garis panduan permohonan anugerah inovasi ......anugerah inovasi sektor awam telah dilaksanakan...

21
GARIS PANDUAN PERMOHONAN ANUGERAH INOVASI PENGURUSAN KEWANGAN (AIPK) NEGERI SABAH 2013

Upload: others

Post on 16-Mar-2021

22 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: GARIS PANDUAN PERMOHONAN ANUGERAH INOVASI ......Anugerah Inovasi Sektor Awam telah dilaksanakan mulai tahun 2010 untuk memberi pengiktirafan terhadap inovasi yang dihasilkan oleh agensi

i

GARIS PANDUAN PERMOHONAN

ANUGERAH INOVASI

PENGURUSAN KEWANGAN

(AIPK) NEGERI SABAH

2013

Page 2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN ANUGERAH INOVASI ......Anugerah Inovasi Sektor Awam telah dilaksanakan mulai tahun 2010 untuk memberi pengiktirafan terhadap inovasi yang dihasilkan oleh agensi

ii

PERKARA Muka Surat

1. Tujuan Garis Panduan 1

2. Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan (AIPK) 1

2.1 Pengenalan 1

2.2 Definisi Inovasi 1

2.3 Objektif Anugerah 2

2.4 Hadiah Pemenang AIPK 2

2.5 Syarat Kelayakan Penyertaan 2

2.6 Proses Pemilihan Pemenang 3

2.7 Kriteria Penilaian 4

2.8 Maklumbalas Kepada Agensi 4

2.9 Tatacara Permohonan 4

Lampiran A Borang Permohonan Anugerah

Inovasi Pengurusan Kewangan (AIPK)

6

Lampiran B Format Laporan Anugerah Inovasi

Pengurusan Kewangan (AIPK)

8

Lampiran C Kriteria Penilaian Anugerah Inovasi

Pengurusan Kewangan (AIPK)

13

Lampiran D Senarai Semak Bagi Permohonan

Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan (AIPK)

17

Page 3: GARIS PANDUAN PERMOHONAN ANUGERAH INOVASI ......Anugerah Inovasi Sektor Awam telah dilaksanakan mulai tahun 2010 untuk memberi pengiktirafan terhadap inovasi yang dihasilkan oleh agensi

- 1 -

1. TUJUAN GARIS PANDUAN

Garis panduan ini bertujuan untuk membantu Agensi Kerajaan Negeri

dan Persekutuan di Sabah mengemukakan permohonan untuk

menyertai Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan (AIPK) Negeri Sabah

2013 dengan menggariskan syarat kelayakan, tatacara permohonan,

format laporan permohonan, proses dan kriteria- kriteria penilaian AIPK.

2. ANUGERAH INOVASI PENGURUSAN KEWANGAN

2.1 Pengenalan

Anugerah Inovasi Sektor Awam telah dilaksanakan mulai tahun 2010 untuk

memberi pengiktirafan terhadap inovasi yang dihasilkan oleh agensi

kerajaan bagi sektor awam. Sehubungan itu, Struktur Pengiktirafan Sektor

Awam Negeri Sabah telah memberi tanggungjawab kepada Kementerian

Kewangan Negeri dan Perbendaharaan Malaysia Sabah untuk

melaksanakan Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan (AIPK) Sabah

2013 untuk mengiktiraf agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan

termasuk Badan Berkanun, IPTA, Pejabat Daerah dan Pihak Berkuasa

Tempatan yang telah menghasilkan inovasi dalam pengurusan

kewangan.

2.2 Definisi Inovasi

Inovasi adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam

mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan

produktiviti organisasi. Pelaksanaan idea-idea ini akhirnya dapat

meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian

perkhidmatan serta memberi faedah kepada pelanggan. Idea-idea ini boleh

merangkumi apa-apa perubahan dalam bentuk sistem dan prosedur,

kaedah dan cara bekerja mahupun pengenalan teknologi.

Inovasi dalam pengurusan kewangan merangkumi bidang-bidang

antara lain seperti berikut:

i. Pengurusan Belanjawan;

ii. Pengurusan Perbelanjaan;

iii. Pengurusan Perolehan;

iv. Pengurusan Hasil;

v. Pengurusan Aset dan Stor;

vi. Pengurusan Kumpulan Wang Amanah/Akaun Amanah; dan

vii. Pengurusan Proses-proses Lain Yang Berkaitan Dengan

Pengurusan Kewangan Seperti Kawalan Dalaman, Pengauditan

Dalam dan Pengurusan Risiko.

