panduan, tips, soalan & jawapan temuduga pegawai sains ... · pdf filepanduan, tips,...

3
PANDUAN, TIPS, SOALAN & JAWAPAN TEMUDUGA PEGAWAI SAINS GRED C41 PERCUMA!!! http://www.PegawaiSains.com | All Rights Reserved® 1 Assalamualaikum… Salam Sejahtera… Salam 1 Malaysia… Terima kasih kerana menyokong produk ini dan sekarang saya berikan anda contoh soalan percuma untuk temuduga Pegawai Sains C41 nanti. Produk ini ditulis khas untuk anda yang mahu berjaya kerana Ebook ini hanya mengandungi soalan-soalan TEKNIKAL yang paling kritikal semasa temuduga dijalankan. Anda bukan hendak temuduga jawatan PTD! Bukan Pegawai Tadbir! Bukan Pegawai Penerbitan! Tetapi PEGAWAI SAINS! Oleh itu, saya telah mengumpulkan soalan-soalan beserta jawapan sekali untuk anda gunakan semasa temuduga nanti. Tidak pernah lagi orang lain beri tips bersama soalan dan jawapan tersebut. Tetapi saya memberikan tips-tips percuma sebagai panduan untuk anda berfikir dengan lebih baik lagi untuk menjawab soalan –soalan teknikal yang bakal ditanya oleh penemuduga. Ebook ini anda boleh kongsikan kepada rakan-rakan dan kenalan bagi tujuan promosi sahaja. Untuk pengetahuan, Ebook ini tidak lengkap jika anda hendak Ebook yang lengkap sila layari http://www.PegawaiSains.com dan dapatkan PAKEJ LENGKAP!! Sekarang, anda saksikanlah bagaimana saya memberikan soalan-soalan teknikal yang berkualiti berserta tips panduan dibawahnya. Jika anda dapatkan Pakej Lengkap di http://www.PegawaiSains.com sudah pasti anda akan lulus dengan jayanya!!! Yang Benar, Amirul MA SyafiqYunos B.Sc(UPM), M.Sc (UPM), OGSP(NIOSH), NTSP(NIOSH), RPO(MNA/AELB), Lt. M(PSSTLDM) Founder PegawaiSains.Com

Upload: nguyentram

Post on 06-Feb-2018

338 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: PANDUAN, TIPS, SOALAN & JAWAPAN TEMUDUGA PEGAWAI SAINS ... · PDF filePANDUAN, TIPS, SOALAN & JAWAPAN TEMUDUGA PEGAWAI SAINS GRED ... ini dan sekarang saya berikan anda contoh soalan

PANDUAN, TIPS, SOALAN & JAWAPAN TEMUDUGA PEGAWAI SAINS GRED C41

PERCUMA!!!

http://www.PegawaiSains.com | All Rights Reserved® 1

Assalamualaikum… Salam Sejahtera… Salam 1 Malaysia…

Terima kasih kerana menyokong produk ini dan sekarang saya berikan anda contoh soalan percuma untuk temuduga Pegawai Sains C41 nanti. Produk ini ditulis khas untuk anda yang mahu

berjaya kerana Ebook ini hanya mengandungi soalan-soalan TEKNIKAL yang paling kritikal

semasa temuduga dijalankan. Anda bukan hendak temuduga jawatan PTD! Bukan Pegawai Tadbir! Bukan Pegawai Penerbitan! Tetapi PEGAWAI SAINS! Oleh itu, saya telah mengumpulkan soalan-soalan beserta jawapan sekali untuk anda gunakan semasa temuduga nanti. Tidak pernah lagi orang lain beri tips bersama soalan dan jawapan tersebut. Tetapi saya memberikan tips-tips percuma sebagai panduan untuk anda berfikir dengan lebih baik lagi untuk menjawab soalan –soalan teknikal yang bakal ditanya oleh penemuduga. Ebook ini anda boleh kongsikan kepada rakan-rakan dan kenalan bagi tujuan promosi sahaja. Untuk pengetahuan, Ebook ini tidak lengkap jika anda hendak Ebook yang lengkap sila layari

http://www.PegawaiSains.com dan dapatkan PAKEJ LENGKAP!!

