halatuju masa depan pelajar selepas tamat latihan di … · v abstrak kajian ini bertujuan untuk...

24
HALATUJU MASA DEPAN PELAJAR SELEPAS TAMAT LATIHAN DI SALAH SEBUAH INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN DI NEGERI TERENGGANU NOR SYUHADA BINTI RAMLAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: hoangnga

Post on 23-Apr-2019

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: HALATUJU MASA DEPAN PELAJAR SELEPAS TAMAT LATIHAN DI … · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti halatuju masa depan pelajar selepas tamat latihan di salah sebuah Institut

HALATUJU MASA DEPAN PELAJAR SELEPAS TAMAT LATIHAN DI

SALAH SEBUAH INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN DI NEGERI

TERENGGANU

NOR SYUHADA BINTI RAMLAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: HALATUJU MASA DEPAN PELAJAR SELEPAS TAMAT LATIHAN DI … · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti halatuju masa depan pelajar selepas tamat latihan di salah sebuah Institut
Page 3: HALATUJU MASA DEPAN PELAJAR SELEPAS TAMAT LATIHAN DI … · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti halatuju masa depan pelajar selepas tamat latihan di salah sebuah Institut

 

Page 4: HALATUJU MASA DEPAN PELAJAR SELEPAS TAMAT LATIHAN DI … · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti halatuju masa depan pelajar selepas tamat latihan di salah sebuah Institut

 

HALATUJU MASA DEPAN PELAJAR SELEPAS TAMAT LATIHAN DI SALAH SEBUAH INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN DI NEGERI

TERENGGANU

NOR SYUHADA BINTI RAMLAN

Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

JANUARI 2012

Page 5: HALATUJU MASA DEPAN PELAJAR SELEPAS TAMAT LATIHAN DI … · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti halatuju masa depan pelajar selepas tamat latihan di salah sebuah Institut

ii 

 

 

Page 6: HALATUJU MASA DEPAN PELAJAR SELEPAS TAMAT LATIHAN DI … · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti halatuju masa depan pelajar selepas tamat latihan di salah sebuah Institut

iii 

 

DEDIKASI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Penyayang

Syukur Atas Segala Kurniaan-Mu

Selawat dan Salam Atas Rasul Junjungan Muhammad s.a.w.

Khas Buat Ayah dan Ibu Yang Tersayang...

Ramlan Bin Masri dan Jamilah binti Berawod

Ku Pohon Doa Restu Kalian Dan Terima Kasih Atas Segala Pengorbanan Kalian

Segala Jasa Dan Pengorbananmu Tidak Akan Anakanda

Lupakan Hingga Ke Akhir Hayat.

Buat Penyelia Yang Dikagumi..

Dr.Mohd Khata bin Jabor

Terima Kasih di Atas Segala Tunjuk Ajarmu

Buat Kakak, Abang dan Adik-Adikku Yang Dikasihi…

Roshaimi, Lukman, Hanisah, Ridzuan, Izham, Ashikin dan Nabihah

Janganlah Leka Dengan Kenikmatan Hidup Yang Sementara Ini

Semoga Kita Menjadi Kebanggaan Ayahanda dan Bonda Tercinta

Buat Tunang Yang Dikasihi…

Ahmad Safwan Bin Ahmad Yusof

Terima kasih di atas sokonganmu

Buat Pensyarah-Pensyarah Fakulti Pendidikan Yang Disanjungi..

Terima Kasih Di Atas Ilmu Yang Diberikan

Semoga Allah Membalas Segala Jasa dan Bakti Yang Dicurahkan

Sahabat-Sahabat Seperjuangan Yang Dikasihi…

Terima Kasih Di Atas Segala-Galanya

Semoga Kejayaan Menjadi Milik Kita Bersama

Amin...

Page 7: HALATUJU MASA DEPAN PELAJAR SELEPAS TAMAT LATIHAN DI … · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti halatuju masa depan pelajar selepas tamat latihan di salah sebuah Institut

iv 

 

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat

dan kurniaNya, dapatlah penyelidik menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Selawat

serta salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. yang diutuskan

untuk membawa rahmat ke seluruh alam.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada

Dr. Mohd Khata bin Jabor selaku penyelia dan pembimbing penyelidik

kerana sanggup meluangkan masa keemasan beliau untuk memberi tunjuk ajar dan

panduan kepada penyelidik. Segala tunjuk ajar dan panduan yang diberikan dalam

menyiapkan projek ini amatlah penyelidik hargai dan sanjungi. Semoga Allah S.W.T.

melimpahkan rahmat-Nya di atas segala jasa baik yang dihulurkan.