Page 4: GARIS PANDUAN PERMOHONAN ANUGERAH INOVASI ......Anugerah Inovasi Sektor Awam telah dilaksanakan mulai tahun 2010 untuk memberi pengiktirafan terhadap inovasi yang dihasilkan oleh agensi

- 2 -

2.3 Objektif Anugerah

Anugerah ini diwujudkan dengan tujuan:-

a) Mewujudkan piawaian dan penandaarasan melalui kriteria

anugerah bagi melaksanakan sistem pengurusan kewangan yang unggul secara berinovasi di Sektor Awam Negeri;

b) Memberikan pengiktirafan secara formal kepada Agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan di Negeri Sabah yang telah menunjukkan hasil inovasi dalam pengurusan kewangan;

c) Menggalakkan perkongsian pintar amalan-amalan terbaik yang menghasilkan inovasi dalam pengurusan kewangan antara Agensi Kerajaan;

d) Memupuk dan menyemarakkan budaya kreatif dan inovatif dalam cara bekerja yang di amalkan;

e) Mengenalpasti dan memperkenalkan hasil-hasil inovasi yang boleh di contohi untuk faedah agensi lain; dan

f) Menyumbang kepada peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.

2.4. Hadiah Pemenang AIPK

Peserta

Hadiah

Kementerian, Jabatan dan Badan Berkanun

(Persekutuan dan Negeri), IPTA, Pejabat

Daerah serta Pihak Berkuasa Tempatan

Wang Tunai

RM50,000.00

beserta Piala dan

Sijil

2.5. Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan bagi menyertai AIPK adalah seperti berikut:-

a. Semua Kementerian, Jabatan dan Badan Berkanun (Persekutuan dan Negeri), IPTA, Pejabat Daerah serta Pihak Berkuasa Tempatan layak memohon dan dipertimbangkan sebagai pemenang AIPK;

b. Inovasi hendaklah di terajui atau di hasilkan oleh Agensi Kerajaan sendiri;

c. Agensi yang telah memenangi Anugerah InovasI Teknologi Maklumat dan Komunikasi bagi sistem aplikasi pengurusan kewangan tidak layak untuk menyertai anugerah ini berdasarkan inovasi sistem pengurusan kewangan yang sama;

Page 5: GARIS PANDUAN PERMOHONAN ANUGERAH INOVASI ......Anugerah Inovasi Sektor Awam telah dilaksanakan mulai tahun 2010 untuk memberi pengiktirafan terhadap inovasi yang dihasilkan oleh agensi

- 3 -

d. Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang ingin menyertai anugerah ini hendaklah mempunyai Sijil Tanpa Teguran daripada Jabatan Audit Negara selama tiga (3) tahun berturut-turut;

e. Agensi hendaklah mendapat penarafan sekurang-kurangnya 3 bintang dalam Indeks Akauntabiliti (AI) yang dijalankan oleh Jabatan Audit Negara. Bagi Agensi yang masih belum mempunyai penarafan dalam hal ini, penyertaan mereka akan diputuskan berdasarkan kepada ulasan Prestasi dari Jabatan Audit Negara;

f. Inovasi-inovasi berikut tidak layak untuk menyertai AIPK: • Inovasi daripada hasil penyelidikan dan pembangunan atau

R&D yang tidak menghasilkan peningkatan kualiti dan produktiviti dalam pengurusan kewangan sesuatu organisasi; dan

• Inovasi yang berusia melebihi tiga tahun dari tarikh ianya

diperkenalkan.

Borang Penyertaan dalam AIPK hendaklah ditandatangani oleh Ketua Agensi; dan

Agensi hendaklah memberi kerjasama kepada Panel Penilai sepanjang tempoh penilaian dan bersedia untuk berkongsi idea inovasi dengan Agensi lain sekiranya dipilih sebagai pemenang.

