folio geografi 2009 petempatan dan perkembangan di kuala kangsar dibanding di negara jepun

33
PENGHARGAAN Terlebih dahulu saya bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-nya saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya dan dapat menghantar pada waktu yang ditetapkan.. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Pengetua SMK xxxxxx iaitu xxxxxx yang telah memberi keizinan untuk saya menjalankan kajian saya ini. Ucapan terima kasih juga turut ditujukan kepada guru geografi saya iaitu xxxxxx yang telah membimbing dan memberikan tunjuk ajar kepada saya dalam usaha menyiapkan folio ini. Saya juga ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada ibu bapa saya iaitu xxxxxx dan xxxxxx yang telah memberi banyak perhatian dan semangat bagi menyempurnakan kajian ini. 3

Upload: nashrah

Post on 27-Jul-2015

5.383 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Folio Geografi 2009 petempatan dan perkembangan di Kuala Kangsar dibanding di negara Jepun

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-nya

saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya dan dapat menghantar pada

waktu yang ditetapkan..

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Pengetua SMK xxxxxx

iaitu xxxxxx yang telah memberi keizinan untuk saya menjalankan kajian saya ini.

Ucapan terima kasih juga turut ditujukan kepada guru geografi saya iaitu xxxxxx

yang telah membimbing dan memberikan tunjuk ajar kepada saya dalam usaha

menyiapkan folio ini.

Saya juga ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada ibu

bapa saya iaitu xxxxxx dan xxxxxx yang telah memberi banyak perhatian dan semangat

bagi menyempurnakan kajian ini.

Tidak ketinggalan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah memberi

kerjasama serta sumbangan semasa kajian dijalankan iaitu xxxx, xxxxx, xxxxx, xxxxx

dan banyak lagi.

Akhir sekali, saya juga ingin mengucap terima kasih kepada pihak-pihak yang

terlibat secara langsung atau tidak langsung.

3

Page 2: Folio Geografi 2009 petempatan dan perkembangan di Kuala Kangsar dibanding di negara Jepun

PENDAHULUAN

Saya xxxxxx, pelajar tingkatan 3 KAA di Sekolah Menengah Kebangsaan

xxxxxxx. Saya telah memilih untuk menjalankan kajian di kawasan Bandar Kuala

Kangsar, Perak dan perbandingannya dengan Yokohama di Negara Jepun.

Saya telah memilih kawasan ini untuk menjalankan kajian saya kerana terdapat

banyak maklumat yang dapat saya perolehi daripada kawasan tersebut. Kedudukan

bandar Kuala Kangsar yang tidak jauh dari rumah saya dan memudahkan saya untuk

menjalankan kajian ini juga merupakan salah satu faktor saya memilih kawasan ini.

Saya telah mengambil masa selama 4 bulan untuk menjalankan kajian ini. Di

akhir kajian saya ini, saya dapat mempelajari cara mencatat dan merekod data.

4

Page 3: Folio Geografi 2009 petempatan dan perkembangan di Kuala Kangsar dibanding di negara Jepun

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini ialah :

Mengenalpasti jenis dan pola petempatan yang terdapat di Kuala Kangsar dan

Yokohama di Negara Jepun.

Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi petempatan di Kuala Kangsar

dan dibandingkan dengan Yokohama di Negara Jepun.

Mengenalpasti fungsi petempatan di Kuala Kangsar dan dibandingkan dengan

dengan Yokohama di Negara Jepun.

Membincangkan langkah-langkah mengurangkan masalah petempatan di Kuala

Kangsar dan dibandingkan dengan Yokohama di Negara Jepun.

Mengenalpasti langkah-langkah mengurangkan masalah petempatan di Kuala

Kangsar dan dibandingkan dengan Yokohama di Negara Jepun.

Menerapkan rasa cinta, nilai-nilai murni serta nilai penerapan patriotisme

terhadap bandar Kuala Kangsar dan dibandingkan dengan Yokohama di Negara

Jepun.

