oleh: nazimah binti mohamad @ mohd noor - … binti moha… · tulisan jawi ialah tulisan asal yang...

35
PENGGUNAAN MODUL PEMBELAJARAN KEMAHIRAN JAWI OLEH: NAZIMAH BINTI MOHAMAD @ MOHD NOOR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: doanxuyen

Post on 06-Feb-2018

250 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: OLEH: NAZIMAH BINTI MOHAMAD @ MOHD NOOR - … Binti Moha… · Tulisan Jawi ialah tulisan asal yang digunakan oleh masyarakat di Asia Tenggara bagi bahasa Melayu (Amat Juhari, 1996)

i

PENGGUNAAN MODUL PEMBELAJARAN KEMAHIRAN JAWI

OLEH:

NAZIMAH BINTI MOHAMAD @ MOHD NOOR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: OLEH: NAZIMAH BINTI MOHAMAD @ MOHD NOOR - … Binti Moha… · Tulisan Jawi ialah tulisan asal yang digunakan oleh masyarakat di Asia Tenggara bagi bahasa Melayu (Amat Juhari, 1996)

ii

PENGGUNAAN MODUL PEMBELAJARAN KEMAHIRAN JAWI

NAZIMAH BINTI MOHAMAD @ MOHD NOOR

Disertasi ini dikemukakan Sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

Penganugerahan ijazah Sarjana Psikologi Pendidikan

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

NOVEMBER 2013

Page 3: OLEH: NAZIMAH BINTI MOHAMAD @ MOHD NOOR - … Binti Moha… · Tulisan Jawi ialah tulisan asal yang digunakan oleh masyarakat di Asia Tenggara bagi bahasa Melayu (Amat Juhari, 1996)

iii

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : PENGGUNAAN MODUL PEMBELAJARAN KEMAHIRAN JAWI

SESI PENGAJIAN : 2012/13 Saya NAZIMAH BINTI MOHAMAD @ MOHD NOOR

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

_____________________________________

(TANDATANGAN PENULIS)

Alamat Tetap : NO 4, JALAN JATI 8, TAMAN NUSA BESTARI JAYA, 81300 SKUDAI JOHOR Tarikh : 29 NOVEMBER 2013

_____________________________________

(TANDATANGAN PENYELIA)

PROF.MADYA. DR YEO KEE JIAR

NAMA PENYELIA Tarikh : 29 NOVEMBER 2013

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan, penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

Page 4: OLEH: NAZIMAH BINTI MOHAMAD @ MOHD NOOR - … Binti Moha… · Tulisan Jawi ialah tulisan asal yang digunakan oleh masyarakat di Asia Tenggara bagi bahasa Melayu (Amat Juhari, 1996)

iv

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali hasil nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : _________________________________ Nama Penulis : NAZIMAH BINTI MOHAMAD @ MOHD NOOR

Tarikh : 29 NOVEMBER 2013

Page 5: OLEH: NAZIMAH BINTI MOHAMAD @ MOHD NOOR - … Binti Moha… · Tulisan Jawi ialah tulisan asal yang digunakan oleh masyarakat di Asia Tenggara bagi bahasa Melayu (Amat Juhari, 1996)

v

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Pendidikan (Psikologi)”.

Tandatangan : ______________________________

Nama Penyelia : PROF. MADYA. DR.YEO KEE JIAR

Tarikh : 29 NOVEMBER 2013

Page 6: OLEH: NAZIMAH BINTI MOHAMAD @ MOHD NOOR - … Binti Moha… · Tulisan Jawi ialah tulisan asal yang digunakan oleh masyarakat di Asia Tenggara bagi bahasa Melayu (Amat Juhari, 1996)

vi

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Selawat dan

salam ke atas junjungan Nabi Muhammad saw, dengan taufik dan hidayahNya dapat

pengkaji menyempurnakan kajian ini.

Di kesempatan ini, ingin saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan

jutaan terima kasih kepada penyelia yang sudi menerima saya sebagai anak didiknya

Professor Madya Dr Yeo Kee Jiar yang begitu berdedikasi tanpa jemu memberi ilmu,

tunjuk ajar, nasihat dan buah fikiran yang bermanfaat sepanjang kajian ini

dijalankan.

Di samping itu juga saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih

kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Pengetua

dan guru yang terlibat di SMK Dato’ Usman Awang, pelajar-pelajar tingkatan satu

yang telah menjayakan kajian ini.

