panduan keselamatan diri

2
Panduan Keselamatan Diri Panduan Untuk Semua Langkah mudah untuk menjaga keselamatan diri KESELAMATAN DIRI Dengar Gerak Hati - Jika anda merasa tertekan atau ada sesuatu yang tidak kena, bertindak segera dan ubah keadaan tersebut. Gerak hati anda adalah alat kawalan keselamatan diri yang paling penting. Berwaspada- Berwaspada serta memberikan isyarat bahawa anda sedar akan apa yang berlaku di sekeliling anda, akan mengelakkan anda daripada menjadi mangsa. Penonjolan Keyakinan diri melalui: Badan – cara berjalan, melihat dan bergerak dengan yakin serta bermatlamat. Jangan berjalan sambil tertunduk tetapi jangan pula mencabar orang lain, yang akan menarik perhatian penyerang. Suara – tentukan sempadan peribadi, menunjukkan kepada orang lain bagaimana anda harus dilayan, menjerit dan meriuhkan keadaan jika perlu. 80% daripada penyerang boleh dielakkan dengan penonjolan keyakinan diri yang sesuai. PETUA PENTING 1. Rancang perjalanan anda dengan memberi keutamaan kepada keselamatan 2. Mengetahui tempat-tempat yang selamat di sekitar tempat kediaman, kerja dan riadah anda 3. Balai polis, balai bomba, hospital dan premis perniagaan terbuka adalah tempat-tempat yang selamat 4. Pastikan barang-barang berharga anda tertutup 5. Jika membawa dompet, simpan dalam poket di hadapan 6. Jika ada orang mengekori anda, menghampiri anda dan anda tidak tahu akan motif mereka, berpandangan mata dengannya selama satu saat. Ini akan memberi isyarat kepadanya bahawa anda sedar, anda ternampak dia dan anda bukan seorang mangsa 7. Berjalan di laluan yang digunakan orang ramai. Elakkan jalan pintas melalui kawasan hutan, tempat letak kereta and belakang bangunan. 8. Berjalan berlawan arah dengan laluan kenderaan untuk mengelakkan diri dikejutkan oleh seseorang dalam kenderaan. Jika seseorang cuba menarik anda ke dalam kenderaan, lari, jerit, lawan, atau buatlah apa saja supaya anda tidak ditangkap. 9. Jangan tercari-cari kunci dari poket atau beg tangan, keluarkan kunci sebelum menghampiri rumah atau kenderaan anda. 10. Jika anda merasai anda diekori, berubah haluan secara tiba-tiba atau menyeberangi jalan. Jika anda masih diekori, pergi ke tempat yang ramai orang dan minta pertolongan. 11. Ingat, anda boleh memanggil 999 melalui semua jenis telefon. Pengguna telefon bimbit sepatutnya memasukkan nombor 999 dalam senarai dail segera (speed dial). KESELAMATAN KENDERAAN APA YANG HARUS DILAKUKAN? 1. Kunci semua pintu sebaik sahaja memasuki kenderaan. 2. Sediakan kunci di tangan sebelum membuka kenderaan. 3. Amalkan tabiat memeriksa kenderaan anda sebelum memasukinya, pastikan tidak ada orang tersembunyi di dalam atau di bawah kenderaan anda. 4. Letak kenderaan anda di tempat letak kereta terkawal. Jika terpaksa meninggalkan kunci kenderaan kepada pengawal kenderaan, tinggalkan hanya kunci kenderaan. 5. Sentiasa kunci kenderaan anda. 6. Letak kenderaan hanya di tempat yang cukup terang pada waktu malam. 7. Jika anda mengalami tayar bocor di satu-satu kawasan yang agak kurang selamat, bawa kenderaan anda secara perlahan ke tempat yang selamat. 8. Jika kenderaan anda rosak, buka bonet di hadapan, masuk semula ke dalam dan kunci kenderaan sebelum menelefon untuk dapatkan bantuan. Jika ada orang datang menawarkan pertolongan, rendahkan cermin tingkap sekadar cukup untuk bercakap dan minta mereka memanggil pihak berkuasa. 9. Jika anda rasa anda diekori, pandu kenderaan anda ke balai polis terdekat atau ke tempat awam. 10. Jika kenderaan kecemasan menghampiri anda, beri laluan dengan memandu ke arah kiri atau ke bahu jalan. Elakkan persimpangan jalan. Berhenti dan tunggu sehingga kenderaan tersebut lalu sebelum meneruskan perjalanan. JANGAN 1. Meninggalkan bungkusan atau barang persendirian di tempat mudah kelihatan di dalam kenderaan. Simpan dalam bonet. 2. Mengambil pengembara tumpang (hitchhiker) 3. Berhenti untuk membantu pemandu bermasalah, telefon 999 untuk mereka 4. Cuba memintas kenderaan kecemasan ke persimpangan jalan 5. Membelok secara mengejut, gunakan lampu isyarat kenderaan. PENGANGKUTAN AWAM 1. Semasa menunggu bas / tren, berdiri berdekatan dengan penumpang lain, pada jarak yang selamat daripada bas / tren yang tiba. 2. Jika tempat menunggu sunyi atau dalam kegelapan, berdiri di bangunan yang ada orang atau diterangi lampu sehingga kenderaan tiba 3. Jika gerabak kosong atau hampir kosong, duduk seberapa hampir dengan pemandu yang boleh 4. Jika anda cuba diusik, bangun dan memaklumkan kepada pemandu dengan segera 5. Semasa tiba di perhentian anda, berwaspada dengan orang yang meninggalkan kenderaan bersama-sama anda. Jika anda syaki anda diekori, pergi ke bangunan yang ramai orang yang berdekatan atau meminta pertolongan daripada petugas di stesen atau polis. 6. Pada waktu malam, cuba turun di kawasan yang terang. Gunakan jalan yang diterangi

