panduan permohonan pinjaman perniagaan, business loan, pinjman bisnes

Upload: hakimann

Post on 30-May-2018

245 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/9/2019 panduan permohonan pinjaman perniagaan, business loan, pinjman bisnes

    1/36

    Perusahaan Kecil dan Sederhana

    P IN JA MA N A N DA

    Perusahaan Kecil

    dan Sederhana

    Permohonan Pinjaman dan

    Keperluan Pembiayaan

    Program pendidikan pengguna oleh:

  • 8/9/2019 panduan permohonan pinjaman perniagaan, business loan, pinjman bisnes

    2/36

    k

    andungan

    Penafian

    Dokumen ini diterbitkan untuk maklumat am andasahaja. Ia tidak mengandungi nasihat muktamad ataumaklumat lengkap mengenai sesuatu tajuk tersebut dantidak seharusnya digunakan sebagai alternatif kepadanasihat guaman.

    Tarikh: 1 Disember 2003

    1 Pengenalan

    2 Proses permohonan pinjamanPeringkat pertama:

    Penyediaan pelan perniagaan

    3 Peringkat kedua: Proses permohonan

    7 Peringkat ketiga:Penilaian permohonan pinjaman

    9 Kelulusan permohonan pinjamanGambarajah:

    Proses permohonan pinjaman

    10 Tanggungjawab anda sebagai peminjam

    11 Hak anda sebagai peminjam

    12 Pengurusan aliran tunai

    13 Dana khas bagi perusahaan kecildan sederhana

    14 Soalan yang sering ditanya

    23 Glosari

    24 Lampiran

  • 8/9/2019 panduan permohonan pinjaman perniagaan, business loan, pinjman bisnes

    3/36

    Pengenalan

    Institusi kewangan adalah penyumbang utama dana kepada perusahaan

    kecil dan sederhana di Malaysia.

    Buku kecil ini berhasrat membantu perusahaan kecil dan sederhana dalam

    permohonan pinjaman mereka dengan memaparkan maklumat-maklumat tentang keperluan-keperluan lazim institusi kewangan dalam

    memberikan pinjaman.

    Institusi kewangan adalah

    penyumbangutama danakepada perusahaan kecil

    dan sederhana di Malaysia

  • 8/9/2019 panduan permohonan pinjaman perniagaan, business loan, pinjman bisnes

    4/36

    Pelan perniagaan yang diolah dengan baik

    dan berstruktur seharusnya merangkumi

    dan memaparkan informasi perniagaan

    yang memang ingin diketahui oleh institusi

    kewangan. Pelan perniagaan hendaklahbersifat jelas, mudah dan ringkas.

    Apakah Aspek Penting Pelan Perniagaan?

    Aspek penting pelan perniagaan adalah:

    Model perniagaan, produk/perkhidmatan,

    wawasan dan matlamat

    Kedudukan syarikat masa kini, dalam

    konteks kewangan, pasaran dan pesaing

    (jika ada)

    Faktor-faktor kritikal untuk kejayaan

    perniagaan

    Keperluan pembiayaan

    Tujuan-tujuan spesifik pinjaman dan

    bagaimana pinjaman boleh membantu

    perniagaan

    PROSES PERMOHONAN PINJAMAN

    Umumnya, proses permohonan pinjaman

    terdiri daripada tiga peringkat. Ia meliputi

    penyediaan pelan perniagaan, penyerahan

    permohonan pinjaman dan penilaianpermohonan pinjaman.

    PERINGKAT PERTAMA: PENYEDIAAN

    PELAN PERNIAGAAN

    Maklumat mengenai syarikat anda

    adalah diperlukan sebelum institusi

    kewangan boleh membuat keputusan sama

    ada untuk meluluskan pinjaman anda.

    Ini adalah untuk memastikan pemprosesan

    permohonan pinjaman anda berjalan

    dengan cepat dan lancar. Bagi perusahaan

    kecil dan sederhana, ini akan melibatkan

    penyediaan pelan perniagaan.

    Apakah Pelan Perniagaan?

    Ia adalah rencana bertulis yangmemaparkan wawasan anda

    dan bagaimana perniagaan anda

    akan diuruskan untuk menepati

    objektifnya.

    Pelanperniagaanyang baik

    seharusnyamengandungi...

    2

  • 8/9/2019 panduan permohonan pinjaman perniagaan, business loan, pinjman bisnes

    5/36

    PERINGKAT KEDUA: PROSES

    PERMOHONAN

    Untuk mempercepatkan proses permohonan,

    anda seharusnya mengemukakan borang

    permohonan pinjaman yang lengkap denganmelampirkan pelan perniagaan dan semua

    dokumen yang berkaitan yang dikehendaki

    oleh institusi kewangan anda. Setiap institusi

    kewangan mungkin mempunyai borang

    permohonan pinjaman dan senarai semak

    permohonan pinjaman mereka sendiri.

    Walau bagaimanapun, senarai dokumen

    yang diperlukan oleh kebanyakan institusi

    kewangan adalah lebih kurang sama untuk

    ditentusahkan dan dinilai. Jadual berikut

    menyenaraikan dokumen-dokumen asas

    yang dikehendaki (mengikut jenis syarikat)

    untuk permohonan pinjaman.

    Pelan perniagaan yang baik seharusnya

    mengandungi maklumat asas seperti

    berikut:

    Pengenalan mengenai perniagaan anda

    Carta organisasi dan struktur organisasi

    Tujuan dan wawasan perniagaan

    Perihal produk dan perkhidmatan

    Analisis industri dan pesaing

    Strategi perniagaan

    Keperluan operasi

    Strategi jualan dan pemasaran

    Unjuran kewangan

    Contoh pelan perniagaan adalah seperti

    yang terdapat di Lampiran.

