panduan penyediaan rancangan perniagaan / kertas … perniagaan juga dikenali sebagai kertas kerja,...

Download PANDUAN PENYEDIAAN RANCANGAN PERNIAGAAN / KERTAS … Perniagaan juga dikenali sebagai Kertas kerja, kertas Projek atau Prospektus. Apakah Kepentingan Penyediaan Rancangan Perniagaan?

If you can't read please download the document

Upload: lynhi

Post on 12-Feb-2018

237 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

PANDUAN PENYEDIAAN RANCANGAN PERNIAGAAN / KERTAS KERJA | rancanganperniagaan2u

Home

Software Rancangan Perniagaan

Jus Cendawan Mekah

Jus Cendawan Mekah

Saturday, October 22, 2011

PANDUAN PENYEDIAAN RANCANGAN PERNIAGAAN / KERTAS KERJA

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

Labels:Panduan Kertas Kerja,Software RP

PANDUAN PENYEDIAAN RANCANGAN PERNIAGAAN /

KERTAS KERJA

Bantuan buat kertas kerjaKLIK SINI!

PENGENALAN

Apa itu Rancangan Perniagaan

Rancangan perniagaan adalah merupakan dokumen bertulis yang memberikan keterangan berkenaan perniagaan atau projek yang hendak dijalankan secara menyeluruh dan terperinci.

Rancangan Perniagaan juga dikenali sebagaiKertas kerja,kertas ProjekatauProspektus.

Apakah Kepentingan Penyediaan Rancangan Perniagaan?

1.Memberi peluang kepada usahawan/penternak melihat dan menilai idea atau projek perniagaan dengan teliti, dan terperinci.

2.Memberi gambaran sama ada projek yang dirancang dan dicadangkan berdaya maju atau tidak.

3.Membantu usahawan/penternak menganggarkan keperluan sumber-sumber dan mengagihkan sumber-sumber perniagaan yang ada dengan sistematik dan lebih jelas.

4.Meyakinkan pihak-pihak lain (contoh bank) bahawa projek yang hendak dijalankan berdaya maju dan sesuai untuk pelaburan atau pembiayaan.

5.Memberi maklumat kepada bakal usahawan/penternak tentang masalah yang mungkin akan timbul semasa melaksanakan projek perniagaan terbabit.

Siapa yang Memerlukan Rancangan Perniagaan?

1.Usahawan/Penternak

-Untuk membantu usahawan memahami projek sendiri dengan lebih mendalam.

-Untuk dijadikan garis panduan dalam menguruskan perniagaan.

-Untuk tujuan pelaburan, skim khas atau pelaburan rakan kongsi.

2.Institusi Kewangan/pelabur

- Untuk menjustifikasikan permohonan bagi pembiayaan projek melalui pinjaman,

skim khas atau pelaburan rakan kongsi.

3.Pembekal

-Untuk meyakinkan pihak pembekal terhadap kemantapan perancangan

pernaigaan kearah mendapatkan bekalan barangan atau bahan secara kredit.

4.Kakitangan

-Untuk memberi pendedahan kepada kakitangan tertentu terutamanya

pengurus-pengurus terhadap matlamat dan tujuan pernaigaan serta peranan

mereka.

5.Pengeluar tender/kontrak (pelanggan)

- Untuk meyakinkan pihak-pihak yang mengeluarkan tender atau sebutharga

bahawa perniagaannya mampu mengisi keperluan kontrak kerja dengan baik

dan berterusan

Format Persembahan Dokumen Rancangan Perniagaan

1.Muka surat hadapan Rancangan Perniagaan

-Nama perniagaan/projek

-Tujuan rancangan perniagaan

-Nama syarikat, alamat dan lain-lain

-Nama orang yang menyediakan dan Tarikh siap Rancangan Perniagaan

2.Muka surat kandungan perlu menyenaraikan bahagian-bahagian utama dalam rancangan Perniagaan dan senarai lampiran serta bilangan muka surat yang berkaitan

3.Surat dan Sijil berkaitan (yang boleh menyokong projek)

Isi kandungan Sesebuah Rancangan Perniagaan

1. Pengenalan & Ribgkasan Eksekutif

2.Tujuan Rancangan Perniagaan/kertas kerja

3.Latarbelakang perniagaan

4.Latarbelakang ahli kongsi

5.Kedudukan Projek

6.Objektif Projek

7.Rancangan Pentadbiran

8.Rancangan Operasi

9.Rancangan Pemasaran

10.Rancangan Kewangan

11.Penutup

12.Lampiran (Dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan)

Kandungan Rancangan Perniagaan/Kertas Kerja

Bahagian 1 -Pengenalan

Bahagian pertama pengenalan perlu memberi gambaran umum berkaitan bidang perniagaan yang akan diceburi.

