panduan pengendalian borang skim geran … pengendalian... · sebagai contoh : prgs/1/11/tk ......

19
BAHAGIAN PERANCANGAN KECEMERLANGAN IPT JABATAN PENDIDIKAN TINGGI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA NO.2, ARAS 7, MENARA 2, JALAN P 5/6, PRESINT 5, 62200 WILAYAH PERSEKUTUAN, PUTRAJAYA NO.TEL. : +603 8870 6974/75 NO. FAKS : +603 8870 6867 JABATAN PENDIDIKAN TINGGI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PENGENDALIAN BORANG SKIM GERAN PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN PROTOTAIP (PRGS) UNTUK PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN (RMC) (PINDAAN TAHUN 2015)

Upload: lamkhuong

Post on 28-Mar-2018

243 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: PANDUAN PENGENDALIAN BORANG SKIM GERAN … Pengendalian... · sebagai contoh : PRGS/1/11/TK ... Ruangan ini diisi dengan nama geran bagi projek terdahulu yang akan ... Entrepreneurship

BAHAGIAN PERANCANGAN KECEMERLANGAN IPT JABATAN PENDIDIKAN TINGGI

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA NO.2, ARAS 7, MENARA 2, JALAN P 5/6, PRESINT 5,

62200 WILAYAH PERSEKUTUAN, PUTRAJAYA

NO.TEL. : +603 – 8870 6974/75 NO. FAKS : +603 – 8870 6867

JABATAN PENDIDIKAN TINGGI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PANDUAN PENGENDALIAN BORANG

SKIM GERAN PENYELIDIKAN

PEMBANGUNAN PROTOTAIP (PRGS) UNTUK

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN

(RMC) (PINDAAN TAHUN 2015)

Page 2: PANDUAN PENGENDALIAN BORANG SKIM GERAN … Pengendalian... · sebagai contoh : PRGS/1/11/TK ... Ruangan ini diisi dengan nama geran bagi projek terdahulu yang akan ... Entrepreneurship

2

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN BORANG PERMOHONAN PRGS 1. TUJUAN

Garis panduan adalah bertujuan untuk memberi panduan menyelaras pengendalian borang-borang permohonan Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) di peringkat Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) bagi setiap IPT sebelum dihantar kepada urus setia PRGS, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

2. PANDUAN PENGENDALIAN BORANG PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN

2.1. Borang-borang permohonan PRGS perlu dikendalikan mengikut tatacara berikut:

(i) Borang permohonan diasingkan mengikut Bidang-bidang

penyelidikan. Rujuk kod bidang yang disediakan. (rujuk lampiran A)

(ii) Kemudian, asingkan borang permohonan mengikut kod Kategori penyelidik seperti yang telah ditetapkan (rujuk lampiran A). Terdapat tiga (3) kategori penyelidikan bagi setiap bidang penyelidikan.

(iii) Tuliskan kod rujukan bagi setiap borang permohonan PRGS pada

bahagian kod rujukan di penjuru atas sebelah kanan borang permohonan.

(iv) Pastikan setiap borang tersebut diikat pada penjuru sebelah kiri

borang.

(v) Pastikan borang-borang tersebut dikumpulkan mengikut susunan nombor bilangan untuk bidang dan kategori penyelidik.

(vi) Senaraikan semua permohonan di dalam Borang Ringkasan

Permohonan PRGS M1(RMC) yang disediakan mengikut bidang dan kategori penyelidik (rujuk lampiran C)

(vii) Borang-borang yang lengkap berserta senarai Borang Ringkasan

Permohonan PRGS M1(RMC) perlu dikemukakan kepada pihak urus setia sebelum atau pada tarikh yang telah ditetapkan.

(viii) Penghantaran borang-borang boleh dibuat melalui serahan kaunter atau pos.

(ix) Bagi penghantaran melalui serahan kaunter, seorang wakil pihak

pengurusan Institusi hendaklah hadir semasa penghantaran borang tersebut.

