panduan pengurusan koleksi buku baharu perpustakaan

22
Panduan Pengurusan Koleksi Buku Baharu & Perkhidmatan Pandu Lalu Perpustakaan Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM 2015

Upload: duongcong

Post on 30-Jan-2017

377 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Panduan Pengurusan Koleksi Buku Baharu Perpustakaan

PanduanPengurusan Koleksi Buku Baharu & Perkhidmatan Pandu Lalu Perpustakaan

Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM 2015

Page 2: Panduan Pengurusan Koleksi Buku Baharu Perpustakaan

Panduan

Pengurusan Koleksi Buku Baharu &

Perkhidmatan Pandu Lalu

Perpustakaan

Shamsudin Ibrahim, Wan A’sah Wan Abdul Aziz

Rohalia Mohd Rohani, Nor Hamsiah Ahmad Hosaini

Mariatul Qibtiah Isa, Nor Asiah Mohamad, Anis Rohaiza Rosli

PERPUSTAKAAN TUN SERI LANANG

UKM BANGI

2015

Page 3: Panduan Pengurusan Koleksi Buku Baharu Perpustakaan

©Hakcipta Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM

Diterbitkan oleh

Perpustakaan Tun Seri Lanang

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 UKM Bangi

Tel: 03-8921 5031

Faks: 03-8925 6067

Emel: [email protected]

http://www.ukm.my/ptsl

e-ISBN:

Page 4: Panduan Pengurusan Koleksi Buku Baharu Perpustakaan

KANDUNGAN

Pengenalan 1

Latar Belakang 1

Tujuan 2

Definisi 2

Skop 4

Kaedah Pelaksanaan 5

Perkhidmatan Pandu Lalu@PTSL 9

Carta Alir

Pameran Buku Baharu

Perkhidmatan Pandu Lalu@PTSL

12

12

Panduan Infostation 13

Panduan Memilih Lokasi 14

Tempoh Pameran 15

Page 5: Panduan Pengurusan Koleksi Buku Baharu Perpustakaan

KATA ALUAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin dan limpah kurniaNya Perpustakaan

UKM dapat menghasilkan Panduan Pengurusan Koleksi Buku Baharu & Perkhidmatan Pandu Lalu

Perpustakaan. Penerbitan panduan ini amat bermanfaat sebagai rujukan kepada perpustakaan yang ingin

menguruskan pameran koleksi buku baharu perpustakaan dengan kaedah yang di luar kelaziman. Di

samping itu, panduan ini juga dapat dijadikan rujukan kepada perpustakaan yang ingin mencipta kelainan

dengan menawarkan perkhidmatan pandu lalu.

Bermula dengan sistem kerja yang dizahirkan dalam bentuk dokumen projek Kumpulan Inovatif dan Kreatif

(KIK), Kumpulan KLIK Perpustakaan UKM mula mengorak langkah dan berpandangan jauh bagi

mewujudkan panduan yang khusus dan praktikal sebagai rujukan. Kumpulan KLIK telah membuktikan

kaedah pengurusan buku baharu dan perkhidmatan pandu lalu berjaya meningkatkan kadar pinjaman.

Melalui projek ini, Kumpulan KLIK telah meraih beberapa kejayaan seperti Johan Konvensyen KIK

peringkat Perpustakaan UKM 2014, Anugerah Emas Konvensyen MPC Wilayah Pantai Timur 2015 dan

finalis Konvensyen KIK Peringkat UKM 2016.

Justeru, panduan ini dihasilkan bukan hanya sebagai perkongsian pengalaman tetapi bertujuan

menggalakkan perpustakaan lain untuk bersama melakukan inovasi dan transformasi dalam perkhidmatan.

Adalah diharapkan, penerbitan panduan ini dapat dimanfaat oleh Perpustakaan UKM dan institusi lain

dalam mengurus koleksi buku baharu dan perkhidmatan pinjaman secara pandu lalu.

Sekian, terima kasih.

Wabillahitaufikwalhidayah, wassalamualikum w.b.t.

