makmal pendawaian elektrik (2) asrul

27
Amali 2:Lampu pendarfluor Kohort 4 MAKMAL PENDAWAIAN ELEKTRIK Fakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional AMALI 2 TAJUK :PENDAWAIAN LAMPU PENDARFLOUR 1.0. PENGENALAN Lampu pendarfluor atau lampu kalimantang merupakan sejenis lampu nyahcas gas yang menggunakan arus elektrik untuk membebaskan wap raksa. Wap raksa yang dibebaskan ini menghasilkan sinaran ultra ungu gelombang pendek yang menyebabkan lapisan fosfur untuk menghasilkan cahaya putih. Lampu pendarfluor menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga cahaya yang boleh dimanfaatkan lebih baik daripada lampu pijar. Kos penggunaan tenaga yang rendah mengatasi kos awal lampu itu sendiri. Lampu ini lebih mahal daripada lampu pijar kerana ia memerlukan ballast elektrik untuk mengawal arus elektrik di dalam lampu. Sementara jenis tiub biasa banyak digunakan di bangunan komersial dan institusi, lampu pendarflour padat kini boleh didapati dalam saiz yang sama seperti lampu pijar sebagai alternatif penjimatan tenaga di rumah. 1.1. Proses Kendali Lampu Pendarfluor 1

Upload: asrulmajid

Post on 11-Nov-2015

165 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

elektrik

TRANSCRIPT

Amali 2:Lampu pendarfluor

Amali 2:Lampu pendarfluorKohort 4

MAKMAL PENDAWAIAN ELEKTRIKFakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional

AMALI 2

TAJUK :PENDAWAIAN LAMPU PENDARFLOUR1.0. PENGENALAN Lampu pendarfluor atau lampu kalimantang merupakan sejenis lampu nyahcas gas yang menggunakan arus elektrik untuk membebaskan wap raksa. Wap raksa yang dibebaskan ini menghasilkan sinaran ultra ungu gelombang pendek yang menyebabkan lapisan fosfur untuk menghasilkan cahaya putih. Lampu pendarfluor menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga cahaya yang boleh dimanfaatkan lebih baik daripada lampu pijar. Kos penggunaan tenaga yang rendah mengatasi kos awal lampu itu sendiri. Lampu ini lebih mahal daripada lampu pijar kerana ia memerlukan ballast elektrik untuk mengawal arus elektrik di dalam lampu.

Sementara jenis tiub biasa banyak digunakan di bangunan komersial dan institusi, lampu pendarflour padat kini boleh didapati dalam saiz yang sama seperti lampu pijar sebagai alternatif penjimatan tenaga di rumah.

1.1. Proses Kendali Lampu Pendarfluor

Prinsip asas bagi penukaran tenaga elektrik kepada tenaga cahaya pada lampu pendarfluor bergantung kepada serakan tidak kenyal elektron. Elektron bebas bertembung dengan atom gas. Jika elektron bebas mempunyai cukup tenaga kinetik, ia memindahkan tenaga ke elektron luar atom, menyebabkan elektron ini dibebaskan ke tahap yang lebih tinggi. Pertembungan tersebut adalah tidak kenyal kerana sedikit kehilangan tenaga berlaku.Keadaan tenaga tinggi ini tidak stabil, maka atom akan memancarkan foton ultraungu semasa atom tersebut kembali ke tahap tenaga rendah yang lebih stabil. Kebanyakan foton yang dilepaskan daripada atom raksa mempunyai panjang

MAKMAL PENDAWAIAN ELEKTRIKFakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional

AMALI 2

gelombang dalam lingkungan ultra ungu iaitu iaitu sekitar 253.7nm dan 185nm. Cahaya ini dapat dilihat oleh mata manusia, oleh itu ia mesti ditukarkan kepada cahaya tampak. Ia dilakukan melalui penggunaan bahan pendarfluor. Foton ultraungu diserap oleh atom bahan salutan pendarfluor dalaman tiub lampu, menyebabkan lonjakan tenaga yang serupa, kemudian menjunam, dengan keluaran satu lagi jenis foton sekali lagi. Foton yang dibebaskan dalam interaksi kedua ini mempunyai tenaga yang kurang daripada interaksi pertama tadi. Bahan kimia fosfor yang digunakan dipilih supaya foton yang dibebaskan adalah pada panjang gelombang yang boleh dilihat dengan mata manusia. Perbezaan tenaga antara foton ultra ungu yang diserap dengan foton cahaya tampak menyebabkan sedikit pemanasan pada lapisan fosfor.

