panduan jawi windows 2007

9
Tutorial 1 : Setting Arabic Language (Set Bahasa Arab) Salam.. Untuk menggunakan tulisan Jawi, pengoperasian komputer anda iaitu Windows (Saya guna Windows 7) perlu di set bahasa Arab (Arabic) kerana tulisan Jawi ada kaitan secara langsung dengan tulisan Arab seperti bentuk huruf dan permulaan bacaan serta penulisan yang bermula dari sebelah kanan ke kiri. Untuk itu, pastikan bahasa Arab telah di masukkan kedalam komputer anda. (Lihat gambar bawah). Nota : Jika terdapat tulisan atau simbol EN (Klik pada EN), dan di ikuti AR (Arabic), sila abaikan Tutorial 1 ini, dan boleh terus ke Tutorial 2. Jika masih belum ada, ikuti langkah-langkah untuk memasang/install bahasa Arab di bawah: Cara Install Bahasa Arab (Arabic Language) 1. Klik pada butang Start > Control Panel 2. Dalam Control Panel, klik pada Clock, Language and Region (Atau seumpama, sesetangah Windows tulis Language & Region sahaja). Lihat gambar di bawah: 3. Klik pada Change keyboards or other input methods. Lihat pula gambar di bawah:

Upload: mrhb

Post on 19-Jan-2016

47 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

admin

TRANSCRIPT

Page 1: Panduan Jawi Windows 2007

Tutorial 1 : Setting Arabic Language (Set Bahasa Arab) Salam..

Untuk menggunakan tulisan Jawi, pengoperasian komputer anda iaitu Windows (Saya guna Windows 7) perlu di set bahasa Arab (Arabic) kerana tulisan Jawi ada kaitan secara langsung dengan tulisan Arab seperti bentuk huruf dan permulaan bacaan serta penulisan yang bermula dari sebelah kanan ke kiri.

Untuk itu, pastikan bahasa Arab telah di masukkan kedalam komputer anda. (Lihat gambar bawah).

Nota : Jika terdapat tulisan atau simbol EN (Klik pada EN), dan di ikuti AR (Arabic), sila abaikan Tutorial 1 ini, dan boleh terus ke Tutorial 2. Jika masih belum ada, ikuti langkah-langkah untuk memasang/install bahasa Arab di bawah:

Cara Install Bahasa Arab (Arabic Language)

1. Klik pada butang Start > Control Panel

2. Dalam Control Panel, klik pada Clock, Language and Region (Atau seumpama, sesetangah Windows tulis Language & Region sahaja). Lihat gambar di bawah:

3. Klik pada Change keyboards or other input methods. Lihat pula gambar di bawah:

Page 2: Panduan Jawi Windows 2007

4. Klik pada ruang Keyboards and Languages, kemudian tekan butang Change Keyboards...

Page 3: Panduan Jawi Windows 2007

5. Pada ruang Text Services and Input Languages, Klik butang Add...

Page 4: Panduan Jawi Windows 2007

6. Tekan pada simbol + pada Arabic (Saudi Arabia), kemudian tekan simbol + pada perkataan Keyboard dan tandakan (tick) pada Arabic (101).

7. Klik butang OK untuk tutup semua tetingkap.

Apabila Bahasa Arab telah selesai di setting atau di install, satu icon dalam Microsoft Word akan keluar iaitu Right-to-Left Text Direction, iaitu kita boleh menaip dari Kanan ke Kiri (Menaip Bahasa Arab atau Jawi adalah dari Kanan ke Kiri. Lihat gambar di bawah:

Selesai untuk setting Bahasa Arab, tetapi jika anda mahu menaip huruf-huruf dalam Bahasa Arab, Jawi dan Nombor Jawi, sila ikuti Tutorial seterusnya.

Tutorial 2 : Download dan Install Program Keyboard Jawi (SIRIM) (UPDATE)

Salam...

Dalam tutorial 1 iaitu saya tunjukkan cara-cara untuk install Bahasa Arab (sebelum guna tulisan Jawi, perlu ada Bahasa Arab), dalam Tutorial 2, saya nak tunjuk cara-cara install keyboard Jawi. Pengenalan program keyboard Jawi adalah seperti berikut:

Page 5: Panduan Jawi Windows 2007

Nama Keyboard : Keyboard Jawi SIRIMPenerbit : Artificial Intelligence Technology Fakulti Teknologi Sains Maklumat, UKMTahun Dikeluarkan : 2010Versi :V5Saiz Fail : 2MB Format Fail : .zip (Guna WinZip atau WinRAR atau 7-zip untuk extract)OS Platform : Windows XP, Vista (dan Windows 7)

Download (Mediafire) : http://www.mediafire.com/?5mmwy3ax3r6kouw Download (4shared) : http://www.4shared.com/rar/fZNKydyc/Program_Keyboard_Jawi.html

Download dan Install Program Keyboard Jawi di atas. Untuk mengatahui ianya berjaya di install atau tidak, klik pada Language Bar, tukar dari EN kepada AR (Saudi Arabia), bila di tukar kepada AR, satu icon keyboard akan timbul di tepi AR. Lihat gambar dibawah:

Cuba klik pada icon keyboard tersebut, ianya akan memaparkan dua pilihan iaitu Arabic (101) dan jawi-keyboard-sirim. Lihat gambar bawah:

Bila keluar jawi-keyboard-sirim dan Arabic (101) seperti gambar di atas, ini bermakna komputer anda telah di pasang dengan keyboard Jawi.