Sekarang, anda saksikanlah bagaimana saya memberikan soalan-soalan teknikal yang berkualiti berserta tips panduan dibawahnya. Jika anda dapatkan Pakej Lengkap di http://www.PegawaiSains.com sudah pasti anda akan lulus dengan jayanya!!!

Yang Benar,

Amirul MA SyafiqYunos

B.Sc(UPM), M.Sc (UPM), OGSP(NIOSH), NTSP(NIOSH), RPO(MNA/AELB), Lt. M(PSSTLDM)

Founder PegawaiSains.Com

Page 2: PANDUAN, TIPS, SOALAN & JAWAPAN TEMUDUGA PEGAWAI SAINS ... · PDF filePANDUAN, TIPS, SOALAN & JAWAPAN TEMUDUGA PEGAWAI SAINS GRED ... ini dan sekarang saya berikan anda contoh soalan

PANDUAN, TIPS, SOALAN & JAWAPAN TEMUDUGA PEGAWAI SAINS GRED C41

PERCUMA!!!

http://www.PegawaiSains.com | All Rights Reserved® 2

HANYA UNTUK ANDA…. 1. Pernahkah anda membuat rekacipta dan inovasi?

Pernah. Diperingkat sekolah saya ada membuat rekacipta dan inovasi mengenai kapal terbang polisterin yang dinamakan sebagai Glider. Selama 2 tahun berturut-turut saya memenangi tempat pertama dalam pertandingan Glider di peringkat Jerayawara Sains Daerah-Daerah. Tips: Jika ada, itu memang satu bonus yang besar bagi anda. Pastikan anda cari satu rekacipta masa zaman persekolahan. Anda perlu nyatakan dengan penuh yakin dan bangga dengan kejayaan anda. Jika tidak ada, nyatakan sahaja tidak ada dan nyatakan bahawa anda bercita-cita untuk hasilkan satu.

2. Sudahkah anda ambil sarapan pagi hari ini? Bilakah biasanya anda sarapan pagi dan makan

tengah hari? Sudah sebelum saya bertolak ketempat temuduga ini. Kebiasaannya saya mengambil sekali hidangan sahaja di waktu pagi dengan menu yang berat dan pada tengah hari saya tidak makan sehingga waktu makan malam pada waktu petang. Jika saya terlepas sarapan pagi, saya akan hanya mengambil makan tengah hari pada hari tersebut. Tips: Nampak remeh tetapi ini soalan yang beralas. Ini sebenarnya soalan untuk menguji anda. Masalah pegawai kerajaan sekarang adalah menggunakan masa kerja untuk makan yang terlalu lama dan di luar masa yang dibenarkan. Mereka hendak memastikan anda bukanlah seorang yang suka keluar makan pada bila-bila masa sahaja tanpa menghiraukan peraturan da npekeliling yang dibenarkan. Jadi, pastikan anda mengambil sarapan sebelum ketempat temuduga. Ia juga akan membantu anda mencapai tahap fizikal dan mental yang terbaik pada hari tersebut.

3. Mengapakah roket terbang menegak tetapi kapal terbang mendatar?

Sebuah roket bergantung kepada ekzos bertekanan tinggi untuk mengangkat ia kelangit. Ia merupakan salah satu Hukum Issac Newton iaitu setiap tindakan ada reaksi yang sama dan berlawanan. Manakala kapal terbang menggunakan konsep daya angkat mengunakan sayap aerofoil yang bertindak sebagai mekanisma pengangkutan yang lebih berat dimana ia cukup memberikan tekanan yang baik untuk mengatasi rintangan graviti. Roket memerlukan tenaga yang cukup kuat berbanding kapal terbang. Tips: Jangan terkejut jika anda disoal begini. Ini adalah soalan konsep asas fizik. Jika anda mantap dari segi asas fizik saya yakin anda dapat jawab dengan lebih baik lagi. Anda juga harus menjawab secara logic dan yakin. Walaupun kelihatan susah, namun jika anda tahu konsep asas yang anda belajar semasa SPM pasti anda dapat huraikan dengan baik. Elakkan dari menunjukkan bahawa anda sudah ketandusan idea dengan menjawab secara yakin dan berani di depan para penemuduga.