Bahagian kedua pengenalan adalah ringkasan eksekutif, perlu memberikan gambaran ringkas dan spesifik berkenaan syarikat yang ditubuhkan. Sebagai panduan, bahagian pengenalan ini perlu memberikan maklumat-maklumat berikut:-

i.Nama Syarikat

ii.Jenis perniagaan yang diceburi

iii.Nama dan lokasi/alamat perniagaan

iv.Status dan saiz projek

v.Produk

vi.Peluang, pentadbiran, pemasaran dan perancangan

vii.Anggaran kos projek.

Bahagian 2 -Tujuan Rancangan Perniagaan/Kertas Kerja

Bahagian ini perlu menyatakan dengan spesifik tujuan Rancangan Perniagaan disediakan, contohnya;

i.Memohon pembiayaan kewangan dari pihak institusi kewangan atau yang berkaitan.

ii.Merancang perlaksanaan projek.

iii.Dijadikan garis panduan menguruskan perniagaan

iv.Memohon menyewa tanah swasta atau kerajaan.

v.Lain-lain.

Bahagian 3 -Latarbelakang Perniagaan

Bahagian ini membentangkan maklumat-maklumat asas berkenaan perniagaan yang dicadangkan seperti:

i.Alamat

Alamat perniagaan mungkin berbeza daripada alamat surat menyurat. Jika ianya bebeza nyatakan kedua-dua alamat ini. Jika tidak berbeza nyatakan satu alamat sahaja.

ii.Bentuk perniagaan

Boleh membuat pilihan diantara Perniagaan Perkongsian atau Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.). Bentuk perniagaan Perseorangan boleh juga digunakan.

iii.Tarikh dan Nombor Pendaftaran.

Ini hanya sesuai untuk perniagaan yang sedang dijalankan. Perniagaan yang sedang dirancangkan mungkin belum ada butir-butir ini atau masih dalam proses pendaftaran.

iv.Modal Permulaan

Ini merupakan jumlah modal sendiri yang dibawa masuk ke dalam perniagaan berkenaan. Untuk perniagaan Sendirian Berhad (Sdn.Bhd.), perlu menyatakan modal dibenarkan dan modal dibayar perniagaan.

v.Bank

Nyatakan Bank pilihan dimana akaun perniagaan akan dibuka. Kebiasaanya bank berkenaan berkaitan dengan permohonan pembiayaan pinjaman.

Bahagian 4 Latar Belakang Rakan Kongsi / Pemegang saham

i.Nama penuh

ii.No. kad pengenalan

iii.Tarikh lahir

iv.Umur

v.Alamat Tetap

vi.No telefon

vii.Taraf perkahwinan

viii.Kelulusan akedemik

ix.Kursus yang pernah dihadiri

x.Kemahiran

xi.Pengalaman

xii.Pekerjaan sekarang

xiii.Perniagaan yang pernah diceburi.

Bahagian 5 Kedudukan Projek

Lakaran/plan menunjukkan kedudukan atau tapak sebenar projek.

Bahagian 6 Objektif Projek

Membincangkan objektif projek secara terperinci. Boleh dibahagikan kepada objektif jangka pendek dan objektif jangka panjang perniagaan.

Bahagian 7 -Rancangan Pentadbiran

i.Pentadbiran

ii.Carta Organisasi

iii.Senarai jawatan dan bilangan Pekerja

iv.Spesifikasi Tugas

v.Jadual Imbuhan Balas jasa/ gaji

vi.Senarai Keperluan Pejabat

vii.Perbelanjaan Pentadbiran

a.Perbelanjaan aset

b.Perbelanjaan bulanan

c.Lain-lain perbelanjaan

Bahagian 8 -Rancangan Operasi

1.Carta aliran Proses

Nyatakan langkah-langkah utama dalam proses pengeluaran produk penyediaan perkhidmatan berkenaan.

Proses ini dipersembahkan dalam carta proses kerja.

2.Unit pengeluaran / jam operasi

Nyatakan hasil operasi dalam unit produk pengeluaran mengikut kesesuaian projek. Anggaran ini berlandaskan ramalan jualan yang telah dinyatakan dalam Rancangan Pemasaran.