Akhir sekali, jutaan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah

banyak membantu dan memberi tunjuk ajar sepanjang menyiapkan kajian ini. Tidak

lupa juga kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang

proses penghasilan kajian ini. Jazakumullahu lakum khairal jaza’.

Wassalam

Terima kasih

Page 7: OLEH: NAZIMAH BINTI MOHAMAD @ MOHD NOOR - … Binti Moha… · Tulisan Jawi ialah tulisan asal yang digunakan oleh masyarakat di Asia Tenggara bagi bahasa Melayu (Amat Juhari, 1996)

vii

DEDIKASI

Bismillahirrahmanirrahim

Selawat dan salam ke atas Rasulullah Muhammad saw

Berkat kurnia dan hidayahnya memberi peluang saya menambah ilmu

pengetahuan, syukru lillah.

Buat suami yang tercinta

Abdul Rahim bin Mohd Salih

Dengan izinmu memudahkan urusan pengajianku.

Kepada anak-anak yang dikasihi

Ahmad Asyraq

Ahmad Amjad

Ahmad Awatif

Nuha Aqilah

Kamu sekalian sumber kekuatanku.

Buat bonda yang disayangi Mariam binti Abdullah

Berkat doamu mengiringi kejayaanku.

Jazakumullahu khairan kathiran kepada abang dan adik yang banyak

membantu memberi ilham dan menyumbang idea.

Buat rakan-rakan

Segala pertolongan dan bantuan kalian hanya Allah swt yang dapat

membalasnya.

Segala kebaikan yang diperolehi adalah milik Allah swt jua, terima kasih.

Page 8: OLEH: NAZIMAH BINTI MOHAMAD @ MOHD NOOR - … Binti Moha… · Tulisan Jawi ialah tulisan asal yang digunakan oleh masyarakat di Asia Tenggara bagi bahasa Melayu (Amat Juhari, 1996)

viii

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk menentukan hasil pencapaian dan minat pelajar

sekolah menengah dengan kemahiran Jawi melalui penggunaan modul pembelajaran

kemahiran Jawi yang dibina. Pelajar yang terlibat adalah pelajar tingkatan satu

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Usman Awang, Taman Perling Johor Bahru.

Seramai 60 orang pelajar telah dipilih oleh pihak sekolah dan kemudian dibahagikan

kepada dua kumpulan. 30 orang kumpulan pertama dikelaskan sebagai kumpulan

eksperimen dan 30 orang kumpulan kedua dikelaskan sebagai kumpulan kawalan.

Kumpulan eksperimen mengikuti pengajaran dan pembelajaran bersama pengkaji

dan kumpulan kawalan mengikuti pengajaran dan pembelajaran bersama guru

pendidikan Islam sekolah tersebut. Dua kumpulan ini dibezakan pada cara

pengajaran dan pembelajaran kemahiran Jawi iaitu kumpulan eksperimen

mempelajari kemahiran Jawi menggunakan modul pembelajaran kemahiran Jawi

manakala kumpulan kawalan menggunakan kaedah penilaian berasaskan sekolah

(PBS). Setiap kumpulan pula menjawab soal selidik pra dan pasca selain menjawab

ujian pra dan pos setiap bahagian modul. Data dikumpulkan dan dianalisis

menggunakan SPSS versi 16.0. Nilai Alpha Cronbach item bagi kajian rintis yang

telah dijalankan untuk soal selidik ialah 0.785. Daripada hasil kajian didapati

terdapat perbezaan yang signifikan pada pencapaian ujian pra dan pos kumpulan

eksperimen selain tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada minat kemahiran

Jawi daripada ujian pra dan pasca kajian yang dijalankan. Laporan ini juga terdapat

beberapa implikasi kepada ibu bapa, pihak sekolah dan pelajar sekolah menengah.

Cadangan untuk kajian lanjutan turut diusulkan di akhir kajian ini.

