panduanmenjahit - slek

44
Panduan Menjahit Seluar Panjang A. MERAJAH POLA S ELUAR Merajah Pola Bahagian Hadapan Seluar Dari 1 ke 2, ukuran labuh seluar – 1½ inci (untuk pinggang) Dari 1 ke 3, ukuran cawat – 1 ½ inci (untuk pinggang). Ukuran cawat hendaklah ditukarkan kepada cm terlebih dahulu dan baru ditolak dengan 1 ½ inci. Contoh: 28 inci ditukar kepada 28 cm. Tandakan titik tengah garisan 2 dan 3. Dari titik tengah tersebut, naikkan 2 inci dan labelkan 4. Dari 3, naikkan 1/12 ukuran punggung dan labelkan 5. Ke 6, ¼ ukuran punggung + ¾ inci. Lakarkan garisan lurus dari 1 ke 7 dan dari 3 ke 6. Jarak 1 ke 7 = 3 ke 6 Jarak 3 ke 5 = 6 ke 8 1/44

Upload: bab-zon

Post on 13-Jan-2016

90 views

Category:

Documents


21 download

DESCRIPTION

PanduanMenjahit - slek

TRANSCRIPT

Page 1: PanduanMenjahit - slek

Panduan Menjahit Seluar Panjang

A. MERAJAH POLA S ELUAR Merajah Pola Bahagian Hadapan Seluar Dari 1 ke 2, ukuran labuh seluar – 1½ inci (untuk pinggang) Dari 1 ke 3, ukuran cawat – 1 ½ inci (untuk pinggang).

Ukuran cawat hendaklah ditukarkan kepada cm terlebih dahulu dan baru ditolak dengan 1 ½ inci. Contoh: 28 inci ditukar kepada 28 cm.

Tandakan titik tengah garisan 2 dan 3. Dari titik tengah tersebut, naikkan 2 inci dan labelkan 4.

Dari 3,

naikkan 1/12 ukuran punggung dan labelkan 5. Ke 6, ¼ ukuran punggung + ¾ inci.

Lakarkan garisan lurus dari 1 ke 7 dan dari 3 ke 6. Jarak 1 ke 7 = 3 ke 6 Jarak 3 ke 5 = 6 ke 8

1/44

Page 2: PanduanMenjahit - slek

Panduan Menjahit Seluar Panjang

Dari 6,

keluarkan 1½ inci dan labelkan 9. Naikkan 1¾ inci dan labelkan 10.

Lakarkan garisan berbentuk dari 10 ke 9 dengan menggunakan sesiku. Tandakan titik tengah garisan 3 ke 9 dan labelkan 11.

Lakarkan garisan lurus dari 11 terus ke bawah dan labelkan 12 dan 13. Ukuran 13 ke 14 = 13 ke 15, (ukuran bukaan kaki – 1 inci) ÷ 4 Ukuran 12 ke 16 = 12 ke 17, (ukuran bukaan lutut – 1 inci) ÷ 4 Dari 7 ke 18, ¼ ukuran pinggang + 2 ¾ inci. Lakarkan garisan berbentuk dari 18 ke 3 dengan menggunakan pembentuk.

2/44

Page 3: PanduanMenjahit - slek

Panduan Menjahit Seluar Panjang

Lakarkan garisan lurus dari 11 ke garisan 7 ke 18 dan labelkan 19. Dari 19, keluarkan ¾ inci dan labelkan 20. Dari 19, masukkan ¾ inci dan labelkan 21. Untuk menghasilkan plet, lakarkan garisan lurus:

dari 20 ke 11.

Dari 21 ke 11. Tandakan titik tengah antara garisan 18 ke 21 dan labelkan 22. Lakarkan garisan lurus dari 22 ke garisan 5 ke 8 dan labelkan 23. Dari 22,

keluarkan ½ inci dan labelkan 24. Masukkan ½ inci dan labelkan 25.

3/44

Page 4: PanduanMenjahit - slek

Panduan Menjahit Seluar Panjang

Untuk menghasilkan plet, lakarkan garisan lurus:

dari 24 ke 23.

Dari 25 ke 23.

Dari 18,

turunkan 6 inci di garisan 18 ke 3 dan labelkan 26.