Page 3: PANDUAN PENGENDALIAN BORANG SKIM GERAN … Pengendalian... · sebagai contoh : PRGS/1/11/TK ... Ruangan ini diisi dengan nama geran bagi projek terdahulu yang akan ... Entrepreneurship

3

(x) Pengesahan penghantaran perlu dibuat bersama-sama wakil daripada pihak urus setia bagi mengesahkan bilangan borang yang diterima bersamaan dengan senarai yang dihantar oleh RMC.

(xi) Wakil Institusi perlu menandatangani borang penerimaan dan

diserahkan kepada pihak urus setia setelah urusan pengesahan borang permohonan didapati teratur.

(xii) Bagi penghantaran melalui pos, pengesahan permohonan akan

dikembalikan kepada Institusi yang terlibat.

(xiii) Bagi Institusi di Malaysia Barat digalakkan penghantaran melalui serahan kaunter kepada; URUS SETIA PRGS Bahagian Perancangan Kecemerlangan IPT Jabatan Pendidikan Tinggi Kementerian Pendidikan Malaysia, No.2, Aras 7, Menara 2, Jalan P 5/6, Presint 5, 62200 Wilayah Persekutuan, PUTRAJAYA

(xiv) Borang permohonan tidak akan diproses jika tidak mematuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan.

2.2. Penulisan Kod Rujukan Pada Borang Permohonan PRGS A1 (R).

Pihak Pusat Pengurusan Penyelidikan di Institusi masing-masing perlu menulis kod rujukan pada setiap borang permohonan yang telah diperakukan oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan IPT atau Ketua Jabatan masing-masing. Penulisan kod rujukan bagi tiap-tiap borang permohonan adlah pada bahagian Kod Rujukan di penjuru atas sebelah kanan pada borang permohonan PRGS. Urutan nombor kod rujukan mengikut urutan nombor rujukan seperti berikut:

PRGS/1/11/ Kod Bidang / Kod IPT / Kod Kategori Penyelidik / Nombor Bil.

sebagai contoh : PRGS/1/11/TK/UTEM/01/1

Bidang : Teknologi Kejuruteraan Sub Bidang : Kejuruteraan Awam

IPT : Universiti Teknikal Malaysia Melaka Kategori Penyelidik : Profesor Nombor Bilangan : 1

Page 4: PANDUAN PENGENDALIAN BORANG SKIM GERAN … Pengendalian... · sebagai contoh : PRGS/1/11/TK ... Ruangan ini diisi dengan nama geran bagi projek terdahulu yang akan ... Entrepreneurship

4

Cara penulisannya adalah seperti berikut:

Page 5: PANDUAN PENGENDALIAN BORANG SKIM GERAN … Pengendalian... · sebagai contoh : PRGS/1/11/TK ... Ruangan ini diisi dengan nama geran bagi projek terdahulu yang akan ... Entrepreneurship

5

2.3. Borang Ringkasan Permohonan PRGS - Senarai Keseluruhan Permohonan Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) (Boleh dijana dari sistem atas talian) Borang Ringkasan Permohonan PRGS M1(RMC) untuk permohonan PRGS adalah seperti di LAMPIRAN C dan contoh borang yang telah diisi adalah seperti berikut:

*Borang Format Ringkasan Permohonan PRGS M1(RMC) menggunakan perisian microsoft excel.

Bagi nombor rujukan PRGS/1/12/TK03/UKM/01/3 ditulis:

2.3.1. Cara Pengisian Ruangan Nama IPT / Bidang / Kategori Ruangan yang perlu diisi adalah seperti berikut: (i) Nama IPT iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia ditulis UKM.

Rujuk kod IPT yang disediakan. (rujuk lampiran C) (ii) Nama bidang iaitu Teknologi Kejuruteraan ditulis TK. Rujuk kod

IPT yang disediakan. (rujuk lampiran A)