Page 9: OLEH: NAZIMAH BINTI MOHAMAD @ MOHD NOOR - … Binti Moha… · Tulisan Jawi ialah tulisan asal yang digunakan oleh masyarakat di Asia Tenggara bagi bahasa Melayu (Amat Juhari, 1996)

ix

ABSTRACT

This study was conducted to determine secondary school students’

achievement and interest in Jawi skills through the use of Jawi skill learning modules

developed by the researcher. The participants were form one students of SMK Dato

'Usman Awang, Taman Perling Johor Bahru. A total of 60 students were selected by

the school and then divided into two groups. The first group of 30 students were

classified as the experimental group and the second group of 30 were classified as

the control group. The experimental group had their teaching and learning process

with the researcher whiles the control group had their teaching and learning process

with the Islamic Education teacher of the school. These two groups were

distinguished in the way they learn Jawi skills. The experimental group used the Jawi

skills learning modules and the control group was using the school-based assessment

(PBS) modules. Each group was to answer the pre-and post questionnaire as well

as the pre and post test in each part of the module. Data were collected and analyzed

using SPSS version 16.0. The value of Cronbach Alpha for the questionnaire items

for the pilot study conducted was 0.785. The study found a significant difference

between the pre and post test for achievement of experimental group. However, there

was no significant difference between pre-and post-test for interest in Jawi skills. The

report also found a number of implications for parents, school and secondary school

students. Recommendations for further research are also proposed at the end of the

study.

Page 10: OLEH: NAZIMAH BINTI MOHAMAD @ MOHD NOOR - … Binti Moha… · Tulisan Jawi ialah tulisan asal yang digunakan oleh masyarakat di Asia Tenggara bagi bahasa Melayu (Amat Juhari, 1996)

x

KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKA

SURAT

JUDUL

PENGHARGAAN

DEDIKASI

ABSTRAK

ABSTRACT

KANDUNGAN

SENARAI JADUAL

SENARAI RAJAH

SENARAI CARTA ALIR

ii

vi

vii

viii

ix

x

xv

xvi

xvii

1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

1.2 Latar Belakang Masalah

1.3 Pernyataan Masalah

1.4 Objektif kajian

1.5 Persoalan Kajian

1.6 Hipotesis Kajian

1.7 Kerangka Teori Kajian

1.8 Kerangka Konsep Kajian

1.9 Kepentingan Kajian

1.10 Batasan Kajian

1.11 Definisi Istilah

1.11.1 Kemahiran Jawi

1.11.2 Modul Pembelajaran

1

4

7

9

9

10

11

13

13

15

16

16

16

Page 11: OLEH: NAZIMAH BINTI MOHAMAD @ MOHD NOOR - … Binti Moha… · Tulisan Jawi ialah tulisan asal yang digunakan oleh masyarakat di Asia Tenggara bagi bahasa Melayu (Amat Juhari, 1996)

xi

1.11.3 Minat

1.11.4 Pencapaian

1.12 Penutup

17

17

18

2 TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

2.2 Teori Skinner

2.3 Teori Konstruktivisme

2.4 Pembelajaran Masteri

2.5 Minat

2.6 Kedudukan Jawi dalam Pendidikan Malaysia

2.7 Kurikulum Pendidikan Islam

2.8 Model Pembelajaran

2.8.1 Model ASSURE

2.8.2 Model ADDIE

2.9 Kajian-kajian Lepas

2.10 Penutup

19

19

19

20

22

25

26

27

29

29

31

33

35

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

3.2 Reka bentuk Kajian

3.1.1 Pendekatan Kajian Kuantitatif

3.3 Sampel Kajian

3.4 Fasa Kajian

3.5 Instrumen Kajian

3.5.1 Pembinaan Modul Pembelajaran

3.5.2 Instrumen Ujian Pra dan Pos

3.5.3 Instrumen Ujian Pra dan Pasca

3.6 Kesahan dan Kebolehpercayaan Modul dan Alat

36

36

36

39

40

40

41

41

43

44

Page 12: OLEH: NAZIMAH BINTI MOHAMAD @ MOHD NOOR - … Binti Moha… · Tulisan Jawi ialah tulisan asal yang digunakan oleh masyarakat di Asia Tenggara bagi bahasa Melayu (Amat Juhari, 1996)