HAFSAH MOHD

KETUA PUSTAKAWAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

[email protected]

Page 6: Panduan Pengurusan Koleksi Buku Baharu Perpustakaan

1

PANDUAN PENGURUSAN KOLEKSI BUKU BAHARU DAN PERKHIDMATAN PANDU LALU

PERPUSTAKAAN

1.0 PENGENALAN

Buku panduan ini menerangkan proses berkaitan pengurusan koleksi buku baharu di

Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL). Buku ini dihasilkan oleh Kumpulan Inovatif dan Kreatif

(KIK) KLIK bersempena projek inovasi yang berjaya meningkatkan kadar pinjaman buku baharu di

Perpustakaan.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Pada tahun 2009-2013, Perpustakaan UKM telah membelanjakan sebanyak RM8.72 juta

untuk pembelian 10,050 naskhah buku baharu bagi membangunkan “Koleksi Am-

Perpustakaan Tun Seri Lanang” untuk warga Universiti.

2.2 Semakan terhadap sistem rekod pinjaman mendapati, hanya 51.6% (5,186) naskhah buku

baharu yang dianggarkan bernilai RM4.5 juta tidak pernah dipinjam oleh pelanggan.

2.3 Situasi ini harus diatasi bagi memastikan sumber maklumat yang telah dilaburkan dapat

digunakan oleh pelanggan secara optimum.

Page 7: Panduan Pengurusan Koleksi Buku Baharu Perpustakaan

2

3.0 TUJUAN

Panduan ini disediakan bagi mencapai tujuan berikut:

3.1 Pameran buku baharu

a) Meningkat visibiliti buku baharu seterusnya menggalakkan pelanggan merujuk dan

meminjam bahan

b) Meningkatkan bilangan kunjungan pelanggan ke Perpustakaan

3.2 Perkhidmatan pinjaman secara pandu lalu

Memudahkan proses pengesanan, peminjaman dan penyerahan bahan kepada

pelanggan.

Impak projek adalah untuk meningkatkan peratus buku baharu yang dipinjam oleh pelanggan,

meningkatkan persepsi pelanggan terhadap imej perpustakaan, menjimatkan masa dan

mengatasi masalah pelanggan mencari parkir di perpustakaan

4.0 DEFINISI

i. Buku baharu

Koleksi buku yang dibeli oleh Perpustakaan dalam tempoh lima (5) tahun terkini berdasarkan

tahun penerbitan.

Page 8: Panduan Pengurusan Koleksi Buku Baharu Perpustakaan

3

ii. Pandu lalu (Drive-Thru)

Kaedah perkhidmatan pinjaman dan serahan bahan di platform Pandu Lalu@PTSL.

iii. Pink spot

Pelekat berwarna merah jambu yang digunakan sebagai petunjuk kepada kakitangan /

pelanggan bagi memudahkan proses pemilihan, pengasingan dan penyusunan buku baharu di

lokasi yang ditetapkan.

iv. Sistem Virtua

Sistem Maklumat Bersepadu Perpustakaan yang menguruskan data bibliografik berkaitan

proses perolehan, pengkatalogan, sirkulasi, laporan dan maklumat pelanggan.

v. Transaksi

Data mengenai kekerapan pinjaman / pembaharuan pinjaman buku yang diambil daripada

Sistem Maklumat Bersepadu Perpustakaan (Sistem Virtua)

vi. Transit

Lokasi rak buku baharu selepas setahun di ruang pameran

vii. QR Code

Sistem pengekodan dua dimensi (dimensi menegak dan melintang) bagi menyimpan lebih

banyak maklumat berbanding barkod satu (1) dimensi (Baker 2010). QR Codes boleh

menyimpan teks, nombor, dan alamat web (URL) dan boleh diimbas oleh aplikasi telefon

pintar. QR Code yang ditampal pada kulit buku akan dipautkan ke senarai buku baharu

mengikut subjek yang ada di Perpustakaan.

Page 9: Panduan Pengurusan Koleksi Buku Baharu Perpustakaan

4

5.0 SKOP

5.1 Pengurusan Buku Baharu

Proses kerja pengurusan buku baharu melibatkan proses kerja perolehan, pengkatalogan

dan sirkulasi. Unit yang terlibat ialah Unit Sistem & Teknologi Maklumat (USTM), Unit

Perolehan (UP), Unit Katalog (UK), dan Unit Perkhidmatan Pelanggan (UPP)

