pa-k2-upt3-6r-2011

Upload: onesofian2715

Post on 16-Jul-2015

57 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PEPERIKSAAN UPT3 2011 PEPERIKSAAN UPT3 2011 PEPERIKSAAN UPT3 2011 PEPERIKSAAN UPT3 2011 PEPERIKSAAN UPT3 2011 PEPERIKSAAN UPT3 2011 PEPERIKSAAN UPT3 2011 PEPERIKSAAN UPT3 2011 PEPERIKSAAN UPT3 2011 PEPERIKSAAN UPT3 2011 PEPERIKSAAN UPT3 2011 PEPERIKSAAN UPT3 2011 PEPERIKSAAN UPT3 2011 PEPERIKSAAN UPT3 2011 PEPERIKSAAN UPT3 2011 PEPERIKSAAN UPT3 2011 PEPERIKSAAN UPT3 2011 PEPERIKSAAN UPT3 2011 PEPERIKSAAN UPT3 2011 PEPERIKSAAN UPT3 2011 PEPERIKSAAN UPT3 2011 PEPERIKSAAN UPT3 2011 PEPERIKSAAN UPT3 2011 PEPERIKSAAN UPT3 2011 PEPERIKSAAN UPT3 2011 PEPERIKSAAN UPT3 2011 PEPERIKSAAN UPT3 2011 PEPERIKSAAN UPT3 2011 PEPERIKSAAN UPT3 2011 PEPERIKSAAN UPT3 2011 PEPERIKSAAN UPT3 2011 PEPERIKSAAN UPT3 2011 PEPERIKSAAN UPT3 2011 PEPERIKSAAN UPT3 2011 PEPERIKSAAN UPT3 2011 PEPERIKSAAN UPT3 2011 PEPERIKSAAN UPT3 2011 PEPERIKSAAN UPT3 2011 PEPERIKSAAN UPT3 2011 PEPERIKSAAN UPT3 2011 PEPERIKSAAN UPT3 2011 PEPERIKSAAN UPT3 2011 PEPERIKSAAN UPT3 2011 PEPERIKSAAN UPT3 2011 PEPERIKSAAN UPT3 2011 PEPERIKSAAN UPT3 2011 PEPERIKSAAN UPT3 2011 PEPERIKSAAN UPT3 2011 PEPERIKSAAN UPT3 2011 PEPERIKSAAN UPT3 2011 PEPERIKSAAN UPT3 2011 PEPERIKSAAN UPT3 2011 PEPERIKSAAN UPT3 2011 PEPERIKSAAN UPT3 2011 PEPERIKSAAN UPT3 2011 PEPERIKSAAN UPT3 2011 PEPERIKSAAN UPT3 2011 PEPERIKSAAN UPT3 2011 PEPERIKSAAN UPT3 2011 PEPERIKSAAN UPT3 2011 PEPERIKSAAN UPT3 2011 PEPERIKSAAN UPT3 2011 PEPERIKSAAN UPT3 2011 PEPERIKSAAN UPT3 2011 PEPERIKSAAN UPT3 2011 Tiga Jam PEPERIKSAAN UPT3 2011 PEPERIKSAAN UPT3 2011 PEPERIKSAAN UPT3 2011 PEPERIKSAAN UPT3 2011 PEPERIKSAAN UPT3 2011

900/2

STPM 2011

PENGAJIAN AM KERTAS 2

PEPERIKSAAN UPT3 2011 SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA SMK SERI ROMPIN

Arahan kepada calon : 1. Jawab enam soalan. Pilih satu soalan daripada tiap-tiap Bahagian A, B, D dan E, dan dua soalan dalam bahagian C. 2. Gunakan lembaran kertas yang berlainan bagi tiap-tiap bahagian. 3. Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda [ ].

NOTA Bersama dengan kertas soalan ini anda harus menerima kertas graf. Jika tidak, sila minta daripada pengawas peperiksaan

Kertas soalan ini terdiri daripada 8 halaman bercetak.

PEPERIKSAAN UPT3 2011

Pengajian Am Kertas 2

Bahagian A Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 patah perkataan. [25 markah]

1.

Meskipun menghadapi beberapa halangan, pihak kerajaan terus melaksanakan pelbagai

usaha untuk memajukan industri keluaran kayu dan perabot Malaysia. Bincangkan beberapa halangan dan kepentingan industri ini dalam pembangunan negara.

2.

Bencana alam seperti kemarau, banjir kilat, tsunami mahupun gempa bumi, semuanya

telah meninggalkan banyak masalah dan kesan yang mendalam kepada masyarakat setempat dan juga masyarakat global. Bincangkan kesan-kesan sosioekonomi yang membimbangkan ke atas masyarakat akibat bencana alam ini.

Bahagian B Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 patah perkataan. [25 markah]

3.

Kitar semula boleh mendatangkan pelbagai faedah kepada manusia dan alam sekitar.

Bincangkan.

4.

Sektor pertanian dapat dibangunkan secara saintifik dengan memberi penekanan

kepada kaedah sains dan teknologi. Huraikan peranan sains dan teknologi untuk meningkatkan hasil pertanian.

2

PEPERIKSAAN UPT3 2011

Pengajian Am Kertas 2

Bahagian C Jawab dua soalan sahaja dalam bahagian ini, satu daripada soalan 5 dan satu daripada soalan 6. [20 markah]

5(a).

Bandar raya lestari, menurut rumusan Persidangan URBAN21 di Berlin pada Julai 2000,

merujuk kepada gagasan untuk mcningkatkan kualiti hidup bandar, merangkumi komponen ekologi, budaya, politik, institusi, sosial dan ekonomi tanpa membebankan generasi akan datang. Dengan kata lain, bandar raya lestari merangkumi pemantapan nilai, sifat, dinamisme, kemudahan dan prasarana. (Dipetik dan diubahsuai daripada Zaini Ujang, UTM. Berita Harian 6 Februari 2008) (i) (ii) Jelaskan konsep bandaraya lestari. Dengan menggunakan tidak lebih daripala 50 patah perkataan, nyatakan keistimewaan bandar raya lestari. ATAU 5(b) Ramai yang menyatakan bahawa jenayah dan tingkah laku melencong pelajar sekoIah

berlaku kerana tranformasi arus pcmbangunan zaman yang kian moden sehingga mencabar keutuhan nilai kehidupan manusia. Remaja memang mudah terpengaruh oleh budaya Barat yang dikatakan kurang sihat melalui televisyen dan media massa. Dipetik dan diubahsuai daripada Dewan Masyarakat, Januari 2004)

(i) (ii)

Apakah punca berlakunyajenayah dalam kalangan remaja masa kini Dengan menggunakan tidak lebih 50 patah perkataan, huraikan langkah-langkah untuk menangani masalah tersebut.

3

PEPERIKSAAN UPT3 2011

Pengajian Am Kertas 2

6(a)

Kadar kematian dalam kalangan orang obes adalah lebih tinggi berbanding orang

normal. Golongan yang mengalami kegendutan melampau ini sering berhadapan dengan masalah yang dikaitkan dengan peningkatan tekanan darah tinggi, penyakit jantung koronari, diabetis mahupun penyakit pundi hempedu. (Dipetik daripada Dewan Kosmik, Oktober 2004) (i) (ii) Apakah masalah orang yang obes? Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan langkahlangkah yang wajar untuk mengurangkan masalah obesiti ini.

ATAU

6(b)

Biasanya, pengurangan sumber dan pengurusan persekitaran ialah pendekatan terbaik

yang dapat menyelesaikan masalah nyamuk untuk jangka masa panjang. Untuk mengawal vektor demam denggi atau demam denggi berdarah, penghapusan bekas-bekas yang dapat membiakkan Aedes didapati berkesan. Walau bagaimanapun, kerjasama orang ramai pada peringkat bukan epidemik biasanya kurang memuaskan. (http://www.penerbit.usm.my)

(i) (ii)

Apakah kaedah yang terbaik untuk menyelesaikan masalah pembiakan nyamuk Aedes? Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, nyatakan punca-punca merebaknya penyakit demam denggi.

4

PEPERIKSAAN UPT3 2011

Pengajian Am Kertas 2

Bahagian D Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf. [15 markah] 7. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan bilangan kes jenayah terpilih yang dilaporkan dan diselesaikan bagi jangka masa yang dinyatakan.

Menurut statistik yang dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Persekutuan Bukit Aman. terdapat 14 950 kes jenayah terpilih telah dilaporkan pada tahun 2003 berbanding dengan 15 750 kes pada tahun 2004. Jenayah ini dikategorikan kepada samun tanpa senjata api, samun bersenjata api, rogol dan samun secara berkumpulan tanpa senjata api. Pada tahun 2003, sebanyak 11 333 kes samun tanpa senjata api dilaporkan berbanding dengan 12 203 kes yang dilaporkan pada tahun 2004. Bilangan kes tcrsebut yang telah diselesaikan oleh pihak polis adalah sebanyak 3 650 kes pada tahun 2003 iaitu kurang sebanyak 934 kes berbanding tahun 2004. Bilangan kes samun bersenjata api pula mencatatkan kes paling sedikit bagi kedua-dua kategori. Pada tahun 2003, bilangan kes ini sebanyak 566 kes berbanding 425 kes pada tahun 2004. Namun bilangan kes yang dapat diselesaikan oleh pihak polis mencatatkan sebanyak 144 kes pada tahun 2004, melebihi 31 kes berbanding tahun 2003. Kes rogol mencatatkan peningkatan pada tahun 2004 berbanding tahun 2003. Pada tahun 2003, sebanyak 1 354 kes rogol dilaporkan iaitu kurang sebanyak 4.73% berbanding tahun 2004, Banyak kes rogol yang berjaya diselesaikan oleh pihak polis disebabkan kerjasama yang diberikan oleh mangsa dan maklumat yang mencukupi daripada orang ramai. Pada tahun 2003, bilangan kes rogol yang berjaya diselesaikan sebanyak 1 219 kes berbanding 1 304 kes pada tahun 2004. Bilangan kes samun secara berkumpulan tanpa senjata api yang dilaporkan adalah sebanyak 1 697 kes pada tahun 2003, meningkat kepada 1 704 kes pada tahun 2004. Namun kes sebegini agak sukar diselesaikan oleh pihak polis memandangkan kebanyakan maklumat yang diperoleh adalah kurang lengkap. Pada tahun 2003, hanya 465 kes yang dapat diselesaikan oleh pihak polis berbanding 598 kes pada tahun 2004.

(Disesuaikan daripada Laporan Polis Diraja Malaysia, 2005)

5

PEPERIKSAAN UPT3 2011

Pengajian Am Kertas 2

8. Berdasarkan maklumat yang diberi dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan keluasan penggunaan tanah pertanian bagi tempoh tahun 2002 hingga tahun 2008 di Malaysia.

Secara keseluruhannya, pengukuhan pasaran pertanian telah memberikan manfaat kepada sektor tanaman industri memandangkan penyatuan kebun kecil akan membolehkan faedah ekonomi bidangan dicapai. Penggunaan tanah pertanian pada tahun 2002 seluas 10.970 juta hektar telah meningkat kepada 11.379 juta hektar pada tahun 2005. Strategi mempelbagaikan makanan telah mewujudkan asas yang kukuh bagi membangunkan produk makanan bernilai tinggi termasuk aktiviti hiliran. Hal ini menyebabkan penggunaan tanah pertanian dijangka meningkat kepada 11.556 juta hektar pada tahun 2008. Kawasan tanaman kelapa sawit meningkat pada kadar 3.6% setahun mencapai 4.750 juta hektar pada tahun 2005 berbanding dengan 3.950 juta hektar pada tahun 2002. Bagi memastikan sektor ini berkembang dan membendung kejatuhan harga minyak, kerajaan telah menyediakan pakej rangsangan untuk tujuan menggalakkan klon berhasil tinggi. Kerajaan juga menggalakkan pembukaan tanah baru dan dijangka mencapai 4.955 juta hektar pada tahun 2008. Pengeluaran getah telah meningkat pada kadar 0.4% setahun walaupun kawasan tanaman getah pula telah berkurangan lebih kurang sebanyak 2.9% setahun antara tahun 2002 hingga tahun 2005 daripada 2.431 juta hektar pada tahun 2002. Sebagai akibatnya pekebun kecil beralih kepada tanaman lain yang menghasilkan pendapatan yang lebih tinggi. Keluasan tanaman getah dijangka berkurangan sebanyak 0.065 juta hektar menjadi 2.250 juta hektar pada tahun 2008. Pengeluaran padi telah meningkat sedikit pada kadar 0.1 peratus setahun kepada 2.15 juta tan pada tahun 2005. Kawasan yang dituai telah berkurangan daripada 1.999 juta hektar kepada 1.684 juta hektar pada tahun 2005 berikutan daripada keadaan cuaca yang tidak baik dan penukaran penggunaan tanah untuk kegunaan lain. Faktor-faktor di atas telah mendorong kepada pengurangan keluasan tanaman padi dan dijangka penggunaan tanah untuk penanaman padi pada tahun 2008 seluas 1.680 juta hektar. Bagi memastikan hasil yang lebih tinggi dan meningkatkan pendapatan petani, tumpuan kepada pengeluaran berorientasikan pasaran yang mencukupi dijalankan. Penggunaan tanah pertanian untuk buah-buahan dan sayur-sayuran telah meningkat kepada 1.380 juta hektar pada tahun 2005 berbanding dengan 1.328 juta hektar pada tahun 2002. Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah mewujudkan hubungan pertanian secara kontrak antara petani dan peladang dengan pasar raya utama bagi mengukuhkan pasaran ini. Keadaan ini menyebabkan penggunaan tanah untuk buah-buahan dan sayur-sayuran dijangka meningkat kepada 1.419 juta hektar. Penggunaan tanah pertanian untuk komoditi-komoditi lain telah merosot kepada 1.250 juta hektar pada tahun 2005 berbanding dengan tahun 2002. Peningkatan penggunaan tanah untuk lada hitam telah meningkatkan penggunaan tanih untuk komoditi-komoditi lain kepada 1.252 juta hektar pada tahun 2008. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Kajian RMK8 dan Kajian Separuh Penggal RMK9, 2001-2007)

6

PEPERIKSAAN UPT3 2011

Pengajian Am Kertas 2

Bahagian E

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini.

[15 markah]

9. Berdasarkan jadual di bawah, bandingkan aliran eksport barangan terpilih pada tahuntahun yang dinyatakan. Jelaskan kepentingan prestasi eksport yang baik kepada perkembangan ekonomi negara.

Malaysia : Perbandingan Eksport Barangan Terpilih bagi Tahun 2004 dan 2006. Komoditi Minyak kelapa sawit Getah Timah Kayu balak Barang perkilangan Petroleum mentah Jumlah 2004 RM juta 2 500 4 620 2 507 2 620 6 142 6 705 25 094 Peratusan 9.96 18.41 9.99 10.44 24.47 26.72 100 RM juta 2 885 2 986 537 2 483 13 589 5 469 27 949 2006 Peratusan 10.32 10.68 1.92 8.88 48.62 19.57 100

(Sumber : Disesuaikan daripada Laporan Ekonomi, 2007)

7

PEPERIKSAAN UPT3 2011

Pengajian Am Kertas 2

10. Berdasarkan carta aliran yang diberi, jelaskan aliran tebus guna pelbagai bahan buangan yang boleh dilaksanakan oleh sesebuah firma.

Aliran Kitar Semula Bahan Buangan

(Dipetik dan diubahsuai daripada Laporan Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI),2002)

8