Upload: chye-ewe-lee

Post on 10-Nov-2014

1.989 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Dikumpul oleh Lee Chye Ewe

TRANSCRIPT

Page 1: Panduan Keselamatan Diri

Panduan Keselamatan Diri Panduan Untuk Semua Langkah mudah untuk menjaga keselamatan diri KESELAMATAN DIRI Dengar Gerak Hati - Jika anda merasa tertekan atau ada sesuatu yang tidak kena, bertindak segera dan ubah keadaan tersebut. Gerak hati anda adalah alat kawalan keselamatan diri yang paling penting. Berwaspada- Berwaspada serta memberikan isyarat bahawa anda sedar akan apa yang berlaku di sekeliling anda, akan mengelakkan anda daripada menjadi mangsa. Penonjolan Keyakinan diri melalui: Badan – cara berjalan, melihat dan bergerak dengan yakin serta bermatlamat. Jangan berjalan sambil tertunduk tetapi jangan pula mencabar orang lain, yang akan menarik perhatian penyerang.

Suara – tentukan sempadan peribadi, menunjukkan kepada orang lain bagaimana anda harus dilayan, menjerit dan meriuhkan keadaan jika perlu. 80% daripada penyerang boleh dielakkan dengan penonjolan keyakinan diri yang sesuai. PETUA PENTING 1. Rancang perjalanan anda dengan memberi

keutamaan kepada keselamatan 2. Mengetahui tempat-tempat yang selamat di sekitar

tempat kediaman, kerja dan riadah anda 3. Balai polis, balai bomba, hospital dan premis

perniagaan terbuka adalah tempat-tempat yang selamat

4. Pastikan barang-barang berharga anda tertutup 5. Jika membawa dompet, simpan dalam poket di

hadapan 6. Jika ada orang mengekori anda, menghampiri

anda dan anda tidak tahu akan motif mereka, berpandangan mata dengannya selama satu saat. Ini akan memberi isyarat kepadanya bahawa anda sedar, anda ternampak dia dan anda bukan seorang mangsa

7. Berjalan di laluan yang digunakan orang ramai. Elakkan jalan pintas melalui kawasan hutan, tempat letak kereta and belakang bangunan.

8. Berjalan berlawan arah dengan laluan kenderaan untuk mengelakkan diri dikejutkan oleh seseorang dalam kenderaan. Jika seseorang cuba menarik anda ke dalam kenderaan, lari, jerit, lawan, atau buatlah apa saja supaya anda tidak ditangkap.

9. Jangan tercari-cari kunci dari poket atau beg tangan, keluarkan kunci sebelum menghampiri rumah atau kenderaan anda.

10. Jika anda merasai anda diekori, berubah haluan secara tiba-tiba atau menyeberangi jalan. Jika anda masih diekori, pergi ke tempat yang ramai orang dan minta pertolongan.