2.6. Proses Pemilihan Pemenang

Proses pemilihan pemenang AIPK adalah seperti berikut:- a. Tapisan oleh pihak urus setia bagi memastikan agensi memenuhi

syarat kelayakan penyertaan; b. Memperolehi ulasan dan perakuan dari Jabatan Perkhidmatan

Awam Negeri, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Jabatan Audit Negara, Biro Pengaduan Awam Negeri ke atas prestasi Agensi-agensi yang menyertai AIPK dari segi tadbir urus umum agensi;

c. Penilaian laporan Agensi oleh Panel Penilai yang dilantik oleh

Jawatankuasa Pelaksana Sambutan Hari Inovasi Peringkat Negeri Sabah 2013 bagi senarai pendek di peringkat tapisan pertama;

d. Agensi yang tidak tersenarai pendek di peringkat tapisan utama

akan di maklumkan;

Page 6: GARIS PANDUAN PERMOHONAN ANUGERAH INOVASI ......Anugerah Inovasi Sektor Awam telah dilaksanakan mulai tahun 2010 untuk memberi pengiktirafan terhadap inovasi yang dihasilkan oleh agensi

- 4 -

e. Penilaian dan senarai pendek di peringkat kedua oleh Panel Penilai AIPK berdasarkan Sesi Pembentangan oleh Agensi yang telah di senarai pendek di peringkat tapisan pertama;

f. Agensi yang tidak tersenarai pendek di peringkat tapisan kedua akan di maklumkan;

g. Penilaian oleh Panel Penilai melalui lawatan ke Agensi yang telah disenarai pendek di peringkat tapisan kedua;

h. Perakuan pemenang oleh Panel Penilai kepada Jawatankuasa

Induk Sambutan Hari Inovasi Peringkat Negeri Sabah yang dipengerusikan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri; dan

i. Pengumuman pemenang AIPK dalam Majlis Penyampaian

Anugerah Inovasi Sektor Awam Negeri Sabah.

2.7. Kriteria Penilaian

Kriteria Penilaian dan nisbah pembahagian markah bagi AIPK adalah seperti berikut:

Bil. Kriteria Penilaian

Peratusan (%)

1. Pembudayaan Inovasi (Innovation Culture)

20

2. Tahap Penambahbaikan (Value-add)

30

3. Impak Inovasi kepada Agensi dan Stakeholder

30

4. Ciri-ciri Kelebihan Inovasi

20

JUMLAH 100

2.8. Maklum Balas kepada Agensi

Hasil daripada proses penilaian yang dibuat, Panel Penilai akan memaklumkan kepada semua Agensi yang menyertai AIPK tentang kekuatan masing-masing dan cadangan penambahbaikan yang perlu di laksanakan untuk meningkatkan kecemerlangan dan hasil inovasi Agensi dalam pengurusan kewangan.

2.9. Tatacara Permohonan

Agensi yang ingin menyertai AIPK perlu menyempurnakan tindakan-tindakan berikut:-

Page 7: GARIS PANDUAN PERMOHONAN ANUGERAH INOVASI ......Anugerah Inovasi Sektor Awam telah dilaksanakan mulai tahun 2010 untuk memberi pengiktirafan terhadap inovasi yang dihasilkan oleh agensi

- 5 -

a. Melengkapkan borang permohonan menyertai AIPK seperti di Lampiran A dengan ditandatangani oleh Ketua Agensi;

b. Menyediakan lima (5) salinan Laporan AIPK bersama softcopy dalam bentuk PDF berdasarkan format di Lampiran B yang mengandungi penerangan dan bukti pencapaian di bawah empat (4) kriteria penilaian seperti di Lampiran C;

c. Mengisi senarai semak permohonan AIPK seperti di Lampiran D; dan

d. Mengemukakan borang permohonan AIPK bersama Laporan AIPK sebelum atau pada tarikh tutup seperti yang dinyatakan di dalam surat pekeliling kepada:-

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran) Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran) Tingkat 26, Menara Tun Mustapha 88502 Kota Kinabalu. No. Telefon : 088-422599 / 429072 Fax : 088-429240 Emel : [email protected]

Page 8: GARIS PANDUAN PERMOHONAN ANUGERAH INOVASI ......Anugerah Inovasi Sektor Awam telah dilaksanakan mulai tahun 2010 untuk memberi pengiktirafan terhadap inovasi yang dihasilkan oleh agensi

- 6 -

LAMPIRAN A

BORANG PERMOHONAN

ANUGERAH INOVASI

PENGURUSAN KEWANGAN

(AIPK) NEGERI SABAH

Page 9: GARIS PANDUAN PERMOHONAN ANUGERAH INOVASI ......Anugerah Inovasi Sektor Awam telah dilaksanakan mulai tahun 2010 untuk memberi pengiktirafan terhadap inovasi yang dihasilkan oleh agensi