xii

Kajian

3.7 Kajian Rintis

3.8 Pemboleh Ubah Kajian

3.9 Proses Pengumpulan Data Kajian

3.10 Analisis Data Kuantitatif

3.10.1 Peratusan

3.8.2 Ujian-T

3.9 Penutup

45

46

47

47

48

50

51

51

ANALISIS DATA KAJIAN

4.1 Pengenalan

4.2 Profil Responden

4.2.1 Taburan Responden mengikut Jantina

4.2.2 Pencapaian Pendidikan Islam

4.3 Analisis Persoalan Kajian

4.3.1 Pembinaan modul pembelajaran kemahiran

Jawi sesuai terhadap kumpulan eksperimen dan

kumpulan kawalan

4.3.2 Pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pos kemahiran

Jawi kumpulan eksperimen dan kumpulan

kawalan sebelum dan selepas menggunakan

Modul Pembelajaran Kemahiran Jawi

4.3.3 Perbezaan pencapaian kemahiran Jawi pelajar

kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan

sebelum dan selepas menggunakan Modul

Pembelajaran Kemahiran Jawi

4.3.4 Minat pelajar kumpulan eksperimen dan

kumpulan kawalan dalam kemahiran Jawi

sebelum dan selepas menggunakan Modul

Pembelajaran Kemahiran Jawi

4.3.5 Perbezaan minat kemahiran Jawi pelajar

kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan

52

52

52

53

53

54

55

57

59

62

62

Page 13: OLEH: NAZIMAH BINTI MOHAMAD @ MOHD NOOR - … Binti Moha… · Tulisan Jawi ialah tulisan asal yang digunakan oleh masyarakat di Asia Tenggara bagi bahasa Melayu (Amat Juhari, 1996)

xiii

sebelum dan selepas menggunakan Modul

Pembelajaran Kemahiran Jawi

4.4 Kesimpulan

64

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, KEPUTUSAN DAN

CADANGAN

5.1 Pengenalan

5.2 Rumusan Kajian

5.3 Perbincangan Dapatan Kajian

5.3.1 Persoalan Kajian 1: Adakah pembinaan modul

pembelajaran kemahiran Jawi sesuai terhadap

kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan?

5.3.2 Persoalan Kajian 2 : Apakah tahap pencapaian

kemahiran Jawi pelajar kumpulan eksperimen

dan kumpulan kawalan sebelum dan selepas

menggunakan Modul Pembelajaran Kemahiran

Jawi?

5.3.3 Persoalan Kajian 3: Adakah terdapat perbezaan

yang signifikan antara ujian pra dan ujian pos

kemahiran Jawi dalam kalangan pelajar

kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan

yang menggunakan Modul Pembelajaran

Kemahiran Jawi?

5.3.4 Persoalan Kajian 4: Apakah minat pelajar

kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan

terhadap kemahiran Jawi sebelum dan selepas

menggunakan modul pembelajaran kemahiran

Jawi?

5.3.5 Persoalan Kajian 5: Adakah terdapat perbezaan

yang signifikan dalam minat pelajar kumpulan

eksperimen dan kumpulan kawalan terhadap

65

65

66

67

67

68

69

70

Page 14: OLEH: NAZIMAH BINTI MOHAMAD @ MOHD NOOR - … Binti Moha… · Tulisan Jawi ialah tulisan asal yang digunakan oleh masyarakat di Asia Tenggara bagi bahasa Melayu (Amat Juhari, 1996)

xiv

kemahiran Jawi sebelum dan selepas

penggunaan modul pembelajaran kemahiran

Jawi?

5.4 Keputusan Kajian

5.5Cadangan Kajian

71

71

71

BIBLIOGRAFI 73

LAMPIRAN

79

Page 15: OLEH: NAZIMAH BINTI MOHAMAD @ MOHD NOOR - … Binti Moha… · Tulisan Jawi ialah tulisan asal yang digunakan oleh masyarakat di Asia Tenggara bagi bahasa Melayu (Amat Juhari, 1996)

xv

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA

SURAT

3.1 Keputusan Ujian Kemahiran Jawi pelajar

Tingkatan Satu SMK Dato; Usman Awang

38

3.2

3.3

Ringkasan Perjalanan Kajian

Sampel Kajian

38

40

3.4 Ujian Pra dan Ujian Pasca Penilaian Modul 45

3.5 Skala Likert Lima Mata 46

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 53

4.2 Taburan Pencapaian Pendidikan Islam 54

4.3

4.4

4.5

4.6

4.7

4.8

4.9

Taburan Pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pos

Kemahiran Jawi kumpulan eksperimen

Taburan Pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pos

Kemahiran Jawi kumpulan kawalan

Perbezaan Pencapaian Ujian Pra dan Ujian

Pos Bahagian Modul

Analisis Perbezaan Pencapaian Ujian Pra dan

Ujian Pos Bahagian Modul antara Kumpulan

Kawalan dan Kumpulan Eksperimen

Minat Pelajar Pra dan Pasca Kajian

Analisis Perbezaan Minat

Analisis Perbezaan Minat antara Kumpulan

Kawalan dan Kumpulan Eksperimen

57

58

59

61

62

63

63

Page 16: OLEH: NAZIMAH BINTI MOHAMAD @ MOHD NOOR - … Binti Moha… · Tulisan Jawi ialah tulisan asal yang digunakan oleh masyarakat di Asia Tenggara bagi bahasa Melayu (Amat Juhari, 1996)

