our commitment to patients-english

2
Tanggungjawab anda Maklum balas Sementara kami mempunyai tanggungjawab untuk melindungi kepentingan anda sebagai pesakit kami, adalah penting untuk anda memainkan peranan anda dalam seluruh proses rawatan. Kami mahu memberikan anda penjagaan sebaik mungkin yang memenuhi keperluan anda dan mengutarakan kebimbangan keluarga anda. Kami meminta supaya anda dan keluarga anda: 1. Memberi maklumat lengkap mengenai sejarah-sejarah perubatan anda (termasuk alergi-alergi dan ubat-ubat yang diambil), keadaan kewangan, dan butir-butir berkenaan lain untuk membolehkan kami membantu anda. 2. Mematuhi rancangan-rancangan rawatan yang diberikan kepada anda oleh penjaga kesihatan profesional kami. 3. Memaklumkan kepada kami apabila anda menghadapi masalah yang menghalang anda daripada mematuhi rancangan-rancangan rawatan. 4. Memaklumkan kepada kami mengenai perubahan dalam keadaan perubatan anda. 5. Menyelesaikan dengan segera bayaran yang dikehendaki bagi perkhidmatan-perkhidmatan perubatan yang diberikan kepada anda. 6. Melantik seorang yang boleh membuat keputusan untuk mewakili hasrat anda mengenai penjagaan anda kepada kami jika pada suatu masa nanti anda tidak dapat berbuat demikian. 7. Melayan semua kakitangan kami, pesakit dan pelawat lain dengan penuh hormat dan berbudi bahasa. 8. Mematuhi peraturan-peraturan hospital seperti polisi tentang lawatan. 9. Bertanya soalan apabila anda tidak memahami sebarang arahan supaya kami tahu anda berupaya menjaga diri sendiri di rumah setelah penamatan rawatan. Kami menghargai maklum balas anda sebagai sebahagian daripada usaha kami untuk terus meningkatkan perkhidmatan kami bagi manfaat pesakit-pesakit kami. Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau ingin berkongsi pengalaman mengenai perkhidmatan kami, anda boleh menghubungi Pegawai Kualiti Perkhidmatan kami di talian: 6704 2379 atau email kami di [email protected] Kami mengucapkan terima kasih kerana menaruh kepercayaan anda kepada kami dan kami berharap anda berasa selasa semasa penginapan atau lawatan di NHCS. Arahan Awal Perubatan 1 ialah satu dokumen sah yang anda tandatangani terlebih dahulu untuk memberitahu doktor yang merawat anda yang anda tidak mahu sebarang rawatan pengekalan hidup untuk memanjangkan hidup anda jika suatu hari nanti anda mengalami penyakit yang membawa maut atau tidak sedarkan diri. Pertukaran Rekod Perubatan Elektronik 2 (EMRX) ialah satu usaha oleh Kementerian Kesihatan dan dua kelompok penjagaan kesihatan awam iaitu Perkhidmatan Kesihatan Singapura (SingHealth) (di mana NHCS merupakan sebahagian daripadanya) dan Kumpulan Penjagaan Kesihatan Nasional (NHG) untuk berkongsi rekod-rekod perubatan elektronik melalui semua hospital awam dan poliklinik di Singapura. EMRX membolehkan kakitangan perubatan yang terlibat dalam penjagaan anda untuk memenuhi keperluan perubatan anda yang unik dengan lebih baik dan pantas. Maklumat berikut mungkin akan dikongsi sama: Kesimpulan penamatan rawatan yang meringkaskan rekod penginapan hospital anda yang terbaru Hasil ujian makmal, sinar-X dan ujian radiologi yang lain Laporan-laporan pembedahan Ubat-ubat yang diberikan Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Arahan Awal Perubatan and EMRX, sila layari lelaman web Kementerian Kesihatan di www.moh.gov.sg Komitmen Kami Terhadap Pesakit-Pesakit Kami Mereka yang tidak berhasrat untuk mendermakan organ selepas kematian boleh memilih untuk di keluarkan dari HOTA dan hasrat mereka akan dihormati. Borang pengecualian boleh didapati di hospital, dan poliklinik-poliklinik atau dari Unit Pemindahan Organ Nasional di Blok 3 Tingkat 1, Hospital Besar Singapura, Singapura 169608, Talian: 6321 4390. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian penting HOTA: 1800 2254 122 atau layari laman web Kementerian Kesihatan di www. moh.gov.sg 10. Memberitahu kami terlebih dahulu jika anda tidak dapat menepati lawatan susulan dan perjanjian. National Heart Centre Singapore 5 Hospital Drive Singapore 169609 Tel: +65 6704 8000 Fax: +65 6844 9030 Email: [email protected] www.nhcs.com.sg Members of the SingHealth Group Singapore General Hospital • KK Women’s and Children’s Hospital National Cancer Centre Singapore • National Dental Centre Singapore • National Heart Centre Singapore National Neuroscience Institute • Singapore National Eye Centre • SingHealth Polyclinics Bright Vision Hospital • Sengkang Health A joint communication effort by SGH and NHCS