Turunkan 1 inci di garisan

18 ke 3 dan labelkan 27. Garisan 27 ke 26 merupakan bukaan mulut kocek. Dengan menggunakan pembentuk, lakarkan garisan berbentuk:

dari 9 ke 16. dari 3 ke 17.

Lakarkan garisan lurus:

dari 14 ke 16. dari 15 ke 17.

dari 7 ke 10.

dari 15 ke 2.

dari 17 ke 4.

4/44

Page 5: PanduanMenjahit - slek

Panduan Menjahit Seluar Panjang

Merajah Pola Bahagian Belakang Seluar Untuk kemudahan anda, garisan pola untuk bahagian belakang akan ditunjukkan dengan menggunakan:

garisan putus; warna garisan hijau;

label A ke Z.

Dari 9, keluarkan 2½ inci dan labelkan A. Dari A, turunkan ½ inci dan labelkan B.

Dari 16, keluarkan 1 inci dan labelkan C. Dari 14, keluarkan 1 inci dan labelkan D. Lakarkan garisan berbentuk daripada B ke C dan garisan lurus ke D. Dari 11, naikkan 1½ inci dan labelkan E.

5/44

Page 6: PanduanMenjahit - slek

Panduan Menjahit Seluar Panjang

Lakarkan garisan lurus dari E ke B. Dari 7, masukkan 1 inci dan labelkan F. Dari F, naikkan 1¼ inci dan labelkan G. Dari G, lakarkan garisan lurus ke F hingga ke 8.

Ukuran cawat = (ukuran dari 9, 10 hingga ke 7) + (ukuran dari B ke G) + 3 inci Dari G ke H, ¼ ukuran pinggang + 1¼ inci Lakarkan garisan berbentuk dari H ke 3 dengan menggunakan pembentuk (mengikut kesesuaian bentuk). Dari H, turunkan 3 inci dan labelkan I.

6/44

Page 7: PanduanMenjahit - slek

Panduan Menjahit Seluar Panjang

Dari I, masukkan 2 inci dan labelkan J. Dari J, keluar 4¼ inci dan labelkan K. Dari K, masukkan 1 inci dan labelkan L. Dari J, masukkan 1 inci dan labelkan M.

Dengan menggunakan sesiku, lakarkan garisan lurus: dari L ke garisan GH dan

labelkan N. dari M ke garisan GH dan

labelkan O. Dari N, keluarkan ¼ inci dan labelkan P.

masukkan ¼ inci dan labelkan Q.

7/44

Page 8: PanduanMenjahit - slek

Panduan Menjahit Seluar Panjang

Lakarkan garisan lurus:

dari P ke L. Q ke L.

Dari O,

keluarkan ¼ inci dan labelkan R. masukkan ¼ inci dan labelkan S.

Lakarkan garisan lurus:

dari R ke M.

S ke M. Dari J, turunkan 3/8 inci dan

labelkan T. Dari K, turunkan 3/8 inci dan

labelkan U. Lakarkan garisan lurus dari T ke

U.

8/44

Page 9: PanduanMenjahit - slek

Panduan Menjahit Seluar Panjang

Tanda titik tengah pada garisan J ke T dan labelkan V. Tandakan titik tengah pada garisan K ke N dan labelkan W. Lakarkan garisan lurus dari W ke V.

9/44

Page 10: PanduanMenjahit - slek

Panduan Menjahit Seluar Panjang

Merajah Pola Pinggang Kanan Ukuran 1 ke 2 = 3 ke 4, ½ ukuran pinggang. Ukuran 1 ke 3 = 2 ke 4, 1½ inci. Tandakan titik tengah pada garisan 1 ke 2 dan labelkan 5. Tandakan titik tengah pada garisan 3 ke 4, dan labelkan 6. Naikkan 1½ inci dari 2 dan labelkan 7. Lakarkan garisan berbentuk dari 2 ke 6 dan 5 ke 7 dengan menggunakan pembentuk. Pastikan panjang garisan 1 hingga ke 8 = ½ ukuran pinggang Ukuran 3 ke 9 = ½ ukuran pinggang + ½ inci Lakarkan garisan lurus dari 8 ke 9.

