p e n d o b i a n s e r t a p e r k h i d m a t a n l i n ......aktiviti pembersihan dan pembasmian...

31
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA PANDUAN PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT COVID-19 DI FASILITI KESIHATAN SWASTA MELALUI PENGURUSAN SISA PENJAGAAN KESIHATAN, PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN SERTA PERKHIDMATAN LINEN DAN PENDOBIAN MOH/BPKj/COVID/PCG/2021-01/01

Upload: others

Post on 14-Aug-2021

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: P E N D O B I A N S E R T A P E R K H I D M A T A N L I N ......aktiviti pembersihan dan pembasmian permukaan persekitaran seperti permukaan lantai, dinding, siling, counter tops dan

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

PANDUAN PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT COVID-19

DI FASILITI KESIHATAN SWASTA MELALUI PENGURUSAN SISA PENJAGAAN

KESIHATAN, PERKHIDMATAN PEMBERSIHANSERTA PERKHIDMATAN LINEN DAN

PENDOBIAN

BAHAGIAN

PERKHIDMATAN

KEJURUTERAAN

JANUARI 2021

(EDISI PERTAMA )

MOH/BPKj/COVID/PCG/2021-01/01

Typewritten text
Annex 27c
Page 2: P E N D O B I A N S E R T A P E R K H I D M A T A N L I N ......aktiviti pembersihan dan pembasmian permukaan persekitaran seperti permukaan lantai, dinding, siling, counter tops dan

PANDUAN PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT COVID-19

DI FASILITI KESIHATAN SWASTA MELALUI PENGURUSAN SISA PENJAGAAN

KESIHATAN, PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN

SERTA PERKHIDMATAN LINEN DAN PENDOBIAN

Disediakan oleh: Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Kementerian Kesihatan Malaysia

Tarikh: 20 Januari 2021

KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 1

2.0 OBJEKTIF 1

3.0

KLASIFIKASI ZON 3.1 Zon Merah 3.2 Zon Kuning 3.3 Zon Hijau

2 - 3

4.0 PETUGAS PERKHIDMATAN SOKONGAN FASILITI (PSF) DAN SKOP PERKHIDMATAN

3 - 4

5.0

PENGURUSAN SISA PENJAGAAN KESIHATAN 5.1 Definisi

5.2 Pengendalian Sisa Penjagaan Kesihatan COVID-19

5.3 Pengendalian Pembasmian Wheeled Bin (WB) oleh Petugas

PSF di Zon Kuning

4 - 6

6.0

PENGURUSAN PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN

6.1 Definisi

6.2 Perkhidmatan pembersihan pembasmian dan pembersihan

terminal (terminal cleaning, TC)

6.2.1 Pembersihan pembasmian dan pembersihan terminal

(terminal cleaning, TC)

6.2.1.1 Peralatan pembersihan pembasmian dan

pembersihan terminal (terminal cleaning, TC)

6.2.1.2 Kaedah pembersihan

6.2.1.3 Bahan dan larutan pembasmian pembasmian

dan pembersihan terminal (terminal cleaning,

TC)

6.2.1.4 Kaedah pembasmian dan pembersihan

terminal (terminal cleaning, TC)

6.2.1.5 Pengendalian perkhidmatan pembersihan

pembasmian dan pembersihan terminal

(terminal cleaning, TC)

7 - 17

Page 3: P E N D O B I A N S E R T A P E R K H I D M A T A N L I N ......aktiviti pembersihan dan pembasmian permukaan persekitaran seperti permukaan lantai, dinding, siling, counter tops dan

PANDUAN PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT COVID-19

DI FASILITI KESIHATAN SWASTA MELALUI PENGURUSAN SISA PENJAGAAN

KESIHATAN, PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN

SERTA PERKHIDMATAN LINEN DAN PENDOBIAN

Disediakan oleh: Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Kementerian Kesihatan Malaysia

Tarikh: 20 Januari 2021

KANDUNGAN MUKA SURAT

7.0

PANDUAN BAGI PERKHIDMATAN LINEN DAN PENDOBIAN

7.1 Pengendalian Soiled Linen di Zon Merah

7.2 Pengendalian Pembasmian Soiled Linen Bag (SLB) di Zon

Merah

7.3 Kaedah Pencucian dan Pengeringan Linen

18 - 21

8.0 TATACARA PEMAKAIAN DAN PENGURUSAN PPE DI

FASILITI KESIHATAN SWASTA 22 - 28

DOKUMEN SOKONGAN

1.0

Method of Statement:Standard Operating Procedures for

Cleaning Services Document No. POG/CLS/SOP-01 Revision

No.001

Page 4: P E N D O B I A N S E R T A P E R K H I D M A T A N L I N ......aktiviti pembersihan dan pembasmian permukaan persekitaran seperti permukaan lantai, dinding, siling, counter tops dan

Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Kementerian Kesihatan Malaysia

1

PANDUAN PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN

PENYAKIT COVID-19

DI FASILITI KESIHATAN SWASTA

MELALUI PENGURUSAN SISA PENJAGAAN KESIHATAN,

PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN

SERTA PERKHIDMATAN LINEN DAN PENDOBIAN

1.0 PENGENALAN

Susulan daripada Pengumuman Khas Darurat yang disampaikan oleh YAB

Perdana Menteri Malaysia, beberapa Ordinan Darurat boleh dimasyhurkan Yang

di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam

tempoh darurat bagi membendung COVID-19 merangkumi hal berkaitan

penggunaan aset fasiliti kesihatan swasta, pengambilmilikan sementara tanah,

bangunan atau harta alih fasiliti kesihatan swasta atau membuat permintaan

penggunaan sumber fasiliti kesihatan swasta bagi tujuan merawat pesakit COVID-

19.

Justeru itu, sebagai langkah kesiapsiagaan, panduan ini disediakan sebagai

maklumat tambahan kepada SOP atau tatacara kerja perkhidmatan sokongan

fasiliti kesihatan swasta sedia ada yang telah digunapakai melalui panduan

kawalan infeksi di fasiliti kesihatan swasta masing-masing dalam membendung

penularan wabak COVID-19.

2.0 OBJEKTIF

a) Panduan ini disediakan kepada pihak fasiliti kesihatan swasta dalam

melaksanakan perkhidmatan sokongan iaitu pengurusan sisa penjagaan

kesihatan, perkhidmatan pembersihan serta perkhidmatan linen dan

pendobian khususnya dalam pengurusan COVID-19 di fasiliti kesihatan

swasta.

b) Panduan ini juga disediakan sebagai pelengkap kepada mana-mana dokumen

Page 5: P E N D O B I A N S E R T A P E R K H I D M A T A N L I N ......aktiviti pembersihan dan pembasmian permukaan persekitaran seperti permukaan lantai, dinding, siling, counter tops dan

Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Kementerian Kesihatan Malaysia

2

panduan yang telah disediakan di bawah KKM1 untuk pengurusan COVID-19,

berdasarkan kepada perkembangan semasa dari WHO terutamanya yang

berkaitan dengan water, sanitation and hygiene (WASH), pengurusan sisa

penjagaan kesihatan serta infection prevention and control (IPC)2.