Upload: phunghuong

Post on 05-Jan-2017

240 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Our Commitment to Patients-English

Tanggungjawab anda

Maklum balas

Sementara kami mempunyai tanggungjawab untuk melindungi kepentingan anda sebagai pesakit kami, adalah penting untuk anda memainkan peranan anda dalam seluruh proses rawatan. Kami mahu memberikan anda penjagaan sebaik mungkin yang memenuhi keperluan anda dan mengutarakan kebimbangan keluarga anda. Kami meminta supaya anda dan keluarga anda:1. Memberi maklumat lengkap mengenai sejarah-sejarah

perubatan anda (termasuk alergi-alergi dan ubat-ubat yang diambil), keadaan kewangan, dan butir-butir berkenaan lain untuk membolehkan kami membantu anda.

2. Mematuhi rancangan-rancangan rawatan yang diberikan kepada anda oleh penjaga kesihatan profesional kami.

3. Memaklumkan kepada kami apabila anda menghadapi masalah yang menghalang anda daripada mematuhi rancangan-rancangan rawatan.

4. Memaklumkan kepada kami mengenai perubahan dalam keadaan perubatan anda.

5. Menyelesaikan dengan segera bayaran yang dikehendaki bagi perkhidmatan-perkhidmatan perubatan yang diberikan kepada anda.

6. Melantik seorang yang boleh membuat keputusan untuk mewakili hasrat anda mengenai penjagaan anda kepada kami jika pada suatu masa nanti anda tidak dapat berbuat demikian.

7. Melayan semua kakitangan kami, pesakit dan pelawat lain dengan penuh hormat dan berbudi bahasa.

8. Mematuhi peraturan-peraturan hospital seperti polisi tentang lawatan.

9. Bertanya soalan apabila anda tidak memahami sebarang arahan supaya kami tahu anda berupaya menjaga diri sendiri di rumah setelah penamatan rawatan.

Kami menghargai maklum balas anda sebagai sebahagian daripada usaha kami untuk terus meningkatkan perkhidmatan kami bagi manfaat pesakit-pesakit kami. Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau ingin berkongsi pengalaman mengenai perkhidmatan kami, anda boleh menghubungi Pegawai Kualiti Perkhidmatan kami di talian: 6704 2379 atau email kami di [email protected]

Kami mengucapkan terima kasih kerana menaruh kepercayaan anda kepada kami dan kami berharap anda berasa selasa semasa penginapan atau lawatan di NHCS.

Arahan Awal Perubatan1 ialah satu dokumen sah yang anda tandatangani terlebih dahulu untuk memberitahu doktor yang merawat anda yang anda tidak mahu sebarang rawatan pengekalan hidup untuk memanjangkan hidup anda jika suatu hari nanti anda mengalami penyakit yang membawa maut atau tidak sedarkan diri.Pertukaran Rekod Perubatan Elektronik2 (EMRX) ialah satu usaha oleh Kementerian Kesihatan dan dua kelompok penjagaan kesihatan awam iaitu Perkhidmatan Kesihatan Singapura (SingHealth) (di mana NHCS merupakan sebahagian daripadanya) dan Kumpulan Penjagaan Kesihatan Nasional (NHG) untuk berkongsi rekod-rekod perubatan elektronik melalui semua hospital awam dan poliklinik di Singapura. EMRX membolehkan kakitangan perubatan yang terlibat dalam penjagaan anda untuk memenuhi keperluan perubatan anda yang unik dengan lebih baik dan pantas. Maklumat berikut mungkin akan dikongsi sama:• Kesimpulan penamatan rawatan yang meringkaskan rekod penginapan

hospital anda yang terbaru• Hasil ujian makmal, sinar-X dan ujian radiologi yang lain• Laporan-laporan pembedahan• Ubat-ubat yang diberikanUntuk mengetahui lebih lanjut mengenai Arahan Awal Perubatan and EMRX, sila layari lelaman web Kementerian Kesihatan di www.moh.gov.sg