5

Page 4: Folio Geografi 2009 petempatan dan perkembangan di Kuala Kangsar dibanding di negara Jepun

KAWASAN KAJIAN

Saya telah memilih Bandar Kuala Kangsar sebagai kawasan kajian saya. Menurut

hasil kajian yang telah saya jalankan terhadap Bandar Kuala Kangsar, saya mendapati

bahawa nama Bandar Kuala Kangsar berasal dari rangkai kata “Kuala Kurang-Sa” kerana

bilangan anak sungai ini kurang satu daripada 100 anak sungai di Bandar Kuala Kangsar.

Bandar ini terletak di tebing Sungai Perak. Kebanyakan petempatan yang dibina

di Bandar Kuala Kangsar ini terletak di sebelah utara Ipoh, di sebelah barat Sungai Siput

dan di timur Taiping. Bandar ini disaliri oleh sebatang sungai iaitu Sungai Perak.

Jarak Bandar yang terdekat dengan bandar Kuala Kangsar ialah Bandar Ipoh dan

bandar Taiping. Jarak bandar Ipoh dengan bandar Kuala Kangsar ialah 45 kilometer dan

bandar Taiping ialah 32 kilometer. Peta 1 adalah peta kawasan kajian. Peta 2 adalah peta

negara yang dibandingkan iaitu bandar Yokohama di negara Jepun dan peta 3 adalah peta

lakar kawasan kajian.

6

Page 5: Folio Geografi 2009 petempatan dan perkembangan di Kuala Kangsar dibanding di negara Jepun

Peta Negeri Perak

Kawasan kajian

Rajah 1 : Peta kawasan kajian saya

Peta 1 : kawasan kajian saya

7

Page 6: Folio Geografi 2009 petempatan dan perkembangan di Kuala Kangsar dibanding di negara Jepun

Di bawah adalah peta perletakan bandar Yokohama di Negara Jepun

Kawasan kajian

8

Page 7: Folio Geografi 2009 petempatan dan perkembangan di Kuala Kangsar dibanding di negara Jepun

Peta Lakar

9

Page 8: Folio Geografi 2009 petempatan dan perkembangan di Kuala Kangsar dibanding di negara Jepun

KAEDAH KAJIAN

Saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian untuk menyiapkan kerja kursus ini.

Antaranya ialah :-

1) Kaedah Pemerhatian

2) Kaedah Rujukan

3) Kaedah Kajian Lapangan

1) Kaedah Pemerhatian

- Pemerhatian telah dilakukan untuk mengenalpasti jenis pola petempatan di kawasan

kajian, bentuk muka bumi, fungsi-fungsi petempatan serta masalah kawasan kajian.

2) Kaedah Rujukan

- Untuk menyiapkan kerja kursus ini, saya telah membuat rujukan dengan

menelaah buku-buku dan internet yang mengandungi sebarang maklumat

mengenai petempatan di kawasan Bandar Kuala Kangsar dan petempatan

Yokohama di Negara Jepun. Saya juga telah melayari untuk mencari peta

kawasan kajian saya.

3) Kaedah Kajian Lapangan

- Saya membuat kajian lapangan untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas

tentang kawasan kajian.

10

Page 9: Folio Geografi 2009 petempatan dan perkembangan di Kuala Kangsar dibanding di negara Jepun

DAPATAN KAJIAN

Jenis Dan Pola Petempatan

Berdasarkan kajian yang telah saya buat, saya dapati kedua-dua kawasan kajian

iaitu bandar Kuala Kangsar dan Yokohama Di Jepun merupakan kawasan bandar.

