pahlawan antenom dalam sirianimasi - welcome to ums ...eprints.ums.edu.my/4515/1/nc0000001777.pdfmat...

1
Pahlawan Antenom dalam sirianimasi Oleh MOHO NURAZWAN AUGUSTINE [email protected] elf·or . 1J/8 N EGERI Sabah amat kaya dengan pelbagai cerita rakyat seperti cerita-cerita berunsurkan kepahlawanan, dongeng dan lagenda yang menggambarkan keunikan pelbagai etnik di negeri ini. Bagi cerita kepahlawanan, selain kisah Mat Salleh yang menentang Inggeris, negeri Sabah sebenarnya mempunyai rarnai tokQh kepahlawanan yang lain seperti Antenom, Pak Musa, Sigunting, Shariff, Embo Ali dan beberapa lagi. . Namun kisah-kisah itu amat kurang ditonjolkan kepada masyarakat terutamanya di kalangan generasi muda mahupun dalam bentuk media' hiburan baru seperti siri animasi televisyen. Menyedari kepentingan cerita berkenaan, Sekolah Pengajian Seni (SPS), Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengambil inisiatif untuk mentransformasikan cerita kepahlawanan itu dalam bentuk yang lebih kreatif iaitu melalui pembikinan siri animasi dua dimensi (2D). . Pengurus studio Animasi SPS, Alinah Osman yang juga merupakan bekas graduari dalam bidang pengurusan kreatif berkata, buat permulaan SPS , telah memilih kehebatan pahlawan daripada suku kaum Murut iaitu Antenom untuk dihasilkan dalam bentuk anirnasi 2D. Menurutnya, siri anlmasi Antenom diterbitkan berdasarkan cerita benar yang berlaku pada tahun 1915 di Tenom, Sabah, apabila kaum Murut di bawah kepimpinan Antenom bergabung untuk bangkit menentang penjajahan Inggeris. "Siri animasi Antenom merupakan hasil penyelidikan yang dijalankan oleh para pensyarah SPS berkaitan dengan ZAIRUL cerita-cerita rakyat di Sabah. "Berdasarkan penyelidikan lapangan hasil temuramah dengan pendudUk tempatan serta kajian-kajian perpustakaan, cerita Antenom itu diolah dalam bentuk yang lebih kreatif dengan menggabungkan fakta dan fiksyen. "Ia menumpukan aspek percintaan, perpaduan serta beberapa peristiwa yang benar-benar berlaku ketika penjajahan Inggeris," katanya. Tambahnya, cerita Antenom dipilih sebagai projek animasi 2D yang pertama oleh studio animasi milik UMS kerana ia menggllJIlbarkan semangat kepahlawanan yang kuat dalam diri Antenom yang diharapkan akan menjadi sumber inspirasi bagi menanamkan semangat di kalangan generasi muda. "Bagi menarik minat genenisi muda yang kini amat menggemari siri animasi Jepun iaitu Anime yang ada unsur aksi dan kepahlawanan seperti Naruto, Dragon Billl dan Samurai . X, kami berharap siri animasi Antenom yang dihasilkan oleh graduan UMS dan para pelajarnya juga akan mampu menyaingi siri animasi Jepun sekaligus memberi dimensi baru dalam bidang penerbitan animasi di Malaysia khususnya di Sabah," 1$.atanya. Mengulastahap perkembangan pembikinan animasi berkenaan,AJinah turut memberitahu bahawa kerja-kerja penciptaan watak telah lama disiapkan dan kini pembikinan episod pertama juga di peringkat akhir. ALiNAH Bagi menjamin kualiti animasi itu, mereka yang terlibat dalam penghasilan animasi sentiasa melakukan perbincangan terutama dari aspek jalan cerita atau skrip serta memikirkan teknik dan proses kerja baru yang sesuai untuk diterapkan bagi memastikan animasi itu memenuhi piawaian kualiti untuk disiarkan sebagai sebuah rancangan televisyen. Sementara itu, Timbalan Dekan Hal-ehwal Pelajar dan Akademik SPS, Dr Zairul Anuar Md Dawam yang merupakan panel penasihat pembikinan siri animasi berkenaan berkata, penubuhan studio animasi di UMS itu amat penting bagi menjadikan Sabah sebuah pusat animasi baru di Malaysia. Jelasnya, penubuhan studio animasi yang kini menumpukan kepada pembikinan animasi 2D Antenom dan animasi 3D bertajuk The Blooms, ia akan memberi impak yang besar bagi menarik pihak-pihak yang berkaitan dengan pembangunan industri kreatif untuk melabur dalam bidang animasi di Sabah. . "Walaupun dalam keadaan serba kekurangan terutama dari aspek kemudahan perkakasan seperti komputer dan masalah kos untuk menampung perbelanjaan pembikinan animasi dan operasi studio kami tetap positif dan yakin bahawa siri animasi ini akan .berjaya disiapkan dengan kualiti yang setanding dengan siri-siri animasi lain," katanya. / Menurutnya lagi, dengan semangat kerja berpasukan yang kuat dan minat yang ditunjukkan oleh para para pelajar dan graduan UMS yang mengikuti bidang animasi, kerja-kerja pembikinan animasi 2D Antenom masih mengikut jadual yang ditetapkan. . "Kaqil amat beruntung kerana operasi studio ihi di dalam persekitaran pendidikan yang kondusif dengan 'para pensyarah dan kakitangan SPS bekerjasama merealisasikan objektif . penubuhan studio animasi itu. "Setiap pensyarah mengikut kepakaran bidang masing-masing telah membantu memberi khldmat nasihat dan bimbingan kepada graduan dan para pelajar yang terlibat sebagai juruanimasi di studio terbabit," katanya. . Malah pihak pengurusan Sekolah Pengajian Seni di bawah Dekannya iaitu Prof Madya Dr Ismail Ibrahim dan beberapa pihak di UMS sentiasa menyokong operasi studio anilnasi itu yang akan berperanan sebagai pusat , inkubator dalam melahirkan para pelajar dalam bidang keusahawanan kreatif serta menjadi pusat inovasi dan komersialisasi bagi VMS dalam bidang industri kreatif .. "Di masa hadapan, kami berharap dapat menyerap lebih ramai bekas pelajar atau graduan VMS daripada SPS dan Sekolah Sains Informatik di VMS Labuan sebagai juru animasi atau kakitangan tetap studio bagi membolehkan kerja-kerja dilakUkan dengan lebih pantas lagi. Malah sebagai perancangan jangka . panjang, kami juga berhasrat untuk melatih dan mengambillebih ramai para belia tempatan di Sabah sebagai juru animasi di studio animasi SPS," katanya. Sehubungan itu, Zairul berharap ada pihak-pihak yang sudi membantu menaja atau memberi bantuan dana bagi memastikan studio animasi di VMS terus beroperasi bagi menghasilkan siri animasi yang berkualiti. "Bagi memastikan kakitangan iaitu juruanimasi sedia ada dapat dikekalkan kami juga kini sedang berusaha untuk mendapatkan slot RTM bagi siri animasi Antenom melalui sebuah syarikat produksi tempatan yang mempunyai jalinan persefahaman bersama (MoU) iaitu North Borneo Media Sdn Bhd. Malah kami juga telah menghubungi beberapa pihak di Sa bah untuk bersama- sama terlibat dahim projek animasi yang dijalankan," katanya. Untuk itu, pihak SPS juga sebenarnya telah mengambillangkah awal bagi mengatasi masalah kewangan. Antaranya SPS telah memohon bantuan dana daripada pihak Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) untuk membiayai pembikinan projek animasi . tiga dimensi pertama di Sabah iaitu The Blooms. Beliau memberitahu sesi pitching dengan pihak yang mewakili KPKK iaitu Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah dilakukan dan kini pihaknya sedang menunggu keputusan permohonan terse but sahaja. "Kami amat berharap permohonan itu diluluskan oleh KPKK bagi membantu membangunkan industri kreatif iaitu animasi di Sabah. Bantuan dana dari KPKK terse but amat penting bagi membantu studio animasi VMS membiayai operasi awalnya bagi mengha'silkan siri-siri animasi yang berteraskan budaya dan cerita-cerita rakyat di negeri Sabah," katanya.

Upload: lehanh

Post on 24-May-2018

231 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pahlawan Antenom dalam sirianimasi - Welcome to UMS ...eprints.ums.edu.my/4515/1/nc0000001777.pdfMat Salleh yang menentang Inggeris, negeri Sabah sebenarnya mempunyai rarnai tokQh

Pahlawan Antenom dalam sirianimasi Oleh MOHO NURAZWAN AUGUSTINE [email protected]

U~ elf· or . .)~p 1J/8

NEGERI Sabah amat kaya dengan pelbagai cerita rakyat seperti cerita-cerita

berunsurkan kepahlawanan, dongeng dan lagenda yang menggambarkan keunikan pelbagai etnik di negeri ini.

Bagi cerita kepahlawanan, selain kisah Mat Salleh yang menentang Inggeris, negeri Sabah sebenarnya mempunyai rarnai tokQh kepahlawanan yang lain seperti Antenom, Pak Musa, Sigunting, Shariff, Embo Ali dan beberapa lagi. . Namun kisah-kisah kep~awanan itu amat kurang ditonjolkan kepada masyarakat terutamanya di kalangan generasi muda mahupun dalam bentuk media' hiburan baru seperti siri animasi televisyen.

Menyedari kepentingan cerita berkenaan, Sekolah Pengajian Seni (SPS), Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengambil inisiatif untuk mentransformasikan cerita kepahlawanan itu dalam bentuk yang lebih kreatif iaitu melalui pembikinan siri animasi dua dimensi (2D). .

Pengurus studio Animasi SPS, Alinah Osman yang juga merupakan bekas graduari dalam bidang pengurusan kreatif berkata, buat permulaan SPS , telah memilih kehebatan pahlawan daripada suku kaum Murut iaitu Antenom untuk dihasilkan dalam bentuk anirnasi 2D.

Menurutnya, siri anlmasi Antenom diterbitkan berdasarkan cerita benar yang berlaku pada tahun 1915 di Tenom, Sabah, apabila kaum Murut di bawah kepimpinan Antenom bergabung untuk bangkit menentang penjajahan Inggeris.

"Siri animasi Antenom merupakan hasil penyelidikan yang dijalankan oleh para pensyarah SPS berkaitan dengan

ZAIRUL

cerita-cerita rakyat di Sabah. "Berdasarkan penyelidikan

lapangan hasil temuramah dengan pendudUk tempatan serta kajian-kajian perpustakaan, cerita Antenom itu diolah dalam bentuk yang lebih kreatif dengan menggabungkan fakta dan fiksyen.

"Ia menumpukan aspek percintaan, perpaduan serta beberapa peristiwa yang benar-benar berlaku ketika penjajahan Inggeris," katanya.

Tambahnya, cerita Antenom dipilih sebagai projek animasi 2D yang pertama oleh studio animasi milik UMS kerana ia menggllJIlbarkan semangat kepahlawanan yang kuat dalam diri Antenom yang diharapkan akan menjadi sumber inspirasi bagi menanamkan semangat patriot~ di kalangan generasi muda.

"Bagi menarik minat genenisi muda yang kini amat menggemari siri animasi Jepun iaitu Anime yang ada unsur aksi dan kepahlawanan seperti Naruto, Dragon Billl dan Samurai .X, kami berharap siri animasi Antenom yang dihasilkan oleh graduan UMS dan para pelajarnya juga akan mampu menyaingi siri animasi Jepun sekaligus memberi dimensi baru dalam bidang penerbitan

animasi di Malaysia khususnya di Sabah," 1$.atanya.

Mengulastahap perkembangan pembikinan animasi berkenaan,AJinah turut memberitahu bahawa kerja-kerja penciptaan watak telah lama disiapkan dan kini pembikinan episod pertama juga di peringkat akhir.

ALiNAH Bagi menjamin kualiti animasi

itu, mereka yang terlibat dalam penghasilan animasi sentiasa melakukan perbincangan terutama dari aspek jalan cerita atau skrip serta memikirkan teknik dan proses kerja baru yang sesuai untuk diterapkan bagi memastikan animasi itu memenuhi piawaian kualiti untuk disiarkan sebagai sebuah rancangan televisyen.

Sementara itu, Timbalan Dekan Hal-ehwal Pelajar dan Akademik SPS, Dr Zairul Anuar Md Dawam yang merupakan panel penasihat pembikinan siri animasi berkenaan berkata, penubuhan studio animasi di UMS itu amat penting bagi menjadikan Sabah sebuah pusat animasi baru di Malaysia.

Jelasnya, deng~n penubuhan studio animasi yang kini menumpukan kepada pembikinan animasi 2D Antenom dan animasi 3D bertajuk The Blooms, ia akan memberi impak yang besar bagi menarik pihak-pihak yang berkaitan dengan pembangunan industri kreatif untuk melabur dalam bidang animasi di Sabah.

. "Walaupun dalam keadaan serba kekurangan terutama dari aspek kemudahan perkakasan seperti komputer dan masalah kos untuk menampung

perbelanjaan pembikinan animasi dan k~ operasi studio kami tetap positif dan yakin bahawa siri animasi ini akan .berjaya disiapkan dengan kualiti yang setanding dengan siri-siri animasi lain," katanya. /

Menurutnya lagi, dengan semangat kerja berpasukan yang kuat dan minat yang ditunjukkan oleh para para pelajar dan graduan UMS yang mengikuti bidang animasi, kerja-kerja pembikinan animasi 2D Antenom masih mengikut jadual yang ditetapkan. .

"Kaqil amat beruntung kerana operasi studio ihi di dalam persekitaran pendidikan yang kondusif dengan 'para pensyarah dan kakitangan SPS bekerjasama merealisasikan objektif

. penubuhan studio animasi itu. "Setiap pensyarah mengikut kepakaran

bidang masing-masing telah membantu memberi khldmat nasihat dan bimbingan kepada graduan dan para pelajar yang terlibat sebagai juruanimasi di studio terbabit," katanya. .

Malah pihak pengurusan Sekolah Pengajian Seni di bawah Dekannya iaitu Prof Madya Dr Ismail Ibrahim dan beberapa pihak di UMS sentiasa menyokong operasi studio anilnasi itu yang akan berperanan sebagai pusat

, inkubator dalam melahirkan para pelajar dalam bidang keusahawanan kreatif serta menjadi pusat inovasi dan komersialisasi bagi VMS dalam bidang industri kreatif . .

"Di masa hadapan, kami berharap dapat menyerap lebih ramai bekas pelajar atau graduan VMS daripada SPS dan Sekolah Sains Informatik di VMS Labuan sebagai juru animasi atau kakitangan tetap studio bagi membolehkan kerja-kerja dilakUkan dengan lebih pantas lagi .

Malah sebagai perancangan jangka . panjang, kami juga berhasrat untuk melatih dan mengambillebih ramai para

belia tempatan di Sabah sebagai juru animasi di studio animasi SPS," katanya.

Sehubungan itu, Zairul berharap ada pihak-pihak yang sudi membantu menaja atau memberi bantuan dana bagi memastikan studio animasi di VMS terus beroperasi bagi menghasilkan siri animasi yang berkualiti.

"Bagi memastikan kakitangan iaitu juruanimasi sedia ada dapat dikekalkan kami juga kini sedang berusaha untuk mendapatkan slot RTM bagi siri animasi Antenom melalui sebuah syarikat produksi tempatan yang mempunyai jalinan persefahaman bersama (MoU) iaitu North Borneo Media Sdn Bhd.

Malah kami juga telah menghubungi beberapa pihak di Sa bah untuk bersama­sama terlibat dahim projek animasi yang dijalankan," katanya.

Untuk itu, pihak SPS juga sebenarnya telah mengambillangkah awal bagi mengatasi masalah kewangan.

Antaranya SPS telah memohon bantuan dana daripada pihak Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) untuk membiayai pembikinan projek animasi

. tiga dimensi pertama di Sabah iaitu The Blooms.

Beliau memberitahu sesi pitching dengan pihak yang mewakili KPKK iaitu Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah dilakukan dan kini pihaknya sedang menunggu keputusan permohonan terse but sahaja.

"Kami amat berharap permohonan itu diluluskan oleh KPKK bagi membantu membangunkan industri kreatif iaitu animasi di Sabah.

Bantuan dana dari KPKK terse but amat penting bagi membantu studio animasi VMS membiayai operasi awalnya bagi mengha'silkan siri-siri animasi yang berteraskan budaya dan cerita-cerita rakyat di negeri Sabah," katanya.