xvi

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK MUKA

SURAT

1.1

1.2

3.1

Kerangka Teori Kajian

Kerangka Konsep Kajian

Kaedah analisis data kajian

11

13

48

Page 17: OLEH: NAZIMAH BINTI MOHAMAD @ MOHD NOOR - … Binti Moha… · Tulisan Jawi ialah tulisan asal yang digunakan oleh masyarakat di Asia Tenggara bagi bahasa Melayu (Amat Juhari, 1996)

xvii

SENARAI CARTA ALIR

NO CARTA TAJUK MUKA

SURAT

4.1 Proses pembinaan modul pembelajaran kemahiran Jawi 56

Page 18: OLEH: NAZIMAH BINTI MOHAMAD @ MOHD NOOR - … Binti Moha… · Tulisan Jawi ialah tulisan asal yang digunakan oleh masyarakat di Asia Tenggara bagi bahasa Melayu (Amat Juhari, 1996)

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Jawi berasal daripada bahasa Arab, iaitu bahasa yang digunakan dalam al-

Quran dan Hadis (Bhasah, et, 1991). Jawi ialah tulisan yang menggunakan huruf

Jawi. Tulisan Jawi ialah tulisan asal yang digunakan oleh masyarakat di Asia

Tenggara bagi bahasa Melayu (Amat Juhari, 1996). Sebelum kedatangan Inggeris

dan Belanda di Kepulauan Melayu, tulisan Jawi ialah tulisan rasmi bagi semua

perutusan dan perdagangan yang telah digunakan sejak abad ke – 6 masihi lagi

(Ahmad Farid dan Yaakub,2003). Menurut Haji Malik (2007), Jawi merupakan

bidang penulisan yang suatu ketika dahulu menjadi kebanggaan agama, bangsa dan

negara.

Tulisan Jawi digunakan oleh masyarakat Melayu di Malaysia walaupun

tulisan Rumi menjadi tulisan rasmi dalam kurikulum. Kedudukan tulisan Jawi tetap

dipelihara melalui akta dan kurikulum yang berkaitan dengan agama Islam. Akta

Bahasa Kebangsaan 1963/67 dengan rasminya telah memutuskan untuk menjadikan

tulisan Rumi sebagai tulisan rasmi kebangsaan. Akta tersebut telah disokong oleh

Hamdan, (2003) yang menyatakan bahawa tulisan bagi bahasa kebangsaan ialah

tulisan Rumi dengan syarat tidak melarang penggunaan tulisan Melayu yang lebih

dikenal dengan nama tulisan Jawi.

Page 19: OLEH: NAZIMAH BINTI MOHAMAD @ MOHD NOOR - … Binti Moha… · Tulisan Jawi ialah tulisan asal yang digunakan oleh masyarakat di Asia Tenggara bagi bahasa Melayu (Amat Juhari, 1996)

2

Kemahiran membaca dan menulis tulisan Jawi termasuk dalam identiti

nasional bangsa Melayu yang perlu diperkasakan. Sejajar dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 –

2025, setiap pelajar memerlukan enam ciri utama untuk bersaing diperingkat global.

Ciri-ciri itu ialah pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran

dwibahasa, etika dan kerohanian dan identiti nasional.

Tulisan Jawi umpama gerbang pembelajaran tentang Islam dan juga

merupakan warisan kebudayaan Melayu yang unggul. Menurut Azhar Rodzi (2013),

sejarah pendidikan di Nusantara dan Tanah Melayu menunjukkan betapa akrabnya

masyarakat Melayu dengan tulisan Jawi sebagai wahana yang mengangkat tahap

keilmuan mereka di mercu kecemerlangan. Apatah lagi, tidak dapat dinafikan

bahawa kitab suci Al-Quran hanya dapat dibaca menerusi penguasaan tulisan Jawi

yang baik

Tambahan lagi, menurut Zainal atau Zaaba (1931), jika tulisan Jawi tidak

dipelihara, maka orang ramai akan cenderung mengubah ejaannya mengikut sesuka

hati mereka. Kecenderungan mengubah ejaan akan memberi kesan kepada

perkembangan tulisan jawi iaitu ianya akan berubah mengikut arus pemodenan dan

secara tidak langsung menjadikan tulisan jawi hilang ditelan zaman. Pendapat ini

turut disokong oleh Nik Rosila (2007) yang menyatakan, keadaan ini jika dibiarkan

akan menjadikan pelajar hilang minat terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam

kerana tidak menguasai tulisan Jawi. Kekurangan sumber rujukan dan tambahan

pula, perubahan dari sudut ejaan yang mengikut rentak semasa akan menyebabkan

kesukaran demi kesukaran dihadapi oleh pelajar dalam menguasai tulisan Jawi. Jika

situasi ini berterusan, penguasaan tulisan Jawi dalam pendidikan Islam sekolah

menengah akan terjejas dan berkemungkinan tinggi akan terus terpinggir.

