operasi mahkamah syariah negeri sembilan sepanjang … · 2020. 11. 18. · (sop) dan garis panduan...

51
1 OPERASI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN SEPANJANG PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) Garis Panduan ini disediakan sebagai garis panduan kepada Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan (JKSNS) bertujuan sebagai panduan dan penyelarasan pengendalian kes semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan melalui kebenaran yang diberikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Surat Operasi Pejabat Kerajaan Semasa PKPB yang dipanjangkan oleh Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, akan beroperasi bagi mengendalikan perbicaraan kes-kes mendesak yang memerlukan penyelesaian segera semasa dalam tempoh PKPB. Sebagai langkah menyokong kerajaan dalam membendung penularan wabak COVID- 19, pengurusan kes-kes tersebut dibuat berdasarkan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang disediakan beserta apa-apa arahan lanjut oleh pihak Majlis Keselamatan Negara dan garis panduan pengurusan COVID-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari semasa ke semasa. Dalam hal ini apa-apa arahan lanjut dari MKN akan diberikan keutamaan. Kaedah biasa dalam penyediaan kehakiman Syariah perlu disesuaikan dengan norma baharu supaya akses kepada slogan ‘Syariah Asas Keadilan’ tidak terhenti. Jabatan ini juga berhak untuk meminda Garis Panduan ini tertakluk kepada situasi semasa. Garis Panduan Operasi Mahkamah Syariah Negeri Sembilan ini akan berkuatkuasa mulai 19 November, 2020 sehingga tamat PKPB atau apa-apa arahan lain yang membatalkannya.

Upload: others

Post on 28-Nov-2020

29 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: OPERASI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN SEPANJANG … · 2020. 11. 18. · (SOP) dan garis panduan yang disediakan beserta apa-apa arahan lanjut oleh pihak Majlis Keselamatan Negara

1

OPERASI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN

SEPANJANG PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)

Garis Panduan ini disediakan sebagai garis panduan kepada Jabatan Kehakiman Syariah

Negeri Sembilan (JKSNS) bertujuan sebagai panduan dan penyelarasan pengendalian

kes semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Jabatan

Kehakiman Syariah Negeri Sembilan melalui kebenaran yang diberikan oleh Majlis

Keselamatan Negara (MKN) dan Surat Operasi Pejabat Kerajaan Semasa PKPB yang

dipanjangkan oleh Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, akan beroperasi

bagi mengendalikan perbicaraan kes-kes mendesak yang memerlukan penyelesaian

segera semasa dalam tempoh PKPB.

Sebagai langkah menyokong kerajaan dalam membendung penularan wabak COVID-

19, pengurusan kes-kes tersebut dibuat berdasarkan kepada Prosedur Operasi Standard

(SOP) dan garis panduan yang disediakan beserta apa-apa arahan lanjut oleh pihak Majlis

Keselamatan Negara dan garis panduan pengurusan COVID-19 yang dikeluarkan oleh

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari semasa ke semasa. Dalam hal ini apa-apa

arahan lanjut dari MKN akan diberikan keutamaan.

Kaedah biasa dalam penyediaan kehakiman Syariah perlu disesuaikan dengan norma

baharu supaya akses kepada slogan ‘Syariah Asas Keadilan’ tidak terhenti.

Jabatan ini juga berhak untuk meminda Garis Panduan ini tertakluk kepada situasi

semasa. Garis Panduan Operasi Mahkamah Syariah Negeri Sembilan ini akan

berkuatkuasa mulai 19 November, 2020 sehingga tamat PKPB atau apa-apa arahan

lain yang membatalkannya.

Page 2: OPERASI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN SEPANJANG … · 2020. 11. 18. · (SOP) dan garis panduan yang disediakan beserta apa-apa arahan lanjut oleh pihak Majlis Keselamatan Negara

2

SENARAI KANDUNGAN

1. OPERASI MAHKAMAH SYARIAH SEPANJANG PKPB

.......................................................................................................................................... 4

A) PEMFAILAN/ PENDAFTARAN .............................................................................................. 4

B) PERAKUAN SEGERA ............................................................................................................. 5

C) PERBICARAAN DAN SEBUTAN KES ................................................................................. 5

D) OPERASI PERKHIDMATAN KAUNTER .............................................................................. 6

E) SALURAN PERTANYAAN DAN MAKLUMAT LANJUT ..................................................... 7

F) PENDENGARAN KES SECARA TEKNOLOGI KOMUNIKASI JARAK JAUH ............... 7

2. GARIS PANDUAN BERADA DALAM PREMIS MAHKAMAH SYARIAH NEGERI

SEMBILAN DALAM TEMPOH PKPB ............................................................................... 8

A) SYARAT-SYARAT PERMOHONAN PERBICARAAN DI MAHKAMAH SYARIAH

DALAM TEMPOH PKPB ................................................................................................................. 8

B) PELAN LANTAI DEWAN BICARA KEDUDUKAN PIHAK-PIHAK SEMASA

PERBICARAAN DI MAHKAMAH SYARIAH SEMASA TEMPOH PKPB ............................... 10

C) CARTA ALIR PERBICARAAN DI MAHKAMAH SYARIAH.............................................. 11

DALAM TEMPOH PKPB ............................................................................................................... 11

3. GARIS PANDUAN PENGENDALIAN MAJLIS SULH SEPANJANG TEMPOH PERINTAH

KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) ........................................................ 12

4. GARIS PANDUAN PENDENGARAN KES MELALUI TEKNOLOGI KOMUNIKASI JARAK

JAUH JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN .................................... 14

A) ASAS PERTIMBANGAN PENDENGARAN KES SECARA SIDANG VIDEO............... 14

B) WAKTU OPERASI PENDENGARAN KES SECARA SIDANG VIDEO ......................... 17

C) TATACARA PENGENDALIAN KES MELALUI TEKNOLOGI KOMUNIKASI JARAK

JAUH ................................................................................................................................................. 18

Page 3: OPERASI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN SEPANJANG … · 2020. 11. 18. · (SOP) dan garis panduan yang disediakan beserta apa-apa arahan lanjut oleh pihak Majlis Keselamatan Negara

3

LAMPIRAN A .................................................................................................................. 19

SENARAI NO. TELEFON & NO. FAKS

MAHKAMAH SYARIAH SETIAP DAERAH DI NEGERI SEMBILAN

LAMPIRAN B .................................................................................................................. 20

BORANG PERAKUAN SEGERA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN

LAMPIRAN C .................................................................................................................. 21

CARTA ALIR PENDENGARAN/ PERBICARAAN KES SECARA DALAM TALIAN

LAMPIRAN D .................................................................................................................. 23

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN MAJLIS SULH SECARA DALAM TALIAN

LAMPIRAN E .................................................................................................................. 27

5. GARIS PANDUAN PENGENDALIAN RUNDINGCARA BAHAGIAN SOKONGAN

KELUARGA (BSK) SECARA DALAM TALIAN

LAMPIRAN F ................................................................................................................... 29

TATACARA PEMASANGAN PERISIAN MICROSOFT OUTLOOK CLIENT DENGAN

AKAUN MYGOVUC PENGGUNA

(UNTUK KEGUNAAN PIHAK MAHKAMAH SAHAJA)

LAMPIRAN G .................................................................................................................. 33

TATACARA PEMASANGAN PERISIAN SKYPE FOR BUSINESS CLIENT

(UNTUK KEGUNAAN PIHAK MAHKAMAH SAHAJA)

LAMPIRAN H .................................................................................................................. 38

TATACARA PEMASANGAN PERISIAN SKYPE FOR BUSINESS WEB

(UNTUK KEGUNAAN PELANGGAN MAHKAMAH SAHAJA)

LAMPIRAN I .................................................................................................................... 43

TATACARA MEMBUAT PANGGILAN SIDANG VIDEO SKYPE FOR BUSINESS

PENDENGARAN KES MELALUI PERISIAN MICROSOFT OUTLOOK CLIENT

(UNTUK KEGUNAAN PIHAK MAHKAMAH SAHAJA)

LAMPIRAN J ................................................................................................................... 50

BORANG PERMOHONAN PENDENGARAN KES MELALUI TEKNOLOGI KOMUNIKASI

JARAK JAUH

Page 4: OPERASI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN SEPANJANG … · 2020. 11. 18. · (SOP) dan garis panduan yang disediakan beserta apa-apa arahan lanjut oleh pihak Majlis Keselamatan Negara

4

1. OPERASI MAHKAMAH SYARIAH SEPANJANG PKPB

A) PEMFAILAN/ PENDAFTARAN

1. Kes-kes mendesak yang perlu didengar dan diberi perhatian segera. Permohonan

boleh dibuat dengan Perakuan Segera yang akan ditimbang teliti oleh Hakim Bicara

yang akan mendengar kes tersebut.

