garis panduan keselamatan fizikal ilkap

17
INSTITUT LATIHAN KEHAKIMAN DAN PERUNDANGAN (ILKAP) JIJDICIAL AND LEGAL TRAINING INSTITUTE Jabatan Perdana Menteri Lot 5, Persiaran Universiti Seksyen 15 Faks (Fax): 603-8924 3413 Portal Rasmi: www.ilkap.gov.my (Official Portal) ILKAP/o1/PUP/53 (27 ) Semua Pegawai dan Kakitangan Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan ARAHAN PENTADBIRAN KETUA PENGARAH BILANGAN 3 TAHUN 2014: GARIS PANDUAN KESELAMATAN FIZIKAL TUJUAN 1. Arahan Pentadbiran Ketua Pengarah ini dikeluarkan sebagai garis panduan bagi meningkatkan kualiti keselamatan perlindungan di Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP). Arahan Pentadbiran Ketua Pengarah ini dibaca bersekali dengan Arahan Keselamatan yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan. TAFSIRAN 2. Dalam Garis Panduan ini- "orang awam" termasuk ejen luar atau jurujual; "PKJ" ertinya Pegawai Keselamatan Jabatan, iaitu Timbalan Ketua Pengarah ILKAP; "PPPK Fizikal" ertinya Pembantu Penolong Pegawai Keselamatan Fizikal, iaitu Penolong Jurutera Seksyen Domestik, Penyelenggaraan dan Pengurusan Aset; "PPK Fizikal" ertinya Penolong Pegawai Keselamatan Fizikal, iaitu Timbalan Pendaftar Seksyen Domestik, Penyelenggaraan dan Pengurusan Aset: "premis ILKAP'ertinya bangunan dan kawasan persekitaran ILKAP; "selepas waktu pejabat dan masa cuti" ertinya- (a) mulai jam 5.30 petang sehingga jam 7.30 pagi keesokan harinya (bagi hari bekerja iaitu lsnin sehingga Jumaat); (b) hujung minggu (Sabtu dan Ahad); dan (c) cuti umum (cuti kelepasan am); 'TPKJ' ertinya Timbalan Pegawai Keselamatan Jabatan, iaitu Pengarah 43650 BANDAR BARU BANGI, SELANGOR MALAYSIA Program Perundangan.

Upload: trinhthien

Post on 29-Jan-2017

280 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Garis Panduan Keselamatan Fizikal ILKAP

INSTITUT LATIHAN KEHAKIMAN DAN PERUNDANGAN (ILKAP)JIJDICIAL AND LEGAL TRAINING INSTITUTE

Jabatan Perdana MenteriLot 5, Persiaran UniversitiSeksyen 15

Faks (Fax): 603-8924 3413Portal Rasmi: www.ilkap.gov.my(Official Portal)

ILKAP/o1/PUP/53 (27 )Semua Pegawai dan KakitanganInstitut Latihan Kehakiman dan Perundangan

ARAHAN PENTADBIRAN KETUA PENGARAH BILANGAN 3 TAHUN 2014:GARIS PANDUAN KESELAMATAN FIZIKAL

TUJUAN

1. Arahan Pentadbiran Ketua Pengarah ini dikeluarkan sebagai garis panduanbagi meningkatkan kualiti keselamatan perlindungan di Institut LatihanKehakiman dan Perundangan (ILKAP). Arahan Pentadbiran Ketua Pengarahini dibaca bersekali dengan Arahan Keselamatan yang dikeluarkan olehPejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan.

TAFSIRAN

2. Dalam Garis Panduan ini-

"orang awam" termasuk ejen luar atau jurujual;

"PKJ" ertinya Pegawai Keselamatan Jabatan, iaitu Timbalan KetuaPengarah ILKAP;

"PPPK Fizikal" ertinya Pembantu Penolong Pegawai Keselamatan Fizikal,iaitu Penolong Jurutera Seksyen Domestik, Penyelenggaraan dan PengurusanAset;

"PPK Fizikal" ertinya Penolong Pegawai Keselamatan Fizikal, iaituTimbalan Pendaftar Seksyen Domestik, Penyelenggaraan dan PengurusanAset:

"premis ILKAP'ertinya bangunan dan kawasan persekitaran ILKAP;

"selepas waktu pejabat dan masa cuti" ertinya-

(a) mulai jam 5.30 petang sehingga jam 7.30 pagi keesokan harinya(bagi hari bekerja iaitu lsnin sehingga Jumaat);

(b) hujung minggu (Sabtu dan Ahad); dan(c) cuti umum (cuti kelepasan am);

'TPKJ' ertinya Timbalan Pegawai Keselamatan Jabatan, iaitu Pengarah

43650 BANDAR BARU BANGI, SELANGORMALAYSIA

Program Perundangan.

Page 2: Garis Panduan Keselamatan Fizikal ILKAP

LATAR BELAKANG

3. Keselamatan fizikal ialah sebarang tindakan yang memastikan keselamatanpremis ILKAP, termasuk yang digunakan bagi mengurus perkara-perkaraterperingkat dan sensitif, adalah sentiasa dalam keadaan selamat.

