organisasi bulan sabit

34
Muka depan.....

Upload: peningla

Post on 26-Oct-2015

414 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: ORGANISASI BULAN SABIT

Muka depan.....

Page 2: ORGANISASI BULAN SABIT

Isi kandungan............

Page 3: ORGANISASI BULAN SABIT

1.0 STRUKTUR DAN ORGANISASI PERGERAKAN PALANG MERAH DAN

BULAN SABIT MERAH ANTARABANGSA

Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sebit merah Antarabangsa Mempunyai Struktur

yang agak mengelirukan. Pergerakan ini daripada tiga badan yang berasingan iaitu

jawatankuasa Palang merah Antarabangsa, persekutuan Palang merah dan bulan Sabit merah,

dan persatuan-persatuan kebangsaan.

1) Jawatankuasa Antarabangsa palang Merah (ICRC)

Jawatankuasa Antarabanga Palang merah pada asalnya dinamai “Jawatankuasa

Antarabangsa” untuk Perawatan Orang-orang Cedera Semasa perang yng ditubuhkan pada 17

Februati 1863. Oleh sebab ada lima ahli pengasasnya, jawatankuasa yang mula-mula ini lebih

popular dengan nama jawatankuasa Jawatankuasa Berlima.

Sebenarnya jawatankuasa ini ditubhkan di bawah Persatuan Kebajikan masyarakat

Geneva, dengan tujuan asalnya untuk mengkaji idea-idea Jean Henry Dunant dan pelbagai

idea-idea itu boleh dijadikan kenyataan. Jwatankuasa ini telah berfungsi dengan baik sekali

dan setiap kali menjemput negara-negara bersidang telah mendapat sambutan yang hebat.

Oleh itu jawatankuasa ini beransur-ansur menjadi satu badan yang tersendiri.

Pada tahun 1876, nama jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) mula

digunakan dan nama inilah yang kekal sehungga sekarang. ICRC kini dianggotai oleh 25 ahli

jawatankuasa dan semuanya terdiri daripada warganegara Switzerland dan beribu pejabat di

Geneva. Walaubagaimanapun ICRC mempunyai pejabat-pejabat di rantau dunia dengan

kakitangan dan delegasinya terdiri daripada pelbagai bangsa.

Seperti Jawatankuasa Berlima, ICRC masih lagi mengekalkan tujuan asal

pembetukannya iaitu melaksanakan idea-idea Henry Dunant walupun dalam bentuk yang

berbeza. Cadangan Henry Dunant yang pertama ialah pembentukan satu persatuan

sukarelawan sudah lama menjadi kenyataan. Cadangan Dunant yang kedua berkenaan

konvensyen antarabangsa juga telah menjadi kenyataan. ICRC berperanan menyebarkan

maklumat tentang konvensyen Geneva dan memantau pelaksaannya.

ICRC mempunyai satu agensi dibawahnya yang dinamai Agensi Pengesanan Pusat

(Central Tracing Agency) yang berfungsi mengumpul maklumat tentang korban dan tawanan

Page 4: ORGANISASI BULAN SABIT

perang serta memberitahu keluarga tentera yang terkorban atau ditawan. Seringkali juga

ICRC menjadi orang tegah dalam pertikaian bersenjata, situasi tebusan dan sebagainya.

Peraturan-praturan yang ada dalam konvensyen Geneva jugasentiasa dikembangkan

dan dikemaskan dari semasa kesemasa. iCRC menyediakan draf untuk dibincangkan oleh

persidangan Diplomatik, sama ada dipersetujui atau tidak dipersetujui. Seluruh dunia

mengenali ICRC dan memberikan kepercayaan kepadanya. Malah perhimpunan Agung

Bangsa-bangsa bersatu, ICRC juga diberikan taraf pemerhati melalui tahun 1990.

2) Persekutuan Antarabangsa persatuan-persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah

(IFRC)

Hampir setiap negara di dunia sekarang mempunyaipersatuan kebangsaan, sama ada

Persatuan Palang Merah atau Persauan Bulan Sabit Merah. Setiap Persatuan ini bernaung di

bawah satu badan induk yang bernama Persekutuan Antarangbangsa Persatuan-persatuan

palang Merah dan bulan Sabit Merah atau IFRC (International Federation of Red Cross and

Red Crescent Societies). IFRC ialah satu badan yang lain daripada ICRC.