    3

  • 8/9/2019 panduan permohonan pinjaman perniagaan, business loan, pinjman bisnes

    6/36

    Dokumen untuk Syarikat

    Memorandum & artikel persatuan

    Sijil penubuhan (Borang 9)

    Penyata peruntukan saham (Borang 24)

    Penyata yang memberikan butiran daftar

    pengarah dll. (Borang 49)

    Salinan kad pengenalan pengarah/penjamin

    Borang J pengarah/penjamin

    Dokumen untuk Perkongsian dan Keempunyaan Tunggal

    Pendaftaran perniagaan

    Lesen perniagaan

    Penyata cukai pendapatan perniagaan

    Borang J pekongsi/empunya tunggal

    Salinan kad pengenalan pekongsi/empunya tunggal

    Dokumen Berkanun

    Dokumen Kewangan dan Pengurusan

    Akaun yang telah diaudit (disahkan oleh juruaudit sekiranya bukan syarikat) untuk tempoh 3 tahun

    Penyata akaun semasa yang disimpan di lain-lain institusi kewangan untuk tempoh 6 bulan

    Pendedahan semua pinjaman dengan lain-lain institusi kewangan bersama-sama surat-surat tawaran

    Penyata pembayaran balik pinjaman/penggunaan kemudahan perdagangan dari lain-lain institusi kewangan

    Unjuran perniagaan dan aliran tunai

    Senarai pembekal dan pembeli utama

    4

  • 8/9/2019 panduan permohonan pinjaman perniagaan, business loan, pinjman bisnes

    7/36

    Lain-lain Dokumen Berkaitan

    Dokumen Cagaran

    Salinan perjanjian jual beli yang berkaitandan geran tanah yang dicadangkan sebagai

    cagaran

    Dokumen yang membuktikan pemilikan ke

    atas lain-lain cagaran yang dicadangkan

    Laporan penilaian yang berkaitan

    Lain-lain Dokumen

    Kontrak dalam tangan/surat tawaran kontrak

    Dokumen untuk membuktikan lain-lain punca

    pendapatan

    Maklumat mengenai entiti perniagaan yang

    berkaitan

    Invois dan dokumen komersial

    Kontrak-kontrak lengkap dan kontrak-kontrak

    berpotensi

    Pinjaman kumpulan

    5

    Dokumen Kewangan dan Pengurusan

    Pemiutang dan penghutang mengikut senarai pengusiaan

    Profil syarikat/pelan perniagaan/profil pengarah syarikat

    Akaun pengurusan terkini

    Laporan kebolehlaksanaan (untuk pembiayaan projek dan usaha niaga baru)

  • 8/9/2019 panduan permohonan pinjaman perniagaan, business loan, pinjman bisnes

    8/36

    Institusi kewangan memerlukan

    dokumen-dokumen ini untuk

    menentusahkan/memahami/menilai

    yang berikut:

    Kewujudan syarikat/perniagaan,pengarah/pemilik perniagaan dan kuasa

    untuk meminjam dan kesahan pinjaman

    Risiko operasi perniagaan dan kecekapan

    pengurusan, pengalaman dan kepakaran

    pemilik dan kumpulan pengurusan utama

    Kekuatan kewangan dan keupayaan

    membayar balik (termasuk aliran tunai)

    peminjam

    Nilai bersih perniagaan dan penggearan

    (gearing) peminjam

    Kedudukan kewangan pengarah/pemilik

    perniagaan

    Kebolehlaksanaan dan daya maju syarikat

    dalam keadaan ekonomi semasa

    Industri dan risiko pasaran perniagaan

    Risiko operasi perniagaan

    Strategi/pelan kontingensi peminjam untuk

    mengurangkan risiko dan memaksimumkan

    keuntungan

    Cadangan kemudahan adalah selari dengan

    keperluan pinjaman

    Amaun yang dipohon mencerminkan

    keperluan perniagaan berdasarkan

    kepada jualan sekarang atau ramalan

    Risiko keseluruhan yang berkaitan dengan

    pinjaman yang dicadangkan

    Anda harus mengisytiharkan maklumat

    yang lengkap mengenai hal-hal kewangananda dan memastikan bahawa maklumat

    tersebut adalah tepat pada masa permohonan

    pinjaman dibuat. Pengisytiharan maklumat

    yang betul juga akan memastikan

    permohonan pinjaman anda cepat diproses.

    Lawatan dan Sesi Temu Duga oleh

    Institusi Kewangan

    Untuk memahami perniagaan dan untuk

    mendapatkan penjelasan, institusi kewangan

    mungkin mengadakan sesi temu duga dan

    lawatan ke premis perniagaan anda.

    Anda harusmengisytiharkanmaklumat yang

    lengkapdan tepat

    mengenai hal-halkewangan anda

    6

  • 8/9/2019 panduan permohonan pinjaman perniagaan, business loan, pinjman bisnes

    9/36

    Ini adalah untuk membolehkan institusi

    kewangan menilai kedudukan kewangan

    dengan lebih baik. Pertanyaan-pertanyaan yang

    diajukan ketika sesi temu duga dan lawatan

    adalah berkaitan dengan perniagaan, struktur

    pengurusan, kedudukan pasaran iaitu pasaran

    dikuasai, pesaing, ramalan pasaran, pelan

    masa hadapan dan putaran hayat produk.

    PERINGKAT KETIGA: PENILAIAN

    PERMOHONAN PINJAMAN

    Selepas anda mengemukakan semua dokumen

    yang diperlukan, institusi kewangan akanmenilai permohonan pinjaman anda. Anda

    boleh merujuk kepada piagam pelanggan

    yang dipamerkan di ruang legar bank untuk

    mengetahui tempoh yang diperlukan oleh

    institusi kewangan untuk memproses

    permohonan anda.

    Dalam menilai permohonan pinjaman

    anda, institusi kewangan akan menjuruskepada keperluan asas tertentu seperti yang

    diringkaskan di bawah:

    Daya maju perniagaan

    Sama ada risiko adalah pada tahap yang

    boleh diterima menurut garis panduan

    pinjaman institusi kewangan

    Keupayaan anda membayar balik pinjaman

    Sama ada pinjaman anda adalah untuk

    membangunkan perniagaan

    Sejarah kredit anda dengan institusi

    kewangan tersebut

    Prinsip umum yang digunakan oleh institusi

    kewangan untuk menilai risiko kredit

    perniagaan boleh dibahagikan kepada 5

    aspek yang merangkumi kedua-dua

    penilaian bersifat kualitatif dan kuantitatif.

