panduan presentation inovasi

7
PANDUAN PERSEMBAHAN (PRESENTATION) PERTANDINGAN INOVASI 1. PENDAHULUAN Dalam sistem pendidikan, para pelajar banyak didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang memerlukan mereka tampil bercakap di khalayak ramai. Di MRSM sendiri misalnya, banyak pertandingan yang dianjurkan melibatkan kemahiran persembahan ini seperti Pertandingan Tunas Saintis dan Minggu Aktiviti. Untuk membuat persembahan, keberkesanan penyampaian adalah bergantung kepada kemahiran persembahan lisan penyampai (presenter). Kemahiran lisan ini memerlukan kemahiran komunikasi selain daripada ilmu yang sedia ada serta bakat dan personaliti penyampai. Pembentangan lisan adalah berbeza daripada membaca manuskrip seperti penyampai berita di televisyen atau radio. Bagi menjadi penyampai yang baik, adalah sangat penting untuk kita mempelajari teknik penyampaian yang betul disamping mempunyai persiapan rapi dan maklumat yang mencukupi. 2. OBJEKTIF Ketika membuat persembahan, penyampai seharusnya memastikan supaya dua objektif tersebut tercapai: 2.1 Menarik minat pendengar mendengar persembahan Penyampai hendaklah bersedia dengan segala maklumat atau ilmu yang relevan dengan tajuk persembahan untuk menarik minat pendengar sepanjang tempoh masa yang telah ditetapkan. Masa yang diberi hendaklah diperuntukkan dengan baik agar perkara yang hendak disampaikan dapat difahami dan pendengar tidak berasa bosan. Penyampai hendaklah mampu menjelaskan, menerangkan dan mengulas dengan baik hasil rekaan atau penyelidikan mereka kepada para pendengar. 2.2 Mengiklankan atau memperkenalkan hasil kerja Kebolehan penyampai mengiklankan hasil kerja mereka dengan baik memungkinkan hasil/produk tersebut dikomersialkan pada masa akan datang. Malah untuk pembentangan yang diwajibkan untuk digredkan pula, pasti 1 | Page

Upload: mohamad-rizal-mukhtar

Post on 03-Dec-2015

220 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

INOVASI

TRANSCRIPT

Page 1: Panduan Presentation Inovasi

PANDUAN PERSEMBAHAN (PRESENTATION) PERTANDINGAN INOVASI

1. PENDAHULUANDalam sistem pendidikan, para pelajar banyak didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang

memerlukan mereka tampil bercakap di khalayak ramai. Di MRSM sendiri misalnya, banyak pertandingan yang dianjurkan melibatkan kemahiran persembahan ini seperti Pertandingan Tunas Saintis dan Minggu Aktiviti.

Untuk membuat persembahan, keberkesanan penyampaian adalah bergantung kepada kemahiran persembahan lisan penyampai (presenter). Kemahiran lisan ini memerlukan kemahiran komunikasi selain daripada ilmu yang sedia ada serta bakat dan personaliti penyampai. Pembentangan lisan adalah berbeza daripada membaca manuskrip seperti penyampai berita di televisyen atau radio. Bagi menjadi penyampai yang baik, adalah sangat penting untuk kita mempelajari teknik penyampaian yang betul disamping mempunyai persiapan rapi dan maklumat yang mencukupi.

2. OBJEKTIFKetika membuat persembahan, penyampai seharusnya memastikan supaya dua objektif

tersebut tercapai:2.1 Menarik minat pendengar mendengar persembahan

Penyampai hendaklah bersedia dengan segala maklumat atau ilmu yang relevan dengan tajuk persembahan untuk menarik minat pendengar sepanjang tempoh masa yang telah ditetapkan. Masa yang diberi hendaklah diperuntukkan dengan baik agar perkara yang hendak disampaikan dapat difahami dan pendengar tidak berasa bosan. Penyampai hendaklah mampu menjelaskan, menerangkan dan mengulas dengan baik hasil rekaan atau penyelidikan mereka kepada para pendengar.2.2 Mengiklankan atau memperkenalkan hasil kerja

Kebolehan penyampai mengiklankan hasil kerja mereka dengan baik memungkinkan hasil/produk tersebut dikomersialkan pada masa akan datang. Malah untuk pembentangan yang diwajibkan untuk digredkan pula, pasti akan mendapat markah yang baik jika disampaikan secara berkesan dan meyakinkan pemeriksa/penemuduga.