5.2 Perkhidmatan Pandu Lalu melibatkan proses pinjaman dan penyerahan buku yang

melibatkan Unit Perkhidmatan Maklumat (UPM) tertakluk kepada:

a) jenis bahan yang boleh dipinjam

b) bahan dapat dikesan di rak

c) mengikut waktu operasi perkhidmatan pandu lalu

Page 10: Panduan Pengurusan Koleksi Buku Baharu Perpustakaan

5

6.0 KAEDAH PELAKSANAAN

6.1 Pameran Buku Baharu

Kaedah yang digunakan untuk melaksanakan pameran buku baru di perpustakaan melibatkan 10

proses kerja iaitu:

Bil. Proses Kerja Tindakan

1 o Mewujudkan lokasi buku baharu dalam Sistem Virtua (sepanjang satu (1)

tahun tempoh pameran) iaitu:

o BUKU BAHARU- P TUN SERI LANANG (ARAS 4)

o BUKU BAHARU [TRANSIT] – P TUN SERI LANANG (ARAS 4)

USTM

2 Tandakan “New Book List” dalam Sistem Virtua (Modul Perolehan) bagi buku

baharu yang dibeli pada tahun berkenaan.

UP

USTM

Memudahkan pelanggan mengenalpasti lokasi koleksi buku baharu

Perpustakaan dan memudahkan kakitangan mengeluarkan

data/laporan koleksi buku baharu

Memudahkan USTM mengeluarkan senarai buku baharu

menggunakan Modul Virtua Infostation.

Panduan seperti di Lampiran 1

Page 11: Panduan Pengurusan Koleksi Buku Baharu Perpustakaan

6

Bil. Proses Kerja Tindakan

3. Memilih lokasi: BUKU BAHARU-P TUN SERI LANANG (ARAS 4) dalam

Sistem Virtua. Panduan seperti di Lampiran 2

UK

4 Menampal pink spot pada bahagian bawah tulang buku.

UK

5 Menyediakan pelekat QR Spot (maklumat tempoh pameran).

USTM

Memudahkan buku dikenalpasti untuk proses penampalan pink

spot.

Memudahkan Unit Perkhidmatan Pelanggan membuat pengasingan

/ penyusunan mengikut tempatnya.

Membantu kakitangan / pelanggan mengenalpasti tempoh masa

buku baharu akan berada di ruang pameran.

Page 12: Panduan Pengurusan Koleksi Buku Baharu Perpustakaan

7

Bil. Proses Kerja Tindakan

6 Menampal QR Spot pada kulit hadapan buku baharu di atas sudut kanan.

Jika menutup judul buku, QR Spot boleh ditampal di bahagian yang

bersesuaian.

UPP

7 Menyusun buku baharu di ruang pameran (Aras 4) - pintu utama

Perpustakaan Tun Seri Lanang.

UPP

Membantu kakitangan / pelanggan mengenalpasti tempoh masa

buku baharu yang berstatus Available (Sistem Virtua) akan

berada di ruang pameran.

Meningkatkan visibiliti buku baharu Perpustakaan.

Panduan Tempoh Pameran seperti di Lampiran 3.

Page 13: Panduan Pengurusan Koleksi Buku Baharu Perpustakaan

8

Bil. Proses Kerja Tindakan

8 Membuat promosi

Iklankan banner promosi buku baharu dan poster pandu lalu di laman web

perpustakaan, digital board UKM dan perpustakaan.

Diwar-warkan melalui Pustakwan Seranta Fakulti / Kolej

Webmaster

Perpustakaan

&

Pustakawan

9 Menukar lokasi BUKU BAHARU-P TUN SERI LANANG (ARAS 4) kepada

BUKU BAHARU [TRANSIT] –P TUN SERI LANANG (ARAS 4) secara

kelompok bagi buku baharu yang paling awal dipamerkan.

USTM /

Pusat

Teknologi

Maklumat

UKM

10 Penjanaan laporan pinjaman melalui Modul Sirkulasi / Modul Laporan dalam

Sistem Virtua.

USTM

Menghebahan perkhidmatan baharu kepada pelanggan.

Memudahkan proses pertukaran lokasi dalam Sistem Virtua.

Pemantauan bilangan pinjaman buku baharu oleh pelanggan.