Di kesempatan ini juga, terima kasih kepada kedua ibu bapa serta keluarga

yang tidak jemu memberi sokongan moral kepada penyelidik dalam apa sahaja yang

penyelidik lakukan. Terima kasih juga ditujukan kepada Perpustakaan Sultanah

Zanariah, Pusat Sumber Fakulti Pendidikan

dan lain-lain kerana menyediakan bahan-bahan ilmiah yang berguna kepada

penyelidik.

Tidak ketinggalan kepada teman-teman seperjuangan, terima kasih diucapkan

kerana sudi memberi tunjuk ajar, kerjasama yang baik dan berkongsi idea kepada

penyelidik. Semoga segala usaha dan cita-cita diberkati Allah S.W.T.

Akhir sekali, penyelidik ingin menghulurkan ucapan terima kasih yang tidak

terhingga kepada para pensyarah dan pihak-pihak yang terlibat sama ada secara

langsung atau tidak. Segala budi dan jasa yang dicurahkan hanya Allah S.W.T. yang

dapat membalasnya. Semoga kita beroleh rahmat dan perlindungan dari Allah

S.W.T. Sekian Wassalam.

Page 8: HALATUJU MASA DEPAN PELAJAR SELEPAS TAMAT LATIHAN DI … · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti halatuju masa depan pelajar selepas tamat latihan di salah sebuah Institut

 

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti halatuju masa depan pelajar selepas tamat

latihan di salah sebuah Institut Latihan Perindustrian di negeri Terengganu. Terdapat

3 persoalan yang dikaji iaitu halatuju masa depan untuk pelajar untuk menceburi

bidang keusahawanan, melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan

juga untuk mendapatkan pekerjaan. Seramai 108 orang dipilih sebagai sampel

kajian. Responden terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan tahun akhir. Kajian

ini dilakukan secara diskriptif dengan menggunakan satu set soal selidik sebagai

instrumen kajian yang dibahagikan kepada A, B, C dan D. Data-data yang diperolehi

dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) for

window version 16.0. Hasil kajian ini digambarkan menerusi jadual-jadual yang

mengandungi kekerapan, peratusan dan nilai min. Nilai alpha cronbach yang

diperolehi dalam kajian ini ialah 0.921. Hasil daripada kajian ini menunjukkan

halatuju masa depan pelajar selepas tamat latihan di ILP untuk persoalan kajian

pertama iaitu melanjutkan pelajaran adalah pada tahap paling tinggi berdasarkan

nilai min yang diperolehi iaitu 4.31. Manakala nilai min keseluruhan responden pada

persoalan kajian kedua ialah 4.29 menunjukkan bahawa pelajar mempunyai halatuju

masa depan yang tinggi untuk mendapatkan pekerjaan. Nilai min bagi persoalan

kajian yang ketiga juga adalah tinggi iaitu 3.81 yang menunjukkan pelajar

mempunyai halatuju masa depan untuk menceburi bidang keusahawanan. Kajian ini

diakhiri dengan beberapa cadangan dari penyelidik yang dikemukakan kepada

pihak-pihak tertentu. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan

pada masa akan datang.

Page 9: HALATUJU MASA DEPAN PELAJAR SELEPAS TAMAT LATIHAN DI … · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti halatuju masa depan pelajar selepas tamat latihan di salah sebuah Institut

vi 

 

ABSTRACT

This study was conducted to identify the future directions of a student in a one of the

Institut Latihan Perindustrian (ILP) in Terengganu after their being graduated. There

were three aspects will be studied which is future direction for student get into

entrepreneurship field, continuing study to a higher level, and to get a job. A total of

108 people were selected as a study sample. The respondents were male and female

of a last year’s students. This research is a descriptive research using a questionnaire

as a study instrument that divided into A, B, C and D. Data had been obtained were

then analyzed by using Statistical Package for Social Science (SPSS) for window

version 16.0. Research’s result then presented using tables that shows frequencies,

percentage and mean. The reliability value of this research is 0.921 of Cronbach’s

alpha. Result of the research shows that student’s future direction after their being

graduated from ILP for the first aspect that was continuing study get the highest

level based on the mean obtained that is 4.31. For second aspect shows that 4.29 of

mean that is future direction respondents want to get a job after graduated. Mean

value for the third aspect is also high that is 3.81 shows that students also prefer to

get involved in entrepreneur field after their graduated. This study ends with

recommendation from researcher for some relevant parties for their intentions.