NAMA IPT : UTeM

BIDANG : TK

KATEGORI : 01

BIL KOD RUJUKAN KETUA

PROJEK No. KP/Pasport SUB BIDANG

TAJUK PROJEK

GERAN DAHULU JUMLAH

KESELURUHAN (RM) NAMA SUMBER

1 PRGS/1/12/TK01/UTEM/01/1 Contoh Profesor

No.KP/Pasport xx Contoh Tajuk

Contoh Nama Geran Dahulu

Contoh Sumber Geran Dahulu

Contoh Peruntukan

2 PRGS/1/12/TK02/UTEM/01/2

Contoh Profesor

No.KP/Pasport

xx Contoh Tajuk

Contoh Nama Geran Dahulu

Contoh Sumber Geran Dahulu

Contoh Peruntukan

3 PRGS/1/12/TK03/UTEM/01/3 Prof. Dr.

Masri Ayob 500610-01-5489

Kejuruteraan Awam

The Use of

Kenaf Fiber as a New Material

in the Concrete

FRGS

MOHE

100,000.00

JUMLAH KESELURUHAN

100,000.00

Page 6: PANDUAN PENGENDALIAN BORANG SKIM GERAN … Pengendalian... · sebagai contoh : PRGS/1/11/TK ... Ruangan ini diisi dengan nama geran bagi projek terdahulu yang akan ... Entrepreneurship

6

(iii) Kod sub bidang iaitu Kejuruteraan Awam ditulis 03. Rujuk Kod Sub Bidang yang disediakan (rujuk lampiran D).

(iv) Nama kategori iaitu Profesor ditulis 01. Rujuk kod IPT yang

disediakan. (rujuk lampiran A)

2.3.2. Cara Pengisian Ruangan Bil. / No. Rujukan / Ketua Projek / No. Kad Pengenalan/No.Passport / Sub Bidang / Tajuk Projek / Nama Geran dahulu / Sumber Geran Dahulu / Jumlah Keseluruhan (RM) Setiap ruangan perlu diisi dengan selengkapnya bagi memudahkan kerja-kerja penyenaraian permohonan projek. Ruangan-ruangan tersebut adalah:

(i) BIL.

Nombor bilangan adalah bermula daripada nombor satu (1) dan seterusnya.

(ii) KOD RUJUKAN

Ruangan ini perlu diisi dengan nombor rujukan setiap projek.

(iii) KETUA PROJEK Bagi ruangan ini, hanya nama penuh ketua penyelidik sahaja yang perlu diisi.

(iv) NO. KAD PENGENALAN / NO. PASSPORT

Ruangan ini diisi dengan No. Kad Pengenalan bagi ketua penyelidik warganegara Malaysia atau No. Passport bagi ketua penyelidik bukan warganegara.

(v) SUB BIDANG

Ruangan ini diisi dengan sub bidang penyelidikan bagi projek yang dipohon.

(vi) TAJUK PROJEK Ruangan ini diisi dengan tajuk cadangan projek yang dipohon.

(vii) NAMA GERAN DAHULU

Ruangan ini diisi dengan nama geran bagi projek terdahulu yang akan

dikembangkan menjadi prototaip.

(viii) SUMBER GERAN DAHULU Ruangan ini diisi dengan sumber geran bagi projek terdahulu yang

akan dikembangkan menjadi prototaip.

Page 7: PANDUAN PENGENDALIAN BORANG SKIM GERAN … Pengendalian... · sebagai contoh : PRGS/1/11/TK ... Ruangan ini diisi dengan nama geran bagi projek terdahulu yang akan ... Entrepreneurship

7

(ix) JUMLAH KESELURUHAN (RM) Jumlah keseluruhan permohonan peruntukan, yang dipohon bagi projek tersebut perlu diisi di dalam ruangan ini.

2.4. Borang Ringkasan Permohonan PRGS – Ringkasan Permohonan

Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) Mengikut Bidang dan Kategori Penyelidikan Contoh borang yang perlu diisi adalah seperti berikut:

RINGKASAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN PROTOTAIP (PRGS) MENGIKUT BIDANG DAN KATEGORI PENYELIDIKAN

