bulan sabit merah melaysia

Upload: shereen-choo

Post on 08-Mar-2016

373 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

IPG

TRANSCRIPT

BULAN SABIT MERAH MELAYSIAINSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONNPISMP SEMESTER 3 AMBILAN JANUARI 2014REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SJK (C)

SENARAI AHLI JAWATANKUASA INDUK BSMM 2014

SENARAI KANDUNGANBil.Tajuk

1.Sejarah Unit Beruniform1.1 Sejarah Pengasas1.2 Sejarah Penubuhan1.3 Sejarah Penubuhan Di Malaysia1.4 Tujuan Penubuhan1.5 Sejarah Ringkas Pengasas Palang Merah

2.Struktur Dan Organisasi Pertubuhan2.1Struktur dan Organisasi Peringkat Antarabangsa2.2Struktur dan Organisasi Peringkat Kebangsaan/ Negeri/ Daerah/ IPG2.3Struktur dan Organisasi Peringkat Sekolah dan Kumpulan2.4Fungsi Majlis Tertinggi

3.Perlembagaan Pertubuhan3.1 Prinsip-prinsip Asas Pertubuhan3.2 Perlembagaan Pertubuhan 3.3 Lambang, cogan kata, lagu dan bendera Pertubuhan

4.Pengurusan Dan Pentadbiran4.1 Pendaftaran Ahli & Kumpulan4.2 Kuasa Penganjur4.3 Struktur Unit4.4 Pengurusan Folio/ Buku Log/ Laporan Aktiviti4.5 Tanggungjawab Pemimpin4.6 Pakaian Seragam Ahli & Pemimpin4.7 Takwim & Rancangan Aktiviti

5.Disiplin Dan Kerohanian5.1 Persetiaan dan Undang-undang Pertubuhan5.2 Lagu-lagu Patriotik dan Pertubuhan5.3 Doa-doa dan Kata-kata Hikmah

6.Asas Pertolongan Cemas6.1 Prinsip Pertolongan Cemas6.2 Sistem Pernafasan dan Peredaran Darah6.3 Patukan Ular dan Sengatan Serangga6.4 Luka6.5 Pendarahan6.6Patah6.7Terseliuh6.8Balutan6.9Melecur6.10Racun dan Keracunan6.11Pitam6.12Pemulihan Pernafasan6.13Resusitasi Kardiopulmori (CPR)6.14Gambar Asas Pertolongan Cemas

7.Asas Kawad Kaki7.1 Sedia7.2 Taklimat Masuk Baris7.3 Taklimat Paraskan Skuad7.4 Senang Diri7.5 Rehatkan Diri7.6 Berpusing Setempat7.7 Memberi Hormat7.8 Bersurai Dan Keluar Baris

8.Istiadat8.1 Istiadat Perhimpunan8.2 Istiadat Meningkat Naik8.3 Istiadat Penyampaian Lencana

9.Orientasi Kurikulum Unit Beruniform Di Sekolah Rendah.9.1 Program UB di sekolah rendah9.2 Merancang program9.3 Program jangka pendek dan panjang9.4 Skim Latihan9.5 Refleksi Mikro Kokurikulum9.6 Pesaman, galakan dan motivasi9.7 Cintakan pertubuhan Sukarela

TAJUK 1: SEJARAH UNIT BERUNIFORM1.1SEJARAH HIDUP BAPA PALANG MERAH DUNIA

Jean Henry Dunant dilahirkan pada 8 Mei, 1828 di Geneva, Switzerland dan meninggal dunia pada 30 Oktober 1910 di Heidden, Zurich, Switzerland. Beliau lebih dikenali sebagai Henry Dunant atau Henri Dunant. Beliau seorang rakyat Switzerland, ahli perniagaan, aktivis sosial dan agamawan Kristian aliran Calvinisme yang kuat. Pada 1859 semasa misi perniagaannya ke Algeria, benua Afrika, beliau menyaksikan Pertempuran Solferino di kampung Solferino, Itali kini. Buku tulisannya 'A Memory of Solferino' telah menceritakan keperitan mangsa perang di kalangan orang awam dan tentera. Pertempuran Solferino melibatkan tentera Perancis menentang tentera Austria. Henry Dunant dilahirkan di Geneva, Switzerland. Bapanya ahli perniagaan Jean-Jacques Dunant dan ibunya Antoinette Dunant-Colladon. Keluarganya penganut Kristian aliran Calvinisme dan merupakan keluarga elit di Geneva. Ibu bapanya merupakan aktivis sosial, banyak meluangkan masa membantu anak-anak yatim dan anak mangsa perceraian. Ibunya bekerja di rumah sakit dan biasa membantu mereka yang miskin. Sejak 1836 Henry Dunant sering mengikuti ibu bapanya membuat kerja-kerja kebajikan di sebuah penjara Toulon, Switzerland. Pada 1846 Henry Dunant melihat sendiri pemberontakan dan menyertai Persatuan Geneva untuk Alm. Kemudian bersama rakan-rakan telah menubuhkan dan pengasas 'Thursday Association' iaitu satu pasukan muzik untuk mengkaji kitab Bible dan membantu mereka yang menderita. Dia melapangkan masa untuk melawat banduan di penjara dan pelbagai kerja sukarela lain. Pada 30 November 1852 Henry Dunant telah mengasaskan Persatuan Pemuda Kristian (Young Men's Christian Association / YMCA) cawangan Geneva. Tiga tahun kemudian Henry terlibat dalam mesyuarat di Perancis untuk mengasaskan pertubuhan antarabangsa tersebut namun pada tahun yang sama Henry Dunant tersingkir dari Kolej Calvin kerana markah peperiksaan amat rendah. Dia kemudian bekerja dengan syarikat pengurup wang Lullin und Sautter. Syarikat-syarikat Henry Dunant di Algeria telah bankrap seperti firma kewangan CriditGenevois akibat satu skandal. Pada 17 Ogos 1868 beliau diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Perdagangan Geneva kerana amalan mengelirukan. Oleh itu masyarakat Calvinist mahu beliau dipinggirkan. Henry Dunant meletakkan jawatan setiausaha pada 25 Ogos 1867 dan pada 8 September 1867 meletakkan jawatan dari ICRC. Sejak itu GustaveMoynier telah menjadi Presiden dan memainkan peranan utama dalam ICRC. Pada Februari 1868 ibu Henry Dunant meninggal dunia. Pada 1868 juga Henry Dunant disingkir dari YMCA kerana muflis. Pada 1867 Henry Dunant meninggalkan Geneva dan enggan kembali lagi. GustaveMoynier pula merancang agar semua wang insuran tidak diserahkan kepada Henry Dunant. Malah cenderahati 'Sciences Morales' dari Festival Paris Sedunia tidak diberi kepadanya sebaliknya diserahkan kepada GustaveMoynier dan Dufour agar wang diserahkan kepada Majlis. Napoleon III setuju membayar separuh hutang-hutang Henry Dunant jika kawsan-kawan Dunant membayar yang lain. Tetapi usaha ini juga dihalang oleh Moynier. Dunant pindah ke Paris dalam keadaan papa kedana. Namun dia tetap meneruskan misi kemanusiaan dan organisasi sukarela. Sepanjang Peperangan Perancis-Prusia (1870-1871) dia mengasaskan Persatuan Bantuan Bersama (Common Relief Society) dan 'Perikatan Bersama untuk Tamadun dan Pemerintahan'. Dia mencadangkan rundingan perlucutan senjata dan mengadakan mahkamah antarabangsa bagi memnyelesaikan konflik-konflik antarabangsa. Dia juga menyokong penubuhan negara Yahudi di Palestin. Kemudian dia bekerja di sebuah perpustakaan. Henry Dunant masih hidup bankrap dan terhutang akibat mengabaikan kehidupan peribadi dan tidak mempunyai sumber pendapatan. Semua kawan dan lawan menjauhkan diri. Walaupun dia dilantik sebagai ahli kehormat Persatuan Palang Merah Austria, Belanda, Sweden, Prusia dan Sepanyol tetapi dia semakin dilupakan. Dia berpindah-randah dari Stuttgart, Rome, Corfu, Basel dan Karlsruhe. Di Stuttgart dia bertemu dengan Rudolf Muller di Universiti Tubingen, Jerman. Pada 1881 dengan bantuan rakan dia kembali ke kampung halamannya di Heiden, Geneva. Pada 1887 Henry Dunant pergi ke London dan menerima bantuan kewangan dari pelbagai pihak dan kembali ke Heiden Julai 1997. Pada 30 April 1892 beliau terlantar sakit di hospital yang dipunyai oleh Dr Hermann Altherr. Di Heiden, Henry Dunant bertemu dengan seorang guru muda bernama Wilhelm Sonderegger dan isterinya Susanna. Rene, iaitu anak Wilhelm Sonderegger telah menerbitkan surat-surat daripada Henry Dunant kepada bapanya Wilhelm Sonderegger.Mereka menubuhkan cawangan Palang Merah Heiden. Pada 1890 Henry menjadi presiden kehormat dan mahu meneruskan visi kemanusiaannya. Tetapi GustaveMoynier tetap memusuhinya. Wilhelm Sonderegger meninggal dunia pada 1904 ketika berusia 42 tahun. Pada September 1895, George Baumberger, ketua editor Die Ostschweiz, St. Gallen telah menulis rencana mengenai pengasas Palang Merah dan telah menemubual Henry Dunant di Heiden. Akhirnya Henry Dunant menerima pelbagai pingat termasuk Swiss Binet-Fendt Prize dan pingat dari Pope Leo XIII. Dia juga menerima sokongan Tzar Rusia, Maria Feodorovna. Selepas itu sumbangan dan derma wang mencurah-curah sejak itu kepadanya. Pada tahun 1901 Henry Dunant telah dianugerahi dengan Hadiah Keamanan (Peace Prize) yang pertama. Pada 1903 Heney Dunant diberi ijazah doktor kehormat dari Universiti Heidelberg, Jerman dan akhirnya dia terlantar di hospital sehingga dia meninggal dunia pada 30 Oktober 1910 jam 10 malam. Pada akhir hayatnya dia mengalami tekanan perasaan akibat kemelesetan, bangkrap, dikejar pemungut hutang dan kritikan daripada Moynier. Dia pernah meminta jururawat memeriksa makanan sama ada telah diracun atau tidak. Walaupun masih Kristian, dia beralih kepada Calvinisme dan merancang agama umum. Ironinya, Henry Dunant dan GustaveMoynier tidak pernah berdamai. Henry Dunant dikebumikan tanpa sebarang upacara di perkuburan Sihlfeld, Zurich, Switzerland. Dalam wasiatnya, dia mahu mendermakan wangnya kepada rumah kebajikan Heiden, pertubuhan kebajikan di Norway dan Switzerland. Dia juga mahu wang dibayar kepada pemiutang-pemiutang. Hari lahirnya 8 Mei diisytiharkan sebagai Hari Bulan Sabit Merah / Palang Merah Antarabangsa. Rumah kebajikan Heiden dijadikan Muzium Henry Dunant. Banyak bangunan, sekolah, jalan di Geneva dan pelbagai tempat di serata dunia dinamakan sempena nama Henry Dunant. Pingat Henry Dunant dikurniakan oleh ICRC kepada sesiapa yang berjasa dalam kerja-kerja kemanusiaan. Filem 'Henry Dunant: Du Rouge Sur La Croix' telah diterbitkan bagi mengenang jasa-jasa beliau.1.2SEJARAH PENUBUHAN PALANG MERAH DI DUNIA