    Kelima-lima prinsip tersebut dan ciri-ciri

    masing-masing adalah diringkaskan seperti

    di bawah:

    Karektor

    Pengetahuan anda tentang perniagaan,pengalaman dan projek yang lampau

    Kedudukan kewangan, rekod pembayaran

    balik yang lampau, reputasi dan

    komitmen kepada perniagaan

    7

  • 8/9/2019 panduan permohonan pinjaman perniagaan, business loan, pinjman bisnes

    10/36

    Stail pengurusan perniagaan anda iaitu

    konservatif, aggresif, berhemat dan

    sebagainya

    Pelan penggantian pengurusan, umur dan

    tahap kesihatan

    Modal

    Sumber modal, misalnya sama ada daripada

    pemegang saham syarikat

    Kecukupan komitmen kewangan anda

    dalam perniagaan (dalam bentuk

    dana pemegang saham, pendahuluan

    daripada pengarah dan cagaranpihak ketiga yang disediakan oleh pemilik)

    [Anda harus memastikan bahawa anda

    menyediakan modal yang mencukupi

    untuk menyokong perniagaan anda dan

    tidak hanya bergantung kepada

    pinjaman bank. Ini memastikan perniagaan

    anda berkeupayaan menghadapi sebarang

    kejutan yang boleh menjejas pencapaiannya.]Kapasiti

    Kapasiti atau kebolehan perniagaan untuk

    membayar pinjaman melalui:

    i. Penjanaan aliran wang tunai yang

    mencukupi iaitu, tunai masuk ditolak

    tunai keluar akibat perbelanjaan

    adalah mencukupi untuk membayar

    balik pinjaman. (Keuntungan tidak

    boleh dimanfaatkan untuk membayar

    balik pinjaman memandangkan ia

    adalah keputusan pengiraan yang

    diperolehi pada akhir sesuatu tempoh)

    ii. Lain-lain punca pembayaran balik

    [Program pembayaran balik akan

    distrukturkan mengikut kaedah yang tidak

    akan terlalu membebankan perniagaan]

    Keadaan

    Pengaruh luar yang akan memberikan

    kesan secara langsung dan tidak langsung

    terhadap prestasi perniagaan seperti

    persekitaran teknologi/pembangunan,

    globalisasi, pasaran mata wang asing,

    ekonomi negara rakan dagangan utama,

    sistem perundangan, rangka kerjapengawalseliaan dan trend sosial

    8

  • 8/9/2019 panduan permohonan pinjaman perniagaan, business loan, pinjman bisnes

    11/36

    Cagaran

    Cagaran yang ditawarkan oleh anda

    untuk mengimbangi kelemahan bagi

    aspek-aspek di muka surat 7 dan 8

    Institusi kewangan menjalankan

    pemeriksaan kredit dan meneliti

    pengendalian akaun semasa perniagaan,

    rekod pembayaran balik pinjaman dan

    kemudahan perdagangan. Sesetengah

    institusi kewangan sudahpun

    memperkenalkan matriks penilaian

    pinjaman dalam bentuk pemarkahan

    sebagai sebahagian daripada prosespenilaian kredit mereka.

    KELULUSAN PERMOHONAN PINJAMAN

    Setelah institusi kewangan meluluskan

    pinjaman anda, ia akan mengeluarkan

    satu surat tawaran yang menyatakan

    syarat-syarat kemudahan pinjaman

    tersebut. Di antara syarat-syarat yanglazim dikenakan ialah:

    GAMBARAJAH: PROSES PERMOHONAN PINJAMAN

    Penghantaran borangpermohonan dandokumen yang

    diperlukan

    Penilaian dankelulusan kemudahan

    yang dipohon

    Pemohon perlumematuhi keperluan

    perundangan dansyarat-syarat

    pra-pengeluaran

    Pengeluaran surattawaran/penolakan

    pinjaman

    Penerimaan tawaranoleh pemohon

    Penolakan tawaranatau rayuan terhadap

    penolakanpermohonan

    PENGELUARANKEMUDAHAN KREDIT

    9

  • 8/9/2019 panduan permohonan pinjaman perniagaan, business loan, pinjman bisnes

    12/36

    Tanggungjawab anda sebagai peminjam

    seharusnya merangkumi:

    Mengekalkan pengurusan akaun yang baik:

    Jika anda mempunyai kemudahan

    overdraf, pastikan anda tidak melampaui

    had kemudahan tersebut

    Pastikan tiada cek yang dipulangkan

    akibat dana yang tidak mencukupi

    Pastikan semua kutipan perniagaan

    dikreditkan ke akaun bank anda (untuk

    menanam sikap bertanggungjawab

    atau akauntabiliti yang lebih baik/urustadbir korporat serta kawalan dan

    pengurusan aliran tunai)

    Memastikan ansuran bulanan dibayar

    dalam masa yang ditetapkan:

    Ketepikan dana yang mencukupi untuk

    membayar ansuran dan komitmen

    bulanan dalam masa yang ditetapkan

    Elakkan sebarang kelewatan dalam

    membuat pembayaran dengan memberi

    masa yang mencukupi untuk menjelaskan

    pembayaran, iaitu mengeluarkan cek

    tepat pada masanya

    Syarat-syarat pembayaran balik dan

    penjelasan tunggakan

    Pinjaman tertakluk kepada semakan

    berkala dan akan berubah mengikut budi

    bicara institusi kewangan

    Penyerahan buku-buku akaun

    Keperluan yang dikenakan ke atas

    peminjam jika berlaku perubahan

    dalam jenis perniagaan yang diceburi

    TANGGUNGJAWAB ANDA SE BAGAI

    PEMINJAM

    Sebagai seorang peminjam, institusi

    kewangan mengharapkan anda mengambil

    langkah-langkah yang perlu untuk

    menguruskan perniagaan anda supaya

    pinjaman anda dapat dibayar balik

    tepat pada masanya. Pinjaman ini akan

    tertakluk kepada semakan berkala

    (contohnya, setahun ataupun setiappertengahan tahun). Institusi kewangan

    juga boleh meminta anda mengemukakan

    kedudukan kewangan atau prestasi

    perniagaan yang terkini dan lain-lain

    butiran berkaitan dengan perniagaan anda.

