orkid.docx

Upload: sal-aleevia

Post on 14-Apr-2018

265 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 ORKID.docx

    1/6

    MondayHabitat Bunga Orkid

    Habitat bungaorkidatauanggerikboleh dibezakan melalui empathabitat yang berbeza iaitu :

    1.epifit - menumpang pokok lain2.terrestrial - hidup dan membesar secara terus diatas tanah3.litofit - tumbuh diatas batu-batan4.saprofit - tumbuh melalui bahan organic

    Terdapat 750 genus dan lebih kurang 25,000 spesies asal dan 60,000 lagi spesies bunga orkid hibrid.Antara spesies hibrid yang dihasilkan oleh MARDI, Malaysia seperti

    1. MOKARA SITI AISHAHNama orkid ini diberi sempena lawatan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke 11 dan SeriPaduka Raja Permaisuri Agong Tuanku Siti Aishah ke ibu pejabat MARDIHasil Kacukan orkid Arachnis Maggie Oei dan Asconda Raja Puteh2. DENDROBIUM TUANKU NAJIHAHOrkid ini dinamakan sempena nama Seri Paduka Raja Permaisuri Agong Ke 10 iaitu Tuanku NajihahHasil kacukan Orkid Dendrobium Caesar Giant dan Dendrobium Sonia

    ORKID

    Pokok orkid terbahagi kepada dua golongan1. Terrestrial spesies = Tumbuh di atas tanah2. Ephiphyte spesies = Menumpang di atas dahan pokok lainPokok orkid mempunyai akar udara yang berfungsi menyerap nutrienPokok orkid di kelaskan kepada dua kumpulan mengikut kaedah pertumbuhannyaMonopodialSimpodialORKID MONOPODIALOrkid yang mempunyaiBatang yang tumbuh tinggiDaun keluar dari sisi

    Akar keluar dari sisiBunga keluar di hujung batangContoh orkid:Vanda sp.

    Aranda spArachnis sp.

    Nama Biasa : Orkid atau AnggerikNama Saintifik : Arachnis flosaeris

    Nama Keluarga : Orchidaceae

    Asal : Indonesia

    http://bunga-anggerik.blogspot.com/2012/08/habitat-bunga-orkid.htmlhttp://bunga-anggerik.blogspot.com/2012/08/habitat-bunga-orkid.htmlhttp://www.picable.com/Nature/Plants/Orchid-Plants.1001739http://www.picable.com/Nature/Plants/Orchid-Plants.1001739http://www.picable.com/Nature/Plants/Orchid-Plants.1001739http://www.picable.com/Nature/Plants/Orchid-Plants.1001739http://www.picable.com/Nature/Plants/Orchid-Plants.1001739http://www.picable.com/Nature/Plants/Orchid-Plants.1001739http://www.picable.com/Nature/Plants/Orchid-Pic.1013233http://www.picable.com/Nature/Plants/Orchid-Plants.1001739http://www.picable.com/Nature/Plants/Orchid-Plants.1001739http://bunga-anggerik.blogspot.com/2012/08/habitat-bunga-orkid.html
  • 7/27/2019 ORKID.docx

    2/6

    ORKID SIMPODIALOrkid yang mempunyaiSatu jambak bungapada satu batangHidup seolah serumpunMempunyai batang atau bebawang

    Contoh orkid :Cattleya sp.Dendrobium sp.Oncidium sp.CIRI-CIRI FIZIKAL ORKID

    Ada empat berdasarkan a. Bentuk b. Tekstur c. Ukuran d. WarnaBENTUKJenis Aranda : Tunggal, berbunga SederhanaJenis Arachnis : Tunggal, Berbunga SederhanaJenis Vanda dan Cattleya : Tunggal, Berbunga BesarJenis Dendrobium : Berumpun, Berbunga Sederhana

    Jenis Oncidium : Berumpun, Berbunga KecilTEKSTURTekstur halus contoh : Oncidium sp.Tekstur sederhana contoh : Dendrobium sp.Tekkstur kasar contoh : Cattleya sp.UKURANSaiz dan ketingggian orkid bergantung pada jenisnya:Ketinggian orkid antara 50mm -1000mmWARNAOrkid mempunyai pelbagai warna bunga yang menarikFungsi dan kegunaan pokok orkidJualan orkid berpasuJualan keratan bungaJualan orkid pada pasu gantungHiasan majlis rasmiHiasan halaman rumahHadiahKaedah pembiakan orkidGuna biji benihGuna keratanGuna belahan rumpun

    Guna kultur tisuCara menanam orkidMasukkan separuh ketulan batu bata, arang kasar dan sabut kelapa kedalam pasuLetakan anak pokok orkid ditengah pasuMasukkan ketulan batu bata, arang kasar dan sabut kelapa hingga 3/4 kedalam pasuSiram (dua kali sehari bila cuaca panas) (Bila hujan tidak perlu siram)Letak tempat teduh

  • 7/27/2019 ORKID.docx

    3/6

  • 7/27/2019 ORKID.docx

    4/6

    Penghasilan bunga banyak bergantung kepada keadaan 'photoperiodic' dan suhu sekitaran. Untukorkid Dendrobium, Oncidium, Cattleya dan Phalaenopsis, pokok akan terangsang untuk berbungaselepas terdedah kepada masa gelap/malam yang panjang. Oleh itu, pokok orkid jenis tersebut perlunaungan untuk menggalakkan pengeluar orkid jenis Aranda, Aranthera, Arachnis, Mokara, Renantheradan Vanda akan hanya terangsang mengeluarkan bunga setelah di dedahkan kepada matahari

    sepenuhnya. Oleh itu, orkid jenis ini tidak memerlukan naungan pada peringkat matang.Jangkamasa matang bagi setiap orkid berbeza-beza antara genus, spesis, hibrid dan jenis bahantanaman yang digunakan. Ia bergantung kepada sifat-sifat semulajadi bahan genetik yang terdapatdalam setiap jenis dan varieti. Pada kebiasaanya pokok-pokok yang dihasilkan dari biji benihmengambil masa 1-3 tahun untuk matang, manakala pokok-pokok yang dihasilkan dari bahan keratantampang mengambil masa antara 4-12 bulan bergantung kepada saiz dan pokok induk dari manakeratan tersebut di ambil.

    Menanam orkid adalah satu hobi yang menarik, menceriakan dan terapeutik sekiranya kita memahamiciri-ciri dan keperluan spesifik jenis orkid yang ditanam. Terdapat beberapa faktor asas yang perludiambil kira untuk mencapai kejayaan di dalam penanaman bunga orkid. Namun, ramai yang lebih

    suka membeli dari menanamnya.Pada kebiasaannya, kecantikan bunga merupakan kriteria utama bagi peminat orkid apabila membeliorkid. Membeli pokok orkid yang sedang berbunga merupakan satu panduan penting. Walaupunharganya agak mahal, namun, kita dapat mengetahui bahawa pokok itu sudah matang dan sekiradijaga dengan baik ianya akan berbunga lagi. Tambahan pula, jenisnya dapat diketahui dan inimemudahkan bagi penyediaan keperluan penjagaan kerana setiap jenis orkid berbeza keperluannya.Fungsi dan Kegunaan Pokok OrkidJualan orkid berpasuJualan keratin bungaJualan orkid pada pasu gantungHiasan majlis rasmiHiasan halaman rumahHadiahKaedah Pembiakan OrkidGuna biji benihGuna keratinGuna belahan rumpunGuna kultur tisuCara Menanam OrkidMasukkan separuh ketulan batu bata, arang kasar dan sabut kelapa ke dalam pasuLetakkan anak pokok orkid di tengah pasu

    Masukkan ketulan batu bata, arang kasar dan sabut kelapa hingga ke dalam pasuSiram (dua kali sehari bila cuaca panas) (bila hujan tidak perlu disiram)CONTOH ORKID :Orkid mokara