3.0 KLASIFIKASI ZON

Fasiliti kesihatan swasta bertanggungjawab mengklasifikasikan zon di setiap fasiliti.

Pada dasarnya, terdapat tiga zon yang terlibat iaitu Zon Merah, Zon Kuning dan Zon

Hijau.

3.1. Zon Merah

3.1.1. Kawasan yang mempunyai risiko kebolehjangkitan dan penularan

wabak COVID-19 yang tinggi.

3.1.2. Kawasan yang melibatkan pengoperasian perkhidmatan sokongan

seperti tempat pengumpulan dan penyimpanan sementara sisa

penjagaan kesihatan dan Soiled Linen Bag (SLB) (sekiranya perlu).

3.1.3. Kawasan yang WAJIB bagi pemakaian Personal Protective Equipment

(PPE) oleh petugas.

3.1.4. Kawasan yang menempatkan pesakit COVID-19.

3.1.5. Kawasan ini perlu ditandakan dengan tape keselamatan atau kaedah-

kaedah lain bagi memudahkan pengenalpastian pengasingan daripada

zon-zon lain.

1 Dokumen-dokumen panduan yang berkaitan dengan pengurusan COVID-19 dimuatnaik di laman web rasmi KKM dari semasa ke semasa (pautan: covid-19.moh.gov.my/garis- panduan/garis-panduan-kkm). 2 WHO (2020a) Water, sanitation, hygiene, and waste management for SARS-SoV-2, the virus that causes COVID-19, Interim guide, 29 July 2020, Geneva, Switzerland.

Page 6: P E N D O B I A N S E R T A P E R K H I D M A T A N L I N ......aktiviti pembersihan dan pembasmian permukaan persekitaran seperti permukaan lantai, dinding, siling, counter tops dan

Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Kementerian Kesihatan Malaysia

3

3.2. Zon Kuning

3.2.1. Kawasan yang mempunyai risiko kebolehjangkitan yang

mempunyai risiko penularan wabak COVID-19 yang rendah.

3.2.2. Kawasan yang melibatkan pengoperasian perkhidmatan sokongan

seperti tempat pengumpulan dan penyimpanan sementara serta

aktiviti penimbangan sisa penjagaan kesihatan dan SLB (sekiranya

perlu).

3.2.3. Kawasan yang perlu bagi pemakaian PPE yang minimum oleh

petugas.

3.3. Zon Hijau

3.3.1 Kawasan yang bebas dari risiko kebolehjangkitan dan penularan

wabak COVID-19.

4.0 PETUGAS PERKHIDMATAN SOKONGAN FASILITI (PSF) DAN SKOP

PERKHIDMATAN

a) Petugas PSF adalah petugas yang melaksanakan perkhidmatan

sokongan iaitu:

i) Healthcare Waste Management Services (HWMS) bagi pengurusan

sisa penjagaan kesihatan;

ii) Cleansing Services (CLS) bagi perkhidmatan pembersihan; dan

iii) Linen and Laundry Services (LLS) bagi pengurusan linen dan

pendobian.

b) Di dalam konteks ini, pihak PSF perlu melaksanakan perkhidmatan

Page 7: P E N D O B I A N S E R T A P E R K H I D M A T A N L I N ......aktiviti pembersihan dan pembasmian permukaan persekitaran seperti permukaan lantai, dinding, siling, counter tops dan

Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Kementerian Kesihatan Malaysia

4

sokongan di fasiliti kesihatan swasta berdasarkan SOP sedia ada di fasiliti

masing-masing.

c) Pihak PSF perlu menggunakan PPE yang lengkap, bersesuaian dan

mencukupi. Penerangan mengenai tatacara pemakaian dan pengurusan

PPE di fasiliti adalah sepertimana yang dihuraikan di perenggan 8.0 atau

sebagaimana yang digariskan oleh kawalan infeksi sedia ada di fasiliti

kesihatan swasta.

d) Bagi pengurusan sisa penjagaan kesihatan terutamanya bagi tujuan

pengangkutan keluar dari fasiliti ke tapak pelupusan selamat, pihak

syarikat yang dilantik oleh fasiliti bagi menguruskan HWMS adalah WAJIB

untuk mempunyai lesen yang sah daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS).

5.0 PENGURUSAN SISA PENJAGAAN KESIHATAN

5.1. Definisi

a) Sisa penjagaan kesihatan adalah meliputi sisa penjagaan kesihatan

berbahaya dari Zon Merah dan Zon Kuning yang terlibat dengan

COVID-19, serta sisa penjagaan kesihatan tidak berbahaya yang

dijana di Zon Hijau (sisa umum).

b) Dalam pengurusan COVID-19 semua jenis sisa buangan dari Zon

Merah dan Zon Kuning yang terhasil daripada pesakit, staf dan

petugas PSF seperti sisa makanan, sisa pembungkusan (packaging

waste), sisa kimia (cth., bateri), sisa tajam (cth., jarum, picagari dan

kaca yang pecah) dan sisa farmaseutikal termasuk PPE yang telah

digunakan adalah dikategorikan sebagai sisa berjangkit (infectious

waste) yang perlu diurus dengan selamat.

Page 8: P E N D O B I A N S E R T A P E R K H I D M A T A N L I N ......aktiviti pembersihan dan pembasmian permukaan persekitaran seperti permukaan lantai, dinding, siling, counter tops dan

Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Kementerian Kesihatan Malaysia

5

c) Semua sisa penjagaan kesihatan yang dijana di fasiliti perlu diurus

mengikut panduan yang ditetapkan oleh pihak WHO3,4,5 dan KKM6,

selaras dengan penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam

Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 di bawah Akta Kualiti Alam

Sekeliling 1974 [Akta 127] bagi skop pengurusan buangan terjadual7.

5.2. Pengendalian Sisa Penjagaan Kesihatan COVID-19

Pengendalian sisa penjagaan kesihatan adalah merujuk kepada SOP atau

tatacara kerja sedia ada di fasiliti masing-masing dengan penambahbaikan

seperti berikut:

a) Memastikan tenaga kerja yang menguruskan sisa COVID-19 memakai

PPE mengikut tatacara kawalan infeksi yang bersesuaian.

b) Setiap wheel bin (WB) yang digunakan untuk sisa COVID-19 dilabel

dengan jelas dan sealed.

c) Membasmi wheel bin (WB) sebelum diangkut keluar dari Zon Merah.

d) Mengurus pengangkutan keluar sisa COVID-19 dari stor penyimpanan

sisa ke tapak pelupusan tanpa transit.

5.3. Pengendalian Pembasmian Wheeled Bin (WB) oleh Petugas PSF di Zon

Kuning

a) Bahan larutan pembasmian disembur di atas doffing mat yang

diletakkan di Zon Kuning.