Sejarah IFRCbermula pada tahun 1919, iaitu sebaik sahaja selepas tamatnya perang

Dunia Pertama. Sejak perang Dunia Pertama telah melahirkan ramai sukarelawan yang

memberikan khidmat kemanusiaan di medan perang dan juga di kem-kem tahanan perang dan

mereka mendapat pelbagai pengalaman.

Timbullah idea untuk mengumpulkan sukarelawan-sukarelawan inidi bawah satu

badan induk agar ilmu dan pengalaman tersebut dapat dikongsi bersama. Presiden

Jawatankuasa Palang Merah. Henry Pomeroi Davison, mencadangkan penubuhan atu

persekutuan Persatuan-persatuan Palang merah. Davison mengadakan satu persidangan

perubatan di Paris pada 1919 dan mengemukakan cadangannya

Daripada cadangannya lahir Liga Persatuan-persatuan Palang Merah. Negara pengasas

Liga ini ialah Amarika Syarikat, Britain, Perancis, Itali dan Jepun. Pada awalnya, ibu

pejabatnya terletak di Paris, kemudian berpindah ke Geneva juga. Dalam Perang Dunia

Kedua, Liga inilah yang banyak terlibat dalam aktiviti kemanusiaan. Oleh kerana lambang

bulan sabit mula digunakan secara meluas, pada tahun 1983 nama rasminya ditambah menjadi

Liga Persatuan-persatuan Palang Merah dan Bulan Sait merah.pada tahun 1991 perkatan

“liga” digugurkan dan diganti dengan persekutuan. Sekarang nama rasminya ialah Persatuan

Antarabangsa Persatuan-persatuan Palang Merah (IFRC)

Page 5: ORGANISASI BULAN SABIT

3) Struktur Jawatankuasa ICRC

ICRC ditadbir oleh Dewan (Assembly), satu Majlis Dewan (Assembly Council) (badan kecil

dengan kuasa tertentu) dan Badan Eksekutif (Directorate).Kedua-dua dewan dengan bilangan

ahli warga Swiss sebanyak 25 orang dan Majlis Dewan dipengerusikan oleh Peter Maurer

sejak 1 Julai 2012 dan dibantu oleh dua orang naib presiden. Badan Eksekutif mempunyai

lima orang ahli dan dipengerusikan oleh Ketua Pengarah, Yves Daccord. Berikut adalah

senarai nama dan jawatan masing-masing dalam struktur jawatankuasa ICRC ini.

Peter Maurer selaku presiden

Christine Beerli selaku naib presiden kekal

Olivier Vodoz selaku timbalan presiden

Badan Eksekutif

Yves Daccord, Ketua Pengarah

Pierre Krähenbühl, Pengarah Operasi

Helen Alderson, Pengarah Sumber Kewangan dan Logistik

Charlotte Lindsey-Curtet, Pengarah Komunikasi dan Pengurusan Maklumat

Philip Spoerri, Pengarah Undang-Undang Antarabangsa dan Kerjasama

Caroline Welch-Ballentine, Pengarah Sumber Manusia

Ahli Dewan

Peter Maurer, president

Christine Beerli, permanent vice-president

Olivier Vodoz, vice-president

Christiane Augsburger

Page 6: ORGANISASI BULAN SABIT

Hugo Bänziger

Paolo Bernasconi

François Bugnion

Jacques Chapuis

Bernard G. R. Daniel

Paola Ghillani

Alexis Keller

Jürg Kesselring

Claude Le Coultre

Yves Sandoz

Doris Schopper

Rolf Soiron

Bruno Staffelbach

2.0 STRUKTUR ORGANISASI BULAN SABIT MERAH MALAYSIA PERINGKAT

KEBANGSAAN.

1. Struktur organisasi BSMM

Satu organisasi pusat yang mengandungi senat Bulan Sabit Merah Malaysia, Majlis

Kebangsaan, Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan, dan Jawatankuasa Kebangsaan.

Cawangan-cawangan dan jawatankuasa serta beberapa jawatankuasa kecil di setiap negeri

dan wilayah persekutuan Malaysia juga diadakan.

1.1. Senat BBSM

Merupakan badan tertinggi dalam organisasi dan tidak mempunyai kuasa eksekutif.

Pelantikan senator ini ditentukan atas budi bicara Majlis Kebangsaan dan dilantik di

kalangan ahli-ahli BSMM. Peranan utama senator ini adalah meningkatkan imej dan

matlamat persatuan sejajar dengan prinsip-prinsip pergerakan.

