orang sumber

6
ORANG SUMBER Orang Sumber : Encik Ahmad bin Mohammed Pekerjaan : Guru Sejarah Bersara Umur : 60 tahun Alamat : 25-3, Jalan Jelawat 3, Taman Sri Sentosa, 84000 Muar. Berikut ialah temu ramah saya dengan orang sumber yang dijalankan pada 9 April 2008. Soalan : Mengikut pengetahuan tuan, bolehkah tuan ceritakan asal usul permainan tradisional wau di Negara kita ? Jawapan : Mengikut apa yang dicatatkan, wau telah direka sejak tahun 711 Masihi. Ia telah dicipta oleh Sang Jaya yang telah berjaya

Upload: daniel-koh

Post on 23-Dec-2015

229 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

sdasfsf

TRANSCRIPT

Page 1: Orang Sumber

ORANG SUMBER

Orang Sumber : Encik Ahmad bin Mohammed

Pekerjaan : Guru Sejarah Bersara

Umur : 60 tahun

Alamat : 25-3, Jalan Jelawat 3, Taman Sri Sentosa, 84000 Muar.

Berikut ialah temu ramah saya dengan orang sumber yang dijalankan pada 9

April 2008.

Soalan : Mengikut pengetahuan tuan, bolehkah tuan ceritakan asal usul permainan

tradisional wau di Negara kita ?

Jawapan : Mengikut apa yang dicatatkan, wau telah direka sejak tahun 711 Masihi. Ia

telah dicipta oleh Sang Jaya yang telah berjaya dalam peperangan. Akan

tetapi ada juga cerita mitos yang mengatakan bahawa wau dicipta oleh sepasang

suami isteri yang tidak beranak untuk menandakan kesyukuran mereka yang

akhirnya berjaya mendapat seorang anak gadis. Selain daripada itu, ada yang

kata wau ini sebenarnya berasal dari Negara Cina sejak 3000 tahun dahulu.

Soalan : Bolehkan tuan ceritakan cara membuat wau ?

Jawapan :Sebenarnya saya tiada pengalaman membuat wau tetapi saya pernah

menyaksi orang dari pantai timur membuat wau. Pembuatan wau bermula

dengan kerja meraut buluh untuk dijadikan rangka, mengimbangkan kepak

dan melekatkan kertas pada rangka wau. Kemudian ikatkan kedua-duanya

dengan seutas benang. Rangka yang siap akan ditampal dengan tiga lapis

kertas lutsinar yang berlainan warna. Di hujung kepala dan kepak akan

dihiasi dengan rambu-rambu halus yang berwarna-warni. Setelah itu, pasang

busul di bahagian belakang tengkuk wau untuk mengeluarkan bunyi

berdengung semasa wau diterbangkan. Akhir sekali, ikat tali yang dikenali

Page 2: Orang Sumber

Teraju Tiga di bahagian kiri dan kanan kepak serta di bawah wau.

Soalan :Setelah siap dibuat, bagaimanakan pula wau dimainkan ?

Jawapan :Permainan wau melibatkan dua orang pemain iaitu juru anjung dan jurumain

tali. Juru anjung akan memegang tali manakala jurumain tali akan

memegang wau 15 hingga 25 meter dari juruanjung. Mula-mula kena

pastikan keseimbangan, barulah jurumain tali melepaskan wau, jurumain tali

akan menarik tali sambil berlari. Biasanya wau boleh dinaikkan sehingga

ketinggian 500 meter hingga 600 meter. Setelah siap dinaikkan, tali wau

akan diikatkan pada pangkal pokok dan bolehlah menikmati kemerduan

bunyi berdengung yang dikeluarkan wau.

Soalan : Terdapat berapa jenis wau di Negara kita ?

Jawapan :Ada berbagai-bagai jenis wau di Malaysia. Antaranya termasuklah Wau Bulan,

Wau Kucing, Wau Katak, Wau Ikan dan Wau puyuh. Wau yang paling

popular ialah Wau Bulan yang berbentuk seperti bulan sabit.

Soalan :Biasanya bilakah masa wau dimainkan ?

Jawapan :Permainan wau biasanya dilakukan selepas musim menuai padi kerana

sawah padi adalah kawasan yang sesuai sebagai tempat bermain wau.

Kadang-kadang permainan wau juga dimainkan di tepi pantai.

Soalan :Apakah tujuan wau dimainkan ?

Jawapan :Wau dimainkan bukan sahaja untuk hiburan tetapi juga untuk pertandingan

yang dianjurkan oleh sebuah badan yang tertentu.

Soalan :Apakah syarat pertandingan ?

Jawapan :Markah-markah akan dipertimbangkan dari kecantikan bentuk, hiasan, suara

dengung dan tinggi naiknya.

Soalan :Terima kasih kepada tuan kerana sudi memberi maklumat yang begitu

Page 3: Orang Sumber

terperinci kepada saya.

Jawapan :Sama-sama.