3 WHO (2014) Safe management of wastes from health-care activities, 2nd ed., Geneva, Switzerland 4 WHO (2017) Safe management of wastes from health-care activities: A summary, Geneva, Switzerland 5 WHO (2020a) Water, sanitation, hygiene, and waste management for SARS-SoV-2, the virus that causes COVID-19, Interim guide, 29 July 2020, Geneva, Switzerland. 6 Malaysia. KKM (2015) Project Operation Guidelines for Healthcare Waste Management Services (HWMS), Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. 7 Malaysia. JAS (2005) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, Jabatan Alam Sekitar, Putrajaya.

Page 9: P E N D O B I A N S E R T A P E R K H I D M A T A N L I N ......aktiviti pembersihan dan pembasmian permukaan persekitaran seperti permukaan lantai, dinding, siling, counter tops dan

Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Kementerian Kesihatan Malaysia

6

WB WB

WB WB

WB WB

WB

WB

WB

b) Setelah WB dikeluarkan dari Zon Merah, WB ditempatkan di atas

doffing mat.

c) Bahan larutan pembasmian seterusnya disembur di bahagian bawah

WB dan kemudiannya WB disusun sepertimana di Gambarajah 1.

d) WB disusun dalam jarak yang sesuai bagi proses penyemburan

bahan larutan pembasmian di setiap sisi serta di bahagian atas WB,

termasuk di dinding struktur terdekat (sekiranya ada). Langkah ini

diulang sekali lagi bagi setiap WB.

e) Setelah semua sisi dan bahagian WB dan dinding struktur terdekat

disembur dengan bahan larutan pembasmian, petugas PSF perlu

menanggalkan PPE mengikut tatacara doffing kawalan infeksi

sepertimana yang ditunjukkan di perenggan 8.0 sebelum keluar dari

Zon Kuning ke Zon Hijau.

Gambarajah 1: Susun atur skematik kedudukan WB di Zon Kuning bagi

tujuan pembasmian

Doffing mat WB WB WB

WB WB

WB WB WB

ZON MERAH ZON KUNING ZON HIJAU

Page 10: P E N D O B I A N S E R T A P E R K H I D M A T A N L I N ......aktiviti pembersihan dan pembasmian permukaan persekitaran seperti permukaan lantai, dinding, siling, counter tops dan

Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Kementerian Kesihatan Malaysia

7

6.0 PENGURUSAN PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN

6.1. Definisi

a) SARS-CoV-2 adalah enveloped virus dengan lapisan luar lipid yang

senang pecah (fragile) yang menyebabkannya mudah terdedah

kepada bahan pembasmian berbanding non-enveloped virus seperti

rotavirus, norovirus dan poliovirus. Kajian di dalam makmal (tanpa

amalan pembersihan dan pembasmian) menunjukkan jangka hayat

virus SARS- CoV-2 di atas permukaan persekitaran yang berbeza

(Jadual 1).

Jadual 1: Jangka hayat virus SARS-CoV-2 di atas permukaan persekitaran

yang berlainan (kajian makmal)

Rutala dan Weber (2019)8 Chin et al. (2020)9

Sehari di atas kain dan kayu

Sehingga dua hari di atas kaca

Empat hari di atas keluli tahan karat

dan plastik

Sehingga tujuh hari di permukaan

luar medical mask

Empat jam di atas kuprum

24 jam di atas kadbod

72 jam di atas plastik dan keluli

tahan karat

b) Oleh yang demikian, perkhidmatan pembersihan merujuk kepada

aktiviti pembersihan dan pembasmian permukaan persekitaran seperti

permukaan lantai, dinding, siling, counter tops dan perabot di samping

pengurusan tumpahan cecair badan dan darah di dalam menyah

pencemaran virus SARS-CoV-2 bagi memastikan permukaan

persekitaran tersebut selamat digunakan10.

8 Rutala, W.A. and Weber, D.J. (2019) Best practices for disinfection of noncritical environmental surfaces and equipment in health care facilities: A bundle approach. Am J Infect Control 47, A96– A105. Pautan: https://doi.org/10.1016/j.ajic.2019.01.014. Akses: 6 Mei 2020. 9 Chin, A.W.H., Chu, J.T.S., Perera, M.R.A., Hui, K.P.Y., Yen, H.-L. and Chan, M.C.W. (2020) Stability of SARS-CoV-2 in different environmental conditions. The Lancet Microbe S2666524720300033. Pautan: https://doi.org/10.1016/S2666-5247(20)30003-3. Akses: 6 Mei 2020. 10 WHO dan UNICEF (2019) WASH in Healthcare Facilities, WHO and UNICEF, Geneva, Switzerland.

Page 11: P E N D O B I A N S E R T A P E R K H I D M A T A N L I N ......aktiviti pembersihan dan pembasmian permukaan persekitaran seperti permukaan lantai, dinding, siling, counter tops dan

Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Kementerian Kesihatan Malaysia

8

c) Aktiviti pembersihan membantu menyah patogen atau mengurangkan

beban organik ke atas permukaan tercemar dan merupakan langkah

pertama yang paling utama di dalam mana-mana proses pembasmian.

d) Aktiviti pembersihan dengan air dan sabun atau bahan pencuci dengan

tindakan mekanikal seperti memberus boleh membuang kotoran,

serpihan dan bahan organik yang lain seperti darah, rembesan

(secretions) dan bahan kumuh (excretions) tetapi tidak membunuh

mikroorganisma (WHO, 2008)11. Bahan organik boleh menghalang

sentuhan langsung bahan pembasmian ke permukaan dan

menyahaktif mod tindakan kebanyakan bahan pembasmian. Pada

masa yang sama, kepekatan bahan pembasmian dan masa sentuhan

juga adalah kritikal bagi pembasmian permukaan yang efektif. Oleh

yang demikian, bahan pembasmian kimia seperti klorin dan alkohol

perlu digunakan selepas aktiviti pembersihan bagi membunuh

sebarang baki mikroorganisma yang tertinggal di permukaan.

e) Larutan bahan pembasmian perlu disedia dan digunakan berpandukan

kepada cadangan pengilang dalam konteks isipadu dan masa

sentuhan. Larutan yang tidak sesuai (sama ada terlalu pekat atau cair)

boleh mengurangkan kecekapan pembasmian. Larutan dengan

kepekatan yang tinggi juga meningkatkan pendedahan bahan kimia

kepada pengguna dan mungkin merosakkan permukaan.

11 WHO (2008) Essential environmental health standards in health care. Geneva: World Health Organization. Pautan: https://www.who.int/water_sanitation_health/publications/ehs_hc/en/. Akses: 6 Mei 2020.