10/44

Page 11: PanduanMenjahit - slek

Panduan Menjahit Seluar Panjang

Dari 8, keluarkan 1½ inci dan labelkan 10. Dari 9, keluarkan 1½ inci dan labelkan 11. Lakarkan garisan lurus dari 10 ke 11. Dari 10, turunkan ¼ inci dan labelkan 12. Dari 11, naikkan ¼ inci dan labelkan 13. Lakarkan garisan lurus:

dari 7 ke 12. dari 9 ke 13.

Dari 1, keluarkan 2½ inci dan labelkan 13. Dari 3, keluarkan 2½ inci dan labelkan 14. Lakarkan garisan lurus dari 3 ke 14. Tandakan titik tegah garisan 13 ke 14 dan labelkan 15.

Untuk Menghasilkan Pelaras: Dari 13, masukkan ½ inci dan labelkan 16. Dari 14, masukkan ½ inci dan labelkan 17. Lakarkan garisan lurus,

dari 15 ke 16. Dari 14 ke 17.

11/44

Page 12: PanduanMenjahit - slek

Panduan Menjahit Seluar Panjang

Dari 3, turunkan ½ inci dan labelkan 18. Dari 6, turunkan ½ inci dan labelkan 19. Dari 9, turunkan ½ inci dan labelkan 20. Lakarkan garisan lurus dari 18 ke 19 dan hingga ke 20 sebagai basi jahitan. Merajah Pola Pinggang Kiri Proses merajah pola pinggang kiri adalah sama dengan merajah pola pinggang kanan kecuali tidak perlu merajah pola untuk bahagian pelaras (berlabel 13, 14, 15, 16 dan 17).

Sila rujuk diagram pola pinggang kiri yang dipaparkan. Merajah Pola Fly Kiri

Ukuran garisan A ke B = Ukuran garisan 7 ke 10 (bahagian hadapan seluar) Ukuran garisan A ke B = Ukuran garisan C ke D Ukuran garisan A ke C = Ukuran garisan B ke D = 1¼ inci Dari A, turunkan 2 ½ E. Lakarkan garisan berbentuk dari C ke E dengan menggunakan sesiku.

12/44

Page 13: PanduanMenjahit - slek

Panduan Menjahit Seluar Panjang

Merajah Pola Fly Kanan Ukuran garisan A ke B = Ukuran garisan 7 ke 10 (bahagian hadapan seluar) Ukuran garisan C ke D = Ukuran garisan A ke B Dari A, naikkan 3½ inci dan labelkan E. Dari E, masukkan ½ inci dan labelkan H. Turunkan 2 ½ inci dan labelkan G. Dari C, keluarkan ½ imci dan labelkan F. Lakarkan garisan berbentuk dari H ke F dan terus ke G.

13/44

Page 14: PanduanMenjahit - slek

Panduan Menjahit Seluar Panjang

Melakarkan Pola Kain Kocek Hadapan Garisan 1 ke 2 = Garisan 3 ke 4 = 6 inci Ukuran garisan 1 ke 3, 12 inci. Dari 3,

naikkan 2 ½ inci dan labelkan 5. keluarkan 2 ½ inci dan labelkan 6.

Lakarkan garisan lurus dari 5 ke 6. Melakarkan Pola Kain Kocek Belakang Garisan A ke B = Garisan C ke D = 7 inci Garisan A ke C = Garisan B ke D = 18 inci Melakarkan Lapik Kocek Hadapan Garisan 1 ke 2 = Garisan 3 ke 4 = 3 inci Garisan 1 ke 3 = Garisan 2 ke 4 = 6 inci Dari 3,

• naikkan 1 inci dan labellkan 5. • masukkan 1 inci dan labelkan 6.

14/44

Page 15: PanduanMenjahit - slek

Panduan Menjahit Seluar Panjang

Dari 4,

keluarkan 1 inci dan labelkan 7. naikkan 1 inci dan labelkan 8.