Page 7: ORGANISASI BULAN SABIT

1.2. Majlis Kebangsaan

Salah satu badan yang terpenting dan mempunyai kuasa untuk mengendalikan

pengurusan serta pengawalan semua hal-hal persatuan yang terdiri daripada pengerusi

kebangsaan, timbalan pengerusi kebangsaan, empat naib pengerusi kebangsaan,

pengerusi jawatankuasa kebangsaan, memilih dua orang wakil daripada tiap-tiap

cawangan yang terdiri daripada pengerusi cawangan, naib pengerusi,pengarah

cawangan, setiausaha kehormat cawangan dan bendahari kehormat cawangan. Selain

itu, badan ini juga boleh mengadakan sekurang-kurangnya 3kali mesyuarat dalam

setahun dan memerlukan satupertiga kehadiran ahli bagi membentuk korum.

1.3. Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan

Jawatankuasa ini menguruskan hal ehwal persatuan dimana ahlinya terdiri daripada

pemegang jawatan utama (pengerusi, timbalan kebangsaan, naib-naib pengerusi dan

bendahari kehormat kebangsaan), pengerusi jawatankuasa kebangsaan, wakil dari

setiap 5zon. Selain itu, pengerusi jawatankuasa eksekutif kebangsaan ini dikenali

sebagai pengerusi kebangsaan yang akan mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya

sekali setiap bulan. Antara kuasa pengerusi kebangsaan ini ialah boleh menamakan

calon bagi pelantikan setiausaha agung oleh Majlis Kebangsaan serta melantik

kakitangan yang bergaji serta menentukan syarat perkhidmatan mereka. Di samping

itu, pengerusi ini boleh member pertimbangan dan meluluskan pelantikan ahli-ahli

jawatankuasa cawangan yang dipilih selain daripada pengerusi cawangan yang

dicalonkan oleh jawatankuasa cawangan.

1.4. Jawatankuasa Kebangsaan

Terdapat 9 jawatankuasa kebangsaan dan setiap satu itu diketuai oleh pengerusi

masing-masing. 9 jawatankuasa kebangsaan ialah

1) Perkhidmatan ambulans

2) Pentadbiran dan pengurusan

3) Bangunan

4) Rekreasi kecemasan

5) Program darah

6) Perkhidmatan kesihatan dan masyarakat

7) Hal ehwal antarabangsa

Page 8: ORGANISASI BULAN SABIT

8) Perhubungan raya dan kutipan derma

9) Undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan hal ehwal perundangan

latihan dan tenaga manusia.

2. Keahlian BSMM

Terdiri daripada 5 ahli iaitu :

1) Ahli kehormat

2) Ahli seumur hidup

3) Ahli bantuan sukarela berpakaian seragam / tidak berpakaian seragam

4) Ahli belia (13-18tahun) ahli belia terbuka (13-17 tahun)

5) Ahli kanak-kanak BSMM (9-12 tahun)

3. Carta organisasi BSMM

URUSETIAKEBANGSAAN

URUSETIACAWANGAN

Page 9: ORGANISASI BULAN SABIT

4. Sijil ahli seumur hidup.

3.0 STRUKTUR ORGANISASI CAWANGAN NEGERI PERAK.

Struktur Organisasi di peringkat cawangan pula adalah yang terletak dalam setiap

negeri. Kesemua jawatan dalam struktur organisasi tersebut berada di Ibu Pejabat

Kebangsaan (IPK ) Kuala Lumpur. BBSM mempunyai 15 cawangan di Malaysia. (setiap

negeri, Wilayah Persekutuan dan Labuan. Struktur organisasi di peringkat cawangan pula

hampir serupa dengan NEB. (Lembaga Eksekutif Kebangsaan). Setiap Cawangan pula

terdiri daripada beberapa Cabang (Chapter) di mana dahulu dikenali sebagai Daerah dan

URUSETIA CABANG

PASUKAN KEBAJIKAN LAIN-LAIN UNIT

Page 10: ORGANISASI BULAN SABIT

Daerah Kecil. Daerah Kecil biasanya merupakan suatu institusi seperti universiti, maktab

perguruan dan sebagainya. Perak pula adalah antara negeri yang mempunyai cawangan

BBSM yang beralamat di Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Perak, Ibu Pejabat

Cawangan, Jalan Kompleks Sukan, 31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Antara struktur

organisasi yang wujud di cawangan Negeri Perak adalah seperti berikut.