2. Kes-kes yang dikategorikan mendesak adalah:

i. Kes Fasakh (Kod kes 014) dengan alasan berlaku keganasan/ penderaan

rumahtangga (disokong dengan Laporan Polis dan Laporan Perubatan);

ii. Kes Pengesahan Lafaz Cerai di luar Mahkamah (Kod Kes 054);

iii. Kes permohonan Wali Hakim (Kod Kes 051);

iv. Kes perceraian dengan persetujuan bersama antara suami isteri (Seksyen 47

; Kod Kes 055);

v. Kes Permohonan Tegahan/ Injunksi terhadap gangguan (Kod Kes 005);

vi. Kes Permohonan Perintah Faraid (Kod Kes 040);

vii. Sebarang kes yang berjaya mencapai penyelesaian secara persetujuan

bersama (dengan kehadiran semua pihak dan dokumen yang lengkap);

viii. Kes-kes yang melibatkan had masa di bawah peruntukan undang-undang

yang berkuat kuasa seperti pemfailan Notis Rayuan dalam tempoh 14 hari dan

Semakan.

ix. Kes-kes lain yang mendapat kelulusan YAA Ketua Hakim Syarie Jabatan

Kehakiman Syariah Negeri Sembilan dan Ketua Pejabat Mahkamah Syariah

Daerah.

x. Bagi Kes Jenayah, hanya tertakluk kepada kes yang melibatkan Jaminan

Mahkamah akan tetapi Jaminan Penguatkuasa Agama sahaja (Jaminan PPA)

adalah digalakkan.

Page 5: OPERASI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN SEPANJANG … · 2020. 11. 18. · (SOP) dan garis panduan yang disediakan beserta apa-apa arahan lanjut oleh pihak Majlis Keselamatan Negara

5

B) PERAKUAN SEGERA

1. Bagi permohonan Perakuan Segera di Mahkamah Rayuan Syariah, Ketua

Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah akan mengendalikan dokumen Perakuan

Segera dan mendapatkan arahan selanjutnya daripada YAA Ketua Hakim Syarie.

2. Bagi Perakuan Segera di Mahkamah Tinggi Syariah, Pendaftar/ Penolong

Pendaftar Kanan Mahkamah Tinggi Syariah akan mengendalikan dokumen

Perakuan Segera dan mendapatkan arahan selanjutnya daripada Hakim

Mahkamah Tinggi Syariah.

3. Bagi Perakuan Segera di Mahkamah Rendah Syariah, Penolong Pendaftar

Mahkamah Rendah Syariah akan mengendalikan dokumen Perakuan Segera dan

akan mendapatkan arahan selanjutnya daripada Hakim Mahkamah Rendah

Syariah.

C) PERBICARAAN DAN SEBUTAN KES

1. Perbicaraan dan Sebutan Kes Mal, Jenayah, Majlis Sulh dan Rundingcara

Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) adalah ditangguhkan melainkan kes-kes

sebagaimana disebutkan dalam kategori mendesak (perkara (A)(1) di atas).

2. Bagi Majlis Sulh dan Rundingcara BSK boleh dijalankan melalui teknologi

komunikasi jarak jauh sekiranya mendapat persetujuan pihak-pihak terlibat.

3. Para pelanggan boleh berhubung terus dengan Mahkamah berkenaan (Ibu Pejabat

atau Mahkamah Syariah Daerah) atau layari http://bit.ly/semakankes untuk

semakan status terkini kes yang dijadualkan dalam tempoh PKPB ini.

Page 6: OPERASI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN SEPANJANG … · 2020. 11. 18. · (SOP) dan garis panduan yang disediakan beserta apa-apa arahan lanjut oleh pihak Majlis Keselamatan Negara

6

D) OPERASI PERKHIDMATAN KAUNTER

1. Waktu operasi kaunter perkhidmatan :

• Hari Isnin hingga Khamis : 8.30 pagi hingga 1.00 tengah hari

• Hari Jumaat : 8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari

• Hari Sabtu, Ahad &Cuti Umum : Tutup

2. Jumlah maksimum pelanggan yang dibenarkan berada di kaunter dalam satu-satu

masa adalah sebagaimana berikut :

BIL

LOKASI

JUMLAH PELANGGAN

1.

Ibu Pejabat/ Bandar Sri Sendayan (Kaunter Utama)

12 orang

2.

Ibu Pejabat/ Bandar Sri Sendayan (Kaunter Sulh)

10 orang

3.

Ibu Pejabat/ Bandar Sri Sendayan (Ruang menunggu MTS/BSK)

6 orang

4. Mahkamah Rendah Syariah Daerah

2 orang

3. Urusan yang dibenarkan adalah bagi tujuan pendaftaran kes sahaja dan urusan

dengan janji temu sahaja. Sebarang urusan lain seperti untuk mendapatkan

khidmat nasihat, mendapatkan status terkini kes dan sebagainya boleh diakses

melalui panggilan telefon ke Mahkamah Syariah berkenaan, semakan di

http://bit.ly/semakankes atau secara emel kepada pihak Jabatan.

Page 7: OPERASI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN SEPANJANG … · 2020. 11. 18. · (SOP) dan garis panduan yang disediakan beserta apa-apa arahan lanjut oleh pihak Majlis Keselamatan Negara

7

E) SALURAN PERTANYAAN DAN MAKLUMAT LANJUT

1. Sebarang pertanyaan lanjut boleh disalurkan melalui medium berikut:

i. Panggilan telefon terus dengan Mahkamah berkenaan (Ibu Pejabat atau

Mahkamah Syariah Daerah). Rujuk Lampiran A.

ii. Menghantar emel ke [email protected]

iii. Meninggalkan pesanan mesej dan komen di Media Sosial Rasmi Jabatan

Kehakiman Syariah Negeri Sembilan

FB Page: JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN

https://www.facebook.com/MahkamahSyariahN.Sembilan

iv. Mengikuti Saluran Telegram Rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Negeri

Sembilan.

Telegram: https://t.me/jksnN9

F) PENDENGARAN KES SECARA TEKNOLOGI KOMUNIKASI JARAK JAUH

1. Rujuk dan patuhi Garis Panduan Pendengaran Kes Melalui Teknologi Komunikasi

Jarak Jauh Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan.

Page 8: OPERASI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN SEPANJANG … · 2020. 11. 18. · (SOP) dan garis panduan yang disediakan beserta apa-apa arahan lanjut oleh pihak Majlis Keselamatan Negara

8

2. GARIS PANDUAN BERADA DALAM PREMIS MAHKAMAH

SYARIAH NEGERI SEMBILAN DALAM TEMPOH PKPB

A) SYARAT-SYARAT PERMOHONAN PERBICARAAN DI MAHKAMAH SYARIAH

DALAM TEMPOH PKPB

1. Permohonan kes yang mendesak disertakan dengan Borang Perakuan

Segera yang diluluskan oleh Mahkamah Syariah.

2. Mematuhi segala garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan

Malaysia (KKM) bagi langkah-langkah pencegahan di tempat kerja iaitu :

2.1 Pegawai/ Kakitangan Mahkamah/ Peguam Syarie/ Pegawai

Penguatkuasa/ Pendakwa Syarie/ Pelanggan

(a) Memastikan kesihatan diri berada pada tahap yang baik. Jika

tidak sihat, tidak dibenarkan untuk hadir ke Mahkamah

Syariah.

(b) Setiap individu yang hadir diwajibkan mengimbas QRCode

MySejahtera yang disediakan di kaunter saringan

perkhidmatan. Bagi yang tiada telefon bimbit, dikehendaki

mengisi Buku Kehadiran Pelanggan.

(c) Membasuh tangan dengan sabun atau menggunakan hand

sanitizer.