4. Ciri-ciri keselamatan fizikal adalah seperti yang berikut tetapi tidak terhadkepada-

(a) keselamatan bangunan;(b) kelengkapan yang mempunyai ciri-ciri keselamatan; dan(c) perkhidmatan kawalan keselamatan swasta.

5. Urusan keselamatan fizikal di ILKAP dikawal selia oleh PPK Fizikal yangmelapor terus kepada PKJ melalui TPKJ dan seterusnya kepada KetuaPengarah ILKAP.

6. Arahan Pentadbiran Ketua Pengarah ini menggariskan langkah-langkahkeselamatan terhadap premis ILKAP dan menitikberatkan tanggungjawabsemua pihak, sama ada pegawai/kakitangan lLl(AP dan pihak ketiga, dalammenjaga keselamatan fizikal secara amnya.

KESELAMATAN BANGUNAN

7. Keselamatan bangunan meliputi seluruh premis ILKAP yang meliputikeluasan 30.4 ekar.

8. Langkah-langkah keselamatan diambil untuk menghalang orang yang tidakdibenarkan-

(a) daripada memasuki premis ILKAP; dan(b) daripada memerhati, mendengar dan memperoleh perkara-perkara

terperingkat dari luar atau dalam bangunan ILKAP dengan memasukiruang pejabat secara haram.

9. Dalam urusan ini, pihak ILIGP telah melaksanakan perkara-perkara yangberikut:

(a) Mengadakan kaunter utama di Bangunan Perdana, ILKAP's Trainingand lnformation Technology Centre (Bangunan ITITC) dan AsramiEksekutif;

(b) Mewujudkan sistem Pas Keselamatan;(c) Melengkapkan pintu dengan kunci-kunci keselamatan; dan(d) Mewujudkan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Tanpa Senjata

Swasta.

10. Pengurusan fasiliti bangunan secara menyeluruh dan sistematik jugamenyumbang ke arah menjamin keselamatan bangunan yang mempunyaiciri-ciri keselamatan sepefti yang berikut:

Page 3: Garis Panduan Keselamatan Fizikal ILKAP

10.1 INSIDEN KESELAMATAN

10.1.1lnsiden keselamatan boleh ditafsirkan sebagai musibah(adverse event) yang berlaku ke atas manusia, harta bendaatau maklumat serta ancaman kemungkinan berlaku kejadiantersebut. la merupakan suatu perbuatan yang melanggar dasarkeselamatan yang telah ditetapkan secara tersurat atau tersirat.

10.1.2Insiden keselamatan merupakan keadaan di mana berlakunyakehilangan hafta benda atau maklumat yang berpunca daripadaancaman keselamatan fizikal / pencerobohan (pecah masuk) igangguan serta menyebabkan kerosakan, kecurian dankebakaran ke atas premis ILKAP.

10.1.3Prosedur pelaporan insiden keselamatan adalah seperti yangberikut:

(a) Sebaik sahaja insiden keselamatan berlaku, pegawai /kakitangan dari Bahagian / Seksyen / Unit yang terlibatperlu memberi makluman awal kepada PPPK Fizikalmelalui telefon / e-mel dalam tempoh 24 jam dariberlakunya insiden tersebut;

(b) PPPK Fizikal yang terlibat perlu memberi maklumanserta-merta melalui telefon / e-mel kepada PPK Fizikal;

(c) Siasatan awal akan dilaksanakan oleh PPK Fizikal;

(d) PPK Fizikal akan membuat laporan awal kepada KetuaPengarah ILKAP, PKJ dan TPKJ melalui telefon atau e-mel;

(e) Sekiranya siasatan perlu dilaksanakan oleh pihak polis,pegawai / kakitangan dari Bahagian / Seksyen / Unit yangterlibat perlu membuat laporan polis di Balai Polis yangberdekatan;

0 Pegawai / kakitangan dari Bahagian / Seksyen / Unit yangterlibat perlu melengkapkan Borang Laporan lnsidenKeselamatan (Lampiran 1) dan menyerahkannya kepadaPPK Fizikal dalam tempoh 24 jam dari berlakunya insidentersebut; dan

(g) Borang Laporan lnsiden Keselamatan yang lengkapbersama cadangan tindakan susulan oleh PPK Fizikalakan dikemukakan kepada Ketua Pengarah ILKAP dandisalinkan kepada PKJ. PPK Fizikal akan mengambiltindakan seterusnya sebagaimana diarahkan oleh KetuaPengarah ILKAP.

Page 4: Garis Panduan Keselamatan Fizikal ILKAP

10.2 BERTUGAS SELEPAS WAKTU PEJABAT DAN MASA CUTI

10.2.1Semua permohonan bertugas selepas waktu pejabat dan masacuti perlu dimaklumkan kepada Ketua Bahagian / Seksyen / Unitmasing-masing dan Unit Penyelenggaraan.

10.2.2Pegawai yang menjalankan kefa selepas waktu pejabat danmasa cuti adalah bedanggungjawab untuk memastikan pintumasuk utama ruang pejabat hendaklah dikunci sebelummeninggalkan pejabat dan sebarang insiden keselamatanseperti kehilangan, kecurian atau kerosakan kepada individuatau harta benda dalam tempoh masa tersebut perlu dilaporkandengan sefta-mefta melalui telefon / e-mel kepada PPPKFizikal.Tindakan seterusnya adalah seperti yang dihuraikandalam perenggan 10.1.3.

10.3 LAWATAN ATAU PROMOSI OLEH ORANG AWAM

10.3.1 Orang awam dikehendaki melaporkan diri di Pos KawalanKeselamatan di pintu masuk utama atau pintu masuk keduaILKAP dengan melengkapkan butiran seperti yang terkandung didalam Buku Daftar Pas di Pos Kawalan Keselamatan danmenyerahkan kad pengenalan diri kepada pengawalkeselamatan;

10.3.2 Orang awam tersebut akan didaftar sebagai pelawat dan akandibenarkan memasuki premis ILKAP dengan dibekalkan denganPas Pelawat dan diberikan slip pelawat untuk ditandatanganioleh pegawai yang ingin drl"umpai oleh pelawat berkenaan.

10.3.3 Orang awam yang diberikan Pas Pelawat dibenarkan akses kearas di bangunan berkenaan bagi tujuan berjumpa denganpegawai yang berkenaan sahaja. Sebagai tambahan, ejen luaratau jurujual perlu mendapatkan surat kebenaran daripadaPendaftar ILKAP yang menyatakan tujuan lawatan dibuat danboleh diperoleh sebelum atau semasa lawatan atau promositersebut dilakukan.

10.3.4Orang awam hendaklah memulangkan Pas Pelawat dan slippelawat yang ditandatangani oleh pegawai yang dijumpaiselepas tamat lawatan atau promosi tersebut.

1O.3.SSekiranya orang awam tidak mematuhi arahan ini, pihak ILKAPboleh mengambil tindakan menghalang akses tersebut ataumelaporkan perkara ini kepada pihak berkuasa untuk tindakanselanjutnya.

10.4 KONTRAKTOR LUAR MENJALANKAN KERJA

10.4.1Permohonan kebenaran kontraktor luar menjalankan kerja diILKAP:

Page 5: Garis Panduan Keselamatan Fizikal ILKAP

(a) Bagi maksud perenggan ini, "kontraktor lua/' ialahkontraktor kerja-kerja bersifat sementara I adhoc, selainkontraktor bangunan / kawalan keselamatan ILKAP.(Contohnya: kontraktor syarikat telekomunikasi/vendorteknologi maklumat dan komunikasi (lCT)); dan

(b) Semua pegawai / kakitangan ILKAP yangdipertanggungjawabkan untuk menyelia kontraktor yangberkenaan hendaklah memastikan bahawa kontraktortelah diluluskan untuk melaksanakan kerja-kerja Idipanggil untuk menilai cadangan pembaikan kerosakan.

10.4.2 Arahan kepada Bahagian / Seksyen / Unit pada haripelaksanaan kerja:

(a) Kontraktor dikehendaki melaporkan diri di Pos KawalanKeselamatan di pintu masuk utama atau pintu masukkedua ILKAP dengan melengkapkan butiran seperti yangterkandung di dalam Buku Daftar Pas di Pos KawalanKeselamatan dan menyerahkan kad pengenalan dirikepada pengawal keselamatan;

(b) Pas Pelawat akan diserahkan olehkeselamatan kepada kontraktor tersebut;

pengawal

(c) Pegawaiikakitangan Bahagian / Seksyen / Unit yangbertanggungjawab untuk menyelia kontraktor berkenaanhendaklah memantau kerja-kerja yang dilakukan olehkontraktor berkenaan;

(d) Kontraktor yang bekerja selepas waktu pejabat dan masacuti perlu diiringi oleh pegawai/kakitangan Bahagian ISeksyen / Unit terlibat;

(e) Pas Pelawat tersebut perlu dipulangkan oleh pihakkontraktor setelah tamat menjalankan kerja pada hariyang berkenaan; dan

0 Sebarang kehilangan, kecurian atau kerosakan kepadaindividu atau hafta benda dalam tempoh masa tersebutperlu dilaporkan dengan serta-merta olehpegawai/kakitangan Bahagian / Seksyen / Unit yangterlibat melalui telefon / e-mel kepada PPPK Fizikal.Tindakan seterusnya adalah seperti yang dihuraikandalam perenggan 10.1.3.

10.4.3 Kebenaran membawa keluar peralatan pejabat dan baranganhak milik ILKAP lain oleh kontraktor:

Page 6: Garis Panduan Keselamatan Fizikal ILKAP

(a) Semua kontraktor yang dipeftanggungjawabkan untukmembawa keluar apa-apa jua peralatan pejabat danbarangan hak milik ILKAP lain untuk tujuan pembaikanhendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaranbertulis daripada Ketua Pengarah ILKAP;

(b) Bagi tujuan perenggan (a), Ketua Bahagian / Seksyen /Unit yang berkenaan hendaklah mengemukakan borangpermohonan KEW.PA-10 / minit ceraian untukpertimbangan Ketua Pengarah ILKAP;

(c) Satu (1) salinan borang permohonan KEW.PA-10 / minitceraian yang telah diluluskan oleh Ketua Pengarah ILKAPhendaklah diserahkan kepada Unit Pengurusan Aset bagitujuan rekod;

(d) Sebarang kehilangan akan ditanggung sepenuhnya olehkontraktor dan boleh dikenakan tindakan mengikutperaturan dan pekeliling semasa yang berkuat kuasa; dan

(e) Peralatan pejabat dan barangan hak milik ILKAP lainyang dibawa keluar tidak boleh dipindah milik dankontraktor dilarang untuk mengubah konfigurasiperalatan pejabat dan barangan hak milik ILKAP lain.

10.5 KEMUDAHAN TEMPAT LETAK KENDERAAN

10.5.1 Hanya kenderaan yang mempunyai pelekat kenderaan ILKAPyang sah sahaja dibenarkan memasuki kawasan parkiranpegawai/kakitangan I LKAP.

10.5.2 Pelekat kenderaan ILKAP yang sah ialah pelekat yangdikeluarkan oleh ILKAP pada tahun semasa sahaja.

10.5.3Pengawal keselamatan diberi kuasa untuk menghalangkenderaan yang tidak mempunyai pelekat kenderaan ILKAPyang sah daripada memasuki parkiran pegawai/kakitanganILKAP.

1}.S.4Parkiran di hadapan Bangunan Perdana dikhaskan kepadaorang kelainan upaya (OKU) dan penceramah yang membericeramah di ILKAP sahaja.

10.5.5Pemilik kenderaan tidak dibenarkan untuk meletakkankenderaan menghalang laluan utama yang bolehmembahayakan pemandu lain / menghalang pintu kecemasandan pintu bilik utiliti / meletakkan kenderaan di selekoh utamakerana menyukarkan pengguna kenderaan lain.

Page 7: Garis Panduan Keselamatan Fizikal ILKAP

KELENGKAPAN YANG MEMPUNYAI CIRI.CIRI KESELAMATAN

11. Dalam usaha untuk meningkatkan keselamatan di ILKAP, beberapakelengkapan keselamatan telah disediakan seperti yang berikut:

11.1 PAS KESELAMATAN

Pas Keselamatan mempunyai 2 jenis, iaitu -11.1.1 Pas Keselamatan Tetap

(b)

Pas Keselamatan Tetap dikeluarkan kepada pegawai dankakitangan lantikan tetap/kontrak yang bertugas di ILKAPsahaja; dan

Dokumen yang diperlukan untuk permohonan PasKeselamatan Tetap ialah Borang Permohonan PasKeselamatan.

11.1.2 Pas Pelawat

(e)

Semua pelawat hendaklah diberikan Pas Pelawat.Sebelum mengeluarkan Pas Pelawat kepada pelawat,pengawal keselamatan perlu memastikan telah menerimakad pengenalan diri pelawat berkenaan dan butiranseperti yang terkandung di dalam Buku Daftar Pas di PosKawalan Keselamatan telah dilengkapkan oleh pelawat;

Pengawal keselamatan juga perlu mengeluarkan kepadapelawat itu slip pelawat untuk ditandatangani olehpegawai yang ingin dijumpai oleh pelawat berkenaan;

Pas Pelawat dan slip pelawat perlu diserahkan kembalikepada pengawal keselamatan selewat-lewatnya jam6.00 petang, kecuali mendapat kebenaran khas KetuaPengarah ILKAP / pegawai yang menjalankan tugas bagipihaknya;

Sebarang kehilangan Pas Pelawat, temasuk yang tidakdipulangkan, perlu dilaporkan kepada UnitPenyelenggaraan dengan secepat mungkin; dan

Pemeriksaan mengejut atau audit jumlah Pas Pelawatyang dibekalkan dengan jumlah Pas Pelawat yang adadalam simpanan pengawal keselamatan akan dibuat darisemasa ke semasa.

(a)

(a)

(b)

(c)

(d)

11.1.3 Prosedur Kehilangan Pas Keselamatan Tetap

Page 8: Garis Panduan Keselamatan Fizikal ILKAP

Pemilik Pas Keselamatan Tetap perlu memaklumkandengan segera kehilangan Pas Keselamatan Tetapnyakepada Unit Pentadbiran bagi menyahaktifkan(deactivate) kad berkenaan di dalam sistem agar ia tidakdisalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu bagikepentingan peribadi;

Pemilik Pas Keselamatan Tetap perlu membuat laporanpolis mengenai kehilangan Pas Keselamatan Tetapnya.Pemilik Pas Keselamatan Tetap perlu melengkapkanBorang Laporan Insiden Keselamatan danmenyerahkannya kepada PPK Fizikal dalam tempoh 24jam dari berlakunya insiden tersebut;

Borang Laporan Insiden Keselamatan yang lengkapbersama cadangan tindakan susulan oleh PPK Fizikalakan dikemukakan kepada Ketua Pengarah ILKAP dandisalinkan kepada PKJ. PPK Fizikal akan mengambiltindakan seterusnya sebagaimana diarahkan oleh KetuaPengarah ILKAP; dan

Dokumen yang diperlukan untuk permohonan PasKeselamatan Tetap yang baru ialah Borang PermohonanPas Keselamatan, laporan polis serta bayaran kospentadbiran berjumlah RM20 bagi setiap PasKeselamatan Tetap.

11.1.4 Prosedur Kehilangan Pas Pelawat

Unit Penyelenggaraan akan membuat laporan polis bagikes kehilangan Pas Pelawat. Pihak Unit Penyelenggaraanperlu melengkapkan Borang Laporan lnsidenKeselamatan dan menyerahkannya kepada PPK Fizikaldalam tempoh 24 jam dari berlakunya insiden tersebut;dan

Borang Laporan Insiden Keselamatan yang lengkapbersama cadangan tindakan susulan oleh PPK Fizikalakan dikemukakan kepada Ketua Pengarah ILKAP dandisalinkan kepada PKJ. PPK Fizikal akan mengambiltindakan seterusnya sebagaimana diarahkan oleh KetuaPengarah ILKAP,

11.1.5 Prosedur Pemulangan Pas Keselamatan Tetap apabilaberpindah keluar, dll.

Bahagian / Seksyen / Unit bertanggungjawab untukmemungut Pas Keselamatan Tetap daripada pegawai /kakitangan ILKAP yang berpindah keluar / bersara Itamat perkhidmatan; dan

(a)

(b)

(c)

(d)

(a)

(b)

(a)

Page 9: Garis Panduan Keselamatan Fizikal ILKAP

(b) Pas Keselamatan Tetap tersebut perlu dipulangkankepada Unit Pentadbiran.

11.2 KUNCI KESELAMATAN

11.2.1Kunci keselamatan di ILKAP melibatkan penggunaan kunciinduk dan kunci pendua di Bangunan Perdana, Bangunan lTlTC,Bangunan Asrama A dan B dan Asrama Eksekutif. Kuncimerupakan salah satu daripada benteng utama terhadapkeselamatan nyawa dan harta benda di dalam sesuatubangunan. Pematuhan terhadap garis panduan ini pentingdalam memastikan sistem kawalan keselamatan dapatdilaksanakan dengan sempurna bagi menghindari segalakemungkinan yang berlaku seperti kes-kes jenayah,pencerobohan, kehilangan dan kerosakan harta benda.

1 1 .2.2 Pembekalan kunci keselamatan

(a) Setiap pintu dalam kawasan ruang pejabat ILKAPdibekalkan dengan kunci seperti yang berikut:

Bangunan/Bilik Kategori KunciKeselamatan

Pihak Bertan ggungjawab

Bangunan Perdana Induk Unit PenvelenooaraanPendua 1 Unit PentadbiranPendua 2 Bahaqian / Seksven/Unit

Bangunan ITITC Induk & Pendua 1 Unit PenvelenooaraanPendua 2 Bahaqian i Seksven/Unit

Bangunan Asrama Adan B dan AsramaEksekutif

Induk dan Pendua Unit Domestik

Bilik utilitidan pintukecemasan untuksemua bangunan diILKAP

Induk dan Pendua Unit Penyelenggaraan

11.2.3 Kunci Induk (Master Key)

(a) Kunci induk disimpan, dikawal selia dan diselenggaraoleh Unit Penyelenggaraan (Bangunan Perdana,Bangunan ITITC dan bilik utiliti untuk semua bangunan diILKAP) / Unit Domestik (Asrama Eksekutif dan Asrama Adan B);

Penggunaan kunci induk adalah atas kebenaranBahagian Pengurusan ILKAP sahaja; dan

Peminjaman kunci induk tidak dibenarkan dan hanyapeminjaman sementara dibenarkan untuk tujuan teftentudengan melengkapkan Buku Rekod Pinjaman Kuncilnduk.

(b)

(c)

Page 10: Garis Panduan Keselamatan Fizikal ILKAP

11.2.4 Kunci Pendua (Bilik Pegawai, Bilik-bilik Lain)

(a) Satu (1) unit kunci pendua yang diserahkan kepadaBahagian / Seksyen / Unit perlu disimpan, dikawal seliadan diselenggara oleh Bahagian / Seksyen / Unitberkenaan;

(b) Pengguna bilik di Bahagian / Seksyen / Unit yangmemerlukan kunci pendua dibenarkan untuk menyimpankunci pendua masing-masing dan perlu direkodkan olehUnit Pentadbiran (Bangunan Perdana) / UnitPenyelenggaraan (Bangunan ITITC);

(c) Pegawai/ kakitangan yang diamanahkan dengan kuncipendua hendaklah menentukan kunci tersebut di dalamkeadaan terkawal setiap masa dan bertanggungjawab keatas keselamatan kunci tersebut;

(d) Sebarang perbuatan menyalin kunci pendua olehBahagian / Seksyen / Unit hanya boleh dibuat oleh UnitPentadbiran (Bangunan Perdana) / UnitPenyelenggaraan (Bangunan ITITC);

(e) Penyalinan kunci pendua oleh individu secarapersend irian d ilarang ;

0 Kunci pendua pintu masuk utama pejabat setiap arasadalah di bawah tanggungjawab pegawai/kakitanganyang dipeftanggungjawabkan di Bahagian / Seksyen /Unit dan penyimpanannya adalah tertakluk kepadaBahagian / Seksyen / Unit masing-masing;

(g) Pegawai/kakitangan yang tidak diberi kuasa menyimpanatau mengendalikan kunci pendua pintu utama pejabatadalah tidak dibenarkan memiliki atau menyimpan mana-mana anak kunci tersebut;

(h) Pegawai/kakitangan di Bahagian/Seksyen/Unityang yangdipeftanggungjawabkan untuk menyimpan kunci penduapintu masuk utama pejabat yang memasuki pejabat untukmemulakan tugas pada sebelah pagi ataupun pada bila-bila masa lain dikehendaki memeriksa -(i) pintu masuk utama dan pintu keselamatan di

belakang pejabat masing-masing masih dikuncidengan baik; dan

(ii) keadaan fizikal pejabat adalah biasa dan tiadasebarang keadaan yang mencurigakan;

10

Page 11: Garis Panduan Keselamatan Fizikal ILKAP

(i) Bahagian / Seksyen / Unit juga bertanggungjawab untukmemastikan bahawa tindakan seperti yang berikut telahdiambil selepas waktu pejabat dan masa cuti:

(i) laluan tangga kecemasan ditutup rapat dandikunci;

(ii) semua suis peralatan elektrik seperti lampu,komputer, Auto Voltage Regulator (AVR),penyaman udara dan kipas telah ditutup; dan

(iii) pintu masuk utama pejabat dikunci dengan baik;

(j) Setiap penggunaan kunci pendua akan direkodkan didalam Buku Daftar Pergerakan Kunci yang disediakan diUnit Pentadbiran (Bangunan Perdana) / UnitPenyelenggaraan (Bangunan ITITC) / Unit Domestik(Asrama Eksekutif dan Asrama A dan B);

(k) Buku Daftar Pergerakan Kunci perlu diaudit sekurang-kurangnya satu (1) kali setahun oleh JawatankuasaKeselamatan Dalaman ILKAP;

(l) Penggunaan bilik guna sama seperti Bilik Kuliah danDewan hendaklah dimaklumkan kepada Unit Pentadbiranbagi membolehkan kakitangan ILKAP yang ditugaskanmembuka kunci pintu bilik guna sama tersebut.Kakitangan ILKAP yang ditugaskan juga akan menguncisemula pintu bilik guna sama setelah digunakan.Pegawai / kakitangan pengguna hendaklah memastikansemua suis peralatan elektrik seperti lampu, komputer,penyaman udara dan kipas telah ditutup sebelum pintubilik tersebut ditutup setelah tamat penggunaan; dan

(m) Pegawai / kakitangan di Bahagian/Seksyen/Unit yangdiamanahkan atau diberi kuasa menyimpan kunci penduadan yang bersara / bertukar keluar dari ILKAP perlumengembalikan kunci pendua yang dimiliki kepada UnitPentadbiran pada hariterakhir bertugas di ILKAP.

11.3 PROSEDUR KEHILANGAN KUNCI KESELAMATAN

11.3.1 Pegawai / kakitangan ILKAP yang terlibat hendaklahmaklumkan secara beftulis dengan segera kehilangan kuncikeselamatan kepada Unit Pentadbiran.

11.3.2Pegawai / kakitangan ILKAP yang terlibat perlu membuatlaporan polis mengenai kehilangan tersebut, dan melengkapkanBorang Laporan lnsiden Keselamatan dan menyerahkannyakepada PPK Fizikal dalam tempoh 24 jam dari berlakunyainsiden tersebut.

t1,

Page 12: Garis Panduan Keselamatan Fizikal ILKAP

11.3.3 Borang Laporan Insiden Keselamatan yang lengkap bersamacadangan tindakan susulan oleh PPK Fizikal akan dikemukakankepada Ketua Pengarah ILKAP dan disalinkan kepada PKJ.PPK Fizikal akan mengambil tindakan seterusnya sebagaimanadiarahkan oleh Ketua Pengarah ILKAP.

11.3.4 Dokumen yang diperlukan untuk permohonan kuncikeselamatan baru ialah Borang Permohonan KunciKeselamatan, laporan polis serta bayaran kos pentadbiranberjumlah RM20 bagi setiap kunci.

PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN TANPA SENJATA

12. Bagi meningkatkan tahap keselamatan premis ILKAP, pihak ILKAP telahmelantik syarikat luar untuk melaksanakan Perkhidmatan KawalanKeselamatan Tanpa Senjata bagi mengawal keselamatan premis ILKAPsupaya berada dalam keadaan yang baik, selamat dan terkawal.