Persatuan Bulan Sabit Merah di peringkat dunia lebih dikenali sebagai Palang Merah. Ianya telah diasaskan oleh Jean Henry Dunant. Beliau dilahirkan pada 8 Mei 1828 di Geneva, Switzerland dan dikenali sebagai Bapa Palang Merah. Idea menubuhkan Palang Merah dicetuskan oleh beliau ketika berada di kawasan pertempuran di Solferino, Itali pada Jun 1869. Pada masa itu, masih belum ada perkhidmatan perubatan untuk membantu dan merawat para tentera. Dengan bantuan penduduk setempat, Henry Dunant mula menggerakkan bantuan pertolongan cemas kepada mangsa yang cedera.Inisiatif Henry Dunant ialah: i. Membantu tentera yang cedera dan sakit. ii. Memberi dan membeli ubat dan makanan untuk diberi kepada mangsa peperangan. iii. Menukar rumah dan gereja berdekatan untuk dijadikan hospital sementara. iv. Meminta pertolongan penduduk setempat memberi pertolongan cemas tanpa mengira agama dan negara tentera terbabit. v. Menggunakan kempen dan slogan 'Tuttifratelli' (Kitakan bersaudara) Slogan ini mula dikemukakan oleh seorang wanita di bandar Castiglione delleStiviere.vi. Membantu membebaskan beberapa doktor dari pasukan Austria yang telah ditawan oleh Perancis.Hasil daripada pengalaman tersebut, beliau telah menerbitkan buku bertajuk "Kenangan Di Solferino". Buku ini telah dikirim kepada semua ketua kerajaan di Eropah bagi menyedarkan mereka betapa menderitanya mangsa peperangan tidak kira tentera, tentera musuh mahupun orang awam yang tidak terlibat. Buku ini berjaya menyedarkan ramai pihak terutama ketua-ketua kerajaan dan mahu merealisasikan dua cadangan Henry Dunant, iaitu: i. Membentuk organisasi kemanusiaan antarabangsa bagi membantu tentera dan orang awam yang cedera dan menderita semasa peperangan. ii. Mengadakan perjanjian antarabangsa agar tentera yang cedera dari mana-mana pasukan hendaklah dibantu. 1600 buah buku telah dicetak dengan wang sakunya sendiri dan dikirim kepada ahli politik, ketua tentera dan ketua kerajaan di serta Eropah dengan cadangan utamanya, Sebuah organisasi neutral mesti ditubuhkan bagi membantu tentera yang cedera. Cadangan Henry Dunant mendapat perhatian daripada pakar undangundang GustaveMoynier dan menjadikan isu itu sebagai agenda utama dalam mesyuarat Persatuan Kebajikan Geneva (Geneva Society for Public Welfare) pada 9 Februari 1963. Mereka mengkaji cadangan Dunant dan mencadangkan lima ahli jawatankuasa khas dan Henry Dunant salah seorang daripadanya. Ahli lain ialah GustaveMoynier, Ketua tentera Switzerland Jeneral Henri Dufour, Doktor Louis Appia dan Theodore Maunoir. Mesyuarat pertama mereka pada 17 Februari 1863 dan tarikh ini dianggap sebagai tarikh penubuhan Persatuan Palang Merah Antarabangsa (ICRC). Mulanya lima ahli majlis ini bercanggah pendapat kerana berbeza visi, perancangan, kepentingan peribadi dan menuduh Henry Dunant terlalu idealis. Henry Dunant meneruskan pengembaraan dan terus dengan idea-ideanya 'organisasi sukarela'. Pada Oktober 1863, 14 negara mengambil bahagian dalam mesyuarat di Geneva bagi membincangkan isu 'membantu tentera yang cedera semasa peperangan'. Peranan Henry Dunant cuba diperkecilkan oleh GustaveMoynier. Pada 1864 Parlimen Switzerland telah mengatur pertemuan diplomatik dari 12 negara bagi menandatangani Konvensyen Geneva.Hasilnya pada 1864 Persatuan Palang Merah Antarabangsa (ICRC) ditubuhkan tanpa kehadiran beliau sendiri. Konvensyen Geneva 1964 juga berdasarkan cadangan Henry Dunant dan Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa ini. Dengan bantuan beberapa orang yang berminat, Henry telah menubuhkan Jawatankuasa Antarabangsa bagi membantu mereka yang cedera dikenali sebagai Jawatankuasa Palang Merah. Petugas-petugas bantuan dan alat perubatan mereka akan dilindungi di bawah satu lambang iaitu Palang Merah yang berlatarkan warna putih. Lambang tersebut dipilih untuk memberi penghargaan kepada Switzerland yang ada persamaan dengan bendera negara tersebut. Pada tahun 1876, ketika berperang dengan Rusia, Turki telah menggunakan lambang Bulan Sabit Merah dan langkah tersebut telah diikuti oleh kebanyakan Negara Islam.

1.3SEJARAH PBSM DI MALAYSIA

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ialah satu pertubuhan sukarela yang ditubuhkan pada tahun 1948. Persatuan ini diiktiraf kerajaan Malaysia pada tahun 1957 dan Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada tahun 1963.Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) ditubuhkan pada tahun 1948 sebagai cawangan Persatuan Palang Merah Britain di Sabah dan Sarawak. Pada tahun 1950an, lebih banyak cawangan persatuan ditubuhkan di Malaysia bermula di Pulau Pinang pada tahun 1950 dan kemudian di negeri-negeri lain. Ketika kemerdekaan pada tahun 1957, cawangan di Semenanjung Malaysia dikenali sebagai Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu. Persatuan mendapat pengiktirafan oleh Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada 4 Julai 1963 dan menjadi ahli badan antarabangsa itu pada 24 Ogos 1963. Berikutan penggabungan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak serta penubuhan Persekutuan Malaysia pada September 16, 1963, suatu penggubalan akta baru yang dikenali sebagai Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Penswastaan) Akta 1965 telah bertindak menggabungkan Persatuan Palang Merah Malaya dan cawangannya Persatuan Palang Merah di Sabah dan Sarawak dibawah nama baru iaitu Persatuan Palang Merah Malaysia. Ia dibentangkan di Parlimen dan digazetkan pada 1 Julai 1965. Pada 5 September 1975, Persatuan Palang Merah Malaysia telah ditukar nama kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia selaras dengan kebenaran penukaran nama Akta Persatuan Palang Merah Malaysia kepada Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Akta 1975 oleh Parlimen Malaysia. Bulan Sabit Merah Malaysia ditubuhkan di bawah Akta Parlimen adalah seperti berikut: i. Apabila Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, tidaklah sesuai lagi Persatuan palang Merah di semenanjung bertaraf cawangan sahaja dan ibu pejabatnya jauh di London. Satu akta parlimen telah digubal dan diluluskan pada tahun 1962 iaitu Federation of Malaya red Cross Society (Incorporation) Act of Parliament (Act No. 4 of 1962) dan dikuatkuasakan pada 16 April 1962. ii. Apabila Malaya ditukar nama kepada Malaysia dan penggabungan Sabah dan Sarawak di bawahnya, telah diubah dan diluluskan pada tahun 1965 iaitu Malaysia red Cross Society (Incorporation) atau Persatuan Palang Merah Malaysia (Perbadanan) (Law of Malasyia Act 540) di seluruh Malaysia pada 1 Julai 1965. iii. Pada tahun 1975, satu pertukaran nama telah diluluskan iaitu Malaysia Red Crescent Society (Change of Name) atau Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (Pertukaran Nama) Akta ke-162 tahun 1975 (Laws of Malaysia, Act 162).

1.4FUNGSI INTERNATIONAL COMMITTEE RED CROSS (ICRC) DI MALAYSIA Pejabat Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) di Kuala Lumpur menempatkan Delegasi Serantau yang meliputi aktiviti-aktiviti di Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam dan Jepun, serta Pusat Sumber Serantau yang menyokong kerja Delegasi-delegasi ICRC di Asia Tenggara dan Asia Timur. ICRC telah hadir di Malaysia semenjak awal dekad 1970-an, bekerjasama dengan pihak-pihak berkuasa dalam melawat orang dalam tahanan serta mempromosikan dan menyebarkan Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) selaras dengan mandatnya yang telah diberikan di bawah Konvensyen Geneva tahun 1949. Hari ini, ICRC telah menjalin hubungan kerja yang erat dengan beberapa Kementerian termasuk Kementerian Luar Negeri Malaysia, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pertahanan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri, Angkatan Tentera Malaysia dan Polis, Jabatan Peguam Negara, serta lain-lain pihak berkepentingan. i. Penglibatan dengan Angkatan Tentera Malaysia Penjalinan hubungan yang kukuh dengan Angkatan Tentera Malaysia merupakan unsur penting dalam usaha ICRC untuk bekerjasama dengan pembuat-pembuat keputusan dalam bidang ketenteraan di semua peringkat. ICRC membantu pihak Angkatan Tentera untuk memasukkan UUKA ke dalam pengajaran dan latihannya. Hasil daripada sumbangan ICRC, dalam tahun 2007 sukatan pelajaran latihan Angkatan Tentera Laut telah mula merangkumi mata pelajaran UUKA. ICRC terus menyokong pembangunan latihan UUKA di dalam Angkatan Tentera Darat dan Tentera Udara. Di atas jemputan Angkatan Tentera, ICRC kerap mengadakan taklimat bagi pegawai-pegawai kanan tentera di Kolej Kakitangan Tentera, Pusat Peperangan Bersama (PESAMA), Pusat Pengaman di Port Dickson dan Unit Perubatan Tentera di Kem Terendak [18], Melaka. ICRC dan Angkatan Tentera Malaysia bersama-sama menganjurkan pelbagai seminar dan bengkel yang membabitkan tajuk-tajuk berkenaan dengan undang-undang konflik bersenjata (UUKB). ICRC menaja pegawai-pegawai terpilih ke luar negara untuk menghadiri kursus-kursus UUKB dan juga menyertai latihanlatihan tentera di Malaysia seperti EX Keris Strike. ii. Mengukuhkan kerjasama dengan agensi-agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri ICRC telah meneruskan usaha untuk memupuk hubungan kerja dengan beberapa jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri. Memandangkan kepakaran ICRC dalam isu-isu berkaitan dengan penahanan serta pengalaman lamanya dalam membantu pihak-pihak berkuasa untuk memenuhi keperluan kemanusiaan bagi orang yang dinafikan kebebasan, ICRC sedang bekerjasama dengan Jabatan Imigresen berkenaan isu pendatang-pendatang haram dalam tahanan. Satu projek kerjasama yang baru muncul adalah dengan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, di mana sukarelawan- sukarelawannya merupakan antara orang yang pertama bertindak balas jikalau terdapat kematian secara beramai-ramai berikutan daripada bencana alam. Bersama dengan Jabatan tersebut, ICRC sedang menghasilkan modul latihan mengenai pengurusan mayat manusia jika terdapat kematian secara beramai-ramai demi membenarkan keluarga-keluarga mangsa untuk dimaklumkan tentang nasib orang yang tersayang. ICRC turut menemui pegawai-pegawai tertinggi Polis Diraja Malaysia bagi membincangkan peluang-peluang untuk kerjasama dalam masa hadapan, termasuk menganjurkan bengkel-bengkel penguatkuasaan undang-undang bagi pegawai-pegawai kanan polis berkenaan dengan Piawai-piawai Kepolisan Antarabangsa dan hak asasi manusia. Baru-baru ini, ICRC telah menganjurkan sesi taklimat untuk lebih daripada 200 pegawai Malaysia yang sedang menunggu untuk dihantar ke misi Pengaman Malaysia PBB ke Timor Timur, Sudan dan Lubnan. Sesi-sesi taklimat mengenai peranan, mandat dan aktiviti-aktiviti ICRC telah diadakan dengan pegawai-pegawai kanan polis di Ibu Pejabat PDRM di Bukit Aman, Kuala Lumpur, Kolej Polis di Cheras dan Pusat Latihan Polis di Ulu Kinta.

iii. Mempromosikan Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa ICRC mempromosikan pemeteraian dan kesertaan ke dalam triti Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) serta memberi nasihat kepada Negara-negara mengenai langkah-langkah perundangan dan pentadbiran untuk melaksanakan triti tersebut. Bagi tujuan ini, ICRC mengendalikan pelbagai latihan, bengkel dan acara untuk mempertingkatkan tahap kesedaran UUKA di kalangan agensiagensi kerajaan dan institusi-institusi pendidikan utama. Ia telah menghasilkan pangkalan data perundangan dan undang-undang model yang telah diterima-pakai oleh negara-negara, termasuk Malaysia (contohnya Akta Konvensyen Geneva 1962, Akta Pelaksanaan Konvensyen Periuk Api Pembinasa Anggota 2000, Akta Konvensyen Senjata Kimia 2006). ICRC menyokong kerja Jawatankuasa Kebangsaan UUKA dan sehingga kini, 93 Jawatankuasa Kebangsaan seumpana ini wujud di serata dunia. Dalam tahun 2007, Jawatankuasa Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa Malaysia (JUKAM) telah ditubuhkan. JUKAM dipengerusikan oleh Menteri Luar Negeri. Hari ini, Jabatan Penyelidikan, Triti dan Perundangan Antarabangsa, di bawah Kementerian Luar Negeri, bertindak sebagai sekretariat JUKAM. ICRC terus berusaha untuk mempromosikan UUKA di Malaysia menerusi JUKAM dan agensi-agensi kerajaan individu serta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.

iv. Bekerjasama dengan Universiti-universiti Sejak tahun 2004, ICRC telah menganjurkan pelbagai seminar, ceramah, simposium, serta pertandingan perdebatan dan mahkamah moot bersama-sama dengan institusi-institusi seperti Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Utara Malaysia dan Universiti Teknologi MARA. ICRC turut menyokong usahausaha pihak-pihak berkuasa universiti untuk merangka sukatan pelajaran model mengenai UUKA untuk dimasukkan ke dalam kursus-kursus akademik berkaitan dengan undang-undang, sains politik dan hak asasi manusia.

v. Membolehkan keluarga-keluarga untuk terus berhubung dengan orang yang tersayang Selaku sebahagian daripada rangkaian pertalian keluarga Pergerakan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah, ICRC dengan kerjasama Bulan Sabit Malaysia menyediakan perkhidmatan pengesanan dan perkhidmatan-perkhidmatan lain kepada keluarga-keluarga yang perlu menghubungi orang yang tersayang mereka setelah dipisahkan akibat daripada situasi konflik, bencana atau kejadian-kejadian lain. ICRC bekerjasama dengan penuh ketelusan dengan pihakpihak berkuasa berkenaan untuk memastikan bahawa orang dalam tahanan di luar negara (termasuk Guantanamo Bay) dapat berutus dengan keluarga-keluarga mereka melalui pertukaran Perutusan Palang Merah.

vi. Perkongsian dengan Kementerian Pelajaran Malaysia Sejak tahun 2002, ICRC telah bekerja rapat dengan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mempromosikan persepaduan program pelajaran Penerokaan Undang-undang Kemanusiaan (PUUK) di sekolah-sekolah. Ini telah tercapai dalam tahun 2007 apabila bahagian-bahagian berkaitan dalam modul PUUK telah disepadukan ke dalam sukatan pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, yang sedang diajar di seluruh negara kepada pelajar-pelajar berusia 15 tahun. Dianggap sebagai paling maju di Asia, kerjasama di antara Kementerian Pendidikan dengan ICRC sering disebut sebagai kajian kes amalan terbaik untuk menunjukkan bagaimana untuk bersamasama menghasilkan program PUUK. Dalam tahun 2009, ICRC telah menyerahkan program tersebut kepada Kementerian Pelajaran dan Bulan Sabit Merah Malaysia, yang merupakan rakan kongsi kebangsaan ICRC dalam Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah. Kini, ICRC kekal sebahagian daripada proses perundingan dan latihan demi menyokong pembangunan program PUUK dengan lebih lanjut lagi.