Further study also included in the recommendation for future study.

 

Page 10: HALATUJU MASA DEPAN PELAJAR SELEPAS TAMAT LATIHAN DI … · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti halatuju masa depan pelajar selepas tamat latihan di salah sebuah Institut

vii 

 

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENDAHULUAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xv

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Penyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 8

Page 11: HALATUJU MASA DEPAN PELAJAR SELEPAS TAMAT LATIHAN DI … · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti halatuju masa depan pelajar selepas tamat latihan di salah sebuah Institut

viii 

 

1.7 Batasan Kajian 10

1.8 Definisi Istilah 10

1.9 Kesimpulan 12

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 13

2.2 Pendidikan Teknikal dan Vokasional 13

2.3 Sejarah Perkembangan Pendidikan Teknikdan Vokasional 15

2.4 Peranan Pendidikan Teknikal dan Vokasional 17

2.5 Maklumat Institut Latihan Perindustrian (ILP) 19

2.6 Halatuju Masa Depan Pelajar Selepas Tamat Latihan 22

2.6.1 Kecenderungan Menjadi Usahawan 24

2.6.2 Kecenderungan Melanjutkan Pelajaran ke Peringkat

Lebih Tinggi 26

2.6.3 Kecenderungan Mendapatkan Peluang Pekerjaan 26

2.7 Peningkatkan Taraf Hidup 28

2.8 Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pemilihan Halatuju

Masa Depan Pelajar 29

2.8.1 Faktor Minat 29

2.8.2 Faktor Kursus 30

2.8.3 Faktor Ibubapa 31

2.8.4 Faktor Rakan 31

2.8.5 Faktor Ekonomi Keluarga 32

2.9 Kajian Lepas 33

2.10 Kesimpulan 34

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 35

3.2 Reka Bentuk Kajian 35

Page 12: HALATUJU MASA DEPAN PELAJAR SELEPAS TAMAT LATIHAN DI … · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti halatuju masa depan pelajar selepas tamat latihan di salah sebuah Institut

ix 

 

3.3 Lokasi Kajian 36

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 37

3.5 Instrumen Kajian 38

3.5.1 Pengumpulan Data Primer 38

3.5.1.1 Soal Selidik 39

3.5.1.1.1 Bahagian A 40

3.5.1.1.2 Bahagian B, Bahagian C dan

Bahagian D 40

3.5.2 Pengumpulan Data Sekunder 42

3.6 Prosedur Kajian 43

3.7 Kesahan Soal Selidik 44

3.8 Kajian Rintis 45

3.9 Kebolehpercayaan Soal Selidik 46

3.10 Kaedah Pengumpulan Data Kajian Sebenar 47

3.11 Analisis Data 47

3.12 Kesimpulan 48

4. PENGANALISAAN DATA KAJIAN

4.1 Pengenalan 49

4.2 Analisis Bahagian A 50

4.2.1 Jantina 50

4.2.2 Bangsa 50

4.2.3 Umur 51

4.2.4 Kursus 51

4.2.5 Pekerjaan Ibu Bapa 52

4.2.6 Pendapatan Ibu Bapa 53

4.3 Analisis Bahagian B 53

4.3.1   Halatuju Masa Depan Pelajar dalam bidang

Keusahawanan 55

4.3.2 Halatuju Masa Depan Pelajar dalam Melanjutkan

Pelajaran. 59

Page 13: HALATUJU MASA DEPAN PELAJAR SELEPAS TAMAT LATIHAN DI … · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti halatuju masa depan pelajar selepas tamat latihan di salah sebuah Institut

 