Page 12: P E N D O B I A N S E R T A P E R K H I D M A T A N L I N ......aktiviti pembersihan dan pembasmian permukaan persekitaran seperti permukaan lantai, dinding, siling, counter tops dan

Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Kementerian Kesihatan Malaysia

9

6.2 Perkhidmatan pembersihan pembasmian dan pembersihan terminal (terminal

cleaning, TC)

Perkhidmatan pembersihan di fasiliti kesihatan swasta oleh pihak PSF adalah

meliputi:

6.2.1 Pembersihan pembasmian dan pembersihan terminal (terminal

cleaning, TC)

a) Aktiviti pembersihan pembasmian rutin adalah melibatkan di common

area Zon Merah seperti di koridor dan tombol pintu dan aktiviti

pembersihan pembasmian di Zon Kuning dan Zon Hijau sekiranya

diperlukan oleh pihak fasiliti.

b) Aktiviti pembersihan terminal (terminal cleaning, TC)12 merupakan

prosedur lengkap yang dipertingkatkan dan lebih terperinci daripada

aktiviti pembersihan pembasmian yang digunapakai bagi menyah

pencemaran virus SARS-CoV-2 selepas pesakit discaj.

c) Aktivit pembersihan pembasmian dan pembersihan terminal boleh dirujuk

kepada Method of Statement:Standard Operating Procedures for

Cleaning Services Document No. POG/CLS/SOP-01 Revision

No.001.(Rujuk Dokumen Sokongan 1).

6.2.1.1 Peralatan pembersihan pembasmian dan pembersihan

terminal (terminal cleaning, TC)

(a) Peralatan pembersihan perlu dikod warnakan dan

diasingkan mengikut zon, terutamanya bagi peralatan yang

digunakan di kawasan berisiko tinggi untuk pencemaran

12 Australia. Australian Government Department of Health (2020) Coronavirus disease (COVID- 19): Environmental cleaning and disinfection principles for health and residential care facilities. Australia: Australian Government Department of Health. Pautan: https://www.health.gov.au/sites/default/files/documents/2020/03/coronavirus-covid-19- environmental-cleaning-and-disinfection-principles-for-health-and-residential-care-facilities.pdf. Akses: 20 April 2020.

Page 13: P E N D O B I A N S E R T A P E R K H I D M A T A N L I N ......aktiviti pembersihan dan pembasmian permukaan persekitaran seperti permukaan lantai, dinding, siling, counter tops dan

Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Kementerian Kesihatan Malaysia

10

virus SARS-CoV-2.

(b) Peralatan pembersihan seperti baldi dan mop perlu

disenggara secara rutin dengan dibasuh menggunakan

bahan pencuci dan larutan pembasmian, dibilas,

dikeringkan dan disimpan secara terbalik apabila tidak

digunakan (untuk baldi).

(c) Di kawasan yang dianggap berisiko tinggi untuk

pencemaran virus SARS-CoV-2 seperti di Zon Merah,

peralatan pembersihan pakai buang yang diperbuat

daripada kain/bahan penyerap (absorbent) seperti kain

pengelap dan kepala mop yang baharu perlu digunakan

bagi setiap aktiviti pembersihan pembasmian bagi

mengelakkan pencemaran silang. Peralatan pembersihan

pakai buang yang dibuang selepas pelaksanaan setiap

aktiviti pembersihan pembasmian adalah diklasifikasikan

sebagai sisa berjangkit.

6.2.1.2 Kaedah pembersihan

Aktiviti pembersihan perlu dilaksanakan dari kawasan yang lebih

bersih ke kawasan yang lebih kotor, dan dari kawasan yang

tinggi ke kawasan yang rendah serta dilaksanakan secara

sistematik bagi memastikan semua permukaan dapat

dibersihkan.

6.2.1.3 Bahan dan larutan pembasmian pembasmian dan pembersihan

terminal (terminal cleaning, TC)

(a) Pemilihan bahan pembasmian perlu mengambilkira:

• Patogen yang disasarkan (di dalam konteks ini, virus

SARS- CoV-2);

Page 14: P E N D O B I A N S E R T A P E R K H I D M A T A N L I N ......aktiviti pembersihan dan pembasmian permukaan persekitaran seperti permukaan lantai, dinding, siling, counter tops dan

Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Kementerian Kesihatan Malaysia

11

• Cadangan kepekatan;

• Cadangan masa sentuhan;

• Keserasian bahan pembasmian kimia dengan

permukaan tertentu;

• Tahap ketoksikan;

• Kemudahan untuk digunapakai; dan

• Kestabilan produk.

Pemilihan bahan pembasmian perlulah memenuhi

keperluan tempatan untuk kelulusan pasaran, termasuklah

sebarang perundangan yang berkaitan dengan sektor-

sektor tertentu seperti sektor kesihatan13 dan sektor

makanan.

(b) Selepas aktiviti pembersihan, produk berasaskan klorin

boleh digunapakai sebagai ejen pembasmian human

coronavirus sehingga >3 log reduction14,15 iaitu sama ada

dalam bentuk:

Cecair (sodium hypochlorite); atau

Pepejal (calcium hypochlorite).

Pelarutan di dalam air menghasilkan larutan akues klorin

iaitu hypochlorus acid (HOCl) yang aktif sebagai bahan

antimikrobial. Oleh yang demikian, larutan bahan peluntur

domestik boleh digunapakai sekiranya bersesuaian dengan

kepekatan. Pada kepekatan berbeza, hypochlorite adalah

efektif di dalam membasmi beberapa patogen seperti

rotavirus (pada kepekatan 0.05% atau bersamaan 500 ppm)

dan C. auris serta C. difficile (pada kepekatan 0.5% atau

13 Kelulusan oleh Jawatankuasa Teknikal Perkhidmatan Sokongan Fasiliti(JKTPSH).

14 WHO (2020c) Report of the WHO-China Joint Mission on Coronavirus Disease 2019 (COVID- 19). Geneva: World Health Organization. Pautan: https://www.who.int/docs/default- source/coronaviruse/who-china-joint-mission-on-covid-19-final-report.pdf. Akses: 10 Mei 2020. 15 A 3-log reduction on a surface with 1,000,000 microbes would leave 1,000 microbes, which equates to a 99.9% reduction in potentially pathogens.

Page 15: P E N D O B I A N S E R T A P E R K H I D M A T A N L I N ......aktiviti pembersihan dan pembasmian permukaan persekitaran seperti permukaan lantai, dinding, siling, counter tops dan

Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Kementerian Kesihatan Malaysia

12

bersamaan 5,000 ppm)16,17. Dalam konteks COVID-19,

WHO mengesyorkan kepekatan konservatif hypochlorite

pada 0.1% atau bersamaan 1,000 ppm yang dapat

menyahaktifkan kebanyakan patogen yang hadir.

Bagaimanapun, untuk tumpahan cecair badan dan darah

melebihi 10 mL, kepekatan hypochlorite pada 0.5% atau

bersamaan 5,000 ppm adalah disyorkan18.

Larutan klorin adalah sangat stabil pada pH tinggi (>9) tetapi

sifat pembasmian klorin adalah kuat pada pH yang rendah

(<8). Larutan klorin pada kepekatan 0.5% dan 0.05% adalah

stabil lebih dari 30 hari pada suhu 24 - 35°C apabila pH

melebihi 9. Bagaimanapun, larutan klorin pada pH yang

lebih rendah mempunyai jangka hayat yang lebih rendah.

Secara idealnya, larutan klorin perlu disediakan setiap hari

dan sekiranya tidak dapat dilakukan, larutan perlu diuji

setiap hari bagi pengesahan kadar kepekatan (sama ada

melalui ujian penitratan kimia, chemical spectrometry atau

colorimetry, roda warna atau test strips).

(c) Bahan pembasmian lain yang disyorkan oleh WHO adalah:

Ethyl alcohol atau ethanol pada kepekatan 70 – 90%; dan

Hydrogen peroxide pada kepekatan ≥0.5%.

Bahan pembasmian lain boleh dipertimbangkan dengan

16 Pereira, S.S.P., Oliveira, H.M. de, Turrini, R.N.T. and Lacerda, R.A. (2015) Disinfection with sodium hypochlorite in fasilitienvironmental surfaces in the reduction of contamination and infection prevention: a systematic review. Rev. esc. enferm. USP 49, 0681–0688. Pautan: https://doi.org/10.1590/S0080-623420150000400020. Akses: 6 Mei 2020. 17 Köhler, A.T., Rodloff, A.C., Labahn, M., Reinhardt, M., Truyen, U. and Speck, S. (2018) Efficacy of sodium hypochlorite against multidrug-resistant Gram-negative bacteria. J Hosp Infect 100, e40–e46. Pautan: https://doi.org/10.1016/j.jhin.2018.07.017. Akses: 6 Mei 2020.

18 CDC and ICAN (2019) Best Practices for Environmental Cleaning in Healthcare Facilities in Resource-Limited Settings. Atlanta, GA: US Department of Health and Human Services, CDC; Cape Town, South Africa: Infection Control Africa Network; 2019. Pautan: https://www.cdc.gov/hai/pdfs/resource-limited/environmental-cleaning-RLS-H.pdf. Akses: 6 Mei 2020.

Page 16: P E N D O B I A N S E R T A P E R K H I D M A T A N L I N ......aktiviti pembersihan dan pembasmian permukaan persekitaran seperti permukaan lantai, dinding, siling, counter tops dan

Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Kementerian Kesihatan Malaysia

13

syarat pengilang membuat syor untuk mikroorganisma

sasaran terutamanya enveloped virus. Saranan pengilang

untuk penggunaan selamat di samping mengelakkan

pencampuran beberapa jenis bahan pembasmian kimia

apabila menyedia, mencair atau menggunakan bahan

pembasmian perlulah dipatuhi.

(d) Masa sentuhan seminimum satu minit adalah disyorkan oleh

WHO untuk kesemua bahan pembasmian ini ataupun

sebagaimana yang disyorkan oleh pengilang19(Jadual 2).

Jadual 2: Senarai bahan aktif20 di dalam menyahjangkit human

coronavirus dan cadangan masa sentuhan

Bil. Bahan

Aktif

Masa sentuhan

(min)

1. 0.05 – 0.5% sodium hypochlorite 5

2. 70% ethyl alcohol 10

3. 0.5% accelerated hydrogen peroxide 1

4. 0.05% benzalkoniumchloride or

alkyl dimethyl benzyl ammonium chloride

10

5. 0.12% chloroxylenol 10

6. 50 mg/L iodine in iodophor 10

7. 50% isopropanol 10

8. 1% iodine (povidone-iodine) 1

9. 0.23% sodium chlorite 10

(e) Larutan pencuci dan/atau bahan pembasmian menjadi tercemar

semasa aktiviti pembersihan pembasmian dan menjadi kurang

efektif apabila beban organik terlalu tinggi. Justeru, penggunaan

berterusan larutan yang sama ke permukaan yang lain boleh

19 Singapura. National Environment Agency (2020) Interim List of Household Products and Active Ingredients for Disinfection of the COVID-19 Virus, 20 April 2020. Pautan: https://www.nea.gov.sg/our-services/public-cleanliness/environmental-cleaning- guidelines/guidelines/interim-list-of-household-products-and-active-ingredients-for-disinfection-of- covid-19. Akses: 20 April 2020. 20 Bergantung kepada bekalan pasaran tempatan.

Page 17: P E N D O B I A N S E R T A P E R K H I D M A T A N L I N ......aktiviti pembersihan dan pembasmian permukaan persekitaran seperti permukaan lantai, dinding, siling, counter tops dan

Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Kementerian Kesihatan Malaysia

14

memindahkan mikroorganisma ke permukaan tersebut. Oleh

yang demikian, larutan pencuci dan/atau bahan pembasmian

perlu dibuang selepas setiap kali penggunaan di kawasan

berisiko tinggi untuk pencemaran virus SARS-CoV-2. Adalah

dicadangkan larutan baharu disediakan secara rutin atau setiap

kali aktiviti pembersihan pembasmian dilaksanakan.

6.2.1.4 Kaedah pembasmian dan pembersihan terminal (terminal

cleaning, TC)

a) Kaedah pembasmian dilaksanakan dengan mengulang

kaedah pembersihan kawasan dengan menggunakan larutan

bahan pembasmian yang telah disediakan, bermula dari satu

hujung ke satu hujung kawasan. Aktiviti pembersihan

pembasmian dilakukan dengan bergerak dari kawasan yang

telah dicuci ke kawasan yang belum dicuci bagi mengelakkan

pencemaran ke atas kawasan yang telah dicuci. Bagi lantai

contohnya, ia perlu dibasmi dalam arah keluar ke masuk (exit

inwards).

b) Di ruangan yang tertutup, untuk COVID-19, WHO tidak

mengesyorkan aplikasi rutin bahan pembasmian ke

permukaan persekitaran melalui kaedah penyemburan dan

fogging (juga dikenali sebagai fumigation atau misting)21

kerana didapati tidak efektif22 di samping risiko kesihatan yang

disebabkan oleh aktiviti penyemburan seperti risiko kepada

kegatalan mata, pernafasan atau kulit23. Aktiviti penyemburan

21 WHO (2020b) Cleaning and disinfection of environmental surfaces in the context of COVID-19, Interim guidance, 15 May 2020. Geneva, Switzerland 22 Roth, K. and Michels, W. (2005) Inter-fasilititrials to determine minimal cleaning performance according to the guideline by DGKH, DGSV and AKI 13, 106-110+112. Pautan: https://www.researchgate.net/profile/Winfried_Michels/publication/292641729_Interfasiliti_trials_to_determine_minimal_cleaning_performance_according_to_the_guideline_by_DGKH_DGSV_and_AKI/links/571a4d4108ae7f552a472e88/Inter-fasiliti-trials-to-determine-minimal-cleaning-performance-according-to-theguideline-by-DGKH-DGSV-and-AKI.pdf. Akses: 6 Mei 2020. 23 Mehtar, S., Bulabula, A.N.H., Nyandemoh, H. and Jambawai, S. (2016) Deliberate exposure of humans to chlorine-theaftermath of Ebola in West Africa. Antimicrob Resist Infect Control 5, 45. Pautan: https://doi.org/10.1186/s13756-016-0144-1. Akses: 6 Mei 2020.