1.5 SEJARAH RINGKAS PENGASAS PALANG MERAH

8 Mei 1828Dilahirkan di Geneva, Switzerland. Terkenal dengan gelaran Bapa Palang Merah. Ayahnya seorang peniaga terkenal dan berharta manakala ibunya pula seorang penyayang dan patuh pada arahan agama.

Tahun 1849Bekerja sebagai perantis dalam sebuah syarikat bank di Geneva untuk mempelajari perniagaan perbankan.

Tahun 1853Disebabkan ketekunannya, beliau telah diberi tugas sementara sebagai Pengurus Besar dalam sebuah syarikat subsidiari di Algeria dan Sicily yang juga dikenali sebagai Swiss Colony of Setif. Beliau berminat kepada sekumpulan organisao di Switzerland, France dan Belgium yang terkenal dengan nama Young Mens Christian Union manakala di England pula dikenali sebagai Young Mens Christian Association. Dalam tahun ini, satu pergerakan untuk menyatukan beberapa kumpulan di Eropah dimulakan. Henry Dunant menentang dan mencadangkan agar satu gagasan sedunia termasuk YMCA di Englang patut diwujudkan dan tidak terhad di Eropah sahaja.

25 Jun 1859Bertolak ke Solferino di utara Italy yang sedang dalam peperangan pada ketika itu untuk mendapatkan sokongan Maharaja Perancis, Napoleon III dalam mendapatkan konsesi tanah bagi pembinaan kilang gandumnya di Algeria. Apabila sampai di Castiglione, didapatinya ramai manusia yang menerima bahana peperangan. Beliau cuba membantu meringankan kesakitan dan penderitaan mangsa perang yang tercedera. Pengalaman ini telah menyebabkan beliau melupakan sementara hal-hal perniagaan. Beliau mula menumpukan pemikirannya tentang bagaimana penderitaan dapat diringankan dan peperangan dapat dielakkan.

Oktober 1862Menerbitkan buku kecil bertajuk A Memory of Solferino lalu diposkannya kepada orang-orang berpengaruh di seluruh Eropah. Di samping menceritakan pengalamannya, buku itu juga menyarankan agar pasukan yang mempunyai sukarelawan terlatih ditubuhkan untuk menolong anggota yang tercedera di semua negara. Saranan konsep trinity antarabangsa di antara negara untuk memastikan orang yang sakit dapat dijaga ini telah mendapat sambutan yang amat luar biasa.

7 Februari 1863Geneva Society for Public Welfare melantik jawatankuasa Berlima bagi memastikan segala perancangan berjalan lancar, beliau telah dilantik sebagai setiausaha.

Tahun 1867Mengemukakan rancangan The International and Universal Library. Pada masa yang sama, perniagaannya mula merosot disebabkan telah terlalu lama mengabaikan perniagaannya. Beliau mula menyerahkan segala yang menjadi kepunyaannya bagi melunaskan segala hutang. Tekanan yang dihadapi menyebabkan beliau merancang untuk meletakkan jawatan.

8 September 1867 Jawatankuasa Berlima menerima peletakan jawatannya bukan sahaja sebagi Setiausaha tetapi juga sebagai ahli. Beliau terpaksa hidup sebagai pengemis. Beliau kemudiannya mula meninggalkan Geneva dan pergi ke Paris.

Tahun 1870 Melawat dan mententeramkan mangsa-mangsa yang tercedera yang dibawa ke Paris sewaktu peperangan Franco-Prussian; memperkenalkan pemakaian kain pembalut.

1 Februari 1875 Merintis satu kongres antarabangsa bagi menghapuskan perdagangan hamba dari kalangan orang-orang negro yang dilakukan secara terbuka di London.

Julai 1887 Berpindah ke Heiden, sebuah bandar kecil di Switzerland.

Tahun 1890Guru sebuah kampung yang bernama Wilhelm Sonderegger telah menemui beliau dan memberitahu bahawa Henry Dunant masih hidup tetapi dunia seolah-olah tidak mempedulikan berita tersebut.

Tahun 1892 Beliau jatuh sakit dan dihantar ke rumah tumpangan bernombor 12 di bandar itu dan menghabiskan 18 tahun terakhir hidupnya di situ.

Tahun 1895Journalis muda bernama Georg Baumberger dalam ekspedisinya ke gunung berhampiran Heiden telah mendengar kisah Henry Dunant ini lalu mencarinya untuk menemuramah. Ekoran daripada ini, seluruh dunia mula sedar bahawa Henry Dunant masih hidup dan berada dalam keadaan uzur dan daif. Maka ramailah pihak mula ingin membantu.

Tahun 1901 Jawatankuasa Nobel telah menganugerahkan beliau hadiah Nobel Keamanan yang pertama bersama dengan Frenchman Frederic Passy dari Perancis. Pingat tersebut dikirim kepada beliau dari Christianal.

TAJUK 2: STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN2.1STRUKTUR DAN ORGANISASI PERGERAKAN PALANG MERAH DAN BULAN SABIT MERAH ANTARABANGSAPergerakan Palang Merah Dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa terdiri daripada tiga badan yang berasingan iaitu:-Jawatankuasa Palang Merah Dan Bulan Sabit Merah AntarabangsaPersekutuan Antarabangsa Palang Merah Dan Bulan Sabit MerahPersatuan persatuan kebangsaan

a)Jawatankuasa Palang Merah Dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa (ICRC)

Rajah di atas menunjukkkan logo ICRC.Pada asalnya, Jawatankuasa Palang Merah Dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa (International Committee of Red Cross (ICRC) dinamakan sebagai Jawatankuasa Antarabangsa untuk Perawatan Orang orang Cedera Semasa Perang yang ditubuhkan pada 17 Februari 1863. Oleh sebab pengasasnya terdiri daripada lima orang, maka ia lebih popular dengan Jawatankuasa Berlima.

Carta alir di atas menunjukkan ahli Jawatankuasa Berlima.Sebenarnya, jawatankuasa ini ditubuhkan di bawah Persatuan Kebajikan Masyarakat Geneve, dengan tujuan asalnya untuk mengkaji idea- idea Jean Henry Dunant dan bagaimana idea idea tersebut menjadi kenyataan. Jawatankuasa ini berfungsi dengan baik dan sering kali mendapat sambutan yang baik daripada negara negara yang dijemput apabila mengadakan persidangan. Oleh itu, jawatankuasa ini beransur ansur menjadi suatu badan yang tersendiri.Pada tahun 1876, nama Jawatankuasa Palang Merah Dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa (ICRC) mula digunakan dan ia kekal sehingga sekarang. ICRC yang masih berpusat di Geneva kini telah dianggotai oleh 25 orang ahli jawatankuasa dan kesemuanya berwarganegara Switzerland. Hal ini demikian kerana pihak mereka hendak mengekalkan sifat neutral ICRC dalam sebarang konflik sesuai dengan reputasi Switzerland sebagai negara yang neutral. Malah, mereka juga turut mempunyai banyak pengalaman dalam hal-ehwal antarabangsa. Walaupun begitu, ICRC mempunyai pejabat pejabat di beberapa rantau dunia dengan kakitangan dan deligasi yang pelbagai bangsa.Seperti Jawatankuasa Berlima, ICRC masih lagi mengekalkan tujuan asal pembentukannya, iaitu melaksanakan cadangan-cadangna Jean Henry Dunant walaupun dalam bentuk yagn berbeza sekarang. Cadangan Dunant yang pertama berkenaan pembentukan satu persatuan sukarelawan telah lama menjadi kenyataan, cuma ICRC bertanggungjawab memeriksa dan menentukan persatuan yang akan ditubuhkan pada masa akan datang mampu beroperasi dan akan mematuhi 7 Prinsip Asas Pergerakan. Jika ICRC memberikan pengiktirafan, barulah persatuan baru itu menjadi ahli penuh Pergerakan.Cadangan Dunant yang kedua berkenaan konvesyen antarabangsa juga telah menjadi kenyataan dalam bentuk Konvesyen Geneva, dan ICRC lah yang bertanggungjawab menyebarkan maklumat tentang Konvesyen Geneva dan memantau pelaksanaannya. Penyebaran maklumat dilakukan dengan menggalakkan semua negara menterjemahkan Konvesyen Geneva, menggunakan peruntukan Konvesyen dalam undang-undang negara, dan sebagainya. Pemantauan pelaksanaan konvesyen pula bermakna ICRC sering memainkan peranan dalam peperangan atau konflik bersenjata. Contohnya, delegasi ICRC akan memeriksa bahawa orang awam dihormati dan dilindungi dalam peperangan, tawanan perang diberi layanan sewajarnya, dan populaso negara yang ditawan mendapat bekalan secukupnya. ICRC mempunyai satu agensi di bawahnya yang dinamai Agensi Pengesanan Pusat (Central Tracing Agency), yang berfungsi mengumpul maklumat tentang korban dan tawanan perang, dan memberitahu keluarga tentera yang terkorban atau ditawan. Seringkali juga kakitangan ICRC menjadi orang tengah dalam pertikaian bersenjata, situasi tebusan, dan sebagainya.Peraturan-peraturan yang sedia ada dalam Konvesyen Geneva juga sentiasa dikembangkan dan ditambah. Badan yang bertanggungjawab tentang perkembangan konvesyen ini sekali lagi ialah ICRC sendiri. ICRC yang menyediakan draf untuk dibincangkan oleh Persidangan Diplomatik, sama ada akan dipersetujui atau tidak. ICRC ialah sebuah badan yang bebas dan tidak diarahkan oleh kerajaan Switzerland. Ia mempunyai sumber kewangan sendiri, membuat keputusan sendiri dan bertindak atas inisiatif sendiri, semata-mata atas dasar kemanusiaan. Rajah di atas menunjukkan anggota badan pentadbir jawatan kuasa palang merah.Jawatankuasa presiden pula dipilih daripada ahli ahli itu bagi jangka masa empat tahun. Jawatankuasa tersebut bermesyuarat dalam suatu perhimpunan sebanyak lapan kali setahun bagi menentukan dasar am institusi dan prinsip prinsip yang membimbing aktiviti aktivitinya. Lembaga esksekutif yang terdiri daripada tujuh orang ahli jawatankuasa bertanggungjawab berkenaan hal hal operasi dan penyeliaan secara langsung hal-ehwal pentadbiran. Ia bermesyuarat seminggu sekali dan seperti Majlis Perhimpunan ia dipengerusikan oleh presiden ICRC.Dari Geneva, Ibu Pejabat Direktorat mengendalikan pelbagai perkhidmatan yang menyokong aktiviti aktivitinya di medan seperti sokongan operasi iaitu pengurusan pentadbiran wilayah yang mengendalikan Agensi Pengesanan Pusat pertimbangan berkenaan perundangan kemanusiaan dan prinsip prinsip pergerakan, sumber sumber manusia, sokongan kewangan, dan pentadbiran selain daripada komunikasi dan siar raya.Kecuali beberapa orang sahaja, semua kakitangan tetap ICRC terdiri daripada rakyat Swiss. Walaupun begitu, ada beberapa deligasi medan ICRC mempunyai kakitangan yang dipinjam daripada persatuan persatuan kebangsaan dan bertugas terutamanya dalam bidang perubatan dan logistik.Pada dasarnya, ICRC bertindak dalam masa perang, perang saudara atau rusuhan dalam negara atau ketegangan, melindungi dan menolong mangsa mangsa awam dan tentera. Lawatan lawatan ke kem kem tahanan dan melaporkan kepada pihak berkuasa secara terus.Berikut merupakan peranan ICRC pada setiap masa iaitu:-Pembangun konvensyen kemanusiaan AntarabangsaPenjaga prinsip prinsip asas Palang MerahMengiktiraf penubuhan persatuan, Persatuan Palang Merah,dan Bulan Sabit Merah Kebangsaan.Agensi pengesanan pusatMenyediakan anggota perubatan sekiranya berlakunya kemalanganMesej mesej orang awamBantuan bekalan kepada mangsa mangsa peperanganSeluruh dunia mengenali ICRC dan memberikan kepercayaan kepadanya. Malah dalam Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu, ICRC telah diberi taraf pemerhati mulai tahun 1990.

b)Persekutuan Antarabangsa Palang Merah Dan Bulan Sabit Merah (IFRC)

Rajah di atas menunjukkan lambang IFRC.