BIL NAMA

INSTITUSI BIDANG

KATEGORI

BILANGAN KESELURUHAN

PERUNTUKAN KESELURUHAN

01 PERUNTUKAN 02 PERUNTUKAN

1 UKM SAINS TULEN 1 67000.00 1 86000.00 2 153000.00

SAINS GUNAAN 3 209000.00 2 120000.00 5 329000.00

TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

1 90000.00 1 89000.00 2 179000.00

TEKNOLOGI INFORMASI DAN KOMUNIKASI

1 60000.00 1 50000.00 2 110000.00

SAINS KESIHATAN DAN KLINIKAL

1 80000.00 1 70000.00 2 150000.00

SAINS SOSIAL 1 80000.00 2 55000.00 3 135000.00

SASTERA DAN SASTERA IKHTISAS

1 60000.00 1 50000.00 2 110000.00

SAINS TABII DAN WARISAN NEGARA

1 65000.00 1 53000.00 2 118000.00

JUMLAH KESELURUHAN 10 711000.00 10 573000.00 20 1284000.00

Page 8: PANDUAN PENGENDALIAN BORANG SKIM GERAN … Pengendalian... · sebagai contoh : PRGS/1/11/TK ... Ruangan ini diisi dengan nama geran bagi projek terdahulu yang akan ... Entrepreneurship

8

3. PEKARA-PERKARA YANG MENYEBABKAN PENGHANTARAN BORANG-

BORANG PERMOHONAN DARIPADA RMC DITOLAK

Antara perkara-perkara tersebut ialah: (i) Permohonan yang tidak melalui RMC.

(ii) Permohonan yang tidak membuat saringan di peringkat universiti

dengan minimum dua (2) panel penilai (iii) Penghantaran borang permohonan yang tidak lengkap, tidak tersusun

dan gagal mengikuti garis panduan penghantaran yang telah ditetapkan.

(iv) Borang pemohonan yang tidak disertakan Resume, Gantt Chart, Flow

Chart dan Milestone projek.

(v) Permohonan-permohonan yang tidak diikat dengan kemas dan baik sehingga boleh menyebabkan borang-borang tersebut tercicir ketika pemprosesan.

(vi) Bilangan borang permohonan yang tidak sama dengan jumlah

permohonan yang ditulis di dalam Borang Ringkasan Permohonan PRGS M1(RMC) yang disediakan.

(vii) Borang-borang permohonan yang tidak diberikan nombor rujukan. (viii) Tidak menghantar Borang Ringkasan Permohonan PRGS M1(R) yang

dibekalkan ketika menghantar semua borang permohonan kepada pihak urus setia.

(ix) Mengubah keseluruhan format Borang Ringkasan Permohonan PRGS

M1(R) yang dibekalkan oleh pihak urusetia. (x) Borang yang sampai atau dihantar selepas tarikh tutup penghantaran

borang yang ditetapkan KPM.

Page 9: PANDUAN PENGENDALIAN BORANG SKIM GERAN … Pengendalian... · sebagai contoh : PRGS/1/11/TK ... Ruangan ini diisi dengan nama geran bagi projek terdahulu yang akan ... Entrepreneurship

9

4. SENARAI SEMAK Senarai semak penghantaran borang permohonan PRGS adalah seperti di Lampiran D sebagai panduan.

Page 10: PANDUAN PENGENDALIAN BORANG SKIM GERAN … Pengendalian... · sebagai contoh : PRGS/1/11/TK ... Ruangan ini diisi dengan nama geran bagi projek terdahulu yang akan ... Entrepreneurship

10

SKIM GERAN PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN PROTOTAIP Senarai Kod bidang dengan kod rujukan adalah seperti berikut:

BIL KOD BIDANG KOD RUJUKAN

1. Sains Tulen ST

2. Sains Gunaan SG

3. Teknologi dan Kejuruteraan TK

4. Teknologi Maklumat & Komunikasi ICT

5. Sains Kesihatan Dan Klinikal SKK

6. Sains Sosial SS

7. Sastera Dan Sastera Ikhtisas SSI

8. Warisan Alam dan Budaya WAB

Senarai kod rujukan kategori penyelidik adalah seperti berikut:

BIL. KATEGORI PENYELIDIK KOD

RUJUKAN

1. Penyelidik bertaraf Profesor 01

2. Penyelidik bertaraf Profesor Madya / Pensyarah Kanan 02

3. Penyelidik bertaraf Pensyarah (selain daripada Profesor dan Profesor Madya / Pensyarah Kanan) 03

LAMPIRAN A

Page 11: PANDUAN PENGENDALIAN BORANG SKIM GERAN … Pengendalian... · sebagai contoh : PRGS/1/11/TK ... Ruangan ini diisi dengan nama geran bagi projek terdahulu yang akan ... Entrepreneurship