Pada tahun 1992, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memasukkan

komponen tulisan Jawi ke dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, KBSR

dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam (Hashim, 2007). Seterusnya, komponen Jawi

turut dimuatkan dalam Kurikulum Baru Sekolah Menengah KBSM dan Penilaian

Page 20: OLEH: NAZIMAH BINTI MOHAMAD @ MOHD NOOR - … Binti Moha… · Tulisan Jawi ialah tulisan asal yang digunakan oleh masyarakat di Asia Tenggara bagi bahasa Melayu (Amat Juhari, 1996)

3

Asas Fardu Ain, PAFA, yang dinilai pada peringkat Ujian Penilaian Sekolah Rendah

(UPSR), peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan peringkat Sijil Pelajaran

Malaysia (SPM). Kemasukan komponen tulisan Jawi dianggap sebagai salah satu

usaha mempertahankan warisan Melayu asli.

Bagi pelajar yang mengikuti mata pelajaran Pendidikan Islam sekolah

menengah di Malaysia, mereka akan menggunakan tulisan Jawi dalam pembelajaran

berdasarkan buku teks pelajaran tersebut. Tiada sukatan disediakan untuk

mengajarkan tulisan Jawi. Kebolehan kemahiran Jawi pelajar akan diuji dalam

peperiksaan Pendidikan Islam Sijil Pelajaran Malaysia. Bagi pelajar yang mengikuti

kelas agama di luar waktu sekolah, biasanya pada waktu petang, mereka tidak

menghadapi masalah kerana komponen tulisan Jawi diajarkan dalam kelas agama

petang. Pelajar-pelajar yang tidak bersekolah agama pula akan menghadapi

kesukaran dalam menguasai kemahiran membaca dan kemahiran menulis Jawi. Oleh

itu, mereka akan menghadapi kesukaran mempelajari mata pelajaran agama Islam,

justeru menjawab soalan peperiksaan agama Islam, kerana lemah dalam tulisan Jawi.

Walaupun tulisan Jawi tidak diajarkan dan tidak ada kelas tertentu dalam

jadual sekolah, terdapat pelajar yang tidak banyak menghadapi masalah

menggunakannya. Selain kelas agama yang dihadiri diluar waktu sekolah, Nik Rosila

(2007) menyatakan faktor individu seperti sikap dan minat menyumbang kepada

pencapaian mereka dalam tulisan Jawi. Dengan minat, pelajar berupaya bekerja

sendiri dan berkeyakinan menyelesaikan masalah (Zaini, 2003). Walaupun

sebahagian pelajar mahir tulisan Jawi tetapi disebabkan tidak berminat, mereka

membiarkan kemahiran tersebut tanpa digunakan. Zaini berpendapat, sekiranya

persekitaran dipenuhi dengan perbezaan pendapat, tidak puas hati dan kurang

pengiktirafan, maka minat dan prestasi akan terabai. Menurut Bhasah et al (1991),

sikap pelajar yang membenci tulisan Jawi mengakibatkan tulisan Jawi semakin

ketinggalan dalam arus pendidikan di sekolah menengah. Dalam hal ini, sekiranya

tiada usaha bersepadu untuk memastikan pelajar berpeluang mempelajari dan

seterusnya menguasi kemahiran Jawi di sekolah, maka minat dan sikap pelajar

terhadap tulisan Jawi akan semakin berkurangan.

Page 21: OLEH: NAZIMAH BINTI MOHAMAD @ MOHD NOOR - … Binti Moha… · Tulisan Jawi ialah tulisan asal yang digunakan oleh masyarakat di Asia Tenggara bagi bahasa Melayu (Amat Juhari, 1996)

4

Permasalahan yang telah dikenalpasti memerlukan penyelesaian iaitu

menggunakan kaedah atau teknik yang berkesan bagi mengatasi masalah ini.