Berdasarkan kajian melalui kaedah pemerhatian pula, pola petempatan di bandar

Kuala Kangsar ialah pola berjajar, berpusat, berselerak dan terancang. Pola berjajar

banyak terdapat di sepanjang tebing Sungai Perak di sebelah Sayong. Pola berpusat pula

dapat dilihat di sekitar Kolej Islam Darul Ridzuan. Kebanykan petempatan di sini terdiri

daripada pola berselerak contohnya di kawasan sekitar Istana Iskandariah. Pola terancang

pula dapat dilihat di kawasan-kawasan perumahan seperti Taman Kuala Kangsar, Taman

Chandan Puteri dan banyak lagi.

Manakala bandar Yokohama adalah pola petempatan yang berpusat. Ini dapat

dilihat apabila terdapat rumah dan bangunan yang banyak dibina secara rapat-rapat, padat

dan bertumpu di sekeliling objek yang menjadi tumpuan penduduk. Dengan langkah-

langkah kerajaan membangunkan negara Malaysia ini ke arah negara pembangunan,

adalah diharapkan dasar-dasar kerajaan dalam Wawasan 2020 tercapai. Malaysia

inginkan juga rakyatnya berpendidikan tinggi dan menikmati tahap hidup yang baik serta

selesa melalui perbelanjaan pembangunan yang dibuat dalam setiap Rancangan Lima

Tahun.

11

Page 10: Folio Geografi 2009 petempatan dan perkembangan di Kuala Kangsar dibanding di negara Jepun

Faktor yang mempengaruhi petempatan

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi petempatan di kawasan Kuala Kangsar.

Antara faktor-faktor yang mempengaruhi kawasan ini ialah ;

Sejarah

Kuala Kangsar mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Negeri Perak lahir dari aliran air

yang menebing di Sungai Perak daripada puncaknya di Ulu Belum hinggalah ke

muaranya di Selatan Melaka. Dari zaman awal lagi orang tertarik denagn keistimewaan

sungai ini lalu memudikinya sambil mencari tebing yang baik untuk mendarat. Mereka

adalah peneroka yang datang membuka tempat baru dan berinteraksi dengan pribumi

hingga menjadi orang Perak seperti yang ada sekarang. Mereka memudik dengan sampan

hingga sampai ke suatu anak sungai di tebing kiri Sungai Perak. Dalam kiraan mereka

kuala sungai ini adalah bersempena pokok kangsar, lebih-lebih lagi tebingnya rendah,

tanahnya subur dan permandangannya sungguh indah. Kebetulan mengikut kiraan

mereka kuala sungai ini ialah yang ke seratus kurang satu, atau 'Kuala Kurang Sa'.

Kononnya itulah nama asalnya, "Kuala Kurang Sa" dan kemudiannya disebut "Kuala

Kangsar" sahaja.Namun begitu terdapat versi mengatakan mengambil sempena nama

pokok kangsar yang banyak tumbuh di tebing-tebing sungai. Walaubagaimanapun, Kuala

Kangsar sebenarnya adalah satu lokasi yang sangat baik, bukan sahaja sesuai sebagai

tempat mendarat, tetapi memang baik untuk petempatan, untuk bercucuk tanam, untuk

pusat perniagaan.

Gambar pada zaman dahulu

12

Page 11: Folio Geografi 2009 petempatan dan perkembangan di Kuala Kangsar dibanding di negara Jepun

Bentuk muka bumi

Malaysia terletak dalam kawasan iklim khatulistiwa dengan suhu 28 darjah Selsius.

Kuala Kangsar merupakan kawasan petempatan tanah pamah. Oleh sebab itu kawasan-

kawasan ini telah dijadikan sebagai kawasan yang terdapat sektor-sektor pertanian.Selain

itu, Kuala Kangsar juga terletak berhampiran dengan tebing Sungai Perak.

Sungai Perak

13

Page 12: Folio Geografi 2009 petempatan dan perkembangan di Kuala Kangsar dibanding di negara Jepun

Kegiatan ekonomi

Kegiatan ekonomi utama yang terdapat di Kuala Kangsar ialah perniagaan, pertanian,

dan perkilangan. Hal ini dapat dilihat apabila terdapat “The Store”iaitu pusat perniagaan,

sawah padi, ladang getah, dan kilang-kilang seperti “Perak Textile”. Selain itu, kegiatan

ekonomi di Kuala Kangsar juga ialah seperti pembalakan dan perkhidmatan.