3.Keperluan bahan

Senaraikan bahan mentah atau stok barang yang diperluakan nyatakan belian dibuat dalam bentuk kredit atau tunai dan pembekalnya.

4.Tenaga Kerja

Senaraikan keperluan tenaga kerja untuk bahagian operasi. Nyatakan status pekerja berkenaan.

5.Mesin dan peralatan

Senaraikan mesin dan peralatan yang diperlukan serta harga belian selaras dengan keperluan pengeluaran atau operasi. Nyatakan sumber pembekal mesin.

6.Susun atur Ruang Operasi

Nyatakan faktor-faktor utama yang diambil kira dalam merancang susun atur ruang operasi sesuai dengan keperluan operasi perniagaan serta pelan grafik ruang operasi tersebut.

7.Lokasi

Nyatakan kedudukan bangunan dan nyatakan kos bangunan sama ada disewa atau beli.

8.Overhead operasi

Ini termasuk kemudahan bekalan air dan letrik, gas dan lain-lain yang perlu sebagai penggerak proses operasi.

9.Perbelanjaan Operasi

Rumuskan segala perbelanjaan yang dianggarkan dalam bahagian ini mengikut kategori perbelanjaan harta, perbelanjaan bulanan dan lain-lain perbelanjaan.

Bahagian 9 -Rancangan Pemasaran

1.Barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan

Nyatakan dengan jelas bentuk barangan/perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan. Kaitkan penawaran ini dengan keperluan atau kehendak pengguna yang ingin diberikan kepuasan

2.Sasaran Pasaran

Nyatakan profail pelanggan di sekitar kawasan pasaran yang dipilih. Kenalpasti kewujudan kumpulan pelanggan yang berbeza atau segmen-segmen pasaran dikawasan berkenaan.

3.Saiz Pasaran

Langkah ini adalah untuk meramal jualan perniagaan. Nyatakan saiz pasaran dalam bentuk unit jualan atau RM atau kedua-duanya sekali.

4.Pesaing-pesaing utama

Kenalpasti dan pilih pesaiang-pesaing utama. Lebih baik jika pesaing dikenalpasti mengikut nama perniagaan mereka.

5.Kekuatan dan kelemahan pesaing

Untuk semua pesaing nyatakan kekuatan dan kelemahan masing-masing.

6.Syer pasaran

Dari maklumat-maklumat yang didapati nyatakan pembahgian pasaran atau syer pasaran untuk perniagaan yang dicadangkan.

7.Ramalan Jualan

Sediakan pelunuran jualan bulanan untuk tahun pertama perniagan. Nyatakan anggaran /ramalan jualan tahunan untuk tahun-tahun berikutnya.

8.Strategi Pemasaran

i.Strategi Barangan

Reka bentuk barangan atau penjelasan pekej

Corak pembungkusan dan jenama berkaitan.

ii.Strategi Promosi

Bentuk Promosi yang dicadangkan

iii.Strategi harga

Harga seunit yang dicadangkan.

iv.Strategi edaran

Corak pengedaran yang dicadangkan.

Kenderaan atau kakitangan pemasaran.

Bahagian 10 -Rancangan Kewangan

Rancangan Kewangan merangkumi bahagian berikut:

1.Kos pelaksanaan Projek dan sumber pembiayaan projek

2.Penyata-penyata kewangan:

i.Aliran wang tunai

ii.Penyata pendapatan

iii. Kunci kira-kira

iv.Jadual pembayaran hutang jangka panjang.

v.Kos pelaksanaan Projek

vi.Pelaburan aset tetap:

Termasuk semua aset yang dibeli dengan tunai atau kredit. Nyatakan harga aset-aset ini. Termasuk juga kos ubah suai.

vii.Modal Pusingan:

Merangkumi perbelanjaan pentadbiran, pemasaran dan operasi

viii. Lain-lain perbelanjaan:

Seperti deposit sewaan dan utiliti serta belanja permulaan ( bayaran pendaftaran perniagaan, lesen dn sebagainya)

3.Sumber Pembiayaan Projek (SPP)

i.Modal sendiri yang merangkumi modal rakan kongsi dalam bentuk tunai atau aset. Nyatakan nilai aset jika sumbangan adalah aset.

ii.Pinjaman bank merangkumi sebarang pinjaman berpenggal.

iii.Sewa beli merangkumi pembiayaan aset tetap perniagaan. (mesin operasi peralatan dan kenderaan)

4.Prestasi penyata Aliran Wang Tunai

Penyata Alir wang Tunai perlu disediakan untuk 12 bulan bagi tahun pertama perniagaan. Untuk tahun seterusnya nyatakan secara tahunan sahaja.

