panduan lengkap solat - leedsmscl.files.wordpress.com · d. perkara-perkara yang membatalkan wudhu...

42
PANDUAN LENGKAP SOLAT CARA BERWUDHU AZAN & IQAMAH CARA BERSOLAT [MSCLUK@2016]

Upload: hoanghanh

Post on 02-Mar-2019

262 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

PANDUAN LENGKAP SOLAT CARA BERWUDHU

AZAN & IQAMAH

CARA BERSOLAT

[MSCLUK@2016]

KEM SOLAT ANAK CEMERLANG

Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016 Page 1

Cara Berwudhu

A. ADAB BERWUDHU

1. Wuduk ertinya membersihkan anggota wuduk untuk menghilangkan

hadas kecil dengan menggunakan air. Wuduk merupakan syarat sahnya solat. Oleh itu, wuduk mesti dilaksanakan dengan baik dan betul.

2. Rukun wuduk ada enam perkara:

a. Niat sewaktu membasuh muka

Lafaz niat wuduk adalah:

“Aku berniat mengangkat hadas kecil kerana Allah Ta’ala.”

b. Membasuh muka dimulakan dari tumbuhnya rambut kepala sampai di bawah dagu dan dari telinga kanan sampai ke telinga kiri.

c. Membasuh kedua belah tangan hingga ke siku.

d. Menyapu air pada sebahagian kepala.

e. Membasuh kedua belah kaki.

f. Tertib (berturut-turut). Dengan erti kata lain, mendahulukan yang dahulu dan mengemudiankan yang kemudian.

B. SYARAT-SYARAT WUDHU

Syarat-syarat wuduk ialah:

a. Orang Islam

b. Mumayyiz (orang yang dapat membezakan baik dan buruk sesuatu pekerjaan).

c. Tidak berhadas besar.

d. Menggunakan air yang suci lagi menyucikan.

e. Tidak ada sesuatu yang menghalang air sampai ke kulit pada anggota wuduk.

KEM SOLAT ANAK CEMERLANG

Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016 Page 2

C. SUNAT-SUNAT WUDHU

Sunat-sunat wuduk ialah:

a. Membaca Bismillah.

b. Membasuh telapak tangan.

c. Berkumur-kumur.

d. Membersihkan lubang hidung.

e. Mendahulukan anggota kanan dari yang kiri.

f. Menyapu seluruh kepala.

g. Mengusap kedua telinga luar dan dalam.

h. Membasuh anggota wuduk sebanyak tiga kali.

i. Sela-menyela antara jari tangan dan kaki.

j. Membaca kalimah syahadah setelah selesai wuduk.

D. PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN WUDHU

a. Sesuatu yang keluar dari qubul dan dubur.

b. Hilang akal sebab mabuk, gila, pitam dan sebagainya.

c. Terjadi persentuhan antara kulit tubuh lelaki dan perempuan yang bukan muhrimnya dan tanpa tutup pemisah.

d. Menyentuh qubul dan dubur dengan telapak tangan yang tidak dipakai tutup pemisah baik kemaluan sendiri mahupun orang lain.

e. Tidur yang tidak tetap tempat dan kedudukannya.

f. Murtad

E. MENGANGKAT WUDHU/HADAS KECIL

1. Mulakan dengan bismillah..

“Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha penyayang.”

KEM SOLAT ANAK CEMERLANG

Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016 Page 3

1. Membersihkan Kedua Belah Telapak Tangan

2. Berkumur-kumur dan Membersihkan Hidung.

3. Membasuh muka.

KEM SOLAT ANAK CEMERLANG

Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016 Page 4

“Aku berniat mengangkat hadas kecil kerana Allah Ta’ala.”

4. Membasuh tangan kanan dan kiri.

KEM SOLAT ANAK CEMERLANG

Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016 Page 5

5. Menyapu sebahagian kepala.

6. Membasuh kedua belah telinga.

7. Membasuh kaki kanan dan kiri.

KEM SOLAT ANAK CEMERLANG

Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016 Page 6

8. Doa selepas wuduk.

“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tidak ada yang menyekutukanNya dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hambaNya dan pesuruhNya. Ya Allah, jadikanlah aku orang yang bertaubat dan jadikanlah aku orang yang menjaga kebersihan, jadikanlah aku daripada hambaMu yang soleh, Maha Suci Engkau ya Allah dengan sifat kepujianMu. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Engkau. Aku memohon ampun dan taubat kepadaMu dan Allah rahmati serta sejahterakan junjungan kami Muhammad, keluarganya dan para sahabatnya.”

KEM SOLAT ANAK CEMERLANG

Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016 Page 7

Azan & Iqamah

A. BACAAN AZAN

1. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar

2. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah.

3. Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

4. Marilah mendirikan solat.

5. Marilah menuju kemenangan.

6. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.

7. Tiada Tuhan melainkan Allah.

Azan itu dilaungkan pada setiap waktu sembahyang Fardu dan bacaannya sama, melainkan azan subuh, ditambah dengan seruan:

8. Solat itu lebih baik daripada tidur.

KEM SOLAT ANAK CEMERLANG

Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016 Page 8

B. DOA SESUDAH AZAN

“Wahai Tuhan yang empunya seruan yang telah sempurna dan solat yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi kepada junjungan kami Muhammad kehormatan dan pangkat yang menjulang tinggi. Bangkitkan untuknya kedudukan yang terpuji yang Engkau telah janjikan, sesungguhnya Engkau tidak mungkir janji.

C. BACAAN IQAMAT

1. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.

2. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah.

3. Aku bersaksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah.

4. Marilah mendirikan solat.

5. Marilah menuju kemenangan.

6. Sesungguhnya solat itu hampir didirikan.

7. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.

8. Tiada Tuhan melainkan Allah.

KEM SOLAT ANAK CEMERLANG

Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016 Page 9

Cara Bersolat

A. PENGERTIAN

Solat adalah perintah Allah (s.w.t) yang paling utama. Oleh itu, perintah solat disampaikan kepada Nabi Muhammad (s.a.w) adalah secara langsung dan tidak melalui perantaraan. Iaitu ketika Nabi Muhammad (s.a.w) sedang melaksanakan israk dan mikraj. Perintah solat berbeza dengan perintah yang lain. Solat bererti doa atau permohonan kepada Allah. Solat menurut istilah adalah perbuatan ibadah yang merupakan ucapan dan perbuatan yang dimulakan dengan takbir dan diakhiri dengan salam.

1. Solat Subuh ( 2 rakaat )

2. Solat Zuhur ( 4 rakaat )

3. Solat Asar ( 4 rakaat)

4. Solat Maghrib ( 3 rakaat )

5. Solat Isya’ ( 4 rakaat )

B. SYARAT-SYARAT MELAKUKAN SOLAT

I. Syarat Wajib Solat: 1. Islam 2. Baligh dan berakal.

3. Suci daripada hadas kecil dan besar.

4. Selamat salah satu anggota deria pendengaran atau penglihatan

5. Sampai seruan Islam.

II. Syarat sah solat:

1. Suci daripada hadas kecil dan besar.

2. Suci tempat, pakaian dan tubuh daripada najis.

3. Mengetahui tentang masuknya waktu solat.

4. Menutup aurat.

5. Menghadap kiblat.

Keterangan - Aurat bagi lelaki adalah dari pusat sampai ke lutut

manakala aurat perempuan adalah seluruh badannya kecuali muka

dan kedua telapak tangan.

KEM SOLAT ANAK CEMERLANG

Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016 Page 10

C. RUKUN SOLAT

1. Berniat.

2. Berdiri bagi yang mampu.

3. Takbiratul ihram (membaca Allahu Akbar).

4. Membaca surah al-Fatihah.

5. Rukuk dengan tuma’ninah.

6. Iktidal dengan tuma’ninah.

7. Sujud dengan tuma’ninah.

8. Duduk antara dua sujud dengan tuma’ninah.

9. Duduk tasyahud akhir dengan tuma’ninah

10. Duduk tasyahud akhir.

11. Membaca selawat Nabi ketika tasyahud akhir.

12. Membaca salam yang pertama.

13. Tertib (berturut-turut).

D. PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT Apabila salah satu rukun dan syarat tidak dikerjakan atau ditinggalkan dengan sengaja, maka batallah solatnya (tidak sah). Di antara yang membatalkan solat adalah sebagai berikut:

