panduan mengisi e-census...panduan mengisi e-census bagi responden yang telah mempunyai invitation...

24

Upload: others

Post on 04-Dec-2020

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PANDUAN MENGISI E-CENSUS...PANDUAN MENGISI E-CENSUS Bagi responden yang telah mempunyai Invitation Code, mereka boleh terus melayari pautan berikut untuk mengisi eCensus. Disertakan
Page 2: PANDUAN MENGISI E-CENSUS...PANDUAN MENGISI E-CENSUS Bagi responden yang telah mempunyai Invitation Code, mereka boleh terus melayari pautan berikut untuk mengisi eCensus. Disertakan
Page 3: PANDUAN MENGISI E-CENSUS...PANDUAN MENGISI E-CENSUS Bagi responden yang telah mempunyai Invitation Code, mereka boleh terus melayari pautan berikut untuk mengisi eCensus. Disertakan

PANDUAN MENGISI E-CENSUS

Bagi responden yang telah mempunyai Invitation Code, mereka

boleh terus melayari pautan berikut untuk mengisi eCensus.

https://ecensus.mycensus.gov.my/landing

Disertakan panduan mengisi eCensus untuk rujukan.

Kepada responden yang masih belum mempunyai Invitation Code

(kod akses kepada eCensus), Tuan/Puan boleh mendapatkannya

melalui aplikasi Google Form dipautan berikut:

https://forms.gle/6taG4zoq96fBKn959

Page 4: PANDUAN MENGISI E-CENSUS...PANDUAN MENGISI E-CENSUS Bagi responden yang telah mempunyai Invitation Code, mereka boleh terus melayari pautan berikut untuk mengisi eCensus. Disertakan

PANDUAN MENGISI E-CENSUS

Panduan ini menerangkan cara mengisi soal selidik mengikut bahagian

seperti berikut:

Bahagian A : Maklumat Responden

Bahagian B : Alamat Lengkap

Bahagian C : Tempat Kediaman

Bahagian D : Isi Rumah

Bahagian E : Perseorangan

Bahagian F : Kesihatan dan Kecergasan

Bahagian G : Hubungan Sosial

Bahagian H : Perumahan

Bahagian I : Warga Emas

KONSEP DAN DEFINISI

1. Isi Rumah (IR) terdiri daripada orang yang bersaudara dan/atau tidak

bersaudara yang biasa tinggal bersama dan membuat peruntukan

bersama untuk makanan dan keperluan hidup lain.

Contoh 1:

3 orang lelaki tinggal di satu unit perumahan yang sama, berkongsi

satu dapur tetapi mempunyai peraturan makanan yang berlainan

(peruntukan makanan berlainan) akan dianggap 3 IR.

Contoh 2:

1 keluarga iaitu terdiri daripada emak, ayah dan anak.

2. Ketua Isi Rumah (KIR) adalah antara AIR yang biasa tinggal di Tempat

Kediaman (TK) ini dan dirujuk sebagai ketua oleh AIR yang lain.

3. Ahli biasa merujuk kepada AIR yang telah atau akan tinggal bersama

AIR yang lain bagi tempoh 6 bulan atau lebih dalam tahun 2020,

walaupun tiada di TK ini semasa pembancian dijalankan.

4. Tempat Kediaman (TK) adalah struktur yang berasingan dan bebas

serta dibina untuk tujuan kediaman tetap atau sementara iaitu:

Berasingan – struktur dianggap berasingan jika ia dikelilingi atau

Page 5: PANDUAN MENGISI E-CENSUS...PANDUAN MENGISI E-CENSUS Bagi responden yang telah mempunyai Invitation Code, mereka boleh terus melayari pautan berikut untuk mengisi eCensus. Disertakan

dipisahkan oleh dinding, pagar dan sebagainya dan ditutupi oleh

bumbung; dan

Bebas – struktur dikatakan bebas jika mempunyai jalan keluar

masuk secara terus sama ada dari tangga umum, tempat lalu lintas

atau ruang lapang, tanpa perlu melalui perkarangan atau ruang

kediaman orang lain.