11. Ingat, anda boleh memanggil 999 melalui semua jenis telefon. Pengguna telefon bimbit sepatutnya memasukkan nombor 999 dalam senarai dail segera (speed dial).

KESELAMATAN KENDERAAN APA YANG HARUS DILAKUKAN? 1. Kunci semua pintu sebaik sahaja memasuki

kenderaan. 2. Sediakan kunci di tangan sebelum membuka

kenderaan. 3. Amalkan tabiat memeriksa kenderaan anda

sebelum memasukinya, pastikan tidak ada orang tersembunyi di dalam atau di bawah kenderaan anda.

4. Letak kenderaan anda di tempat letak kereta terkawal. Jika terpaksa meninggalkan kunci kenderaan kepada pengawal kenderaan, tinggalkan hanya kunci kenderaan.

5. Sentiasa kunci kenderaan anda. 6. Letak kenderaan hanya di tempat yang cukup

terang pada waktu malam. 7. Jika anda mengalami tayar bocor di satu-satu

kawasan yang agak kurang selamat, bawa kenderaan anda secara perlahan ke tempat yang selamat.

8. Jika kenderaan anda rosak, buka bonet di hadapan, masuk semula ke dalam dan kunci kenderaan sebelum menelefon untuk dapatkan bantuan. Jika ada orang datang menawarkan

pertolongan, rendahkan cermin tingkap sekadar cukup untuk bercakap dan minta mereka memanggil pihak berkuasa.

9. Jika anda rasa anda diekori, pandu kenderaan anda ke balai polis terdekat atau ke tempat awam.

10. Jika kenderaan kecemasan menghampiri anda, beri laluan dengan memandu ke arah kiri atau ke bahu jalan. Elakkan persimpangan jalan. Berhenti dan tunggu sehingga kenderaan tersebut lalu sebelum meneruskan perjalanan.

JANGAN

1. Meninggalkan bungkusan atau barang persendirian di tempat mudah kelihatan di dalam kenderaan. Simpan dalam bonet.

2. Mengambil pengembara tumpang (hitchhiker) 3. Berhenti untuk membantu pemandu

bermasalah, telefon 999 untuk mereka 4. Cuba memintas kenderaan kecemasan ke

persimpangan jalan 5. Membelok secara mengejut, gunakan lampu

isyarat kenderaan. PENGANGKUTAN AWAM

1. Semasa menunggu bas / tren, berdiri berdekatan dengan penumpang lain, pada jarak yang selamat daripada bas / tren yang tiba.

2. Jika tempat menunggu sunyi atau dalam kegelapan, berdiri di bangunan yang ada orang atau diterangi lampu sehingga kenderaan tiba

3. Jika gerabak kosong atau hampir kosong, duduk seberapa hampir dengan pemandu yang boleh

4. Jika anda cuba diusik, bangun dan memaklumkan kepada pemandu dengan segera

5. Semasa tiba di perhentian anda, berwaspada dengan orang yang meninggalkan kenderaan bersama-sama anda. Jika anda syaki anda diekori, pergi ke bangunan yang ramai orang yang berdekatan atau meminta pertolongan daripada petugas di stesen atau polis.

6. Pada waktu malam, cuba turun di kawasan yang terang. Gunakan jalan yang diterangi

Page 2: Panduan Keselamatan Diri

untuk sampai ke tempat tujuan dan rancang perjalanan anda terlebih dahulu jika boleh.

KESELAMATAN BAYI DAN KANAK-KANAK 1. Jangan sekali-kali membiarkan kanak-kanak

bersendirian di dalam kenderaan, sekalipun untuk urusan yang amat singkat.

2. Pastikan kenderaan terkunci pada setiap masa biarpun dalam garaj.

3. Jangan tinggalkan kunci yang mudah dicapai oleh kanak-kanak

4. Didik anak-anak supaya tidak bermain di dalam atau di sekitar kenderaan.

5. Dinasihatkan untuk memasang cermin pantulan belakang dan/atau alat pengesan semasa mengundur

6. Sentiasa pastikan penumpang kanak-kanak meninggalkan kenderaan selepas kenderaan dipakir.

7. Jika kanak-kanak terkunci di dalam kenderaan, keluarkan mereka secepat mungkin. Jika mereka kelihatan panas atau deman, panggil 999 atau nombor kecemasan tempatan dengan segera

DIDIK ANAK-ANAK ANDA SUPAYA: 1. Jangan menaiki kenderaan orang lain tanpa

kebenaran ibu bapa 2. Bergerak jauh dari kenderaan yang menghampiri

anda jika pemandunya tidak dikenali. 3. Katakan, “Tidak, terima kasih” jika ditawarkan

gula-gula atau hadiah oleh orang yang tidak dikenali.

