Untuk memastikan PC anda sentiasa dilindungi dari ancaman virus seperti Trojan dan Worm, anda perlu sentiasa kemaskini perisian anti-virus anda sama ada secara manual atau automatik. Kami cadangkan perisian Symantec Endpoint Protection (SEP) yang boleh dimuatturun dari laman http://khidmat.ukm.my. Pastikan PC anda disambungkan ke talian internet.
1. Klik kanan pada simbol SEP.
2. Pilih Open Symantec Endpoint Protection.
SECARA MANUAL
Seperti paparan di atas, klik pada LiveUpdate. Perisian ini akan membuat
carian jika terdapat versi baru definisi virus serta Trojan dan secara tidak
langsung mencegahnya.
SECARA AUTOMATIK
Pada paparan utama, klik Change Settings dan pilih butang Configure Settings
seperti ditunjukkan dibawah.
Apabila keluar paparan seperti dibawah, pilih tab Scheduled Updates. Tanda-
kan tik pada Enable Automatic Updates jika belum bertanda. Di sini anda boleh
memilih untuk kemaskini secara automatik mengikut frekuensi yang anda tetap-
kan seperti setiap hari dan pada waktu tertentu.
Untuk sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, sila hubungi bahagian kami
di talian berikut : 03-8921 6195 atau e-mail : [email protected]
Brosur ini boleh dimuatturun dari laman web http://khidmat.ukm.my
PANDUAN PENYELENGGARAAN
KOMPUTER PERIBADI
BAHAGIAN KHIDMAT SOKONGAN PENGGUNA PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT
http://www.ukm.my/bksp
Pu
sat Teknolo
gi M
aklu
ma
t U
KM
Pene
raju
& P
eri
ntis T
ekn
olo
gi M
akl
umat
Kemaskini Perisian Anti Virus
Disk Cleanup berfungsi mencari dan membuang ‘fail sementara’ Windows, buang cache Internet Explorer, Firefox, Opera dan banyak aplikasi lain yang tidak diperlukan untuk mengosongkan ruang cakera keras dan secara tidak langsung meningkatkan kelajuan PC.
1. Klik ikon My Computer di desktop atau di butang Start Menu. 2. Klik kanan drive C dan pilih Properties 3. Pada tab di atas pilih tab General dan tekan butang Disk
Cleanup.
Disk Cleanup akan mengimbas mana-mana fail yang tidak diperlukan dalam
Drive C dan akan menyenaraikan semua fail-fail sementara sama ada dari
internet atau dari installasi perisian untuk anda pilih dan buang.
Tandakan tik dalam kotak kiri semua fail yang disenaraikan dan klik OK.
Penjagaan Harian / Mingguan Penjagaan Bulanan
Dengan menggunakan Disk Defragmenter, ia boleh meningkatkan kepanta-san cakera keras mencapai data-data yang perlu diproses.
1. Klik ikon My Computer di Desktop atau di butang Start Menu 2. Klik kanan drive C dan pilih Properties. 3. Pada tab di atas pilih tab Tools dan tekan butang Disk Defragmenter.
Klik butang Analyze Disk. Apabila selesai analisis, rumusan fragmentasi drive
akan dipaparkan. Jika dalam kotak status menyatakan jumlah peratus fail
fragmen melebihi 15 peratus, anda perlu defrag cakera keras anda.
Tunggu sehingga proses defragmentasi selesai. Proses akan mengambil masa
bergantung pada jumlah saiz cakera keras dan peratus fail yang perlu defrag-
ment.