Page 18: P E N D O B I A N S E R T A P E R K H I D M A T A N L I N ......aktiviti pembersihan dan pembasmian permukaan persekitaran seperti permukaan lantai, dinding, siling, counter tops dan

Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Kementerian Kesihatan Malaysia

15

atau fogging sesetengah bahan kimia seperti formaldehyde,

ejen berasaskan klorin atau quaternary ammonium

compounds juga adalah tidak disyorkan atas faktor kesan

kesihatan24,25. Aktiviti penyemburan permukaan persekitaran

adalah tidak efektif di dalam menyah bahan organik dan akan

terlepas permukaan yang dihadang dengan objek, fabrik

berlipat atau permukaan dengan rekabentuk yang rumit.

Sekiranya bahan pembasmian hendak digunakan, ia perlu

dilakukan dengan kain pengelap yang telah direndam dengan

bahan pembasmian.

c) Begitu juga di ruangan yang terbuka, WHO tidak

mengesyorkan aktiviti penyemburan atau fumigation kerana

bahan pembasmian akan dinyahaktifkan oleh kotoran dan

serpihan di samping tidak sesuai untuk pembersihan secara

manual bagi menyah semua bahan organik di ruangan

terbuka. Aktiviti penyemburan di permukaan poros seperti di

kaki lima dan laluan pejalan kaki yang tidak berturap juga

adalah kurang efektif. Walaupun tanpa kehadiran bahan

organik, penyemburan bahan kimia tidak dapat menyelaputi

semua permukaan dengan rata memandangkan keperluan

masa sentuhan untuk membunuh patogen di samping ia tidak

diambil kira sebagai takungan jangkitan (reservoirs of

infection) untuk COVID-19 di samping berbahaya kepada

kesihatan umum.

d) Aktiviti penyemburan individu dengan bahan pembasmian

(seperti di dalam terowong, kabinet atau kebuk) adalah tidak

disyorkan oleh WHO di dalam apa jua keadaan. Ia secara

24 Schyllert, C., Rönmark, E., Andersson, M., Hedlund, U., Lundbäck, B. and Hedman, L. (2016) Occupational exposure to chemicals drives the increased risk of asthma and rhinitis observed for exposure to vapours, gas, dust and fumes: a crosssectional population-based study. Occup Environ Med 73, 663–669. Pautan: https://doi.org/10.1136/oemed-2016-103595. Akses: 6 Mei 2020. 25 Weber, D.J., Rutala, W.A., Anderson, D.J., Chen, L.F., Sickbert-Bennett, E.E. and Boyce, J.M. (2016) Effectiveness of ultraviolet devices and hydrogen peroxide systems for terminal room decontamination: Focus on clinical trials. Am J Infect Control 44, e77–e84. Pautan: https://doi.org/10.1016/j.ajic.2015.11.015. Akses: 6 Mei 2020.

Page 19: P E N D O B I A N S E R T A P E R K H I D M A T A N L I N ......aktiviti pembersihan dan pembasmian permukaan persekitaran seperti permukaan lantai, dinding, siling, counter tops dan

Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Kementerian Kesihatan Malaysia

16

fizikal dan psikologinya adalah berbahaya dan tidak dapat

mengurangkan keupayaan pesakit yang bergejala untuk

menyebarkan virus melalui titisan atau sentuhan. Aktiviti

penyemburan individu dengan klorin dan bahan kimia toksik

yang lain boleh mengakibatkan kegatalan mata dan kulit,

bronchospasm disebabkan oleh penyedutan (inhalation) dan

juga kesan gastrointestinal seperti loya dan muntah26,27.

e) Di antara kaedah pembasmian yang telah digunapakai oleh

kebanyakan negara di fasiliti penjagaan kesihatan yang boleh

diaplikasikan di fasiliti terutamanya semasa TC adalah:

Teknologi tanpa sentuhan menggunapakai bahan

pembasmian kimia (seperti vapourised hydrogen peroxide);

dan

Peralatan mengunapakai ultraviolet (UV) irradiation (cth.,

UV germicidal irradiation, UVGI).

Kegunaan teknologi ini semasa TC adalah dalam keadaan

ruang yang kosong bagi keselamatan petugas dan pesakit

COVID-19. Bagaimanapun, penggunaan teknologi ini hanya

sebagai pelengkap dan bukannya menggantikan keperluan

untuk melaksanakan aktiviti pembasmian secara manual28.

f) Semasa menggunakan bahan pembasmian:

Label disemak dan digunakan berdasarkan arahan;

Sentiasa sedar akan potensi bahaya akibat dari

26 Zock, J.-P., Plana, E., Jarvis, D., Antó, J.M., Kromhout, H., Kennedy, S.M. and Künzli, N. (2007) The Use of Household Cleaning Sprays and Adult Asthma: An International Longitudinal Study. Am J Respir Crit Care Med 176, 735–741. Pautan: https://doi.org/10.1164/rccm.200612 1793OC. Akses: 6 Mei 2020. 27 Benzoni, T. and Hatcher, J.D. (2020) Bleach Toxicity, in: StatPearls. StatPearls Publishing, Treasure Island (FL). Pautan: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK441921/. Akses: 6 Mei 2020. 28 Rutala, W.A. and Weber, D.J. (2019) Best practices for disinfection of noncritical environmental surfaces and equipment in health care facilities: A bundle approach. Am J Infect Control 47, A96– A105. Pautan: https://doi.org/10.1016/j.ajic.2019.01.014. Akses: 6 Mei 2020.

Page 20: P E N D O B I A N S E R T A P E R K H I D M A T A N L I N ......aktiviti pembersihan dan pembasmian permukaan persekitaran seperti permukaan lantai, dinding, siling, counter tops dan

Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Kementerian Kesihatan Malaysia

17

penggunaan produk;

Tidak mencampurkan bahan kimia yang berbeza; dan

Menggunakannya di kawasan dengan keadaan

pengudaraan yang baik.

6.2.1.5 Pengendalian perkhidmatan pembersihan pembasmian dan

pembersihan terminal (terminal cleaning, TC)

Pengendalian perkhidmatan pembersihan adalah merujuk kepada

SOP atau tatacara kerja sedia ada di fasiliti masing-masing dengan

penambahbaikan seperti berikut:

(a) Peralatan pembersihan dikodwarna dan diasingkan

mengikut zon.

(b) Membekal peralatan termasuk PPE kepada tenaga kerja

terlatih, bahan kimia yang digunakan (rujuk Jadual 6) dan

bahan pakai buang (consumables). Mana-mana bahan

kimia selain di Jadual 6, perlu mendapat kelulusan National

Pharmaceutical Regulatory Act (NPRA).

(c) Melaksanakan perkhidmatan pembersihan pembasmian

yang meliputi:

• Aktiviti pembersihan secara manual dengan air dan

sabun atau bahan pencuci; dan seterusnya

• Aktiviti pembasmian menggunapakai larutan pembasmian

sama ada secara manual dan/atau mekanikal

(d) Peralatan pembersihan dibasuh dengan bahan pencuci, dibilas,

dikeringkan dan disimpan di tempat yang dikhaskan selepas

digunakan (secara berasingan mengikut zon).