4. Jangan membuka pintu jika anda bersendirian di rumah

5. Jangan bermain di bangunan terpencil PENCEGAHAN ANCAMAN SEKSUAL MAKLUMAT DAN FAKTA: 1. Kira-kira 80 % daripada mangsa rogol mengenali

penyerang mereka 2. Kebanyakan kes rogol adalah dirancang. Kajian

menunjukkan perogol mencari mangsa yang mudah. Ia tidak kira apa yang si mangsa pakai, yang sedang dibuat atau di mana ia berada. Tidak ada orang meminta untuk dicederakan atau dihina.

3. Kebanyakan perogol kelihatan normal, telah berkahwin dan muda. Mereka terdiri daripada pelbagai bangsa atau tahap pendapatan.

4. Jika rogol tidak dapat dielakkan, cuba sedaya upaya untuk mengecam penyerang, muka, susuk badan, suara, rambut dan tanda-tanda lain.

KESELAMATAN DALAM RUMAH 1. Periksa sekeliling rumah anda sekurang-

kurangnya 4 bulan sekali dan pastikan ia selamat. 2. Jika mendapati rumah anda diceroboh atau ada

orang di dalam, tinggalkan rumah dengan segera dan telefon 999.

3. Semasa kecemasan adalah sukar mengingati nombor-nombor telefon yang penting. Simpan nombor telefon kecemasan dalam telefon bimbit anda (cepat dail)

4. Jangan letak barang berharga pada tempat yang mudah kelihatan dari tingkap.

5. Jika tidak ada di rumah pada waktu malam, biarkan lampu terpasang.

6. Jangan tinggalkan kunci di atas pintu atau di bawah pengesat kaki atau sembunyi di mana-mana.

7. Pintu garaj hendaklah dikunci 8. Jangan tinggalkan pesanan suara pada telefon

rumah yang mengatakan anda tidak ada di rumah. 9. Pasang lampu luar sebanyak mungkin terutama

sekali pada kawasan yang mungkin membolehkan penceroboh menyembunyikan diri. Gunakan lampu pengesan pergerakan pada kawasan tersebut.

10. Jika ingin berjalan jauh, muat bagasi ke dalam kenderaan dalam garaj (jika ada). Jangan hebohkan perjalanan anda.

11. Tamatkan sementara sebarang penghantaran akhbar, susu dan pesanan berkadar.

12. Sambungkan lampu kepada pemasa (timer) 13. Minta bantuan untuk menjaga taman dan

menyimpan surat-surat anda

PENIPUAN KESELAMATAN ATM / BANK ATM memang memudahkan kita tetapi juga memudahkan perompak kerana ia hanya perlu menunggu mangsanya berhadapan dengan pondok ATM. 1. Berwaspada dengan keadaan sekeliling anda

terutama sekali pada waktu malam 2. Jika anda melihat atau merasai kemunculan orang

atau keadaan yang mencurigakan, jangan gunakan ATM. Jika ada tengah melakukan sesuatu transaksi, batalkan transaksi anda dan tinggalkan tempat itu dengan segera.

3. Jika anda terpaksa menggunakan ATM pada waktu malam, pilih lokasi di dalam gedung beli-belah atau yang diterangi lampu.

4. Jika lampu pada ATM tidak berfungsi, jangan gunakannya.

5. Nombor PIN (Personal Identification Number) anda adalah rahsia. Jangan menuliskannya di mana-mana terutama sekali pada kad ATM anda.

6. Pastikan maklumat akaun anda tidak terdedah. Ambil dan bawa slip transaksi anda bersama-sama.

7. Jangan hitung atau menayang wang yang diterima daripada ATM sehingga anda berada di tempat yang selamat. Simpan wang anda di dalam poket atau beg tangan dengan segera dan menghitungnya kemudian.

8. Sediakan semua dokumen sebelum tiba di mesin ATM

Disesuaikan dan diterjemahkan oleh Lee Chye Ewe daripada Personal Safety Guide, San Mateo Country Sheriff’s Office, Amerika Syarikat

Diterbitkan oleh: Perhubungan Cawangan Negeri Sabah, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia.