panduan melahirkan generasi soleh

Upload: mard

Post on 08-Apr-2018

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 Panduan Melahirkan Generasi Soleh

    1/7

    PANDUAN MEMBINA GENERASI SOLEH DARI KISAH TOKOH TERBILANG

    Oleh:Izwan Abdul Halim

    Keperibadian Ibu Semasa Hamil

    Hubungan terawal dalam kehidupan manusia adalah antara anak denganibu. Ia bermula saat manusia diciptakan Allah di dalam rahim ibunya. Sepanjangtempoh kehamilan itu, keperibadian si ibu mempengaruhi kandungannya. AllahSWT memaparkan kisah isteri Imran di dalam al-Quran sebagai panduan buatibu yang sedang hamil.

    )Ms9$s%Nr& t$#ttb>uo)Nxts9$t_t/#Yys7s)tGsh_(y7)|M r&9$#=y9$#$n=s$pJy| uMs9$s%b> uo)!$pJ| u4s\&!$#un= r&$y/My|u}s9 ux.%!$#4s\W{$%x.(o) u$pJyztto) u$y&/

    $ytGhuzs9$#_9$#$yn=6s)tFs$y/u@7s)/9|ym$ytFt7/ r& u$?$t6t$Y|ym$yn=x.u$x.y(....

    (Ingatlah) ketika isteri Imran berkata:"Tuhanku! Sesungguhnya aku

    nazarkan kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang

    yang bebas (dari segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadaMu semata-

    mata), maka terimalah nazarku; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha

    Mendengar, lagi Maha Mengetahui." Maka apabila ia melahirkannya,

    berkatalah ia: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan

    seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak

    lelaki), - dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu -

    dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan; dan

    bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia

    dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan

    syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)". Maka ia

    (Maryam yang dinazarkan oleh ibunya) diterima oleh Tuhannya dengan

    penerimaan yang baik, dan dibesarkannya dengan didikan yang baik, serta

    diserahkannya untuk dipelihara oleh Nabi Zakaria..(ali-Imran:35-37)

    Sebagai meneruskan kesinambungan dakwah beliau dan suami, telahdinazarkannya bahawa anak dalam kandungan itu akan diserahkan untukmenjadi pejuang agama di bumi Baitulmaqdis tempat kediaman mereka.Diungkapkan nazar itu penuh kesungguhan sebagai manifestasi kehambaannya

  • 8/7/2019 Panduan Melahirkan Generasi Soleh

    2/7

    (ubudiyyah) yang tinggi kepada Allah. Bahkan rasa hiba beliau melahirkan anakperempuan adalah kerana pada pendiriannya anak lelaki lebih utama untukmenjadi pejuang agama. Namun sebagai hamba yang taat, beliau tetapmenyerahkan anak itu dalam maksud menunaikan nazarnya biarpun itulah satu-satunya pewaris yang dimiliki setelah hamil lewat usia tua. Suaminya Imran pula

    meninggal saat kandungannya masih baru. Beliau juga berdoa agar Allahmemelihara anak itu dan keturunannya serta dipohon agar dijauhi dari syaitan.Allah SWT menunaikan hasrat beliau dan anak itu dipelihara serta dididik olehNabi Zakaria AS.

    Keperibadian yang dijelmakan pada sifat-sifat ketaatan dan cita-citanyauntuk agama, selain ubudiyyah dan pergantungannya yang penuh harap kepadaAllah adalah panduan rabbani buat pasangan beriman dalam matlamatmelahirkan generasi soleh. Terbukti dengan keperibadian itu, Allah menjadikananak yang dilahirkannya sebagai antara empat wanita yang terkemuka disisiAllah iaitulah Maryam juga menjadikan keturunan anak itu antara yang terbilang

    iaitulah Nabi Isa al-Masih.

    Impian menimang cahaya mata perlulah disertakan niat agar anak itubakal menjadi insan yang berguna untuk agama. Doa hendaklah selaludipanjatkan memohon pemeliharaan Allah bukan sahaja kepada si anak, tetapi

    juga zuriat keturunannya. Bahkan doa dipanjangkan agar anak itu dan zuriatketurunannya kelak dijauhi dari syaitan yang termaktub adalah musuh yangnyata kepada orang beriman. Moga-moga dengan asbab yang sama, anak danzuriat keturunan yang bakal dilahirkan menjadi insan yang soleh serta Allahmemeliharakan mereka untuk berada di sekeliling jagaan dan didikan insan-insan yang soleh juga.

    Beribadat Tanpa Meminggirkan Perjuangan

    Peristiwa Isra dan Mikraj adalah mustahil untuk dianalisa oleh manusiadengan akal fikiran dan formula logik melainkan dipandang dengan kekuatanaqidah. Dalam peristiwa itu, Baginda Nabi SAW yang diiringi oleh Malaikat Jibriltelah diperjalankan (isra) dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa diPalestin dan dari Masjidil Aqsa, Baginda diangkat (mikraj) ke langit. Disepanjangperjalanan ke langit Baginda diperlihatkan keadaan syurga dan neraka. BagindaSAW juga dipertemukan dengan para Nabi-nabi. Seterusnya menuju ke langittertinggi iaitu Sidratul Muntaha untuk bertemu Allah menerima amanah solat.