Lakarkan garisan lurus dari 5 ke 6. Lakarkan garisan berbentuk dari 7 ke 8 dengan menggunakan sesiku. Melakarkan Pola Lapik Kocek Belakang Garisan A ke B = Garisan C ke D = 6 inci Garisan A ke C = Garisan B ke D = 3 inci

15/44

Page 16: PanduanMenjahit - slek

Panduan Menjahit Seluar Panjang

B. MENGGUNTING FABRIK MENGIKUT POLA

Menggunting

1. Bentangkan fabrik dan lipat dua mengikut ukuran labuh seluar atau panjang pinggang yang dikehendaki.

2. Atur pola bahagian hadapan, bahagian belakang, bahagian pinggang, fly kiri, fly

kanan, dan kocek di atas fabrik.

3. Sematkan dengan jarum peniti.

4. Gunting fabrik mengikut draf pola.

Basi jahitan untuk bahagian pinggang hanya ditambah di bahagian garisan pinggang selebar ½ inci dan bahagian belakang untuk menyambung bahagian kiri dan kanan selebar 1¼ hingga 1½ inci.

16/44

Page 17: PanduanMenjahit - slek

Panduan Menjahit Seluar Panjang

C. MENANDA BASI JAHITAN Basi Jahitan Seluar Panjang Pinggang Bengkok Berplit Dua Basi jahitan ditandakan bagi bahagian-bahagian yang dinyatakan di bawah. Basi jahitan:

pada bahagian sisi adalah ¾ inci; pada bahagian lipatan 2 inci;

pada bahagian pinggang ½ inci;

bahagian tengah belakang 1¼ inci;

bahagian tengah hadapan ½ inci.

Menanda Kedudukan Kocek Hadapan dan Belakang

17/44

Page 18: PanduanMenjahit - slek

Panduan Menjahit Seluar Panjang

1. Menanda kedudukan kocek belakang dan hadapan di fabrik hendaklah mengikut pola seluar. 2. Tandakan kedudukan lisu pemadan belakang dan plit hadapan pada kain mengikut pola.

D. MENJAHIT FABRIK Membuat Fly Kiri dan Kanan

1. Letakkan kain keras di atas fabrik seluar sebelah kiri. 2. Lipat bahagian tepi yang berbentuk. 3. Jahit mesin denga jarak satu tapak mesin.

4. Temukan bahagian fly kanan atas dan bawah.

5. Jahit dari bahagian bawah yang panjang

hingga ke atas.

Semasa menjahit fly kanan fabrik seluar untuk fly yang telah digunting pendek hendaklah diletakkan di atas fabrik seluar untuk fly yang telah digunting panjang.

6. Terbalikkan dan gosok. 7. Jahit mesin bahagian fly kanan yang berbentuk yang telah diterbalikkan.

8. Gunting bahagian fabrik fly yang lurus bahagian yang pendek selebar ¼ inci.

9. Lipat fabrik bahagian bawah yang panjang ke atas fabrik fly yang pendek.

18/44

Page 19: PanduanMenjahit - slek

Panduan Menjahit Seluar Panjang

10. Jahit lipatan tersebut selebar satu tapak mesin dari atas hingga ke bahagian

yang panjang.

11. Kemaskan dan gosok.

Membuat Pinggang – Membuat Pinggang Sebelah Kiri

1. Siapkan tali/loop selebar 3/8 inci sebanyak 6 keping. Siapkan kain keras pinggang kanan dan kiri mengikut pola.

Pada kain keras pinggang kanan, lakarkan satu garisan tengah. Tandakan loop pertama 1 inci daripada garisan belakang kain keras pinggang kanan.

19/44

Tandakan loop kedua 1/8 pinggang. Antara 1/8 pinggang dan 1 inci bahagikan dua untuk mendapatkan loop ketiga. Tandakan.

Buat penandaan sama pada kain keras pinggang kiri.

2. Letakkan kain keras di atas fabrik pinggang seluar.

Page 20: PanduanMenjahit - slek

Panduan Menjahit Seluar Panjang

3. Tandakan hujung sebelah kiri hadapan.

4. Jahit dari atas ke bawah dan matikan dengan jarak ½ inci di bahagian tengah untuk cangkuk.

Semasa menjahit, temukan sebelah luar fabrik seluar bahagian luar dan fabrik seluar bahagian luar sebelah dalam pinggang.