    10

  • 8/9/2019 panduan permohonan pinjaman perniagaan, business loan, pinjman bisnes

    13/36

    Pastikan perniagaan anda diuruskan dengan cekap:

    Pantau dan uruskan aliran tunai, stok, tempoh

    pembayaran balik penghutang dan pemiutang

    perdagangan, dan lain-lain

    Pastikan penggunaan dana ke arah yang betul:

    Gunakan dana semata-mata untuk tujuan

    perniagaan dan bukan untuk kegunaan peribadi

    Gunakan dana seperti yang tertera di dalam surat

    tawaran. Contohnya:

    i. Pinjaman bertempoh untuk pembelian harta

    benda atau aset tetap

    ii. Overdraf untuk keperluan modal kerja dan

    bukan untuk pembelian aset tetap

    Dana digunakan hanya untuk perniagaan yang

    dimaksudkan dan tidak disalurkan untuk kegunaan

    syarikat-syarikat berkaitan dan sebagainya

    Kemukakan penyata kewangan tahunan yang telah

    diaudit

    Maklumkan kepada institusi kewangan jika berlaku

    sebarang perubahan pada perniagaan, seperti:

    Struktur pengurusan yang terbaru

    Haluan perniagaan

    Rancangan masa depan

    Pengemukaan dokumen-dokumen

    yang dikehendaki oleh pihak

    institusi kewangan, seperti laporan

    kemajuan dan lain-lain

    HAK ANDA SEBAGAI PEMINJAM

    Sebagai peminjam, anda mempunyai

    hak seperti berikut:

    Hak untuk mendapat akses

    kepada segala maklumat yang

    boleh mempengaruhi keputusan

    pinjaman anda

    Hak untuk mendapat layanan

    yang profesional, bersopan, dan

    tanpa prasangka

    Hak untuk mendapat maklumat yang

    tepat mengenai akaun pinjaman andasecara tetap

    Hak untuk mengambil tindakan

    undang-undang jika berlaku

    perlanggaran kontrak

    11

    Institusi kewanganmengharapkan anda

    mengambil langkah-langkah yang perluuntuk menguruskanperniagaan andasupaya pinjaman anda

    dapat dibayarbalik tepat padamasanya

  • 8/9/2019 panduan permohonan pinjaman perniagaan, business loan, pinjman bisnes

    14/36

    PENGURUSAN ALIRAN TUNAI

    Bajet Tunai

    Satu daripada kesilapan yang sering dilakukan

    oleh usahawan-usahawan perusahaan kecil

    dan sederhana ialah membuat andaian

    bahawa untung bersih adalah sama dengan

    tunai. Ini tidak benar. Cara terbaik untuk

    menentukan banyak mana tunai yang ada

    pada sesebuah syarikat dan urus niaga yang

    mana satu yang menggunakan tunai pada

    masa-masa tertentu ialah dengan melihat

    bajet tunai syarikat. Bajet ini melaporkan

    peristiwa yang menyebabkan aliran masukdan keluar bagi sesuatu tempoh fiskal.

    Peranan pengurusan tunai bagi usahawan

    perusahaan kecil dan sederhana ada lima,

    seperti yang disenaraikan di bawah:

    Peranan 1: Pencari Tunai

    Memastikan anda mempunyai dana yang

    mencukupi bagi membayar semua bil semasadan yang akan datang

    Peranan 2: Perancang Tunai

    Memastikan tunai kepunyaan syarikat

    digunakan dengan cara yang betul

    dan efisien

    Menjejaki pergerakan tunai

    Meramalkan aliran masuk dan keluar

    Peranan 3: Pengedar Tunai

    Mengawal tunai yang diperlukan untuk

    membayar pembekal serta menetapkan

    keutamaan dan masa pembayaran

    Meramalkan penggunaan tunai

    Peranan 4: Pemungut Tunai

    Memastikan penghutang membayar

    hutang dalam masa yang ditetapkan

    Peranan 5: Penjimat Tunai

    Memastikan syarikat anda mendapat

    nilai yang maksimum untuk wang yang

    telah dibelanjakan

    Terdapat 5 langkah asas di dalam

    menyiapkan bajet tunai:

    12

    Cara terbaik untukmenentukan banyak

    mana tunai yang

    ada... ialah dengan

    melihat bajettunai syarikat

  • 8/9/2019 panduan permohonan pinjaman perniagaan, business loan, pinjman bisnes

    15/36

  • 8/9/2019 panduan permohonan pinjaman perniagaan, business loan, pinjman bisnes

    16/36

    S&JApakah maklumat yang perlusaya kemukakan kepada institusikewangan untuk mendapatkankemudahan kredit?

    Kebanyakan institusi kewangan mempunyai senarai semak yang menyenaraikan

    dokumen-dokumen yang diperlukan. Sila bertanya kepada institusi kewangan yang

    berkenaan untuk mendapatkan senarai semaknya.

    Bolehkah saya mendapatpembiayaan jika sayamenceburkan diri dalamperniagaan buat pertama kali?

    Institusi kewangan adalah dalam perniagaan menyediakan pembiayaan dan akan

    memberi pertimbangan untuk memberi pinjaman kepada sebarang perniagaan yang

    berdaya maju walaupun ianya adalah perniagaan yang baru. Namun demikian,

    institusi kewangan akan meneliti trek rekod syarikat berkenaan atau akaun peribadi

    pemohon apabila menyemak semula permohonan pinjaman.

    SOALAN YANG SERING DITANYA

    Mengapakah institusi kewanganmemerlukan pelan perniagaan?Siapa boleh membantu saya untukmenyediakan pelan perniagaan?

    Melalui pelan perniagaan, institusi kewangan boleh mendapatkan maklumatberhubung dengan perniagaan peminjam seperti latar belakang peminjam dan

    industri, kedudukan kewangan peminjam, unjuran perniagaan peminjam, strategi

    perniagaan dan keperluan operasi peminjam. Anda boleh meminta bantuan

    bank perdagangan terlibat untuk menyediakan pelan perniagaan tersebut sekiranya

    anda mengalami kesukaran untuk menyediakannya. Hampir semua bank

    perdagangan mempunyai Unit Perusahaan Kecil dan Sederhana (IKS) yang berdedikasi.