(d) Membuat imbasan suhu badan di pintu masuk Mahkamah.

Mana-mana orang yang didapati mengalami suhu badan

melebih 37.5⁰ celcius atau mengalami gejala penyakit COVID-

19 seperti batuk, sakit tekak, kesukaran bernafas dan lain-lain,

tidak dibenarkan untuk memasuki premis Mahkamah.

Page 9: OPERASI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN SEPANJANG … · 2020. 11. 18. · (SOP) dan garis panduan yang disediakan beserta apa-apa arahan lanjut oleh pihak Majlis Keselamatan Negara

9

(e) Penjarakan Fizikal : menjarakkan diri antara satu sama lain

pada kedudukan satu (1) meter di mana-mana tempat dalam

kawasan Mahkamah Syariah termasuk di dewan perbicaraan;

(f) Wajib memakai pelitup mulut dan hidung (face mask); dan;

(g) Sepanjang berada di premis Mahkamah, Pelanggan / Peguam

Syarie/ Pegawai Penguatkuasa/ Pendakwa Syarie hendaklah

menghadkan pergerakan masing-masing dan segera

meninggalkan premis setelah selesai pendengaran sesuatu

kes atau urusan lain.

2.2 Ruang Tempat Kerja/ Dewan Bicara/ Kamar Hakim/ Bilik Sulh/

kaunter perkhidmatan, tombol pintu, papan kekunci komputer dan lift

awam perlu melalui proses nyah kuman/ disinfeksi.

3. Hanya pihak-pihak dan Peguam Syarie yang dilantik sahaja dibenarkan

hadir.

4. Kanak-kanak dan ahli keluarga tidak dibenarkan hadir sama sekali.

5. Tarikh dan masa perbicaraan adalah ditetapkan oleh Mahkamah Syariah.

6. Semasa operasi dalam Dewan Mahkamah, hanya Pegawai Mahkamah

Syariah yang dibenarkan terdiri daripada seorang Hakim, seorang

Pendaftar, seorang Pembantu Syariah dan seorang anggota polis.

Page 10: OPERASI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN SEPANJANG … · 2020. 11. 18. · (SOP) dan garis panduan yang disediakan beserta apa-apa arahan lanjut oleh pihak Majlis Keselamatan Negara

10

B) PELAN LANTAI DEWAN BICARA KEDUDUKAN PIHAK-PIHAK SEMASA

PERBICARAAN DI MAHKAMAH SYARIAH SEMASA TEMPOH PKPB

Page 11: OPERASI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN SEPANJANG … · 2020. 11. 18. · (SOP) dan garis panduan yang disediakan beserta apa-apa arahan lanjut oleh pihak Majlis Keselamatan Negara

11

C) CARTA ALIR PERBICARAAN DI MAHKAMAH SYARIAH

DALAM TEMPOH PKPB

Pemohon muat turun Borang Permohonan

Perakuan Segera daripada laman sesawang

https://jksns.ns.gov.my atau pautan pantas di

https://bit.ly/BORANGKHASPKP (LAMPIRAN B)

https://jksns.ns.gov.my/

https://JKSNS

MULA

Borang Permohonan Perakuan Segera

diemelkan kepada pihak Mahkamah.

Emel: [email protected]

Ketua Pendaftar/Penolong Pendaftar

kemukakan/rujuk permohonan kepada Hakim

yang mendengar bicara.

Daftar kes dalam sistem dan panggil

pihak-pihak untuk hadir pendengaran

kes (pada hari dan waktu yang

ditentukan).

Pihak-pihak boleh

failkan kes selepas

tempoh PKPB tamat.

Bicara kes sehingga selesai di dewan

terbuka.

TAMAT

Diluluskan Tidak diluluskan

Sama ada diluluskan bicara atau tidak?

Sedia perintah (dalam tempoh 14 hari)

• Semasa hari perbicaraan, pihak-pihak yang hadir hendaklah diperiksa suhu badan,

menggunakan hand sanitizer dan memakai pelitup mulut dan hidung (face mask) DAN

mematuhi semua SOP yang telah ditetapkan.

Page 12: OPERASI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN SEPANJANG … · 2020. 11. 18. · (SOP) dan garis panduan yang disediakan beserta apa-apa arahan lanjut oleh pihak Majlis Keselamatan Negara

12

3. GARIS PANDUAN PENGENDALIAN MAJLIS SULH SEPANJANG

TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT

(PKPB)

URUSAN KAUNTER/ RUANG MENUNGGU SULH

1. Pendaftaran kehadiran dibuat secara self-service kaunter Unit Sulh dengan

mengimbas QRCode MySejahtera dan QRcode Unit Sulh, menulis nama dalam

buku kehadiran dan meletakkan Kad Pengenalan di tempat yang disediakan.

2. Pelanggan yang bergejala, atau suhu melebihi 37.5° celcius tidak akan

dibenarkan sama sekali untuk menghadiri sesi Majlis Sulh.

3. Hanya pelanggan yang terlibat sahaja boleh berada di ruang menunggu di Unit

Sulh (Peguam/ Ahli keluarga tidak dibenarkan).

4. Pelanggan hendaklah memakai pelitup mulut dan hidung (face mask)

sepanjang masa berurusan di Unit Sulh.

5. Pelanggan hendaklah mengamalkan penjarakan fizikal sepanjang masa

berurusan di Unit Sulh.

MAJLIS SULH

1. Hanya kes Persetujuan Bersama sahaja yang boleh dikendalikan oleh Pegawai

Sulh, terhad 2 (dua) kes sahaja sehari, tidak melebihi 15 minit dalam 1 (satu) sesi.

2. Kes-kes berhubung Harta Sepencarian yang melibatkan lebih daripada 2 (dua)

pihak hendaklah ditangguhkan.

3. Kes-kes Majlis Sulh yang melibatkan pelanggan dari Kawasan PKPB zon merah

hendaklah ditangguhkan.

4. Kes-kes yang sedia ada ditangguhkan sehingga selepas PKPB atau dijalankan

secara dalam talian mengikut Garis Panduan Pengendalian Kes Melalui Teknologi

Jarak Jauh Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan dan tertakluk kepada

kesediaan Pegawai Sulh dan pihak-pihak.

Page 13: OPERASI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN SEPANJANG … · 2020. 11. 18. · (SOP) dan garis panduan yang disediakan beserta apa-apa arahan lanjut oleh pihak Majlis Keselamatan Negara

13

PENDAFTARAN KES BAHARU

1. Bermula tempoh PKPB bagi seluruh Negeri Sembilan (9 November 2020), semua

kes baharu hendaklah ditetapkan tarikh pertemuan Majlis Sulh selepas tempoh

PKPB berakhir.

2. Sebarang kes yang terdapat Persetujuan Bersama boleh diagihkan ke Majlis Sulh

melalui borang permohonan yang ditetapkan, sama ada didengar secara fizikal

atau dalam talian (online), tertakluk kepada persetujuan Pegawai Sulh dan pihak-

pihak.

Page 14: OPERASI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN SEPANJANG … · 2020. 11. 18. · (SOP) dan garis panduan yang disediakan beserta apa-apa arahan lanjut oleh pihak Majlis Keselamatan Negara

14

4. GARIS PANDUAN PENDENGARAN KES MELALUI TEKNOLOGI

KOMUNIKASI JARAK JAUH JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH

NEGERI SEMBILAN

PENDAHULUAN

1. Sebutan/ Perbicaraan kes/ Majlis Sulh/ Rundingcara BSK boleh dibuat melalui

teknologi komunikasi jarak jauh iaitu secara sidang video (Video Conferencing, VC)

melalui aplikasi Skype For Business (SFB) tetapi pemakluman awal hendaklah

dibuat kepada Ketua Pendaftar/ Pendaftar/ Penolong Pendaftar.

2. Setiap pengguna perlu memastikan keperluan minima perkakasan, perisian dan

capaian internet disediakan terlebih dahulu sebelum memulakan sesuatu sidang

video bagi menjamin pengendalian prosiding secara sidang video berjalan lancar

tanpa gangguan.

3. Panggilan sidang video bagi Sebutan/ Perbicaraan kes/ Majlis Sulh/ Rundingcara

BSK hendaklah dibuat oleh pihak Mahkamah sahaja.

