operasi hasil peringkat pejabat pengarah · pdf filepematuhan dan pembesaran asas cukai. ......

6
Muka surat 1 daripada 6 Kenyataan Media LHDNM, 16 Mac 2017 KENYATAAN MEDIA OPERASI HASIL PERINGKAT PEJABAT PENGARAH NEGERI SEMBILAN/MELAKA BIL. 1/2017, LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA Melaka, 16 Mac - Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) melancarkan program Operasi Hasil Peringkat Pejabat Pengarah Negeri Sembilan/Melaka kali pertama untuk tahun ini dengan aktiviti yang lebih menyeluruh bagi meningkatkan kadar pematuhan dan pembesaran asas cukai. Melalui program yang dijadualkan selama tiga hari ini bermula semalam dan akan berakhir pada 17 Mac 2017, LHDNM akan menjalankan aktiviti penyerahan notis tunggakan, serahan saman, banci perniagaan, lawatan audit majikan, lawatan audit perniagaan dan operasi siasatan. Aktiviti menyeluruh ini adalah bagi memastikan impak yang berterusan ke atas pematuhan cukai dirasai oleh masyarakat umum dan pembayar cukai khususnya. Operasi yang diketuai sendiri oleh Datuk Hassim Bin Shafiai, Pengarah Negeri LHDNM, Negeri Sembilan/Melaka turut disertai oleh Pengarah Cawangan Melaka, Pengarah Cawangan Seremban, Pengarah Cawangan Siasatan Melaka, Pengarah Cawangan Siasatan Seremban dan Pengarah Bahagian Penyelarasan PPN N.Sembilan/Melaka. Seramai 149 orang pegawai LHDNM dari Cawangan Melaka dan Cawangan Seremban diberikan tanggungjawab untuk menjayakan Operasi Hasil ini. Pegawai petugas turut Untuk siaran segera

Upload: lamthien

Post on 09-Feb-2018

257 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: OPERASI HASIL PERINGKAT PEJABAT PENGARAH · PDF filepematuhan dan pembesaran asas cukai. ... lawatan audit perniagaan dan operasi siasatan. Aktiviti menyeluruh ini adalah bagi memastikan

Muka surat 1 daripada 6

Kenyataan Media LHDNM, 16 Mac 2017

KENYATAAN MEDIA

OPERASI HASIL PERINGKAT PEJABAT PENGARAH

NEGERI SEMBILAN/MELAKA BIL. 1/2017,

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

Melaka, 16 Mac - Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) melancarkan

program Operasi Hasil Peringkat Pejabat Pengarah Negeri Sembilan/Melaka kali

pertama untuk tahun ini dengan aktiviti yang lebih menyeluruh bagi meningkatkan kadar

pematuhan dan pembesaran asas cukai.

Melalui program yang dijadualkan selama tiga hari ini bermula semalam dan akan

berakhir pada 17 Mac 2017, LHDNM akan menjalankan aktiviti penyerahan notis

tunggakan, serahan saman, banci perniagaan, lawatan audit majikan, lawatan audit

perniagaan dan operasi siasatan. Aktiviti menyeluruh ini adalah bagi memastikan

impak yang berterusan ke atas pematuhan cukai dirasai oleh masyarakat umum dan

pembayar cukai khususnya.

Operasi yang diketuai sendiri oleh Datuk Hassim Bin Shafiai, Pengarah Negeri LHDNM,

Negeri Sembilan/Melaka turut disertai oleh Pengarah Cawangan Melaka, Pengarah

Cawangan Seremban, Pengarah Cawangan Siasatan Melaka, Pengarah Cawangan

Siasatan Seremban dan Pengarah Bahagian Penyelarasan PPN N.Sembilan/Melaka.

Seramai 149 orang pegawai LHDNM dari Cawangan Melaka dan Cawangan Seremban

diberikan tanggungjawab untuk menjayakan Operasi Hasil ini. Pegawai petugas turut

Untuk siaran segera

Page 2: OPERASI HASIL PERINGKAT PEJABAT PENGARAH · PDF filepematuhan dan pembesaran asas cukai. ... lawatan audit perniagaan dan operasi siasatan. Aktiviti menyeluruh ini adalah bagi memastikan

Muka surat 2 daripada 6

Kenyataan Media LHDNM, 16 Mac 2017

bertanggungjawab memberikan penerangan yang jelas mengenai tanggungjawab

membayar cukai pendapatan kepada masyarakat.

Antara matlamat utama operasi ini adalah bagi memastikan setiap individu yang layak

dikenakan cukai membayar cukai yang sepatutnya demi memastikan kerajaan

mempunyai dana yang mencukupi untuk membiayai semua inisiatif program

pembangunan.

Sebanyak 220 premis perniagaan akan dilawati di sekitar kawasan Bandar Melaka

untuk tujuan banci perniagaan dan pembesaran asas cukai pada kali ini. LHDNM turut

akan menjalankan aktiviti penyerahan notis tunggakan hasil dan saman berjumlah

RM5.16 juta kepada 355 pemilik syarikat dan pembayar cukai individu. Manakala

sebanyak 91 aktiviti perniagaan akan dilawati bagi aktiviti pengauditan syarikat,

majikan dan milikan tunggal. Aktiviti pengauditan ini dijalankan bagi memastikan setiap

pendapatan yang dilaporkan oleh perniagaan adalah betul dan tepat.

Sebagai sebuah agensi yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan dalam mentadbir

cukai langsung negara, adalah amat penting bagi LHDNM memastikan tahap kesedaran

cukai dalam kalangan masyarakat sentiasa dipertingkatkan. Ini kerana, ia memberikan

kesan secara langsung terhadap kadar pematuhan cukai secara sukarela di negara ini,

sekaligus akan dapat mengurangkan tunggakan hasil dan menjamin hasil yang mapan

untuk pembangunan negara yang berterusan.

# # #

SEKIAN, TERIMA KASIH

Page 3: OPERASI HASIL PERINGKAT PEJABAT PENGARAH · PDF filepematuhan dan pembesaran asas cukai. ... lawatan audit perniagaan dan operasi siasatan. Aktiviti menyeluruh ini adalah bagi memastikan

Muka surat 3 daripada 6

Kenyataan Media LHDNM, 16 Mac 2017

Dikeluarkan oleh: Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Hasil Care Line : 1-800-88-5436 (LHDN) Portal Rasmi : www.hasil.gov.my Tarikh: 16 Mac 2017.

Page 4: OPERASI HASIL PERINGKAT PEJABAT PENGARAH · PDF filepematuhan dan pembesaran asas cukai. ... lawatan audit perniagaan dan operasi siasatan. Aktiviti menyeluruh ini adalah bagi memastikan

Muka surat 4 daripada 6

Kenyataan Media LHDNM, 16 Mac 2017

Gambar 1 : Datuk Hassim Bin Shafiai Pengarah Negeri LHDNM, Negeri Sembilan/Melaka (empat dari kiri), Encik Mohd Zaiki Bin Ariffin Pengarah Cawangan Seremban (tiga dari kiri), Encik Hisham Rusli Pengarah Cawangan Melaka (lima dari kiri) bersama-sama

dengan sebahagian daripada petugas LHDNM ketika merasmikan operasi.

Page 5: OPERASI HASIL PERINGKAT PEJABAT PENGARAH · PDF filepematuhan dan pembesaran asas cukai. ... lawatan audit perniagaan dan operasi siasatan. Aktiviti menyeluruh ini adalah bagi memastikan

Muka surat 5 daripada 6

Kenyataan Media LHDNM, 16 Mac 2017

Gambar 2 : Operasi banci perniagaan.

Page 6: OPERASI HASIL PERINGKAT PEJABAT PENGARAH · PDF filepematuhan dan pembesaran asas cukai. ... lawatan audit perniagaan dan operasi siasatan. Aktiviti menyeluruh ini adalah bagi memastikan

Muka surat 6 daripada 6

Kenyataan Media LHDNM, 16 Mac 2017

Gambar 3 : Operasi banci perniagaan