Komitmen Kami Terhadap

Pesakit-Pesakit Kami

Mereka yang tidak berhasrat untuk mendermakan organ selepas kematian boleh memilih untuk di keluarkan dari HOTA dan hasrat mereka akan dihormati. Borang pengecualian boleh didapati di hospital, dan poliklinik-poliklinik atau dari Unit Pemindahan Organ Nasional di Blok 3 Tingkat 1, Hospital Besar Singapura, Singapura 169608, Talian: 6321 4390.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian penting HOTA: 1800 2254 122 atau layari laman web Kementerian Kesihatan di www.moh.gov.sg

10. Memberitahu kami terlebih dahulu jika anda tidak dapat menepati lawatan susulan dan perjanjian.

National Heart Centre Singapore5 Hospital Drive

Singapore 169609Tel: +65 6704 8000Fax: +65 6844 9030

Email: [email protected]

Members of the SingHealth GroupSingapore General Hospital • KK Women’s and Children’s HospitalNational Cancer Centre Singapore • National Dental Centre Singapore • National Heart Centre SingaporeNational Neuroscience Institute • Singapore National Eye Centre • SingHealth PolyclinicsBright Vision Hospital • Sengkang Health

A joint communication effort by SGH and NHCS

Page 2: Our Commitment to Patients-English

Melindungi Kepentingan Pesakit dan Keluarga Mereka Sulit

Kaji Selidik

Pendermaan OrganPenerangan dan Maklumat Mengenai Rawatan Anda

Penjagaan dan Penghormatan

• Kami mematuhi undang-undang dan etika profesional untuk merahsiakan rekod perubatan anda, termasuk maklumat dari Pertukaran Rekod Perubatan Elektronik2 dan semua aspek penjagaan yang diberikan kepada anda.

• Maklumat ini hanya akan dikongsi dengan mereka yang terlibat dalam penjagaan anda.

• Maklumat ini juga mungkin akan dikongsi dengan ahli kakitangan lain didalam pentadbiran hospital untuk kegunaan operasi hospital, contohnya mengawasi perkhidmatan yang diberikan kepada anda oleh ahli kakitangan kami.

• NHCS ialah pusat rujukan nasional dan pusat latihan pilihan di rantau ini. Ia juga merupakan pusat utama bagi kajian penyelidikan percubaan klinikal dan perubatan di rantau ini. Jadi ia mungkin perlu melihat rekod perubatan pesakit untuk kaji selidik dan latihan perubatan, seperti yang dibenarkan oleh undang-undang atau NHCS. Akan tetapi mereka yang melihat rekod anda mempunyai kewajipan dari segi undang-undang untuk tidak mendedahkan maklumat tersebut kepada sesiapa.

• Kami juga mungkin dikehendaki oleh undang-undang untuk mendedahkan maklumat tersebut dalam keadaan tertentu, seperti untuk tujuan pemberitahuan tentang penyakit-penyakit berjangkit.

• Selain daripada apa yang disebutkan di atas, kami akan meminta kebenaran bertulis daripada anda sekiranya kami perlu memberi maklumat perubatan anda kepada orang lain.

Pusat Jantung Nasional Singapura (NHCS) komited dalam memberikan perkhidmatan perubatan cemerlang dan penjagaan sejati kepada pesakit-pesakit kami. Matlamat kami ialah untuk melayan anda dan keluarga anda dengan menyediakan penjagaan kesihatan yang berkualiti berpandukan nilai-nilai belas kasihan, hormat dan integriti. Pakar perubatan kami berusaha untuk merawat keadaan perubatan dan menjaga kesejahteraan anda tanpa mengira umur, bangsa, bahasa, agama atau status sosial anda.

Sesetengah pesakit mungkin diundang untuk menyertai kaji selidik klinikal. Sebelum menjalankan kaji selidik perubatan yang melibatkan manusia sebagai subjek, kami dikehendaki untuk mendapatkan persetujuan bertulis daripada pesakit-pasakit bagi menyertai projek kaji selidik ini. Anda boleh memilih untuk tidak menyertai atau memilih untuk keluar pada mana-mana peringkat semasa projek kaji selidik dijalankan selepas memberi persetujuan bertulis anda. Keputusan anda untuk tidak ikut serta tidak akan menjejaskan tahap penjagaan yang harus diterima oleh anda.