A) ASAS PERTIMBANGAN PENDENGARAN KES SECARA SIDANG VIDEO

1. Sebutan/ Perbicaraan Kes/ Majlis Sulh/ Rundingcara BSK secara sidang video

adalah pilihan alternatif bagi mengurangkan kehadiran pelanggan dan Peguam

Syarie secara fizikal ke Mahkamah sepanjang tempoh Perintah Kawalan

Pergerakan (PKP) oleh Kerajaan.

2. Mengatasi masalah pelanggan atau Peguam Syarie yang menghadapi

kekangan untuk hadir ke Mahkamah terutamanya yang memerlukan perjalanan

merentas negeri dan berada di luar negara.

Page 15: OPERASI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN SEPANJANG … · 2020. 11. 18. · (SOP) dan garis panduan yang disediakan beserta apa-apa arahan lanjut oleh pihak Majlis Keselamatan Negara

15

3. Syarat-syarat permohonan pendengaran kes secara sidang video:

i. Permohonan hanya melibatkan kes yang berstatus dalam prosiding dan kes

baharu setakat yang dibenarkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Negeri

Sembilan dari semasa ke semasa.

ii. Jika salah seorang pihak memohon untuk Sebutan/ Perbicaraan kes/ Majlis

Sulh/ Rundingcara BSK secara sidang video dan pihak satu lagi bersedia

untuk Sebutan/ Perbicaraan Kes/ Majlis Sulh/ Rundingcara BSK dalam

Dewan Bicara/ Kamar Sulh/ Bilik Rundingcara.

iii. Kesemua pihak mestilah bersetuju (termasuk Plaintif, Defendan, saksi-

saksi, Peguam Syarie) untuk perbicaraan dijalankan secara sidang video.

iv. Kelulusan pendengaran kes adalah tertakluk seperti jadual di bawah:

JENIS PENDENGARAN KES KELULUSAN OLEH

Sebutan/Perbicaraan kes

Hakim Bicara

Majlis Sulh

Pegawai Sulh

Rundingcara BSK

Penolong Pengarah Kanan BSK

v. Tarikh dan masa Sebutan/ Perbicaraan Kes/ Majlis Sulh/ Rundingcara BSK

adalah ditetapkan oleh Mahkamah.

vi. Fasiliti Sebutan/ Perbicaraan Kes/ Majlis Sulh/ Rundingcara BSK secara

sidang video pihak-pihak adalah disediakan oleh pihak-pihak sendiri.

vii. Sekiranya berlaku masalah teknikal semasa prosiding Sebutan/ Perbicaraan

Kes/ Majlis Sulh/ Rundingcara BSK berlangsung atau berlaku

ketidakhadiran salah satu pihak, Mahkamah akan menangguhkan prosiding

ke satu tarikh yang lain.

Page 16: OPERASI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN SEPANJANG … · 2020. 11. 18. · (SOP) dan garis panduan yang disediakan beserta apa-apa arahan lanjut oleh pihak Majlis Keselamatan Negara

16

viii. Sebarang dokumen yang dimuat naik sewaktu Sebutan/ Perbicaraan Kes/

Majlis Sulh/ Rundingcara BSK secara sidang video, pelanggan perlu

memfailkan semula secara hardcopy ke kaunter Mahkamah mengikut tarikh

yang ditetapkan oleh Mahkamah.

ix. Pihak-pihak, Peguam Syarie dan saksi-saksi dilarang untuk merekod secara

visual atau audio sepanjang prosiding berjalan tanpa kebenaran Mahkamah.

Sekiranya didapati berlaku, boleh dikenakan tindakan menghina Mahkamah.

Page 17: OPERASI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN SEPANJANG … · 2020. 11. 18. · (SOP) dan garis panduan yang disediakan beserta apa-apa arahan lanjut oleh pihak Majlis Keselamatan Negara

17

B) WAKTU OPERASI PENDENGARAN KES SECARA SIDANG VIDEO

1. Hanya waktu tempatan (Mengikut Zon Waktu Malaysia) seperti ketetapan berikut

sahaja dibenarkan bagi semua sesi pendengaran kes secara sidang video.

Hari Isnin hingga Khamis : 9.00 pagi hingga 4.30 petang

Hari Jumaat : 9.00 pagi hingga 12.15 tengah hari

Hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum : Tiada Sidang Video

2. Walaubagaimanapun, pilihan waktu tambahan akan diberi pada waktu tertentu iaitu

pada jam 6.00 petang hingga 8.00 malam atau 5.00 petang hingga 7.00 malam

tertakluk kepada kelulusan Hakim Bicara/ Pegawai Sulh/ Penolong Pengarah

Kanan (BSK) dan mematuhi Arahan Pengendalian Kes Bicara Malam yang

dikeluarkan oleh Jabatan dari semasa ke semasa.

Page 18: OPERASI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN SEPANJANG … · 2020. 11. 18. · (SOP) dan garis panduan yang disediakan beserta apa-apa arahan lanjut oleh pihak Majlis Keselamatan Negara

18

C) TATACARA PENGENDALIAN KES MELALUI TEKNOLOGI KOMUNIKASI

JARAK JAUH

1. Setiap jenis pendengaran kes perlulah mematuhi Garis Panduan Pengendalian

Kes masing-masing seperti berikut:

JENIS PENDENGARAN KES

GARIS PANDUAN LAMPIRAN

Sebutan/ Perbicaraan kes

Carta Alir Pendengaran Kes

Secara Dalam Talian

LAMPIRAN C

Majlis Sulh

Garis Panduan Pengendalian

Majlis Sulh Secara Dalam Talian

LAMPIRAN D

Rundingcara BSK

Garis Panduan Pengendalian

Runding Cara Bahagian

Sokongan Keluarga (BSK)

Secara Dalam Talian

LAMPIRAN E

2. Bagi Tatacara Pemasangan Perisian Microsoft Outlook Client Dengan Akaun

MyGovUC Pengguna (Untuk kegunaan pihak Mahkamah sahaja) boleh rujuk

LAMPIRAN F.

3. Bagi Tatacara Pemasangan Skype For Business Client (Untuk kegunaan pihak

Mahkamah sahaja) boleh rujuk LAMPIRAN G

4. Bagi Tatacara Pemasangan Skype For Business Web (Untuk kegunaan

pelanggan Mahkamah sahaja) boleh rujuk LAMPIRAN H.

5. Bagi Tatacara Membuat Panggilan Sidang Video Skype For Business

Pendengaran Kes Melalui Perisian Microsoft Outlook Client (untuk kegunaan

pihak Mahkamah sahaja) boleh rujuk LAMPIRAN I.

.

Page 19: OPERASI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN SEPANJANG … · 2020. 11. 18. · (SOP) dan garis panduan yang disediakan beserta apa-apa arahan lanjut oleh pihak Majlis Keselamatan Negara

19

LAMPIRAN A

EMEL RASMI JABATAN : [email protected]

SEMAKAN KES : http://bit.ly/semakankes

MUAT TURUN BORANG : https://bit.ly/BORANGKHASPKP

SENARAI NO. TELEFON & NO. FAKS MAHKAMAH SYARIAH SETIAP DAERAH DI NEGERI SEMBILAN

BIL LOKASI NO.

TELEFON NO. FAKS

ALAMAT EMEL PENOLONG PENDAFTAR

1.

Mahkamah Rayuan/ Tinggi/ Rendah Syariah Seremban

KOMPLEKS KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN.

71950, Bandar Sri Sendayan,

06-781 2444

06-781 2424

MRyS/MTS:

[email protected]

MRS Seremban: [email protected]

2.

Mahkamah Rendah Syariah Port Dickson, 71000 Port Dickson.

06-647 7433

06-647 0344

[email protected]

3.

Mahkamah Rendah Syariah Rembau, 71300 Rembau.

06-685 1622

06-6854235

[email protected]

4.

Mahkamah Rendah Syariah Tampin, 73000 Tampin.

06-441 8061

06-443 1287

[email protected]

5.

Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, 72000 Kuala Pilah.

06-481 6482

06-481 8845

[email protected]

6.

Mahkamah Rendah Syariah Jelebu, 71600 Kuala Klawang.

06-613 7681

06-613 7567

[email protected]

7.

Mahkamah Rendah Syariah Jempol, 72109 Bandar Sri Jempol.