Hampir setiap negara di dunia sekarang mempunyai persatuan kebangsaan, sama ada Persatuan Palang Merah atau Persatuan Bulan Sabit Merah. Setiap persatuan ini bernaung di bawah satu badan induk yang dinamai Persekutuan Antarabangsa Persatuan-persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah atau IFRC (International Federation of Red Cross and Red Crescent Societies). IFRC ialah satu badan yang lain daripada ICRC. Persekutuan Antarabangsa Palang Merah Dan Bulan Sabit Merah (International Federation of RC Socities (IFRC) ditubuhkan pada tahun 1919, iaitu sebaik sahaja selepas tamatnya Perang Dunia Pertama. Perang Dunia Pertama itu telah melahirkan banyak sukarelawan yang bertugas dalam Persatuan Palang Merah negara masing-masing. Ratusan ribu sukarelawan ini memberikan khidmat kemanusiaan di medan perang dan juga di kem-kem tahanan perang dan mereka mendapat pelbagai pengalaman. Timbullah idea untuk mengumpulkan sukarelawan-sukarelawan ini di bawah satu badan induk agar ilmu dan pengalaman tersebut dapat dikongsi bersama. Presiden Jawatankuasa Palang Merah Amerika Syarikat, Henry Pomeroi Davison, mencadangkan ditubuhkan satu persekutuan Persatuan-persatuan Palang Merah. Davison mengadakan satu persidangan perubatan di Paris pada tahun 1919 dan mengemukakan cadangannya.Daripada cadangannya, lahirnya Liga Persatuan Palang Merah. Negara pengasas Liga ini ialah Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Itali, dan Jepun. Pada awalnya, ibu pejabatya terletak di Paris, tetapi kemudiannya berpindah ke Geneva juga. Dalam Perang Dunia Kedua, Liga inilah yang banyak terlibat dalam aktiviti kemanusiaan.Oleh sebab lambang bulan sabit mulai digunakan secara meluas, pada tahun 1983 nama rasminya ditambah menhadi Liga Persatuan-persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah. Pada tahun 1991 pula, perkataan Liga digugurkan dan diganti dengan Persekutuan. Sekarang nama rasminya ialah Persekutuan Antarabangsa Persatuan-persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah atau lebih mudah digelar IFRC sahaja. Bilangan ahli meningkat dari semasa ke semasa. Pada tahun 2003, bilangan negara yang menganggotai Persekutuan ini adalah 178 buah. Untuk mengelakkan pertindihan fungsi, IFRC dan ICRC telah mengadakan beberapa perbincangan sejak tahun 1989 dan membuat beberapa persetujuan. Antara fungsi fungsi umum persekutuan ini ialah:-Bertindak sebagai badan tetap berkenaan perhubungan, penyelarasan, dan pengkajian di antara persatuan persatuan kebangsaan dan bagi memberi mereka apa jua pertolongan yang diminta. Mengalakkan di setiap negara berkenaan penubuhan dan pembangunan kebangsaan yang bebas serta diiktiraf.Memberi bantuan dengan apa sahaja cara kepada semua mangsa bencana.Membantu persatuan persatuan kebangsaan dalam persediaan bantuan bencana dalam organisasi tindakan bantuannya.Menggalakkan dan menyelaraskan di antara persatuan persatuan kebangsaan berkenaan pertukaran idea bagi pendidikan kanak kanak dan belia.

Perbezaan utama dalam bidang tugas antara IFRC dengan ICRC adalah dari segi skopnya. Jika ICRC lebih memainkan peranan dalam peperangan atau konflik bersenjata, IFRC pula akan memainkan peranan pada waktu aman. IFRC menekankan kepada kesihatan dan kebajikan terutama di negara-negara ketiga. IFRC menjalankan program kesihatan, pendidikan, dan bantuan kemanusiaan di seluruh dunia. Contoh bantuan kemanusiaan yang sering dijalankan ialah mendapatkan bekalan makanan dan mengagihkan kepada mangsa kebuluran. IFRC juga merupakan badan yang terkehadapan dalam bencana besar, sama ada semula jadi atau buatan manusia. Dengan bekerjasama dengan persatuan kebangsaan, IFRC akan cuba memberikan bantuan dalam bencana serangan wabak penyakit, gempa bumi, ribut taufan, banjir, kemalangan kapal terbang, letupan kilang, dan sebagainya. c)Persatuan Persatuan Kebangsaan Lambang Persatuan Kebangsaan tidak mempunyai segi emapat bergaris merah di latar belakangnya. Di seluruh negara, semua persatuan kebangsaan bertindak sebagai badan yang membantu kerajaan dalam hal hal kemanusiaan. Tugas utamanya ialah membantu perkhidmatan tentera jika berlaku peperangan. Oleh itu, persatuan perlu mempersiapkan diri semasa aman. Selain tu, persatuan juga menjalankan aktiviti aktiviti khusus yang selaras dengan Prinsip Prinsip Asas. Contohnya ialah melatih petugas pertolongan cemas dan jururawat, program derma darah, menjalankan despensari dan hospital, memberikan pertolongan kepada orang sakit serta kurang upaya dan sebagainya. Walau bagaimana pun, persatuan persatuan ini perlu mendapat pengiktirafan daripada ICRC. Antara persatuan kebangsaan yang aktif di peringkat dunia ialah Palang Merah British dan Palang Merah Amerika. Pada tahun 2003, telah ada 178 persatuan kebangsaan yang menjadi ahli penuh IFRC. Dengan perkembangan politik dunia semasa, akan ada lagi persatuan kebangsaan baru ditubuhkan jika wujud negara baru. Untuk menubuhkan sesebuah persatuan kebangsaan, perlulah terlebih dahulu mendapat pengiktirafan daripada ICRC.

Rajah di atas menunjukkan lambang Palang Merah dan Bulan Sabit Merah di seluruh dunia

d)Persidangan AntarabangsaKetiga-tiga badan ini, iaitu ICRC, IFRC, dan persatuan-persatuan kebangsaan merupakan badan yang bebas dan tidak terikat antara satu sama lain, tetapi badan-badan ini bekerjasama dengan amat erat sekali. Ketiga-tiganya membentuk apa yang dinamai Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa. Pergerakan tersebut berjumpa empat tahun sekali untuk membincangkan isu-isu semasa dan perancangna akan datang. Perjumpaan ini diadakan dalam bentuk persidangan dan nama rasmi persidangan ini ialah Persidangan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa.Persidangan ini diuruskan oleh satu Sekretariat khusus yang beribu pejabat di Geneva. Walau bagaimanapun, tempat persidangan tidaklah sentiasa di Geneva, sebaliknya diadakan di serata dunia.

2.2STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN PERINGKAT KEBANGSAAN, NEGERI, DAN DAERAH Oleh sebab penubuhan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia tertakluk kepada Akta Parlimen, struktur organisasinya mengikut kehendak akta tersebut. Penaung persatuan ialah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Presiden persatuan pula dipegang oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Di bawah Presiden ada lima Naib Presiden, yang dipegang oleh Yang Berhormat Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Yang Berhormat Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Menteri Pelajaran, dan Yang Berhormat Menteri Pertahanan. Hal ini telah memudahkan kerjasama antara PBSMM dengan kerajaan. Jika jawatan dalam kerajaan itu bertukar orang, maka pemegang jawatan dalam PBSMM juga bertukar secara automatik. Satu organisasi pusat mengandungi :a.Senat PBSMMb.Majlis Kebangsaanc.Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaand.Jawatankuasa-jawatankuasa Kebangsaane.Cawangan-cawangan dan jawatankuasanya serta beberapa jawatankuasa kecil masing-masing di setiap negeri dan Wilayah Persekutuan Malaysiaf.Unit-unit kecil dan jawatankuasa masing-masing

Rajah di atas menunjukkan carta organisasi PBSMM.Kesemua jawatan dalam struktur organisasi tersebut terdapat di Ibu Pejabat Kebangsaan (IPK) Kuala Lumpur.Senat PBSMMBadan tertinggi sekali dalam struktur organisasi PBSMMTidak mempunyai kuasa eksekutifTidak lebih daripada 25 senator pada sesuatu masaPelantikan senator PBSMM ditentukan atas budi bicara Majlis Kebangsaan dan dilantik daripada ahli-ahli PBSMM yang terkenal sebagai pengiktirafan pada perkhidmatan mereka yang terpuji dan cemerlang kepada persatuan dan negaraPeranan: bagi meningkatkan imej dan matlamat persatuan sejajar dengan prinsip-prinsip pergerakan

Majlis KebangsaanBadan terpenting yang mempunyai kuasa mengendalikan pengurusan serta pengawalan semua hal ehwal persatuanBadan yang membuat polisi dan dasar PBSMMDianggotai oleh 53 orang ahli, yang terdiri daripada wakil-wakil Cabang, wakil-wakil kementerian dan agensi kerajaan, dan juga ahli-ahli Lembaga Eksekutif KebangsaanAnggota: Pengerusi Kebangsaan, Timbalan Pengerusi Kebangsaan, 4 Naib Pengerusi Kebangsaan (seorang daripadanya dipilih di kalangan pengerusi cawangan), Pengerusi Jawatankuasa-jawatankuasa Kebangsaan, tidak lebih daripada 5 ahli yang dipilihAnggiota: 2 orang wakil daripada setiap cawangan terdiri sama ada pengerusi cawangan, naib pengerusi, pengarah cawangan, setiausaha kehormat cawangan, dan bendahari kehormat cawanganAnggota: Pengarah Perkhidmatan Perubatan Angkatan Tentera Malaysia, Ketua Pertubuhan Perubatan Malaysia (MMA), seorang wakil daripada setiap kementerian kerajaan yang bertanggungjawab berkenaan pendidikan, alam sekitar, hal ehwal luar negara, kesihatan, hal ehwal dalam negeri, dan beliaBidang kuasa: melantik Setiausaha Agong, membentuk, membubar dan menggantung keahlian Cawangan, serta menimbang dan meluluskan pelantikan Penanung CawanganMajlis Kebangsaan mengadakan sekurang-kurangnya tiga kali mesyuarat dalam setahun dan memerlukan satu pertiga kehadiran ahli bagi membentuk korumPengundian ahli diadakan sekali dalam 2 tahun semasa Mesyuarat Agung Tahunan yang mesti diadakan sebelum bulan Jun setiap tahun

Lembaga Eksekutif KebangsaanBadan yang menjalankan polisi dan dasar yang diputuskan oleh Majlis KebangsaanMelaksanakan arahan MajlisKebangsaan, dan menjalankan aktiviti-aktiviti seharian PBSMMPengurusan berkenaan hal ehwal persatuan adalah tanggungjawab Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan yang harus pada sebilang masa bertindak sejajar dengan arahan dan keputusan Majlis KebangsaanAhli jawatankuasa ini terdiri daripada: pemegang jawatan utama (pengerusi dan timbalan pengerusi kebangsaan, 4 orang naib pengerusi, bendahari kehormat kebangsaan, dan Setiausaha Agung Setiausaha Agung bagi Lemabaga Eksekutif Kebangsaan juga ialah Setiausaha Majlis Kebangsaan), beberapa orang pengerusi jawatankuasa kebangsaan, dan wakil daripada setiap lima zonPengerusi Kebangsaan adalah Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan yang mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam setiap dua bulanKuasa Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan:-Menamakan calon bagi pelantikan setiausaha agung oleh Majlis Kebangsaan serta melantik kakitangan yang bergaji serta menentukan syarat-syarat perkhidmatan mereka-Menimbang dan meluluskan penubuhan Cabang dan unit subsidari lain-Memberi pertimbangan dan melulus ataupun sebaliknya pelantikan ahli-ahli jawatankuasa cawangan yang dipilih selain daripada pengerusi cawangan yang dicalonkan oleh jawatankuasa cawangan-Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan boleh melantik jawatankuasa kecil (Pengerusi Cawangan dan Ahli Jawatankuasa Cawangan yang lain) yang difikirkan dari semasa ke semasa-Mendisiplinkan dengan pertimbangan yang saksama dalam menentukan pemberhentian, pembuangan atau memansuhkan keahlian mana-mana ahli persatuan yang tidak termasuk ahli-ahli senat PBSMM atau ahli-ahli Majlis Kebangsaan

Jawatankuasa KebangsaanSemua aktiviti PBSMM di bawah tanggungjawab pelbagai Jawatankuasa KebangsaanAda 10 Jawatankuasa Kebangsaan dan setiap satu diketuai oleh pengerusinya masing-masingJawatankuasa-jawatankuasa kebangsaan terdiri daripada perkhidmatan ambulans, pentadbiran dan pengurusan, bangunan, reaksi kecemasan, program darah, perkhidmatan kesihatan dan masyarakat, hal ehwal antarabangsa, perhuungan raya dan kutipan derma, undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan hal ehwal perundangan latihan dan tenaga manusiaPengerusi jawatankuasa ini adalah ahli Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan dan juga ahli Majlis Kebangsaan dan mereka dipilih dalam mesyuarat agung tahunanSetiap Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan akan melantik pula ahli-ahli jawatankuasa masing-masing dan mungkin membentuk jawatankuasa kecil jika perluZonSemua aktiviti PBSMM di bawah tanggungjawab pelbagai Jawatankuasa KebangsaanZon Utara : Perlis, Kedah & Pulau PinangZon Tengah : Perak, Selangor & Wilayah Persekutuan Kuala LumpurZon Selatan : Negeri Sembilan, Melaka & JohorZon Pantai Timur : Kelantan, Terengganu & PahangZon Timur : Sabah, Sarawak & Wilayah Persekutuan LabuanSetiap zon akan melantik seorang wakil daripada Pengerusi Cawangan, Timbalan Pengerusi, Naib Pengerusi atau Pengarah untuk tempoh dua tahun secara bergilir-gilir untuk mewakili zon dalam Lembaga Eksekutif KebangsaanZon diwajibkan untuk bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh setahunZon akan diwakili oleh tidak lebih daripada 5 daripada setiap Ahli Jawatankuasa CawanganCawangan Cawangan diwajibkan untuk bermesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahunMesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan sebelum bulan April setiap tahun Pengundian ahli-ahli diadakan sekali dalam tempoh 2 tahun

