panduan perkembangan pembelajaran murid geografi tingkatan 1

7
PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID GEOGRAFI TINGKATAN 1

Upload: ngolien

Post on 21-Jan-2017

243 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: panduan perkembangan pembelajaran murid geografi tingkatan 1

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID

GEOGRAFI

TINGKATAN 1

Page 2: panduan perkembangan pembelajaran murid geografi tingkatan 1

GEOGRAFI TINGKATAN 1

2

MATLAMAT KURIKULUM GEOGRAFI

Kurikulum Geografi membolehkan murid memahami fenomena geografi berfokus kepada negara Malaysia dan

hubungannya dengan negara-negara lain supaya dapat melahirkan murid yang berilmu, bertanggungjawab, bersyukur

dan mengenali serta mencintai negara Malaysia.

OBJEKTIF KURIKULUM GEOGRAFI

Kurikulum Geografi Sekolah Menengah membolehkan murid: 1. Menghubungkaitkan aspek kedudukan, arah, skala, dan jarak dalam organisasi ruangan. 2. Mengumpul, menyusun, menganalisis dan menyampaikan data geografi berbentuk kuantitatif dan kualitatif. 3. Memberi pendapat secara kreatif dan kritis, mengenal pasti dan mengkaji masalah semasa daripada aspek

geografi serta membuat keputusan dengan bertanggungjawab. 4. Menjelaskan fenomena alam dan saling kaitannya dengan manusia berasaskan taburan dan pola-pola yang

wujud di negara Malaysia dan negara-negara lain 5. Mengenal pasti cara hidup dan budaya pelbagai komuniti di negara lain serta menghargai ciri-ciri persamaan

dan kelainannya dengan negara Malaysia. 6. Memerihalkan keadaan saling memerlukan dalam sistem alam, kegiatan ekonomi, sosial dan politik antara

satu negara dengan negara lain. 7. Menerangkan kesan kegiatan manusia ke atas alam sekitar serta penting menguruskan alam dan sumber

dengan bertanggungjawab dan bijaksana. 8. Mengenali, menghargai dan berbangga terhadap ciri-ciri geografi negara Malaysia yang istimewa dan unik. 9. Menggabungjalin pelbagai fakta geografi dan dapat membuat kesimpulan yang rasional. 10. Mensyukuri dan mencintai alam, bersederhana dan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan dan peka

terhadap perasaan serta keperluan orang lain.

Page 3: panduan perkembangan pembelajaran murid geografi tingkatan 1

GEOGRAFI TINGKATAN 1

3

BAND PERNYATAAN STANDARD

1

Mengetahui konsep, prinsip geografi dan kemahiran geografi.

2

Mengetahui dan memahami konsep, prinsip geografi dan kemahiran geografi .

3

Memahami dan mengaplikasikan konsep, prinsip geografi dan kemahiran geografi .

4

Mengaplikasikan pengetahuan geografi dan kemahiran geografi untuk menganalisis, mensintesis dan menilai maklumat geografi.

5

Menggabungjalin pengetahuan dan kemahiran geografi untuk membuat penilaian / kesimpulan yang rasional dan boleh menganalisis impak kegiatan manusia terhadap alam sekitar serta mengamalkan penjagaannya secara bijaksana.

6

Mengkaji dengan mengumpul, menyusun, menganalisis dan menyampaikan data dan maklumat

geografi berbentuk kuantitatif dan kualitatif.

Page 4: panduan perkembangan pembelajaran murid geografi tingkatan 1

GEOGRAFI TINGKATAN 1

4

TEMA BAND DESKRIPTOR

KEMAHIRAN GEOGRAFI

1

Menyatakan asas kemahiran geografi yang berkaitan perkara berikut dengan betul:

Kedudukan

Arah

Jarak dan skala

2

Menjelaskan kemahiran geografi yang berkaitan perkara berikut dengan betul.

Kedudukan

Arah

Jarak dan skala

Simbol peta

3

Mengaplikasi kemahiran geografi melibatkan perkara berikut dengan tepat.