1. Berhadas.

2. Bercakap-cakap dengan sengaja.

3. Terbuka aurat.

4. Bergerak berturut-turut tiga kali (3 x).

5. Makan dan minum walaupun sedikit.

6. Terkena najis.

7. Membelakangi kiblat.

8. Tertawa tergelak-gelak.

9. Menambah rukun.

10. Mendahului imam dua rukun bila menjadi makmum.

11. Berubah niat.

12. Melangkah atau memukul dengan kuat.

13. Murtad (keluar daripada agama Islam)

KEM SOLAT ANAK CEMERLANG

Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016 Page 11

E. Niat Solat Fardhu

1. Solat Zuhur:

“Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat kerana Allah Ta’ala.”

2. Solat Asar:

“Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat kerana Allah Ta’ala.”

3. Solat Maghrib:

“Sahaja aku solat fardu Maghrib tiga rakaat kerana Allah Ta’ala.”

4. Solat Isyak:

“Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat kerana Allah Ta’ala.”

5. Solat Subuh:

“Sahaja aku solat fardu Subuh dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”

Lafaz niat solat Jumaat:

“Sahaja aku solat fardu Jumaat dua rakaat sebagai imam/makmum kerana Allah Ta’ala.”

KEM SOLAT ANAK CEMERLANG

Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016 Page 12

F. PANDUAN SOLAT BERGAMBAR (SOLAT ZUHUR)

Sebelum mengangkat takbir (takbiratul ihram) hendaklah kita

membaca lafaz niat berikut ini:

“Sahaja aku mengerjakan solat fardu zuhur empat rakaat kerana Allah

Ta’ala.”

1. Takbiratul Ihram:

(Allah Maha Besar)

KEM SOLAT ANAK CEMERLANG

Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016 Page 13

2. Berdiri pada Rakaat Pertama:

3. Doa Iftitah:

“Allah Maha Besar lagi Agung dan puji-pujian bagi Allah sebanyak- banyaknya. Maha Suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderungkan lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku daripada golongan orang yang menyekutukan-Nya.

KEM SOLAT ANAK CEMERLANG

Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016 Page 14

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku semata-mata hanya untuk Allah Tuhan sekalian alam. Tiada sekutu bagi-Nya. Dan dengan demikian aku diperintahkan, dan aku termasuk dikalangan orang muslim

(berserah diri).”

4. Bacaan Ta’awwuz:

“Aku berlindung dengan Allah dari godaan syaitan yang direjam.”

5. Bacaan Surah al-Fatihah:

“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan(hari Akhirat). Engkaulahsahaja(Ya Allah) Yang Kamisembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang yang sesat.” (Surah al-Fatihah: 1-7)

5. Bacaan Surah:

KEM SOLAT ANAK CEMERLANG

Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016 Page 15

“Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. “Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama? Itulah orang yang mengherdik anak yatim, dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin. Maka celakalah bagi orang yang solat, (iaitu) orang yang lalai daripada solatnya, orang yang berbuat riyak dan enggan (menolong dengan) barang berguna.” (Surah al-Ma’un: 1-7)

6. Takbir Kerana Rukuk:

(Allah Maha Besar)

7. Rukuk:

“Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung Dengan sifat kepujian-Nya.”

KEM SOLAT ANAK CEMERLANG

Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016 Page 16

8. Iktidal (Kembali Berdiri dari Rukuk):

“Allah mendengar akan orang yang memuji-Nya.”

KEM SOLAT ANAK CEMERLANG

Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016 Page 17

9. Iktidal (Kembali Berdiri dari Rukuk):

(Ya Tuhan kami! BagiMu segala pujian)

(Allah Maha Besar)

10. Sujud yang Pertama:

“Maha Suci TuhanKu yang Maha Tinggi dengan sifat kepujian-Nya.”