4.3.3 Halatuju Masa Depan Pelajar Untuk Mendapatkan

Pekerjaan 63

4.4 Analisis Keseluruhan 66

4.5 Kesimpulan 67

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 68

5.2 Ringkasan Dapatan Kajian 69

5.3 Perbincangan

5.3.1 Bahagian A 70

5.3.2 Bahagian B, Bahagian C dan Bahagian D 71

5.3.2.1 Adakah Menceburi Bidang Keusahawan

Merupakan Halatuju Masa Depan Pelajar

Selepas Tamat Latihan di ILP? 72

5.3.2.2 Adakah Melanjutkan Pelajaran Merupakan

Halatuju Masa Depan Pelajar Selepas Tamat

Latihan di ILP? 74

5.3.2.3 Adakah Mendapatkan Pekerjaan Merupakan

Halatuju Masa Depan Pelajar Selepas Tamat

Latihan di ILP? 76

5.4 Rumusan. 78

5.5 Cadangan 79

5.4.1 Pelajar 79

5.4.2 Jabatan Tenaga Manusia (JTM) 80

` 5.4.3 Institut Latihan Perindustrian (ILP) 81

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan. 82

5.7 Kesimpulan 83

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN

Page 14: HALATUJU MASA DEPAN PELAJAR SELEPAS TAMAT LATIHAN DI … · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti halatuju masa depan pelajar selepas tamat latihan di salah sebuah Institut

xi 

 

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

Jadual 2.1 Peratusan Lepasan Pelatih Yang Mencari Kerja 25

Jadual 2.2 Peratusan Lepasan Pelajar ILP Yang Berkerja 27

Jadual 3.1 Skala Likert, bahagian B dan bahagian C 41

Jadual 3.2 Ringkasan Skala Likert 41

Jadual 3.3 Klasifikasi Item Mengikut Kajian 42

Jadual 3.4 Tahap Penilaian Min 42

Jadual 3.5 Nilai Alpha Cronbach Bagi Item Dalam Kajian Rintis 46

Jadual 4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 50

Jadual 4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 50

Jadual 4.3 Taburan Responden Mengikut Umur 51

Jadual 4.4 Taburan Responden Mengikut Kursus 51

Jadual 4.5 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Ibu Bapa 53

Jadual 4.6 Taburan Responden Mengikut Pendapatan Ibu Bapa 55

Jadual 4.7 Jadual Taburan Responden Terhadap Bidang

Keusahawanan 55

Jadual 4.8 Jadual Taburan Responden Terhadap Melanjutkan

Pelajaran 59

Jadual 4.9 Jadual Taburan Responden Pekerjaan 63

Jadual 4.10 Jadual Taburan Analisis Keseluruhan 66

Page 15: HALATUJU MASA DEPAN PELAJAR SELEPAS TAMAT LATIHAN DI … · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti halatuju masa depan pelajar selepas tamat latihan di salah sebuah Institut

xii 

 

SENARAI RAJAH

NO.RAJAH TAJUK HALAMAN

Rajah 3.1 Tatacara Kajian 43

Page 16: HALATUJU MASA DEPAN PELAJAR SELEPAS TAMAT LATIHAN DI … · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti halatuju masa depan pelajar selepas tamat latihan di salah sebuah Institut

xiii 

 

SENARAI SINGKATAN

Bil - Bilangan

K - Kekerapan

KS - Kurang Setuju

SPSS - Statical Package for the Social Sciences

SS - Sangat Setuju

STS - Sangat Tidak Setuju

TS - Tidak Setuju

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

% - Peratus

ILP - Institut Latihan Perindustrian

RMK10 - Rancangan Malaysia Ke-sepuluh

PSM - Pembangunan Sumber Manusia

KSM - Kementerian Sumber Manusia

IKBN - Institusi Kemahiran Belia Negara

JTM - Jabatan Tenaga Manusia

ILPKL - Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur

JMTI - Institut Teknikal Jepun-Malaysia

ADTEC - Pusat Latihan Teknologi Tinggi

RMK-9 - Rancangan Malaysia Ke-9

IMP3 - Pelan Induk Perindustrian Ketiga Negara

(MLVK) - Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

JTM - Jabatan Tenaga Manusia

JKR - Jabatan Kerja Raya

Page 17: HALATUJU MASA DEPAN PELAJAR SELEPAS TAMAT LATIHAN DI … · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti halatuju masa depan pelajar selepas tamat latihan di salah sebuah Institut

xiv 

 

KTM - Keretapi Tanah Melayu

CAB - Central Apparenticeship Board

LLPPKK - Lembaga Latihan Perindustrian dan Persijilan Ketukangan

Kebangsaan

S.W.T - Subhanahuwataala

S.A.W - Sallallahualaiwassalam

Page 18: HALATUJU MASA DEPAN PELAJAR SELEPAS TAMAT LATIHAN DI … · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti halatuju masa depan pelajar selepas tamat latihan di salah sebuah Institut

xv 

 

