panduan penempatan selepas tamat latihan · pdf file1 panduan pelaksanaan penempatan selepas...

Download PANDUAN PENEMPATAN SELEPAS TAMAT LATIHAN · PDF file1 panduan pelaksanaan penempatan selepas tamat latihan siswazah bagi pegawai farmasi gred uf41 (lantikan kontrak) di kementerian

If you can't read please download the document

Upload: buidien

Post on 06-Feb-2018

263 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

  • PANDUAN PENEMPATAN SELEPAS TAMAT LATIHAN SISWAZAH BAGI PEGAWAI FARMASI GRED UF41 (LANTIKAN KONTRAK)

    DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

    PROGRAM PERKHIDMATAN FARMASI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

    DISEMBER 2017

    PUF(K)/V01-12/2017

  • i

    KANDUNGAN

    PERKARA MUKA SURAT

    KANDUNGAN................................................................................................................ i

    TUJUAN........................................................................................................................ 1

    LATAR BELAKANG...................................................................................................... 1

    PANDUAN PENEMPATAN........................................................................................... 1-2

    RAYUAN PENEMPATAN.............................................................................................. 3

    CARTA ALIR PELAKSANAAN PENEMPATAN SELEPAS TAMAT LATIHAN SISWAZAH BAGI PEGAWAI FARMASI GRED UF41 (LANTIKAN KONTRAK) DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA....................................................................

    4

    LAMPIRAN.................................................................................................................... 5

    LAMPIRAN B1 : BORANG SENARAI CALON LANTIKAN BAHARU YANG MELAPOR DIRI

    LAMPIRAN B2 : BORANG CALON LANTIKAN BAHARU YANG TIDAK MELAPOR DIRI

  • 1

    PANDUAN PELAKSANAAN PENEMPATAN SELEPAS TAMAT LATIHAN SISWAZAH BAGI PEGAWAI FARMASI GRED UF41 (LANTIKAN KONTRAK) DI

    KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

    TUJUAN 1. Panduan ini bertujuan bagi menjelaskan pelaksanaan penempatan selepas tamat

    latihan siswazah bagi Pegawai Farmasi Gred UF41 (Lantikan Kontrak) di

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

    LATAR BELAKANG 2. Pegawai Farmasi Gred UF41 (Lantikan Kontrak) perlu menjalani latihan siswazah

    bagi tempoh tidak kurang dari 52 minggu di fasiliti latihan KKM yang telah diiktiraf

    oleh Lembaga Farmasi Malaysia dan tersenarai di dalam Jadual 2, Akta

    Pendaftaran Ahli Farmasi.

    3. Pegawai Farmasi Gred UF41 (Lantikan Kontrak) yang telah berjaya menamatkan

    latihan siswazah dan mendapat nombor pendaftaran penuh daripada Lembaga

    Farmasi Malaysia (LFM) akan diberi penempatan baharu. Ini adalah bertujuan bagi

    memastikan fasiliti latihan tersebut boleh menampung bilangan Pegawai Farmasi

    Gred UF41 (Lantikan Kontrak) yang baharu dilantik.

    PANDUAN PENEMPATAN

    4. Bahagian Sumber Manusia (BSM) KKM akan mengeluarkan surat penempatan

    selepas Pegawai Farmasi Gred UF41 (Lantikan Kontrak) menamatkan latihan

    siswazah dan mendapat nombor pendaftaran penuh daripada LFM.

  • 2

    5. Polisi penempatan Pegawai Farmasi Gred UF41 (Lantikan Kontrak) selepas tamat

    latihan siswazah adalah seperti berikut:

    Bil Penempatan

    Semasa Latihan Siswazah Selepas Tamat Latihan Siswazah

    1

    Hospital KKM di bawah

    Jabatan Kesihatan Negeri

    (JKN)

    Penempatan ke fasiliti di dalam JKN

    yang sama.

    2

    Klinik Kesihatan KKM di bawah

    Jabatan Kesihatan Negeri

    (JKN)

    Penempatan ke fasiliti di dalam JKN

    yang sama.

    3 Institusi KKM (Hospital Kuala

    Lumpur, Institut Kanser

    Negara & Institut Perubatan

    Respiratori)

    Penempatan di institusi yang sama atau

    ke fasiliti di bawah JKN.