  • 7/27/2019 ORKID.docx

    5/6

    Orkid Dendrobium

    Orkid cattleya

    Jenis-Jenis Orkid di MalaysiaJenis-jenis OrkidSecara ringkas orkid di kelaskan kepada beberapa peringkat seperti cara pertumbuhan dan carahidupnya.Baca selanjutnya

    A) Spesis merujuk kepada orkid liar. Di dalam penulisan piawai adalah mudah untuk mengetahuisama ada sesuatu orkid itu adalah spesis dengan melihat pada:a. Huruf italic digunakanb. Hanya huruf pertama sahaja huruf besar, yang lain adalah berhuruf kecilContoh : Phalaenopsis bellinaB) Hibrid merujuk kepada orkid yang telah dikacukan di antara sesama genus atau sesama famili.Cara mengenal pasti sesuatu orkid itu hibrid mengikut penulisan piawai adalah seperti berikut;

    a. Huruf tegak digunakan sepenuhnyab. Setiap huruf pertama bagi setiap perkataan akan dimulai dengan huruf besar.Contoh : Phalaenopsis Timothy ChristopherContoh orkid kacuk sesama genus :Bulbophyllum Meen Garuda adalah hasil kacukan orkid daripada genus bulbophyllum. Ia terhasildaripada kacukan Bulbophyllum lasiochilum dengan Bulbophyllum echinolabium.Contoh orkid kacuk sesama famili:

    Aranda Majul Rimau adalah kacukan orkid daripada famili Vanda. Ia terhasil daripadakacukanArachnis Maggei Oei dengan Vanda insignis.(Nota : Arachnis Maggei Oei = Arachnis hookeriana X Arachnis flos-aeris)

  • 7/27/2019 ORKID.docx

    6/6

    Orkid yang popular di tanam di MalaysiaKebanyakkan orkid yang mendapat permintaan ramai ialah orkid hibrid. Ini kerana beberapa faktorseperti;warna bunga yang lebih menarikbunga yang tahan lama

    pokok tahan lasak berbanding dengan orkid liarharga yang murah berbanding orkid liarsaiz bunga yang lebih besar berbanding orkid liarsesuai untuk jualan keratan bungaTerdapat beberapa jenis genus orkid yang popular di tanam di nurseri nurseri di dalam kuantiti yangbesar kerana mendapat permintaan tinggi di pasaran Malaysia khususnya. Antaranya;

    1. Dendrobium2. Phalaenopsis3. Arachnis4. Vanda5. Cattleya6. Oncidium

    Orkid boleh diketegorikan kepada beberapa peringkat dalam kitaran hidupnya. Iaitu terdapat 2 kelasiaitu Orkid Liar dan Orkid Hibrid. Jom saya ajar macam mana nak mengenalpasti dan membezakanOrkid Liar dan Orkid Hibrid. Dalam mengenal pasti piawai penulisan nama Orkid ini, Orkid liarmenggunakan huruf besar pada huruf pertama sahaja dan diikuti dengan huruf kecil danhuruf 'italic' digunakan. Sebagai contoh nama orkid liar Phalaenopsis bellina. Sementara Orkid Hibridpula menggunakan huruf tegak dan setiap perkataan dimulakan dengan huruf besar. Contoh namaorkid hibrid adalah Phalaenopsis Timothy Christopher. Jadi dari nama dan format penulisan kita bolehmembezakan antara yang liar dan hibrid.Orkid mempunyai 2 cara pertumbuhan iaitu :-

    Monopodial - Orkid jenis ini mempunyai satu batang yang dipanggil stem dan hidup menegak dandaun-daun Orkid akan tumbuh pada setiap hujung batang stem tersebut. Ia akan mengeluarkan bungamelalui celah daun stem tersebut.

    Simpodial - Orkid jenis bebawang ini akan mengeluarkan anak pokok apabila ia mencapai tahapmatangnya. Bunga Orkid jenis ini juga akan mengeluarkan bunganya melalui celahan bebawangpokok.