Mengorientasi kompas

Mengukur jarak menggunakan skala

Membina graf

4 Mengaplikasikan dan menghubungkait kemahiran geografi dalam organisasi ruang atau lapangan mengikut prosedur yang betul.

5 Mentafsir peta lakar dan bahan grafik dengan tepat berdasarkan maklumat dan data yang relevan/sesuai.

6 Mengemukakan dan mempersembahkan idea / pendapat / cadangan yang bernas tentang kesejahteraan persekitaran menggunakan kemahiran geogarafi yang sesuai.

Page 5: panduan perkembangan pembelajaran murid geografi tingkatan 1

GEOGRAFI TINGKATAN 1

5

TEMA BAND DESKRIPTOR

BENTUK MUKA BUMI DAN POTENSINYA

1 Menyatakan pelbagai bentuk muka bumi Malaysia dengan memberikan fakta dan contoh yang sesuai dan betul.

2

Menjelaskan pelbagai bentuk muka bumi iaitu di Malaysia dengan memberikan fakta dan contoh yang sesuau dan betul.

Tanah tinggi

Tanah pamah

Pinggir laut

Saliran

3

Mengenal pasti dan menerangkan taburan kepelbagaian bentuk muka bumi dan lokasinya di Malaysia dengan fakta yang tepat.

Tanah tinggi

Tanah pamah

Pinggir laut

Saliran

4

Menghuraikan kepentingan bentuk muka bumi Malaysia dengan menggunakan fakta dan contoh yang jelas.

Tanah tinggi

Tanah pamah

Pinggir laut

Saliran

5

Membanding dan membezakan dengan betul kepentingan pelbagai bentuk muka bumi yang berkaitan terhadap kegiatan manusia antara negara Malaysia dengan negara lain

6

Mengkaji potensi dan halangan bentuk muka bumi terhadap kegiatan manusia serta mengemukakan cadangan yang relevan untuk pembangunan di kawasan berkaitan

Page 6: panduan perkembangan pembelajaran murid geografi tingkatan 1

GEOGRAFI TINGKATAN 1

6

TEMA BAND DESKRIPTOR

CUACA DAN IKLIM

1 Menyatakan jenis iklim dan ciri-cirinya di Malaysia dengan tepat.

2

Menerangkan pengaruh pergerakan bumi terhadap cuaca dan iklim dengan jelas.

Putaran bumi

Peredaran bumi

3

Mengenal pasti dan menghuraikan faktor yang mempengaruhi cuaca dan iklim negara

Malaysia dengan tepat.

4

Menghubungkait pengaruh cuaca dan iklim terhadap cara hidup manusia di Malaysia dan di zon iklim yang lain dengan mengemukakan contoh yang sesuai.

Pertanian

Perikanan

5

Menggabungjalin fakta mengenai kesan kegiatan manusia dan merumus kesan kegiatan manusia terhadap cuaca dan iklim di Malaysia secara komprehensif dan menyeluruh.

6

Mengkaji kesan kegiatan manusia terhadap cuaca dan iklim dan mengemukakan langkah yang relevan bagi mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap cuaca dan iklim di Malaysia.

Page 7: panduan perkembangan pembelajaran murid geografi tingkatan 1

GEOGRAFI TINGKATAN 1

7

TEMA BAND DESKRIPTOR

TUMBUH-TUMBUHAN

SEMULA JADI DAN

HIDUPAN LIAR

1

Menyatakan / menunjukkan jenis tumbuhan semula jadi di kawasan sekitar dengan tepat.

2 Menjelaskan jenis tumbuhan semula jadi dan hidupan liar dengan betul.

3

Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi kepelbagaian jenis tumbuhan

semulajadi dengan tepat.

4

Membandingkan ciri-ciri tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar negara Malaysia dengan negara lain dengan contoh yang sesuai.

5

Menggabungjalin fakta mengenai kesan kegiatan manusia dan membuat rumusan kesan kegiatan manusia terhadap tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar dengan mengemukakan contoh yang sesuai.

6

Mengkaji kesan kegiatan manusia terhadap tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar serta mencadangkan langkah melestarikan tumbuhan semula jadi dan hidupan liar.