06-458 2366

06-458 4725

[email protected]

Page 20: OPERASI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN SEPANJANG … · 2020. 11. 18. · (SOP) dan garis panduan yang disediakan beserta apa-apa arahan lanjut oleh pihak Majlis Keselamatan Negara

20

LAMPIRAN B

BORANG PERAKUAN SEGERA

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN

Nama: ...............................................................................................

Alamat: ..............................................................................................

Kepada :

Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan Negeri Sembilan Darul Khusus

PERMOHONAN UNTUK MEMFAILKAN KES DENGAN KADAR SEGERA

Tuan/ Puan,

Merujuk perkara di atas.

Saya seperti nama di atas ingin memohon untuk memfailkan Permohonan/ Tuntutan

dengan kadar segera sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

2. Saya memohon untuk memfailkan: (Sila bulatkan jenis tuntutan yang dipilih)

1. Tuntutan Pengesahan Lafaz Cerai

2. Permohonan Wali Hakim

3. Notis Rayuan

4. Lain-lain: nyatakan kes .........................................

3. Permohonan ini saya rasakan penting atas alasan:

............................................................................................................,………......

..............................................................................................................................

4. Maka dengan ini, besarlah harapan saya agar pihak Tuan/Puan dapat

menghubungi saya semula di talian ........................................................................ dengan

kadar segera.

Segala kerjasama dari pihak Tuan amat saya harapkan.

Sekian, Terima Kasih.

Yang Benar,

( )

Tarikh:

Page 21: OPERASI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN SEPANJANG … · 2020. 11. 18. · (SOP) dan garis panduan yang disediakan beserta apa-apa arahan lanjut oleh pihak Majlis Keselamatan Negara

21

LAMPIRAN C

CARTA ALIR PENDENGARAN/ PERBICARAAN KES SECARA DALAM TALIAN

Mula

Pelanggan/ Peguam Syarie isi borang permohonan di

LAMPIRAN J.

Pelanggan/ Peguam Syarie hantar borang

permohonan melalui emel kepada Penolong Pendaftar

Kanan bagi kes Mahkamah Tinggi Syariah dan

Penolong Pendaftar bagi kes Mahkamah Rendah

Syariah (rujuk senarai alamat emel di LAMPIRAN A).

Penolong Pendaftar Kanan/ Penolong Pendaftar

panjangkan borang permohonan kepada Yang Arif/

Tuan Hakim Bicara untuk kelulusan.

Penolong Pendaftar Kanan/ Penolong Pendaftar

sediakan fail kes bagi kes yang dipohon untuk

semakan dan kelulusan Hakim Bicara.

Hakim Bicara buat keputusan terhadap permohonan

dengan melengkapkan ruang pada status permohonan

di LAMPIRAN J.

Hakim Bicara serah borang permohonan yang telah

diluluskan/ tidak diluluskan kepada Penolong

Pendaftar Kanan/ Penolong Ppendaftar.

Penolong Pendaftar Kanan/ Penolong Pendaftar

maklumkan kepada pelanggan kekal tarikh tangguhan

asal/ beri tarikh tangguhan baharu melalui emel.

Tamat

Tidak Lulus

Lulus

A

Page 22: OPERASI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN SEPANJANG … · 2020. 11. 18. · (SOP) dan garis panduan yang disediakan beserta apa-apa arahan lanjut oleh pihak Majlis Keselamatan Negara

22

Penolong Pendaftar Kanan/ Penolong Pendakftar

maklumkan kepada Pembantu Hakim untuk penetapan tarikh

bicara mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Penolong Pendaftar Kanan/ Penolong Pendaftar

menyediakan pautan sidang video Skype For Business bagi

penetapan tarikh prosiding perbicaraan secara dalam talian.

Penolong Pendaftar Kanan/ Penolong Pendaftar sedia

kelengkapan dan fasiliti yang bersesuaian untuk perbicaraan

secara dalam talian di lokasi Mahkamah.

Penolong Pendaftar Kanan/ Penolong Pendaftar maklum

kepada Pelanggan, Hakim Bicara, Pegawai Teknologi

Maklumat dan Pembantu Hakim penetapan tarikh bicara dan

pautan sidang video kes bagi prosiding perbicaraan secara

dalam talian.

Pembantu Hakim menyediakan fail kes dan kertas catatan

bicara.

Hakim Bicara dan Pembantu Hakim hadir ke lokasi

Mahkamah pada tarikh yang ditetapkan bagi prosiding

perbicaraan secara dalam talian.

Hakim Bicara, Pembantu Hakim dan Pelanggan log masuk ke

dalam pautan sidang video pada tarikh dan waktu yang telah

ditetapkan. Rujuk Tatacara Pemasangan Skype For Business

Web : Lampiran H. (Untuk Kegunaan Pelanggan Mahkamah

Sahaja)

Hakim Bicara/ Pembantu Hakim pastikan kesemua pihak-

pihak hadir pada tarikh dan waktu yang ditetapkan.

Hakim Bicara pastikan dokumen pengenalan diri pihak-pihak ditunjukkan secara visual sebelum diambil keterangan.

Hakim Bicara buat catatan bicara.

Pembantu Hakim pastikan dokumen perbicaraan yang dimuat naik oleh pihak-pihak sewaktu perbicaraan dalam talian dimasukkan secara hardcopy di kaunter setelah PKP

Tamat.

A

Page 23: OPERASI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN SEPANJANG … · 2020. 11. 18. · (SOP) dan garis panduan yang disediakan beserta apa-apa arahan lanjut oleh pihak Majlis Keselamatan Negara

23

LAMPIRAN D

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN MAJLIS SULH SECARA DALAM TALIAN

1. Syarat-syarat permohonan menjalani Majlis Sulh dalam talian:

1.1 Permohonan Kes Sulh:

(a) Persetujuan Bersama

(b) Belum ada persetujuan tertakluk kepada kelulusan Pegawai Sulh

1.2 Pegawai Sulh dan Pihak-pihak bersedia untuk menjalani Majlis Sulh

secara dalam talian menggunakan aplikasi Skype For Business. Pihak-

pihak diminta merujuk kepada LAMPIRAN H.

2. Tatacara pengendalian Majlis Sulh dalam talian (sebelum):

2.1 Pihak-pihak hendaklah mengisi borang permohonan menjalani Majlis

Sulh semasa pendaftaran kes seperti di LAMPIRAN J/ menghantar

borang yang diisi lengkap ke alamat emel rasmi jabatan :

[email protected]

2.2 Pegawai Sulh akan menghubungi pihak-pihak dalam tempoh 3 (tiga) hari

sebelum tarikh pertemuan Majlis Sulh bagi mendapatkan kesediaan

pihak-pihak untuk menjalani sesi Majlis Sulh mengikut tarikh dan masa

yang ditetapkan (Majlis Sulh hanya dijalankan pada hari bekerja sahaja).

2.3 Pegawai Sulh membuat persediaan untuk menjalankan sesi Majlis Sulh

dalam talian mengikut langkah-langkah penyediaan sidang video dalam

LAMPIRAN I dan menghantar pautan jemputan Majlis Sulh dalam talian

kepada pihak-pihak melalui emel.

Page 24: OPERASI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN SEPANJANG … · 2020. 11. 18. · (SOP) dan garis panduan yang disediakan beserta apa-apa arahan lanjut oleh pihak Majlis Keselamatan Negara

24

3. Tatacara pengendalian Majlis Sulh dalam talian (semasa):

3.1 Pihak-pihak akan menerima pautan jemputan sidang video Majlis Sulh

dan dikehendaki berada di talian 10 minit lebih awal.

3.2 Pengesahan identiti pihak-pihak dilakukan. Hanya pihak-pihak yang

terlibat sahaja yang dibenarkan menjalani sesi Majlis Sulh. Orang awam/

ahli keluarga/ pihak ketiga tidak dibenarkan berada dalam talian tersebut.

3.3 Peguam yang dilantik juga tidak dibenarkan kecuali mendapat kelulusan

Pegawai Sulh.

3.4 Pihak-pihak berpakaian menutup aurat sepanjang sesi Majlis Sulh dalam

talian berjalan.

3.5 Sesi taaruf dan perbincangan Sulh seterusnya dijalankan oleh Pegawai

Sulh mengikut Manual Kerja Sulh.