Selesai Tutorial 2 iaitu cara-cara untuk install keyboard jawi SIRIM. Bersambung di Tutorial 3 iaitu cara-cara untuk setting nombor Jawi dalam Microsoft Word 2007 serta cara setting yang berkaitan sebelum kita menaip tulisan Jawi serta nombor Jawi.

Download Software Jawi :Download (Mediafire) : http://www.mediafire.com/?5mmwy3ax3r6kouw Download (4shared) : http://www.4shared.com/rar/fZNKydyc/Program_Keyboard_Jawi.html

Tutorial 3 : Setting Nombor Jawi/Arab dalam Microsoft Word 2007 Salam..

Setelah selesai Tutorial 1 dan 2, masuk pula bab tiga iaitu cara-cara nak setting nombor Arab/Jawi. Nombor Arab/Jawi adalah seperti gambar di bawah:

Page 6: Panduan Jawi Windows 2007

Saya tak pasti, ada yang kata, nombor Arab adalah 1 2 3 (nombor rumi biasa), tapi tak kisahlah, jika mahu guna nombor 123 boleh, nak guna nombor Arab/Jawi pun boleh.

Cara-cara Setting Nombor Arab/Jawi

1. Buka Microsoft Office Word 2007 (saya guna versi Word 2007). Klik pada Office Button. Lihat gambar di bawah:

2. Klik pada Office Button (No 1) dan kemudiannya klik pada Word Options (No 2).

Page 7: Panduan Jawi Windows 2007

3. Klik pada Advanced (No 1), satu tetingkap akan keluar, scroll down dan cari Numeral, pada kekotak Numeral pilih/tukar kepada Context (No 2).

4. Klik OK untuk tutup tetingkap.

Tutorial 4 : Menaip Tulisan Jawi Menggunakan MS Word Office 2007 Salam..

Setelah selesai setting Bahasa Arab, Install Keyboard Jawi dan Setting Nombor Arab/Jawi, sampai masanya untuk menaip menggunakan tulisan Jawi.

Cara-cara menaip Jawi dalam Microsoft Office 2007

1. Buka Microsoft Word 2007, klik pada Right-to-Left Text Direction (No 1). Lihat gambar di bawah:

2. Kemudian, klik pada icon EN (English US) dan pilih AR (Saudi Arabia). Lihat gambar di bawah :

Page 8: Panduan Jawi Windows 2007

3. Apabila AR (Saudi Arabia) di pilih, akan keluar satu ikon keyboard di sebelahnya. Lihat gambar di bawah:

4. Klik pada icon keyboard tersebut, dan pilih jawi-keyboard-sirim. Lihat gambar bawah :

5. Sekarang, keyboard anda akan menjadi seperti gambar di bawah. Gambar di bawah saya ambil dari On Screen Keyboard dalam komputer saya.

Gambar keyboard di atas adalah huruf-huruf dari Bahasa Arab. Untuk mendapatkan tulisan Jawi (enam huruf Jawi), anda perlu menekan butang Shift pada keyboard anda. Lihat gambar di bawah:

Page 9: Panduan Jawi Windows 2007

Dalam bulatan merah di atas, huruf-huruf Jawi akan muncul apabila butang Shift ditekan (pada keyboard).

Nota : Nombor-nombor Arab/Jawi tidak dipapar pada On-Screen Keyboard

PENTING : Untuk menaip dalam tulisan Jawi, anda perlu menggunakan tulisan atau font Times New Roman. Ada juga tulisan Jawi lain seperti Jawi Nasakah 1, Jawi Classic, Jawi Biasa dan sebagainya. Ada huruf-huruf Jawi yang telah dibekalkan bersama program/perisian Keyboard-Jawi-Sirim.

Contoh Menaip Jawi :

KUCING = Kaf Wau Cha Ya Nga { Kaf (;) Wau (,) Cha (Shift+Syin/A) Ya(Ya/N) Nga(Shift+Sin/S) }

Rujuk Juga :

Tutorial 1 : Setting Arabic Language (Set Bahasa Arab)Tutorial 2 : Download dan Install Program Keyboard Jawi (SIRIM) Tutorial 3 : Setting Nombor Jawi/Arab dalam Microsoft Word 2007Tutorial 4 : Menaip Tulisan Jawi menggunakan Office Word 2007