3.1 PERJAWATAN BULAN SABIT MERAH PERINGKAT CAWANGAN.

NAIB PENGERUSI 2

KUARTERMASTER

PEGAWAI PERUBATAN

PEGAWAI PENJAGA LATIHAN

PEGAWAI PENJAGA PBS

PJKK KUTIPAN DERMA

BENDAHARI KEHORMAT

PEGAWAI SERANTAU

NAIB PENGERUSI 1

SETIAUSAHA KEHORMAT

TIMBALAN PENGERUSI

PEGAWAI PENJAGA BELIA/LINK

PENGUASA JURURAWAT

PJKK REAKSI KECEMASAN

PJKK KEBAJIKAN

PJKK PROGRAM DARAH, HIV/AIDS

PJKK UUKA

PENGERUSI

Page 11: ORGANISASI BULAN SABIT

Penaung (DiRaja)

Penaung

Pengerusi

Penasihat, Timb. Pengerusi

Naib Pengerusi , Pengarah

Pen. PengarahLatihan

Pen. Pengarah PBS

Pen. Pengarah Belia

Setiausaha Kehormat

Page 12: ORGANISASI BULAN SABIT

Bendahari Kehormat

Peg. Perubatan

Penguasa Jururawat

Kuartermaster / PJKK / Duta Muhibbah

Page 13: ORGANISASI BULAN SABIT
Page 14: ORGANISASI BULAN SABIT

3.2 TUGAS-TUGAS AHLI-AHLI JAWATANKUASA PASUKAN

BANTUAN SUKARELA BULAN SABIT MERAH MALAYSIA.

1. KOMANDAN

• Bertanggungjawab mempastikan disiplin, latihan, kecekapan, pakaian seragam, rekod

dan kewangan pasukan di dalam keadaan baik.

• Menerima dan melaksana arahan yang diterima daripada Cabang / Cawangan dari

semasa ke semasa.

• Mengatur kursus dan latihan untuk ahli-ahli pasukan seperti mana peruntukan Buku

Panduan Latihan.

• Mengatur program aktiviti tahunan pasukan.

• Mengagihkan tugas rasmi BSMM di kalangan anggota pasukannya dan mempastikan

kehadiran anggota pasukannya dalam setiap tugas yang telah diberikan.

• Bertanggungjawab menghantar laporan pasukan kepada Cabang setiap tahun.

2. PENOLONG KOMANDAN

• Memikul tanggungjawab Komandan pasukan semasa ketiadaan beliau.

• Membantu Komandan di dalam perlaksanaan tugasnya.

3. KUARTERMASTER

• Mengendalikan penerimaan peralatan-peralatan pasukan atau peralatan yang dipinjam

daripada Cabang / Cawangan / IPK atau organisasi lain agar sentiasa terpelihara.

• Mengadakan rekod-rekod mengenai alatan serta aset pasukan dan memastikan ianya

boleh digunakan pada bila-bila masa diperlukan.

• Mengetuai pasukan semasa ketiadaan Komandan dan Penolong Komandan

4. KETUA UTAMA SEKSYEN

• Melatih dan menjaga disiplin anggota seksyen di bawah jagaannya.

• Bertanggungjawab mengetuai dua orang Ketua Seksyen.

• Bertindak sebagai Setiausaha di dalam mesyuarat pasukannya.

• Mengetuai pasukan semasa ketiadaan semua pegawai atasan pasukannya.

5. KETUA UTAMA SEKSYEN

• Melatih dan menjaga disiplin anggota seksyen di bawah jagaannya.

• Bertanggungjawab mengetuai dua orang Ketua Seksyen.

Page 15: ORGANISASI BULAN SABIT

• Bertindak sebagai Setiausaha di dalam mesyuarat pasukannya.

• Mengetuai pasukan semasa ketiadaan semua pegawai atasan pasukannya.

6. KETUA SEKSYEN

• Menjaga seksyen dan membantu Ketua Utama Seksyen di dalam memantau disiplin

anggota pasukan di bawah jagaannya.

• Bertanggungjawab mengetuai tiga orang Penolong Ketua Seksyen.

• Mengetuai pasukannya semasa ketiadaan semua pegawai atasan dan Ketua Utama

Seksyen pasukannya.