3.6 Tempoh sidang video dihadkan dalam tempoh 45 minit sahaja dan akan

dianggap gagal sekiranya tidak dapat diselesaikan dalam tempoh

tersebut.

3.7 Sebarang rakaman secara visual atau audio sepanjang Majlis Sulh

adalah tidak dibenarkan sama sekali. Sekiranya didapati berlaku, boleh

dikenakan tindakan menghina Mahkamah.

Page 25: OPERASI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN SEPANJANG … · 2020. 11. 18. · (SOP) dan garis panduan yang disediakan beserta apa-apa arahan lanjut oleh pihak Majlis Keselamatan Negara

25

4. Tatacara pengendalian Majlis Sulh dalam talian (selepas):

4.1 Pegawai Sulh akan merekodkan keputusan Majlis Sulh sama ada berjaya

atau gagal.

4.2 Sekiranya berjaya, Pegawai Sulh akan menyediakan dokumen

Perjanjian Penyelesaian sebagaimana yang dipersetujui dalam sidang

video Majlis Sulh.

4.3 Perjanjian Penyelesaian dalam bentuk PDF file akan dipaparkan dan

dikongsi oleh Pegawai Sulh melalui perkongsian dokumen dalam sidang

video.

4.4 Pihak-pihak akan menyemak, mengesahkan dan menandatangani

dokumen Perjanjian Penyelesaian tersebut.

4.5 Pegawai Sulh menyediakan dan memaparkan Laporan Majlis Sulh.

Pihak-pihak hendaklah memuat turun laporan tersebut dan mencetak

sendiri.

4.6 Pegawai Sulh akan menetapkan tarikh untuk prosiding pengendorsan

Perjanjian Penyelesaian tersebut di hadapan Hakim Bicara.

4.7 Sama ada Majlis Sulh berjaya atau gagal, saman akan dikeluarkan

kepada pihak-pihak dan penyampaian saman kepada Defendan

disempurnakan secara atas talian.

4.8 Pengendorsan Perjanjian Penyelesaian di hadapan Hakim Bicara akan

dibuat pada tarikh yang ditetapkan.

Page 26: OPERASI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN SEPANJANG … · 2020. 11. 18. · (SOP) dan garis panduan yang disediakan beserta apa-apa arahan lanjut oleh pihak Majlis Keselamatan Negara

26

5. Carta Alir Proses Kerja Majlis Sulh Dalam Talian (sebelum, semasa dan

selepas).

Saman dikeluarkan kepada pihak-pihak dan

penyampaian kepada Defendan disempurnakan

secara atas talian.

Pihak-pihak menerima pautan dan berada di talian

pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan.

Pengesahan identiti pihak-pihak dibuat.

Majlis Sulh dijalankan mengikut etika Majlis Sulh sedia

ada (taaruf, peraturan, perbincangan dan sebagainya)

SELEPAS MAJLIS SULH:

Pegawai Sulh merekodkan keputusan

Majlis Sulh

Ada persetujuan?

Pegawai Sulh menyediakan draf Perjanjian

Penyelesaian sebagaimana yang dipersetujui

Pegawai Sulh memaparkan dokumen Perjanjian

Penyelesaian dan kongsi di sidang video.

Pihak-pihak menyemak, mengesahkan dan

menandatangani dokumen Perjanjian

Penyelesaian tersebut

Pegawai Sulh menetapkan tarikh untuk prosiding

pengendorsan Perjanjian Penyelesaian tersebut di

hadapan Hakim Bicara.

Pegawai Sulh menyediakan dan memaparkan

Laporan Majlis Sulh. Pihak-pihak hendaklah memuat

turun laporan tersebut dan mencetak sendiri.

Tamat

YaTidak

SEMASA MAJLIS SULH:

Page 27: OPERASI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN SEPANJANG … · 2020. 11. 18. · (SOP) dan garis panduan yang disediakan beserta apa-apa arahan lanjut oleh pihak Majlis Keselamatan Negara

27

LAMPIRAN E

5. GARIS PANDUAN PENGENDALIAN RUNDINGCARA BAHAGIAN

SOKONGAN KELUARGA (BSK) SECARA DALAM TALIAN

1. Tatacara dan syarat-syarat pengendalian rundingcara dalam talian:

a) Setelah notis runding cara dikeluarkan, Pihak-pihak akan dihubungi untuk

pengesahan rundingcara sama ada boleh dijalankan melalui aplikasi Skype

atau telefon.

b) Rundingcara dalam talian akan dilaksanakan pada hari bekerja sahaja.

c) Hanya Pegawai Rundingcara dan pihak-pihak yang terlibat.

d) Pihak-pihak hendaklah bersikap sopan sepanjang prosiding rundingcara

berjalan secara dalam talian.

e) Bagi rundingcara melalui telefon, pegawai runding cara akan menghubungi

pihak-pihak secara bergilir-gilir.

f) Perjanjian Persetujuan akan disediakan selepas persetujuan dicapai.

g) Sebarang rakaman secara visual atau audio sepanjang rundingcara dalam

talian berjalan adalah tidak dibenarkan sama sekali

Page 28: OPERASI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN SEPANJANG … · 2020. 11. 18. · (SOP) dan garis panduan yang disediakan beserta apa-apa arahan lanjut oleh pihak Majlis Keselamatan Negara

28

CARTA ALIR PENGENDALIAN RUNDINGCARA

BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA (BSK) SECARA DALAM TALIAN

Mula

Notis rundingcara dihantar kepada pihak-pihak untuk sesi runding cara melalui Skype atau telefon.

Sebelum tarikh rundingcara dijalankan, Pembantu Pendaftar menghubungi pihak-pihak bagi mengetahui sama ada runding cara boleh dijalankan melalui Skype atau telefon.

Mahkamah menyediakan pautan jemputan kepada aplikasi Skype bagi tarikh dan waktu yang ditetapkan.

Pihak-pihak mematuhi tarikh dan waktu yang telah.

Rundingcara dijalankan mengikut etika rundingcara.

Perjanjian Persetujuan disediakan dan dihantar kepada pihak-pihak untuk ditandatangani.

Pliding disediakan kepada Pemiutang Penghakiman untuk difailkan di mahkamah.

Tamat

Page 29: OPERASI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN SEPANJANG … · 2020. 11. 18. · (SOP) dan garis panduan yang disediakan beserta apa-apa arahan lanjut oleh pihak Majlis Keselamatan Negara

29

LAMPIRAN F

TATACARA PEMASANGAN PERISIAN MICROSOFT OUTLOOK CLIENT DENGAN AKAUN MYGOVUC PENGGUNA

(UNTUK KEGUNAAN PIHAK MAHKAMAH SAHAJA)

1. Pastikan peralatan komputer (laptop/PC Desktop) yang digunakan oleh Pegawai

Mahkamah yang dilantik sebagai host bagi sidang video telah mempunyai perisian

Microsoft Outlook Client.

2. Panggilan dan jemputan sidang video Skype For Business bagi Sebutan/ Perbicaraan

kes/ Majlis Sulh/ Rundingcara BSK hanya boleh dibuat melalui perisian Microsoft

Outlook Client sahaja. Konfigurasi sidang video Skype For Business tidak boleh

dilakukan melalui Skype For Business Web, Skype For Business Mobile Apps dan

Microsoft Outlook Mobile Apps.

3. Ikuti langkah berikut untuk pemasangan Microsoft Outlook Client dengan akaun

MYGOVUC pengguna.

i. Klik Start dan pilih Control Panel.

ii. Klik pada ikon Mail dan paparan Mail Setup akan dipaparkan.

Page 30: OPERASI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN SEPANJANG … · 2020. 11. 18. · (SOP) dan garis panduan yang disediakan beserta apa-apa arahan lanjut oleh pihak Majlis Keselamatan Negara

30

iii. Klik Show Profiles dan klik pada butang Add. Kemudian tuliskan Nama Profile

bagi emel akaun tersebut dan klik OK. Sekiranya terdapat profile akaun yang

lain, pastikan kotak Prompt for a profile to be used dipilih.

iv. Seterusnya pilih Email Account dan masukkan maklumat yang diperlukan

seperti:

a) Nama

b) Alamat emel

c) Kata Laluan

Page 31: OPERASI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN SEPANJANG … · 2020. 11. 18. · (SOP) dan garis panduan yang disediakan beserta apa-apa arahan lanjut oleh pihak Majlis Keselamatan Negara

31

v. Kemudian klik butang Next untuk proses konfigurasi E-mel profil baru bagi

sistem MyGovUC.