    Terkandung ilmu keibubapaan yang dapat dipetik dari peristiwa agung iniyang menjadi keperluan perlaksanaan oleh ibu bapa di dalam mentarbiyyahanak-anak.

    Masjidil Haram, Mekah adalah tempat Nabi Muhammad SAW yangsinonim sebagai bumi peribadatan. Masjidil Aqsa, Palestin pula adalah tempat

  • 8/7/2019 Panduan Melahirkan Generasi Soleh

    3/7

    Maryam dan Nabi Isa AS yang sinonim sebagai bumi perjuangan. Pengajaranisra ini mengajak ibu bapa bahawa di dalam menjayakan pentarbiyyah anak-anak, haruslah meletakkan peribadatan sebagai nadi tarbiyyah tanpamemisahkan elemen perjuangan agama. Juga membawa maksud ibu bapaadalah model ahli ibadah dan pejuang agama. Kerana ibadah dan perjuangan itu

    pada hakikatnya saling melengkapi. Beribadah tanpa perjuangan tidak akanmampu memberi sinar gemilang kepada ibadah. Manakala perjuangan tanpaibadah akhirnya akan meluntur dan melemahkan perjuangan.

    Mikraj membawa pengajaran untuk menjadikan Allah sebagai matlamatdalam tarbiyyah dengan menjadikan segala panduanNya sebagai dasar.Kekuatan aqidah yang meliputi penyampaian berkaitan syurga dan neraka, dosadan pahala, amal maruf dan nahi mungkar menjadi pengisian-pengisian utamatarbiyyah kerana semua manusia akan melalui perhitungan dan penghakimandari Allah Rabbuljalil kelak. Kisah para Nabi dan Rasul juga perlulah menjadisubjek utama sebagai menunjukkan teladan yang perlu dizahirkan di dalam

    meniti kehidupan.

    Wujud hubungan yang jelas antara Baginda Nabi Muhammad SAWdengan Maryam dan Nabi Isa AS. Kesamaan mereka terletak pada susur galurketurunan iaitulah masing-masing dari keluarga Nabi Ibrahim dan keluargaImran; dua keluarga cemerlang yang mendapat pengikhtirafan di sisi Allah SWT.

    *)!$##ss$#t y#u%[n ut#uuz t/)t# uuttn?ttn=y9$#Sesungguhnya Allah telah memilih Nabi Adam, dan Nabi Nuh, dan juga

    keluarga Nabi Ibrahim dan keluarga Imran, melebihi segala umat (yang ada pada

    zaman mereka masing-masing).(ali-Imran:33)

    Rumah Sebagai Madrasah Tarbiyyah

    Keimanan yang bersinar di dalam diri Abu Bakar RA terpancar padaamalan dan usahanya kepada Islam. Dalam memenuhi kewajipan ibadah di awalIslam, setiap dalam solatnya, Abu Bakar RA mengulang-ulang bacaan lembaran-lembaran wahyu yang telah diturunkan dengan suara yang nyaring. Adaketikanya, dia membaca al-Quran di luar rumahnya. Musyrikin Quraisy yangkhuatir dengan pengaruh Islam terhadap anak-anak dan kaum wanita mereka,

    telah mendesak Abu Bakar RA agar tidak beribadah secara terbuka.

    Menangani desakan itu, Abu Bakar membangunkan sebuah masjid di sisirumahnya untuk membolehkan beliau terus solat dan membaca al-Quran.

    Selain dari keperibadian beliau yang menerima anugerah gelaran As-Siddiq, usaha beliau membangunkan masjid di sisi rumah itu adalah sebahagianrahsia kejayaannya membina keluarga yang menjadi pendokong utama

  • 8/7/2019 Panduan Melahirkan Generasi Soleh

    4/7

    Rasulullah dan perjuangan Islam. Amat perlu setiap mukmin dan keluarganyaselain mengimarahkan masjid, mewujudkan bilik atau ruang khas di rumahsebagai Madrasah Tarbiyyah. Moga-moga dari rumah seperti itu, akanterbentuknya sebuah keluarga yang komited kepada perjuangan Islam.

    Intipati Nasihat dan Pengukuhan Diri

    Mengukuhkan diri anak-anak dengan nasihat adalah kelaziman ibu bapa.Bersama-sama nasihat yang sesuai mengikut perkembangan anak-anak, perlu

    juga nasihat-nasihat dasar yang diulang ingat dan diperkukuhkan dalam dirianak-anak. Nasihat-nasihat itu sebenarnya terkandung dalam al-Quran darisurah Luqman. Mari hayati butir-butir nasihat Luqman al-Hakim kepada anak-anaknya:

    ) ut$s%y)9/euuto_6t8@!$$/()x8e9$#=s9 t13. Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi

    nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau

    mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan

    syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".

