panduan penilisan pasca_upsi 27 mac 2004
TRANSCRIPT
-
8/14/2019 Panduan Penilisan PASCA_UPSI 27 Mac 2004
1/34
-
8/14/2019 Panduan Penilisan PASCA_UPSI 27 Mac 2004
2/34
2
i. Satu CD ( cakera padat) bersama satu naskah berjilid keras
disimpan di perpustakaan universiti.
ii. Satu CD (cakera padat) bersama satu naskah berjili d keras
disimpan di PPS.
iii. Satu naskah berjilid keras diserahkan kepada Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
iv. Satu naskah berjilid keras diserahkan kepada penyelia
2.3 Hak milik universiti
Semua Disertasi menjadi hak milik kekal Universiti Pendidikan Sultan Idris, iaituhak cipta bentuk asal dipunyai oleh universiti, bukan oleh penulis Disertasi.
3. FORMAT LAPORAN
3.1 Kertas
Kertas putih saiz A4 (210 x 297 sm) yang sekurang-kurangnya 80 gsm.
3.2 Penaipan
Disertasi mestilah ditaip dengan menggunakan komputer. Calon menggunakan
pencetak berkualiti.
3.2.1 Huruf
Calon mesti menggunakan font Times New Roman dengan saiz 12 poin.
-
8/14/2019 Panduan Penilisan PASCA_UPSI 27 Mac 2004
3/34
-
8/14/2019 Panduan Penilisan PASCA_UPSI 27 Mac 2004
4/34
-
8/14/2019 Panduan Penilisan PASCA_UPSI 27 Mac 2004
5/34
-
8/14/2019 Panduan Penilisan PASCA_UPSI 27 Mac 2004
6/34
6
3.8 Pecahan kecil
Pihak Universiti Pendidkan Sultan Idris tidak menetapkan keperluan tertentu tentang
susunan teks. Namun, susunan yang dipilih perlu konsisten pada keseluruhan Disertasi.
3.9 Nota kaki
Terdapat banyak perbezaan tentang kandungan dan kedudukan nota-nota di dalam
penerbitan sains, kemanusian dan sains sosial. Calon hendaklah meminta nasihat penyelia
masing-masing.
Dalam bidang sains, catatan nota kaki jarang digunakan. Saiz huruf yang
digunakan bagi nota dan catatan kaki mestilah menggunakan saiz huruf 8 poin.
3.10 Jadual
3.10.1 Penomboran jadual
Setiap jadual mestilah mengandungi satu nombor rujukan (nombor arab) dan
keterangan. Nombor jadual mestilah sekata dengan nombor bab jadual.
Jadual perlu dinomborkan secara berturutan. Misalnya, jadual dalam Bab
3 diberi nombor Jadual 3.1, Jadual 3.2, Jadual 3.3 dan seterusnya.
3.10.2 Kedudukan jadual
Jadual mestilah dimuatkan betul-betul di tengah muka surat mengufuk dalam birai
yang ditetapkan. Perkataan Jadual, nombor dan keterangannya dicetak pada
sebelah atas jadual tersebut. Jika jadual bersambungan pada muka surat
-
8/14/2019 Panduan Penilisan PASCA_UPSI 27 Mac 2004
7/34
-
8/14/2019 Panduan Penilisan PASCA_UPSI 27 Mac 2004
8/34
8
3.11.1 Kedudukan rajah
Perkataan rajah, nombor rajah (nombor arab) dan keterangannya diletakkan di
bawah rajah tersebut. Jika rajah itu bersambung ke muka surat berikutnya,
peraturan menulisnya sama seperti jadual, penomboran rajah juga berurutan.
3.11.2 Gambar foto
Gambar foto yang lebih kecil daripada muka surat perlu diletakkan dengan kemas.
3.7 Cetakan
Cetakan hanya pada sebelah muka surat. Semasa menjilid, muka surat bercetak
hendaklah diletakkan di sebelah kanan.
4. PENJILIDAN
4.1 Naskah untuk pemeriksaan
Empat salinan Disertasi terakhir (yang dijilidkan dengan kulit lembut) mestilah
diserahkan kepada Pusat Pengajian Siswazah bersama borang penyerahan Disertasi yang
dilengkapkan.