7. PENOLONG KETUA SEKSYEN

• Bertanggungjawab mengetuai empat orang anggota pasukan.

• Bertanggungjawab menjaga dan melatih anggota bawahannya.

• Sekiranya pasukannya mempunyai bilangan anggota yang ramai, beliau boleh

memberi tunjuk ajar kepada sekurang-kurangnya 15 orang anggota pasukannya.

4.0 STRUKTUR ORGANISASI CABANG TANJONG MALIM/ SLIM RIVER

Struktur organisasi merupakan salah satu corak pemerintahan atau pengurusan sesuatu

kumpulan. Struktur organisasi penting bagi menentukan peranan bagi setiap individu dalam

sesuatu kumpulan. Melalui struktur organisasi, sesuatu aktiviti yang dirancang oleh sesuatu

persatuan atau kumpulan dapat dilakukan dengan mudah. Dalam bulan sabit merah cabang

Tanjong Malim, struktur organisasi turut diwujudkan bagi memudahkan lagi pelaksanaan

sesuatu aktiviti dan melicinkan segala urusan pentadbirannya.

Apakah yang dimaksudkan dengan cabang? Cabang merupakan kawasan yang

dahulunya dikenali sebagai daerah kecil. Daerah kecil merupakan satu institusi seperti

universiti dan maktab perguruan. Namun, pada hari ini, daerah kecil ini lebih dikenali sebagai

cabang. Pada tahun 2000, terdapat 119 buah cabang di Malaysia. Setiap cabang yang ada di

Malaysia melakukan pelbagai aktiviti melalui unit-unit yang terdiri daripada bahagian

Pasukan Bantuan Sukarela (Volunteer Aid Detachment) atau PBS, Pasukan Kumpulan

Kebajikan (Welfare Service Group), Belia (Youth) dan Kanak-kanak (Link). Ahli-ahli belia

terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan kanak-kanak yang merupakan pelajar sekolah

rendah telah membentuk lebih kurang 80% daripada ahli BSMM di Malaysia. Setiap unit ini

Page 16: ORGANISASI BULAN SABIT

mempunyai pegawai masing-masing misalnya bagi unit Belia, pegawai belianya ialah guru

penasihat BSMM yang dilantik oleh sekolah.

Apakah peranan BSMM peringkat cabang? BSMM peringkat cabang berperanan

membantu BSMM pada peringkat cawangan namun tidak mempunyai kuasa untuk

menggubal dasar dalam BSMM

Carta Organisasi Cabang

PENGERUSI

NAIB PENGERUSI 2

KUARTERMASTER

PEGAWAI PERUBATAN

PEGAWAI PENJAGA LATIHAN

PEGAWAI PENJAGA PBS

PJKK KUTIPAN DERMA

BENDAHARI KEHORMAT

PEGAWAI SERANTAU

NAIB PENGERUSI 1

SETIAUSAHA KEHORMAT

PENASIHAT

PEGAWAI PENJAGA BELIA/LINK

PJKK UUKA

PENGUASA JURURAWAT

PJKK REAKSI KECEMASAN

PJKK KEBAJIKAN

PJKK PROGRAM DARAH, HIV/AIDS

Page 17: ORGANISASI BULAN SABIT

STRUKTUR ORGANISASI BULAN SABIT MERAH CABANG TANJONG MALIM/SLIM RIVER

PENAUNG

YBHG Orang Kaya-kaya Panglima Bukit Gantang Seri Amar Diraja

Dato’ Seri Yeop Junior bin Yeop Adlan., SPMP., DPMP.,PMP.,PJK.,JP.

Orang Besar Jajahan Batang Padang.

PENASIHAT

En. Muhamad Bin Musa., PPT. Dr. Hj. Ghazali Bin Abdul Wahab.,

Ketua Penolong Pegawai Daerah BHMS (NEW DELHI)., AMP., PJK.,

Tanjong Malim/Slim River PPL., JC

Page 18: ORGANISASI BULAN SABIT

PENGERUSI

Kolonel (RC) Malek Bin Selamat., PJT., PPL.