5. Bilik ditakrifkan sebagai ruang di dalam tempat kediaman yang

memenuhi ciri-ciri berikut: Dilingkungi oleh dinding dari lantai hingga ke siling atau bumbung;

Ketinggian sekurang-kurangnya 2 meter; dan

Ruang cukup luas untuk menempatkan sekurang-kurangnya

sebuah katil bersaiz orang dewasa iaitu berkeluasan tidak kurang

daripada 4 meter persegi.

6. Bilik tidur ditakrifkan sebagai ruang untuk tidur yang memenuhi ciri-ciri

berikut:

Dilingkungi oleh dinding atau pembahagian yang kekal/ separa kekal.

Berbeza saiz asalkan bertujuan untuk tidur.

Dinding/ pembahagi tidak semestinya sampai kepada bumbung/

siling.

Dinding/ pembahagi mesti cukup tinggi untuk memberi ruang

kepada pengasingan (privacy).

Page 6: PANDUAN MENGISI E-CENSUS...PANDUAN MENGISI E-CENSUS Bagi responden yang telah mempunyai Invitation Code, mereka boleh terus melayari pautan berikut untuk mengisi eCensus. Disertakan

Siapa yang perlu dibanci dan yang tidak perlu dibanci

Capaian e-Census

Terdapat 2 capaian e-Census:

a. melalui Komputer Peribadi; dan

b. melalui Peranti Mudah Alih (mobile web)

Page 7: PANDUAN MENGISI E-CENSUS...PANDUAN MENGISI E-CENSUS Bagi responden yang telah mempunyai Invitation Code, mereka boleh terus melayari pautan berikut untuk mengisi eCensus. Disertakan

A. Akses kepada laman web e-Census

Layari portal e-Census di pautan https://ecensus.mycensus.gov.my/

1. Pengguna kali pertama perlu klik “Pengguna Kali Pertama”.

2. Sekiranya anda ingin log masuk setelah mendaftar, klik pada "Log Masuk".

3. Anda hanya boleh log masuk satu sesi pada satu masa.

4. Anda boleh mengakses Manual Penggunaan e-Census dan Soal Jawab

Banci sebagai garis panduan.

5. Sekiranya anda mempunyai isu yang berbangkit dan perlukan bantuan, sila

rujuk Hubungi Kami untuk mendapatkan alamat, No telefon, emel dan

tempoh operasi yang ditetapkan.

Page 8: PANDUAN MENGISI E-CENSUS...PANDUAN MENGISI E-CENSUS Bagi responden yang telah mempunyai Invitation Code, mereka boleh terus melayari pautan berikut untuk mengisi eCensus. Disertakan

Bahagian Pendaftaran Kali Pertama

1. Sila masukkan Nama penuh, e-mel dan Nombor Telefon Mudah Alih.

2. Invitation code (IC) di perolehi melalui poskad atau melalui modul pra

pendaftaran. Sekiranya menerima IC melalui Poskad, masukkan 11 digit Kod

Jemputan (NG-DB-BP-TK). Anda boleh merujuk contoh Kod Jemputan

dengan klik Contoh.

Page 9: PANDUAN MENGISI E-CENSUS...PANDUAN MENGISI E-CENSUS Bagi responden yang telah mempunyai Invitation Code, mereka boleh terus melayari pautan berikut untuk mengisi eCensus. Disertakan

Contoh Invitation Code dari Poskad atau emel:

3. Sekiranya anda tidak mempunyai Invitation code (IC) (tidak menerima

Poskad), sila rujuk Bahagian Pra-Pendaftaran e-Census.

4. Klik pada kotak pilihan Saya bukan Robot captcha untuk tujuan

keselamatan.

Page 10: PANDUAN MENGISI E-CENSUS...PANDUAN MENGISI E-CENSUS Bagi responden yang telah mempunyai Invitation Code, mereka boleh terus melayari pautan berikut untuk mengisi eCensus. Disertakan

5. Anda perlu menjawab soalan gambar captcha jika gambar captcha

muncul.

6. Klik pada Daftar dan pop-up pengesahan alamat akan keluar dan anda

perlu memastikan alamat adalah benar. Klik Ya dan Daftar untuk

menyelesaikan pendaftaran. Sekiranya alamat tidak benar, sila hubungi

Hotline 1800-88-7720 atau emel kepada [email protected].