4. Anda pernah bekerja di sektor swasta jadi sila terangkan maksud ISO9001? ISO adalah nama samaran International Organisation for Standardisation yang merupakan sebuah badan bersekutu yang menggabungkan organisasi dari seluruh dunia yang bertanggungjawab mewujudkan standard di negara masing-masing. Di Malaysia SIRIM adalah badan yang bertanggungjawab terhadap siri ini. Manakala ISO9001 adalah merujuk kepada standard bagi system kualiti yang berasaskan dokumentasi yang bersifat universal. Kualiti

Page 3: PANDUAN, TIPS, SOALAN & JAWAPAN TEMUDUGA PEGAWAI SAINS ... · PDF filePANDUAN, TIPS, SOALAN & JAWAPAN TEMUDUGA PEGAWAI SAINS GRED ... ini dan sekarang saya berikan anda contoh soalan

PANDUAN, TIPS, SOALAN & JAWAPAN TEMUDUGA PEGAWAI SAINS GRED C41

PERCUMA!!!

http://www.PegawaiSains.com | All Rights Reserved® 3

ditasfirkan sebagai ciri-ciri dan sifat-sifat sesuatu produk dan perkhidmatan yang hanya boleh dinilai oleh pelanggan yang boleh dicapai melalui kawalan kualiti (quality control) atau kepastian kualiti (quality assurance). Tips: Calon pegawai sains mesti tahu mengenai perkara ini. WAJIB! Pastinya soalan begini akan ditanya kerana biasanya bila sesuatu itu sebenarnya ada disekeliling kita, kita abaikan dan tidak ambil peduli. Soalan semudah ini akan membuatkan anda ketandusan idea semasa temuduga. Itulah yang sebenarnya penemuduga mahu. Maka anda perlu sentiasa waspada dengan segala persekitaran anda.

5. Apakah yang anda tahu mengenai metodologi penyelidikan? Boleh anda terangkan? Metodologi penyelidikan adalah gabungan elemen-elemen penyelidikan untuk membentuk satu cadangan penyelidikan. Antara elemen tersebut meliputi teori penyelidikan kuantitatif dan kualitatif, sorotan literatur, populasi dan persampelan, instrumentasi penyelidikan, pengumpulan data, analisis data kuantitatif dan kualitatif, persembahan data dan penulisan laporan. Tips: Ini lagi satu soalan penting yang perlu anda tahu. Saya yakin anda yang baca ebook ini tidak tahu dan mengambil tahu mengenai soalan ini bukan? Untuk makluman 15 dari 50 responden saya mengatakan bahawa soalan ini yang ditanya dan mereka ‘belasah’ sahaja jawapan itu. Bolehkah begitu? Anda perlu tahu metodologi penyelidikan itu apa kerana ini adalah salah satu aspek penting dalam jawatan yang ditawarkan itu.

SEKARANG… DAPATKAH ANDA BEZAKAN KUALITI SOALAN INI DENGAN SOALAN-SOALAN LAIN DI INTERNET?? INI SOALAN-SOALAN TEKNIKAL YANG PERNAH DITANYA! KHAS UNTUK PEGAWAI SAINS!!! ADA 50++ SOALAN LAGI DI PAKEJ LENGKAP SAYA!! DAPATKAN SEKARANG!!!

DAPATKAN SEKARANG!

KLIK DISINI!!