Kawasan pertanian Kawasan perkilangan

Kawasan perniagaan

14

Page 13: Folio Geografi 2009 petempatan dan perkembangan di Kuala Kangsar dibanding di negara Jepun

Manakala terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi petempatan di kawasan

Yokohama. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi kawasan ini ialah ;

Sejarah

Nama "Yokohama" sebagai sebuah kota, berasal dari nama desa nelayan bernama desa

Yokohama (Yokohama-mura) yang terletak di Distrik Kuraki, Provinsi Musashi. Hingga

di akhir zaman Edo, desa Yokohama adalah desa kecil di atas sebuah delta sungai yang

penduduknya bermata pencaharian sebagai petani dan nelayan.

15

Page 14: Folio Geografi 2009 petempatan dan perkembangan di Kuala Kangsar dibanding di negara Jepun

Bentuk muka bumi

Yokohama pula terletak di pinggir laut. Ianya terletak di selatan Tokyo, Jepun dan

bermula sebagai sebuah kampung nelayan dan menjadi pelabuhan pada tahun 1859. Pada

tahun 1923, Yokohama dilanda gempa bumi yang kuat diberi nama “The Great Kanto

Earthquake”.

Pemandangan bandaraya Yokohama, Jepun

Sosial/budaya

Faktor yang mempengaruhi Yokohama dari segi sosial adalah kedudukannya sebagai

bandaraya kesenian dengan nilai-nilai baru dari pemodenan Jepun. Banyak muzium

antarabangsa yang dibina di kawasan pelabuhan dan dipenuhi dengan kesenian tradisi

Jepun. Antara tempat yang sering dikunjungi adalah Sogo Museum of Art, Yokohama

China Town, Minato Mirai, Yokohama Dolls Musem, Yokohama Noh Theatre dan

Yokohama Museum of Art. Pelawat-pelawat ke Jepun didedahkan dengan sosio budaya

di sana supaya mereka menghormati adat resam orang-orang Jepun. Ini dapat dilihat dari

16

Page 15: Folio Geografi 2009 petempatan dan perkembangan di Kuala Kangsar dibanding di negara Jepun

risalah berkenaan cara kehidupan orang Jepun yang dibekalkan oleh Association for

Overseas Technical Scholarship (AOTS) berjudul “An Introduction To Japan And The

Japanese” dan “Guide To Your Life In Japan”. Perkara ini harus kita contohi bagi

menerapkan nilai-nilai murni budaya rakyat malaysia kepada pelancong-pelancong yang

berkunjung ke malaysia.

Fungsi petempatan

Terdapat banyak fungsi petempatan yang dibuat terhadap pembangunan kawasan

bandar Kuala Kangsar serta pendudukdi bandar Kuala Kangsar. Antara salah satu fungsi

petempatan yang terdapat di kawasanKuala Kangsar adalah sistem pendidikan. Banyak

sekolah di Kuala Kangsar telah dinaiktaraf pendidikannya.

Contohnya ialah Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II dan Kolej Melayu Kuala

Kangsar telah tersenarai menjadi sekolah cluster. Sekolah tersebut mempunyai banyak

kemudahan yang lengkap dan kawasannya yang lebih luas berbanding sekolah lain yang

ada di Kuala Kangsar. Secara tidak langsung terdapat juga peningkatan taraf hidup yang

berlaku di sini. Ini termasuklah taraf kesihatan dan pendidikan penduduk di Kuala

Kangsar yang semakin baik dan selesa.