    6. Pegawai Farmasi Gred UF41 (Lantikan Kontrak) yang ditempatkan ke fasiliti di

    bawah JKN akan melapor diri ke JKN masing-masing untuk menjalani khidmat

    wajib. Pihak JKN hendaklah menempatkan pegawai tersebut ke fasiliti KKM yang

    mempunyai sekurang-kurangnya seorang Pegawai Farmasi bagi memastikan

    penilaian tahunan pegawai dapat dilaksanakan.

    7. Pegawai Farmasi Gred UF41 (Lantikan Kontrak) yang ditempatkan di institusi yang

    sama hendaklah melapor diri kepada Ketua Jabatan untuk menjalani khidmat wajib.

    8. Pihak Fasilti perlu mengemukakan borang berikut kepada BSM KKM melalui

    Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi) [TPKN(F)] berdasarkan kepada

    Surat Pekeliling Ketua Setiausaha KKM Bil. 1 Tahun 2012 Panduan Penempatan

    dan Pertukaran Pegawai di KKM. Borang tersebut hendaklah disalinkan kepada

    Bahagian Dasar & Perancangan Strategik Farmasi (BDPSF) KKM:

    8.1. Borang Senarai Calon Lantikan Baharu Yang Melapor Diri (Lampiran B1)

    8.2. Borang Calon Lantikan Baharu Yang Tidak Melapor Diri (Lampiran B2)

  • 3

    RAYUAN PENEMPATAN 9. Rayuan bagi penempatan selepas tamat latihan siswazah adalah sekali sahaja dan

    keputusan adalah muktamad.

    10. Rayuan PERLU dikemukakan dalam tempoh dan tarikh yang ditetapkan oleh BSM

    KKM melalui portal rasmi KKM (www.moh.gov.my). Rayuan yang diterima lewat

    dari tarikh/tempoh yang ditetapkan TIDAK AKAN DILAYAN.

    Bil. Jenis Rayuan Penempatan

    Rayuan Dialamatkan

    Kepada Mekanisme Rayuan

    1. Fasiliti lain di

    DALAM JKN

    yang sama

    TPKN(F) a. Rayuan PERLU dikemukakan melalui

    Ketua Jabatan di fasiliti asal.

    b. Rayuan PERLU dikemukakan bersama

    justifikasi dan dokumen sokongan.

    c. Rayuan akan dipertimbangkan oleh

    Jawatankuasa Pertukaran dan Penempatan

    (JKPP) Pegawai Farmasi di peringkat JKN.

    2. Fasiliti lain di

    LUAR JKN

    BSM KKM a. Rayuan PERLU dikemukakan melalui

    Ketua Jabatan di fasiliti asal dan TPKN(F)

    di negeri asal.

    b. Rayuan PERLU dikemukakan bersama

    justifikasi dan dokumen sokongan.

    c. Rayuan akan dipertimbangkan oleh JKPP

    Pegawai Farmasi di peringkat KKM.

    3. INSTITUSI

    (Hospital

    Kuala Lumpur/

    Institut Kanser

    Negara/

    Institut

    Perubatan

    Respiratori).

    BSM KKM a. Rayuan PERLU dikemukakan melalui

    Ketua Jabatan di fasiliti asal.

    b. Rayuan PERLU dikemukakan bersama

    justifikasi dan dokumen sokongan.

    c. Rayuan PERLU disalinkan kepada

    TPKN(F) di JKN baharu (jika pegawai

    ditempatkan di JKN).

    d. Rayuan akan dipertimbangkan oleh JKPP

    Pegawai Farmasi di peringkat KKM.

    11. Sebarang penanguhan penempatan dan lapor diri perlu dimaklumkan kepada JKN/

    Ketua Jabatan baharu.

    http://www.moh.gov.my/

  • 4

    CARTA ALIR PELAKSANAAN PENEMPATAN SELEPAS TAMAT LATIHAN

    SISWAZAH BAGI PEGAWAI FARMASI GRED UF41 (LANTIKAN KONTRAK) DI

    KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  • 5

    LAMPIRAN