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Borang Soal Selidik

B Pengesahan Instrumen I

C Pengesahan Instrumen II

D Surat Pengesahan Menjalankan Kajian

(Fakulti Pendidikan)

E Surat Kelulusan Menjalankan Kajian di

Institut Latihan Perindustrian (ILP)

F Surat Pengesahan Telah Menjalankan Kajian

di Institut Latihan Perindustrian (ILP)

Page 19: HALATUJU MASA DEPAN PELAJAR SELEPAS TAMAT LATIHAN DI … · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti halatuju masa depan pelajar selepas tamat latihan di salah sebuah Institut

 

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pada masa kini, perkembangan industri di Malaysia semakin berkembang

maju dan telah menyebabkan negara memerlukan lebih ramai pekerja mahir dan

separuh mahir bagi menampung keperluan ini. Permintaan keperluan yang semakin

meningkat terhadap keperluan pekerja mahir merupakan salah satu masalah terhadap

sistem pendidikan yang terdapat di Malaysia. Hal ini kerana golongan belia

memainkan peranan penting dalam pembentukan negara yang maju dan sesebuah

industri bergantung kepada belia yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan

berketrampilan.

Misi Nasional yang diperkenalkan seiring dengan Rancangan Malaysia

Kesepuluh (RMK-10) iaitu membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf

dunia merupakan prasyarat yang penting bagi mencapai tahap modal insan bertaraf

dunia menjelang tahun 2020. Disamping memberi penekanan terhadap peningkatan

keupayaan dan pengetahuan dalam memupuk minda kelas pertama dan

mengupayakan belia untuk masa hadapan (Rancangan Malaysia Kesepuluh 2011-

Page 20: HALATUJU MASA DEPAN PELAJAR SELEPAS TAMAT LATIHAN DI … · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti halatuju masa depan pelajar selepas tamat latihan di salah sebuah Institut

 

2015, 2010). Ini jelas menunjukkan bahawa tenaga kerja yang berkemahiran di

kalangan belia adalah diperlukan untuk meningkatkan produktiviti dan keupayaan

negara dalam persaingan global terutamanya dalam sektor perkilangan,

perkhidmatan dan pembinaan

Pendidikan dan pembangunan sumber manusia (PSM) adalah elemen penting

kepada kemajuan daya saing negara. Sistem pendidikan yang diperkenalkan

haruslah memenuhi kehendak komersial dan industri disamping boleh melahirkan

pekerja mahir yang inovatif, produktif dan berkemahiran tinggi. Pekerja mahir ini

merupakan input yang sangat penting kepada pembangunan ekonomi bagi sesebuah

negara dan jika tiada pekerja mahir ini, pertumbuhan ekonomi negara akan menjadi

mundur (Hasnah Ali, et al., 2009)

Dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai negara yang membangun

sepenuhnya ialah dengan memberi penekanan kepada pembangunan sumber

manusia. Negara perlu mengeluarkan lebih ramai modal insan berkualiti yang

berkemahiran dan berpengetahuan, inovatif, dan mampu menghadapi saingan global

serta relevan dengan keperluan semasa melalui latihan dan kemahiran. Oleh itu,

fokus pembangunan tenaga manusia ialah untuk meningkatkan seramai mungkin

sumber tenaga kerja bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian iaitu sebanyak

4.8 juta tempat disediakan oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM) menerusi

Pembangunan Sumber Manusia. (Rancangan Malaysia Kesepuluh 2011-2015, 2010)

Bagi mengatasi isu kekurangan pekerja mahir ini, pelbagai usaha telah

dilakukan oleh kerajaan melalui program pendidikan dan latihan kemahiran teknik

dan vokasional dengan menambah pengambilan pelajar, bilangan institusi latihan,

pembaikan dan penyelenggaraan institusi sedia ada bagi memenuhi permintaan

Negara dalam menuju wawasan 2020. Hal ini terbukti apabila pelbagai program

latihan dan kemahiran yang lebih komprehensif untuk belia telah diperkenalkan bagi

meningkatkan kecekapan dan keberkesanannya. Program latihan kemahiran

Page 21: HALATUJU MASA DEPAN PELAJAR SELEPAS TAMAT LATIHAN DI … · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti halatuju masa depan pelajar selepas tamat latihan di salah sebuah Institut

 

diperluaskan lagi merangkumi pelbagai bidang baru selain memperkenalkan

program teknikal dan vokasional yang baru bagi menampung sejumlah 100,000

tempat disediakan di beberapa institusi latihan kemahiran seperti Institusi

Kemahiran Belia Negara (IKBN), Pusat Giat Mara, Institusi Latihan Perindustrian

(ILP) dan sebagainya. Pengambilan 100,000 tempat bagi pelajar ini akan diuruskan

oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi mulai

tahun 2011 (Utusan Malaysia, 28/10/2010).