Page 11: PANDUAN MENGISI E-CENSUS...PANDUAN MENGISI E-CENSUS Bagi responden yang telah mempunyai Invitation Code, mereka boleh terus melayari pautan berikut untuk mengisi eCensus. Disertakan

7. Anda akan menerima 6 digit Kata Laluan Satu Masa (OTP) melalui SMS dan

e-mel.

Contoh 6 digit Kata Laluan Satu Masa (OTP) melalui SMS:

Contoh 6 digit Kata Laluan Satu Masa (OTP) melalui emel:

Page 12: PANDUAN MENGISI E-CENSUS...PANDUAN MENGISI E-CENSUS Bagi responden yang telah mempunyai Invitation Code, mereka boleh terus melayari pautan berikut untuk mengisi eCensus. Disertakan

8. Selepas pendaftaran lengkap, anda boleh meneruskan e-Census dengan

Sistem masuk. (Rujuk Bahagian Log Masuk)

Bahagian Log Masuk

1. Setelah Pendaftaran berjaya, responden terus klik kepada Log Masuk seperti

paparan diatas.

Page 13: PANDUAN MENGISI E-CENSUS...PANDUAN MENGISI E-CENSUS Bagi responden yang telah mempunyai Invitation Code, mereka boleh terus melayari pautan berikut untuk mengisi eCensus. Disertakan

2. Masukkan nombor telefon anda.

3. Klik pada kotak pilihan Saya bukan Robot captcha untuk tujuan

keselamatan.

4. Anda perlu menjawab soalan gambar captcha jika gambar captcha

Page 14: PANDUAN MENGISI E-CENSUS...PANDUAN MENGISI E-CENSUS Bagi responden yang telah mempunyai Invitation Code, mereka boleh terus melayari pautan berikut untuk mengisi eCensus. Disertakan

muncul.

5. Klik Log Masuk untuk masuk ke dalam sistem.

6. Sekiranya ingin kembali semula, Klik Kembali untuk kembali ke Halaman

Utama.

7. Anda boleh menukar bahasa dengan klik BM atau EN.

8. Sekiranya anda mempunyai isu, sila rujuk maklumat Hubungi Kami.

9. Selepas Log Masuk, anda akan menerima 6 digit Kata Laluan Satu Masa

(OTP) melalui SMS dan e-mel.

Contoh 6 digit Kata Laluan Satu Masa (OTP) melalui SMS:

Page 15: PANDUAN MENGISI E-CENSUS...PANDUAN MENGISI E-CENSUS Bagi responden yang telah mempunyai Invitation Code, mereka boleh terus melayari pautan berikut untuk mengisi eCensus. Disertakan

Contoh 6 digit Kata Laluan Satu Masa (OTP) melalui emel:

Page 16: PANDUAN MENGISI E-CENSUS...PANDUAN MENGISI E-CENSUS Bagi responden yang telah mempunyai Invitation Code, mereka boleh terus melayari pautan berikut untuk mengisi eCensus. Disertakan

10. Sila masukkan Kata Laluan Satu Masa (OTP) yang diterima melalui e-mel

dan klik Teruskan. Petua skrin (Screen Tip)akan muncul (rujuk gambar

dibawah) untuk navigasi pengguna. Kemudian, anda akan dialihkan ke

Papan Pemuka e-Census.

Page 17: PANDUAN MENGISI E-CENSUS...PANDUAN MENGISI E-CENSUS Bagi responden yang telah mempunyai Invitation Code, mereka boleh terus melayari pautan berikut untuk mengisi eCensus. Disertakan

11. Papan Pemuka e-Census akan memaparkan nama, nombor telefon dan

alamat e-mel anda. Sila klik Pengesahan Maklumat untuk mula menjawab.

12. Anda boleh terus melengkapkan maklumat di bawah;

(a) Pengesahan Maklumat

(b) Pengesahan Alamat

(c) Butir-Butir Responden

(d) Butir-Butir Isi Rumah

(e) Perakuan

13. Pilih jenis nombor kad pengenalan dan masukkan nombor kad pengenalan

anda.

