panduan - forest.sabah.gov.my · pengimportan kayu dari indonesia adalah diharamkan seperti...

48

Upload: dinhliem

Post on 31-Mar-2018

265 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: PANDUAN - forest.sabah.gov.my · Pengimportan kayu dari Indonesia adalah diharamkan seperti berikut: ... Pengimport (balak dan kayu persegi sahaja) hendaklah menyediakan Bank Guarantee
Page 2: PANDUAN - forest.sabah.gov.my · Pengimportan kayu dari Indonesia adalah diharamkan seperti berikut: ... Pengimport (balak dan kayu persegi sahaja) hendaklah menyediakan Bank Guarantee
Page 3: PANDUAN - forest.sabah.gov.my · Pengimportan kayu dari Indonesia adalah diharamkan seperti berikut: ... Pengimport (balak dan kayu persegi sahaja) hendaklah menyediakan Bank Guarantee

PANDUAN PENDAFTARAN SEBAGAI

PENGIMPORT NO PANDUAN: FD(EIS-G) 2/2015

BAHAGIAN EKONOMI, INDUSTRI & STATISTIKIBU PEJABAT PERHUTANAN

JABATAN PERHUTANAN SABAH

Page 4: PANDUAN - forest.sabah.gov.my · Pengimportan kayu dari Indonesia adalah diharamkan seperti berikut: ... Pengimport (balak dan kayu persegi sahaja) hendaklah menyediakan Bank Guarantee
Page 5: PANDUAN - forest.sabah.gov.my · Pengimportan kayu dari Indonesia adalah diharamkan seperti berikut: ... Pengimport (balak dan kayu persegi sahaja) hendaklah menyediakan Bank Guarantee

BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURATBAHAGIAN A:

PENDAFTARAN SEBAGAI PENGIMPORTI. Keperluan Perundangan 1II. Prosidur Permohonan Pendaftaran Sebagai

Pengimport2

III. Syarat Kelulusan Pendaftaran Sebagai Pengimport 3IV. Kecualian Dan Peralihan 6V. Borang Laporan Bulanan 6VI. Lampiran-Lampiran 6

Lampiran I “Definisi Kayu”.

7

Lampiran II:Borang Permohonan Pendaftaran Sebagai Pengimport Produk Kayu

11

Lampiran III:Carta Aliran Pendaftaran Sebagai Pengimport Produk Kayu.

17

Lampiran IV:Laporan Bulanan Kayu Diimport.

21

BAHAGIAN B:PERMOHONAN LESEN IMPORT PRODUK KAYU

(SOP PERMOHONAN LESEN IMPORT PRODUK KAYU)I. Permohonan Lesen Import Produk Kayu/Kayu Beruti

Besar Dan segi Empat Sama (LSS).25

II. Pemindahan Produk Kayu/LSS dan Kayu Gergaji dari Sarawak dan Sem. Malaysia.

26

III. Lampiran-LampiranIV. Lampiran B-I:

Carta Aliran Memproses Permohonan Lesen Import Produk Kayu

29

Lampiran B-II: Sample Borang K1

33

Lampiran B-III: Sample Borang JK69

37

KANDUNGAN

Page 6: PANDUAN - forest.sabah.gov.my · Pengimportan kayu dari Indonesia adalah diharamkan seperti berikut: ... Pengimport (balak dan kayu persegi sahaja) hendaklah menyediakan Bank Guarantee
Page 7: PANDUAN - forest.sabah.gov.my · Pengimportan kayu dari Indonesia adalah diharamkan seperti berikut: ... Pengimport (balak dan kayu persegi sahaja) hendaklah menyediakan Bank Guarantee

Panduan Pendaftaran Sebagai Pengimport

1

BAHAGIAN: APENDAFTARAN SEBAGAI PENGIMPORT

I. KEPERLUAN PERUNDANGAN 1) Selaras dengan Seksyen 5(1) Forest (Timber) Enactment 2015 (FTE 2015) kesemua

pengimport produk kayu hendaklah berdaftar dengan Jabatan Perhutanan Sabah (JPS). Kegagalan berbuat demikian boleh didenda tidak melebihi RM250,000.00 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

2) Definisi kayu:

Rujuk Jadual (Seksyen 2), FTE 2015 dan kod produk (Lampiran I).

3) Definisi pengimport

“pengimport” ertinya seseorang yang mengimport kayu. 4) Keperluan agensi-agensi lain:

a) Akta Kastam 1967/Customs Prohibition Order (Export & Import)

Kesemua pengeksport dan pengimport produk kayu hanya boleh mengeksport dan mengimport dengan lesen eksport/import yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan Sabah (JPS). Lesen mengeksport dan mengimport produk kayu hanya akan dikeluarkan kepada syarikat yang telah berdaftar dengan JPS sahaja selaras dengan FTE 2015.

Pengimportan semua kayu dilakukan di Pelabuhan Masuk atau tempat pendaratan sah yang diwartakan oleh Jabatan Kastam DiRaja Malaysia.

Pengimportan kayu dari Indonesia adalah diharamkan seperti berikut: • Balak: Berkuatkuasa 25 Jun 2002. • Kayu beruti besar dan segi empat sama (LSS): Berkuatkuasa 1 Jun

2003.

b) Akta CITES 2008

Kesemua produk kayu yang tersenarai dalam Appendix II CITES (Kayu Gaharu dan Ramin) yang dimport perlu disertakan lesen eksport CITES dari negara bagi Negara anggota CITES dan Sijil Negara Asal (Certificate of Origin) dari Negara yang bukan menganggotai CITES. Pengimport perlu berdaftar sebagai pengimport dengan JPS terlebih dahulu selaras dengan keperluan FTE 2015. Jabatan Perhutanan Sabah akan mengeluarkan permit Import CITES setelah dibuat pengesahan pada permit eksport CITES/Sijil Negara Asal.

Page 8: PANDUAN - forest.sabah.gov.my · Pengimportan kayu dari Indonesia adalah diharamkan seperti berikut: ... Pengimport (balak dan kayu persegi sahaja) hendaklah menyediakan Bank Guarantee

Panduan Pendaftaran Sebagai Pengimport

2

c) Enakmen Yuran 1981

Kesemua pengimportan kayu balak, kayu persegi, kayu digergaji dan venir adalah tertakluk kepada pemeriksaan fizikal oleh JPS dan yuran pemeriksaan kayu import yang dikenakan dari masa ke semasa.

d) Plant Quarantine Act 1976/Pekeliling Jabatan Pertanian Malaysia (TP.KPTK207/KIE/379/B(1989) bertarikh 8 Mei 2012)

Kesemua pengimportan kayu balak, kayu persegi dan kayu digergaji adalah tertakluk kepada pemeriksaan kuarantin serta pengesahan Sijil Fitosanitasi (Phytosanitary Certificate) daripada Jabatan Pertanian.

Permit Import dari Jabatan Pertanian sekiranya kayu beruti besar dan segi empat sama (LSS) diimport dari Afrika Tengah dan Amerika Selatan adalah diperlukan.

e) Forest Enactment 1968/Forest Rules 1969

Kesemua produk kayu yang diimport perlu mendapatkan/diliputi dengan Pas Memindah (Removal Pass) sebelum dipindahkan dari pelabuhan/jeti ke destinasi seterusnya produk berkenaan.

f) Enakmen Lembaga Pelabuhan Pelabuhan Sabah (LPPS)

Kesemua Jeti yang digunakan untuk tujuan pendaratan produk kayu import perlu mempunyai lesen import daripada LPPS.

Selaras dengan keperluan FTE 2015 dan FTRR 2015 mana-mana pengendali Jeti untuk tujuan pengeksportan dan pendaratan import perlu berdaftar dengan JPS.

II. PROSIDUR PERMOHONAN PENDAFTARAN SEBAGAI PENGIMPORT

1) Syarikat hendaklah memohon melalui Pegawai Perhutanan Daerah di mana letaknya pendaratan/pelabuhan kayu import berkenaan akan dikendalikan dengan mengemukakan dokumen-dokumen berikut:

2) Senarai dokumen yang diperlukan:

i. Borang permohonan pendaftaran sebagai pengimport adalah seperti di lampiran II.

ii. Dokumen-dokumen lain:

a. Pemohon telah mendapat kelulusan untuk mengimport dari Pengarah Perhutanan. Rujuk Panduan Permohonan sebagai pengimport.

b. Memorandum Of Article Of Incoporation.

Page 9: PANDUAN - forest.sabah.gov.my · Pengimportan kayu dari Indonesia adalah diharamkan seperti berikut: ... Pengimport (balak dan kayu persegi sahaja) hendaklah menyediakan Bank Guarantee

Panduan Pendaftaran Sebagai Pengimport

3

c. Sijil Pendaftaran Syarikat (disahkan oleh Setiausaha Syarikat). d. Salinan Borang 8 (Certificate of Incorporation of Public Company)

di bawah Akta Syarikat 1965 (Akta 125) yang disahkan benar oleh Setiausaha Syarikat (untuk Syarikat Berhad & Sdn Bhd sahaja-mengikut kesesuaian).

e. Salinan Borang 9 (Borang Pemerbadanan Syarikat) di bawah Akta Syarikat 1965 (Akta 125) yang disahkan benar oleh Setiausaha Syarikat (untuk Syarikat Berhad & Sdn Bhd sahaja-mengikut kesesuaian).

f. Salinan Borang 13 (Certificate of Incorporation on Change of Name of Company) di bawah Akta Syarikat 1965 (Akta 125) yang disahkan benar oleh Setiausaha Syarikat (untuk Syarikat Berhad & Sdn Bhd sahaja-mengikut kesesuaian).

i. Salinan Borang 24 (Senarai Pemegang Saham) di bawah Akta Syarikat 1965 (Akta 125) yang disahkan benar oleh Setiausaha Syarikat (untuk Syarikat Berhad & Sdn Bhd sahaja-mengikut kesesuaian).

j. Salinan Borang 44 (Notice of Situation of Office and Office Hours and Notice of Changes) di bawah Akta Syarikat 1965 (Akta 125) yang disahkan benar oleh Setiausaha Syarikat (untuk Syarikat Berhad & Sdn Bhd sahaja-mengikut kesesuaian).

k. Salinan Borang 49 (Senarai Lembaga Pengarah) di bawah Akta Syarikat 1965 (Akta 125) yang disahkan benar oleh Setiausaha Syarikat (untuk Syarikat Berhad & Sdn Bhd sahaja-mengikut kesesuaian).

l. Salinan Perjanjian Jual Beli/Kontrak bekalan yang dibuat dengan pembekal.

iii. Surat rekomendasi/komen dari Pegawai Perhutanan Daerah. iv. Lesen Berniaga yang sah. v. Peta tempat penyimpanan kayu import. vi. Modal Berbayar Minima RM100,000.00 bagi syarikat berdaftar dan RM50,000.00

bagi syarikat bukan Sdn. Bhd/Bhd. Bagi rotan: RM10,000.00.

3) Yuran Tahunan:

Yuran Sijil Pendaftaran sebagai pengimport tanpa mengira jenis produk adalah RM500.00 setahun dan perlu dibaharui setiap tahun dengan yuran pembaharuan RM500.00.

4) Carta Aliran Permohonan Sebagai Pengimport Produk Kayu:

Rujuk lampiran III.

III. SYARAT KELULUSAN PENDAFTARAN SEBAGAI PENGIMPORT

Setiap syarikat yang telah dikeluarkan kelulusan Sijil Pendaftaran untuk mengimport produk kayu adalah tertakluk dengan syarat-syarat berikut:

Page 10: PANDUAN - forest.sabah.gov.my · Pengimportan kayu dari Indonesia adalah diharamkan seperti berikut: ... Pengimport (balak dan kayu persegi sahaja) hendaklah menyediakan Bank Guarantee

Panduan Pendaftaran Sebagai Pengimport

4

1) Pengimport hendaklah membuat suatu pengistiharan kepada Pengarah mengenai kayu yang diimport sebelum pengimportan kayu tersebut dibuat (Section 12(1) FTE 2015) untuk pengeluaran lesen import oleh JPS. Denda kerana melanggar Seksyen 12(1) tidak melebihi RM100,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya.

2) Pengimport hendaklah mempamerkan Sijil Pendaftaran di premis perniagaan [Peraturan 6(1)(2) Forest (Timber) (Registration) Regulations 2015 (FTRR 2015)]. Kegagalan mempamerkan Sijil boleh dikenakan denda RM50,000.00 atau penjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya sekali.

3) Di bawah Peraturan 7(1)(2) FTRR 2015, syarikat berdaftar tidak dibenarkan memindah Sijil Pendaftran kepada orang lain atau membenarkan orang lain menggunakan Sijil Pendaftarannya untuk pengimportan produk kayu. Sekiranya didapati melanggar peraturan ini, syarikat boleh didenda tidak melebihi RM150,000.00 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

4) Pembaharuan Sijil Pendaftaran hendaklah dilaksanakan tidak lewat dari 60 hari sebelum habis tempoh pendaftaran. (Seksyen 9(1) FTE 2015).

5) Kegagalan untuk membaharui Sijil Pendaftaran selepas tempoh tamat Sijil Pendaftaran adalah RM500.00.

6) Pendaratan produk kayu yang diimport adalah hanya dibenarkan di pelabuhan/jeti yang telah didaftarkan/diluluskan oleh Jabatan Kastam DiRaja Malaysia dan Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah sahaja.

7) Pengimport hendaklah memaklumkan ketibaan kapal dan permohonan lesen import serta permohonan pemeriksaan fizikal produk kayu import kepada Pejabat Perhutanan Daerah yang berkenaan 3 hari lebih awal sebelum ketibaan produk kayu import di pintu masuk.

8) Pengimport adalah tidak dibenarkan untuk memindahkan produk kayu yang diimport sebelum pemeriksaan fizikal dilaksanakan oleh Pegawai Perhutanan Daerah dan Pas Memindah atau Transit Pass dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan, kecuali diberi pengecualian.

9) Balak import hendaklah dibubuh tanda tukul hak milik yang telah didaftar dengan JPS. Tanda Tukul Hak Milik perlu didaftran dengan Jabatan Perhutanan Dan dikenakan yuran pendaftaran tukul sebanyak RM5.00 dan tempoh sah selaras dengan Sijil Pendaftaran Pengimport.

10) Pengimport (balak dan kayu persegi sahaja) hendaklah menyediakan Bank Guarantee sebanyak RM10,000.00 sebagai cagaran (Good Behaviour Bond) kepada JPS.

11) Kayu yang dimport hendaklah diproses di kilang yang berlesen dengan JPS sahaja.

Page 11: PANDUAN - forest.sabah.gov.my · Pengimportan kayu dari Indonesia adalah diharamkan seperti berikut: ... Pengimport (balak dan kayu persegi sahaja) hendaklah menyediakan Bank Guarantee

Panduan Pendaftaran Sebagai Pengimport

5

12) Bagi syarikat pengimport kayu digergaji dan venir yang tidak mempunyai kilang, produk yang diimport hanya dibenarkan disimpan di gudang kayu yang berdaftar dengan JPS sahaja.

13) Balak tidak dibenarkan untuk dieksport semula tanpa sebarang pemerosesan.

14) Ahli Lembaga Syarikat atau orang perseorangan yang telah disenarai-hitam oleh JPS adalah dilarang membiayai kerja-kerja mengimport/membeli/menjual balak dari luar Negara kepada/dari mana-mana syarikat.

15) Laporan Polis dan Sijil Akuan bersumpah hendaklah dibuat bagi kehilangan Sijil Pendaftaran/Kerosakan Sijil Pendaftaran sebelum pengeluaran semula Sijil gantian dipohon kepada Pengarah Perhutanan Sabah. Bayaran RM500.00 akan dikenakan bagi pengeluaran Sijil Pendaftaran yang Disahkan untuk menggantikan Sijil Pendaftaran yang rosak/hilang. [Peraturan 10(a)(b) FTRR 2015].

16) Jika terdapat sebarang perubahan kepada maklumat-maklumat syarikat yang telah didaftarkan, perubahan berkenaan hendaklah dimaklumkan kepada Pengarah Perhutanan dalam tempoh 14 hari selepas perubahan. Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan denda dikenakan tidak melebihi RM50,000.00 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali jika tersabit kesalahan selaras dengan Peraturan 9(1)(2) FTRR 2015.

17) Pengarah Perhutanan Sabah boleh membatalkan pendaftaran orang yang berdaftar yang telah melanggar mana-mana peruntukan Enakmen, memungkiri syarat perakuan pendaftaran, telah memberikan representasi salah yang mempengaruhi pendaftaran atau telah disabitkan kesalahan di bawah FTE 2015. [Seksyen 10(1)(a)(b)(c)(d)].

18) Pengarah Perhutanan Sabah boleh mengenakan syarat tambahan atau mengubah syarat Sijil Pendaftaran pada bila-bila masa (Seksyen 8 FTE 2015).

19) Syarikat pengimport adalah dikehendaki untuk mengemukakan laporan bulanan produk kayu yang diimport melalui Borang Appendix 23 pada 15hb setiap bulan bagi laporan di bulan sebelumnya kepada Pengarah Perhutanan. Denda RM500.00 bagi kelewatan penghantaran setiap laporan bulanan yang tidak diterima akan dikenakan.

Salinan-surat kelulusan Sijil Pendaftaran Pengimport dan pembaharuan Sijil Pendaftaran Pengimport disalinkan kepada:

1) Pengarah Kastam DiRaja Malaysia Sabah Urusetia Perkastaman Lot No. A-3-7, Tingkat 3 Plaza Tanjung Aru, Jalan Mat Salleh 88100 KOTA-KINABALU Fax: 088-538435

Page 12: PANDUAN - forest.sabah.gov.my · Pengimportan kayu dari Indonesia adalah diharamkan seperti berikut: ... Pengimport (balak dan kayu persegi sahaja) hendaklah menyediakan Bank Guarantee

Panduan Pendaftaran Sebagai Pengimport

6

2) Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah Bangunan Ibu Pejabat LPPS, Jalan Tun Fuad, Tanjung Lipat Beg Berkunci No. 2005 88617 Kota Kinabalu Fax: 088-223036

3) Pengarah Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah Peti Surat No. 80164 87011 W.P. LABUAN. Fax: 087-417531

4) Jabatan Perhutanan Sabah

i) Pegawai Perhutanan Daerah berkenaan.

ii) Pegawai MCEE berkenaan.

iii) Ketua Unit Pendaftaran & Perlesenan Bahagian EIS Ibu Pejabat Perhutanan Daerah

IV. KECUALIAN DAN PERALIHAN

Selaras dengan peruntukan Section 52(1)(2) mana-mana Sijil Pendaftaran Jeti yang telah dikeluarkan oleh pihak MTIB dibawah Akta 105 adalah disifatkan telah didaft-arkan dibawah FTE 2015 sehinggalah validiti Sijil Pendaftaran tamat. Pengarah Per-hutanan boleh mengubah syarat-syarat dan sekatan-sekatan yang dikenakan bagi Sijil Pendaftaran berkenaan untuk diselaraskan oleh FTE 2015.

Pengecualian pendaftaran juga adalah diberikan bagi mana-mana pengimport yang telah mempunyai Sijil Kontraktor Pengimport yang masih sah daripada JPS.

V. BORANG LAPORAN BULANAN

i. Rujuk Lampiran IV - Laporan Bulanan Kayu Diimport

VI. LAMPIRAN-LAMPIRAN

i. Lampiran I – “Definisi Kayu” Dan Kod Kategori Produk Kayu ii. Lampiran II: Borang Permohonan Pendaftaran Sebagai Pengimport Produk

Kayu (Hanya selepas kelulusan untuk megimport produk kayu diperolehi). iii. Lampiran III: Carta Aliran Pendaftaran Sebagai Pengimport Produk Kayu iv. Lampiran IV: Laporan Bulanan Kayu Diimport

Page 13: PANDUAN - forest.sabah.gov.my · Pengimportan kayu dari Indonesia adalah diharamkan seperti berikut: ... Pengimport (balak dan kayu persegi sahaja) hendaklah menyediakan Bank Guarantee

7

LAMPIRAN I:

“DEFINISI KAYU” DAN KOD KATEGORI PRODUK KAYU

Page 14: PANDUAN - forest.sabah.gov.my · Pengimportan kayu dari Indonesia adalah diharamkan seperti berikut: ... Pengimport (balak dan kayu persegi sahaja) hendaklah menyediakan Bank Guarantee
Page 15: PANDUAN - forest.sabah.gov.my · Pengimportan kayu dari Indonesia adalah diharamkan seperti berikut: ... Pengimport (balak dan kayu persegi sahaja) hendaklah menyediakan Bank Guarantee

i

SCHEDULE[Section 2] Forest (Timber) Enactment 2015

DEFINITION OF TIMBER

Timber Products

Assembled parquet panelsBambooBarkBarrelsBattenboardBio-composite productBlockboardBox palletsBriquetteBroomBrush bodies and handlesCable drumsCases of jewellery or cutlery and similar articlesCasksCement bonded particle boardCharcoalCoconut trunkCoffin/CasketCooperageCordwoodCore veneerCork, Bark based productCrateDensified woodDoorDoor frameDoorskinDowelDrumDunnageFibreboardFlakeboardFlitchFuel woodFurnitureFurniture partGaharu oilGaharu wood/Sandalwood/AgarwoodGlued laminated timber

Ground wood (wood wool, wood flour)HandicraftHardboardHewn timberHigh density fibreboardHoopwoodJoineryJoss-stickLaminated boardLaminated postLaminated veneer lumberLoadboardLogLow density fibreboardLumber coreMedium density fibreboardMouldingNibong trunkOil Palm trunkOriented strand boardOther thing of woodPacking blockPacking casesPalletPallet collarsPaperParticle blockParticle boardPickets/StakesPicture framePilesPlaned timberPlywoodPolePrefabricated buildings, of woodRailway sleeperRattanRotary cut veneerRubberwood

... continued

Page 16: PANDUAN - forest.sabah.gov.my · Pengimportan kayu dari Indonesia adalah diharamkan seperti berikut: ... Pengimport (balak dan kayu persegi sahaja) hendaklah menyediakan Bank Guarantee

ii

SawdustSawn timberScented wood (Gaharu)ScrapShakesShingleSkidSliced veneerStatuettes and other ornaments, of woodTableware and kitchenware, of woodToolsTubsTurneryVatsVeneered panelWaferboardWindowWindow frameWood chipWood marquetry and inlaid woodWood particleWood pulpWood residueWood wool (shaving)WoodchipboardWooden boxWooden fenceWooden flooringWooden handleWooden latticeWooden sticksWooden toyWoodplastic composite

... continuedSCHEDULE

[Section 2] Forest (Timber) Enactment 2015DEFINITION OF TIMBER

Page 17: PANDUAN - forest.sabah.gov.my · Pengimportan kayu dari Indonesia adalah diharamkan seperti berikut: ... Pengimport (balak dan kayu persegi sahaja) hendaklah menyediakan Bank Guarantee

11

LAMPIRAN II:

BORANG PERMOHONAN PENDAFTARAN PENGIMPORT

Page 18: PANDUAN - forest.sabah.gov.my · Pengimportan kayu dari Indonesia adalah diharamkan seperti berikut: ... Pengimport (balak dan kayu persegi sahaja) hendaklah menyediakan Bank Guarantee
Page 19: PANDUAN - forest.sabah.gov.my · Pengimportan kayu dari Indonesia adalah diharamkan seperti berikut: ... Pengimport (balak dan kayu persegi sahaja) hendaklah menyediakan Bank Guarantee

i

FORM FD/EIS (EXP)

JABATAN PERHUTANAN SABAHBORANG PERMOHONAN/PEMBAHARUAN SIJIL PENDAFTARAN SEBAGAI

PENGIMPORT PRODUK KAYU (APPLICATION/RENEWAL FORM FOR REGISTRATION CERTIFICATE AS AN

IMPORTER OF TIMBER PRODUCTS)A. BUTIR-BUTIR SYARIKAT (COMPANY’S PARTICULARS)Nombor rujukan Sijil Pendaftaran Pengimport dari MTIB (jika telah mendaftar dengan MTIB:________________________________________________________________________(Certificate to import timber products reference no from MTIB-If the company has registered with MTIB):Tempoh validiti Sijil Pendaftaran Pengimport:__________________________________(Validity period of the Registration Certificate as an importer):1. Nama Syarikat:

(Name of company)2. Alamat Syarikat:

(Company’s address)

3. Nombor Syarikat:(Company’s number)

4. Tarikh syarikat diperbadankan:(Date of company’s incorporation)

5. No Telefon:(Telephone no.)

6. No Fax:(Fax no)

7. Jenis produk kayu yang akan diimport:(Type of timber products to be imported)

No. Jenis Produk(Type of Product)

Isipadu(Volume) m3

Negara Asal Produk Kayu(Country of Origin Timber Products)

Page 20: PANDUAN - forest.sabah.gov.my · Pengimportan kayu dari Indonesia adalah diharamkan seperti berikut: ... Pengimport (balak dan kayu persegi sahaja) hendaklah menyediakan Bank Guarantee

ii

8. Pelabuhan/Jeti untuk pengeksportan (Port/Jetty of Loading)

9. Contoh Tukul Hak Milik Syarikat(Sample of company’s property hammer mark)

10. Tempoh pembaharuan yang akan dipohon (Untuk pembaharuan sahaja)[Renewal period to be applied (For renewal only)]

11. Lokasi penyimpanan kayu yang diimport dengan bacaan GPS(Location of timber storage area with GPS reading)

12. Kilang dimana produk akan disimpan/diproses dengan bacaan GPS(Location of mill where imported timber will be sent/processed with GPS reading)

13. Nama Pengurus:(Name of Manager)

14. Tanda-tangan:(Signature)

15. Tarikh Permohonan:(Date of application)

16. Cop Syarikat:(Company’s stamp)

B. DOKUMEN-DOKUMEN YANG PERLU DILAMPIRKAN DENGAN BORANG PERMOHONAN

(DOCUMENTS TO BE ATTACHED WITH THE APPLICATION FORM)1. Sijil Pendaftaran Syarikat (disahkan oleh Setiausaha Syarikat)

(Company’s Registration Certificate-certified by Company’s Secretary).2. Lesen Perniagaan semasa.

(Current Trading Licence).3. Peta & Gambar lokasi gudang kayu

(Current map and timber storage location)4. Salinan Geran Tanah/Perjanjian Sewaan atau Pajakan (disahkan benar) /TOL untuk

mengesahkan status pemilikan tanah di lokasi gudang kayu sahaja.(Copy of Land Title/Lease Agreement - certified True Copy/TOL to certify ownership of land for the said timber storage area).

Page 21: PANDUAN - forest.sabah.gov.my · Pengimportan kayu dari Indonesia adalah diharamkan seperti berikut: ... Pengimport (balak dan kayu persegi sahaja) hendaklah menyediakan Bank Guarantee

iii

5. Salinan Borang 13 (Certificate of Incorporation on Change of Name of Company) di bawah Akta Syarikat 1965 (Akta 125) yang disahkan benar oleh Setiausaha Syarikat (untuk Syarikat Berhad & Sdn Bhd sahaja-mengikut kesesuaian).

6. Salinan Borang 9 (Borang Pemerbadanan Syarikat) di bawah Akta Syarikat 1965 (Akta 125) yang disahkan benar oleh Setiausaha Syarikat (untuk Syarikat Berhad & Sdn Bhd sahaja-mengikut kesesuaian).

7. Salinan Borang 13 (Certificate of Incorporation on Change of Name of Company) di bawah Akta Syarikat 1965 (Akta 125) yang disahkan benar oleh Setiausaha Syarikat (untuk Syarikat Berhad & Sdn Bhd sahaja-mengikut kesesuaian).

8. Salinan Borang 24 (Senarai Pemegang Saham) di bawah Akta Syarikat 1965 (Akta 125) yang disahkan benar oleh Setiausaha Syarikat (untuk Syarikat Berhad & Sdn Bhd sahaja-mengikut kesesuaian).

9. Salinan Borang 44 (Notice of Situation of Office and Office Hours and Notce of Changes) di bawah Akta Syarikat 1965 (Akta 125) yang disahkan benar oleh Setiausaha Syarikat (untuk Syarikat Berhad & Sdn Bhd sahaja-mengikut kesesuaian).

10. Salinan Borang 49 (Senarai Lembaga Pengarah) di bawah Akta Syarikat 1965 (Akta 125) yang disahkan benar oleh Setiausaha Syarikat (untuk Syarikat Berhad & Sdn Bhd sahaja-mengikut kesesuaian).

11. Salinan Perjanjian Jual Beli/Kontrak bekalan yang dibuat diantara pengimport dengan pembekal.

C. PENGESAHAN PEGAWAI PERHUTANAN DAERAH (CERTIFICATION BY THE DISTRICT FORESTRY OFFICER)Senarai semak pematuhan keperluan dokumen [ Tandakan X ](Compliance of required documents check list [Mark X ]1. Sijil Pendaftaran Syarikat (disahkan oleh Setiausaha Syarikat)

(Company’s Registration Certificate-certified by Company’s Secretary).2. Lesen Perniagaan semasa.

(Current Trading Licence).3. Peta & Gambar lokasi gudang kayu

(Current map and timber storage location)4. Salinan Geran Tanah/Perjanjian Sewaan atau Pajakan (disahkan benar) /TOL untuk

mengesahkan status pemilikan tanah di lokasi gudang kayu sahaja.(Copy of Land Title/Lease Agreement - certified True Copy/TOL to certify ownership of land for the said timber storage area).

5. Salinan Borang 8 (Certificate of Incorporation of Public Company) di bawah Akta Syarikat 1965 (Akta 125) yang disahkan benar oleh Setiausaha Syarikat (untuk Syarikat Berhad & Sdn Bhd sahaja-mengikut kesesuaian).