13. Spesifikasi perkhidmatan adalah sepefti yang berikut :

13.1 TEMPAT DAN KAWASAN

13.1.1 Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Tanpa Senjata untukseluruh premis ILKAP yang meliputi keluasan 30.4 ekar.

13.1.2 Kawasan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Tanpa Senjataadalah seperti yang berikut:

1. Pintu masuk utama(hadapan BangunanPerdana)

1 orang KetuaPengawalKeselamatan lelaki1 orang pengawalkeselamatan lelaki

1 orang KetuaPengawalKeselamatan lelaki1 orang pengawalkeselamatan lelaki

2. Pintu masuk kedua(Bansunan ITITC)

1 orang pengawalkeselamatan lelaki

1 orang pengawalkeselamatan lelaki

3. Lobi Bangunan Perdana 1 orang pengawalkeselamatan wanita

1 orang pengawalkeselamatan lelaki

4 Lobi Bangunan ITITC 1 orang pengawalkeselamatan wanita

1 orang pengawalkeselamatan lelaki

5. Asrama A dan B, dewanmakan dan surau

1 orang pengawalkeselamatan lelaki

1 orang pengawalkeselamatan lelaki

o Rumah tetamu, stadium dankuarterspegawai/kakitanqan

1 orang pengawalkeselamatan lelaki

1 orang pengawalkeselamatan lelaki

7. Bangunan Asrama Eksekutif 1 orang pengawalkeselamatan lelaki

1 orang pengawalkeselamatan lelaki

72

Page 13: Garis Panduan Keselamatan Fizikal ILKAP

13.1.3 Penetapan kawasan kawalan strategik adalah tertakluk kepadakeperluan semasa yang ditetapkan oleh Bahagian Pengurusan,ILKAP.

13.2 SENARAI TUGAS

Senarai tugas pengawal keselamatan meliputi bidang seperti yangberikut:

13.2.1 KAWALAN PINTU MASUK/ LALU LINTAS

13.2.1.1 Memastikan hanya pegawai/kakitangan ILKAP danpelawat yang mempunyai pelekat kenderaanILKAP yang sah /Pas Pelawat sahaja yangdibenarkan masuk.

Memastikan pelawat melaporkan diri di PosKawalan Keselamatan di pintu masuk utama ataupintu masuk kedua ILKAP sebelum dibenarkanmasuk ke dalam premis ILKAP. Setiap pelawatperlu diberikan Pas Pelawat dan slip pelawat.

Membuat pemerhatian terhadap semua individuyang keluar masuk ke premis ILKAP.

Menghubungi Pendaftar ILKAP atau PenolongPendaftar Unit Penyelenggaraan dengan segerasekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidakdiingini seperti kecurian, pencerobohan dansebagainya.

Semua pengawal keselamatan hendaklahmemahami dan mahir mengenai Peraturan Umum(General Orders) yang dikeluarkan olehKementerian Dalam Negeri dan Peraturan Tertentu(Specra/ Orders) yang dikeluarkan oleh ILKAPmengenai peraturan keselamatan premis kerajaanserta melaksanakannya.

13.2.1.2

13.2.2 KAWALAN BANGUNAN

13.2.2.1

13.2.1.3

13.2.1.4

13.2.1.5

Membuka pintu dan menutup pintu blok-blokpentadbiran sekiranya diarahkan oleh pihak UnitPentadbiran.

Bertanggungjawab untuk memastikan premisILKAP tidak dicerobohi oleh individu-individu yangtidak berkaitan.

13.2.2.2

13

Page 14: Garis Panduan Keselamatan Fizikal ILKAP

13.2.2.3

13.2.2.4

13.2.2.5

Memastikan semua pintu bangunan ditutup rapatdan berkunci dengan selamat selepas waktupejabat.

Membuat rondaan setiap masa mengikut jadualyang ditetapkan untuk memastikan keselamatankawasan / tempat bertugas.

Merekodkan setiap kejadian yang tidak diingini didalam Buku Laporan Kawalan Keselamatan Harianyang disediakan oleh pihak syarikat kawalankeselamatan.

13.2.2.6 Sebarang kejadian yang melibatkan keselamatandi premis ILKAP, kerosakan atau kehilanganperalatan, barangan dan harta benda perludilaporkan terus kepada Pendaftar ILKAP atauPenolong Pendaftar Unit Penyelenggaraan.

13.2.2.7 Bertanggungjawab membantu mencegahkebakaran serta menjaga kesempurnaan alatpemadam api dan berhubung dengan Balai Bombaterdekat dan bersedia untuk emergency action jikaterdapat kemalangan kebakaran.

13.2.3 KAWALAN PADA WAKTU PEJABAT

13.2.3.1 Membuka pintu utama di Blok ITITC pada waktupejabat dan menutupnya kembali setelah tamatwaktu pejabat sekiranya diarahkan oleh pihak UnitPentadbiran.