- 7 -

BORANG PERMOHONAN ANUGERAH INOVASI PENGURUSAN KEWANGAN NEGERI SABAH

TAHUN 2013 Kategori: Sila tandakan (√) dalam kotak yang berkaitan

Kementerian (Persekutuan/Negeri)*

Jabatan (Persekutuan/Negeri)*

IPTA / Badan Berkanun (Persekutuan/Negeri)*

Pejabat Daerah / Pihak Berkuasa Tempatan*

1. Tajuk Inovasi : ……………………………………………………………………... 2. Nama Agensi : Nama : ……………………………………………………………………………… Alamat : …………………………………………………………………………….. Laman Web : ………………………………………………………………………. 3. Nama Pegawai Yang Boleh Dihubungi Nama : ……………………………………………………………………………… Jawatan : …………………………………………………………………………… No. Tel (Pejabat) : ………………………… No. Tel. Bimbit : ........................... Emel : ……………………………….No. Faks : …………..…………………….. Tandatangan Ketua Agensi Nama : Tarikh : s.k. : Setiausaha Kerajaan NegerI *Nota: Sila potong mana yang tidak berkenaan

Page 10: GARIS PANDUAN PERMOHONAN ANUGERAH INOVASI ......Anugerah Inovasi Sektor Awam telah dilaksanakan mulai tahun 2010 untuk memberi pengiktirafan terhadap inovasi yang dihasilkan oleh agensi

- 8 -

LAMPIRAN B

FORMAT LAPORAN

ANUGERAH INOVASI

PENGURUSAN KEWANGAN

(AIPK) NEGERI SABAH

Page 11: GARIS PANDUAN PERMOHONAN ANUGERAH INOVASI ......Anugerah Inovasi Sektor Awam telah dilaksanakan mulai tahun 2010 untuk memberi pengiktirafan terhadap inovasi yang dihasilkan oleh agensi

- 9 -

FORMAT LAPORAN

Format laporan penilaian anugerah ini adalah merupakan satu garis panduan yang umum. Agensi perlu memberi maklumat mengenai setiap kriteria penilaian sebanyak mana yang mungkin seperti di Lampiran C. Format ini di sediakan sebagai rangka laporan dan sebarang maklumat lain boleh di tambah mengikut keperluan Agensi. BAB 1 RINGKASAN EKSEKUTIF 1.1. Ringkasan Eksekutif bagi Laporan AIPK BAB 2 LATAR BELAKANG AGENSI 2.1. Latar Belakang Agensi Yang Bertanding

• Profil ringkas (Pengenalan Agensi) • Objektif • Misi dan Visi • Ringkasan bilangan dan kategori perjawatan • Carta Organisasi • Piagam Pelanggan Agensi • Slogan atau Moto Agensi

BAB 3 HURAIAN DAN BUTIR-BUTIR

INOVASI PRODUK/PERKHIDMATAN YANG TELAH DIHASILKAN

3.1 Penerangan Mengenai Inovasi

• Tarikh mula dilaksanakan • Tujuan dilaksanakan • Huraian secara terperinci mengenai ciri-ciri inovasi • Lain-lain penerangan seperti:

• butir-butir mengenai perubahan yang telah dicapai • bagaimana inovasi dilaksanakan

BAB 4 PEMBUDAYAAN INOVASI

(INNOVATION CULTURE) 4.1 Dasar Penerapan Budaya Inovasi Dan Pelaksanaan Inovasi

• Penubuhan Jawatankuasa Induk Inovasi • Penubuhan Jawatankuasa Inovasi di semua peringkat Agensi • Mewajibkan cadangan alternatif berasaskan inovasi dalam semua kertas Perakuan

Page 12: GARIS PANDUAN PERMOHONAN ANUGERAH INOVASI ......Anugerah Inovasi Sektor Awam telah dilaksanakan mulai tahun 2010 untuk memberi pengiktirafan terhadap inovasi yang dihasilkan oleh agensi

- 10 -

• Penerbitan laporan berkala dan tahunan mengenai pencapaian hasil inovasi • Penyertaan pegawai-pegawai dalam program latihan berkaitan inovasi • Meraih inovasi - Hari/Minggu/Bulan Inovasi dll.