5.Prestasi Penyata Pendapatan

Prestasi penyata pendapatan untuk tahunan selaras dengan penyata aliran wang tunai.

6.Prestasi Kunci kira-kira

Penyata ini juga selaras dengan prestasi penyata pendapatan.

7.Analisis Daya Maju Kewangan

Dari jadual Aliran Tunai Analisis daya maju kewangan diolah.

Diantara petunjuk-petunjuk daya maju kewangan yang kerap digunakan ialah:

i.Nilai kini bersih

ii.Kadar Pulangan dalaman

iii.Nisbah faedah kos

iv.Tempoh pulang modal

Nilai kini bersih

Nilai kini bersih ialah aliran tunai yang didiskaunkan dengan satu kadar faedah untuk setiap tahun dan jumlah nilai kini tersebut dicampurkan untuk menentukan nilai kini bersih. Jika nilai kini bersih adalah bersamaan dengan sifar atau positif maka sesuatu projek itu adalah berdaya maju.

Kadar Pulangan Dalaman

Kadar pulangan dalaman adalah kadar diskaun (%) yang tertinggi yang membawa Nilai Kini Bersih bersamaan dengan sifar (0). Ini merupakan kadar tertinggi yang sanggup dibayar oleh pelabur.

Nisbah Faedah Kos

Ia merupakan petunjuk keuntungan sesuatu projek. NFK adalah dikira dengan membahagikan nilai kini jumlah pendapatan dengan nilai kini jumlah kos.

Tempoh Pulang Modal

Merupakan tempoh bayar balik modal yang dibiayai pada tahun permulaan projek.

Untuk menentukan daya maju projek ia bergantung dengan industri tersebut. Jika secara relatifnya tempoh adalah cepat maka pelabur mendapat semula wang pembiayaan dengan lebih cepat .

Contoh-Contoh Jadual

Contoh Jadual jawatan dan bilangan pekerja.

Bil

Jawatan

Bil pekerja

1

Pengurus

1

2

Kerani kewangan

2

3

Pekerja Ladang

4

Contoh jadual Spesifikasi Tugas

Jawatan

Tanggungjawab

Pengurus

Menyelia operasi ladang.Koordinasi tugas tanggungjawab pekerja.

Kerani Kewangan

1.Pembayaran gaji pekerja

2.Merekod wang masuk dan keluar.

Contoh: jadual Gaji dan Caruman Pekerja Pentadbiran

Jawatan

Bil. Pekerja

Gaji Bulanan

KWSP

PERKESO

JUMLAH

Pengurus

1

3500.00

350.00

150.00

3900.00

Kerani

2

750.00

75.00

50.00

875.00

Keperluan Pejabat

Contoh: Senarai perabut dan peralatan pejabat

JENIS

BILANGAN

Jumlah RM

1.Perabut Pejabat

1 set

1000.00

2. Komputer

2 unit

5000.00

Perbelanjaan Pentadbiran

Butir

Perbelanjaan Harta

(RM)

Perbelanjaan

(bulanan) RM

Lain-lain Perbelanjaan (RM)

1. Perabut Pejabat

1000.00

2. Komputer

5000.00

3.Gaji dan caruman

4775.00

4. Pendaftaran dan kertas kerja

2500.00

Jadual Ramalan Jualan Tahun Pertama

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

Jumlah

Ramalan

Jualan

Jadual Perbelanjaan Pemasaran

Butir

Perbelanjaan harta (RM)

Perbelanjaan Bulanan (RM)

Lain-lain Perbelanjaan (RM)

1.Kenderaaan (van)

40000.00

2. Promosi

100.00

3. Insuran dan cukai jalan

500.00

Jadual Keperluan Bahan Mentah

Jenis Bahan

Kuantiti Digunakan

Stok simpanan

Harga seunit

Jumlah belian

1. Jagung

100 kg

100 kg

0.40

80.00

2. soya

Jadual Gaji dan Caruman Pekerja Operasi

Jawatan

Bil. Pekerja

Gaji Bulanan

KWSP

PERKESO

JUMLAH

Penyelia

2

3000.00

300.00

150.00

3450.00

Pekerja

4

2400.00

240.00

100.00

2740.00

Jadual mesin dan peralatan

Jenis

Harga

Bilangan

Jumlah Harga

1. Chopper

5000.00

1

5000.00

2. Otomatik drinker

12000.00

1

12000.00

Perbelanjaan Operasi- Jadual Perbelanjaan Operasi

Butir

Perbelanjaan Harta (RM)

Perbelanjaan

(bulanan) RM

Lain-lain Perbelanjaan (RM)

1. Chopper

5000.00

2.otomatik drinker

12000.00

3.Gaji dan caruman

6190.00

4.