(Allah Maha Besar)

KEM SOLAT ANAK CEMERLANG

Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016 Page 18

11. Duduk di antara Dua Sujud:

“Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, afiatkanlah aku dan

maafkanlah aku.”

KEM SOLAT ANAK CEMERLANG

Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016 Page 19

12. Sujud yang Kedua:

(Allah Maha Besar)

“Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi dengan sifat kepujian-Nya.”

(Allah Maha Besar)

13. Bangun ke Rakaat Kedua Tanpa Mengangkat Tangan:

KEM SOLAT ANAK CEMERLANG

Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016 Page 20

14. Surah al-Fatihah:

“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan(hari Akhirat). Engkaulahsahaja(Ya Allah) Yang Kamisembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang yang sesat.” (Surah al-Fatihah: 1-7)

15. Membaca Surah:

“Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap tentera bergajah? Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka (untuk menghancurkan Kaabah itu sia-sia? Dan Dia mengirimkan kepada mereka burung yang berbondong-bondong, yang melemparkan mereka dengan batu berasal daripada tanah yang terbakar, lalu Dia menjadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan (ulat). (Surah al-Fil: 1-5)

KEM SOLAT ANAK CEMERLANG

Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016 Page 21

16. Takbir Kerana Rukuk:

(Allah Maha Besar)

17. Rukuk:

“Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung Dengan sifat kepujian-Nya“.

KEM SOLAT ANAK CEMERLANG

Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016 Page 22

18. Iktidal (Kembali Berdiri dari Rukuk):

“Allah mendengar akan orang yang memuji-Nya.”

19. Iktidal (Kembali Berdiri dari Rukuk):

(Ya Tuhan kami! BagiMu segala pujian)

(Allah Maha Besar)

KEM SOLAT ANAK CEMERLANG

Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016 Page 23

20. Sujud yang Pertama:

“Maha Suci TuhanKu yang Maha Tinggi dengan sifat kepujian-Nya.”

(Allah Maha Besar)

21. Duduk di antara Dua Sujud:

“Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, afiatkanlah aku dan

maafkanlah aku.”

KEM SOLAT ANAK CEMERLANG

Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016 Page 24

22. Sujud yang Kedua:

(Allah Maha Besar)

“Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi dengan sifat kepujian-Nya”.

(Allah Maha Besar)

KEM SOLAT ANAK CEMERLANG

Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016 Page 25

23. Duduk Tahiyat Awal:

24. Bacaan Tahiyat Awal:

“Segala ucapan selamat yang berkat-berkat (berganda-ganda) dan doa yang baik-baik semuanya milik Allah. Selamat sejahtera atasmu wahai nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya. Selamat sejahtera atas kita dan juga hamba- hamba Allah yang baik-baik. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad sebagai pesuruh Allah. Ya

Allah, anugerahkanlah kesejahteraan ke atas Muhammad.”

25. Berdiri dan Mengangkat Takbir Selepas Tahiyat Awal:

(Allah Maha Besar)

KEM SOLAT ANAK CEMERLANG

Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016 Page 26

26. Berdiri pada Rakaat yang Ketiga:

KEM SOLAT ANAK CEMERLANG

Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016 Page 27

27. Surah al-Fatihah:

“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan(hari Akhirat). Engkaulahsahaja(Ya Allah) Yang Kamisembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang yang sesat.” (Surah al-Fatihah: 1-7)

28. Takbir Kerana Rukuk:

(Allah Maha Besar)

KEM SOLAT ANAK CEMERLANG

Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016 Page 28

29. Rukuk:

“Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung Dengan sifat kepujian-Nya.”

30. Iktidal (Kembali Berdiri dari Rukuk):

“Allah mendengar akan orang yang memuji-Nya.”

KEM SOLAT ANAK CEMERLANG

Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016 Page 29

31. Iktidal (Kembali Berdiri dari Rukuk)

(Ya Tuhan kami! Bagi-Mu segala pujian)

(Allah Maha Besar)

32. Sujud yang Pertama):

“Maha Suci TuhanKu yang Maha Tinggi dengan sifat kepujian-Nya.”

(Allah Maha Besar)

KEM SOLAT ANAK CEMERLANG

Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016 Page 30

33. Duduk di antara Dua Sujud:

“Tuhanku ampunkanlah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah aku, angkatlah

darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku.”