TIMBALAN PENGERUSI

Lt. Kolonel (RC) Mohd Hayadi Bin Abd Ghani., PJT., PPL

NAIB PENGERUSI 1

Lt. Kolonel (RC) Alias Bin Haron., PJT,. PPL

Page 19: ORGANISASI BULAN SABIT

NAIB PENGERUSI 2

Lt. Kolonel (RC) Che’ri Bin Yeop., PPL

PEGAWAI PERUBATAN KEHORMAT

Lt (RC) Dr. Nik Mohd Safikudin Bin Md. Taujuddin

SETIAUSAHA KEHORMAT

Mejor (RC) En. Mohamad Fais Bin Jamil., PJK., PJT., PPL

Page 20: ORGANISASI BULAN SABIT

BENDAHARI KEHORMAT

Mejor (RC) Khairul Asraf Bin Ibrahim

PEGAWAI PENJAGA LATIHAN

Mejor (RC) Haji Anuar Bin Mohd Salleh

PEGAWAI PENJAGA UNIT BANTUAN SUKARELA

Mejor (RC) En. Hashim Bin Dahalan., PPL

Page 21: ORGANISASI BULAN SABIT

PEGAWAI PENJAGA BELIA

Mejor (RC) Halmi Bin Miswan

PEGAWAI PENJAGA KANAK-KANAK

Mejor (RC) Nor Ashikin Binti Shujaudin

PENOLONG PEGAWAI PENJAGA LATIHAN

Mejor (RC) En. Mohamad Fais Bin Jamil., PJK., PJT., PPL

Page 22: ORGANISASI BULAN SABIT

PENOLONG PEGAWAI PENJAGAPASUKAN BANTUAN SUKARELA

Kapten (RC) Mohd Fadris Bin Mohamad Taufik

PENOLONG PEGAWAI PENJAGA BELIA

Kapten (RC) Rabiatul Adawiah Binti Mohd Yusuf

PENOLONG PEGAWAI PENJAGA KANAK-KANAK

Kapten (RC) Thiagarajan a/l Karupiah

KUARTERMASTER

Page 23: ORGANISASI BULAN SABIT

Kapten Noorazrie Bin Dahari

PEGAWAI PERHUBUNGAN

Mejor Hamidi Bin Hasan

PENGUASA JURURAWAT

Kapten Khairi Johari Bin Alwi

PENGERUSI JAWATANKUASA BENCANA ALAM

Page 24: ORGANISASI BULAN SABIT

Kapten Sokkiah a/l Nadseon., PPT., PJT., PPL

PENGERUSI JAWATANKUASA KEBAJIKAN & KESIHATAN

Kapten (RC) Ym Raja Azhar Bin Raja Mohamad Nor

PENGERUSI JAWATANKUASA DERMA DARAH

Kapten (RC) Applanaidu a/l Ghandi

PENGERUSI JAWATANKUASA HIV & AIDS

Page 25: ORGANISASI BULAN SABIT

Kapten Khairil Johari Bin Alwi

PENGERUSI JAWATANKUASA KUTIPAN DERMA

Mejor (RC) En. Mohd Hamidi Bin Hasan

PENGERUSI JAWATANKUASA HAL EHWAL

UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA

Lt. Kolonel Alias Bin Haron., PJT., PPL

PENGERUSI JAWATANKUASA PENGANUGERAHAN

Page 26: ORGANISASI BULAN SABIT

Kolonel (RC) Abd Malek Bin Selamat., PJT., PPL

PERJAWATAN BULAN SABIT MERAH PERINGKAT CABANG

1. Unit Bantuan Sekarela

PANGKAT: MEJORJawatan:1. Pegawai Penjaga Belia UBS (cabang).

2. Unit Kanak-kanak

PANGKAT: MEJORJawatan:1. Pegawai Penjaga Kanak-kanak (cabang).

3. Unit Belia

PANGKAT: MEJORJawatan:

Page 27: ORGANISASI BULAN SABIT

1. Pegawai Penjaga Belia (cabang).2. Pengetua (sekolah)

PERANAN AHLI JAWATANKUASA (AJK) PERINGKAT CABANG

1. Pengerusi -Bertanggungjawab terhadap Pengerusi Cawangan dan semua hal yang berkaitan dengan pengurusan, pembangunan dan kegiatan Cabang-Mempengerusikan semua Mesyuarat Jawatankuasa Cabang.-Menyediakan tugas-tugas dan menyelia AJK Cabang dalam pelaksanaan tugas mereka-Memastikan belanjawan dan perancangan belanjawan Cabang tersusun dengan rapi.

2. Naib Pengerusi 1 -Menjalankan tugas pengerusi semasa ketiadaannya-Mengambil alih jawatan Pengerusi apabila Pengerusi meletakkan jawatan sehingga Pengerusi baru dilantik-Membantu pengerusi menyelia tugas AJK Cabang.