Cabang Setiap Cawangan pula terdiri daripada beberapa Cabang / Chapter (dahulu dinamai Daerah). Setakat tahun 2003, ada 148 Chapter di seluruh negara. Setiap Chapter ditadbir oleh Jawatankuasa Chapter. Jawatankuasa Chapter terdiri daripada Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha Agung, Bendahari Kehormat, Pegawai Perubatan Kehormat, wakil-wakil jabatan kerajaan, dan beebrapa kerajaan, dan beberapa Pegawai Penjaga (Officer-in-Charge atau diringkaskan sebagai OC) Aktiviti sekolah-sekolah menengah diselaraskan oleh Pegawai Penjaga Belia (OC Youth), manakala aktiviti-aktiviti sekolah rendah diselaraskan oleh Pegawai Penjaga Kanak-Kanak (OC Link) Aktiviti di peringkat Chapter biasanya dijalankan oleh unit-unit yang terdiri daripada bahagian Kumpulan Perkhidmatan Kebajikan, Pasukan Bantuan Sukarelawan (Volunteer Aid Detachment atau diringkaskan sebagai VAD), dan sekolah-sekolah.UnitoUnit-unit sekolah pula terbahagi kepada dua, iaitu Belia (Youth) dan Kanak-kanak (Link)oAhli-ahli Belia dan Kanak-kanak membentuk lebih kurang 80% ahli-ahli PBSM Malaysia keseluruhannyaoSetiap unit ini mempunyai pegawai masing-masingoBagi unit Belia, Pegawai Belianya iaitu guru penasihat PBSM yang dilantik oleh Pengetua sekolah. Begitu juga bagi penasihat PBSM yang dilantik oleh Guru Besar Sekolah. oSetiap unit yang berdaftar mempunyai nombor unit yang khas, yang menunjukkan unit itu dari Cabang mana dan dari bahagian apaoContohnya, Unit PK(Y) 118 menunjukkan unit ini adalah dari Cabang Perak (ditunjukkan oleh huruf PK), merupakan unit Youth atau Belia (ditunjukkan oleh huruf Y), dan nombor 118 menunjukkan ia merupakan unit ke-118 yang didaftarkan. Ini sebenarnya ialah nombor unit bagi Maktab Rendah Sains MARA, Taipin

SekolahSusunan organisasi Pasukan BSMM Sekolah MenengahPeranan dan tanggungjawab pemimpin pasukan BSMM: pentadbiran, latihan, tatetertib, aktiviti, pakaian seragam, dan kebajikan ahliBBSM merupakan sebuah pertubuhan sukarela yang membantu kerajaan, organisasi ini telah memberikan banyak sumbangan. Antaranya, memberikan perkhidmatan perundingan dalam kegiatan bencana, operasi bencana dan bantuan, membantu Kementerian Masyarakat menubuh dan mentadbir Pusat-pusat Bantuan Bencana, menyedia dan mengagihkan makanan, pakaian dan bekalan ubat kepada pihak polis, tentera dan Jabatan Pertahanan Awam berkaitan dengan operasi-operasi menyelamat, memindah dan memberi bantuan pertolongan cemas dan kesihatan kepada mangsa-mangsa malapetaka. Aktiviti-aktiviti BSMM:a) Kursus pertolongan cemasb) Kursus CPRc) Tugas-tugas sukarela seperti memberikan rawatan semasa sukan, memberikan bantuan dalam bencanad) Seminar dan kuize) Pertandingan kawad kakif) Peperiksaang) Perkhemahanh) Perkhidmatan ambulansi) Program derma darahj) Perkhidmatan Masyarakat dan Kesihatan program darah, penyalahgunaan dadah, telekaunseling, teledrak) Persediaan dan bantuan bencanal) Penyebaran Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsam) Kutipan derman) Penubuhan unit baru dan menambah keahliano) Perhubungan awamp) Aktiviti-aktiviti dan latihan untuk kanak-kanak, belia dan pasukan bantuan sukarela

2.3STRUKTUR DAN ORGANISASI BULAN SABIT MERAH PERINGKAT SEKOLAH DAN KUMPULANAktiviti di peringkat Chapter(daerah) biasanya dijalankan oleh unit-unit yang terdiri daripada bahagian Kumpulan Perkhidmatan Kebajikan, Pasukan Bantuan Sukarelawan dan sekolah-sekolah. Bagi unit belia, Pegawai Belianya ialah guru penasihat BSMM yang dilantik oleh Pengetua sekolah. Begitu juga bagi unit kanak-kanak, Pegawai Kanak-kanaknya ialah guru penasihat BSMM yang dilantik oleh Guru Besar Sekolah.

Rajah di atas merujuk kepada carta organisasi peringkat sekolah.

2.4FUNGSI MAJLIS TERTINGGI

Rajah di atas merujuk kepada carta organisasi majlis tertinggi.

PENGERUSI Bertanggungjawab terhadap Pengerusi Cawangan dan bertanggungjawab terhadap semua hal yang berkaitan dengan pengurusan, pembangunan, pentadbiran dan kegiatan Cabang. Bertanggungjawab mempengerusikan semua Mesyuarat Jawatankuasa Cabangannya. Mempunyai satu undi Penentuan dan akan menandatangani tiap-tiap minit mesyuarat yang dijalankan. Bertanggungjawab menyediakan tugas-tugas dan menyelia AJK Cabang dalam perlaksanaan tugas mereka. Memastikan akaun cabang disediakan untuk diaudit, diluluskan dan dikemukakan ke Cawangan. Bertanggungjawab di dalam memastikan belanjawan dan perancangan belanjawan cabang tersusun rapi. Terlibat dalam tugas-tugas rasmi dengan Kementerian, Jabatan Kerajaan dan BSMMNAIB PENGERUSI I Bertanggungjawab menjalankan tugas Pengerusi semasa ketiadaannya. Bertanggungjawab membantu Pengerusi menyelia tugas AJK Cabang. Mengambil alih jawatan Pengerusi apabila Pengerusi meletak jawatan sehingga Pengerusi baru dilantik. Bertanggungjawab terhadap kegiatan pentadbiran dan kewangan Cabang.

NAIB PENGERUSI II Bergantung pada keperluan Cabang dan tugas-tugasnya seperti Naib Pengerusi I

SETIAUSAHA Bertanggungjawab terhadap Setiausaha Cawangan dan menjadi Pengawai Penyelaras dan Perhubungan untuk Cabangan dan Unit. Membantu Jawatankuasa Cabang dalam memelihara perhubungan dengan Badan-badan Kerajaan, Swasta dan Pertubuhan lain di peringkat cabang. Bertanggungjawab memberi bantuan sektretariat dan susulan untuk Jawatankuasa Cabang terutama kepada Pengerusi dan Naib Pengerusi. Menyelaras semua kegiatan Cabang. Bekerjasama dengan Bendahari Kehormat dalam menyediakan Peruntukan Tahunan dan Penyata Kewangan. Menjadi Pegawai Pentadbiran peringkat Cabang termasuk bertanggungjawab mengenai semua dokumen, buku, rekod, pendaftaran dan insuran kepunyaan Cabang.

BENDAHARI Bertanggungjawab terhadap Bendahari Cawangan dan akan bertanggungjawab menyimpan rekod akaun, menyediakan Penyata Penerimaan dan Pembayaran, Pendapatan dan Perbelanjaan dan Kunci Kira-kira bulanan dan tahunan. Bertanggungjawab mengenai penerimaan dan pembayaran di Cabang dan Unit. Menandatangani semua cek yang dikeluarkan bersama pegawai yang dilantik oleh Jawatankuasa Cabang. Bertanggungjawab menyimpan dan merekod segala harta Cabang seperti tanah, bangunan, kenderaan, peralatan, perkakasan pejabat dan lain-lain. Bertanggungjawab menyediakan Belanjawan Tahunan untuk dikemukakan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Cabang dan memajukan ke Cawangan. Menasihati Jawatankuasa Cabang dalam pengawasan kewangan dan audit. Menyelia dan mengemukakan akaun yang disatukan ke Cawangan sebelum 30 Mac setiap tahun.

TAJUK 4: PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

TAJUK 6: PERTOLONGAN CEMAS6.1PRINSIP PERTOLONGAN CEMASPertolongan cemas atau bantuan awal yang diberikan kepada mangsa selalunya dapat membantu menyelamatkan nyawa mangsa.Pertolongan cemas ditakrifkan sebagai bantuan atau rawatan awal yang diberikan kepada seseorang yang mengalami kecederaan dalam sebarang kemalangan atau sakit secara mengejut sebelum ketibaan ambulans, doktor atau pakar perubatan sebelum mangsa dihantar ke hospital.Untuk memberikan kefahaman tentang prinsip pertolongan cemas bantuan-bantuan sewajarnya dapat diberikan. Objektif-objektif pertolongan cemas adalah:A) Menyelamatkan nyawa Sekiranya terhenti denyutan jantung dan pernafasan, berikan bantuan pemulihan pernafasan dan jantung Setiap saat adalah penting Berhentikan pendarahan Pulihkan renjatanB) Mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk Mengurangkan pergerakan. Buat apa yang anda tahu sahaja. Melindungi pesakit dengan bantuan persekitaran alam semula jadi. Jangan beri apa-apa makanan atau minuman melalui mulut. Basahkan bibir sekiranya perlu.C) Memberi kelegaan dan keselesaan Memberi semangat yang kuat kepada pesakit yang masih sedar. Jangan tinggalkan pesakit bersendirian. Pastikan keadaan pesakit. Periksa nadi dan pernafasan.D) Sebagai persediaan sebelum diambil alih oleh doktor

SIFAT AHLI PERTOLONGAN CEMAS1. Tajam pemerhatianNampak segala tanda-tanda dan gejala kecederaan. Keselamatan diri sendiri dan si malang sama-sama diutamakan.2. Pantas berikhtiarHendaklah menggenakan apa yang sesuai yang terdapat di sekeliling kita.

3. Tidak kasarJangan bertindak kasar dan menyakitkan orang yang cedera.

4. Berakal berbudiBerbudi tinggi dan tidak berlaku kasar.

5. Bertimbang rasaBersimpati dengan yang cedera.

6. Setiasa senyumMuka yang tersenyum memberikan keyakinan kepada pesakit.

7. Memberi pertolonganLakukan setakat mana yang anda tahu sahaja.

6.2SISTEM PERNAFASAN DAN PEREDARAN DARAH6.2.1SISTEM PERNAFASANSemasa kita bernafas, kita menyedut & menghembuskan udara. Udara yang disedut dibawa ke paru-paru dan meresap oksigen ke dalam darah. Udara yang disedut hanya ada 21% oksigen, selebihnya kompisisi gas nitrogen. Badan kita memerlukan 5% oksigen untuk melakukan proses respi. BILANGAN PERNAFASAN SESEORANGPeringkatBilangan Seminit

Dewasa15-20 kali

Kanak-kanak (6- 10 Tahun)22-25 kali

Bayi35-40 kali

BILANGAN NADI SESEORANGPeringkatBilangan Seminit

Dewasa70-80 kali

Kanak-kanak (6- 10 Tahun)90-100 kali

Bayi100-140 kali

CARA MEMERIKSA NADI1. Cara yang paling akurat untuk memeriksa denyut nadi adalah melalui elektrokardiograf. Namun demikian, anda juga dapat memeriksanya sendiri di rumah. Meskipun tidak 100% akurat, tapi masih tergolong cukup baik.2. Untuk lebih mudah menemukan denyut nadi anda, tempatkan jari anda pada pergelangan tangan kiri, telapak tangan menghadap ke atas. Tekan dengan lembut dan cuba mencari denyut nadi.3. Setelah anda menemukan denyut nadi, hitungkan jumlah denyut dalam satu minit.4. Waktu terbaik untuk mengukur denyut nadi adalah pada waktu pagi, ketika mendapatkan istirahat yang cukup.

6.2.2SISTEM PEREDARAN DARAHSistem peredaran darah merupakan rangkaian sistem yang tertutup yang terdiri dari jantung, saluran-saluran darah dan limpa. Saluran darah terbahagi kepada 3 jenis iaitu saluran arteri, vena dan kapilari.Saluran darah terbahagi kepada 3 jenis iaitu:-a) Saluran Arteri terbina dari 3 lapisan selaput. Selaput luar terbina dari lapisan tisu berfiber yang bertindak sebagai pelindung kepada saluran arteri. Dinding arteri sebagai elastik dan kuat.b) Saluran Vena terdiri daripada 3 lapisan selaput tetapi tidak setebal dan selastik arteri.c) Saluran Kapillari saluran ini sangat kecil, terbina dari satu lapisan selaput tisu epithelium leper biasa.Saluran arteri mengalirkan darah beroksigen dari jantung ke seluruh badan kecuali saluran pulmonary arteri. Manakala saluran vena pula menyalurkan darah yang berkarbon dioksida dari tisu ke jantung untuk pembebasan gas karbon dioksida di paru-paru.Darah yang telah digunakan oleh tisu akan di salur kembali ke saluran badan kecuali kapillari vena, saluran vena dan seterusnya ke ruangan antrium kanan jantung. Dari situ darah dipam ke ruangan ventrikal kanan jantung dan seterusnya dipam ke paru-paru melalui saluran pulmonary arteri untuk proses pengoksigenan. Apabila telah pengoksigenan, darah akan dialir ke saluran pulmonary vena ke ruangan antrium kiri jantung dan seterusnya dipam keluar untuk diedarkan ke seluruh badan melalui saluran aorta, arteri dan kapillari arteri untuk kegunaan sel badan.

Pengaliran DarahTerbahagi kepada 2 peringkat:-a) Peredaran darah paru-paru (pulmonary) yang bermula dari ventrikal kanan hingga ke antrium kiri.b) Peredaran sistematik peredaran darah mula dari ventrikal kiri hinggalah kembali ke antrium kanan jantung.Jantung berdenyut antara 70 hingga 100 kali seminit bagi orang dewasa. Manakala peredaran darah mengambil masa kira-kira 0.8 saat bagi setiap kaliNadi Apabila ventrikal kiri jantung mengucup bagi mengepam darah keluar, maka satu utusan mengalir ke saluran aorta dan seterusnya keseluruh saluran arteri. Pengucupan jantung yang dihasilkan itu akan menghasilkan nadi. Nadi boleh dirasa pada tempat-tempat tertentu di saluran arteri sahaja.Sistol istilah yang menyatakan jantung mula mengepam (berdenyut).Diastol istilah peringkat jantung berehat. Untuk mengukur tekanan darah alat yang digunakan dikenali sebagai sphygmomanometer. Darah terdiri dari beberapa kumpulan tertentu, antaranya ialah:-a) Kumpulan A.b) Kumpulan B.c) Kumpulan AB.d) Kumpulan O.

Fungsi Darah Membawa oksigen dan bahan makanan ke tisu Membawa bahan buangan ke organ pembuangan Melawan penyakit Membawa enzim dan hormone ke organ sasaran Mengawal suhu badan Menghentikan pendarahan

6.3PATUKAN ULAR DAN SENGATAN SERANGGAPATUKAN ULAR BERBISAUlar berbisa boleh menyebabkan keracunan kepada sistem saraf ataupun sistem darah yang menyebabkan berlakunya pendarahan di seluruh badan.

Gambar menunjukkan patukan ular bias.RAWATANi. Tenangkan mangsa.ii. Longgarkan pakaian mangsa.iii. Rendahkan anggota yang cedera dan jangan bergerak terlalu banyak.iv. Awasi mangsa dari renjatan.v. Cuci tempat cedera dan buat pembebatan.vi. Dapatkan rawatan perubatan dengan segera.

SENGATAN KALA JENGKING, LIPAN, TEBUAN DAN LEBAH Gambar menunjukkan sengatan kala jengking, lipan, tebuan dan lebah.RAWATANi. Bawa mangsa ke tempat yang selamat.ii. Tenangkan mangsa.iii. Sekiranya mangsa renjat periksa gerak nadi dan pernafasan. Berikan rawatan CPR jika perlu.iv. Beri demahan sejuk di tempat cedera untuk mengurangkan sakit dan bengkak.v. Cuci tempat sengatan.vi. Dapatkan rawatan perubatan.

DIGIGIT LINTAH ATAU PACATGigitan lintah atau pacat boleh menyebabkan darah keluar dengan banyak dan berterusan kerana lintah memuntahkan sejenis enzim yang menyebabkan pembekuan darah lambat.

Gambar menunjukkan digigit lintah.RAWATANi. Tanggalkan lintah atau pacat dengan menggunakan garam, abu atau secara membakar badan binatang tersebut. Jangan mencabut lintah yang melekat kerana ianya boleh menyebabkan taringnya tertanggal di tempat luka.ii. Cuci tempat cedera dengan menggunakan larutan ammonia bagi menggurangkan kegatalan.iii. Balut luka dengan kemas.iv. Dapatkan rawatan perubatan.6.4LUKAKecederaan yang berlaku pada tisu-tisu, sama ada ianya mengeluarkan darah atau tidak yang boeh menyebabkan berlakunya jangkitan kuman.JENIS-JENIS LUKAa) Luka terhiris (incised wound)

Luka yang disebabkan oleh benda-benda atau senjata bermata tajam. Keadaan lukanya adalah berkeadaan bersih atau satu garisan. Contohnya luka disebabkan oleh hirisan pisau, pedang, semilu buluh, pisau cukur dan sebagainya.b) Luka terkoyak (lacerated wound)

Luka yang berkeadaan terkoyak yang kebiasaannya disebabkan oleh senjata atau alat-alat yang tidak tajam. Contohnya kemalangan jalan raya, cakaran atau gigitan binatang atau sebagainya.c) Luka lebam (contusion)

Luka yang mencederakan tisu-tisu dalam yang mana darah yang keluar berkumpul dalam tisu. Luka jenis ini biasanya disebabkan oleh benda-benda berat yang tidak bermata tajam. Contohnya kena ketukan penukul, kena tumbukan, terhimpit kepada benda-benda yang berat. Luka tembus (punctured wound)

Luka atau kecederaan yang disebabkan oleh objek atau senjata yang hujungnya tajam. Luka ini berkeadaan kecil sahaja lukanya tetapi biasanya dalam dan mengeluarkan darah yang banyak. Contohnya tusukan pisau, jarum, paku, duri dan sebagainya. Luka tembakan (gunshot wound)

Luka yang disebabkan oleh senjata api. Luka di bahagian kena tembakan adalah lebih kecil berbanding luka di mana peluru itu keluar. Contohnya kena tembakan senapang atau pistol.RAWATAN LUKAI. Bawa mangsa atau pesakit ke tempat yang selamat dan edaran udara yang sempurna.II. Tenangkan mangsa sekiranya ia masih sedar.III. Pastikan tahap kesedaran mangsa, sama ada ia sedar atau sebaliknya.Pastikan saluran pernafasan mangsa berada dalam keadaan yang baik. Beri bantuan CPR jika diperlukan.IV. Longgarkan pakaian si mangsa terutamanya di bahagian leher dan pinggang.V. Hentikan pendarahan sekiranya terdapat luka yang mengeluarkan darah yang banyak. 6.5PENDARAHANPendarahan secara umumnya terbahagi kepada tiga iaitu:1. Pendarahan eksternal (dibahagian luar) luka terhiris -disebabkan benda tajam seperti pisau luka terkoyak -disebabkan cakaran binatang atau dawai luka berdarah -kena pukulan tepat benda tidak tajam luka tembus -seperti kena tikaman pisau, atau jarum2. Pendarahan internal (dibahagian dalam) perut muntah berdarah paru-paru / salur pernafasan batuk berdarah tali usus darah pada dubur rahim tumpah darah buah pinggang kencing berdarah tengkorak darah mengalir melalui telinga dan hidung3. Pendarahan internal tanpa kesan limpa dan hati pecah pendarahan dalam otak

RAWATAN PENDARAHAN EKSTERNAL SECARA UMUMA) Luka-luka kecilRawatan bagi luka kecil lazimnya hanya memerlukan pembalutan kecil seperti plaster sahaja. Biarpun begitu rawatan perlu diberi untuk mengelakkan risiko jangkitan kuman. Langkah-langkah rawatannya adalah seperti berikut:1. Bersihkan tangan dengan sabun. Jangan sentuh luka dengan tangan kotor.2. Cuci luka dari tempat luka ke arah luar supaya kuman tidak masuk ke kawasan luka.3. Keringkan perlahan-lahan dengan tisu atau tuala yang steril.4. Lekatkan plaster mengikut saiz luka. Jangan bercakap atau batuk ke arah tempat luka.5. Gunakan pembalut untuk memegang plaster.

B) Luka kecil yang ada benda asingSekiranya ada benda asing yang sukar untuk dikeluarkan dari luka seperti kaca yang terbenam atau objek-objek lain, anda hendaklah jangan keluarkan objek tersebut. Tindakan anda akan mengakibatkan lebih banyak kerosakan pada tisu dan pendarahan. Matlamat rawatan anda adalah untuk mencegah pendarahan tanpa menekan atau mencabut objek dan mendapatkan rawatan perubatan. Langkah-langkah rawatannya adalah seperti berikut:1. Bersihkan tangan anda dengan sabun. Jangan sentuh luka dengan tangan kotor.2. Cuci dari tempat luka ke arah keluar supaya kuman tidak masuk ke kawasan luka.3. Keringkan perlahan-lahan denga tisu atau tuala yang telah disteril.4. Kawal pendarahan dengan menggunakan tekanan yang teguh ke atas kedua-dua bahagian atau sekitar tepi objek.5. Tutup luka dengan sekeping pembalut kasa untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman. Kemudian buat balutan sekeliling objek sehingga anda boleh membalut tanpa menekan objek.6. Bawa mangsa ke hospital.

CARA MENAHAN DARAHA. Tekanan Tepat tekan terus pada luka tersebut dengan kain bersih jika tiada apa-apa benda pada luka atau luka tidak disertaidengan patah.1. Pembebatan (dressing) sebaik-baiknya gunakan kain / bahan yang disterilkan.2. Pada keadaan mendesak, tangan kosong boleh juga digunakan dengan menekan pada tempat berdarah.3. Gunakan pembalut (bandage) untuk memegang pembebat.4. Penekanan hendaklah dikekalkan sampai darah berhenti biasanya 10 15 minit.B. Tekanan Tidak Tepat tekan pada urat nadi. 1. Gunakan ikatan penjerut (tourniquet). 2. Jangan biarkan ikatan penjerut lebih dari 15 minit. 3. Komplikasi penggunaan cara ini ialah boleh menyebabkan kecederaan pada otot, saraf dan pembuluh darah jika terlalu ketat. 4. Ikatan yang longgar memburukkan lagi pendarahan. 5. Ikatan yang lupa dilonggarkan sehingga beberapa jam menyebabkan anggota mati dan terpaksa dipotong . 6. Gunakan kaedah ini jika anda mahir dengan ikatan tersebut.

C. Anggota Terputus kawal darah dari berterusan keluar. 1. Bahagian putus hendaklah dibungkus dengan kain kasar yang basah, sebaik-baiknya dibasah dengan air garam isotonik yang suci kuman. 2. Masukkan anggota putus dalam bekas plastik. 3. Masukkan plastik tersebut ke dalam satu lagi bekas plastik yang mengandungi ketulan ais. 4. Jangan rendam anggota putus secara langsung ke dalam ais. 5. Hantar mangsa ke hospital.

TEMPAT-TEMPAT TEKANAN PENDARAHAN SEMASA PENDARAHAN / LUKAa) Temporal arteri di hadapan telinga.b) Facial arteri 1 inci ke hadapan liku rahang bawah.c) Karotik arteri 1 inci ke kanan atau kiri biji halkum.d) Subclavian arteri ke dalam ruang sebelah atas pertengahan. tulang rusuk pertama di belakang tulang selangka.e) Axillary arteri arah atas menuju kepala tulang humeous.f) Brachial arteri pergelangan siku.g) Radial arteri bahagian atas pergelangan tangan. h) Ulna arteri bahagian bawah pergelangan tangan.i) Femoral pertengahan lipatan paha.j) Popliteal arteri di belakang lutut.k) Anterior tibial pergelangan kaki.

6.6PATAHPatah merupakan kecederaan yang melibatkan mana-mana bahagian tulang, sama ada ianya retak, putus, pecah, remok, serpihan atau sebagainya.JENIS-JENIS PATAHJenis PatahGambar

Patah tebu (Green stick fracture) Kepatahan separa di mana tulang patah dan membengkok. Darah tidak mengalir keluar. Selalu terjadi kepada kanak-kanak.

Patah remuk (Comminuted) Kepatahan tulang yang menjadi serpihan kecil akibat dari impak yang sangat kuat.

Patah melintang (Tranverse) Kepatahan yang mendatar atau merentas disebabkan oleh aktiviti yang sangat lasak.

Patah terpusing (Spiral) Kepatahan yang disebabkan dari daya putaran yang kuat dan menghasilkan kepatahan seperti spring.

Patah menyerong (Oblique) Kepatahan yang bersudut tajam yang disebabkan dari hentakan kuat secara tiba-tiba.

Patah lesung (Impacted) Patah yang tulangnya cucuk-mencucuk antara satu sama lain. Kepatahan yang terjadi akibat terjatuh dari tempat yang tinggi dan terpecah dari pelbagai sudut.

RAWATAN AM PATAHi. Letak pesakit dalam keadaan selesa. Rawatan patah hendaklah dilakukan di tempat kejadian kecuali keadaan berbahaya di situ.ii. Tenangkan mangsa sekiranya mangsa dalam keadaan sedar.iii. Sekiranya mangsa pengsan, periksa pernafasan dan nadinya.iv. Lakukan CPR sekiranya nadi dan pernafasan terhenti. Apabila mangsa pulih, rawatan pendarahan hendaklah dilakukan.v. Hentikan pendarahan secara kaedah langsung atau tidak langsung mengikut kesesuaian.vi. Ampu bahagian yang patah dengan menggunakan tuap atau anduh mengikut keadaan dan tempat yang patah. vii. Dapatkan bantuan perubatan segera.