Menurut Mohd Nasir (2005), pencapaian pelajar dalam kemahiran membaca dan

kemahiran menulis Jawi akan menentukan masa depan tulisan Jawi di Malaysia.

Pelajar yang lemah dalam kemahiran Jawi perlu dibantu melalui penggunaan kaedah

pembelajaran yang sistematik. Penggunaan modul dalam pengajaran dan

pembelajaran merupakan pendekatan yang mampu mengatasi masalah pelajar yang

tidak mahir dalam tulisan Jawi (Shaharom, 1995). Pelajar yang tidak mengikuti kelas

agama waktu petang dan pelajar beragama selain Islam yang berminat mempelajari

tulisan Jawi turut mampu mempelajari kemahiran Jawi melalui kaedah tersebut.

Melalui penggunaan modul, para pelajar akan didedahkan kepada pengenalan awal

mengenai huruf Jawi dari sudut bentuk, sebutan dan persamaannya dengan huruf

Rumi dan asas kemahiran lain yang membolehkan pelajar mengikut kelas agama

dengan lebih mudah. Kemahiran membaca dan menulis Jawi perlu dikuasai oleh

pelajar agar pembacaan Jawi berjalan lancar.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pada tahun 1992 Kementerian Pendidikan telah memasukkan komponen Jawi

didalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Komponen tersebut

melalui satu sukatan pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) bagi

pelajar tahun satu hingga enam yang telah dilaksanakan pada tahun 2003, seiring

dengan kemasukan program Jawi Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain (j-QAF)

(Nik Rosila, 2007).

Tahap pembelajaran pendidikan Islam sekolah menengah pula menjurus

kepada Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Masalah yang timbul ialah tiada masa khusus dalam jadual waktu untuk guru

mengajarkan kemahiran Jawi. Guru kesuntukan masa untuk mengajar murid

menguasai kemahiran Jawi, justeru menyebabkan murid yang lemah dalam

kemahiran Jawi menghadapi kesukaran menjawab soalan berkaitan kemahiran Jawi

dalam peperiksaan (Hashim dan Adi Yasran, 2009).

Page 22: OLEH: NAZIMAH BINTI MOHAMAD @ MOHD NOOR - … Binti Moha… · Tulisan Jawi ialah tulisan asal yang digunakan oleh masyarakat di Asia Tenggara bagi bahasa Melayu (Amat Juhari, 1996)

5

Situasi ini dapat dilihat menerusi kedudukan penempatan pelajar didalam

kelas yang mengikut kepada pencapaian akademik semata. Realitinya, para pelajar

ditempatkan mengikut prestasi peperiksaan yang bersandarkan tulisan Rumi sahaja

melalui kemahiran Tiga M iaitu Mengenal, Membaca dan Menulis (Akmariah,

2010). Perkara ini menyebabkan percampuran pelajar yang berkemahiran Jawi

dengan pelajar yang tidak mahir atau amat rendah tahap kemahiran Jawi. Keadaan ini

bukan sahaja membebankan guru tetapi memberi impak kepada murid kerana minat

mereka terhadap kemahiran Jawi semakin berkurangan. Apabila situasi ini

berterusan, alternatif lain terpaksa digunakan oleh guru bagi menjadikan subjek

Pendidikan Islam dapat dikuasai dengan baik. Guru-guru Pendidikan Islam telah

menggunakan bahan bantu mengajar tulisan Rumi bagi menarik minat pelajar

terhadap subjek tersebut dan seterusnya dapat menyempunakan sukatan yang

ditetapkan sebelum peperiksaan dijalankan (Kamarul, Mohd Faeez, et al. 2011).

Merujuk kepada Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 yang telah diterangkan

dalam topik sebelum ini, kesan yang amat besar telah berlaku terhadap penggunaan

tulisan Jawi dan perkembangannya di mana masyarakat Melayu mula meninggalkan

tulisan Jawi dari segi pengamalan seharian dan latihan terhadap tulisan tersebut.

Menurut Mimbar Kata (2013), pada tahun 1985, Kementerian Pelajaran Malaysia

telah menyedari kepentingan tulisan Jawi dan telah mula menjalankan usaha

menaiktaraf semula warisan ‘Dunia Melayu’ yang paling berharga itu. Usaha

berterusan seperti mewajibkan penggunaan tulisan Jawi di sekolah rendah agama,

seminar, rencana di akhbar dan banyak bahan bacaan Jawi diusahakan demi

mengembalikan semula keagungan tulisan Jawi. Meskipun memerlukan masa yang

lama dan perancangan rapi bermula dari peringkat pra-sekolah, sekolah dan

universiti.