Kemudahan infrastruktur yang lengkap untuk kemudahan dan keselesaan

penduduk seperti bekalan elektrik, jalan bertar dan juga sekolah. Selain itu, terdapat juga

kawasan pusat pentadbiran yang dibina di Bandar ini. Antaranya ialah Majlis

Perbandaran Kuala Kangsar, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan pejabat Telekom

Malaysia.

17

Page 16: Folio Geografi 2009 petempatan dan perkembangan di Kuala Kangsar dibanding di negara Jepun

Kolej Melayu Kuala Kangsar Jalan bertar di Kuala Kangsar

Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

Manakala Yokohama, bandar di Jepun, fungsi utamanya adalah sebagai pusat

perniagaan dan pelabuhan utama. Di sana terdapat banyak gudang-gudang untuk

kegunaan penyimpanan kargo, deretan kedai, restoran, hotel dan pelbagai tempat

pelancongan. Dengan cara ini, bandar teresebut dapat berkembang pesat kesan daripada

imigrasi penduduk dari kawasan luar Yokohama dan juga pelabur asing.

Kita mestilah mempunyai sikap cinta akan negara dan tempat tinggal kita.Ini

kerana kita bertuah dapat tinggal di sebuah negara yang aman dan makmur.Kita juga

seharusnya berusaha mengekalkan keamanan tempat tinggal kita dan negara yang tercinta

dan kita juga perlulah menjaga segala kemudahan yang telah disediakan.

18

Page 17: Folio Geografi 2009 petempatan dan perkembangan di Kuala Kangsar dibanding di negara Jepun

Pelabuhan di Yokohama Kawasan Perniagaan

Masalah petempatan

Berdasarkan kajian yang telah saya buat,beberapa masalah telah didapati

antaranya ialahkesesakan lalulintas, juga pencemaran alam sekitar dan masalah sosial.

Kesesakan lalulintas berlaku di Kuala Kangsar apabila tibanya hari kemuncak pada

waktu pagi dan petang seperti ramai orang pergi atau pulang dari kerja mereka.

Pencemaran terjadi akibat sikap tidak bertanggungjawab segelintir penduduk

kawasan Kuala Kangsar. Antara pencemaran yang sering berlaku di Kuala Kangsar ialah

seperti pencemaran udara yang terjadi disebabkan oleh pelepasan asap daripada

kenderaan bermotor ke udara.Selain itu, pencemaran tanih pula berlaku disebabkan oleh

sampah-sarap yang dibuang di merata-rata tempat. Kesan daripada pembuangan sampah

yang tidak teratur menyebabkan sampah mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan

dan mencacatkan permandangan sekeliling.

Masalah yang ketiga yang sering berlaku di Kuala Kangsar ialah masalah sosial,

dimana kebanyakan remaja-remaja yang beragama Islam suka melakukan perbuatan

vandalisme , seperti menconteng dinding tandas awam dan merosakkan telefon awam .

19

Page 18: Folio Geografi 2009 petempatan dan perkembangan di Kuala Kangsar dibanding di negara Jepun

Selain itu, remaja juga suka melakukan perkara yang meruntuhkan akhlak seperti

mencuri, lumba haram dan mengambil dadah. Hal seperti ini juga akan menyusahkan

penduduk-penduduk di bandar Kuala Kangsar.

Pencemaran udara Masalah sosial

Kesesakan lalulintas

Di Yokohama, Jepun, masalah yang sering berlaku disana ialah kesesakan

lalulintas di bandar dengan kehadiran orang ramai yang bekerja atau ada urusan lain.

Jalanraya kurang sibuk kerana kebanyakan orang di Jepun menggunakan keretapi dan

20

Page 19: Folio Geografi 2009 petempatan dan perkembangan di Kuala Kangsar dibanding di negara Jepun

bas. Keretapi dan bas adalah cara pengangkutan utama dan ia akan tiba tepat pada masa

yang dijadualkan.