4.2 Komitmen Pengurusan Atasan Untuk Membudayakan Inovasi Dalam

Agensi • Perancangan membudayakan inovasi dalam pengurusan kewangan • Pewujudan suasana kerja yang menggalakkan idea berinovatif • Program Change Management ke arah membudayakan inovasi di Agensi • Pewujudan insentif untuk hasil inovasi • Pelaksanaan Program Value For Money seperti Value Reengineering / Cost Validation

4.3 Penyediaan Peruntukan Untuk Menggalakkan Pemikiran Dan Penghasilan Produk/Perkhidmatan Yang Berinovatif

• Sumber-sumber yang disediakan oleh Agensi untuk menggalakkan penghasilan Inovasi dalam bidang pengurusan kewangan.

BAB 5 PENAMBAHBAIKAN (VALUE-ADD) 5.1 Penjimatan Kos

• Peratus penjimatan perbelanjaan dari inovasi yang telah dilaksanakan • Penjimatan sumber manusia • Penjimatan kos peralatan • Nisbah faedah berbanding dengan kos inovasi (Cost Benefit Ratio)

5.2 Peningkatan Dalam Hasil Agensi

• Peningkatan dalam hasil keseluruhan Agensi daripada inovasi yang dilaksanakan

5.3 Penjimatan Dalam Masa

• Penyingkatan proses kerja/pusingan kerja 5.4 Keberkesanan Kos

• Peningkatan produktiviti hasil kerja Agensi dengan kos yang sama atau lebih rendah

Page 13: GARIS PANDUAN PERMOHONAN ANUGERAH INOVASI ......Anugerah Inovasi Sektor Awam telah dilaksanakan mulai tahun 2010 untuk memberi pengiktirafan terhadap inovasi yang dihasilkan oleh agensi

- 11 -

BAB 6 IMPAK INOVASI KEPADA AGENSI DAN STAKEHOLDER 6.1. Peningkatan Tahap Kepuasan Stakeholder

• Pengurangan dalam bilangan aduan stakeholder • Hasil kajian maklum balas stakeholder yang positif

6.2. Peningkatan Faedah Kepada Stakeholder

• Sistem penyampaian lebih cekap, cepat dan mudah • Sistem penyampaian yang lebih mesra pengguna • Sistem komunikasi pengguna yang lebih berkesan

6.3. Memenuhi Ekspektasi Stakeholder Dengan Lebih Efektif

• Keperluan stakeholder boleh dipenuhi dengan lebih cekap, tepat dan mudah

6.4. Pengiktirafan Oleh Pihak Luar

• Sijil / Surat penghargaan atau pengiktirafan daripada pihak luar bagi penghasilan sebarang inovasi

6.5. Peningkatan Faedah Kepada Agensi

• Peningkatan tahap motivasi bekerja stakeholder dalaman • Peningkatan dalam tahap kepuasan pekerja • Peningkatan tahap kepuasan stakeholder

BAB 7 CIRI-CIRI KELEBIHAN INOVASI 7.1. Tahap Penglibatan Agensi

• Peringkat pencapaian inovasi - Unit, Bahagian atau seluruh Agensi • Kerjasama melalui collaboration strategy dengan Agensi lain

7.2. Kesesuaian Untuk Pelaksanaan Di Agensi Lain (Replicability)

• Boleh digunapakai oleh agensi-agensi dan pihak lain secara terus atau dengan diubahsuai mengikut keperluan

7.3. Keaslian Idea (Kreativiti) • Inovasi yang diperkenalkan hendaklah bercorak kreatif sama ada yang baru atau yang telah diubahsuai

7.4. Impak Inovasi Dari Segi Mencapai Teras Misi Nasional/Negeri Sabah (Tahap Signifikan)

• Meningkatkan nilai ditambah dalam ekonomi Negeri Sabah khasnya dan negara amnya

Page 14: GARIS PANDUAN PERMOHONAN ANUGERAH INOVASI ......Anugerah Inovasi Sektor Awam telah dilaksanakan mulai tahun 2010 untuk memberi pengiktirafan terhadap inovasi yang dihasilkan oleh agensi

- 12 -

• Meningkatkan keupayaan pengetahuan, kreativiti dan inovasi negeri serta memupuk “Minda Kelas Pertama” • Menangani masalah ketidaksamaan sosioekonomi yang berterusan secara membina dan produktif • Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup • Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan Negeri.

BAB 8 RUMUSAN 8.1. Ringkasan mengenai kelebihan ciri-ciri inovasi dan hujah-hujah mengapa

Agensi berkenaan wajar dipertimbangkan untuk memenangi AIPK (dalam bentuk bullet points).