5. Buka kelim dan gosok. 6. Jahit tepi kelim sebelah kiri dan kanan selebar satu tapak mesin.

7. Lipat kelim hadapan ke dalam bahagian hadapan pinggang.

8. Letakkan kain keras di atas fabrik pinggang.

9. Tandakan dengan kapur.

10. Terbalikkan. Letakkan kain keras berlawanan dengan kedudukan asal.

11. Jahit di kain keras dengan jarak satu tapak kecil dari tepi.

Semasa menjahit kain keras untuk pinggang tali/loop diletakkan di tempat yang telah ditanda iaitu di tengah antara fabrik seluar atas dan bawah, dijahit bersama kain keras.

Semasa menjahit kain keras untuk pinggang

20/44

Page 21: PanduanMenjahit - slek

Panduan Menjahit Seluar Panjang

tali/loop diletakkan di tempat yang telah ditanda iaitu di tengah antara fabrik seluar atas dan bawah, dijahit bersama kain keras.

12. Masukkan kain berukuran ½ inci lebar dan panjangnya 3 inci ke dalam lubang besar cangkuk.

13. Jahit cangkuk tersebut di atas kain keras beberapa kali untuk menguatkannya. 14. Terbalikkan fabrik. 15. Gosok supaya kemas.

16. Jahit jelujur kasar mesin

21/44

kain keras dengan fabrik

Page 22: PanduanMenjahit - slek

Panduan Menjahit Seluar Panjang

seluar dibahagian basi jahitan untuk melekatkannya.

17. Letakkan cangkuk di bahagian hujung hadapan sebelah kiri pinggang. Membuat Pinggang Sebelah Kanan

1. Tandakan kedudukan kocek celah dan tali/loop di atas kedua-dua keping fabrik seluar dengan kain keras.

2. Letakkan fabrik seluar sebelah kanan bertentangan antara satu dengan lain.

3. Letakkan fabrik seluar yang telah digunting dengan ukuran 4 inci lebar dan 9 inci

22/44

Page 23: PanduanMenjahit - slek

Panduan Menjahit Seluar Panjang

panjang (untuk kocek celah) bersama tali/loop di atas fabrik seluar di bahagian sebelah luar fabrik pinggang seluar.

Fabrik seluar untuk kocek celah hendaklah diletak di tengah antara garisan basi jahitan dan tepi basi jahitan.

4. Lipat ke dalam basi jahitan kocek celah. 5. Jahit bersama dengan tali/loop.

6. Lipat ke dalam basi jahitan kocek celah yang sebelah lagi.

7. Jahit di atas fabrik seluar untuk pinggang sebelah dalam.

8. Temukan kedua-dua belah kocek celah dan samakan kedudukan mulut kocek celah.

9. Jahit di keliling fabrik kocek celah.

10. Letakkan kain keras di atas fabrik seluar yang telah disiapkan kocek celah bertentangan dengan fabrik seluar.

23/44

Page 24: PanduanMenjahit - slek

Panduan Menjahit Seluar Panjang

11. Jahit kain keras di atas fabrik seluar bersama dengan tali/loop dari bahagian belakang pinggang hingga ke hadapan pinggang. Tinggalkan jarak buakkan mulut kocek celah sebanyak 4 inci.

12. Terbalikkan.

13. Gosok supaya kelihatan kemas.

14. Letakkan kain keras di bahagian fabrik seluar sebelah luar.

15. Jelujur mesin kasar bersama dengan tali/loop dan kemaskan.

16. Samakan kedudukan bahagian pinggang belakang kiri dan kanan.

17. Tandakan.

24/44

Page 25: PanduanMenjahit - slek

Panduan Menjahit Seluar Panjang

18. Jahit basi jahitan bahagian belakang.

19. Buka kelim dan gosok.

20. Jahit bahagian sambungan pinggang belakang satu tapak mesin dari tepi bahagian dengan 3 atau 4 mata jahitan kiri dan kanan pinggang.

21. Trim dan kemaskan bahagian basi jahitan fabrik seluar dengan kain keras.

Menjahit Lisu Pemadan dan Pleat Seluar

1. Jahit lisu pemadan bahagian belakang kiri dan kanan. 2. Gosok.

Semasa menggosok, lisu pemadan hendaklah dalam kedudukan mengadap antara satu sama lain dan menghala ke dalam.