Masalah yang kedua yang sering berlaku di Jepun ialah masalah sosial, dimana

orang-orang bekerja tidak pulang ke rumah sebelum jam sembilan malam. Sesiapa yang

pulang awal dianggap tidak rajin bekerja dan jiran-jiran akan membuat tanggapan

sedemikian, dengan itu mereka yang bekerja tidak akan pulang awal untuk

mengelakkan tanggapan malas bekerja oleh jiran-jiran mereka. Mereka akan pergi ke pub

atau tempat-tempat hiburan untuk mengisi masa tersebut.

Kesesakan lalulintas di Yokohama

Kita seharusnya peka kapada masalah dan isu yang dihadapi di persekitaran kita.

Kita juga mestilah mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan dan tidak

melakukan sesuatu perkara yang menyalahi undang-undang sewenang-wenangnya.Bagi

mengelakkan berlakunya keadaan-keadaan di atas, sebagai penduduk Kuala Kangsar, kita

hendaklah saling bantu-membantu dan bekerjasama antara satu sama lain untuk menjaga

al;am sekitar kita agar tidak tercemar dan sebagainya.Kita seharusnya bersyukur dengan

21

Page 20: Folio Geografi 2009 petempatan dan perkembangan di Kuala Kangsar dibanding di negara Jepun

segala kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan dan berusaha untuk menjaga dan

mengekalkannya.

Langkah mengurangkan masalah petempatan

Langkah bagi mengurangkan masalah lalu lintas yang berlaku di Kuala

Kangsar adalah dengan melebarkan jalan raya. Biasanya, kawasan ini akan menjadi

tumpuan orang oleh kerana fungsinya sebagai pusat pentadbiran. Keadaan kesesakan

lalulintas pada kawasan ini berlaku terutamanya pada waktu kemuncak sehingga

menjadikan lalulintas yang tidak sistematik. Ramai pembawa kenderaan cuba memotong

dan tidak mengikut laluan yang disediakan. Oleh itu, pelebaran jalanraya perlu dilakukan

untuk mengatasi masalah ini.

Langkah-langkah bagi mengurangkan masalah pencemaran ialah

menguatkuasakan undang-undang ,mengitar semula, menyediakan tapak pelupusan.

Contohnya, usaha menanam pokok-pokok juga dapat mengurangkan pencemaran. Pokok-

pokok ini telah di tanam di sepanjang jalan raya. Selain daripada mengurangkan

pencemaran,ia juga boleh mencantikkan kawasan. Di samping itu,, kerajaan juga telah

menguatkuasakan undang-undang dengan lebih ketat lagi untuk mengatasi masalah

pembakaran terbuka yang berlaku. Penyediaan tong sampah kitar semula juga telah

22

Page 21: Folio Geografi 2009 petempatan dan perkembangan di Kuala Kangsar dibanding di negara Jepun

dipertingkatkan oleh Majlis Pembandaran. Pembukaan tapak pelupusan sampah juga

telah dibuat oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ini.

Masalah ketiga yang sering terjadi di kawasan ini adalah masalah sosial, iaitu

remaja suka melakukan perbuatan vandalisme, mencuri dan mengambil dadah. Oleh itu,

kerajaan telah mewujudkan langkah-langkah memartabatkan semula seluruh institusi

keagamaan Islam (mahkamah atau perundangan, pendidikan masjid, zakat dan badan-

badan dakwah dan NGO’s yang lain) supaya peranan dan fungsi institusi-institusi yang

berkaitan dapat di manifestasikan dengan lebih berkesan. Selain itu, kerajaan telah

mengadakan kempen (melalui media yang pelbagai) kesedaran tentang darjah, akibat dan

punca-punca (ekonomi dan sosio-budaya) masalah sosial yang berlaku di negara kita.

Manakala di Jepun pula, bagi mengurangkan masalah seperti kesesakan di bandar

dengan kehadiran orang ramai untuk bekerja atau urusan lain adalah dengan kerajaan

menyelerakkan tempat bekerja ke kawasan perumahan di bandar-bandar di sekitar

Yokohama yang kurang dibangunkan komplek pejabat.