    Nasihat pertama ini adalah tunjang kepada segala nasihat. Ketauhidanmesti hidup pada diri manusia bersama nyawa dan jasadnya. Allah segala-galanya, Pengawas dan Pelindung manusia, bahkan juga seluruh alam ini.

    $uuuz|M}$#y9u/Fn=uxq&$u4n?t9 u=|ut%tr&6$#

  • 8/7/2019 Panduan Melahirkan Generasi Soleh

    5/7

    )u# yyy_#n?tr&@1$t}s9y7s9/=s$y?($y6m$|u$u9$#$]t(7?$# u6ytz>$t r&n

  • 8/7/2019 Panduan Melahirkan Generasi Soleh

    6/7

    o_6t%r&n4n=9$#& uy9$$/t$# uts39$#9$# u4n?t!$ty7t/$|r&()y79 stW{$#

    17. "Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuatkebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan

    bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang

    demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat

    melakukannya.

    Motivasi anak-anak dibina dengan nasihat berupa seruan untukmendirikan solat. Dari solat terbina kekuatan untuk berbuat kebaikan danmenjauhi kemungkaran serta mendakwah orang lain kepada prinsip itu. Sabarditanam hingga tumbuh mekar dalam diri anak-anak sekaligus menjadi cabangkeimanan kepada qada dan qadar.

    ui|?s{$=9us?F{$#$m tt()!$#=t.5$tF9s

    18. "Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah)

    kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak

    sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong

    takbur, lagi membanggakan diri.

    Disebalik kebaikan yang ditanamkan dalam diri, kadang-kadang tanpa

    disedari wujud perbagai perasaan kepada orang lain. Untuk itu, anak-anak perludinasihatkan untuk tidak membeza-bezakan antara manusia dalam hubungan.Apatah lagi untuk bersikap tercela seperti sombong, takbur dan membanggakandiri yang boleh terdorong berlaku dari hasutan perasaan.

    %$#ut$# uy7?|4)ts3 r&N uF{$#N|s9pt:$#

    19. "Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah

    suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suarakeldai".

    Kecantikan dan kemuliaan manusia tercermin pada tingkah perbuatannya.Kadang-kadang manusia mudah takut dengan perbuatan dan tersinggung dariperkataan yang kasar. Adakalanya manusia jelek dengan tingkah laku terlalulembut dan suara yang manja. Maka, didiklah anak-anak dengan kesederhanaanpada tindakan dan perbualannya.

  • 8/7/2019 Panduan Melahirkan Generasi Soleh

    7/7

    Dalam tingkah laku manusia adakalanya terdapat perbuatan yangmemudharatkan manusia lain seperti kasar, menindas atau khianat. Begitu jugatutur kata yang menyinggungkan akibat dari mengejek, mencela atau berdusta.Kadang-kadang tingkah laku yang terlalu lembut dan tutur kata yang terlalumanja pula menimbulkan rasa kurang yakin dan jelek manusia. Maka, didiklah

    anak-anak dengan kesederhanaan pada perbuatan dan perkataannya. Moga-moga kesederhanaan itulah cermin kecantikan dan kemuliaan diri.

    Negara Naungan Ilahi

    Hakikatnya lingkungan tarbiyyah itu terlalu luas dan saling mempengaruhi.Keperibadian dan amalan ibu bapa; dasar dan teknik didikan; serta kediaman;hanyalah komponen tarbiyyah yang hidup disamping anak-anak. Sebaliknyanegara, sistem pemerintahan bahkan manusia lainnya merupakan komponenyang lebih besar dan kuat untuk mempengaruhi tarbiyyah anak.

    )ut$s%t/)b>uy_$##xyt$s#t69$#$Y# u_7_$# u_t/ ur&y7t$oF{$#Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa berkata: "Wahai Tuhanku!

    Jadikanlah negeri Makkah ini negeri yang aman, dan jauhkanlah daku dan anak-

    anakku dari perbuatan menyembah berhala.(Ibrahim:35)

    Negara aman yang dimaksudkan adalah sebuah negara yang tertegak didalamnya syariat-syariat Allah. Syariat itu terlihat pada tatacara pemerintahandan pemerintah; perundangan; muamalah; serta penghayatan hidup rakyatnya.Sekaligus segala cabang-cabang kemungkaran dan syirik tidak bertunas sama

    sekali. Nescaya, negara seperti ini bukan sahaja mampu melahir danmemelihara kesolehan warganya, tetapi mendapat naungan dan rahmatdaripada Allah SWT.

    s9ur&rt)9$#(#t#u(#s)?$#u$ustGxs9n=t;Mx.tt/zi!$y9$#F{$#uDan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta

    bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang

    melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi..(al-Araaf:96)