Selepas pemeriksaan, Disertasi ini dikembalikan kepada calon. Calon dikehendaki
membuat semua pembetulan berdasarkan komen pemeriksa dan diperakui oleh penyelia
sebelum menjilid Disertasi dengan kulit keras.
-
8/14/2019 Panduan Penilisan PASCA_UPSI 27 Mac 2004
9/34
9
4.2 Naskah terakhir untuk universiti
Empat (4) naskah yang dijilid dengan kulit keras bersama dua (2) salinan CD (cakera
padat) dalam format PDF hendaklah diserahkan semula pada tarikh yang ditetapkan.
4.3 Warna kulit
Warna kulit untuk Disertasi Kedoktoran berwarna hitam dan untuk Ijazah Sarjana
berwarna merah hati.
4.4 Keterangan pada kulit
4.4.1 Muka hadapan
Maklumat hendaklah ditaip dengan HURUF BESAR berwarna emas yang
bersaiz 18 poin Time New Roman atau Arial.
Tajuk Disertasi disusun dalam bentuk piramid terbalik 6.0 sm dari birai
atas
Nama penulis mestilah lengkap seperti dalam kad pengenalan atau pasport
antarabangsa, pada kedudukan tengah jidar.
Nama universiti dan tahun ditulis dalam 2 baris dengan jarak 6.0 sm dari
jidar bawah. (Rujuk lampiran F ms. 26)
4.4.2 Tulang belakang
Maklumat hendaklah ditaip dengan HURUF BESAR berwarna emas berukuran
18 poin mengikut susunan seperti berikut :
-
8/14/2019 Panduan Penilisan PASCA_UPSI 27 Mac 2004
10/34
10
Nama penulis : 3.0 sm dari birai atas
Ijazah : Ph.D atau M.Ed
UPSI : Singkatan nama universiti 3.0 sm dari jidar bawah
Tahun penyerahan Disertasi.
(Lihat Lampiran G ms 27 untuk laporan yang tebal atau Lampiran H ms 28 untuk
laporan yang tipis.)
5. SUSUNAN KANDUNGAN
Setiap Disertasi mengandungi tiga bahagian; permulaan, teks dan rujukan. Setiap
bahagian mempunyai beberapa seksyen yang mesti disusun atur menurut peraturantertentu.
Susunan dan kandungan Disertasi perlu mengikut tertib seperti berikut:
Halaman Judul
Pengakuan
Penghargaan
Abstrak dalam Bahasa Melayu
Abstrak dalam Bahasa Inggeris
Kandungan
Senarai jadual
Senarai rajah
Senarai singkatan / simbol / tatanama / istilah
Teks
Rujukan
Lampiran (jika ada)
-
8/14/2019 Panduan Penilisan PASCA_UPSI 27 Mac 2004
11/34
11
5.1 Halaman judul
Halaman ini perlu mengandungi maklumat berikut:
i. Judul Disertasi
(dalam bentuk piramid terbalik 6.0sm dari jidar atas)
(Rujuk Lampiran I ms.29 )
ii. Nama penuh penulis
(seperti dalam kad pengenalan/ pasport antarabangsa)
iii. Disertasi yang dikemukakan, contohnya
DISERTASI YANG DIKEMUKAKAN INI UNTUK MEMENUHI SYARAT
MEMPEROLEHI IJAZAH Ph.D (BIDANG).
atau
DISERTASI YANG DIKEMUKAKAN INI UNTUK MEMENUHI
SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEHI IJAZAH
SARJANA PENDIDIKAN (BIDANG)
IV. Nama fakulti
v. Nama universiti
(UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS)
vi. Tahun Disertasi itu diserahkan untuk pemeriksaan
5.2 Pengakuan / Declaration
Pengakuan dimulakan pada muka surat baharu selepas muka surat judul ditaip di tengah-
tengah muka surat tersebut. Calon dikehendaki menulis dan menandatangani pengakuan
-
8/14/2019 Panduan Penilisan PASCA_UPSI 27 Mac 2004
12/34
12
tersebut. (contoh : lampiran J ms.30) Pengakuan boleh dalam Bahasa Inggeris bagi
Desertasi yang yang dikemukakan dalam bahasa berkenaan. (Rujuk lampiran K ms. 31.)