Menurut sumber Rancangan Malaysia Kesepuluh 2011-2015 (2010), usaha

berterusan akan diambil untuk melatih dan menggilap tenaga kerja supaya menepati

keperluan pasaran. Disamping itu, kerajaan juga telah memperuntukkan RM504 juta

bagi membina dan menaik taraf serta menyelenggarakan peralatan di Institusi

Latihan Perindustrian (ILP) dan Pusat Latihan Teknologi Tinggi. Hal ini kerana,

pertambahan bilangan pelajar dari semasa ke semasa yang lebih cenderung ke arah

bidang kemahiran bersesuaian dengan peningkatan sektor perindustrian yang

memerlukan lebih ramai tenaga kerja.

Bagi malahirkan lebih ramai tenaga kerja yang mempunyai kemahiran yang

tinggi dalam pelbagai industri terutamnya industri pembuatan dan perindustrian,

kerajaan telah menubuhkan beberapa pusat kemahiran iaitu institusi kemahiran

dibawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM). Pusat ini bertujuan bagi memenuhi

keperluan guna tenaga dalam sektor pembuatan dan perindustrian yang semakin

meningkat sejak akhir-akhir ini.

JTM adalah di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM) merupakan

peneraju utama latihan kemahiran di Malaysia yang menjalankan program latihan

bagi mewujudkan tenaga kerja perindustrian yang berkemahiran dan berdaya saing.

Bermula dengan Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur (ILPKL) yang

beroperasi pada tahun 1964 sehingga kini JTM memiliki 27 Institut Latihan

merangkumi 22 Institut Latihan Perindustrian (ILP), 4 Pusat Latihan Teknologi

Page 22: HALATUJU MASA DEPAN PELAJAR SELEPAS TAMAT LATIHAN DI … · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti halatuju masa depan pelajar selepas tamat latihan di salah sebuah Institut

 

Tinggi (ADTEC) dan sebuah Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI). (Meeting

Skills Workforce Demand, 2009)

1.2 Latar Belakang Masalah

Seseorang individu yang melangkah ke institusi sama ada yang berbentuk

kemahiran atau sebaliknya, sudah pasti setiap individu tersebut mempunyai sasaran

atau halatuju masa depan yang ingin dikecapi apabila tamat pengajian nanti.

Menurut Saiful Bahari Johar (2002), menyatakan setiap individu selepas tamat

pengajian mempunyai matlamat untuk bekerja, keinginan untuk menjawat jawatan

yang tinggi, keinginan untuk menjadi ketua dan terdapat juga individu yang ingin

melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Lantaran itu, sebelum sesuatu keputusan diambil untuk menentukan halatuju

mana yang perlu difokuskan adalah wajar bagi mengetahui kemampuan, kebolehan,

minat dan faktor-faktor lain yang mempengaruhi individu untuk membuat pemilihan

kerjaya. Pemilihan ini haruslah tidak akan menimbulkan masalah dan secara tidak

langsung akan meningkatkan lagi produktiviti seseorang itu bekerja. Perkara ini

disokong oleh Parson (Crities.J, 1969) yang mengatakan pemilihan kerjaya adalah

satu keputusan yang paling penting dalam kehidupan seseorang individu. Hal ini

kerana setiap keputusan yang dilakukan dalam pemilihan kerjaya akan menentukan

halatuju masa depan seseorang individu pada masa kelak.

Menurut Faizah Sharip (2004), menyatakan pekerjaan merupakan sesuatu

keperluan bagi setiap individu untuk menyara kehidupan. Dengan adanya pekerjaan

terutamanya kepada pelatih lepasan institusi kemahiran menjadikan latihan yang

diperolehi semasa di pusat latihan dapat memberikan faedah kepada kehidupan

Page 23: HALATUJU MASA DEPAN PELAJAR SELEPAS TAMAT LATIHAN DI … · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti halatuju masa depan pelajar selepas tamat latihan di salah sebuah Institut

 

mereka. Oleh hal yang demikian, pelatih seharusnya perlu menetapkan apa yang

pelatih inginkan apabila melanjutkan pengajian di sesebuah institusi supaya sasaran

sebenar pelatih tercapai.