25/44

Page 26: PanduanMenjahit - slek

Panduan Menjahit Seluar Panjang

1. Letakkan fabrik seluar yang telah digunting dengan ukuran 4 inci lebar dan 9 inci

panjang (untuk kocek celah) bersama tali/loop di atas fabrik seluar di bahagian sebelah luar fabrik pinggang seluar.

2. Fabrik seluar untuk kocek celah hendaklah diletak di tengah antara garisan basi

jahitan dan tepi basi jahitan. 3. Gosok pleat dengan kemas.

Kedudukan pleat boleh dibuat samada dua-dua menghala keluar atau ke dalam.

Membuat Kocek Belakang (Bibir Dua)

1. Tandakan fabrik kocek/belacu 1 inci dari bahagian tepi atas.

26/44

Page 27: PanduanMenjahit - slek

Panduan Menjahit Seluar Panjang

2. Lipat dua dan gosok.

3. Letakkan fabrik kocek di atas fabrik seluar sebelah dalam. Sematkan dengan jarum peniti.

Semasa meletakkan fabrik kocek, tanda 1 inci hendaklah sama dengan garisan kedudukan lebar mulut kocek tebok.

4. Tandakan lebar dan saiz mulut kocek yang akan dibuat di fabrik alas kain kocek/belacu.

27/44

Page 28: PanduanMenjahit - slek

Panduan Menjahit Seluar Panjang

5. Letakkan fabrik kocek/belacu di atas fabrik alas/lapik seluar menyerong untuk bibir kocek tebok. 6. Letakkan lapik fabrik seluar menyerong di atas fabrik seluar bahagian luar. Sematkan dengan jarum peniti.

Semasa meletakkan alas fabrik menyerong dan alas fabrik kocek/belacu hendaklah sama dengan tanda kedudukan mulut kocek di fabrik seluar bahagian belakang.

7. Jahit dan matikan di tanda sebelah bibir atas dari kiri ke kanan. 8. Jahit bahagian bibir bawah dengan cara yang sama seperti bibir atas.

9. Gunting fabrik alas kocek/belacu dan fabrik alas seluar menyerong dari kanan ke kiri.

28/44

Page 29: PanduanMenjahit - slek

Panduan Menjahit Seluar Panjang

10. Buka kelim dan jahit jelujur kasar mesin di bahagian bibir atas dan bawah bersama dengan fabrik seluar menyerong.

11. Gunting bahagian fabrik kocek/belacu dan fabrik seluar. Tinggalkan ½ inci dari tepi mulut kocek. Gunting menyerong di keempat-empat penjuru mulut kocek. 12. Masukkan ke bahagian dalam lapik fabrik seluar menyerong yang telah dijelujur.

29/44

Page 30: PanduanMenjahit - slek

Panduan Menjahit Seluar Panjang

13. Buka kelim bibir, lipat dan jelujur kasar mesin sekali lagi pada bahagian bibir kocek. Proses yang sama dilakukan untuk bibir satu lagi.

14. Letakkan fabrik seluar di atas dan fabrik kocek/belacu di bawah. 15. Angkat fabrik seluar dan jelujur kasar mesin bahagian penjuru kiri dan kanan

mulut kocek.

16. Angkat bahagian fabrik seluar dan jahit mesin di celah bibir bawah dari kiri ke kanan.

17. Gunting dan kemaskan lebihan fabrik kocek dan fabrik seluar di bahagian keliling mulut kocek. 18. Lipat lebihan kain menyerong dan jahit di fabrik kocek.

19. Ukur sedalam 6 inci dari mulut kocek di bahagian fabrik kocek/belacu (ukuran labuh kantung kocek) belakang. Letakkan alas fabrik seluar di mulut kocek.

30/44

Page 31: PanduanMenjahit - slek

Panduan Menjahit Seluar Panjang

20. Lipat fabrik kocek ke bahagian mulut kocek hingga ke atas bahagian pinggang untuk mendapatkan kedudukan lapik/alas fabrik seluar di atas fabrik kocek.