Bagi mengurangkan masalah pekerja yang pulang lewat kerana takut dianggap

malas bekerja, kerajaan telah menjalankan lebih aktiviti bersama keluarga supaya mereka

yang bekerja tidak tertekan dengan situasi pekerjaan mereka. Ini akan mengurangkan

kecenderungan mereka mengisi masa sebelum pulang ke rumah dari minum di pub atau

berjudi di tempat-tempat perjudian yang sekian banyak di Jepun.

Saya amat bersyukur kerana pihak kerajaan Malaysia telah berusaha mengambil

langkah-langkah untuk mengatasi masalah-masalah ini dari semasa ke semasa.Namun

23

Page 22: Folio Geografi 2009 petempatan dan perkembangan di Kuala Kangsar dibanding di negara Jepun

begitu, para penduduk juga perlu bekerjasama dengan kerajaan supaya program-program

dan langkah yang dilancarkan berhasil disamping saling bantu-membantu serta

melahirkan rasa bertanggungjawab untuk menjaga kawasan masing-masing.

Peta Minda

24

Page 23: Folio Geografi 2009 petempatan dan perkembangan di Kuala Kangsar dibanding di negara Jepun

Peta Aliran

Pencemaran Masalah sosial

Kesesakan

lalulintas

Masalah Petempatan di Kuala Kangsar

dan di Yokohama

25

Page 24: Folio Geografi 2009 petempatan dan perkembangan di Kuala Kangsar dibanding di negara Jepun

RUMUSAN

Kajian ini telah memberi peluang kepada saya untuk mengenalpasti jenis, pola

dan fungsi petempatan di sesuatu kawasan kajian. Selain dari itu, saya dapat

26

Page 25: Folio Geografi 2009 petempatan dan perkembangan di Kuala Kangsar dibanding di negara Jepun

mengenalpasti faktor yang mempengaruhi petempatan di kawasan kajian serta membuat

perbandingan dengan petempatan lain di negara luar.

Adalah dicadangkan kajian seperti ini dijadikan sebagai satu kaedah

pembelajaran di peringkat sekolah rendah lagi supaya para pelajar lebih peka tentang

keadaan semasa dan hal ehwal kawasan petempatan mereka. Dengan mengetahui

masalah yang ada di kawasan petempatan, perkara ini dapat dibincangkan dengan

ibubapa dan orang setempat supaya sama-sama membincangkan cadangan bagi

menyelesaikan masalah tersebut.

Kajian ini membuat saya berasa bangga menjadi rakyat Malaysia di mana

nilai-nilai kekeluargaan masih dititik beratkan. Berbanding dengan di Jepun, nilai hidup

mereka menitikberatkan rajin bekerja sehingga mendatangkan tanggapan yang kurang

elok dari jiran tetangga apabila pulang awal dari bekerja.

Selain itu, kita sepatutnya bersyukur kerana dikurniakan oleh Allah Negara yang

aman dan merdeka dengan pelbagai kemudahan yang disediakan termasuk jaringan

sistem yang baik.

LAMPIRAN

27

Page 26: Folio Geografi 2009 petempatan dan perkembangan di Kuala Kangsar dibanding di negara Jepun

RUJUKAN

1. Buku teks

28

Page 27: Folio Geografi 2009 petempatan dan perkembangan di Kuala Kangsar dibanding di negara Jepun

Buku teks Geografi Tingkaran 2

Pengarang : Abdul Aziz Bin Abdul Rahman

Lim Jin Choon

Ratnam Karuppiah Servai

Percetakan : Rina Sdn. Bhd 2003

2. Buku Rujukan

Focus Ace PMR Geografi

Pengarang : Kang Chai Yoeng

Chong Hui Ling

Chong Yoon Choi

Darmindar Singh

3. Internet

http://maps.google.com/

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kuala Kangsar

http://ms.wikipedia.org/wiki/Yokohama

29