6. Salinan Borang 9 (Borang Pemerbadanan Syarikat) di bawah Akta Syarikat 1965 (Akta 125) yang disahkan benar oleh Setiausaha Syarikat (untuk Syarikat Berhad & Sdn Bhd sahaja-mengikut kesesuaian).

7. Salinan Borang 13 (Certificate of Incorporation on Change of Name of Company) di bawah Akta Syarikat 1965 (Akta 125) yang disahkan benar oleh Setiausaha Syarikat (untuk Syarikat Berhad & Sdn Bhd sahaja-mengikut kesesuaian).

8. Salinan Borang 49 (Senarai Lembaga Pengarah) di bawah Akta Syarikat 1965 (Akta 125) yang disahkan benar oleh Setiausaha Syarikat (untuk Syarikat Berhad & Sdn Bhd sahaja-mengikut kesesuaian).

Page 22: PANDUAN - forest.sabah.gov.my · Pengimportan kayu dari Indonesia adalah diharamkan seperti berikut: ... Pengimport (balak dan kayu persegi sahaja) hendaklah menyediakan Bank Guarantee

iv

9. Salinan Borang 44 (Notice of Situation of Office and Office Hours and Notice of Changes) di bawah Akta Syarikat 1965 (Akta 125) yang disahkan benar oleh Setiausaha Syarikat (untuk Syarikat Berhad & Sdn Bhd sahaja-mengikut kesesuaian).

10. Salinan Borang 49 (Senarai Lembaga Pengarah) di bawah Akta Syarikat 1965 (Akta 125) yang disahkan benar oleh Setiausaha Syarikat (untuk Syarikat Berhad & Sdn Bhd sahaja-mengikut kesesuaian).

11. Salinan Perjanjian Jual Beli/Kontrak bekalan yang dibuat diantara pengimport dengan pembekal.

Disahkan oleh(Certified by)

Tanda-tangan Pegawai Perhutanan Daerah:(Signature of District Forestry Officer)

Daerah Perhutanan:(Forestry District)

Nama Pegawai:(Name of Officer)

Tarikh:(Date)

Note: Pegawai Perhutanan Daerah perlu mengemukakan komen berasingan mengenai permohonan. (District Forest Officer must submit separate comments on the application).

Page 23: PANDUAN - forest.sabah.gov.my · Pengimportan kayu dari Indonesia adalah diharamkan seperti berikut: ... Pengimport (balak dan kayu persegi sahaja) hendaklah menyediakan Bank Guarantee

17

LAMPIRAN III:

CARTA ALIRAN PERMOHONAN SEBAGAI PENGIMPORT PRODUK KAYU

Page 24: PANDUAN - forest.sabah.gov.my · Pengimportan kayu dari Indonesia adalah diharamkan seperti berikut: ... Pengimport (balak dan kayu persegi sahaja) hendaklah menyediakan Bank Guarantee

i

Page 25: PANDUAN - forest.sabah.gov.my · Pengimportan kayu dari Indonesia adalah diharamkan seperti berikut: ... Pengimport (balak dan kayu persegi sahaja) hendaklah menyediakan Bank Guarantee

CARTA ALIRAN PROSESPERMOHONAN PENDAFTARAN SEBAGAI PENGIMPORT

PRODUK KAYU DAN KELUARAN PRODUK KAYU(Part A)

Syarikat mengemukakan permohonan kepada Pegawai Perhutanan Daerah (PPD)

Tidak

Maklumkan syarikat

Lengkap

Lulus

Tidak Lulus

Semakan dokumen oleh PPD

PPD mengemukakan permohonan kepada Pengarah Perhutanan

Permohanan syarikat ditapis dan dirumus oleh Bahagian EIS, Ibu Pejabat

Bahagian EIS mengemukakan rekomendasi kepada Pengarah Perhutanan

Bahagian EIS mengeluarkan surat kelulusan kepada syarikat dan salinan kepada PPD dan MCEE

Bahagian EIS merekod maklumat syarikat ke dalam Sistem maklumat sebagai Pengimport

Minta maklumat tambahan

Page 26: PANDUAN - forest.sabah.gov.my · Pengimportan kayu dari Indonesia adalah diharamkan seperti berikut: ... Pengimport (balak dan kayu persegi sahaja) hendaklah menyediakan Bank Guarantee
Page 27: PANDUAN - forest.sabah.gov.my · Pengimportan kayu dari Indonesia adalah diharamkan seperti berikut: ... Pengimport (balak dan kayu persegi sahaja) hendaklah menyediakan Bank Guarantee

21

LAMPIRAN IV:

LAPORAN BULANAN KAYU DIIMPORT

Page 28: PANDUAN - forest.sabah.gov.my · Pengimportan kayu dari Indonesia adalah diharamkan seperti berikut: ... Pengimport (balak dan kayu persegi sahaja) hendaklah menyediakan Bank Guarantee
Page 29: PANDUAN - forest.sabah.gov.my · Pengimportan kayu dari Indonesia adalah diharamkan seperti berikut: ... Pengimport (balak dan kayu persegi sahaja) hendaklah menyediakan Bank Guarantee

i

Page 30: PANDUAN - forest.sabah.gov.my · Pengimportan kayu dari Indonesia adalah diharamkan seperti berikut: ... Pengimport (balak dan kayu persegi sahaja) hendaklah menyediakan Bank Guarantee

ii

Page 31: PANDUAN - forest.sabah.gov.my · Pengimportan kayu dari Indonesia adalah diharamkan seperti berikut: ... Pengimport (balak dan kayu persegi sahaja) hendaklah menyediakan Bank Guarantee

25

BAHAGIAN: BPERMOHONAN LESEN IMPORT PRODUK KAYU

(SOP PERMOHONAN LESEN IMPORT PRODUK KAYU)

I. PERMOHONAN LESEN IMPORT BAGI PRODUK KAYU/KAYU BERUTI BESAR DAN SEGI EMPAT SAMA (LSS)

a) Pemohon perlu mendapatkan kelulusan untuk mengimport produk kayu dari

Pengarah Perhutanan Sabah sebelum dibenarkan untuk mendaftar sebagi Pengimport. Sebarang pengimportan tidak dibenarkan sebelum berdaftar sebagai pengimport.