Page 14: Panduan Pengurusan Koleksi Buku Baharu Perpustakaan

9

6.2 PANDU LALU@PTSL

Pinjaman secara Pandu Lalu@PTSL dilaksanakan dengan kaedah seperti berikut:

Bil Proses Kerja Tindakan

1 Menyediakan borang permohonan menggunakan Google Sheet

UPM

2 Menentukan lokasi pandu lalu

UPM

Memudahkan pelanggan membuat permohonan secara online.

Memudahkan proses penyerahan buku yang dipinjam secara

pandu lalu

Page 15: Panduan Pengurusan Koleksi Buku Baharu Perpustakaan

10

Bil Proses Kerja Tindakan

3 Membuat promosi

Iklankan banner dan poster pandu lalu di laman web perpustakaan, digital

board UKM dan perpustakaan.

Diwar-war-warkan melalui Pustakwan Seranta Fakulti / Kolej.

Webmaster

Perpustakaan

&

Pustakawan

Seranta

Fakulti / Kolej

4 Memproses permohonan pelanggan:

Menyemak permohonan di Google Sheet

Mengesan dan meminjamkan buku baharu

Emel/WhatsApp pemakluman kepada pelanggan

Menyerah buku baharu bersama slip pinjaman mengikut waktu pilihan

pelanggan

Memfailkan borang penyerahan untuk statistik

UPM

Menghebahkan perkhidmatan

terkini kepada pelanggan

Page 16: Panduan Pengurusan Koleksi Buku Baharu Perpustakaan

11

Bil Proses Kerja Tindakan

Melancarkan proses pengesanan, peminjaman, penyerahan buku

dan pengumpulan data pinjaman secara pandu lalu.

Page 17: Panduan Pengurusan Koleksi Buku Baharu Perpustakaan

12

6.3 CARTA ALIR PENGURUSAN PAMERAN BUKU BAHARU

6.4 CARTA ALIR PENGURUSAN PERKHIDMATAN PANDU LALU@PTSL

Mula

Sediakan borang permohonan

Tentukan lokasi

Proses permohonan

Tamat

Penyerahan bahan

Mula

Pilih lokasi

BUKU BAHARU-P TUN SERI LANANG

Tanda “New Book List” dalam sistem virtua (modul perolehan)

Menampal PINK SPOT

Menampal QR SPOT

Meletakkan buku baharu di Meja / Rak

Pameran

Tamat

Page 18: Panduan Pengurusan Koleksi Buku Baharu Perpustakaan

13

LAMPIRAN 1

PANDUAN INFOSTATION

URL: gemilang.ukm.my/infostation.html

Login menggunakan ID &

Password Sistem Virtua

dan pilih report group

cataloging

Pilih report JUMLAH

REKOD BUKU BAHARU

yg telah dikonfigurasi.

Kemudian klik run.

cataloging

Report berjaya dijana

dan dihantar kepada

email dalam bentuk tab

delimited.cataloging

Page 19: Panduan Pengurusan Koleksi Buku Baharu Perpustakaan

14

LAMPIRAN 2

PANDUAN MEMILIH LOKASI (UNIT KATALOG)

Pilih lokasi BUKU

BAHARU P TUN SERI

LANANG (ARAS 4) bagi

buku baharu yang

dikatalog.

Paparan buku baharu

dengan lokasi yang

dipilih..

Page 20: Panduan Pengurusan Koleksi Buku Baharu Perpustakaan

15

LAMPIRAN 3

TEMPOH PAMERAN

Buku baharu disusun di ruang pameran bagi tempoh lima tahun. Dua tahun di ruang pameran dan

tiga tahun di letakkan di ruang transit sebelum dibawa ke rak Koleksi Am.

TAHUN

PAMERAN

LOKASI BUKU/ TAHUN TERBITAN

2012 2013 2014 2015 2016 2017

2014 Ruang

Pameran

Ruang

Pameran

Ruang

Pameran

2015 Ruang

Transit

Ruang

Transit

Ruang

Pameran

Ruang

Pameran

2016 Ruang

Transit

Ruang

Transit

Ruang

Transit

Ruang

Pameran

Ruang

Pameran

2017 Rak Buku

Lama

Ruang

Transit

Ruang

Transit

Ruang

Transit

Ruang

Pameran

Ruang

Pameran

Page 21: Panduan Pengurusan Koleksi Buku Baharu Perpustakaan

16

Page 22: Panduan Pengurusan Koleksi Buku Baharu Perpustakaan

Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM 2015