Page 15: GARIS PANDUAN PERMOHONAN ANUGERAH INOVASI ......Anugerah Inovasi Sektor Awam telah dilaksanakan mulai tahun 2010 untuk memberi pengiktirafan terhadap inovasi yang dihasilkan oleh agensi

- 13 -

LAMPIRAN C

KRITERIA PENILAIAN

ANUGERAH INOVASI

PENGURUSAN KEWANGAN

(AIPK) NEGERI SABAH

Page 16: GARIS PANDUAN PERMOHONAN ANUGERAH INOVASI ......Anugerah Inovasi Sektor Awam telah dilaksanakan mulai tahun 2010 untuk memberi pengiktirafan terhadap inovasi yang dihasilkan oleh agensi

- 14 -

KRITERIA PENILAIAN

LAMPIRAN C : KRITERIA PENILAIAN

BIL KRITERIA CIRI-CIRI

1.

PERTAMA : Pembudayaan Inovasi (Innovation Culture) (Dasar, komitmen dan sokongan pihak pengurusan terhadap pembudayaan inovasi dalam Agensi) (20%)

1.1 Dasar Penerapan Budaya Inovasi dan Pelaksanaan Inovasi

a. Penubuhan Jawatankuasa Induk Inovasi b. Penubuhan Jawatankuasa Inovasi di semua peringkat Agensi c. Mewajibkan cadangan alternatif berasaskan inovasi dalam semua kertas perakuan d. Penerbitan laporan berkala dan tahunan mengenai pencapaian hasil inovasi e. Penyertaan pegawai-pegawai dalam program latihan berkaitan inovasi f. Meraih inovasi - Hari/Minggu/Bulan Inovasi dll.

1.2 Komitmen Pengurusan Atasan Untuk Membudayakan Inovasi Dalam Agensi

a. Perancangan membudayakan inovasi dalam pengurusan kewangan

b. Pewujudan suasana kerja yang menggalakkan idea berinovatif c. Program Change Management ke arah membudayakan inovasi di Agensi d. Pewujudan insentif untuk menghasilkan

inovasi e. Pelaksanaan Program Value For Money

seperti Value Re-engineering / Cost Validation

1.3 Penyediaan Belanjawan Untuk Menggalakkan Pemikiran dan Penghasilan/ Produk Yang Berinovatif

a. Sumber-sumber yang disediakan oleh Agensi untuk menggalakkan penghasilan Inovasi dalam bidang pengurusan kewangan

KEDUA: Tahap Penambahbaikan (Value-add) (Tahap pencapaian penambahbaikan dari segi value for money dan produktiviti dalam penyampaian

2.1 Penjimatan Kos

a. Peratus penjimatan perbelanjaan dari inovasi yang telah dilaksanakan b. Penjimatan kos sumber manusia c. Penjimatan kos peralatan d. Nisbah faedah berbanding dengan kos inovasi

(Cost Benefit Ratio) 2.2 Peningkatan Dalam Hasil Agensi

a. Peningkatan dalam hasil keseluruhan Agensi daripada inovasi yang dilaksanakan

Page 17: GARIS PANDUAN PERMOHONAN ANUGERAH INOVASI ......Anugerah Inovasi Sektor Awam telah dilaksanakan mulai tahun 2010 untuk memberi pengiktirafan terhadap inovasi yang dihasilkan oleh agensi

- 15 -

perkhidmatan) (30%)

2.3 Penjimatan Dalam Masa

a. Penyingkatan proses kerja/pusingan kerja 2.4 Keberkesanan Kos

a. Peningkatan produktiviti hasil kerja Agensi dengan kos yang sama atau lebih rendah

3. KETIGA : Impak Inovasi Kepada Agensi Stakeholder (Kesan positif inovasi dari segi memenuhi keperluan dan ekspektasi stakeholder serta manfaat kepada Agensi) (30%)

3.1 Peningkatan Tahap Kepuasan Stakeholder

a. Pengurangan dalam bilangan aduan stakeholder b. Hasil kajian maklum balas stakeholder yang positif