Apabila lampu dihidupkan, kuasa elektrik memanaskan katod sehingga ia cukup panas untuk mengeluarkan electron. Elektron ini bertembung dan mengionkan gas adi di dalam tiub mengelilingi filament untuk membentuk plasma melalui proses pengionan impak. Hasilnya tahap konduktiviti gas ion meningkat dengan pantas, membolehkan arus tinggi mengalir melalui lampu.

MAKMAL PENDAWAIAN ELEKTRIKFakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional

AMALI 2

1.2. Jenis-jenis lampu pendarfluor

BAA Mentol pendarflour jenis padatB Mentol pendarflour jenis biasaLampu pendarflour jenis round

Set lampu pendarflour jenis berkembarSet lampu jenis tunggal

MAKMAL PENDAWAIAN ELEKTRIKFakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional

AMALI 2

1.3. Bahagian-bahagian utama lampu pendarfluor/kalimantang dan fungsinya.Perumah Perumah lampu mengandungi pemegang tiub, cok dan suis penghidup

Cok/balastDigunakan untuk membekalkan voltan tinggi pada awal penyalaan dan menstabilkan voltan selepas lampu menyala.

Tiub pendarfluorDiperbuat daripada kaca yang berisi merkuri dan gas argon. Bahagian dindingnya disalut dengan lapisan fosfur . Pada kedua-dua hujung tiub terdapat dua pin elektrod, tiub akan menghasilkan sinaran ultra ungu yang bertukar menjadi cahaya putih.

Starter/suis penghidupBerfungsi menghidupkan lampu peringkat awal penyalaan.

KapasitorMembaiki faktor kuasa bagi sistem pendawaianMenyimpan cas dan menghindar gangguan frekuensi

MAKMAL PENDAWAIAN ELEKTRIKFakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional

AMALI 2

1.4. Fungsi komponen lampua. Mentol/ tiub lampuTiub lampu mengandungi gasraksabertekanan rendah sertaargon,xenon,neon, ataukripton. Tekanan di dalam tiub adalah sekitar 0.3% tekanan atmosfera.Permukaan dalaman tiub disalut dengan bahanpendarfluorterdiri daripada pelbagai campuran garamfosformetalik danunsur nadir bumi. Elektrod tiub terdiri daripada lingkarantungsten serta dirujuk sebagai katod kerana fungsinya untuk memancarkan elektron. Bagi tujuan ini, ia disalut campuran barium, strontium dan kalsium oksida yang dipilih kerana suhupelepasan termionik yang rendah.

b. Choke/balastLampu pendarfluor adalah peranti rintangan pembezaan rendah, yang bermaksud semakin tinggiarus elektrikyang mengalir, semakin rendah rintangannya, membolehkan arus elektrik yang lebih tinggi mengalir sehingga boleh merosakkan lampu tersebut. Untuk mengelakkan arus yang membinasakan daripada mengalir ke dalam lampu, arus ini mesti dikawal dengan menggunakanbalast elektrikataupun cok. Balast yang paling banyak digunakan ialah balast jenisperaruhyang terdiri daripada gelung dawai yang dililit pada teras besi berlamina. Aruhan elektromagnetyang dihasilkan mengehadkan arus elektrik. Namun demikian, cok jenis peraruh ini menyebabkanfaktor kuasa menjadi rendah disebabkan sifat semula jadi peraruh yang melengahkan arus elektrik(lagging). Penggunaan balast elektronik ataupun pemasangan kapasitor di samping balast peraruh sedia ada boleh memperbaiki faktor kuasa.