Menurut Ishak Yusuf et.al, (84:1997), lulusan dari pendidikan teknik dan

vokasional seharusnya dipertingkatkan dan diberi penekanan yang serius. Hal ini

kerana, program latihan vokasional merupakan satu usaha penting dalam

membekalkan pekerja-pekerja mahir kepada industri dan pembangunan negara.

Sejarah pembangunan latihan vokasional di Malaysia yang diperolehi melalui

dokumen Rancangan Malaysia telah menunjukkan program latihan vokasional telah

diberikan perhatian serius oleh pihak kerajaan bagi memenuhi keperluan negara

bermula sejak Rancangan Malaysia Pertama (1965-1970) sehingga kini.

Bagi merealisasikan keperluan tenaga mahir negara, JTM berupaya

melahirkan lebih 40,000 tenaga mahir setahun menjelang 2015 dengan pembinaan 8

lagi institusi latihan dibawah Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) yang akan

disiapkan sepenuhnya pada tahun 2011 (Meeting Skills Workforce Demand, 2009).

Menurut Menteri Sumber Manusia S. Subramaniam dalam Latihan dan

Kursus Sidang Dua (2009), menyatakan Pelan Induk Perindustrian Ketiga Negara

(IMP3) mensasarkan pengeluaran tenaga kerja mahir seramai 3 juta orang menjelang

tahun 2020 bagi memenuhi keperluan 20 sektor industri dan sebanyak 5,000 jenis

pekerjaan juga telah dikenalpasti untuk dibangunkan dalam bentuk Standard

Pekerjaan Kemahiran Kebangsaan atau NOSS sehingga tahun 2020 bagi memenuhi

keperluan 20 sektor tersebut.

Menurut Laporan Kaji Selidik Pengesanan Graduan Institut Latihan Jabatan

Tenaga Manusia (2009), hasil dapatan yang diperolehi daripada maklum balas

pelajar ILP keluaran sesi 2/2008 dan sesi 1/2009 mendapati seramai 3,333 (50.3%)

Page 24: HALATUJU MASA DEPAN PELAJAR SELEPAS TAMAT LATIHAN DI … · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti halatuju masa depan pelajar selepas tamat latihan di salah sebuah Institut

 

graduan sudah bekerja dan 1,799 (27%) orang graduan masih mencari pekerjaan

sehingga November 2009. Perangkaan yang diperolehi ini jelas menunjukkan

kurangnya keinginan pelajar yang telah tamat pengajian untuk meningkatkan diri ke

tahap yang lebih baik dengan menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi

atau menceburi bidang keusahawanan sebagai alternatif bagi graduan yang masih

belum mempunyai pekerjaan.

Persoalan yang timbul disini ialah berkaitan dengan halatuju masa depan

pelatih tersebut yang berkemungkinan tidak mengetahui peluang mereka untuk

melanjutkan pengajian atau mereka tidak mempunyai kemahiran yang boleh di

tingkatkan lagi ke peringkat yang lebih tinggi. Pelatih yang masih tidak mendapat

pekerjaan seharusnya diberi pendedahan untuk menceburi bidang keusahawanan

yang dilihat sebagai bidang yang dapat menjana pendapatan yang lumayan.

Disamping itu juga, kerajaan telah banyak menubuhkan pelbagai institusi kemahiran

yang boleh pelatih teruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di samping

menyediakan bantuan kepada pelatih yang ingin meneruskan kerjaya sebagai

usahawan.

1.3 Penyataan Masalah

Latihan vokasional dan teknikal telah dilihat sebagai satu pendekatan positif

dalam usaha untuk menangani masalah kekurangan tenaga kerja yang berkemahiran.

Penambahan bilangan sektor perindustrian di Malaysia telah mewujudkan lebih

banyak peluang pekerjaan selaras dengan peningkatan ekonomi semasa. Penubuhan

institusi-institusi latihan baru secara berterusan di bawah kelolaan pelbagai

kementerian termasuk penambahan bilangan ILP dilihat sebagai salah satu usaha

dalam menarik lebih ramai golongan belia dilengkapi dengan kemahiran vokasional

dan teknikal.