5.3 Penghargaan
Bahagian ini tidak diwajibkan. Walau bagaimanapun, kebanyakan Disertasi merakamkan
penghargaan terhadap bantuan yang diberikan oleh orang perseorangan atau pertubuhan
dalam penyelidikan Disertasi calon.
5.4 Abstrak dalam Bahasa Melayu dan terjemahan
Abstrak yang ditulis dalam Bahasa Melayu dan terjemahannya dalam Bahasa Inggerismestilah disediakan pada muka surat baharu selepas penghargaan.
Abstrak berupa ringkasan Disertasi yang memberi pendedahan tentang masalah
yang diselidiki, objektif dan matlamat kajian, kaedah dan dapatan penyelidikan dalam
konteks kajian yang dijalankan. Panjang setiap versi tidak melebihi 200 perkataan dan
tidak melebihi satu muka surat.
5.5 Kandungan
Kandungan perlu dimulakan pada muka surat baharu. Ia mengandungi senarai
kandungan yang terdapat dalam Disertasi, iaitu Bab, tajuk dan sub tajuk yang bekenaan.
Tajuk-tajuk dan sub-sub tajuk berkenaan hendaklah selaras seperti yang terdapat dalam
teks. (contoh: lampiran L ms. 32)
Bab hendaklah ditulis dengan huruf besar tebal.
5.6 Senarai jadual
Senarai jadual hendaklah dimulakan dengan muka surat baharu. Senarai ini mengandungi
tajuk jadual yang disertakan dalam penulisan dan tajuk mestilah seperti tajuk yang
terdapat pada jadual berkenaan. (Contoh : lampiran M ms.33)
-
8/14/2019 Panduan Penilisan PASCA_UPSI 27 Mac 2004
13/34
13
5.7 Senarai rajah
Senarai rajah hendaklah dimulakan pada muka surat baharu. Ia mestilah mengandungi
senarai tajuk gambarajah, gambarfoto, peta, graf dan sebagainya yang terdapat dalam
penulisan
(contoh: Lampiran N ms. 34)
5.8 Senarai singkatan / simbol / tatanama / istilah
Senarai ini hendaklah ditulis pada muka surat baharu selepas senarai rajah.
5.9 Teks
Teks mengandungi beberapa bahagian contohnya, seperti berikut:
BAB 1 : Pendahuluan BAB 1 : Pendahuluan
BAB 2 : Tinjauan Literatur BAB 2 : Tinjauan Literatur
BAB 3 : Metodologi atau BAB 3 : Metodologi
BAB 4 : Dapatan kajian BAB 4 : Dapatan dan
Perbincangan
BAB5: Perbincangan dan
Kesimpulan.
BAB5: Kesimpulan dan
Cadangan
-
8/14/2019 Panduan Penilisan PASCA_UPSI 27 Mac 2004
14/34
14
5.9.1 Rujukan
Sebarang Disertasi yang menggunakan karya lain sebagai rujukan, mestilah
mengandungi bibliografi yang menunjukkan sumbernya. Jika rujukan terhadap
bahan berkenaan dibuat tetapi tidak dibuat pengakuan khasnya dalam teks, karya
tersebut perlu diisenaraikan berasingan sebagai satu lampiran kepada rujukan dan
diberikan tajuk kecil RUJUKAN AM.
Seksyen ini bermula dengan muka surat baharu dengan judul RUJUKAN
ditaip dengan huruf besar dan diletakkan di tengah-tengah muka surat tanpa tanda
bacaan 5.0 sm dari jidar atas. Setiap rujukan ditaip dengan satu langkau antara
satu sama lain dan satu jarak dalam rujukan yang sama. Satu rujukan yangmengambil lebih daripada satu baris hendaklah diberi ensotan (indent) sebanyak
tujuh ruang.
5.10 Lampiran
Disertasi tidak semestinya mengandungi lampiran. Sekiranya perlu, bolehlah dimasukkan
data kajian, jadual, contoh soal selidik, carta alir, dan sebagainya ke dalam teks, atau
yang tidak diperlukan secara langsung bagi menjelaskan perkara yang dibincangkan
dalam teks. Lampiran boleh disusun sebagai LAMPIRAN A, LAMPIRAN B dan
seterusnya.