21. Jahit lapik/alas fabrik seluar di atas fabrik kocek/belacu.

22. Letakkan fabrik kocek/belacu ke atas mulut kocek.

31/44

Page 32: PanduanMenjahit - slek

Panduan Menjahit Seluar Panjang

23. Angkat fabrik seluar.

24. Jahit bahagian celah bibir kocek atas dan matikan bahagian kiri dan kanan tepi

mulut kocek.

25. Gunting dan kemaskan bahagian atas basi bibir kocek.

26. Lipat dan kemaskan bahagian keliling fabrik kocek. 27. Jahit semula dari atas sebelah kiri hingga ke atas sebelah kanan.

28. Letakkan fabrik kocek sama paras dengan basi garisan pinggang. 29. Jahit jelujur kasar mesin.

30. Gunting lebihan fabrik kocek yang tidak diperlukan.

Buat proses yang sama untuk kocek belakang sisi yang satu lagi.

32/44

Page 33: PanduanMenjahit - slek

Panduan Menjahit Seluar Panjang

Membuat Kocek Sisi Hadapan

1. Letakkan:

fabrik kocek fabrik seluar hadapan fabrik seluar belakang

2. Tandakan kedudukan dan bukaan mulut kocek sisi yang akan dibuat pada bahagian tepi sebelah kanan Q dan kiri hadapan. Kedudukan kocek ialah 1 inci dari garisan pinggang dan kedudukan bukaan mulut kocek ialah 6 inci.

33/44

Page 34: PanduanMenjahit - slek

Panduan Menjahit Seluar Panjang

3. Jahit 1½ inci dari bahagian basi jahitan ke paras mulut kocek dengan jahitan tetap.

4. Jahit jelujur kasar pada bahagian bukaan mulut kocek yang telah ditanda. 5. Jahit dengan jahitan tetap selepas tanda bukaan mulut kocek sisi hingga ke bahagian labuh seluar.

Semasa menjahit bahagian bawah fabrik, kocek hendaklah dilipat ke atas selebar ¼ inci.

6. Buka kelim dan gosok.

7. Jahit bahagian hadapan fabrik seluar yang telah dijahit jelujur kasar mesin untuk bukaan mulut kocek hadapan selebar satu tapak mesin.

8. Jahit lapik/alas fabrik seluar di atas fabrik kocek/belacu.

9. Letakkan fabrik lapik seluar di atas fabrik kocek/belacu dan jahit dari atas hingga

ke bawah.

10. Lipat fabrik kocek/belacu ke bahagian luar dan jahit mengikut bentuk kantong kocek ¾ bahagian sahaja. 11. Terbalikkan fabrik kocek/belacu dan letakkan di atas fabrik seluar.

12. Jahit bahagian fabrik kocek/belacu bersama fabrik seluar bahagian sisi mulut kocek dari atas hingga ke fabrik kocek/belacu.

Semasa menjahit, fabrik kocek bahagian bawah hendaklah dilipat ke dalam.

34/44

Page 35: PanduanMenjahit - slek

Panduan Menjahit Seluar Panjang

13. Jahit bahagian bawah fabrik kocek/belacu (kantong kocek) hingga ke tepi

bahagian fabrik seluar. 14. Lipat dan kemaskan fabrik kocek ke bahagian dalam sisi fabrik seluar dan jahit. 15. Buka jahitan jelujur kasar di bahagian mulut kocek.

16. Jahit dan matikan di bahagian pangkal dan bawah mulut kocek untuk mengukuhkannya.

17. Tekan dan gosok bahagian mulut kocek supaya kemas. Menjahit Fly Seluar

1. Letakkan fly kiri di atas bahagian luar fabrik seluar sebelah kiri.

35/44

Page 36: PanduanMenjahit - slek

Panduan Menjahit Seluar Panjang

2. Jahit dari atas ke bawah.

3. Terbalikkan fly kiri.

4. Jahit mesin di atas fly kiri.

5. Letakkan zip di atas fly kiri dengan kedudukan terbalik (kepala zip bertemu

dengan fly kiri).