MAKMAL PENDAWAIAN ELEKTRIKFakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional

AMALI 2

1.5. Fungsi komponen lampuc. Penghidup/ starter

Atom raksa di dalam tiub pendarfluor mesti di ion kan terlebih dahulu sebelum ia boleh "berlaga" di dalam tiub. Bagi lampu kecil, hanya sedikit voltan yang diperlukan, tetapi tiub yang lebih besar memerlukan voltan yang lebih besar (sehingga beribu-ribu volt). Suis penghidup yang paling lazim digunakan adalah jenis pemanas atau bara seperti yang telah ditunjukkan di dalam gambar. Ia terdiri daripada tiub nyahcas gasneon elektrod dwilogam serta kapasitor. Apabila kuasa elektrik dihidupkan, satu nyahcas bara akan muncul pada elektrod penghidup. Nyahcas bara ini akan memanaskan gas di dalam penghidup dan menyebabkan elektrod dwilogam untuk membengkok ke elektrod yang satu lagi. Apabila elektrod ini bersentuhan, kedua-dua filamen akan membara dan mengeluarkan elektron. Sentuhan elektrod ini menghentikan nyahcas bara, menyebabkan gas menyejuk semula. Elektrod dwilogam turut menyejuk dan mula bergerak kembali. Apabila kedua-dua elektrod tidak bersentuham, tendangan aruhan daripada balast menghasilkan voltan tinggi untuk menghidupkan lampu. Suis penghidup turut mempunyaikapasitoryang disambung selari dengan tiub nyahcas gas bagi memanjangkan hayat elektrod. Setelah lampu menyala, nyahcas utama kemudian memastikan katod kekal panas, membenarkan keluaran berterusan tanda memerlukan elektrod penghidup untuk bersentuhan lagi. Elektrod penghidup tidak lagi bersentuhan kerana voltan yang

MAKMAL PENDAWAIAN ELEKTRIKFakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional

AMALI 2

merentasi tiub yang menyala tidak mencukupi untuk menghidupkan nyahcas bara di dalam penghidup. Jika tiub gagal dihidupkan, ataupun menyala tetapi kemudian padam kembali, prosedur menghidupkan lampu diulang semula. Penghidup elektronik menggunakan kaedah yang lebih kompleks bagi memanaskan katod pada tiub lampu. Ia menggunakan suis semikonduktor khas yang diatur cara dengan masa pemanasan yang ditetapkan supaya katod dipanaskan sepenuhnya serta memanjangkan jangka hayat lampu. Penghidup elektronik mempunyai satu siri kapasitor yang mampu menghasilkan denyutan voltan tinggi merentasi lampu supaya ia dihidupkan dengan betul. Penghidup elektronik hanya perlu melakukan cubaan menghidupkan lampu dalam masa singkat apabila bekalan kuasa dihidupkan serta tidak akan berulang kali cuba menghidupkan tiub lampu yang sudah rosak. Penghidup elektronik direka supaya mampu menghidupkan lampu dalam masa 0.3 saat.Litar skema lampu pendarfluor dengan suis penghidup automatik. A: Tiub pendarfluor, B: Bekalan kuasa (+220 volt), C: Penghidup, D: Suis (termostat jalur dwilogam), E: Kapasitor, F: Filamen, G: Balast

MAKMAL PENDAWAIAN ELEKTRIKFakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional

AMALI 2

2.0. OBJEKTIF 2.1. Mempelajari komponen lampu pendarfluor dan fungsinya.2.2. Menggunakan alatan tangan pendawaian dengan cara yang betul dan selamat.2.3. Mendapat ilmu mengenai langkah membuat pendawaian lampu pendarfluor.

3.0. LANGKAH KESELAMATAN3.1. Keselamatan kawasan kerja dan peralatan Tentukan tempat kerja sentiasa kemas dan bersih daripada minyak, gris dan sebagainya Peralatan tangan dan perkakasan mesti dalam keadaan tersusun dan tidak menghalang gangguan ketika bekerja. Semua alat dan perkakas elektrik mestilah dalam keadaan baik untuk mengelakkan renjatan elektrik

3.2. Keselamatan diri semasa membuat pemasangan elektrik. Memakai pakaian yang bersesuaian dengan kerja dan tidak berzip. Kasut yang digunakan mestilah diperbuat daripada bahan penebat dan tidak bertumit. Elakkan memakai barang-barang kemas, bahan berlogam dan berantai. Gunakan peralatan dengan betul dan cermat mengikut fungsinya . Semasa membuang penebat daripada kabel, pastikan arah pergerakan pisau mestilah tidak menghala ke arah orang lain. Jangan bergurau senda dan patuhi keselamatan dalam bengkel.