b) Selepas surat kelulusan mengimport dikeluarkan, pemohon mestilah mendapatkan Lesen Import bagi setiap pengimportan produk kayu/kayu beruti/LSS dari Pegawai Perhutanan Daerah dimana pintu masuk kayu import dibawa masuk, melalui Borang Lesen Import (JK 69) dan membuat perakuan di dalam Borang Perakuan Kastam (K1) yang diisi dengan lengkap dalam empat salinan [Satu pengimportan satu lesen]. Syarikat wajib telah berdaftar sebagai pengimport dan mempunyai Sijil Pendaftaran Import.

c) Permohonan boleh dikemukakan awal, iaitu sebelum konsignasi kayu tiba di pelabuhan.

d) Lesen yang dipohon tertakluk kepada butir-butir berikut:

• Mempunyai 1 kod tariff kastam sahaja (HS Code). • Lesen yang dipohon hendaklah untuk satu pelabuhan masuk sahaja. • Bagi produk kayu yang tersenarai dalam senarai CITES, satu lesen mempunyai

satu Permit/Sijil CITES yang lulus sahaja, jika berkaitan. • Sebarang pindaan terhadap lesen adalah tidak dibenarkan.

e) Setiap permohonan Lesen Import hendaklah disertakan bersama perkara-perkara berikut :-

• Borang JK 69. • Borang Ikrar Kastam (K1). • Surat kelulusan pengimportan dari Pengarah Perhutanan Sabah bersama

borang permohonan pemeriksaan fizikal JPHTN IMP2A. • Sijil Pendaftaran sebagai Pengimport dari Pengarah Perhutanan Sabah. • Sijil Negara Asal (Certificate of Origin). • Invois. • Packing list. • Bill of Lading. • Permit Eksport CITES bagi kayu dan keluaran kayu dalam senarai CITES

(termasuk kayu Ramin) dari negara anggota CITES dan Sijil Negara Asal (Certificate of Origin) dari Negara yang bukan menganggotai CITES. Jabatan

Page 32: PANDUAN - forest.sabah.gov.my · Pengimportan kayu dari Indonesia adalah diharamkan seperti berikut: ... Pengimport (balak dan kayu persegi sahaja) hendaklah menyediakan Bank Guarantee

Panduan Pendaftaran Sebagai Pengimport

26

Perhutanan Sabah akan mengeluarkan Permit Import CITES setelah dibuat pengesahan pada Permit Eksport CITES/Sijil Negara Asal berkenaan.

• Lesen Import dari Jabatan Pertanian sekiranya kayu Beruti Besar dan Segi Empat Sama (LSS) diimport dari Afrika Tengah dan Amerika Selatan.

• Pemeriksaan fizikal perlu dijalankan ke atas semua konsignasi sebelum Lesen Import (JK 69) dikeluarkan.

• Tempoh sah laku bagi setiap lesen import adalah 60 hari dari tarikh diluluskan dan satu pengimportan sahaja – satu kosignasi (Rujuk Carta Aliran Proses Permohonan Lesen Import dilampirkan).

• Sijil Kesihatan (Certificate of Health) atau Sijil Fitosanitasi (Certificate of Pyhtosanitary) dari Jabatan Pertanian jika diperlukan.

f) Pengeluaran Pas Memindah oleh Jabatan Perhutanan Sabah Pengimport hendaklah menghubungi Pegawai Perhutanan Daerah berkenaan bagi

pengeluaran Pas Pemindah (Removal Pass) untuk tujuan menanda tukul tanda pemeriksaan (Property Hammer Mark) dan tukul royalti (bagi produk kayu yang dikenakan yuran pemeriksaan) sebelum pengimport dibenarkan memindahkan produk kayu berkenaan.

g) Pelabuhan Masuk/Tempat Pendaratan Sah

Pengimportan semua produk kayu/kayu beruti kayu yang dinyatakan di bahagian (c) , hanya boleh dilakukan di pelabuhan masuk atau di Tempat Pendaratan Sah yang diwartakan oleh Jabatan Kastam DiRaja Malaysia dan jeti berdaftar dengan Lembaga Pelabuhan Pelabuhan Sabah sahaja.

h) Duti Kastam Produk kayu/LSS yang tertakluk di bawah Kod Kastam 44.03 tidak dikenakan duti

Kastam.

i) Balak, kayu digergaji, LSS dan veniar yang diimport adalah tertakluk kepada yuran pemeriksaan RM10/m3 (Enakmen Yuran 1981).

II. PEMINDAHAN PRODUK KAYU/LSS DAN KAYU GERGAJI DARI SARAWAK DAN SEM. MALAYSIA

1. Produk Kayu/LSS dan kayu gergaji yang dibawa masuk ke Sabah dari Semenanjung Malaysia atau Sarawak tidak memerlukan surat kelulusan mengimport dari Jabatan Perhutanan Sabah. Walau bagaimanapun ia tertakluk kepada pemeriksaan Jabatan Perhutanan dan kutipan yuran pemeriksaan seperti yang diperuntukkan oleh Enakmen Yuran 1988.

2. Urusan membawa masuk produk kayu/LSS dan kayu gergaji boleh dibuat terus kepada pihak Kastam di tempat kawasan di mana produk kayu tersebut akan dibawa masuk. Bagi produk kayu yang dibawa masuk melalui laluan darat dari sarawak, ianya hendaklah melalui pusat ICQS Merapok/Sindumin sahaja.

Page 33: PANDUAN - forest.sabah.gov.my · Pengimportan kayu dari Indonesia adalah diharamkan seperti berikut: ... Pengimport (balak dan kayu persegi sahaja) hendaklah menyediakan Bank Guarantee

3. Bayaran yuran Pemeriksaan hendaklah dijelaskan terlebih dahulu bagi produk kayu yang dikenakan yuran pemeriksaan kepada Pengarah Perhutanan sebelum pemindahan dibuat.