Gambar menunjukkan anduh atau balutan patah.

6.7TERSELIUHKecederaan di bahagian sendi akibat daya dari luar yang kuat menyebabkan ligamen tertarik atau koyak. Kawasan kecederaan biasa di pergelangan tangan atau kaki serta lutut.

Gambar menunjukkan jenis-jenis terseliuh pada kaki. Rawatan : RICEi. Rehatkan bahagian yang cedera. (Rest)ii. Letakkan ais yang telah dibungkus di dalam kain ke tempat cedera (Ice)iii. Balut tempat yang cedera. (Compression)iv. Tinggikan tempat cedera dari paras jantung (Elevation)v. Hantar ke hospital.

6.8BALUTANJENIS BALUTAN ANDUH

A) Balutan Tangan

B) Balutan Dada DepanBelakang

C) Balutan KepalaCara menutup luka pada hidung dan dagu

Cara menutup luka pada telinga dan dagu

Cara menutup luka pada mata

D) Balutan Bahu

E) Balutan Paha

F) Balutan Siku

G) Balutan Lutut

H) Balutan Lengan

I) Balutan Tapak Kaki J) Balutan Jari

K) Anduh Segitiga

L) Balutan cincin

Langkah-langkah:Selepas kita menggulungkn kain anduh seperti yang ditunjukkan kita balutkan ia seperti gelang atau lebih senang dipanggil seperti cincin.Fungsi: a. Balutan cincin ini digunakan untuk menghalang tulang/benda tajam yang tertusuk masuk dalam anggota badan kita supaya tidak bergerak ke tempat lain.b. Juga digunakan untuk menutup luka.M) Balutan anduh kecil / anduh pergelangan tangan

Langkah-langkah:a. Letakkan tapak tangan yang tercedera di atas kain anduh, kemudian tarik dan letakkan bucu atas kain anduh di atas tangan.b. Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah.c. Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan.

Fungsi:a. Digunakan dalam keadaan patah tulang atau pendarahan. Menggunakan sebarang bentuk balutan tanpa menggunakan pembalut segi tiga.

N) Balutan anduh besar / anduh lengan

Langkah-langkah: a. Letakkan bucu kain atas anduh pada siku lengan yang cedera.b. Kemudian ikatan buku sila diikatkan pada atas bahu.c. Akhir sekali, letakkan bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi ke bahagian dalam dengan dipinkan atau dilipat supaya nampak lebih kemas.

Fungsi:a. Mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera.b. Mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas.

CARA MEMBALUT KAIN ANDUH LIPATAN TIGA SEGI a. Lipatan lebar- Lipat dalam bentuk lipatan lebar bagi menutup tuap (splinta) atau bebatan pada bahagian besar badan.b. Lipatan kecil - Lipat dalam bentuk lipatan kecil untuk menutup bebatan luka kecil.c. Lipatan pelapik - Lipat dalam bentuk pelapik padat untuk mengawal pendarahan

IKATAN KAIN ANDUH IKATAN SIMPUL SILAApabila mengikat anduh, gunakan lipatan buku sila kerana ia adalah ikatan yang rata, kemas dan tidak mudah lucut.

6.9MELECUR

Gambar menunjukkan melecur pada tangan.Kecederaan yang disebabkan oleh benda panas yang lembab atau basah. Contohnya wap, stim, air panas, minyak panas, tar panas dan lain-lain.Melecur terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori terbakar luaran dan terbakar dalaman. Melecur luaran menyebabkan kulit luar yang terlibat. Manakala terbakar peringkat kedua (dalaman) melibatkan tisu-tisu dalam. Contohnya terkena asid dan alkali. Terbakar dan melecur yang melibatkan 10% boleh menyebabkan terjadinya renjatan kepada mangsa.

PENGIRAAN PERATUSAN MELECURPengiraan peratusan terbakar dan melecur dinamakan kaedah Sembilan (rule of nine).a. Bahagian kepala dan leher 9%b. Sebelah anggota atas 9%c. Bahagian depan badan 18%d. Bahagian belakang badan 18%e. Sebelah anggota bawah 18%f. Bahagian kemaluan 1%

RAWATAN AM MELECURi. Pindahkan mangsa ke tempat yang selamat dan berudara.ii. Alirkan air atau rendam anggota yang tercedera beberapa ketika bagi tujuan menyejuk atau mengurangkan kepekatan asid atau alkali yang terkena.iii. Tenangkan mangsa.iv. Longgarkan pakaian dan tanggalkan benda yang dipakai oleh mangsa. Contohnya cincin, subang, gelang dan sebagainya. Ini disebabkan tempat cedera akan bengkak dan sukar untuk menanggalkan peralatan tersebut.v. Sekiranya pesakit dalam keadaan renjatan, pulihkan renjatan mangsa terlebih dahulu. vi. Jangan tanggal benda asing yang melekat pada tempat cedera. Contohnya pakaian yang melekat.vii. Cuci tempat cedera dengan cermat. Balut atau tutup bagi mengelakkan jangkitan.viii. Jangan sapu krim atau minyak di tempat cedera.ix. Jangan pecahkan gelembung kerana mudahkan jangkitan.x. Jika pesakit dalam keadaan stabil beri minum air yang banyak bagi menggantikan kehilangan cecair yang hilang.xi. Dapatkan rawatan perubatan segera.

6.10RACUN DAN KERACUNANRacun merupakan bahan-bahan yang berbentuk cecair, pepejal, debu atau gas yang bila mana ianya diambil atau masuk ke dalam tubuh badan melebihi dari sukatan yang sepatutnya, maka ianya akan menjejaskan kesihatan badan.

RAWATAN AM KERACUNANi. Tenangkan mangsa.ii. Longgarkan pakaian mangsa.iii. Sekiranya mangsa dalam keadaan pengsan, periksa gerak nadi dan penafasan. Beri bantuan CPR jika perlu.iv. Cari punca-punca keracunan melalui tanda-tanda di badan atau bekas-bekas yang terdapat di sekeliling mangsa.v. Letakkan mangsa di dalam baringan separuh meniarap sekiranya mangsa dalam keadaan pengsan.vi. Dapatkan rawatan perubatan.

6.11PITAMPitam berlaku akibat kekurangan pengaliran darah ke bahagian otak yang menyebabkan terganggu fungsi tubuh badan sementara waktu. Ini menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri buat sementara.RAWATAN AM PITAMi. Bawa mangsa ke tempat yang teduh dan sementara.ii. Baringkan mangsa dan tinggikan bahagian kaki atau dudukan dan tundukkan kepala mangsa ke bawah.iii. Longgarkan pakaian mangsa.iv. Tenangkan mangsa.v. Dongakkan kepala mangsa dan betulkan saluran pernafasan jika sekiranya mangsa telah pengsan.vi. Apabila mangsa telah pulih, berikan minuman.vii. Rawat kecederaan jika mangsa mengalami kecederaan.viii. Dapatkan rawatan perubatan jika perlu.

6.12PEMULIHAN PERNAFASANTerdapat beberapa kaedah pemulihan pernafasan yang boleh dipraktikkan semasa mangsa mengalami terhenti pernafasan. Kaedah-kaedah ini ialah:a) Pemulihan mulut ke mulutb) Pemulihan mulut ke hidungc) Pemulihan mulut ke lubang pernafasan di tengkokd) Kaedah Holger Neilsone) Kaedah Selvesters f) Kaedah Schafers

(a) Pemulihan mulut ke mulutCara pratiknya:1. Rapatkan mulut pemulih ke mulut si mangsa.2. Tutup hidung mangsa secara picitan hidung.3. Lakukan hembusan selama kira-kira 1 hingga 1.5 saat sambil mata memerhatikan bahagian dada mangsa4. Hembusan yang betul akan memperlihatkan pergerakan dada naik dan tiada kebocoran dari celah bibir mangsa.5. Lepaskan picitan hidung mangsa agar udara dapat keluar melalui hidung.6. Lakukan sekali hembusan setiap 5 saat bagi mangsa orang dewasa. Manakala, 1 hembusan setiap 3 saat bagi kanak-kanak dan bayi.7. Pemulihan perlu dijalankan berterusan sehingga mangsa dapat bernafas sendiri atau apabila tiba bantuan perubatan.

(b) Pemulihan mulut ke hidungKaedah ini boleh dilakukan sekiranya timbul masalah pada bahagian mulut mangsa di mana kaedah pemulihan secara mulut ke mulut tidak dapat dilakukan. Cara praktiknya:1. Rapatkan mulut pemulih ke bahagian hidung si mangsa.2. Tutup bahagian mulut mangsa supaya udara yang dihembus tidak keluar melalui mulut.3. Pemulih menghembus udara dari mulut ke hidung mangsa. Semasa hembusan, perhatikan naik dan turun bahagian dada bagi menentukan udara masuk atau tidak ke paru-paru.4. Buka mulut mangsa dan biarkan udara keluar.5. Masa yang diambil bagi setiap hembusan adalah seperti kaedah mulut ke mulut.

(c) Pemulihan pernafasan melalui lubang pernafasan di leherKaedah ini dilakukan bagi mangsa yang menjalani pembedahan tebukan saluran pernafasan kerana mengalami masalah tidak dapat bernafas melalui hidung.Cara praktiknya:1. Rapatkan mulut pemulih ke lubang tiub getah mangsa di bahagian leher mangsa.2. Beri hembusan sambil mata memerhati bahagian dada mangsa bagi jarak menentukan dada mengembang atau tidak.3. Jarak setiap hembusan adalah sama seperti kaedah yang diterangkan dahulu.

(d) Kaedah Holger NielsonKaedah ini sesuai dilakukan bagi mangsa yang mengalami terhenti pernafasan. Kaedah ini tidak sesuai dilakukan bagi mangsa-mangsa yang mengandung atau gemuk dan berperut buncit.Cara praktiknya:1. Mangsa dibaringkan dalam baringan meniarap dengan lengan dan tangan mangsa mengampu bahagian kepala dan mukanya.2. Palingkan muka mangsa ke kiri/kanan dan donggakkan kepala mangsa ke hadapan supaya saluran pernafasan mangsa terbuka.3. Pemulih duduk separuh melutut di bahagian kepala mangsa.4. Kedua-dua tangan pemulih diletakkan di bahagian kiri dan kanan tulang scapula.5. Kenakan tekanan dengan menggunakan berat badan selama kira-kira 2 saat di bahagian tulang scapula mangsa.6. Angkat bahagian kedua-dua siku mangsa ke atas supaya rongga dada mangsa mengembang. Lakukan selama kira-kira 2 saat.7. Letakkan kembali tangan pemulih ke bahagian tulang scapula mangsa.8. Kaedah ini dilakukan berulang kali sehingga mangsa bernafas kembali atau sehingga tiba bantuan perubatan.

(e) Kaedah SelvestersCara praktiknya:1. Letakkan mangsa dalam baringan melentang.2. Pemulih melutut di bahagian kepala mangsa dengan bahagian lutut pemulih mengepit bahagian kepala mangsa.3. Dongakkan kepala mangsa.4. Pegang kedua belah pergelangan tangan mangsa dan letakkan di bahagian dada mangsa.5. Kenakan tekanan di bahagian dada menggunakan berat badan pemulih. Jangan gunakan kaedah kekuatan tenaga menekan dada mangsa kerana ini boleh mencederakan dada mangsa.6. Tekanan dilakukan selama kira-kira 2 saat.7. Angkat dan depankan kedua-dua belah tangan mangsa supaya memberi ruang dada dan mengembang kira-kira 2 saat.8. Kembalikan tangan ke bahagian dada dan lakukan kaedah ini berulang kali sehingga mangsa pulih atau bantuan tiba.

(f) Kaedah SchafersCara praktiknya:1. Letakkan mangsa dalam baringan meniarap dengan bahagian tangan mangsa mengampu bahagian kepalanya.2. Pemulih duduk melutut selari dengan bahagian pinggang / punggung mangsa dengan muka mengarah ke arah kepala mangsa.3. Letakkan kedua-dua belah tangan di bahagian pinggang mangsa. Kenakan tekanan dengan menggunakan berat badan ke atas mangsa selama kira-kira 2 saat.4. Balikkan badan pemulih ke tempat melutut bagi melemahkan tekanan.5. Kaedah ini dilakukan berulang-ulang kali sehingga mangsa pulih atau sehingga tibanya bantuan perubatan.

6.13RESUSITASI KARDIOPULMONARI (CPR)Resusitasi kardiopulmonari (CPR) adalah penghubung penting dalam kitar mandiri kepada mangsa yang mengalami denyutan jantung atau pernafasan terhenti. CPR termasuklah pernafasan mulut ke mulut (ataupun pernafasan bantuan dengan cara yang lain) dan tekanan dada untuk memastikan darah yang mengandungi oksigen akan terus mengalir ke otak dan organ-organ penting.