    Unit ini ditubuhkan untuk menangani keperluan perusahaan kecil dan sederhana,

    termasuk memberi khidmat nasihat.

    14

  • 8/9/2019 panduan permohonan pinjaman perniagaan, business loan, pinjman bisnes

    17/36

    Adakah perlu saya mengemukakanpelan perniagaan kepada institusikewangan bagi jumlahpinjaman yang kecil sepertipinjaman sebanyak RM10,000?

    Keperluan pelan perniagaan bergantung kepada institusi kewangan terbabit.

    Anda harus merujuk kepada institusi kewangan anda mengenai perkara ini.

    15

    Adakah peluang perusahaankecil dan sederhana untukmendapatkan pinjamandaripada institusi kewanganakan berkurangan sekiranyatidak ada cagaran?

    Tidak. Tujuan meminta cagaran adalah untuk memastikan bahawa peminjam komited

    untuk membayar balik pinjaman yang telah diambil. Kriteria utama yang digunakan

    oleh institusi kewangan untuk menaksir sesuatu permohonan pinjaman adalah daya

    maju perniagaan pemohon.

    Bagaimana sekiranya institusikewangan tetap inginkan cagaran?

    Bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana yang berdaya maju dengan cagaran

    yang tidak mencukupi, Kerajaan telah menubuhkan Syarikat Jaminan Kredit untuk

    menyediakan jaminan bagi pinjaman yang diambil daripada institusi kewangan. Jaminan

    oleh Syarikat Jaminan Kredit ini akan menyokong cagaran yang mungkin berbeza di

    antara institusi kewangan. Buat masa ini, Syarikat Jaminan Kredit mengendalikan enam

    skim jaminan, yang mana butir-butir lanjut boleh didapati dengan melayari

    www.cgc.gov.my.

  • 8/9/2019 panduan permohonan pinjaman perniagaan, business loan, pinjman bisnes

    18/36

    Apakah alasan-alasan institusikewangan untuk menolakpermohonan sesuatu pinjaman?

    Alasan-alasan menolak permohonan kredit termasuk:

    Pemohon tidak mempunyai keupayaan untuk membayar balik kemudahan yang dipohon

    Tujuan pinjaman adalah tidak selaras dengan kemudahan yang dipohon

    Keputusan kewangan pemohon yang tidak memuaskan

    Pemohon mempunyai pinjaman luar yang banyak sehingga mengakibatkan penggearan

    yang tinggi (iaitu jumlah pinjaman adalah lebih tinggi daripada modal)

    Pengendalian akaun semasa yang tidak memuaskan oleh pemohon

    Rekod pembayaran balik yang kurang memuaskan dengan pemberi pinjaman yang lain

    Pemohon mempunyai kes yang sedang menunggu tindakan guaman

    Risiko perniagaan yang tinggi seperti terlalu bergantung kepada pembeli atau

    pembekal tunggal

    Kekurangan komitmen kewangan daripada pemilik perniagaan, iaitu tidak bersedia untuk

    menyumbang modal kerja tambahan

    Pengurusan yang lemah

    Empunya tunggal/perkongsian/pengarah-pengarah/pemegang-pemegang/penjamin dan

    sebagainya yang menghadapi tindakan kebankrapan daripada pihak lain

    Satu keperluan Bank Negara Malaysia ialah institusi kewangan seharusnya memaklumkankeputusan kreditnya kepada peminjam secara formal dan bertulis, yang dengan jelas

    mengenal pasti bidang yang gagal dipenuhi oleh peminjam. Ini adalah untuk memastikan

    bahawa peminjam mengetahui alasan penolakan dan membantu peminjam memperbaiki

    kelemahan yang dikenal pasti sebelum mengemukakan permohonan pinjaman lain pada

    masa akan datang.

    16

  • 8/9/2019 panduan permohonan pinjaman perniagaan, business loan, pinjman bisnes

    19/36

    Bolehkah saya mengemukakanpermohonan pinjaman kepadalebih daripada sebuah institusikewangan?

    Boleh. Walau bagaimanapun, anda mungkin akan dikenakan fi pemprosesan

    sekiranya anda menolak pinjaman tersebut setelah ia diluluskan.

    17

    Apa yang boleh sayalakukan sekiranya institusikewangan menolakpermohonan pinjaman saya?

    Setiap institusi kewangan mempunyai satu set garis panduan kredit dan kriteria

    penilaian kredit masing-masing. Apabila institusi kewangan memaklumkan

    keputusannya dan alasan penolakan kepada anda, anda sepatutnya berhubung dengan

    institusi berkenaan untuk mengetahui apa yang anda boleh buat bagi membolehkan

    mereka mempertimbangkan semula permohonan anda dan selepas itu, mengambil

    tindakan yang sewajarnya untuk memenuhi keperluan institusi kewangan. Sebagai

    alternatif, anda boleh memohon pinjaman daripada institusi kewangan yang lain.

    Bolehkah sesebuah institusikewangan mengurangkan jumlahkemudahan kredit (sepertikemudahan overdraf, kemudahanperdagangan) yang dahulunyatelah diberikan kepada saya?

    Semua institusi kewangan menjalankan kajian semula berkala ke atas potfolio kredit

    dan berdasarkan kepada penilaian mereka, mungkin mengambil keputusan untuk

    mengurangkan pendedahan kredit kepada sebarang peminjam. Institusi kewangan

    boleh berbuat demikian atas beberapa sebab termasuk penggunaan kemudahan yang

    rendah (overdraf dan kemudahan perdagangan) atau pengendalian akaun yang tidak

    memuaskan (overdraf).

    Hak ini biasanya dinyatakan di dalam surat tawaran atau dokumen-dokumen yang lain.

    Walau bagaimanapun, institusi-institusi kewangan biasanya akan memberi notis awal

    mengenai keputusan mereka untuk mengurangkan kemudahan kredit peminjam

    untuk membolehkan peminjam mencari kaedah alternatif. Walau apapun, institusi

    kewangan mungkin akan mempertimbangkan sebarang rayuan/permohonan daripada

    peminjam untuk mengembalikan kemudahan kredit ke tahap asal, sekiranya wajar.

