panduan penyelenggaraan komputer · pdf filecarian jika terdapat versi baru definisi virus...

2
Untuk memastikan PC anda sentiasa dilindungi dari ancaman virus seperti Trojan dan Worm, anda perlu sentiasa kemaskini perisian anti- virus anda sama ada secara manual atau automatik. Kami cadangkan perisian Symantec Endpoint Protection (SEP) yang boleh dimuatturun dari laman http://khidmat.ukm.my. Pastikan PC anda disambungkan ke talian internet. 1. Klik kanan pada simbol SEP. 2. Pilih Open Symantec Endpoint Protection. SECARA MANUAL Seperti paparan di atas, klik pada LiveUpdate. Perisian ini akan membuat carian jika terdapat versi baru definisi virus serta Trojan dan secara tidak langsung mencegahnya. SECARA AUTOMATIK Pada paparan utama, klik Change Settings dan pilih butang Configure Settings seperti ditunjukkan dibawah. Apabila keluar paparan seperti dibawah, pilih tab Scheduled Updates. Tanda- kan tik pada Enable Automatic Updates jika belum bertanda. Di sini anda boleh memilih untuk kemaskini secara automatik mengikut frekuensi yang anda tetap- kan seperti setiap hari dan pada waktu tertentu. Untuk sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, sila hubungi bahagian kami di talian berikut : 03-8921 6195 atau e-mail : [email protected] Brosur ini boleh dimuatturun dari laman web http://khidmat.ukm.my PANDUAN PENYELENGGARAAN KOMPUTER PERIBADI BAHAGIAN KHIDMAT SOKONGAN PENGGUNA PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT http://www.ukm.my/bksp Pusat Teknologi Maklumat UKM Peneraju & Perintis Teknologi Maklumat Kemaskini Perisian Anti Virus

Upload: lyminh

Post on 05-Feb-2018

264 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: PANDUAN PENYELENGGARAAN KOMPUTER  · PDF filecarian jika terdapat versi baru definisi virus serta Trojan dan secara tidak langsung mencegahnya. ... KOMPUTER PERIBADI BAHAGIAN

Untuk memastikan PC anda sentiasa dilindungi dari ancaman virus seperti Trojan dan Worm, anda perlu sentiasa kemaskini perisian anti-virus anda sama ada secara manual atau automatik. Kami cadangkan perisian Symantec Endpoint Protection (SEP) yang boleh dimuatturun dari laman http://khidmat.ukm.my. Pastikan PC anda disambungkan ke talian internet.

1. Klik kanan pada simbol SEP.

2. Pilih Open Symantec Endpoint Protection.

SECARA MANUAL

Seperti paparan di atas, klik pada LiveUpdate. Perisian ini akan membuat

carian jika terdapat versi baru definisi virus serta Trojan dan secara tidak

langsung mencegahnya.

SECARA AUTOMATIK

Pada paparan utama, klik Change Settings dan pilih butang Configure Settings

seperti ditunjukkan dibawah.

Apabila keluar paparan seperti dibawah, pilih tab Scheduled Updates. Tanda-

kan tik pada Enable Automatic Updates jika belum bertanda. Di sini anda boleh

memilih untuk kemaskini secara automatik mengikut frekuensi yang anda tetap-

kan seperti setiap hari dan pada waktu tertentu.

Untuk sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, sila hubungi bahagian kami

di talian berikut : 03-8921 6195 atau e-mail : [email protected]

Brosur ini boleh dimuatturun dari laman web http://khidmat.ukm.my

PANDUAN PENYELENGGARAAN

KOMPUTER PERIBADI

BAHAGIAN KHIDMAT SOKONGAN PENGGUNA PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT

http://www.ukm.my/bksp

Pu

sat Teknolo

gi M

aklu

ma

t U

KM

Pene

raju

& P

eri

ntis T

ekn

olo

gi M

akl

umat

Kemaskini Perisian Anti Virus

Page 2: PANDUAN PENYELENGGARAAN KOMPUTER  · PDF filecarian jika terdapat versi baru definisi virus serta Trojan dan secara tidak langsung mencegahnya. ... KOMPUTER PERIBADI BAHAGIAN

Disk Cleanup berfungsi mencari dan membuang ‘fail sementara’ Windows, buang cache Internet Explorer, Firefox, Opera dan banyak aplikasi lain yang tidak diperlukan untuk mengosongkan ruang cakera keras dan secara tidak langsung meningkatkan kelajuan PC.

1. Klik ikon My Computer di desktop atau di butang Start Menu. 2. Klik kanan drive C dan pilih Properties 3. Pada tab di atas pilih tab General dan tekan butang Disk

Cleanup.

Disk Cleanup akan mengimbas mana-mana fail yang tidak diperlukan dalam

Drive C dan akan menyenaraikan semua fail-fail sementara sama ada dari

internet atau dari installasi perisian untuk anda pilih dan buang.

Tandakan tik dalam kotak kiri semua fail yang disenaraikan dan klik OK.

Penjagaan Harian / Mingguan Penjagaan Bulanan

Dengan menggunakan Disk Defragmenter, ia boleh meningkatkan kepanta-san cakera keras mencapai data-data yang perlu diproses.

1. Klik ikon My Computer di Desktop atau di butang Start Menu 2. Klik kanan drive C dan pilih Properties. 3. Pada tab di atas pilih tab Tools dan tekan butang Disk Defragmenter.

Klik butang Analyze Disk. Apabila selesai analisis, rumusan fragmentasi drive

akan dipaparkan. Jika dalam kotak status menyatakan jumlah peratus fail

fragmen melebihi 15 peratus, anda perlu defrag cakera keras anda.

Tunggu sehingga proses defragmentasi selesai. Proses akan mengambil masa

bergantung pada jumlah saiz cakera keras dan peratus fail yang perlu defrag-

ment.