Sebab-sebab CPRCPR diperlukan bagi mangsa yang jantung berhenti menyebabkan mangsa pengsan dalam beberapa saat. Pertolongan cemas yang terbaik adalah menghubungi sistem rawatan kecemasan dengan segera. CPR boleh dilaksanakan dengan segera, defibrilasi, dan rawatan lanjutan akan membolehkan mengsa mempunyai peluang untuk dipulihkan. terhenti pernafasan tiada nadi

Teknik CPRCPR merangkumi tiga kemahiran penyelamat asas: saluran pernafasan dan edaran darah (ataupun disebutkan sebagai ABCs of CPR): -

(a) Saluran pernafasan (Airway)Ini merupakan tindakan pertama yang perlu dilakukan dalam proses CPR. Tindakan utama untuk kejayaan resusitasi ialah membuka saluran pernafasan serta merta dengan membetulkan posisi kepala mangsa. Perlu diingat bahawa bahagian belakang lidah dan epiglotis selalu menghalang saluran pernafasan mangsa yang tidak sedarkan diri kerana lidah dan epiglotis di bahagian bawah rahang. Dengan cara mendongakkan kepada ke belakang dan mengangkat dagu dapat membuka saluran pernafasan. Kedudukan ini akan mengnagkat lidah mangsa dari arah belakang tekak supaya ia tiadk menghalang laluan udara.

(b) Pernafasan (Breathing)Selepas saluran pernafasan dibuka, tindakan seterusnya yang perlu anda lakukan adalah memeriksa pernafasan mangsa. Dekatkan telingan anda di sisi mulut dan hidung mangsa dengan keadaan muka menghadap ke dada mangsa. Keadaan tersebut membolehkan anda mendengar bunyi nafas,merasa hembusan nafas, dan mata anda memandang tepat ke arah dada untuk melihat pergerakan turun-naik dada.Apabila pernafasan terhenti, badan kita hanya mempunyai oksigen yang masih ada dalam peparu dan darah. Oleh sebab itu, apabila pernafasan terhenti, mangsa akan mati sejurus selepas itu. Bantuan pernafasan mulut ke mulut adalah cara yang tercepat untuk menyampaikan oksigen ke peparu mangsa. Udara yang anda hembus mengandungi cukup oksigen untuk membantu sekurang-kurangnya menampung sebahagian daripada keperluan mangsa. Pernafasan bantuan perlu diteruskan sehingga bantuan perubatan tiba. Sekiranya mangsa masih tidak sedar tetapi bernafas dengan tiada tanda-tanda trauma, anda perlu meletakkan mangsa dalam posisi pemulihan. Jika jantung mangsa masih berdenyut, anda perlu pastikan saluran pernafasan sentiasa terbuka dan berikan bantuan pernafasan. Jika jantung mangsa tidak berdenyut, bantuan pernafasan dan tekanan dada perlu dimulakan.

(c) Peredaran darah (Circulation)Langkah ketiga adalah untuk mengekalkan peredaran darah. Langkah ini perlu dilakukan sekiranya jantung mangsa telah terhenti ataupun nadi mangsa telah tidak berdenyut. Sekiranya mangsa mempunyai denyutan nadi, anda hanya perlu meneruskan langkah kedua iaitu bantuan pernafasan sehingga mangsa boleh bernafas dengan sendiri.Tekanan dada perlu dilakukan bagi mengekalkan edaran darah ke peparu, otak, arteri koronari, dan organ-organ penting yang lain. Semasa tekanan dilakukan, tangan anda hendaklah sentiasa lurus. Gunakan berat badan anda untuk melakukan tekanan. Pastikan kedudukan tekanan di tulang dada dan sekitar dua jari dari atas hulu hati.Apabila tekanan dada, bantuan pernafasan mulut ke mulut juga patut dilakukan. Apabila mangsa pulih (mula bernafas dan kembali bernadi), letakkan mangsa dalam posisi pemulihan.

Panduan Lengkap CPRDengan cara ini, apabila berlaku sebarang kecemasan, anda dapat menolong menyelamatkan nyawa. Sebelum melakukan CPR, kita perlu menilai situasi mangsa (primary survey) dan bertindak berasaskan prinsip DRABC. TINDAKAN TATACARA PELAKSANAANILUSTRASI

D- DANGER (Bahaya) Lihat kawasan persekitaran jika ada sebarang tanda-tanda bahaya. Pastikan keselamatan anda dan mangsa anda. Alihkan bahaya dari mangsa atau alihkan mangsa dari bahaya. Pastikan kawasan selamat. Pastikan mangsa dalam keadaan baring di permukaan yang keras dan rata.

R- RESPONS (Tindak Balas / Reaksi) Panggil mangsa atau kejutkan beliau.- Hello! Hello! Sir/ Madam. Are you ok? I am here to help you. Tepuk atau gerakkan bahunya dengan perlahan-lahan. Jika tiada tindak balas dari mangsa, lekas minta bantuan orang ramai untuk menghubungi ambulans atau nombor kecemasan tempatan.

A- AIRWAY(Saluran Udara) Betulkan kedudukan mangsa. Berlutut di sisi mangsa. Buka saluran pernafasan. Dongakkan kepala mangsa untuk membuka saluran pernafasan dengan kaedah Head Tilt or Chin Lift or Jaw Thrust / Dongak Kepala Angkat Dagu. Angkat dagu perlahan-lahan dengan satu tangan sambil menolak dahi ke bawah dengan sebelah tangan lagi.

B- BREATHING(Pernafasan) Periksa pernafasan mangsa dengan membuat 3M (Melihat, Merasa dan Mendengar) Lakukan dengar-rasa-lihat untuk 10 saat. Jika tiada pernafasan, beri 2 hembusan bantuan. Memicit hidung mangsa hingga tertutup sepenuhnya, dan melakukan hembusan udara dari mulut ke mulut atau menggunakan alat yang khas. Kaedah ini membolehkan mangsa menerima lebih gas oksigen yang masuk ke paru-parunya. Perhatikan pergerakan dada mangsa. Kitaran ini akan berterusan iaitu 30 tekanan dada dan 2 kali hembusan nafas, sehinggalah bantuan ambulan sampai dan kakitangan yang telah dilengkapi dengan peralatan yang lebih sesuai mengambil alih tugas melaksanakan CPR.

C- COMPRESS(Peredaran / Pengaliran Darah Dari/Ke Jantung) Cari tempat tekanan- pertengahan tulang sternum. Tetapkan keadaan kedua-dua belah tangan di mana kedua telapak tangan bertindan menghadap ke bawah, dan jari-jari menyelangi di antara satu sama lain. Pastikan lengan anda lurus, dan letakkan serta tetapkan posisi dasar tapak tangan anda di tengah dada mangsa. Lakukan tekanan dada mangsa dengan menggunakan kekuatan berat badan anda. Tekanan dada akan menolong mengepam jantung mangsa yang telah berhenti dan menggerakkan semula aliran darah. Beri tekanan jantung 30 kali pada dada mangsa dan diikuti dengan 2 kali hembusan. Pastikan tekanan dada tertekan ke dalam sekurang-kurangnya 2 inci. Sasarkan sebanyak 100 kali tekanan dada dalam masa 1 minit. Teruskan tekanan sehingga 5 kali pusingan sehinggalah pertolongan sampai. Lihat jika ada tanda-tanda bernyawa- batuk, bernafas atau pergerakan. Tunggu kehadiran ambulan.

Selepas setiap 30 tekanan, beri 2 hembusan. Jika tiada nadi, mulakan CPR dengan tekanan dada. Jika ada nadi, beri bantuan pernafasan setiap 5 saat sebanyak 12 kali seminit. Pada akhir kitaran kelima, sila periksa nadi. Penilaian: tentukan ketiadaan nadi. Letakkan 2 atau 3 jari ke halkum. Letakkan jari ke lekuk di antara halkum dan otot di leher. Rasa nadi carotid. Jika tiada nadi, mulakan kitaran pertama 30 tekanan dada dan 2 hembusan pernafasan.

Berdasarkan Garis Panduan CPR terkini (American Heart Association 2010), bagi mereka yang tidak biasa dan tidak tahu tentang CPR, hanya perlu melakukan kaedah Tekanan Dada sahaja, dan tidak perlu melakukan pertolongan pernafasan. Tekanan Dada adalah lebih mudah dan lebih selesa untuk dilaksanakan bagi meneruskan bekalan darah bagi mereka yang mengalami serangan jantung yang menyebabkan jantungnya terhenti dan ia mungkin boleh menyelamatkan nyawa mangsa.

Bantuan untuk Mangsa Tercekik bagi Orang Dewasa yang SedarTINDAKAN TATACARA PELAKSANAANILUSTRASI

Pastikan mangsa boleh bercakap atau batuk Penyelamat boleh bertanya : Anda tercekik? Mangsa mungkin menunjukkan isyarat yang biasa bagi orang tercekik seperti memegang leher di antara ibu jari dan jari telunjuk.

Lakukan Helmlich Maneuver

Berdiri di belakang mangsa dan letakkan kedua tangan anda di antara pusat dan diafragma. Tekanan abdomen menggunakan genggaman tangan dengan cepat ke arah dalam dan ke atas sebanyak antara 6-10 kali. Tekanan di bawah diafragma hingga benda asing yang tersekat keluar.

Tekanan Dada Berdiri di belakang mangsa dan letakkan kedua tangan di bawah ketiak mangsa supaya mengelilingi dadanya. Tekan dengan cepat arah ke dalam sebanyak antara 6-10 kali. Tekanan dada boleh dilakukan kepada mangsa yang bertubuh besar atau yang sarat mengandung.

Saluran pernafasan tersekat : Orang dewasa yang tidak sedar atau hampir tidak sedar TINDAKAN TATACARA PELAKSANAANILUSTRASI

Dapatkan /hubungi bantuan sistem rawatan kecemasan Buat panggilan 999.

Periksa untuk melihat benda asing yang tersekat

Cuba cungkil untuk mengeluarkan benda asing dari dalam mulut.

Cuba beri bantuan pernafasan Buka saluran pernafasan dan berikan 2 hembusan. Sekiranya perlu betulkan posisi kepala dan cuba lagi.

Jika saluran pernafasan tersekat, lakukan Helmlich Maneuver Berlutut di paha mangsa. Letakkan pangkal tapak tangan di tengah-tengah abdomen mangsa di antara pusat dan diafragma.

Ulangi langkah di atas sehingga berjaya Letak tangan sebelah lagi di atas tangan ini. Tekan abdomen mangsa dengan tekanan arah ke atas dengan cepat sebanyak antara 6-10 kali. Lakukan langkah-langkah di atas dengan segera secara berurutan:1. Masukkan jari ke dalam mulut (cungkil).2. Berikan bantuan pernafasan.3. Lakukan tekanan abdomen.

RINGKASAN CPR

6.14GAMBAR ASAS PERTOLONGAN CEMASBALUTAN ANDUHAnduh BesarAnduh Tiga Segi

Anduh Kecil/ Anduh Leher1. 2. Pergelangan Tangan

Balutan mudah (Spira)Balutan Kepala

Balutan CincinBalutan untuk Kaki

KAEDAH PEMINDAHAN MANGSA (1 DENGAN 1)

Kaedah MenopangKaedah Mendukung

Kaedah Usungan Bomba

KAEDAH PEMINDAHAN MANGSA (2 DENGAN 1)

Kaedah Usungan KerusiKaedah Usungan Tangan Bersilang

KAEDAH PEMINDAHAN MANGSA (4 DENGAN 1)

1. Memindah mangsa ke pengusung dengan berhati- hati.

2. Keempat- empat orang pengusung merendahkan badan ke lantai dan letakkan lutut kanan ke lantai bagi pengusung sebelah kanan manakala bagi pengusung sebelah kiri, letak lutut kiri mereka. Mereka haruslah bersedia untuk mengangkat mangsa usungan.3.

4. Ketua pembawa usungan beri hukuman berdiri; angkat usungan dan jalan. Langkah kaki sebelah dalam terlebih dahulu.

TEKNIK- TEKNIK DAN CARA PELAKSANAAN RESUSITASI KARDIO ALMONARI (ORANG DEWASA)

1. Goncang bahu dan panggil nama mangsa bagi menentukan tahap kesedaran mangsa.jika mangsa adalah tidak sedar, panggil orang yang bersebelahan untuk menghubungi hospital terdekat sebelum melaksanakan CPR.

2. Periksa pernafasan mangsa sambil memerhati pergerakan dada mangsa.

3. Beri bantuan pernafasan secara mulut ke mulut. Picit hidung dan mulut mangsa. Tarik nafas dan rapatkan betul- betul ke mulut, hidung dan lubang pernafasan mangsa dan berikan hembusan.

4. Beri 30 tekanan dan 2 hembusan pernafasan. Jika tiada nadi, mulakan CPR dengan tekanan dada, jika ada nadi, beri bantuan pernafasan setiap lima saat sebanyak 12 kali seminit. Ini akan dilakukan selama 5 kali.

5. Menilai dan tentukan nadi. Pembantu mangsa harus meletakkan 2 atau 3 jari ke halkum dan otot di leher supaya merasa nadi carotid. Jika tiada nadi, mulakan kitaran pertama dan 30 tekanan dada dan 2 hembusan pernafasan.

TAJUK 7: ASAS KAWAD KAKI7.1 SEDIA Skuad, skuad sedia Depan

Belakang

Sisi

7.2 TAKLIMAT MASUK BARIS Dengar sini semua sekali, skuad apabila dapat hukuman, tiga barisan di hadapan saya gerak, skuad hendaklah sedia, berlari, berbaris, bertiga-tiga di hadapan saya berada skuad (x3) Tiga barisan di hadapan saya g