Page 18: PANDUAN MENGISI E-CENSUS...PANDUAN MENGISI E-CENSUS Bagi responden yang telah mempunyai Invitation Code, mereka boleh terus melayari pautan berikut untuk mengisi eCensus. Disertakan

14. Klik Seterusnya untuk pergi ke bahagian seterusnya Butir-Butir Responden.

15. Pada skrin Butir-Butir Responden, anda perlu mengisi maklumat yang

diperlukan dalam empat (4) bahagian, Bahagian A (Maklumat Responden),

bahagian B (Alamat Lengkap), bahagian C (Tempat Kediaman) dan

bahagian D (Isi Rumah).

16. Pada bahagian A, isikan Nama Responden, Nombor telefon dan Emel.

17. Klik Seterusnya untuk pergi ke Seksyen B.

Amaran: Maklumat akan hilang jika anda tidak klik Seterusnya.

Page 19: PANDUAN MENGISI E-CENSUS...PANDUAN MENGISI E-CENSUS Bagi responden yang telah mempunyai Invitation Code, mereka boleh terus melayari pautan berikut untuk mengisi eCensus. Disertakan

18. Di skrin Alamat Lengkap, sila berikan alamat terperinci anda.

19. Klik Seterusnya untuk pergi ke bahagian seterusnya Tempat Kediaman.

20. Di skrin Tempat Kediaman, sila isikan maklumat anda.

21. Klik pada Seterusnya untuk pergi ke Bahagian Isi Rumah.

Page 20: PANDUAN MENGISI E-CENSUS...PANDUAN MENGISI E-CENSUS Bagi responden yang telah mempunyai Invitation Code, mereka boleh terus melayari pautan berikut untuk mengisi eCensus. Disertakan

22. Klik Seterusnya, untuk meneruskan ke Seksyen E - Papan Pemuka Butir-Butir Isi

Rumah.

Page 21: PANDUAN MENGISI E-CENSUS...PANDUAN MENGISI E-CENSUS Bagi responden yang telah mempunyai Invitation Code, mereka boleh terus melayari pautan berikut untuk mengisi eCensus. Disertakan

23. Di papan pemuka Butir-Butir Isi Rumah, anda perlu memberikan setiap

butiran ahli isi rumah yang terbahagi kepada 5 bahagian:

(a) Seksyen E - Demografi, Migrasi, Pendidikan, Pekerjaan, OKU dan

Kesuburan.

(b) Seksyen F – Kesihatan dan Kecergasan

(c) Seksyen G – Hubungan Sosial

(d) Seksyen H – Perumahan

(e) Seksyen I - Warga Emas (Pilihan)

24. Sila ikuti arahan yang diberikan di papan pemuka sebelum meneruskan

pengisian ahli isi rumah.

Page 22: PANDUAN MENGISI E-CENSUS...PANDUAN MENGISI E-CENSUS Bagi responden yang telah mempunyai Invitation Code, mereka boleh terus melayari pautan berikut untuk mengisi eCensus. Disertakan

25. Masukkan jumlah ahli isi rumah dan klik pada “Kemaskini” untuk mengemas

kini jumlahnya.

26. Anda boleh mencari ahli isi rumah dengan memasukkan nama dan klik Cari.

27. Klik untuk meneruskan pengisian maklumat banci.

28. Sekiranya anda ingin memadam rekod, Klik untuk memadam rekod ahli

isi rumah.

29. Klik Sahkan untuk menyelesaikan bancian.

Page 23: PANDUAN MENGISI E-CENSUS...PANDUAN MENGISI E-CENSUS Bagi responden yang telah mempunyai Invitation Code, mereka boleh terus melayari pautan berikut untuk mengisi eCensus. Disertakan

30. Klik Sahkan untuk pengesahan bancian yang telah diselesaikan.

31. Anda akan menerima e-mel penyelesaian banci. Klik Log Keluar untuk

Kembali ke Halaman Utama.

32. Anda akan menerima fail ringkasan soal selidik e-Census untuk rujukan.

Page 24: PANDUAN MENGISI E-CENSUS...PANDUAN MENGISI E-CENSUS Bagi responden yang telah mempunyai Invitation Code, mereka boleh terus melayari pautan berikut untuk mengisi eCensus. Disertakan

Contoh fail ringkasan soal selidik e-Census;