11

SKIM GERAN PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN PROTOTAIP Senarai Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dengan kod rujukan adalah seperti berikut:

BIL INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA) KOD RUJUKAN

1. Universiti Malaya UM

2 Universiti Sains Malaysia USM

3 Universiti Kebangsaan Malaysia UKM

4 Universiti Putra Malaysia UPM

5 Universiti Teknologi Malaysia UTM

6 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia UIAM

7 Universiti Utara Malaysia UUM

8 Universiti Malaysia Sarawak UNIMAS

9 Universiti Malaysia Sabah UMS

10 Universiti Pendidikan Sultan Idris UPSI

11 Universiti Sains Islam Malaysia USIM

12 Universiti Teknologi MARA UITM

13 Universiti Malaysia Terengganu UMT

14 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia UTHM

15 Universiti Teknikal Malaysia Melaka UTEM

16 Universiti Malaysia Pahang UMP

17 Universiti Malaysia Perlis UNIMAP

18 Universiti Sultan Zainal Abidin UNISZA

19 Universiti Malaysia Kelantan UMK

20 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia UPNM

LAMPIRAN B

Page 12: PANDUAN PENGENDALIAN BORANG SKIM GERAN … Pengendalian... · sebagai contoh : PRGS/1/11/TK ... Ruangan ini diisi dengan nama geran bagi projek terdahulu yang akan ... Entrepreneurship

12

Senarai kod rujukan untuk Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) adalah seperti berikut:

BIL. INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA (IPTS) KOD RUJUKAN

1 Universiti Tenaga Nasional UNITEN

2 Multimedia University MMU

3 Universiti Teknologi Petronas UTP

4 Al-Madinah International University MEDIU

5 Asia e-University AEU

6 Institut Perubatan,Sains & Teknologi Asia AIMST

7 International Centre for Education in Islamic Finance INCEIF

8 International Medical University IMU

9 Management and Science University MSU

10 Universiti Antarabangsa Al-Bukhary AIU

11 Universiti Selangor UNISEL

12 Universiti Kuala Lumpur UNIKL

13 Universiti Sains & Teknologi Malaysia MUST

14 Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing LUCT

15 Open University Malaysia OUM

16 Universiti Terbuka Wawasan WOU

17 University o Management & Technology UMTECH

18 Universiti Tun Abdul Razak UNIRAZAK

19 Universiti Tunku Abdul Rahman UTAR

20 Universiti UCSI UCSI

21 Quest International University Perak QUEST

22 Universiti Perdana PERDANA

23 Raffles Universiti Iskandar RUI

24 Kolej Universiti Sunway SYUC

25 Universiti Taylor’s TAYLOR

Page 13: PANDUAN PENGENDALIAN BORANG SKIM GERAN … Pengendalian... · sebagai contoh : PRGS/1/11/TK ... Ruangan ini diisi dengan nama geran bagi projek terdahulu yang akan ... Entrepreneurship

13

BIL. INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA (IPTS) KOD RUJUKAN

26 Manipal International University MIU

27 Universiti Antarabangsa INTI INTI

28 Asia Pacific University College of Information Technology

UCTI

29 Binary University College of Management & Entrepreneurship

BUCME

30 Kolej Universiti MAHSA MAHSA

31 Kolej Universiti HELP HELP

32 Kolej Universiti Hospitaliti Berjaya KUHB

33 Kolej Universiti INSANIAH KUIN

34 Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor KUIS

35 Kolej Universiti Islam Melaka KUIM

36 Kolej Universiti Nilai KUN

37 Kolej Universiti Sains Kesihatan Masterskills MUCH

38 Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya CUCMS

39 Kolej Universiti SEGi SEGI

40 Kolej Universiti TATI TATI

41 Kolej Universiti Teknologi Antarabangsa Twintech IUCTT

42 Kolej Universiti Teknologi Infrastruktur Kuala Lumpur KLIUC

43 Kuala Lumpur Metropolitan University College KLMUC

44 City University College of Science & Technology CUCST

45 Kolej Universiti Linton LINTON

46 Kolej Universiti KDU KDU

47 International University College of Arts & Science IUCAS

48 Allianze University College of Medical Sciences AUCMS

49 Kolej University Shahputra KUSP

50 Kolej University Lincoln LINCOLN

51 Universiti Islam Malaysia UIM

52 Heriot-Watt University Malaysia HWUM

Page 14: PANDUAN PENGENDALIAN BORANG SKIM GERAN … Pengendalian... · sebagai contoh : PRGS/1/11/TK ... Ruangan ini diisi dengan nama geran bagi projek terdahulu yang akan ... Entrepreneurship

