panduan merekabentuk pendawaian elektrik di rumah

3
PANDUAN MEREKABENTUK PENDAWAIAN ELEKTRIK RUMAH Artikel ini menerangkan tentang panduan merekabentuk sistem pendawaian elektrik di rumah yang biasa diamalkan oleh juruelektrik di Malaysia. Sebenarnya tiada pengiraan khusus untuk menentukan saiz wayar, MCB, RCCB dan bilangan mata kuasa memandangkan kita tidak mengetahui berapa banyak beban yang akan digunakan oleh pengguna di rumah. Walaubagaimanapun, sebuah badan antarabangsa yang dikenali sebagai IEEE (Institut Jurutera Elektrik dan Elektronik) telah menyediakan garis panduan untuk rekabentuk pendawaian elektrik ini. Pendawaian elektrik rumah bermula daripada papan agihan atau dalam Bahasa Inggerisnya disebut Distribution Board (DB). Papan agihan terdiri daripada suis utama, RCCB dan MCB. Pendawaian elektrik akan diagihkan ke dalam rumah melalui MCB. Gambar di atas menunjukkan sistem pendawaian elektrik yang biasa dipasang untuk rumah 1 tingkat 3 bilik.

Upload: apechranger

Post on 06-Feb-2016

211 views

Category:

Documents


26 download

DESCRIPTION

ASAS PENDAWAIAN ELEKTRIK BAGI KEDIAMAN/RUMAH

TRANSCRIPT

Page 1: Panduan Merekabentuk Pendawaian Elektrik Di Rumah

PANDUAN MEREKABENTUK PENDAWAIAN ELEKTRIK RUMAH

Artikel ini menerangkan tentang panduan merekabentuk sistem pendawaian elektrik di rumah

yang biasa diamalkan oleh juruelektrik di Malaysia. Sebenarnya tiada pengiraan khusus untuk

menentukan saiz wayar, MCB, RCCB dan bilangan mata kuasa memandangkan kita tidak

mengetahui berapa banyak beban yang akan digunakan oleh pengguna di rumah.

Walaubagaimanapun, sebuah badan antarabangsa yang dikenali sebagai IEEE (Institut

Jurutera Elektrik dan Elektronik) telah menyediakan garis panduan untuk rekabentuk

pendawaian elektrik ini.

Pendawaian elektrik rumah bermula daripada papan agihan atau dalam Bahasa Inggerisnya

disebut Distribution Board (DB). Papan agihan terdiri daripada suis utama, RCCB dan MCB.

Pendawaian elektrik akan diagihkan ke dalam rumah melalui MCB.

Gambar di atas menunjukkan sistem pendawaian elektrik yang biasa dipasang untuk rumah 1

tingkat 3 bilik.

Page 2: Panduan Merekabentuk Pendawaian Elektrik Di Rumah

Terdapat 4 jenis litar pendawaian elektrik rumah iaitu litar gelang, litar jejari, pencahayaan

dan litar khusus.

1. Litar jejari

Pendawaian litar jejari hendaklah meliputi jumlah kawasan bersaiz 50m². Tiada had bilangan

soket alir keluar 13A (soket plug) untuk litar ini, tetapi mengikut pengalaman jurutera

elektrik dan juruelektrik, 6 unit soket plug adalah bilangan yang ideal untuk kawasan seluas

50m². Biasanya litar jejari digunakan untuk pendawaian soket plug di dalam bilik. Saiz

minimum wayar untuk litar ini adalah 2.5mm² bertebat PVC dan ia disambung pada MCB

bersaiz 16A.

2. Litar gelang

Litar gelang adalah litar di mana pangkal dan hujung pendawaiannya disambung pada MCB

yang sama. Pendawaian litar jejari hendaklah meliputi jumlah kawasan bersaiz 100m². Tiada

had bilangan soket alir keluar 13A (soket plug) untuk litar ini, tetapi mengikut pengalaman

jurutera elektrik dan juruelektrik, 10 unit soket plug adalah bilangan yang ideal untuk

kawasan seluas 100m². Biasanya litar gelang digunakan untuk pendawaian soket plug di luar

bilik seperti ruang tamu, ruang berehat dan dapur. Saiz minimum wayar untuk litar ini adalah

2.5mm² bertebat PVC dan ia disambung pada MCB bersaiz 32A.

3. Litar pencahayaan

Lampu, kipas, loceng pintu dan jam elektrik disambung pada litar pencahayaan. Jumlah

maksimum mata kuasa yang dibenarkan untuk litar pencahayaan adalah 10 unit. Saiz

minimum wayar untuk litar ini adalah 1.5mm² bertebat PVC dan ia disambung pada MCB

bersaiz 6A.

4. Litar khusus

Litar khusus adalah untuk peralatan elektrik yang kuasanya melebihi 2000Watt seperti

pemancur air panas, oven dan penghawa dingin. Setiap peralatan ini hendaklah dikhususkan

satu litar pendawaian terus dari papan agihan, disambung pada MCB bersaiz 20A dengan saiz

minimum wayar 2.5mm² bertebat PVC. Sebagai contoh, rumah anda mempunyai satu unit

pemancur air panas dan 2 unit penghawa dingin. Ini bermakna anda memerlukan 3 litar

khusus untuk peralatan tersebut. Litar khusus 1 untuk pemancur air panas, litar khusus 2

untuk penghawa dingin pertama dan litar khusus 3 untuk penghawa dingin kedua.

Page 3: Panduan Merekabentuk Pendawaian Elektrik Di Rumah

Dalam sesebuah rumah, bilangan litar jejari, litar gelang dan litar pencahayaan boleh lebih

dari satu. Sebagai contoh, rumah 2 tingkat dengan 4 bilik. Litar jejari, litar pencahayaan dan

litar gelang pertama adalah untuk tingkat bawah manakala litar jejari, litar pencahayaan dan

litar gelang yang kedua adalah untuk tingkat atas.

Kesemua MCB ini akan disambung pada RCCB dengan menggunakan wayar bersaiz 4mm²

(minimum). Terdapat dua saiz RCCB yang sesuai untuk pendawaian elektrik dalam rumah

iaitu 40A dan 63A. Sekiranya rumah anda memerlukan soket plug dan mata kuasa

kipas/lampu tidak melebihi 20 unit dan tiada penggunaan peralatan elektrik berkuasa lebih

2000W, RCCB bersaiz 40A sudah mencukui. Jika lebih dari 20 unit dan mempunyai

peralatan elektrik 2000W ke atas, RCCB 63A diperlukan. Gunakan RCCB yang mempunyai

kepekaan 100mA.

Sekiranya pendawaian dilakukan dalam konduit GI (paip besi bergalvani), wayar elektrik

yang perlu digunakan adalah jenis double insulated (2 lapis penebat). Ini kerana jika kerja

pendawaian dilakukan dalam elektrik paip besi, sekiranya dilakukan dengan kasar ia boleh

menyebabkan lapisan penebat wayar terkoyak. Oleh itu wayar double insulated diperlukan

supaya penebat wayar elektrik masih dalam berkeadaan baik sekiranya lapisan pertama

penebat telah terkoyak.