  • 8/9/2019 panduan permohonan pinjaman perniagaan, business loan, pinjman bisnes

    20/36

    Di manakah boleh sayamembuat aduan terhadapinstitusi kewangan saya?

    Semua bank perdagangan dan syarikat kewangan telah dikehendaki oleh Bank Negara

    Malaysia untuk menubuhkan unit aduan di institusi masing-masing. Anda seharusnya

    cuba menyelesaikan aduan anda dengan institusi kewangan anda terlebih dahulu. Walau

    bagaimanapun, sekiranya anda masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan,

    anda boleh merujuk masalah anda kepada Bank Negara Malaysia. Untuk isu-isu berkaitan

    dengan pinjaman perniagaan oleh kaum Bumiputera, anda juga boleh merujuk kepadaERF Sdn. Bhd. (sebuah badan khas yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia sebagai

    pusat setempat untuk menangani isu-isu berkaitan pembiayaan Bumiputera).

    Saya menghadapi masalah untukmembayar balik berdasarkanamaun ansuran sekarang tetapisaya mampu membayar ansuranyang lebih rendah.Apa yang perlusaya lakukan?

    Anda boleh merujuk kepada institusi kewangan anda dan memohon penstrukturan

    atau penjadualan semula pinjaman anda. Ia biasanya dilakukan dalam bentuk

    bayaran bulanan yang lebih rendah dan memanjangkan tempoh bayaran pinjaman.

    Walau bagaimanapun, anda mesti memberikan kepada institusi kewangan anda

    maklumat lengkap mengenai kedudukan kewangan anda untuk membolehkan

    mereka membuat penilaian.

    18

  • 8/9/2019 panduan permohonan pinjaman perniagaan, business loan, pinjman bisnes

    21/36

    Di manakah boleh sayamendapat khidmat nasihatkewangan berhubungdengan perniagaan saya?

    Hampir semua bank perdagangan telah menubuhkan Unit Perusahaan Kecil dan

    Sederhana (IKS) yang menyediakan khidmat nasihat kewangan kepada perusahaan-

    perusahaan kecil dan sederhana.

    Di samping itu, Bank Negara Malaysia telah menubuhkan Unit Khas IKS untuk membantu

    perusahaan-perusahaan kecil dan sederhana yang berdaya maju dengan membekalkanmaklumat mengenai berbagai-bagai sumber pembiayaan yang ada, melancarkan proses

    permohonan pinjaman, menangani masalah yang dihadapi oleh perusahaan-perusahaan

    kecil dan sederhana untuk mendapat pinjaman daripada institusi-institusi kewangan dan

    menyediakan khidmat nasihat. Unit tersebut boleh dihubungi di:

    Unit Khas IKS

    Tingkat 4C

    Bank Negara Malaysia

    Jalan Dato Onn50480 Kuala Lumpur

    19

  • 8/9/2019 panduan permohonan pinjaman perniagaan, business loan, pinjman bisnes

    22/36

  • 8/9/2019 panduan permohonan pinjaman perniagaan, business loan, pinjman bisnes

    23/36

    Bagaimana kalau pemohontidak memenuhi syarat-syaratcagaran yang dikenakanoleh institusi-institusi kewanganyang terlibat?

    Keperluan cagaran adalah berdasarkan penilaian kredit dan profil risiko pemohon.

    Kriteria utama ialah daya maju sesuatu projek. Antara faktor-faktor lain yang turut

    diambil kira adalah karektor dan integriti pemohon, keupayaan untuk membayar balik

    pinjaman, komitmen modal dan keadaan perniagaan. Institusi-institusi kewangan

    yang terlibat juga boleh menolak permohonan jika permohonan tersebut tidak

    mengandungi maklumat yang cukup bagi membolehkan penilaian kredit dibuat. Untuk

    membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana, Syarikat Jaminan Kredit juga mempunyai

    beberapa skim jaminan kredit untuk manfaat pemohon-pemohon yang tiada cagaran

    atau mempunyai cagaran yang tidak mencukupi.

    Adakah borang-borang tertentuyang perlu diisi untuk membuatpermohonan tabung khas?

    Tidak. Kerajaan/Bank Negara Malaysia tidak menyediakan borang tertentu

    untuk permohonan tabung khas. Pemohon boleh menggunakan borang-borang

    yang disediakan oleh institusi-institusi kewangan yang terlibat.

    21

    Memandangkan tabung khas inidisediakan oleh Kerajaan/BankNegara Malaysia, adakahpelanggan diwajibkan membayarbalik pinjaman tersebut?

    Pelanggan (peminjam) adalah terikat dengan perjanjian pinjaman yang mereka

    tandatangani. Ini dianggap penting khususnya bagi membolehkan Kerajaan/Bank

    Negara Malaysia untuk meneruskan program bantuannya kepada pemohon-

    pemohon yang layak memandangkan saiz tabung akan berkurangan jika peminjam-

    peminjam gagal membayar balik pinjaman. Peminjam akan menandatangani

    dokumen perjanjian pinjaman di mana semua syarat-syarat dinyatakan termasuk

    tindakan-tindakan yang akan diambil oleh institusi-institusi kewangan yangterlibat jika peminjam mungkir.

  • 8/9/2019 panduan permohonan pinjaman perniagaan, business loan, pinjman bisnes

    24/36

    Bolehkah saya memohonpinjaman yang baru jikapinjaman sedia ada telahdiklasifikasikan sebagaipinjaman tidak berbayar?

    Rekod kredit yang negatif boleh menjejaskan penilaian kredit pemohon. Anda patut

    membincang hal ini dengan institusi kewangan berkenaan dan merumuskan satu skim

    pembayaran balik dengan institusi kewangan berkenaan. Setelah akaun anda

    dikemaskinikan, rekod kredit anda akan mencerminkan keadaan yang lebih baik.

    Mengapa institusi-institusikewangan menghendakipenyata-penyata kewanganuntuk tiga tahun?

    Institusi-institusi kewangan biasanya akan meminta penyata-penyata kewangan

    untuk tiga tahun bagi membolehkan mereka membuat perbandingan dalam

    menentukan trend perkembangan perniagaan untuk menilai keupayaan peminjam

    membuat pembayaran balik.