6.0 CARA MENULIS RUJUKAN
6.1. Format
Rujukan perlu dimulakan di muka surat baharu. Ia perlu ditulis menggunakan font
Times New Roman saiz 12 point. Ia juga perlu disusun secara urutan abjad
berasaskan abjad pertama nama penulis, perlu ditaip tanpa langkauan (single
spacing) dan santak kiri kanan.
-
8/14/2019 Panduan Penilisan PASCA_UPSI 27 Mac 2004
15/34
-
8/14/2019 Panduan Penilisan PASCA_UPSI 27 Mac 2004
16/34
16
Tan Beng Suan (2001). Penilaian berasaskan sekolah. Kuala Lumpur:
Fajar Bakti.
Murugesan Kaliappan (2002). Kaedah penyelidikan. Kota Bharu:
Budiman.
6.2.2 Dua penulis:
Bogdan, R. & Taylor, S. (1976). Introduction to qualitative research
methods. New York : Wiley.
Sendainya sesuatu rujukan yang ditulis melebihi satu baris, maka baris
kedua dan seterusnya perlu diensot sebanyak tujuh ruang.
6.2.3 Tiga hingga enam penulis:
Davis, A., Gardner, B. & Williams, A. (1941). Deep south. Chicago:
Chicago University Press.
6.2.4 Lebih enam penulis:
Tulis nama enam penulis mengikut cara di atas diikuti oleh et al.
Dave, B., Goldin, K., Everett, A., Day, C., Clinton, R., Blair, A., et al.
(2001). ThePresidency . London : Venus
6.2.5 Buku yang diedit:
Acker, S. (Ed.). (1989). Teachers, gender and careers. London : Falmer.
-
8/14/2019 Panduan Penilisan PASCA_UPSI 27 Mac 2004
17/34
17
6.2.6 Buku yang diterjemah:
Kenny, R. (1989). Perkembangan Kognitif (Zuraidah Ismail, Terjemah).
Kuala Lumpur: Universiti Putra Malaysia. (Karya asli diterbitkan
1985)
(Rujukan di atas bermaksud karya asli diterbitkan pada tahun 1985 dan
ditulis oleh Kenny. Buku tersebut diterjemah oleh Zuraidah Ismail, diberi
judul Perkembangan Kognitif , dan diterbitkan pada tahun 1989 oleh
Universiti Putra Malaysia.)
6.2.7 Buku keluaran institusi/organisasi :
Kementerian Pendidikan Malaysia (2000). Sukatan Pelajaran Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah Matematik Tambahan. Kuala
Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.
6.2.8 Buku yang ditulis oleh orang yang sama dalam tahun yang berbeza :
Znaniecki, F. (1934). Methods of sociology. New York : Rinehart.
Znaniecki, F. (1944). Reinventing sociology. New York : Rinehart.
(Perhatian : Disusun ikut tahun)
6.2.9 Buku yang ditulis oleh orang yang sama dalam tahun yang sama :
Znaniecki, F. (1934a). Invitation to sociology. New York : Rinehart.
-
8/14/2019 Panduan Penilisan PASCA_UPSI 27 Mac 2004
18/34
18
Znaniecki, F. (1934b). Methods of sociology. New York : Rinehart.
(Perhatian : Disusun ikut abjad mengikut tajuk buku)
6.2.10 Artikel/Bab yang ditulis seseorang dalam buku yang diedit oleh orang
lain:
Erickson, F. (1986). Qualitative methods in research on teaching. Dalam
M. Wittrock(Ed.) Handbook of research on teaching (3 rd ed., m.s.
304-345). New York: Macmillan.
(Rujukan di atas bermaksud artikel/bab yang ditulis oleh Erickson terdapatdalam buku yang diedit oleh Wittrock edisi ketiga pada muka surat 304-
345)
6.3 Artikel dalam jurnal:
Everhart, R. (1975). Problems of doing fieldwork in educational
evaluation. Human Organization, 34 (2) , 205-215.
(Rujukan di atas bermaksud artikel yang ditulis oleh Everhart terdapat dalam
jurnal Human Organization Jilid 34 Nombor 2 pada muka surat 205-215.