KEM SOLAT ANAK CEMERLANG

Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016 Page 31

34. Sujud yang Kedua:

(Allah Maha Besar)

“Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi dengan sifat kepujian-Nya.”

(Allah Maha Besar)

35. Bangun ke Rakaat Keempat tanpa Mengangkat Tangan:

KEM SOLAT ANAK CEMERLANG

Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016 Page 32

36. Surah al-Fatihah:

“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan(hari Akhirat). Engkaulahsahaja(Ya Allah) Yang Kamisembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang yang sesat.” (Surah al-Fatihah: 1-7)

37. Takbir Kerana Rukuk:

(Allah Maha Besar)

KEM SOLAT ANAK CEMERLANG

Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016 Page 33

38. Rukuk:

“Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung Dengan sifat kepujian-Nya.“

39. Iktidal (Kembali Berdiri dari Rukuk):

“Allah mendengar akan orang yang memuji-Nya.”

KEM SOLAT ANAK CEMERLANG

Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016 Page 34

40. Iktidal (Kembali Berdiri dari Rukuk):

(Ya Tuhan kami! BagiMu segala pujian)

(Allah Maha Besar)

41. Sujud yang Pertama:

“Maha Suci TuhanKu yang Maha Tinggi dengan sifat kepujian-Nya.”

(Allah Maha Besar)

KEM SOLAT ANAK CEMERLANG

Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016 Page 35

42. Duduk di antara Dua Sujud:

“Tuhanku ampunkanlah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, afiatkanlah aku dan

maafkanlah aku.”

KEM SOLAT ANAK CEMERLANG

Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016 Page 36

43. Sujud yang Kedua:

(Allah Maha Besar)

“Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi dengan sifat kepujian-Nya.”

(Allah Maha Besar)

44. Duduk Tahiyat Akhir:

KEM SOLAT ANAK CEMERLANG

Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016 Page 37

45. Bacaan Tahiyat Akhir:

”Segala ucapan selamat yang berkat-berkat (berganda-ganda) dan doa yang baik-baik semuanya milik Allah. Selamat sejahtera atasmu wahai nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya. Selamat sejahtera atas kita dan juga hamba- hamba Allah yang baik-baik. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad sebagai utusan Allah.

Ya Allah, anugerahkanlah kesejahteraan ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah anugerahkan kesejahteraan ke atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim dan berkatilah Muhammad dan keluarga

Muhammad sebagaimana yang Engkau telah berkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Tinggi.”

46. Salam ke Kanan:

“Sejahtera ke atas kamu dan semoga dicucuri rahmat Allah.”

KEM SOLAT ANAK CEMERLANG

Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016 Page 38

47. Salam ke Kiri:

“Sejahtera ke atas kamu dan semoga dicucuri rahmat Allah.”

KEM SOLAT ANAK CEMERLANG

Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016 Page 39

48. Doa Qunut dan Solat Subuh:

49. Bacaan Doa Qunut:

KEM SOLAT ANAK CEMERLANG

Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016 Page 40

“Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku bersama orang yang telah Engkau tunjukkan. Afiatkanlah aku bersama orang yang telah Engkau afiatkan. Pimpinlah aku bersama orang yang telah Engkau pimpin dan berkatilah bagiku pada apa- apa yang telah Engkau berikan. Peliharalah aku daripada kejahatan perkara- perkara yang telah Engkau qadha’kan (hukumkan). Maka Engkau yang menghukum bukannya Engkau yang dihukum. Tidak akan terhina orang yang telah Engkau pimpin. Tidak akan mulia orang yang telah Engkau musuhi. Amat berkat Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi Engkau, maka bagi-Mu jua segala kepujian atas apa yang Engkau tetapkan. Aku meminta ampun kepada Engkau dan taubat kepada Engkau dan Allah sejahterakan junjungan kami Muhammad yang ummi (tidak tahu membaca) dan sejahtera atas keluarganya dan para sahabatnya.”

KEM SOLAT ANAK CEMERLANG

Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016 Page 41

Rumusan Posisi Solat