    22

  • 8/9/2019 panduan permohonan pinjaman perniagaan, business loan, pinjman bisnes

    25/36

    GLOSARI

    Cagaran

    Harta yang sah, deposit tetap atau sekuriti-sekuriti ketara yang lain yang

    dicagarkan kepada institusi kewangan untuk pinjaman yang diberi.

    Institusi Kewangan Yang Terlibat

    Institusi-institusi kewangan yang dilantik oleh Bank Negara Malaysia sebagai

    perantara untuk tabung khas.

    Modal Permulaan

    Modal yang diperlukan untuk memulakan atau menubuhkan perniagaan.

    23

  • 8/9/2019 panduan permohonan pinjaman perniagaan, business loan, pinjman bisnes

    26/36

    LAMPIRAN

    CONTOH PELAN PERNIAGAAN

    Pengenalan

    Perihal Perniagaan

    Perihal ringkas mengenai perniagaan; bidang industri yang diceburi dan pasaran yang disasarkan,

    dan posisi daya saing berbanding dengan saingan anda

    Kedudukan Semasa Syarikat

    Tarikh penubuhan dan di peringkat mana syarikat berada pada masa ini

    Untuk perniagaan baru:

    Sejauh mana pencapaian perniagaan; sama ada kumpulan pekerja utama telah diambil, pengeluaran telah

    bermula, status jualan dan sebagainya

    Untuk perniagaan sedia ada:

    Nyatakan jualan dan keuntungan syarikat untuk tiga tahun yang lalu

    Pembiayaan Yang Dipohon

    Nyatakan jenis, amaun, tujuan, tarikh pinjaman diharap akan dikeluarkan dan tempoh pembayaran semula

    pinjaman yang dijangkakan

    Perniagaan baru hendaklah mengenal pasti sumber modal permulaan syarikat sama ada daripada

    saham-saham/modal berbayar, pendahuluan daripada pengarah-pengarah, ahli keluarga, pihak ketiga,

    pinjaman luaran dan sebagainya

    24

  • 8/9/2019 panduan permohonan pinjaman perniagaan, business loan, pinjman bisnes

    27/36

    Contoh-contoh:

    Pembiayaan Modal Kerja

    Jenis dan had

    Overdraf, kemudahan perdagangan (resit amanah, penerimaan jurubank dan sebagainya)

    Tujuan

    Untuk membiayai kekurangan/jurang di dalam keperluan modal kerja

    Pengiraan untuk Nilai RM bagi Keperluan Modal Kerja

    Contoh:

    Sekiranya perolehan jualan tahunan ialah RM5 juta, keperluan modal kerja ialah 90 /365 x RM5.0 juta = RM1.23 juta

    Syarat-syarat kredit penghutang

    Pusing ganti stok

    Tolak

    Syarat-syarat kredit penghutang

    Kitar Penukaran Aset

    Hari

    90

    60

    150

    60

    90

    ( )

    25

  • 8/9/2019 panduan permohonan pinjaman perniagaan, business loan, pinjman bisnes

    28/36

    Pembiayaan Perbelanjaan Modal

    Jenis dan had

    Pinjaman berjangka, pemajakan, sewa beli margin pembiayaan yang diperlukan, sumber kewangan

    peminjam dalam mengeluarkan modal sendiri

    Tujuan

    Untuk membiayai pemerolehan aset tetap, misalnya pembelian harta benda, jentera

    Untuk membiayai kos pembinaan kilang/rumah kedai

    Butiran

    Jenis, jenama/buatan dan kos untuk memperolehi aset tetap dan hayat ekonominya

    Kos pembinaan bersama-sama dokumen-dokumen sokongan

    Syarat-syarat pembayaran

    Kaedahnya

    Amaun (berdasarkan unjuran aliran tunai/pendapatan)

    Tempoh pinjaman

    Tarikh pembayaran pertama dijangka akan bermula

    26

  • 8/9/2019 panduan permohonan pinjaman perniagaan, business loan, pinjman bisnes

    29/36

    Objektif dan Visi Perniagaan

    Anda harus memperjelaskan visi anda tentang bagaimana anda inginkan perniagaan anda berkembang dan pencapaian

    pada masa hadapan

    Perihal Produk dan Perkhidmatan

    Terangkan jenis produk yang dikeluarkan/perkhidmatan yang disediakan

    Nyatakan bahagian perniagaan anda dalam rantai penawaran iaitu, sama ada sebagai pembekal perkhidmatan, pengilang

    [Original Equipment Manufacturer (OEM) atau industri sokongan], ejen pemasaran/jualan, pemborong, kontraktor pembekal,

    pembinaan dan sebagainya

    Jumlah jualan atau pengeluaran dalam setahun

    Sifat kitaran perniagaan, nalar atau berkitar

    Sifat produk

    Kapasiti/jumlah yang kilang anda boleh keluarkan dan posisi masa kini

    Analisa Industri dan Pesaing

    Sediakan gambaran ringkas mengenai struktur industri dan ciri-cirinya; tahap persaingan dan halangan kemasukan

    Senarai pesaing utama syarikat, bahagian pasaran mereka, kekuatan/kelemahan berbanding syarikat sendiri

    Mengenal pasti ancaman, risiko dan peluang yang ada

    27

  • 8/9/2019 panduan permohonan pinjaman perniagaan, business loan, pinjman bisnes

    30/36

    Strategi Perniagaan

    Pembentukan strategi yang jitu dianggap penting untuk memastikan kejayaan perniagaan

    Strategi seharusnya berasaskan kekuatan syarikat dan faktor-faktor kejayaan yang kritikal dalam konteks

    persaingan dan industri

    Strategi yang efektif seharusnya memfokus kepada keunikan atau kelainan produk dan perkhidmatan

    yang anda berikan

    Strategi syarikat anda seharusnya bersifat dinamik (iaitu mampu untuk menangani perubahan dalam

    persekitaran kendalian dalam jangka masa panjang)

    Strategi Generik

    Pengeluar kos rendah

    Pembezaan; produk yang ditawarkan adalah unik

    Fokus; menceburi pasaran "niche", segmen barisan keluaran atau pasaran yang bercirikan geografi