Contoh Kos Perlaksanaan Projek

1.Perbelanjaan harta

- (Pelaburan Aset Tetap ) ----------------------

2.Perbelanjaan Bulanan

- (modal pusingan) ----------------------

3.Lain-lain perbelanjaan ----------------------

4.Belanja Luar Jangka ----------------------

Jumlah Kos Projek ----------------------

Sumber Pembiayaan Projek

Modal sendiri ----------------------

Pinjaman ---------------------

Sewa beli----------------------

Lain-lain (termasuk geran kerajaan) ----------------------

Jumlah sumber Pembiayaan ----------------------

Contoh : Prestasi Penyata pendapatan SyarikatABC

Pada tahun 2002, 2003,2004,2005 (berakhir pada Disember tiap tahun)

2002

2003

2004

2005

Hasil

Jualan

100,000

100,000

100,000

100,000

- kos Barang dijual

70,000

70,000

70,000

70,000

Untung kasar

30,000

30,000

30,000

30,000

- Belanja-belanja

Pentadbiran

5,000

5,000

5,000

5,000

Pemasaran

3,000

3,000

3,000

3,000

Kewangan

1,000

1,000

1,000

1,000

Jumlah Belanja

9,000

9,000

9,000

9,000

Untung Bersih

21,000

21,000

21,000

21,000

Contoh Prestasi Kunci kira-kira

Sediakan satu prestasi kunci kira-kira. Ianya perlu untuk semua perniagaan

Pada setiap tahun yang berakhir pada :

Tahun

2002

2003

2004

2005

Aset Tetap

Kenderaan

50,000

45,000

40,000

35,000

-susut nilai

5,000

5,000

5,000

5,000

Jumlah

45,000

40,000

35,000

30,000

Perlalatan

50000

45,000

40,000

35,000

-susut nilai

5,000

5,000

5,000

5,000

Jumlah

45,000

40,000

35,000

30,000

Aset Semasa

Tunai

15,000

20,000

25,000

30,000

Si berhutang

10,000

10,000

10,000

10,000

Stok bahan mentah

5,000

5,000

5,000

5,000

Stok akhir

10,000

10,000

10,000

10,000

Jumlah

40,000

40,000

40,000

40,000

JUMLAH ASET

130,000

130,000

130,000

130,000

Ekuiti

Modal sendiri

10,000

10,000

10,000

10,000

Untung Bersih

21,000

21,000

21,000

21,000

Jumlah

Liabiliti

Baki Pinjaman

90,000

90,000

90,000

90,000

Pemiutang

9,000

9,000

9,000

9,000

Jumlah

JUMLAH EKUITI dan LIABILITI

130,000

130,000

130,000

130,000

Bahagian 11 Penutup / Kesimpulan

Kesimpulan keseluruhan terhadap perniagaan yang ingin anda jalankan.

Harus menunjukkan keyakinan kita terhadap projek yang hendak dijalankan.

Bahagian 12 -Lampiran (Dokumen-dokumen sokongan)

Contohnya:-

1.Surat sebutharga

2.Sijil kursus

3.Surat sokongan pihak tertentu

4.Surat dapat tender

5.Sijil pendaftaran syarikat

6.Salinan permit/lesen

7.Surat-surat kepujian

8.Bukti modal sendiri

9.Salinan surat Cagaran

10. Salinan geran tanah (sekiranya berkaitan)

Bantuan buat kertas kerjaKLIK SINI!

Newer Post

Older Post

Home

Popular Posts

PANDUAN PENYEDIAAN RANCANGAN PERNIAGAAN / KERTAS KERJA

PANDUAN PENYEDIAAN RANCANGAN PERNIAGAAN / KERTAS KERJA Bantuan buat kertas kerja KLIK SINI! PENGENALAN Apa itu Ranc...

Cara dan Syarat Mendaftarkan Perniagaan / Syarikat - Pendaftaran Perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia

Cara dan Syarat Mendaftarkan Perniagaan / Syarikat - Pendaftaran Perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia SSM PENGENALAN ...