Pendermaan organ adalah satu-satunya cara untuk memberikan kualiti kehidupan yang lebih baik bagi pesakit yang menderita akibat kegagalan organ, seperti kegagalan jantung, hati dan buah pinggang. Akta Pemindahan Organ Manusia atau HOTA membolehkan organ-organ (buah pinggang, hati, jantung dan kornea) dari sebab-sebab seperti kemalangan, pendarahan atau tumor otak, untuk dikeluarkan bagi tujuan pemindahan. Diwajibkan untuk semua warga dan penduduk tetap Singapura antara umur 21 dan 60 tahun. HOTA membolehkan ramai pesakit menjalani kehidupan yang normal and aktif semula. Ia juga menyelaraskan pemindahan dari penderma yang hidup.

Sebagai sebuah pusat penjagaan kesihatan, NHCS melatih doktor, jururawat dan penjaga kesihatan profesional yang lain. Pelatih-pelatih dalam perubatan, kejururawatan dan disiplin kesihatan yang berkaitan mungkin menyertai penjagaan anda jika diperlukan di bawah penyeliaan pakar perubatan yang bertanggungjawab.

Anda berhak mengetahui maklumat mengenai keadaan perubatan anda, disampaikan dengan cara yang dapat difahami oleh anda. Maklumat ini termasuk (kecuali dalam kecemasan dan di mana berkenaan):• Pilihan-pilihan rawatan (termasuk proses pembedahan)

• Di NHCS, anda akan dilayan dengan hormat dan di dalam persekitaran yang berperikemanusiaan dan selamat. Keselamatan peribadi anda termasuk bebas dari sekatan

daripada rawatan perubatan anda secara keseluruhan. Perlindungan yang wajar akan diberikan kepada mereka yang cacat, warga tua dan orang-orang yang mempunyai keperluan khas.

• Kami menghormati nilai peribadi, agama dan kepercayaan etnik dan keperluan keperibadian anda. Anda boleh menyuarakan amalan agama dan/atau etnik anda jika ia tidak mengganggu keharmonian atau menyebabkan perselisihan. Jika anda memerlukan bantuan dalam bahagian ini, sila beritahu jururawat di wad anda supaya dapat mengaturkan lawatan dari kaunselor agama untuk berjumpa dengan anda.

• Kami memahami bahawa membuat keputusan mengenai rawatan perubatan untuk penyakit yang serius adalah sukar untuk anda dan keluarga anda. Jika perlu, anda boleh meminta untuk melibatkan Jawatankuasa Bioetika untuk meninjau isu-isu mengenai pengurusan perubatan bersama anda dan keluarga anda. Kami akan menghormati dan mematuhi keputusan anda yang dibuat menurut Arahan Awal Perubatan1 jika anda telah membuatnya.

• Kami menghargai bahawa anda mungkin ingin mendapatkan pendapat kedua dari para profesional kesihatan lain dalam NHCS atau organisasi kesihatan lain pada diagnosis dan rancangan rawatan. Jika anda memutuskan untuk mendapatkan pendapat kedua, sila bercakap dengan ahli pasukan rawatan anda.

• Keputusan yang diketahui• Risiko-risiko rawatan yang diketahui• Risiko-risiko dan akibat-akibat yang diketahui kerana tidak

menerima rawatan• Jangkaan bil hospital• Rancangan untuk penjagaan lanjutan anda selepas

penamatan rawatan• Nama-nama penjaga kesihatan profesional yang

bertanggungjawab untuk rawatan anda

Maklumat yang diberikan akan membantu anda membuat keputusan sama ada memberi kebenaran, atau menolak rawatan dan/atau prosedur yang dicadangkan.

Jika anda memilih untuk tidak menjalani rawatan, atau meninggalkan hospital tanpa kebenaran doktor, setakat mana yang dibenarkan oleh undang-undang, anda boleh berbuat demikian hanya selepas menandatangani borang untuk meminta keluar dari hospital bertentangan dengan nasihat perubatan. Anda akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap akibat-akibat dari keputusan anda.