(e) Bahan pakai buang yang telah digunakan diklasifikasikan

sebagai sisa berjangkit yang perlu diurus dengan selamat

Page 21: P E N D O B I A N S E R T A P E R K H I D M A T A N L I N ......aktiviti pembersihan dan pembasmian permukaan persekitaran seperti permukaan lantai, dinding, siling, counter tops dan

Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Kementerian Kesihatan Malaysia

18

7.0 PANDUAN BAGI PERKHIDMATAN LINEN DAN PENDOBIAN

Soiled Linen yang terhasil dari Zon Merah dikategorikan sebagai infectious linen

dan perlu dimasukkan ke dalam soiled linen bag (SLB) yang dilapis dengan

alginate bag.

7.1 Pengendalian Soiled Linen di Zon Merah

Pengendalian soiled linen adalah merujuk kepada SOP atau tatacara kerja

sedia ada di fasiliti masing-masing dengan penambahbaikan seperti berikut:

(a) Memastikan tenaga kerja yang menguruskan soiled linen memakai

PPE mengikut tatacara kawalan infeksi yang bersesuaian.

(b) Melaksanakan aktiviti pembasmian SLB sebelum keluar dari Zon

Merah.

(c) SLB diangkut ke Zon Kuning dengan menggunakan troli

berpenutup khas.

7.2 Pengendalian Pembasmian Soiled Linen Bag (SLB) di Zon Merah

(a) Bahan larutan pembasmian disembur di atas doffing mat yang

diletakkan di Zon Merah.

(b) SLB yang dikumpulkan seterusnya disusun di atas doffing

mat seperti di Gambarajah 2.

(c) Bahan larutan pembasmian seterusnya disembur di keseluruhan

sisi dan bahagian SLB, termasuk di dinding struktur terdekat

(sekiranya ada), troli dan juga penutup khas yang digunakan untuk

mengangkut SLB.

(d) SLB yang telah dibasmi seterusnya dimasukkan ke dalam troli yang

Page 22: P E N D O B I A N S E R T A P E R K H I D M A T A N L I N ......aktiviti pembersihan dan pembasmian permukaan persekitaran seperti permukaan lantai, dinding, siling, counter tops dan

Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Kementerian Kesihatan Malaysia

19

ditutup dengan penutup khas sebelum dibawa keluar dari Zon

Merah ke Zon Kuning.

(e) Setelah semua sisi dan bahagian SLB dan dinding struktur terdekat

disembur dengan bahan larutan pembasmian, petugas PSF perlu

menanggalkan PPE mengikut tatacara doffing kawalan infeksi

sepertimana yang ditunjukkan di perenggan 8.0 sebelum keluar

dari Zon Kuning ke Zon Hijau.

Gambarajah 2: Susun atur skematik kedudukan SLB di Zon Merah bagi

tujuan pembasmian

7.3 Kaedah Pencucian dan Pengeringan Linen

(a) Sekiranya kitaran dobi air panas digunakan, linen kotor perlu dicuci

dengan detergen atau bahan pembasmian di dalam air pada suhu

70°C untuk sekurang-kurangnya 25 minit dan seterusnya

dikeringkan seperti prosedur rutin29. Bagaimanapun, WHO dan

UNICEF (2020) menyarankan cucian air suam pada suhu di antara

60°C hingga 90°C dengan menggunakan mesin basuh dengan

detergen dan seterusnya dikeringkan seperti prosedur rutin30.

29 Singapura. National Environment Agency (2020) Interim Guidelines for Environmental Cleaning and Disinfection of Areas Exposed to Confirmed Case(s) of COVID-19 in Non-Healthcare Premises, 20 April 2020. Pautan https://www.nea.gov.sg/our-services/public-cleanliness/environmental-cleaning-guidelines/guidelines/interim-list-of-household-products-and- active-ingredients-for-disinfection-of-covid-19. Akses: 20 April 2020. 30 Singapura. National Environment Agency (2020) Interim Guidelines for Environmental Cleaning and Disinfection of Areas Exposed to Confirmed Case(s) of COVID-19 in Non-Healthcare Premises, 20 April

Doffing mat

SLB SLB SLB SLB

ZON KUNING ZON MERAH

Page 23: P E N D O B I A N S E R T A P E R K H I D M A T A N L I N ......aktiviti pembersihan dan pembasmian permukaan persekitaran seperti permukaan lantai, dinding, siling, counter tops dan

Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Kementerian Kesihatan Malaysia

20

ATAU

(b) Sekiranya menggunakan kitaran dobi dengan suhu adalah lebih

rendah (iaitu kurang dari 70°C), bahan kimia yang sesuai dengan

kepekatan yang bersesuaian perlu dipilih31. Seterusnya, linen

direndam di dalam larutan 0.05% klorin selama lebih kurang 30

minit. Kaedah menghasilkan larutan pencuci dari bahan peluntur

adalah sepertimana yang ditunjukkan di Gambarajah 3.

Kebiasaannya, satu bekas dengan larutan peluntur pada kepekatan

5 – 5.25% sodium hypochlorite dicairkan dengan sembilan bekas

air untuk menghasilkan larutan dengan kepekatan sederhana pada

0.05% klorin. Akhir sekali, linen yang telah dibasuh boleh dibilas

dengan air dan seterusnya dikeringkan di bawah cahaya matahari.

ATAU

(c) Bagi cucian tangan, linen kotor boleh direndam terlebih dahulu di

dalam campuran air panas (di antara 60°C hingga 90°C) dengan

bahan pencuci di dalam bekas yang besar dan dikacau secara

perlahan-lahan bagi mengelakkan percikan. Bekas berkenaan

kemudiannya dikosongkan, dan linen direndam di dalam larutan

0.05% klorin selama lebih kurang 30 minit. Kaedah menghasilkan

larutan pencuci dari bahan peluntur adalah sepertimana yang

ditunjukkan di Gambarajah 3. Kebiasaannya, satu bekas dengan

larutan peluntur pada kepekatan 5 – 5.25% sodium hypochlorite

dicairkan dengan sembilan bekas air untuk menghasilkan larutan

dengan kepekatan sederhana pada 0.05% klorin. Akhir sekali,

linen yang telah dibasuh boleh dibilas dengan air dan seterusnya

dikeringkan di bawah cahaya matahari.

2020. Pautan: https://www.nea.gov.sg/our-services/public- cleanliness/environmental-cleaning-guidelines/guidelines/interim-list-of-household-products-and- active-ingredients-for-disinfection-of-covid-19. Akses: 20 April 2020. 31 WHO dan UNICEF (2020) Water, sanitation, hygiene and waste management for the COVID-19

virus:Technical brief, 3 March 2020. Pautan:

https://apps.who.int/iris/bitstream/handle/10665/331305/WHO-2019-NcOV-IPC_WASH-2020.1-

eng.pdf?sequence=1&isAllowed=y. Akses: 4 Mac 2020.

Page 24: P E N D O B I A N S E R T A P E R K H I D M A T A N L I N ......aktiviti pembersihan dan pembasmian permukaan persekitaran seperti permukaan lantai, dinding, siling, counter tops dan

Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Kementerian Kesihatan Malaysia

21

Sumber pautan: https://www.cdc.gov/vhf/ebola/pdf/2.6-percent-chlorine-bleach-

solution.pdf (Akses: 20 April 2020).