14

Senarai kod rujukan untuk Universiti Cawangan adalah seperti berikut:

BIL INSTITUSI CAWANGAN KOD RUJUKAN

1 Curtin University of Technology CURTIN

2 Monash University of Malaysia MUSM

3 Newcastle University Medicine Malaysia NUMED

4 Swinburne University of Technology SWIN

5 University of Notthingham in Malaysia UNIM

6 University of Southampton Malaysia Campus USMC

Senarai kod rujukan untuk Politeknik adalah seperti berikut:

BIL POLITEKNIK KOD RUJUKAN

1 Jabatan Pendidikan Politeknik POLI

Page 15: PANDUAN PENGENDALIAN BORANG SKIM GERAN … Pengendalian... · sebagai contoh : PRGS/1/11/TK ... Ruangan ini diisi dengan nama geran bagi projek terdahulu yang akan ... Entrepreneurship

15

M1(RMC)

SENARAI KESELURUHAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN PROTOTAIP (PRGS)

FASA ___/ TAHUN _____

NAMA IPT : *sila isi kod IPT mengikut kod rujukan di buku panduan pengendalian borang PRGS (rujuk lampiran B)

KLUSTER : *sila isi kod kluster mengikut kod rujukan di buku panduan pengendalian borang PRGS (rujuk lampiran A)

KATEGORI : *sila isi kod kategori penyelidik mengikut kod rujukan di buku panduan pengendalian borang PRGS (rujuk lampiran A)

BIL KOD

RUJUKAN KETUA

PROJEK

NO. KAD PENGENALAN /

PASPORT

SUB KLUSTER

TAJUK PROJEK

GERAN DAHULU JUMLAH KESELURUHAN

(RM) NAMA SUMBER

1

2

3

4

5

6

7

JUMLAH KESELURUHAN

LAMPIRAN C

Page 16: PANDUAN PENGENDALIAN BORANG SKIM GERAN … Pengendalian... · sebagai contoh : PRGS/1/11/TK ... Ruangan ini diisi dengan nama geran bagi projek terdahulu yang akan ... Entrepreneurship

16

Senarai kod rujukan untuk sub bidang penyelidikan adalah seperti berikut:

Sains Tulen (ST)

01 Kimia 05 Sains Bahan

02 Fizik 06 Matematik dan Statistik

03 Biologi 07 Geologi

04 Biokimia 08 Lain-lain

Sains Gunaan (SG)

01 Kimia 05 Geosains

02 Fizik 06 Bioteknologi

03 Biologi 07 Sains Bahan

04 Matematik dan Statistik 08 Lain-lain

Teknologi dan Kejuruteraan (TK)

01 Mekanikal dan Pembuatan 07 Tenaga

02 Elektrik dan Elektronik 08 Teknologi Hijau

03 Awam dan Struktur 09 Pembinaan & Bahan Binaan

04 Bahan dan Polimer 10 Infrastruktur & Pengangkutan

05 Kejuruteraan Kimia & Proses 11 Lain-lain

06 Aeroangkasa

Teknologi Maklumat dan Komunikasi

(ICT)

01 Perisian 05 Teori Pengkomputeran

02 Kecerdasan Buatan 06 Rekabentuk Perkakasan

03 Rangkaian Komputer 07 Lain-lain

04 Sistem Maklumat

Sains Kesihatan dan Klinikal (SKK)

01 Sains Perubatan Asas 09 Perubatan

02 Farmasi 10 Pembedahan

03 Farmakologi 11 Pergigian

04 Mikrobiologi Perubatan 12 Perubatan Pencegahan

05 Parasitologi 13 Sains Kesihatan

06 Patologi 14 Kejururawatan

07 Perubatan Masyarakat 15 Onkologi

08 Kajian Klinikal 16 Lain-lain

Sains Sosial (SS)