3.2 Peningkatan Faedah Kepada Stakeholder

a. Sistem penyampaian yang lebih cekap, cepat dan mudah

b. Sistem penyampaian yang lebih mesra pengguna

c. Sistem komunikasi pengguna yang lebih berkesan 3.3 Memenuhi Ekspektasi Stakeholder dengan lebih Efektif

a. Keperluan stakeholder boleh dipenuhi dengan lebih cekap, cepat, tepat dan mudah 3.4 Pengiktirafan oleh Pihak Luar

a. Sijil/surat penghargaan atau pengiktirafan daripada pihak luar bagi penghasilan sebarang inovasi 3.5 Peningkatan Faedah Kepada Agensi

a. Peningkatan tahap motivasi bekerja stakeholder dalaman b. Peningkatan dalam tahap kepuasan pekerja c. Peningkatan tahap kepuasan stakeholder

4. KEEMPAT: Ciri-ciri Kelebihan Inovasi (Ciri-ciri kelebihan dan aspek-aspek keistimewaan inovasi yang telah dihasilkan) (20%)

4.1 Tahap Penglibatan Agensi

a. Peringkat pencapaian inovasi - Unit, Bahagian atau seluruh Agensi b. Kerjasama melalui collaboration strategy

dengan Agensi lain 4.2 Kesesuaian Untuk Pelaksanaan Di Agensi Lain (Replicability)

a. Boleh digunapakai oleh agensi-agensi dan pihak lain secara terus atau dengan diubahsuai mengikut keperluan

4.3 Keaslian Idea (Kreativiti)

a. Inovasi yang telah diperkenalkan hendaklah

Page 18: GARIS PANDUAN PERMOHONAN ANUGERAH INOVASI ......Anugerah Inovasi Sektor Awam telah dilaksanakan mulai tahun 2010 untuk memberi pengiktirafan terhadap inovasi yang dihasilkan oleh agensi

- 16 -

bercorak kreatif sama ada yang baru atau telah diubahsuaikan 4.4 Impak Inovasi Dari Segi Memenuhi Misi Nasional/Negeri Sabah (Tahap Signifikan)

a. Meningkatkan nilai ditambah dalam ekonomi negeri; atau b. Meningkatkan keupayaan pengetahuan, kreativiti dan inovasi negeri serta memupuk “Minda Kelas Pertama”; atau c. Menangani masalah ketidaksamaan

sosioekonomi yang berterusan secara membina dan produktif; atau

d. Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup; atau e. Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan Negeri.

Page 19: GARIS PANDUAN PERMOHONAN ANUGERAH INOVASI ......Anugerah Inovasi Sektor Awam telah dilaksanakan mulai tahun 2010 untuk memberi pengiktirafan terhadap inovasi yang dihasilkan oleh agensi

- 17 -

LAMPIRAN D

SENARAI SEMAK

BAGI PERMOHONAN

ANUGERAH INOVASI

PENGURUSAN KEWANGAN

(AIPK) NEGERI SABAH

Page 20: GARIS PANDUAN PERMOHONAN ANUGERAH INOVASI ......Anugerah Inovasi Sektor Awam telah dilaksanakan mulai tahun 2010 untuk memberi pengiktirafan terhadap inovasi yang dihasilkan oleh agensi

- 18 -

SENARAI SEMAK BAGI PERMOHONAN ANUGERAH INOVASI PENGURUSAN KEWANGAN

(AIPK) Saya dengan ini mengesahkan bahawa perkara-perkara tersebut telah dipatuhi dalam mengemukakan borang permohonan AIPK ( Sila tandakan √ )

Menyertakan borang permohonan AIPK seperti di Lampiran A yang telah ditandatangani oleh Ketua Agensi;

Menyertakan lima (5) salinan Laporan AIPK berdasarkan format di Lampiran B dalam bentuk hardcopy;

Menyertakan salinan softcopy Laporan AIPK dalam bentuk PDF;

Menghantar sesalinan Borang Permohonan dan Laporan AIPK kepada Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran) yang berkenaan; dan

Melampirkan sesalinan Sijil Tanpa Teguran oleh Jabatan Audit Negara bagi tiga (3) tahun yang lepas dalam Laporan AIPK.

______________________ ______________________

Tarikh Tandatangan

Nama : ......................................................... Jawatan : ..................................................... Cop Jabatan :

Page 21: GARIS PANDUAN PERMOHONAN ANUGERAH INOVASI ......Anugerah Inovasi Sektor Awam telah dilaksanakan mulai tahun 2010 untuk memberi pengiktirafan terhadap inovasi yang dihasilkan oleh agensi

- 19 -

Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran) Tingkat 26, Menara Tun Mustapha

88502 Kota Kinabalu Tel: 088-422599 / 429072

Fax : 088-429240