3. Naib Pengerusi 2 -Berdasarkan keperluan cabang dan tugasnya sama seperti Naib Pengerusi 1.

4. Setiausaha Kehormat -Bertanggungjawab terhadap setiausaha cawangan dan menjadi pegawai penyelaras dan perhubungan untuk cabang dan unit.-Bekerjasama dengan bendahari kehormat dalam menyediakan Peruntukan Tahunan dan Penyata Kewangan.-Menjadi Pegawai Pentadbiran peringkat cabang termasuk bertanggungjawab mengenai semua dokumen, buku, rekod, pendaftaran dan insurans kepunyaan cabang.

5. Bendahari Kehormat -Bertanggungjawab terhadap bendahari cawangan dan bertanggungjawab menyimpan rekod akaun, menyediakan penyata penerimaan dan pembayaran, pendapatan dan perbelanjaan dan kunci kira-kira bulanan dan tahunan.-Menandatangani semua cek yang dikeluarkan bersama pegawai yang dilantik oleh jawatankuasa cabang.-Menyediakan belanjawan tahunan untuk dikemukakan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Cabang dan dimajukan ke pihak cawangan.-Menasihati jawatankuasa cabang dalam pengawasan kewangan dan audit.

6. Pegawai Perubatan

Page 28: ORGANISASI BULAN SABIT

- Bertanggungjawab dalam aspek perubatan dan kesihatan dalam program cabang- Bekerjasama dengan Pegawai Penjaga Latihan untuk mengemaskinikan cara-cara

latihan pertolongan cemas, pemulihan pernafasan dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan peringkat cabang.

7. Penguasa Jururawat -Bertanggungjawab dalam aspek kegiatan rawatan dan kejururawatan di cabang-Bekerjasama dengan Pegawai Penjaga Latihan untuk mengemaskinikan cara-cara rawatan.

8. Pegawai Penjaga Latihan -Bertanggungjawab kepada Penolong Pengarah Latihan Cawangan mengenai semua hal latihan di cabang-Mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa Latihan Cabang- -Merancang dan mengadakan semua program latihan untuk cabang

9. Pegawai Penjaga PBS -Bertanggungjawab kepada Penolong Pengarah PBS Cawangan, Pengerusi/Naib Pengerusi Cabang dalam semua hal kebajikan am, pengurusan dan kegiatan PBS di cabang.-Menyediakan laporan aktiviti PBS peringkat cabang dan memajukan kepada Penolong Pengarah PBS dari semasa ke semasa.

10. Pegawai Penjaga Belia/Link -Bertanggungjawab kepada Penolong Pengarah Belia dalam semua hal kebajikan am, pengurusan dan kegiatan unit belia/kanak-kanak di cabang.-Menyediakan laporan aktiviti Belia/Kanak-kanak peringkat cabang dan memajukan kepada Penolong Pengarah Belia dari semasa ke semasa.

11. Pegawai Seranta -Bertanggungjawab kepada pengerusi/naib pengerusi cabang dalam memberi informasi mengenai kegiatan cabang-Bekerjasama dengan Setiausaha Kehormat Cabang dalam menerbitkan semua bahan berita, bahan bercetak atau elektronik dan penerangan mengenai kegiatan cabang.

12. Kuartermaster-Bertanggungjawab kepada Pengerusi/Naib Pengerusi Cabang dan Kuartermaster cawangan untuk semua aset (peralatan dan bekalan) yang dimiliki cabang. -Bertanggungjawab mengenai stor dan inventori cabang dan menyediakan laporan harta benda yang berkaitan kepada cawangan.

13.  Pengerusi JKK Bantuan Bencana-Bertanggungjawab kepada pengerusi/naib pengerusi cabang dan pengerusi JKK

Bantuan Bencana Cawangan di dalam aktiviti Bantuan Bencana.

14. Pengerusi JKK Kutipan Derma

Page 29: ORGANISASI BULAN SABIT

-Bertanggungjawab dalam program kutipan derma peringkat cabang-Berhubung dengan pegawai penjaga latihan /PBS/belia untuk keperluan ahli dan bantuan.

15. Pengerusi JKK Antidadah-Berhubung dengan Jawatankuasa Program Antidadah peringkat cawangan untuk mengendalikan kempen antidadah.

Penutup……….