Gambarajah 3: Kaedah penghasilan larutan pencuci dari bahan peluntur

(d) Elakkan dari melambung (toss), melibas dan membaling (throw)

dobi disebabkan potensi penyebaran corovirus melalui aerosol air

(water aerosol)32.

32 Singapura. National Environment Agency (2020) Interim Guidelines for Environmental Cleaning and Disinfection of Areas Exposed to Confirmed Case(s) of COVID-19 in Non-Healthcare Premises, 20 April 2020. Pautan https://www.nea.gov.sg/our-services/public-cleanliness/environmental-cleaning-guidelines/guidelines/interim-list-of-household-products-and- active-ingredients-for-disinfection-of-covid-19.

Page 25: P E N D O B I A N S E R T A P E R K H I D M A T A N L I N ......aktiviti pembersihan dan pembasmian permukaan persekitaran seperti permukaan lantai, dinding, siling, counter tops dan

Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Kementerian Kesihatan Malaysia

22

8.0 TATACARA PEMAKAIAN DAN PENGURUSAN PPE DI FASILITI KESIHATAN

SWASTA

8.1 Petugas PSF

a) Petugas PSF yang melaksanakan perkhidmatan sokongan iaitu

pengurusan sisa penjagaan kesihatan, perkhidmatan pembersihan serta

perkhidmatan linen dan pendobian di fasiliti dikehendaki memakai PPE

yang lengkap seperti yang disenaraikan di Jadual 3. Bagaimanapun,

medical mask perlu dipakai sepanjang masa semasa di Zon Hijau.

b) Petugas PSF perlu menggunakan alcohol-based hand rub (ABHR)

sebelum memakai dan semasa hendak menanggalkan sarung tangan,

medical mask dan pelindung mata. Tatacara bergambar adalah

sepertimana yang ditunjukkan di Gambarajah 4a hingga 4c.

c) Petugas PSF tidak perlu menukar PPE sehingga tugasan selesai

dilaksanakan, kecuali ianya tercemar atau rosak.

d) Sebelum melaksanakan perkhidmatan sokongan, pesakit di Zon Merah

hendaklah memakai medical mask sekiranya PSF perlu memasuki

kawasan tersebut.

e) Setelah selesai tugasan, petugas PSF perlu membuang PPE pakai

buang dan dikategorikan sebagai sisa berjangkit. PPE bukan pakai

buang seperti but keselamatan dan pelindung mata boleh dibersihkan

dan dinyahjangkit, bergantung kepada arahan pengilang.

f) Petugas PSF perlu mencuci tangan dengan kaedah yang betul

sehingga bersih dalam tempoh 20 hingga 30 saat sejurus selepas

membuka PPE bagi mengurangkan risiko pencemaran silang, sebaik-

sebaiknya dengan air dan sabun (Gambarajah 5). Sekiranya tiada,

petugas PSF boleh menggunakan ABHR (Gambarajah 6).

Bagaimanapun, tangan yang benar-benar kotor perlu dibasuh dengan

menggunakan air dan sabun.

Page 26: P E N D O B I A N S E R T A P E R K H I D M A T A N L I N ......aktiviti pembersihan dan pembasmian permukaan persekitaran seperti permukaan lantai, dinding, siling, counter tops dan

Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Kementerian Kesihatan Malaysia

23

Jadual 3: Pemakaian dan jenis penggunaan PPE di fasiliti kesihatan swasta

mengikut klasifikasi zon

ZON

MERAH

Penutup kepala

ZON

KUNING

Medical mask

(i.e. surgical

mask)

ZON

HIJAU

Medical

mask

(i.e.

surgical

mask)

Medical mask (i.e. N95

mask)

Apron plastik

Pelindung mata (i.e.

protective eyewear,

goggles atau face

shield)

Impermeabl

e disposable

gloves

Apron pakai buang

berlengan tangan (i.e.

isolation gown seperti

fluid-repellent long-

sleeved gown) atau

apron plastik

But keselamatan

atau but

Wellington yang

kalis air

Impermeable

disposabl

e gloves

But keselamatan atau

but Wellington yang

kalis air

Page 27: P E N D O B I A N S E R T A P E R K H I D M A T A N L I N ......aktiviti pembersihan dan pembasmian permukaan persekitaran seperti permukaan lantai, dinding, siling, counter tops dan

Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Kementerian Kesihatan Malaysia

24

Sumber pautan: https://www.cdc.gov/hai/pdfs/ppe/ppe-sequence.pdf (Akses: 23 Mac

2020).

Gambarajah 4a: Tatacara pemakaian dan pengurusan PPE – turutan memakai

PPE yang betul

Page 28: P E N D O B I A N S E R T A P E R K H I D M A T A N L I N ......aktiviti pembersihan dan pembasmian permukaan persekitaran seperti permukaan lantai, dinding, siling, counter tops dan

Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Kementerian Kesihatan Malaysia

25

Sumber pautan: https://www.cdc.gov/hai/pdfs/ppe/ppe-sequence.pdf (Akses: 23 Mac

2020).

Gambarajah 4b: Tatacara pemakaian dan pengurusan PPE – turutan membuka

PPE yang betul (contoh 1)

Page 29: P E N D O B I A N S E R T A P E R K H I D M A T A N L I N ......aktiviti pembersihan dan pembasmian permukaan persekitaran seperti permukaan lantai, dinding, siling, counter tops dan

Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Kementerian Kesihatan Malaysia

26

Sumber pautan: https://www.cdc.gov/hai/pdfs/ppe/ppe-sequence.pdf (Akses: 23 Mac

2020).

Gambarajah 4c: Tatacara pemakaian dan pengurusan PPE – turutan membuka

PPE yang betul (contoh 2)

Page 30: P E N D O B I A N S E R T A P E R K H I D M A T A N L I N ......aktiviti pembersihan dan pembasmian permukaan persekitaran seperti permukaan lantai, dinding, siling, counter tops dan

Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Kementerian Kesihatan Malaysia

27

Sumber pautan: WHO (2009) “Hand Hygiene: Why, How and When?”. Pautan:

https://www.who.int/gpsc/5may/Hand_Hygiene_Why_How_and_When_Brochure.pdf

(Akses: 23 Mac 2020).

Gambarajah 5: Tatacara mencuci tangan dengan betul menggunapakai air dan

sabun

Page 31: P E N D O B I A N S E R T A P E R K H I D M A T A N L I N ......aktiviti pembersihan dan pembasmian permukaan persekitaran seperti permukaan lantai, dinding, siling, counter tops dan

Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Kementerian Kesihatan Malaysia

28

Sumber pautan: WHO (2009) “Hand Hygiene: Why, How and When?”. Pautan:

https://www.who.int/gpsc/5may/Hand_Hygiene_Why_How_and_When_Brochure.pdf

(Akses: 23 Mac 2020).

Gambarajah 6: Tatacara mencuci tangan dengan betul menggunapakai ABHR