3. PERANCANGAN3.1. Maklumat tentang pendengar/penemubual

Penyampai hendaklah memahami tugasnya supaya pendengar tidak bosan. Penyampai mesti sentiasa berada dalam situasi yang menyeronokkan ketika penyampaian. Senda gurau boleh disertakan tetapi haruslah terkawal dan tidak ‘slap-stick’ jokes.

Maklumat awal tentang pendengar dapat membantu penyampai untuk menarik minat pendengar. Penyampai perlu mengetahui khalayak yang akan dihadapinya kerana setiap pendengar mempunyai tujuan yang berbeza-beza. Adakah pendengar tersebut terpaksa mendengar persembahan kita untuk memberi markah? Adakah pendengar itu memang berminat dengan hasil kerja kita?

1 | P a g e

Page 2: Panduan Presentation Inovasi

Pembentang lisan juga perlu peka terhadap gambaran awal reaksi pendengar persembahan tersebut. Adakah mereka berpengetahuan dengan perkara yang dibentangkan?. Sekiranya tidak, mulakan dengan perkara-perkara yang asas agar pendengar mendapat sedikit kefahaman dan seterusnya menghayati pembentangan tersebut.

3.2 Kemudahan Fizikal / TugasanBiasanya pihak penganjur akan menyediakan beberapa keperluan asas sama ada

diminta atau tidak. Sekiranya keperluan itu tidak dapat disediakan pengajur, pembentang hendaklah mengambil keputusan segera untuk membuat perubahan agar persembahan dapat berjalan dengan lancar. Justeru, penyampai harus memastikan setiap keperluan yang diperlukan lengkap agar pembentangan berjalan lancar. Elakkan dari membuat persediaan di saat-saat akhir untuk mengelakkan kucar-kacir dan boleh mengganggu emosi penyampai sendiri. Sebaiknya, penyampai dapat membuat senarai semak (check list) berkenaan keperluan asas untuk persembahan.

3.3 Abstrak ringkasAbstrak ringkas hendaklah disediakan dan diedarkan kepada pendengar untuk

gambaran awal.3.4. Isi Persembahan

i. Mengapakah projek ini dijalankanii. Bagaimana dilakukan (metodologi)iii. Apakah hasil/keputusan diperolehiiv. Rumusan yang dibuat hasil projek tersebut dalam jangka panjang dan pendek.

Dalam isi persembahan ini peringkat ketiga (iii) perlu dalam bentuk yang mudah dilihat dan difahami. Manakala peringkat keempat (iv) pula mestilah mampu memberi keyakinan yang jelas kepada pendengar.

3.5. Struktur Persembahan 3.5.1 Pendahuluan

Penyampai lisan mestilah jelas menyatakan tajuk dan juga tujuan projek. Nyatakan latar belakang projek agar dapat memberi pembayang kepada skop persembahan. Adalah perlu kita memberitahu nama ahli-ahli kumpulan yang terlibat dalam projek tersebut.3.5.2 Kandungan utama

Pengisian bahagian ini hendaklah mengikut urutan. Jika persembahan kita berbentuk sains dan teknologi atau rekacipta, pada kebiasaannya kita akan mulai dengan teori/bahan/kaedah dan kemudiannya diikuti dengan data. Akhirnya adalah keputusan/rumusan kepada penyelidikan atau penyelesaian masalah tersebut. Setiap bahagian tersebut boleh disertakan dengan rajah, gambar, graf dan sebagainya untuk memudahkan pendengar memahami isi persembahan. Penyampai juga perlu bersedia untuk menjelaskan mana-mana bahagian dengan lebih terperinci jika dirasa perlu. Nota-nota kecil boleh disediakan untuk pendengar.

2 | P a g e

Page 3: Panduan Presentation Inovasi

3.5.3 KesimpulanIsu-isu utama dan perkara penting hendaklah diberi penekanan semula. Setiap

data yang penting yang menyebabkan keputusan atau hasil projek mestilah dipaparkan semula.3.5.4 Penutup

Di bahagian inilah yang akan memberi penjelasan mengenai pencapaian objektif sama ada mencapai tujuan atau tidak. Ini bermakna objektif hendaklah digariskan semula. Di dalam bahagian ini juga kita hendaklah memberi penghargaan terhadap guru, pembimbing, ketua, rakan atau mana-mana yang terlibat secara langsung.