4. Dokumen-dokumen pemindahan yang diperlukan adalah Borang Ikrar Kastam (K3) bagi laluan laut (Laluan darat melalui Sindumin tidak diperlukan) dan dokumen sokongan yang lain seperti kontrak perjanjian jual beli diantara syarikat dan pembeli dari Sabah atau Sarawak, pesanan belian dan lain-lain yang boleh digunakan bagi tujuan perbandingan butir-butir pengisytiharan dalam Borang Kastam. Sekiranya permohonan adalah lengkap dan memenuhi syarat yang ditetapkan, Borang Perakuan Kastam (K3) akan diturunkan cop oleh Pegawai Perhutanan Daerah dan resit pembayaran akan dikeluarkan oleh JPS.

III LAMPIRAN-LAMPIRAN

i. Lampiran B-I: Carta Aliran Proses Permohonan Lesen Import. ii. Lampiran B-II: Sample Borang K1. iii. Lampiran B-III: Sample Borang JK69.

Page 34: PANDUAN - forest.sabah.gov.my · Pengimportan kayu dari Indonesia adalah diharamkan seperti berikut: ... Pengimport (balak dan kayu persegi sahaja) hendaklah menyediakan Bank Guarantee
Page 35: PANDUAN - forest.sabah.gov.my · Pengimportan kayu dari Indonesia adalah diharamkan seperti berikut: ... Pengimport (balak dan kayu persegi sahaja) hendaklah menyediakan Bank Guarantee

29

LAMPIRAN: B-I

CARTA ALIRAN MEMPROSESPERMOHONAN LESEN IMPORT PRODUK KAYU

(Part B)

Page 36: PANDUAN - forest.sabah.gov.my · Pengimportan kayu dari Indonesia adalah diharamkan seperti berikut: ... Pengimport (balak dan kayu persegi sahaja) hendaklah menyediakan Bank Guarantee
Page 37: PANDUAN - forest.sabah.gov.my · Pengimportan kayu dari Indonesia adalah diharamkan seperti berikut: ... Pengimport (balak dan kayu persegi sahaja) hendaklah menyediakan Bank Guarantee

Panduan Pendaftaran Sebagai Pengimport

31

CARTA ALIRAN MEMPROSESPERMOHONAN LESEN IMPORT PRODUK KAYU

(Part B)

Syarikat yang telah berdaftar sebagai Pengimport mengemukakan permohonan Lesen Import kepada PPD, Daerah pintu masuk kayu import. dengan mengemukakan• Borang JK69• Borang K1 & lain dokumen berkaitan

(Sebelum Ketibaan Kapal)

Syarikat memaklumkan kepada PPD tarikh ketibaan kapal

Kembali ke proses No. I

Teratur

Tidak Teratur

PPD membuat menyemak atas permohonan dan membuat pemeriksaan fizikal (10% pengesahan bagi isipadu) dan 100% bagi kuantiti bersama agensi-agensi berkaitan.

PPD- Keluarkan Lesen Import produk kayu- Kutip yuran pemeriksaan- Keluarkan Removal Pass- Tekod makluman lanjut- Keluarkan Lesen Import produk kayu

Syarikat mengemukakan keputusan kepada Jabatan Kastam.

Page 38: PANDUAN - forest.sabah.gov.my · Pengimportan kayu dari Indonesia adalah diharamkan seperti berikut: ... Pengimport (balak dan kayu persegi sahaja) hendaklah menyediakan Bank Guarantee
Page 39: PANDUAN - forest.sabah.gov.my · Pengimportan kayu dari Indonesia adalah diharamkan seperti berikut: ... Pengimport (balak dan kayu persegi sahaja) hendaklah menyediakan Bank Guarantee

33

LAMPIRAN: B-II

SAMPLE BORANG K1

Page 40: PANDUAN - forest.sabah.gov.my · Pengimportan kayu dari Indonesia adalah diharamkan seperti berikut: ... Pengimport (balak dan kayu persegi sahaja) hendaklah menyediakan Bank Guarantee
Page 41: PANDUAN - forest.sabah.gov.my · Pengimportan kayu dari Indonesia adalah diharamkan seperti berikut: ... Pengimport (balak dan kayu persegi sahaja) hendaklah menyediakan Bank Guarantee

Panduan Pendaftaran Sebagai Pengimport

35

SAMPLE

SAMPLE BORANG K1

Page 42: PANDUAN - forest.sabah.gov.my · Pengimportan kayu dari Indonesia adalah diharamkan seperti berikut: ... Pengimport (balak dan kayu persegi sahaja) hendaklah menyediakan Bank Guarantee
Page 43: PANDUAN - forest.sabah.gov.my · Pengimportan kayu dari Indonesia adalah diharamkan seperti berikut: ... Pengimport (balak dan kayu persegi sahaja) hendaklah menyediakan Bank Guarantee

37

LAMPIRAN: B-III

SAMPLE BORANG JK 69

Page 44: PANDUAN - forest.sabah.gov.my · Pengimportan kayu dari Indonesia adalah diharamkan seperti berikut: ... Pengimport (balak dan kayu persegi sahaja) hendaklah menyediakan Bank Guarantee
Page 45: PANDUAN - forest.sabah.gov.my · Pengimportan kayu dari Indonesia adalah diharamkan seperti berikut: ... Pengimport (balak dan kayu persegi sahaja) hendaklah menyediakan Bank Guarantee

Panduan Pendaftaran Sebagai Pengimport

39

SAMPLE BORANG KJ69

SAMPLE

Page 46: PANDUAN - forest.sabah.gov.my · Pengimportan kayu dari Indonesia adalah diharamkan seperti berikut: ... Pengimport (balak dan kayu persegi sahaja) hendaklah menyediakan Bank Guarantee

Panduan Pendaftaran Sebagai Pengimport

40

Page 47: PANDUAN - forest.sabah.gov.my · Pengimportan kayu dari Indonesia adalah diharamkan seperti berikut: ... Pengimport (balak dan kayu persegi sahaja) hendaklah menyediakan Bank Guarantee
Page 48: PANDUAN - forest.sabah.gov.my · Pengimportan kayu dari Indonesia adalah diharamkan seperti berikut: ... Pengimport (balak dan kayu persegi sahaja) hendaklah menyediakan Bank Guarantee