Perhatikan, sungguhpun jilid 34 dicondongkan, nombor 2 tidak dicondongkan).
Jika jurnal menyatakan jilid sahaja (iaitu tidak bernombor), maka
Scriven, R. (1975). The politics of educational evaluation. Evaluation, 12, 101-
113.
-
8/14/2019 Panduan Penilisan PASCA_UPSI 27 Mac 2004
19/34
-
8/14/2019 Panduan Penilisan PASCA_UPSI 27 Mac 2004
20/34
20
6.7. Artikel daripada majalah bulanan:
Zaidi Mohamad (2001, Jun). Kecemerlangan Akademik. Dunia Pendidikan, 17-
20.
6.8 Artikel daripada majalah mingguan:
Ramesh Krishnan (2002, Ogos 4). A healthy dose of laughter. Newsweek, 100 ,
74-76.
6.9 Tesis/Disertasi:
Zuraihan Kassim (2001). Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah bagi mata pelajaran matematik : Satu kajian kes. Tesis PhD
yang tidak diterbitkan, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
6.10 Prosiding Persidangan:
Shukri Zain (2002). Penyebatian nilai dalam pendidikan di Malaysia. Dalam
Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan Maktab Perguruan Perlis
(m.s.72-89). Kangar : Maktab Perguruan Perlis
-
8/14/2019 Panduan Penilisan PASCA_UPSI 27 Mac 2004
21/34
21
LAMPIRAN A
Contoh Menulis Teks
5.0 sm
BAB 1
4.0 sm
PENDAHULUAN
4.0 sm
2.5 sm3.8 sm 1.1 Pengenalan (1 enter)
Pendidikan ialah satu proses yang boleh menyesuaikan
individu dengan kehidupan social, undang-undang, keper-cayaan dan situasi kemasyarakatan daripada satu generasikepada generasi yang berikutnya (Mouly 1968).
Dalam beberapa kajian yang telah dilakukan oleh 1.25 sm..
.. (3 kali enter)
Subtajuk baharu
1.2 Pendidikan
2.5 sm
-
8/14/2019 Panduan Penilisan PASCA_UPSI 27 Mac 2004
22/34
22
LAMPIRAN B
Birai bagi teks
3.0sm
1.1 Kajian rintis.
Draf pertama senarai semak (Lampiran A ms.23) dikemukakan oleh
penyelidik dan kajian rintis telah dijalankan di beberapa buah sekolah
sekitar Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan untuk menguji kemampuan
instrument tersebut mengutip data yang dikehendaki. Selepasa beberapapemerhatian dilakukan dan pemurnian dilakukan sehinggalah terhasilnya
senarai semak yang sesuai dan memenuhi keperluan penyelidikan di
kemukakan (Lampiran B ms.24)
1.2 Kesahan dan kebolehpercayaan.
Kesahan dilakukan dengan meminta beberapa orang guru biologi
berpengalaman dan pensyarah universiti untuk membaca dan memberi
komen. Senarai semak yang dibina juga telah disemak dari segi
bahasanya oleh pakar bahasa di sebuah universiti tempatan.
Ujian kebolehpercayaan juga dilakukan terhadap senarai semak
selepas kajian rintis dijalankan dengan menggunakan program SPSS.
Nilai alpha bagi senarai senarai semak yang terbaru atau yang dipakai
dalam kajian (Lampiran B ms.24) adalah alpha 0.6 dan senarai semak
yang sebelumnya (Lampiran A ms.23) adalah alpha 0.5.
3.8sm
2.5sm
2.5 sm
-
8/14/2019 Panduan Penilisan PASCA_UPSI 27 Mac 2004
23/34
23
LAMPIRAN C
Kedudukan nombor muka surat
1.5 sm
37Nombor 2.5 sm Muka surat
-
8/14/2019 Panduan Penilisan PASCA_UPSI 27 Mac 2004
24/34
24
LAMPIRAN D
Kedudukan jadual
jidar
Jadual 4.3
Penggunaan istilah dalam kelas
Item Peratus
1. Takat beku
2. takart didih
3. konduktor
4. fotosintesis
81 5
655
77 %
52 %
-
8/14/2019 Panduan Penilisan PASCA_UPSI 27 Mac 2004
25/34
25
LAMPIRAN E
Kedudukan jadual sambungan
Jadual 4.3 (Sambungan).
