pameran seni

6
PAMERAN SENI Definisi Myers, B. (1985) dalam penulisannya yang berjudul “How to Look at Art” mentakrifkan pameran sebagai satu aktiviti yang melibatkan satu ruang (biasanya galeri ataupun dewan) dan mempamerkan hasil karya seni seperti; lukisan, catan, cetakan, arca, ukiran, gambar foto dan karya yang siap (finished artwork). Hasil-hasil karya berkenaan secara umumnya akan dipamerkan untuk tontonan dan dihayati oleh orang ramai. Aktiviti pameran ini selalunya berlaku hanya sementara pada masa yang tertentu yang telah ditetapkan dan dipersetujui oleh pihak penganjur serta mereka yang terlibat mengambil bahagian dalam pameran tersebut. Jika pada infomasi pameran tersebut ada mencatatkan Pameran Tetap (Permanent Exhibition), bermakna pameran itu akan berterusan tanpa had waktu pengakhirannya. Manakala Preble, S dan Duane (1996) menjelaskan bahawa di Amerika pameran dikenali sebagai “exhibit” (pamer), manakala di Perancis pula ianya dikenali sebagai “exposition atau show” (pameran). Berbeza pula di United Kingdom mereka menamakan “exhibitions” itu sebagai pameran manakala individu yang terlibat di dalam pameran itu digelar sebagai “exhibit”. Secara umumnya pameran itu adalah merujuk kepada satu tempat yang mempamerkan hasil-hasil karya seni yang melibatkan individu yang tertentu ataupun kumpulan yang tertentu didalamnya. Manakala tempat yang digunakan pula mempunyai

Upload: ieka-adila

Post on 11-Jan-2016

17 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

pameran seni

TRANSCRIPT

Page 1: Pameran Seni

PAMERAN SENI

Definisi

Myers, B. (1985) dalam penulisannya yang berjudul “How to Look at Art”

mentakrifkan pameran sebagai satu aktiviti yang melibatkan satu ruang (biasanya

galeri ataupun dewan) dan mempamerkan hasil karya seni seperti; lukisan, catan,

cetakan, arca, ukiran, gambar foto dan karya yang siap (finished artwork).

Hasil-hasil karya berkenaan secara umumnya akan dipamerkan untuk tontonan dan

dihayati oleh orang ramai. Aktiviti pameran ini selalunya berlaku hanya sementara

pada masa yang tertentu yang telah ditetapkan dan dipersetujui oleh pihak penganjur

serta mereka yang terlibat mengambil bahagian dalam pameran tersebut. Jika pada

infomasi pameran tersebut ada mencatatkan Pameran Tetap (Permanent Exhibition),

bermakna pameran itu akan berterusan tanpa had waktu pengakhirannya.

Manakala Preble, S dan Duane (1996) menjelaskan bahawa di Amerika pameran

dikenali sebagai “exhibit” (pamer), manakala di Perancis pula ianya dikenali sebagai

“exposition atau show” (pameran). Berbeza pula di United Kingdom mereka

menamakan “exhibitions” itu sebagai pameran manakala individu yang terlibat di

dalam pameran itu digelar sebagai “exhibit”.

Secara umumnya pameran itu adalah merujuk kepada satu tempat yang

mempamerkan hasil-hasil karya seni yang melibatkan individu yang tertentu ataupun

kumpulan yang tertentu didalamnya. Manakala tempat yang digunakan pula

mempunyai kemudahan dan ianya senang bagi masyarakat setempat untuk

berkunjung serta melihat hasil karya yang dipamerkan itu.

Objektif Pameran

Setiap pameran yang dirancang mempunyai tema dan objektifnya tersendiri.

Biasanya sesuatu pameran itu diadakan adalah untuk menghargai hasil-hasil seni

yang telah pun dihasilkan oleh para pelukis dan pereka. Di samping itu juga, ianya

adalah satu bentuk aktiviti bagi mendekatkan masyarakat dengan hasil karya-karya

seni. Budaya ini, dalam erti kata lain adalah mengajak dan mengajar masyarakat

tempatan untuk menghayati keindahan hasil seni itu.

Page 2: Pameran Seni

Selain daripada itu, ianya juga merupakan satu penghargaan dan motivasi kepada

pengkarya. Aktiviti pameran ini juga sebagai satu bentuk pengiktirafan yang tertinggi

kepada pengkarya di dalam proses penghasilan karya mereka.

i.  Tujuan sosial

Tujuan sosial bererti bahawa kegiatan pameran baik skala luas (di masyarakat)

mahupun skala terbatas (di sekolah). Karya seni yang dipamerkan dipergunakan

untuk kepentingan sosial. Hasil penjualan karya seni yang dipamerkan

disumbangkan kepada yayasan anak yatim, pendidikan anak cacat, dan mana-mana

yayasan yang memerlukan bantuan.

ii.  Tujuan Komersial

Tujuan komersial pameran berkaitan dengan kegiatan untuk menghasilkan profit

atau keuntungan terutama bagi seniman. Melalui kegiatan ini seniman dapat menjual

karyanya kepada apresiator dan kolektor karya seni.

iii.  Tujuan Kemanusiaan

Tujuan kemanusiaan kegiatan pameran adalah untuk kepentingan pelestarian

(maintain), pembinaan nilai-nilai, dan pengembangan hasil karya seni budaya yang

dimiliki oleh masyarakat. Media apresiasi bagi masyarakat terhadap karya-karya

seniman.

Jenis-jenis Pameran

Pameran yang diadakan terbahagi kepada beberapa jenis dan peringkat. Antara

jenis-jenis pameran tersebut adalah:

i.  Pameran Solo

Pameran ini biasanya hanya melibatkan hasil karya seorang individu sahaja. Tempat

bagi mengadakan pameran ini selalu di galeri seni komersial yang dimiliki oleh

individu ataupun di galeri-galeri awam ataupun di tempat-tempat yang telah

dipersetujui oleh kedua-dua pihak (penganjur/penaja dan pengkarya/ pelukis).

ii.  Pameran Berkumpulan

Pameran ini biasanya melibatkan hasil karya lebih daripada seorang individu.

Tempat bagi mengadakan pameran ini selalu di galeri seni komersial yang dimiliki

oleh individu ataupun di galeri-galeri awam ataupun di tempat-tempat yang telah

dipersetujui oleh kedua-dua pihak (penganjur/penaja dan pengkarya/ pelukis).

Page 3: Pameran Seni

iii.  Pameran Berbentuk Retrospektif

Pameran jenis ini biasanya melibatkan hasil karya yang dihasilkan dari awal

penglibatan beliau sehinggalah ke hari ini. Selalunya pameran ini melibatkan

seorang individu ataupun hasil koleksi karya seseorang ataupun organisasi. Tempat

bagi mengadakan pameran ini selalu di galeri seni komersial yang dimiliki oleh

individu ataupun di galeri-galeri awam ataupun di tempat-tempat yang telah

dipersetujui oleh kedua-dua pihak (penganjur/penaja dan pengkarya/ pelukis/

penyimpan koleksi karya berkenaan).

iv.  Pameran Koleksi Tetap

Pameran jenis ini biasanya melibatkan hasil karya yang telah dibeli ataupun dipunyai

oleh sesuatu organisasi itu. Selalunya pameran ini melibatkan hasil karya seorang

inidividu ataupun hasil koleksi karya seseorang ataupun organisasi itu. Tempat bagi

mengadakan pameran ini selalu di galeri seni komersial yang dimiliki oleh individu

ataupun di galeri-galeri awam ataupun di tempat-tempat yang telah dipersetujui oleh

kedua-dua pihak (penganjur/penaja dan penyimpan koleksi karya berkenaan).

v.  Pameran Berbentuk Jelajah

Pameran ini biasanya melibatkan hasil karya lebih daripada seorang individu.

Tempat bagi mengadakan pameran ini selalu di galeri seni komersial yang dimiliki

oleh individu ataupun di galeri-galeri awam ataupun di tempat-tempat yang telah

dipersetujui oleh kedua-dua pihak (penganjur/penaja dan pengkarya/ pelukis). Di

samping itu juga pameran ini akan berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang

lain setelah tamat tarikh yang telah ditetapkan.

vi.  Pameran Hasil daripada Pertandingan

Pameran ini biasanya melibatkan hasil karya lebih daripada seorang individu.

Manakala karya-karya yang dipamerkan adalah karya-karya yang telah dipilih

sebagai pemenang dan karya yang layak mengikut kategori yang telah ditentukan

oleh pihak penganjur pertandingan.Tempat bagi mengadakan pameran ini selalu di

galeri seni komersial yang dimiliki oleh individu ataupun di galeri-galeri awan ataupun

di tempat-tempat yang telah dipilih oleh kedua-dua pihak (penganjur dan penaja).

Manakala tempoh pameran ini telahpun ditetapkan oleh pihak penganjur.

Page 4: Pameran Seni

PENGURUSAN PAMERAN

Bagi membantu dan memudahkan pengurusan sesuatu pameran itu beberapa

perkara utama perlulah diberi perhatian. Antara perkara-perkara tersebut adalah

seperti dijelaskan seperti berikut:

Perlantikan Ahli Jawatankuasa Pameran

Sesuatu aktiviti yang telah dirancang tidak boleh dilaksanakan dengan sempurna

tanpa tenaga kerja yang diamanahkan dan dilantik bagi menguruskan kepelbagaian

tugas di dalam aktiviti pameran ini. Ekoran daripada itu, maka satu perlantikan ahli

jawatankuasa kerja pameran perlulah dilakukan. Struktur perlantikan ahli

jawatankuasa kerja pameran adalah terbahagi kepada dua:

i. Jawatankuasa Induk Pameran

Jawatankuasa ini terdiri daripada Penanung, Penasihat, Pengarah, Kurator,

Pembantu Kurator, Setiausaha dan Bendahari. Jawatankuasa ini bertanggungjawab

terhadap urusan jemputan, penyediaan katalog pameran, penyediaan teks ucapan,

penyediaan kad jemputan dan lain-lain hal berkenaan dengan pameran.

ii. Jawatankuasa Kecil Pameran

Jawatankuasa ini terdiri daripada JKK Seranta I, JKK Seranta II, JKK Teknikal dan

Percetakan, JKK Penempatan dan Kemudahan dan JKK Sambutan. Jawatankuasa

ini adalah tenaga kerja yang akan melaksanakan kerja-kerja yang diarahkan oleh

Jawatankuasa Induk dari masa ke semasa.