6. Jahit zip di atas fly. Jahit di bahagian tepi sebanyak 2x.

7. Jahit fly kiri yang telah dicantum dengan zip tadi pada fabrik seluar (di bahagian hadapan kiri).

36/44

Page 37: PanduanMenjahit - slek

Panduan Menjahit Seluar Panjang

8. Letakkan fly kanan di bawah fly kiri.

9. Jahit menggunakan mesin dari bawah ke atas.

10. Lipat basi jahitan bahagian kanan hadapan seluar.

11. Letakkan fabrik seluar hadapan bahagian kanan ke bahagian zip sebelah kiri. 12. Jahit hingga ke paras zip bawah.

37/44

Page 38: PanduanMenjahit - slek

Panduan Menjahit Seluar Panjang

13. Temukan bahagian hadapan dan belakang bahagian peha fabrik seluar.

14. Jahit dari peha hingga ke labuh seluar.

15. Jahit bahagian pangkal peha hinga ke paras lutut sebanyak dua kali supaya kelim kuat dan tahan lama.

Buat proses yang sama untuk bahagian sebelah lagi.

16. Buka kelim. 17. Gosok supaya kemas.

18. Temukan fabrik seluar bahagian hadapan kiri dan kanan.

38/44

Page 39: PanduanMenjahit - slek

Panduan Menjahit Seluar Panjang

19. Jahit dengan jarak 1 inci dari bahagian zip ke bahagian kelengkang dan hingga

ke bahagian belakang seluar. Bahagian ini hendaklah dijahit 2x.

20. Buka kelim.

21. Gosok supaya kemas.

22. Jahit bahagian fly kiri hingga melepasi kelengkang dan pusing balik ke kanan hingga ke bahagian fly kanan dan matikan.

Semasa menjahit fly kiri, bahagian bawah fly kanan yang panjang mestilah menutupi kelim bahagian kelengkang.

23. Tekan dan gosok.

Mencantum Ikatan Pinggang Dengan Seluar

1. Tanda bahagian fly kiri dan fly kanan dengan kapur supaya kedudukan ikatan pinggang sama paras.

39/44

Page 40: PanduanMenjahit - slek

Panduan Menjahit Seluar Panjang

2. Acukan ikatan pinggang dengan seluar supaya berpadanan.

3. Letakkan hujung ikatan pinggang di sebelah luar bahagian kiri seluar.

4. Jahit.

Semasa menjahit ikatan pinggang sambungan bahagian belakang ikatan pinggang hendaklah bertemu dengan bahagian sambungan belakang seluar. Untuk mendapatkan seluar yang kemas dan cantik, ukuran bahagian pinggang seluar hendaklah melebihi daripada ikatan pinggang 1 inci.

5. Gunting dan kemaskan basi bahagian pinggang seluar.

40/44

Page 41: PanduanMenjahit - slek

Panduan Menjahit Seluar Panjang

6. Terbalikkan bahagian ikatan pinggang hujung sebelah kanan.

7. Jahit bentuk berbucu.

8. Gunting basi jahitan .

9. Lipat dan terbalikkan keluar.

10. Kemaskan bahagian dalam fabrik ikatan pinggang.

11. Lipat ke bahagian dalam ikatan pinggang dan dari bahagian luar di celah antara ikatan pinggan dengan seluar. Bermula dari tengah belakang hingga ke hujung sebelah kanan dandari bahagian hadapan sebelah kiri hingga ke bahagian tengah belakang pinggang.

41/44

Page 42: PanduanMenjahit - slek

Panduan Menjahit Seluar Panjang

Semasa mengemaskan ikatan pinggang, tandakan kedudukan palang bahagian kanan ikatan pinggang dan boleh dipasang.

12. Jahit sembat tangan di bahagian kocek celah di bahagian ikatan pinggang.

13. Jahit tikam jejak di bahagian luar seluar di kocek celah.

14. Lipat selebar 2 inci di lipatan kaki seluar.

15. Jahit silang pangkah.

42/44

Page 43: PanduanMenjahit - slek

Panduan Menjahit Seluar Panjang

16. Tanda kedudukan butang dan lubang butang di ikatan pinggang seluar.

17. Jahit lubang butang dan butang di ikatan pinggang seluar.

43/44

Page 44: PanduanMenjahit - slek

Panduan Menjahit Seluar Panjang

18. Buka jahitan jelujur kasar di pleat hadapan.

19. Tekan dan gosok seluar dengan kemas.

44/44