Item Peratus
5. pengklorinan
6. keterlarutan
7. pelarut organik
8.
9.
81 5
655
77 %
-
8/14/2019 Panduan Penilisan PASCA_UPSI 27 Mac 2004
26/34
26
LAMPIRAN F
Contoh keterangan pada kulit hadapan
birai
6.0sm
KAEDAH PENGAJARAN BERPUSATKAN MAKMAL DALAM TOPIKSISTEM PENCERNAAN MANUSIA, TINGKATAN 4
SEKOLAH MENENGAH DANG ANUM,MELAKA
SITI NOR BAYA BINTI ABDULLAH
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
2003
6.0 sm
-
8/14/2019 Panduan Penilisan PASCA_UPSI 27 Mac 2004
27/34
-
8/14/2019 Panduan Penilisan PASCA_UPSI 27 Mac 2004
28/34
28
LAMPIRAN H
Contoh keterangan pada tulang belakang
(bagi Disertasi yang kurang 25 sm tebal)
NOOR AQILAH BT NOORAZMAN
SARJANA PENDIDIKAN(SAINS BIOLOGI) UPSI 2002
3.0sm
3.0sm
-
8/14/2019 Panduan Penilisan PASCA_UPSI 27 Mac 2004
29/34
29
LAMPIRAN I
Contoh halaman judul
jidar
6.0 sm
KAEDAH PENGAJARAN BERPUSATKAN MAKMAL DALAM TOPIK SISTEMPENCERNAAN MANUSIA, TINGKATAN 4, SEKOLAH
MENENGAH DANG ANUM, MELAKA.
4.0 sm
SITI NORBAYA BINTI ABDULLAH
4.0 sm
DISERTASI DIKEMUKAKAN BAGIMEMENUHI SYARAT UNTUK MEMPEROLEHI
IJAZAH SARJANA PEDIDIKAN
FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGIUNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
2003
4.0 sm
-
8/14/2019 Panduan Penilisan PASCA_UPSI 27 Mac 2004
30/34
30
LAMPIRAN J
Contoh halaman pengakuan
5 sm
PENGAKUAN ( 2 kali enter)
Saya mengaku disertasi ini adalah hasil kerja saya sendiri kecualinukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya
Tandatangan15.11.1999 SITI NORBAYA BT ABDULLAH
19980201486
nombor pendaftaran
-
8/14/2019 Panduan Penilisan PASCA_UPSI 27 Mac 2004
31/34
31
LAMPIRAN K
Contoh halaman pengakuan bahasa inggeris
5 sm
DECLARATION ( 2 kali enter)
I hereby declare that the work in this dissertation is my own except forquotations and summaries which have been duly acknowledged.
Date SignatureNameRegistration no.
-
8/14/2019 Panduan Penilisan PASCA_UPSI 27 Mac 2004
32/34
32
LAMPIRAN L
Contoh kandungan
KANDUNGAN
Muka surat
PENGAKUAN ii
PENGHARGAAN iii
ABSTRAK iv
ABSTRACT v
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Kaedah Pengajaran yang digunakan. 1
1.2 .
1.2.1 .
BAB 2 TINJAUAN LITERATUR ..
RUJUKAN 98
-
8/14/2019 Panduan Penilisan PASCA_UPSI 27 Mac 2004
33/34
33
LAMPIRAN M
Contoh senarai jadual
SENARAI JADUAL
Jadual muka surat
2.1 Julat pencapaian subdimensi menganalisis 13
4.3 Kategori eksperimen yang dijalankan 59
4.5 Penggunaan istilah di dalam kelas 63
-
8/14/2019 Panduan Penilisan PASCA_UPSI 27 Mac 2004
34/34
34
LAMPIRAN N
Contoh senarai rajah
SENARAI RAJAH
Rajah muka surat
3.1 Carta pai peratus pencapaian PMR 10
5.3 Graf peratus pencapaian 45
5.5 Peta Konsep Piawai : Mekanisme Pengangkutan Bahan Merentasi 55
Membran Plasma.