01 Antropologi 07 Ekonomi

02 Psikologi 08 Geografi

03 Sosiologi 09 Komunikasi

04 Sains Politik 10 Kajian Etnik

05 Perniagaan 11 Lain-lain

06 Pengurusan

LAMPIRAN D

Page 17: PANDUAN PENGENDALIAN BORANG SKIM GERAN … Pengendalian... · sebagai contoh : PRGS/1/11/TK ... Ruangan ini diisi dengan nama geran bagi projek terdahulu yang akan ... Entrepreneurship

17

Sastera dan Sastera Ikhtisas(SSI)

01 Bahasa dan Linguistik 08 Budaya

02 Kesusasteraan 09 Pendidikan

03 Agama 10 Polisi & Undang-undang

04 Falsafah 11 Alam Bina

05 Ketamadunan 12 Alam Sekitar

06 Sejarah 13 Lain-lain

07 Seni

Warisan Alam & Budaya (WAB)

01 Alam Sekitar 08 Alam Bina

02 Perhutanan 09 Budaya

03 Pertanian 10 Kepelbagaian Biologi

04 Marin 11 Kulinari

05 Arkeologi 12 Perubatan Alternatif

06 Geosains 13 Lain-lain

07 Kajian Etnik

Page 18: PANDUAN PENGENDALIAN BORANG SKIM GERAN … Pengendalian... · sebagai contoh : PRGS/1/11/TK ... Ruangan ini diisi dengan nama geran bagi projek terdahulu yang akan ... Entrepreneurship

18

SENARAI SEMAK PENGHANTARAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN PROTOTAIP (PRGS)

BIL TINDAKAN PIHAK RMC RMC KPT

1 Satu (1) salinan borang permohonan A1(R) yang telah ditandatangani oleh Ketua Penyelidik dan diperaku oleh Pengarah RMC.

2 Borang penilaian permohonan di peringkat IPT bagi setiap permohonan. (Perlu dinilai oleh sekurang-kurangnya dua (2) panel penilai bagi setiap projek)

3 Tulis kod rujukan pada bahagian rujukan fail di penjuru atas sebelah kanan borang permohonan.

4 Setiap borang telah diikat dengan kemas dan teratur pada penjuru atas sebelah kiri borang permohonan.

5 Disusun mengikut kluster dan sub kluster penyelidikan.

6 Disusun mengikut kategori penyelidik.

7 Disusun mengikut susunan nombor bilangan projek bagi bidang dan kategori penyelidik.

8 Senaraikan semua permohonan dalam Borang Ringkasan Permohonan PRGS M1(RMC) - Master List

9

Sertakan bersama CD atau soft-copy yang mengandungi master list permohonan. (Pihak RMC perlu memastikan semua soft-copy permohonan dari semua penyelidik perlu dikumpulkan dan dimasukkan ke dalam SATU CD sahaja, jika melebihi kapasiti satu CD, boleh disalinkan ke dalam CD kedua dan seterusnya)

10 Resume ringkas setiap ketua projek dan penyelidik bersama (maksmim 5 helai setiap resume)

11 Flow Chart, Gantt Chart & Milestone and Date

12 Lain-lain dokumen yang berkaitan.

LAMPIRAN E

Page 19: PANDUAN PENGENDALIAN BORANG SKIM GERAN … Pengendalian... · sebagai contoh : PRGS/1/11/TK ... Ruangan ini diisi dengan nama geran bagi projek terdahulu yang akan ... Entrepreneurship

19

Sebarang pertanyaan/maklumat tambahan boleh diajukan kepada:

BAHAGIAN PERANCANGAN KECEMERLANGAN IPT JABATAN PENDIDIKAN TINGGI

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA NO.2, ARAS 7, MENARA 2, JALAN P 5/6, PRESINT 5,

62200 WILAYAH PERSEKUTUAN, PUTRAJAYA

NO.TEL. : +603 – 8870 6974/75 NO. FAKS : +603 – 8870 6867

EMAIL : [email protected]