah

Topik 1MANUAL

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 | www.mygfl.net.my

1

2

3

3 - 5

Page 3: PanduanMenjahit - jahitan karipap

Halaman 1

MANUAL

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 | www.mygfl.net.my

Objektif Pembelajaran

Pada akhir pembelajaran ini, anda akan dapat:• Menerangkan latar belakang jahitan karipap

Latar BelakangTopik 1

• Ia dinamakan jahitan karipap kerana dari pandangan sisi seakan-akan bentuk kelim karipap

• Ia berbeza dengan jahitan mata lalat dari segi lembar benang yang digu-nakan dan bilangan lilitan benang pada jarum

• Berasaskan kepada jahitan kia dan lilitan benang pada jarum

• Semakin kecil saiz jahitan karipap, semakin tinggi nilai kehalusan seninya

Pelbagai Jahitan: Leher Karipap

Page 4: PanduanMenjahit - jahitan karipap

Halaman 2

MANUAL

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 | www.mygfl.net.my

Objektif Pembelajaran

Pada akhir pembelajaran ini, anda akan dapat:• Mengenal pasti dan menyenaraikan peralatan dan bahan yang diperlukan untuk membuat jahitan karipap

Peralatan dan BahanTopik 2

Benang nombor 50

Jarum tangan nombor 12

Gunting

Peralatan**

Bahan*

Pelbagai Jahitan: Leher Karipap

Baju kurung yang belumdikelim lehernya

Tipspenggunaan jarum tangan saiz adalah paling sesuai untuk menghasilkan corak jahitan yang halus. Ia juga mengekalkan kehalusan seninya.

penggunaan jarum tangan yang bersaiz besar pula akan menghasilkan jahitan yang lebih besar. Ini akan mengurangkan nilai kehalusannya.

Tipspenggunaan saiz benang nombor 50 adalah paling sesuaiuntuk menghasilkan corak jahitan yang halus.Ia juga mengekalkan kehalusan seninya

Page 5: PanduanMenjahit - jahitan karipap

Halaman 3

MANUAL

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 | www.mygfl.net.my

Objektif Pembelajaran

Pada akhir pembelajaran ini, anda akan dapat:• Menerangkan langkah-langkah membuat jahitan karipap• Membuat jahitan kia• Membuat jahitan karipap pada baju kurung

Langkah-langkahTopik 3

1. Masukkan selembar benang ke dalam lubang jarum

2. Bahagikan benang kepada dua bahagian yang sama panjang untuk menjadikannya 2 lembar

3. Jahitan dilakukan dari sebelah dalam baju

4. Mulakan dari bahagian tengah leher baju. Ia dapat mengelakkan sambungan jahitan dilihat dengan jelas

Pelbagai Jahitan: Leher Karipap

Page 6: PanduanMenjahit - jahitan karipap

Langkah-langkahTopik 3

Halaman 4

MANUAL

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 | www.mygfl.net.my

6. Cucuk sebahagian jarum di tempat jahitan kia

5. Gunakan jahitan kia untuk menguatkan jahitan

7. Kemudian lilitkan benang pada jarum tersebut dan tarik ke bawah sebanyak 7 kali

8. Tarik jarum ke atas dan tarik benang rapat ke kain

9. Cucuk lagi sebahagian jarum di sebelah kirinya

tips: sewaktu melilit benang pada jarum, pastikan benang rapat pada jarum dahulu, kemudian barulah tarik benang tersebut rapat pada kain

Pelbagai Jahitan: Leher Karipap

Tipssewaktu melilit benang pada jarum, pastikan benang rapat pada jarum dahulu,kemudian barulah tarik benang tersebut rapat pada kain.

Page 7: PanduanMenjahit - jahitan karipap

Langkah-langkahTopik 3

Halaman 5

MANUAL

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 | www.mygfl.net.my

11. Tarik jarum ke atas dan tarik benang rapat ke kain

10. Lilitkan benang pada jarum tersebut sebanyak 7 kali pusing Tarik jarum ke atas dan tarik benang rapat ke kain

12. Ulang L9 hingga L11 sehingga memenuhi keliling leher baju kurung

13. Matikan jahitan karipap dengan menyusup jarum ke dalam lipatan leher dan potong benang yang berlebihan

14. Hasil jahitan karipap

L9 L10 L11

Pelbagai Jahitan: Leher Karipap