13.2.3.2 Membuat kawalan keluar masukpegawai/kakitangan ILKAP, pesefta kursus danorang awam yang berurusan di premis ILKAPdengan memastikan individu berkenaan mematuhitatacara yang diperuntukan dalam garis panduanini.

13.2.4 KAWALAN PADA WAKTU LUAR PEJABAT

13.2.4.1 Memastikan orang awam yang tidak berkenaanatau pekerja-pekerja kontrak tidak lagi berada didalam premis ILKAP selepas waktu pejabat.

Membuat rondaan di sekitar kawasan blok dan diluar bangunan sekerap yang mungkin untukmengelakkan pencerobohan di premis ILKAP.

13.2.4.2

I4

Page 15: Garis Panduan Keselamatan Fizikal ILKAP

13.2.5 KAWALAN ASET KERAJAAN DAN KAKITANGAN

13.2.5.1 Pengawal keselamatan hendaklah memastikantidak berlaku apa-apa kecurian, kerosakan ataukehilangan aset alih dan tak alih Kerajaan yangterdapat dalam premis ILKAP sepanjang masabertugas.

Pengawal keselamatan hendaklah memastikantidak berlaku apa-apa kecurian, kerosakan ataukehilangan aset alih dan tak alih pegawai dankakitangan ILKAP atau mana-mana orang yangdibenarkan secara sah meletakkan aset mereka didalam premis ILKAP.

13.2.6 KAWALAN KE ATAS PEGAWAI, KAKITANGAN, PENGHUNIASRAMA / KUARTERS DAN PESERTA KURSUS

13.2.6.1 Pengawal keselamatan hendaklah memastikansupaya tidak berlaku apa-apa gangguan dalam apajua bentuk terhadap pegawai/kakitanganlLKAP,penghuni asrama/ kuarters dan peserta kursus dipremis ILKAP oleh individu-individu luar sepanjangmasa bertugas.

13.2.7 RONDAAN

13.2.7.1 Membuat rondaan satu (1) jam sekali di sekitarbangunan dan kawasan jagaan pengawalkeselamatan dalam masa bedugas dan merakamwatchman clock pada setiap lawatan ke tempatyang d itentukan tersebut.

Memastikan premis ILKAP selamat daripadasebarang bentuk pencerobohan denganmemastikan semua pintu masuk bangunan tertutupdan berkunci selepas waktu pejabat.

Memeriksa jika terdapat sebarang bunyi yang luarbiasa dan memeriksa punca bunyi tersebut. Bunyiyang berkenaan mungkin menggambarkanpercubaan pencerobohan, pergerakan pekerjayang tidak dibenarkan, bunyi peralatan dan jenterayang rosak atau sebarang kemungkinan masalahgangguan.

Membuat pemeriksaan terhadap sebarang bauyang luar biasa yang dikesan dan melaporkannyasegera kepada Penolong Pendaftar UnitPenyelenggaraan jika sum bernya tidak d iketahui.

13.2.7.2

13.2.7.3

13.2.5.2

13.3.7.4

15

Page 16: Garis Panduan Keselamatan Fizikal ILKAP

TARIKH KUAT KUASA

14. Arahan Ketua Pengarah ini berkuat kuasa mulai 1 Ogos 2014.

PEMBATALAN

15. Dengan berkuatkuasanya Arahan Pentadbiran Ketua Pengarah ini, ArahanKetua Pengarah Bil. 1 Tahun 2007 dan Arahan Ketua Pengarah Bil. 1 Tahun2009 dibatalkan.

Sekian, terima kasih.

..KECEMERLANGAN DALAM PEMBANGUNAN KAPASITI"

Ketua PengarahInstitut Latihan Kehakiman dan Perundangan (lL|,(AP)Jabatan Perdana MenteriMalaysia

7, Ogos 2014

,,BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

!' I sv- ,/ -

(LEE LAY CHOo)

15

Page 17: Garis Panduan Keselamatan Fizikal ILKAP

LAMPIRAN 1

INSTITUT LATIHAN KEHAKIMAN DAN PERUNDANGAN (ILKAP)

BAHAGIAN PENGURUSAN

BORANG LAPORAN INSTDEN KESELAMATAN ILKAP

BUTIR.BUTIR PENGADU

Nama Penuh Jawatan / Gred

No. Kad Pengenalan Bahagian /Seksyen / Unit

Jantina Aras / Blok

No. Tel. Pejabat No. TelefonBimbit

MAKLUMAT ADUAN

Tarikhi Masa Kejadian Tempat Kejadian

*Aduan

Saya mengaku segala maklumat yang dinyatakan adalah benar.

"Sekiranya ruangan tidak mencukupi sila buat lampiran tambahan. TandatanganPenqadu

KEGUNAAN PEJABAT (PENOLONG PEGAWA| KESELAMATAN F|Z|KAL / tCT)

Tarikh MasaTindakan Susulan

Disahkan Oleh :

*" Nama dan Cop

Tandatangan

ULASAN KETUAJABATAN

Ulasan

Tandatangan dan CopJabatan

Disahkan Oleh

t7