MAKMAL PENDAWAIAN ELEKTRIKFakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional

AMALI 2

3.3. Keselamatan selepas kerja pendawaian Kesemua peralatan dan bahan yang digunakan hendaklah diletakkan semula di tempat asal mengikut kelas dan jenis. Bersihkan kawasan latihan amali dari sebarang kekotoran minyak, habuk dan sebagainya. Tutup punca elektrik yang tidak digunakan. Laporkan sebarang kerosakan, kehilangan alatan dan kemalangan kepada penyelia, juruteknik atau pensyarah yang bertugas.

MAKMAL PENDAWAIAN ELEKTRIKFakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional

AMALI 2

4.0. PROJEK AMALI 2Pendawaian lampu pendarfluor jenis tunggalGambar rajah: litar bergambar

Gambar rajah :litar skematik

starter

Gambar rajah: Penyambungan Litar Lengkap

MAKMAL PENDAWAIAN ELEKTRIKFakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional

AMALI 2

5.0. ALATAN YANG DIGUNAKAN

Playar muncung tirus Memotong dan membentuk kabel Memegang benda kecil di ruang yang sempit.

Penjalur wayar spring Menjalur dan memotong wayar Membuang penebat

Playar gabung Memotong kabel Mengapit dan membentuk kabel

Penjalur wayar Memotong kabel elektrik dan lebihan kabel tamatan pada punca tamatan

MAKMAL PENDAWAIAN ELEKTRIKFakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional

AMALI 2

ALATAN YANG DIGUNAKANPemutar skru Philips

Membuka dan mengetatkan skru jenis Philips.

Pena ujian Digunakan untuk menguji dan mengesan kebocoran arus elektrik atau wayar hidup. Sesuai untuk mengesan arus elektrik Digunakan untuk kerja-kerja ringan seperti memasang dan membuka skru kecil.

Pemutar skru rata

Membuka dan mengetatkan skru jenis rata

Multimeter

Membuat ujian keterusan, menguji rintangan dan ketebatan Mengukur nilai rintangan, voltan AC atau DC, tebatan dan arus Menguji tamatan kabel

MAKMAL PENDAWAIAN ELEKTRIKFakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional

AMALI 2

6.0. PROSEDUR KERJA LATIHAN AMALI LAMPU PENDARFLOUR TUNGGALLangkah 1 : menyediakan casing lampu kalimantang yang kosong

Lampu kalimantang yang belum disambung

Langkah 2 : Memasang wayar mengikut litar skematik/bergambar

Langkah 3 : Memasang cok dan mengetatkan dengan menggunakan pena ujian

MAKMAL PENDAWAIAN ELEKTRIKFakulti Pendidikan Tenikal & Vokasional

AMALI 2

Langkah 4 : Wayar putih berjalur hitam pada hujung sebelah lagi disambung dengan penyambung (connector)

Langkah 5 : Memasang starter holder dan starter dengan betul

Langkah 6 : Pendawaian lampu yang telah siap dipasang

MAKMAL PENDAWAIAN ELEKTRIKFakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional

AMALI 2

7.0. PEMERIKSAAN DAN PENGUJIANTujuan pemeriksaan dan pengujian dijalankan ke atas pemasangan pengguna atau alat-alat elektrik untuk memastikan keselamatan sesuatu pemasangan mengikut peraturan IEE, TNB, Suruhan Tenaga (ST) agar berfungsi dengan betul dan selamat digunakan.

Laksanakan pemeriksaan sebelum masukkan bekalan elektrika) Lakukan pemeriksaan menggunakan mata kasari. Setiap penyambungan kabel mestilah mengikut litar skematik yang betulii. Skru tidak longgariii. Membuat tamatan kabel dengan betul dan ekonomikb) Lakukan ujian keterusan menggunakan meter pelbagai.i. Laraskan bacaan dalam julat ohm.ii. Pastikan litar dalam keadaan OFF atau litar matiiii. Pastikan tamatan Life (L) disambungkan pada cokiv. Pastikan tamatan N (N) plug ke neutral connector

Foto: Sambungan di antara multimeter dan Punca L dan Punca N

MAKMAL PENDAWAIAN ELEKTRIKFakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional

AMALI 2

Kaedah menyambungkan voltan bekalan i) Setelah didapati segala pemeriksaan dan ujian selamat dijalankan maka pendawaian lampu ini boleh disambungkan kepada bekalan.ii) Gunakan voltan bekalan 240V 50Hz.iii) Masukkan plag 3 pin pada soket alir keluar 13A.iv) Hidupkan suis pada soket alir keluar 13A.v) Jika lampu pendarfluor menyala ia menunjukkan lampu tersebut dalam keadaan baik.vi) Sekiranya lampu tidak menyala, uji kehadiran arus pada plug 3 pin menggunakan pena ujian dan ulangi langkah menguji lampu pendarfluor semula jika pena ujian menunjukkan plag 3 pin mempunyai bekalan.

MAKMAL PENDAWAIAN ELEKTRIKFakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional

AMALI 2

8.0. PERBINCANGAN1. Pendawaian mata lampu mestilah menepati piawaian yang termaktub Peraturan IEE, SIRIM, MS Standard, Akta Bekalan Elektrik, TNB, Suruhan Tenaga dan JKR.2. Beberapa peraturan keselamatan haruslah dipatuhi antaranya :a. Peraturan keselamatan di tempat kerjab. Peraturan semasa kerja-kerja pemasangan elektrik.c. Perkara yang perlu diawasi dengan kerja-kerja pemasangan elektrik.d. Kehendak-kehendak keselamatan dalam pemasangan.3. Pekerja yang menjalankan kerja-kerja elektrik hendaklah orang yang berkelayakan, kompeten, dan alat-alat yang digunakan hendaklah dalam keadaan baik serta yang diakui ( seperti diakui oleh SIRIM).4. Ujian hendaklah dilakukan sebelum dan sesudah tambahan pemasangan baru atau baik pulih oleh orang yang boleh dipertanggungjawabkan.5. Pengalir yang digunakan hendaklah sesuai saiznya dan sesuai supaya tahan terhadap voltan, arus dan suhu sekitaran serta mendapat kelulusan SIRIM.6. Objektif pendawaian asas lampu pendarfluor ini secara tidak langsung dapat memberi pengajaran yang berguna kepada pelajar untuk membuat pendawaian yang betul dan selamat.

MAKMAL PENDAWAIAN ELEKTRIKFakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional

AMALI 2

9.0. KESIMPULANSetelah melaksanakan uji kaji ini, kami dapat membuat penyambungan lampu pendarfluor menggunakan kaedah yang betul dan selamat. Kami dapat mengenal pasti sambungan kabel life, Neutral dan Earth pada lampu pendarfluor. Setelah selesai penyambungan, kami dapat membuat ujian keterusan kepada sambungan yang telah dilakukan. Sekiranya berlaku apa-apa kegagalan atau kerosakan, kami dapat membuat pengesanan atau troubleshooting kepada penyambungan tersebut.

Akhir sekali, kami membuat ujian lari untuk menguji kefungsian litar yang telah dipasang. Ujian ini dilakukan setelah semua prosedur keselamatan diberi perhatian.

MAKMAL PENDAWAIAN ELEKTRIKFakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional

AMALI 2

10. RUJUKAN.

1. Tan Swee Sim, Zainal Bin Shaari, Zainul Abidin Bin Mohd Isa (2003). Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan Satu. Kuala Lumpur. Percetakan Rina Sendirian Berhad.2. https://www.google.com/search?q=lampu+pendarflour&rlz=1C2TGIB_enMY520MY524&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ei=WN8yU7vjLsKHrQeD9oGQCQ&sqi=2&ved=0CAYQ_AUoAQ&biw=1024&bih=4723. http://ms.wikipedia.org/wiki/Lampu_pendarfluor.4. http://kt5elektrik.blogspot.com/2012/11/langkah-langkah-pemasangan-lampu.html.5. BPT(2005), Menservis Peralatan Elektrik Domestik Tingkatan Empat, KPM.6. Haji Md Nasir Abd Manan (1997) Panduan Pendawaian Elektrik Domestik UTHM7. Electronic Fundamental, Floyd

LAMPIRANRajah: Pendawaian Lampu pendarfluor

1