    Syarat-syarat Pengendalian

    Personel

    Menyenaraikan jenis dan bilangan pekerja yang diperlukan untuk jawatan pengurusan utama, pengeluaran,

    pemasaran dan jualan

    Sumber dan ketersediaan buruh; mahir, tidak mahir, teknikal

    Latihan dan insentif untuk mengekalkan pekerja-pekerja

    Proses Pengeluaran/Pembuatan

    Tahap automasi dalam proses pengeluaran; teknologi yang diperlukan dan perjanjian teknikal/sokongan jaminan

    Jenis/buatan jentera utama yang digunakan

    28

  • 8/9/2019 panduan permohonan pinjaman perniagaan, business loan, pinjman bisnes

    31/36

    Ramalan Kedudukan Kewangan

    3 aspek ramalan kedudukan kewangan

    diperlukan:

    Untung Rugi

    Aliran Tunai

    Kunci Kira-kira

    Dokumen-dokumen di atas hendaklah

    disediakan dalam bentuk unjuran bulanan

    untuk 12 bulan yang pertama dan di dalam

    bentuk unjuran tahunan untuk tempoh 2

    tahun selepas itu

    Andaian-andaian yang digunakan

    Nyatakan andaian-andaian utama seperti

    berikut: % kos perbelanjaan utama, bahan-bahan

    mentah, pekerja, komisen

    % jualan kredit dan tunai

    Tempoh kredit yang diberi dan diterima

    Tempoh inventori

    % pertumbuhan perniagaan setahun

    Kapasiti pengeluaran/giliran kerja

    Bahan mentah utama/komponen

    Khidmat Pelanggan dan Sokongan Selepas Jualan

    Menyediakan lakaran ringkas mengenai program syarikat bagi

    khidmat selepas jualan dan sokongan untuk membina kesetiaanpelanggan, menambah belian ulangan dan mempromosi lain-

    lain barangan dan perkhidmatan

    Kitaran Perniagaan, Pembeli, Pembekal, & Syarat-syarat Perdagangan

    Pembeli utama, jumlah jualan, kekerapan dan syarat-syarat kutipan

    Pembekal utama, jumlah belian, kekerapan dan syarat-syarat

    pembayaran

    Butiran konsesi/perjanjian dengan pembekal dan pembeli

    Kitaran perniagaan (contoh: senarai peristiwa-peristiwa pentingperniagaan, masa yang diambil dan syarat-syarat)

    Strategi Jualan dan Pemasaran

    Sediakan lakaran ringkas mengenai strategi pemasaran syarikat bagi

    menggalakkan pelanggan untuk membeli barangan dan perkhidmatan

    daripada segi campuran pemasaran iaitu produk, penetapan harga,

    aliran (jualan) dan promosi-promosi

    29

  • 8/9/2019 panduan permohonan pinjaman perniagaan, business loan, pinjman bisnes

    32/36

    Tarikh

    Jualan

    Kos

    Tolak: Kos Jualan

    Untung Kasar

    Margin Untung Kasar (%)

    Tolak: Jumlah Kos Kendalian

    Perbelanjaan Pemasaran & JualanPerbelanjaan Pentadbiran & Overhed

    Keuntungan Kendalian

    Margin Keuntungan Kendalian (%)

    Tolak: Kos Bukan Kendalian

    Faedah oleh Bank

    Keuntungan Sebelum Cukai

    Margin Keuntungan Sebelum Cukai (%)

    Tolak: Cukai Pendapatan

    Keuntungan Bersih Selepas Cukai

    Margin Untung Bersih (%)

    Jan Feb Mac

    Jumlah

    Tahun 1

    Jumlah

    Tahun 2

    Jumlah

    Tahun 3

    Penyata Untung Rugi

    Format penyata untung rugi, penyata aliran tunai dan penyata kunci kira-kira

    adalah seperti berikut:

    30

  • 8/9/2019 panduan permohonan pinjaman perniagaan, business loan, pinjman bisnes

    33/36

    Tarikh

    Baki Mula

    Sumber Hasil

    Jualan Tunai

    Jualan Kredit

    Overdraf

    Pinjaman Bertempoh

    Modal Ekuiti

    Perbelanjaan Tunai

    Kos Jualan

    Gaji & Perbelanjaan Berkaitan

    Perbelanjaan Bukan Gaji

    Faedah

    Pembayaran Pinjaman

    Dividen

    Pembelian Aset

    Cukai Pendapatan

    Perubahan Tunai Bersih

    Baki Akhir

    Jan Feb Mac

    Jumlah

    Tahun 1

    Jumlah

    Tahun 2

    Jumlah

    Tahun 3

    Anjuran Penyata Aliran Tunai

    31

  • 8/9/2019 panduan permohonan pinjaman perniagaan, business loan, pinjman bisnes

    34/36

    Tarikh

    Asset Semasa

    Tunai Dalam Tangan

    Penghutang Perdagangan

    Lain-lain Penghutang,

    Deposit & Bayaran Terdahulu

    Jumlah Hutang dari Anak-anak Syarikat

    Stok

    Liabiliti Semasa

    Pinjaman Jangka Pendek

    Pemiutang Perdagangan

    Lain-lain Pemiutang dan Akruan

    Jumlah Hutang kepada Anak-anak Syarikat

    Jumlah Hutang kepada Syarikat Induk

    Jumlah Hutang kepada Pengarah-pengarah

    Asset (Liabiliti) Semasa Bersih

    Asset TetapPinjaman Bertempoh

    Dibiayai Oleh:

    Modal Syer

    Perolehan Tertahan

    Jan Feb Mac

    Jumlah

    Tahun 1

    Jumlah

    Tahun 2

    Jumlah

    Tahun 3

    Anjuran Penyata Kunci Kira-kira

    32

  • 8/9/2019 panduan permohonan pinjaman perniagaan, business loan, pinjman bisnes

    35/36

    Design Copyright 2003 by Freeform Design Sdn Bhd. All rights reserved.

  • 8/9/2019 panduan permohonan pinjaman perniagaan, business loan, pinjman bisnes

    36/36

    UNTUK MAKLUMAT LANJUT

    SILA LAYARI

    www.bankinginfo.com.myATAU LAWATILAH KIOS KAMI DI BANK TERTENTU

    Edisi Pertama