3.6. Penyampaian3.6.1 Suara

Tidak terlalu kuat atau perlahan, tidak terlalu cepat atau lambat. Apa yang penting pendengar/pemeriksa dapat mendengar dengan jelas setiap perkatan yang disampaikan. Penyampaian hendaklah dibuat secara bersungguh-sungguh supaya kita kelihatan amat berminat untuk menyampaikan perkara tersebut. Ketinggian nada suara juga hendaklah diubah-ubah supaya pendengar tidak berasa bosan dan leka.3.6.2 Hubungan mata (eye contact)

Hubungan mata antara penyampai dan pendengar hendaklah ada. Hubungan mata sedemikian dapat memberi keyakinan kepada pendengar bahawa penyampai betul-betul faham dan yakin dengan pembentangannya. 3.6.3 Penggunaan alat penunjuk

Penggunaan alat penunjuk atau lampu fokus (cth: laser point) adalah pilihan sekiranya ada kerana lebih sopan daripada menggunakan jari atau pembaris.3.6.4 Gerak-geri penyampai

Penyampai tidak boleh berdiri setempat ketika membuat persembahan, sebaliknya digalakkan bergerak supaya kelihatan aktif. Bagimanapun pergerakan hendaklah terkawal agar tidak mengganggu perhatian dan penglihatan pendengar.3.6.5 Kawalan masa

Penyampai perlu membuat latihan sebelum sesuatu persembahan agar dapat membuat jangkaan masa yang diperlukan ketika penyampaian sebenar. 3.6.6 Urutan

Pembentangan hendaklah mengikut urutan perancangan. Penyampai tidak boleh leka atau hanyut hingga menyebabkan apa yang hendak disampaikan tidak tercapai.3.6.7 Nota kecil

Boleh disediakan untuk meningkatkan keyakinan tetapi bukan membaca nota ketika persembahan. Nota kecil hanyalah sebagai bahan sokongan dalam melancarkan idea persembahan. Gunakan nota kecil untuk mencatat perkatan yang penting sahaja dan bukan teks penyampaian keseluruhan.3.6.7 Kesimpulan

Lazimnya penyampai diberi satu tempoh masa yang secukupnya sebelum hari persembahan. Oleh itu persediaan yang rapi dengan kemahiran dan teknik persembahan perlu dilakukan.

3 | P a g e

Page 4: Panduan Presentation Inovasi

4.0 PENILAIAN

4.1 PENILAIAN PENASIHAT

4.1.1 Penasihat akan membat penilaian dari masa ke semasa terhadap perkembangan projek/ kajian ilmiah pelajar agar dapar di nilai dengan tepat

4.1.2 Penilaian oleh penasihat adalah 40% dari markah keseluruhan. Berikut perkara-perkara yang akan dinilai :

I. FormatII. Bahasa

III. Objektif kajianIV. PengenalanV. Isi kandungan

VI. Kesimpulan dan cadanganVII. Ketelitian

VIII. KretivitiIX. Nilai Sumbangan Projek/kajianX. Menepati tajuk

XI. Keaslian danXII. Buku Log

4.2 PENILAIAN PERSEMBAHAN

4.2.1 Satu Panel Hakim akan dibentuk oleh JK Pertandingan untuk menilai pembentangan pelajar.

4.2.2 Setiap kumpulan akan diperuntukan masa selama 15 hingga 30 minit untuk membuat persembahan dan sesi soal jawab.

4.2.3 Hasil penilaian panel hakim adalah muktamad.4.2.4 Penilaian oleh Panel Hakim adalah 60% daripada markah keseluruhan. 4.2.5 Berikut adalah antara aspek-aspek yang perlu diberi perhatian semasa

persembahan:i. Bahasa

ii. Kefasihan isi kandunganiii. Gayaiv. Keupayaan mempertahankan faktav. Kerjasama dalam kumpulanvi. Display board

vii. Log bookviii. Phamplet

4 | P a g e

Page 5: Panduan Presentation Inovasi

4.3 PENILAIAN KESELURUHAN

4.3.1 Markah keseluruhan adalah seperti berikut

i. Markah penasihat : 40 %

ii. Markah persembahan : 60 %

iii. Keseluruhan : 100 %

4.3.2 Semua projek yang dibentang dan dinilai akan ditetapkan keputusan dan grednya seperti berikut:

5 | P a g e

Markah Gred

75 - 100 A

70 – 74 B+

65 – 69 B

50 – 59 C

40 - 49 D

0 - 39 F

Page 6: Panduan Presentation Inovasi

6 | P a g e