Pinjaman Perniagaan TEKUN NASIONAL ( Syarat pinjaman perniagaan )

Pembiayaan TEKUN Konsep Pembiayaan TEKUN Pembiayaan TEKUN adalah pembiayaan secara mudah. Jumlah Pembiayaan Jumlah pembiayaan adalah ...

PENYATA PENDAPATAN / PENYATA UNTUNG RUGI (INCOME STATEMENT)

PENYATA PENDAPATAN / PENYATA UNTUNG RUGI (INCOME STATEMENT) Selain dari Kunci Kira-kira, maklumat berkaitan dengan prestasi perniagaan jug...

Apakah Penyata Kewangan/Aliran Tunai Pendapatan/Cashflow

Apakah Penyata Kewangan/Aliran Tunai Pendapatan/Cashflow Penyata Kewangan Sebagai Petunjuk Prestasi Penyata Kewangan merupakan satu struktur...

Senarai Kementerian dan Agensi Berkaitan Perniagaan/Usahawan/Bantuan Kewangan

Senarai Kementerian dan Agensi Berkaitan Perniagaan/Usahawan/Bantuan Kewangan NO MINISTRIES Links 1 Kementerian Perdagangan...

PENGURUSAN KEWANGAN SYARIKAT

Pengurusan Kewangan Syarikat Definasi Pengurusan -Merancang -Mengatur / Menyusun / Menyelaras -Mengarah / Melaksana -Melapor / Menga...

CONTOH RANCANGAN PERNIAGAAN DAN FORMAT RANCANGAN PERNIAGAAN

Dapatkan contoh Rancangan Perniagaan dan Format Rancangan Perniagaan untuk proposal pinjaman perniagaan anda di http://softwareperniag...

Pembiayaan Mikro Maybank Untuk Golongan Bekerja Sendiri dan Perusahaan Mikro

Skim Pembiayaan Islamik Mikro (Maybank Islamic Micro) Objektif Skim pembiayaan yang mengenakan kadar keuntungan pada kadar berpatuta...

Skim Pembiayaan Ikhtiar AIM

Bantuan Kewangan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM): Skim Pembiayaan Ikhtiar AIM Objektif Bagi mengurangkan kadar kemiskinan di Malaysia me...

Format dan Contoh Bisnes Plan

Tweet Share

Widgets

Total Pageviews

TOPIK

Aliran Tunai / Cashflow(4)

Bantuan Kewangan(29)

Bisnes Guide(15)

Bisnes Online(3)

Branding(1)

Contoh Rancangan Perniagaan(3)

Dana Pinjaman PKS(3)

Event(1)

Facebook(1)

Francais Malaysia(7)

Info Bisnes(4)

Info Pinjaman Perniagaan(28)

Magic(1)

Marketing/Pemasaran(1)

Motivasi Bisnes(3)

Panduan Kertas Kerja(5)

Peluang Perniagaan(1)

Pembiayaan Mikro / Microcredit(3)

Pendaftaran Bisnes(1)

Penyata Kewangan(3)

Penyata Untung Rugi(3)

Pinjaman MARA(4)

Pinjaman SME(8)

Pinjaman TEKUN(4)

PKS / SME(5)

PUNB / PROSPER(4)

Rangkaian Sosial(2)

Skim Permulaan Entrepreneur Baru Bumiputera SUPERB(1)

Software RP(2)

SSM(1)

Twitter(1)

Venture Capital(2)

PERCUMA

Ebook

Klik Untuk Ebook Percuma

Blog Archive

2017

(1)

January

(1)

2016

(1)

October

(1)

2014

(4)

November

(1)

August

(1)

May

(1)

March

(1)

2013

(7)

October

(2)

June

(1)

April

(2)

March

(2)

2012

(39)

October

(2)

September

(4)

August

(1)

May

(3)

April

(5)

March

(17)

February

(7)

2011

(11)

November

(3)

October

(7)Info Pinjaman Perniagaan MARAContoh dan Format Rancangan PerniagaanPANDUAN PENYEDIAAN RANCANGAN PERNIAGAAN / KERTAS K...Tekun tawar pinjaman kepada semua kelas kontraktor...Skim Jaminan Usahawan KecilPUNB cadang salur biaya RM230jPUNB sedia dana RM173.8j untuk peniaga Bumiputera

January

(1)

2010

(18)

December

(15)

November

(2)

May

(1)

Follow Us On Facebook

Google+ Followers

Twitter Follower

Follow @mybizplan

2010-2017@>MyBizCore