Nota: Jika Alamat emel dikesan secara automatik kepada

[email protected], sila tukar kepada emel pengguna 1GovUC

seperti [email protected]

vi. Satu paparan akan dipaparkan menunjukkan proses konfigurasi sedang

dilakukan.

vii. Sekiranya tiada konfigurasi bagi Outlook Anywhere, klik butang Finish

setelah proses konfigurasi telah berjaya dilakukan.

Page 32: OPERASI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN SEPANJANG … · 2020. 11. 18. · (SOP) dan garis panduan yang disediakan beserta apa-apa arahan lanjut oleh pihak Majlis Keselamatan Negara

32

viii. Setelah selesai konfigurasi server pastikan butang radio Always use this

profile dipilih untuk 1GOVUC. Kemudian klik butang Apply dan seterusnya klik

OK.

Page 33: OPERASI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN SEPANJANG … · 2020. 11. 18. · (SOP) dan garis panduan yang disediakan beserta apa-apa arahan lanjut oleh pihak Majlis Keselamatan Negara

33

LAMPIRAN G

TATACARA PEMASANGAN PERISIAN SKYPE FOR BUSINESS CLIENT

(UNTUK KEGUNAAN PIHAK MAHKAMAH SAHAJA)

1. Pastikan peralatan komputer (laptop/PC Desktop) yang digunakan oleh Pegawai

Mahkamah yang dilantik sebagai host bagi sidang video mempunyai perisian Skype

For Business Client selepas berjaya membuat pemasangan Microsoft Outlook Client.

2. Muat turun perisian Skype For Business Client melalui pautan

https://www.1govuc.gov.my/media/muat-turun.

3. Di bawah modul Pengguna MyGovUC, pilih Perisian > Skype for Business. Sila pilih

Skype For Business mengikut versi MS Outlook Client yang terdapat di dalam

peralatan komputer pengguna (pegawai mahkamah yang terlibat dalam sidang video).

Page 34: OPERASI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN SEPANJANG … · 2020. 11. 18. · (SOP) dan garis panduan yang disediakan beserta apa-apa arahan lanjut oleh pihak Majlis Keselamatan Negara

34

4. Ikuti langkah-langkah yang dipaparkan sehingga akhir dan pastikan instalasi Skype

For Business berjaya dilakukan.

Memandangkan majoriti komputer/ laptop Pegawai Mahkamah yang menjadi host bagi

sidang video dilengkapi dengan Microsoft Office Standard 2019, maka langkah-

langkah pemasangan perisian Skype For Business Basic 2019 sahaja disediakan

dalam dokumen ini.

Sila rujuk kepada Unit ICT Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan sekiranya

berlaku masalah teknikal yang tidak berjaya diatasi oleh pengguna.

5. Ambil perhatian bahawa pemasangan ini memerlukan talian internet aktif untuk muat

turun dan pemasangan.

• Tiada offline installer untuk versi ini

• Aplikasi Microsoft Office 2019 dan Skype For Business 2019 tidak boleh

dipasang bersama produk Microsoft Office 2016 dan ke bawah (termasuk Office

Visio dan Office Project)

6. Ikuti langkah-langkah berikut untuk pemasangan perisian Skype For Business Basic

2019:

i. Wujud dan letakkan folder ‘Sfb2019’ di dalam C:\ (C Drive).

ii. Pastikan segala perision Office (Word, Excel, Outlook, dll) telah ditutup sebelum

melakukan instalasi.

iii. Buka folder Sfb2019, pastikan fail-fail seperti di bawah tersedia ada.

Page 35: OPERASI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN SEPANJANG … · 2020. 11. 18. · (SOP) dan garis panduan yang disediakan beserta apa-apa arahan lanjut oleh pihak Majlis Keselamatan Negara

35

iv. Klik kanan pada item ‘Click to install’, kemudian klik pada Run as

administrator.

v. Paparan berikut akan keluar menunjukkan instalasi akan bermula.

vi. Paparan berikut menunjukkan proses muat turun sedang berlaku. Muat turun

bergantung kepada kelajuan internet yang digunakan.

Page 36: OPERASI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN SEPANJANG … · 2020. 11. 18. · (SOP) dan garis panduan yang disediakan beserta apa-apa arahan lanjut oleh pihak Majlis Keselamatan Negara

36

vii. pemasangan akan berlaku setelah selesai muat turun. Paparan berikut

menunjukkan perisian berjaya dipasang.

viii. Setelah pemasangan selesai, pastikan aplikasi Skype for Business boleh

dibuka.

Page 37: OPERASI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN SEPANJANG … · 2020. 11. 18. · (SOP) dan garis panduan yang disediakan beserta apa-apa arahan lanjut oleh pihak Majlis Keselamatan Negara

37

ix. Untuk memastikan versi terkini yang di pasang, klik pada Help > About Skype

For Business.

x. Sila tutup dan hidupkan semula (Restart) peralatan komputer/laptop untuk

keberkesanan pemasangan Skype For Business Client di dalam Microsoft

Office Outlook Client Pengguna.

Page 38: OPERASI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN SEPANJANG … · 2020. 11. 18. · (SOP) dan garis panduan yang disediakan beserta apa-apa arahan lanjut oleh pihak Majlis Keselamatan Negara

38

LAMPIRAN H

TATACARA PEMASANGAN PERISIAN SKYPE FOR BUSINESS WEB (UNTUK KEGUNAAN PELANGGAN MAHKAMAH SAHAJA)

1. Pastikan peralatan komputer (laptop/ PC Desktop) yang digunakan oleh Pelanggan

Mahkamah mempunyai kemudahan internet.

2. Pihak-pihak menerima emel. Klik pada butang “Yes” atau “Accept”.

3. Pihak-pihak klik pada pautan yang disediakan 20 minit lebih awal sebelum perbicaraan

bermula.

4. Satu paparan “Skype For Business” akan dipaparkan melalui pelayar internet

(Default Browser).

5. Pihak-pihak perlu klik pada “Install and join with Skype Meeting App (Web)”.

Page 39: OPERASI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN SEPANJANG … · 2020. 11. 18. · (SOP) dan garis panduan yang disediakan beserta apa-apa arahan lanjut oleh pihak Majlis Keselamatan Negara

39

6. Jika tuan/ puan pernah membuat instalasi Skype Meeting App (Web), Pop-up seperti

di bawah akan dipaparkan.

7. Klik “Yes” dan terus ke langkah No. 10.

8. Pelayar akan mula memuat turun satu fail “SkypeMeetingsApp.msi”.

9. Klik “Save” untuk teruskan proses muat turun fail.

Page 40: OPERASI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN SEPANJANG … · 2020. 11. 18. · (SOP) dan garis panduan yang disediakan beserta apa-apa arahan lanjut oleh pihak Majlis Keselamatan Negara

40

10. Double Click/Run fail tersebut setelah muat turun selesai.

11. Ikut arahan yang dipaparkan sehingga proses instalasi selesai.

12. Setelah proses instalasi selesai, pelayar akan memaparkan antara muka seperti di

bawah

Page 41: OPERASI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN SEPANJANG … · 2020. 11. 18. · (SOP) dan garis panduan yang disediakan beserta apa-apa arahan lanjut oleh pihak Majlis Keselamatan Negara

41

13. Sila masukkan nama seperti mana dalam kad pengenalan tuan/ puan.

14. Klik “Join”.

15. Pelayar akan mengeluarkan pop up bagi kebenaran plug-in yang telah dipasang.

16. Klik “Allow”.

Page 42: OPERASI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN SEPANJANG … · 2020. 11. 18. · (SOP) dan garis panduan yang disediakan beserta apa-apa arahan lanjut oleh pihak Majlis Keselamatan Negara

42

17. Setelah tuan/ puan disambungkan ke sesi yang telah ditetapkan, pelayar akan

memaparkan makluman anda telah berada di virtual lobi dan Pentadbir Sistem akan

membenarkan tuan/ puan masuk. Tuan/ puan hanya perlu tunggu sehingga

dibenarkan masuk.

18. Setelah tuan/ puan dibenarkan masuk, antara muka seperti di bawah akan dipaparkan.

19. Klik pada ikon kamera video dan klik “Start my video” untuk mengaktifkan kamera

tuan/ puan.

20. Klik pada ikon mikrofon (unmute) apabila ingin bercakap dan klik semula ikon mikrofon

setelah selesai bercakap (mute).

Page 43: OPERASI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN SEPANJANG … · 2020. 11. 18. · (SOP) dan garis panduan yang disediakan beserta apa-apa arahan lanjut oleh pihak Majlis Keselamatan Negara

43

LAMPIRAN I

TATACARA MEMBUAT PANGGILAN SIDANG VIDEO SKYPE FOR BUSINESS PENDENGARAN KES MELALUI PERISIAN MICROSOFT OUTLOOK CLIENT

(UNTUK KEGUNAAN PIHAK MAHKAMAH SAHAJA)

1. Host sidang video dikehendaki log masuk ke perisian Skype For Business Client

yang terdapat di dalam komputer/laptopnya.

2. Buka Microsoft Outlook Client dan Klik pada ikon Kalendar. Kemudian Klik New

Skype Meeting yang terdapat di bahagian atas menu bar.

Page 44: OPERASI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN SEPANJANG … · 2020. 11. 18. · (SOP) dan garis panduan yang disediakan beserta apa-apa arahan lanjut oleh pihak Majlis Keselamatan Negara

44

3. Isikan maklumat berikut:

a) To: Alamat emel semua yang terlibat dalam sidang video pendengaran kes.

b) Subject: Tajuk pendengaran kes.

Contoh: BICARA ATAS TALIAN KES MAL NO: 05200-012-0000-2020

(PERMOHONAN PERINTAH DAFTAR NIKAH POLIGAMI)

c) Location: Skype Meeting dan Nama Dewan Bicara (jika ada kehadiran

fizikal oleh pelanggan mahkamah).

d) Start Time: Masa bermula pendengaran kes

Nota: Sila setkan 1-3 jam lebih awal dari pendengaran kes sebenar bagi

memberi laluan kepada pengujian talian dan persediaan teknikal bersama

pihak-pihak yang terlibat sebagai persediaan awal sidang video.

e) End Time: Jangkaan masa berakhir pendengaran kes.

Page 45: OPERASI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN SEPANJANG … · 2020. 11. 18. · (SOP) dan garis panduan yang disediakan beserta apa-apa arahan lanjut oleh pihak Majlis Keselamatan Negara

45

4. Masukkan isi kandungan notis pendengaran kes.

5. Klik kanan pada pautan Join Skype Meeting (di bahagian bawah emel) dan pilih

Copy Hyperlink untuk menyalin pautan unik sesi sidang video tersebut.

Page 46: OPERASI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN SEPANJANG … · 2020. 11. 18. · (SOP) dan garis panduan yang disediakan beserta apa-apa arahan lanjut oleh pihak Majlis Keselamatan Negara

46

6. Klik kanan pada pautan Join Skype Meeting yang disalin dalam isi kandungan

utama emel dan pilih Edit Hyperlink untuk mengubah ayat hadapan pautan unik

sesi sidang video tersebut.Ubah pada medan Text To Display sahaja. Klik OK

setelah selesai.

7. Pada menu bar atas, klik sub menu Response Options dan padamkan (unticked)

pilihan Allow New Time Proposals.

Page 47: OPERASI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN SEPANJANG … · 2020. 11. 18. · (SOP) dan garis panduan yang disediakan beserta apa-apa arahan lanjut oleh pihak Majlis Keselamatan Negara

47

8. Kemudian, pada menu bar atas juga klik Meeting Options dan pada ruangan

Permissions, klik Choose Presenters.

Page 48: OPERASI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN SEPANJANG … · 2020. 11. 18. · (SOP) dan garis panduan yang disediakan beserta apa-apa arahan lanjut oleh pihak Majlis Keselamatan Negara

48

9. Pilih nama dalam kotak Attendees dan klik Add untuk melantiknya sebagai

Presenters. Presenters dipilih dari kalangan kakitangan Jabatan sahaja. Setelah

selesai, klik OK.

Ambil maklum bahawa presenters ini penting diset kerana ia akan memainkan

peranan sebagai pengganti host sekiranya berlaku gangguan rangkaian yang boleh

menyebabkan host terkeluar dari sidang video. Dengan ini, sidang video masih

berjalan tanpa kehadiran host. Namun, host masih lagi penting kerana host tetap

mempunyai lebih banyak fungsi pengendalian dalam sidang video tersebut seperti

boleh mengawal konfigurasi attendees (unmute attendees, membenarkan

attendees masuk dari lobi ke dalam sidang video (admit)), boleh merekodkan

perjalanan sidang video dan sebagainya.

Presenters juga dipilih sekiranya attendees tersebut diperlukan untuk membuat

sebarang perkongsian dokumen bersama semua pihak yang terlibat dalam sidang

video tersebut melalui pilihan Sharing Screen.

Page 49: OPERASI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN SEPANJANG … · 2020. 11. 18. · (SOP) dan garis panduan yang disediakan beserta apa-apa arahan lanjut oleh pihak Majlis Keselamatan Negara

49

10. Host juga boleh menetapkan pihak-pihak yang dibenarkan masuk ke sidang video

tanpa perlu pengesahannya (tidak perlu tunggu di lobi). Ketetapan ini boleh dibuat

pada pilihan These people don’t have to wait in the lobby.

11. Klik OK setelag selesai.

12. Setelah semuanya lengkap dan host berpuashati dengan isi kandungan dan

konfigurasi sidang video tersebut, sila tekan Send atau Send Update untuk

menghantar notifikasi kepada semua yang terlibat.

Page 50: OPERASI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN SEPANJANG … · 2020. 11. 18. · (SOP) dan garis panduan yang disediakan beserta apa-apa arahan lanjut oleh pihak Majlis Keselamatan Negara

50

LAMPIRAN J

BORANG PERMOHONAN PENDENGARAN KES MELALUI TEKNOLOGI

KOMUNIKASI JARAK JAUH

........................................................

....................................................... Tarikh: ................................

Kepada,

*Pendaftar/ Penolong Pendaftar/ Pegawai Sulh /Penolong Pengarah Kanan (BSK)

*Mahkamah Tinggi/ Rendah Syariah Negeri Sembilan

.........................................................................

.........................................................................

Tuan/ Puan,

MOHON MENJALANKAN PROSIDING KES SECARA DALAM TALIAN DALAM

*MAHKAMAH TINGGI/ RENDAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN DI

....................................................................................................................

SAMAN NO.:

..........................................................................................................................

ANTARA

.................................................................................................................... PLAINTIF

DAN

.................................................................................................................... DEFENDAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya adalah *Plaintif/ Defendan/ Peguam Syarie ................................................... dalam

kes ini.

Kes ini telah ditetapkan untuk prosiding sebutan/ bicara pada (tarikh/ hari/ masa)

..........................................................................................................................

3. Saya memohon agar kes saya disebut/ dibicarakan secara dalam talian berdasarkan

alasan yang berikut :

3.1 ...............................................................................................................................

3.2 …………………………………………………………………………………................

Page 51: OPERASI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN SEPANJANG … · 2020. 11. 18. · (SOP) dan garis panduan yang disediakan beserta apa-apa arahan lanjut oleh pihak Majlis Keselamatan Negara

51

4. Plaintif/ Defendan *bersetuju/ tidak bersetuju untuk menjalankan prosiding kes secara dalam talian.

5. Berikut adalah maklumat diri Plaintif/ Defendan/Peguam Syarie untuk dihubungi:

Nama E-mel No. Telefon

Plaintif :

Defendan :

Peguam Syarie Plaintif :

Peguam Syarie Defendan :

Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan/ puan, saya amat hargai dan diucapkan terima

kasih.

Yang benar,

( )

No. Tel : ……………………………

Untuk Kegunaan Mahkamah

Permohonan diluluskan/ tidak diluluskan. Prosiding kes akan ditetapkan pada

......................................

jam ..............................pagi/ petang.

Tarikh :................................

……..........................

Hakim