Namun begitu, kemuncak penurunan penggunaan tulisan Jawi dalam

masyarakat ternyata apabila Syarikat Utusan Melayu di Malaysia menghentikan

akhbar Utusan Melayu bertulisan Jawi pada tahun 2006 dan digantikan dengan

sisipan edisi hari Isnin sahaja. Generasi baru Tanah Melayu kehilangan akhbar

warisan bangsa sekaligus memberikan mesej bahawa tulisan Jawi semakin dilupakan

dan tidak dibudayakan dalam masyarakat (Siti Fatimah, 2010).

Page 23: OLEH: NAZIMAH BINTI MOHAMAD @ MOHD NOOR - … Binti Moha… · Tulisan Jawi ialah tulisan asal yang digunakan oleh masyarakat di Asia Tenggara bagi bahasa Melayu (Amat Juhari, 1996)

6

Implikasi paling serius berlaku apabila tulisan Jawi semakin dilupakan dalam

sistem pendidikan sama ada di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah, institusi

pengajian tinggi mahupun universiti. Bahasa Melayu bersandarkan tulisan rumi yang

berasal dari barat terus digunakan untuk wacana ilmiah. Para pelajar turut tidak

diwajibkan mengikuti pengajaran dan pembelajaran di sekolah agama sehingga

menyukarkan pemahaman mereka terhadap kemahiran Jawi. Nik Rosila (2007)

menyatakan hasil kajian beliau iaitu sebanyak 72.28 peratus pelajar gagal menguasai

kemahiran menukar perkataan Rumi kepada perkataan Jawi. Walaupun pelajar

mempelajari tulisan Jawi sekian lama melalui mata pelajaran Pendidikan Islam,

namun masih ramai golongan belia ataupun mereka yang lahir selepas Akta Bahasa

Kebangsaan 1963 yang “buta Jawi” (Siti Fatimah, 2010).

Berdasarkan perubahan kedudukan tulisan Jawi sama ada dalam sistem

pendidikan mahupun dalam media, tulisan Jawi perlu diperkasakan di peringkat

pendidikan rendah, menengah, institut pengajian tinggi dan universiti sebagaimana

Bahasa Tamil dan Bahasa Cina dapat mengekalkan tulisan kaligrafi mereka. Minat

pelajar terhadap tulisan Jawi boleh dipupuk melalui latihan dan aktiviti

pembelajaran. Kohler (1976) berpandangan bahawa penurunan minat pelajar

terhadap tulisan Jawi boleh dikaitkan dengan faktor faedah, permintaan dan kepuasan

mempelajarinya. Zaini (2003) berpendapat bahawa pemberian ganjaran, peluang

pembelajaran dan keistimewaan kepada pelajar yang memiliki kemahiran Jawi, dapat

menarik minat lebih ramai pelajar mempelajarinya.

Usaha memupuk minat dan kemahiran mempelajari kemahiran Jawi perlu

dimulakan dari tahap asasnya. Di sekolah rendah, asasnya adalah di Tahun Satu

manakala di sekolah menengah pula, usaha pengukuhan perlu bermula pada

Tingkatan Satu lagi. Sekiranya pelajar dapat mengatasi masalah dalam membaca dan

menulis Jawi, maka mereka akan dapat mempelajari dan menduduki peperiksaan

Pendidikan Islam dengan lebih mudah. Bagi pelajar yang lemah dalam kemahiran

Jawi, mereka perlu diberikan peluang agar dapat mempelajarinya secara perlahan dan

mengikut kadar kemampuan sendiri.

Page 24: OLEH: NAZIMAH BINTI MOHAMAD @ MOHD NOOR - … Binti Moha… · Tulisan Jawi ialah tulisan asal yang digunakan oleh masyarakat di Asia Tenggara bagi bahasa Melayu (Amat Juhari, 1996)

7

Menurut Aina Mulyana (2012) menyatakan bahawa, modul merupakan satu

pakej kurikulum yang disediakan untuk pembelajaran secara individu mahupun

berkumpulan. Ini kerana, modul adalah suatu unit yang berdiri sendiri di atas satu

tujuan membantu pelajar mempelajari secara khusus dan jelas mengenai sesuatu

mata pelajaran mengikut kesesuaian modul yang dibina, dipilih dan digunakan kelak.

Sebagai contoh, pelajar Tingkatan Satu telah menghadapi kesukaran dalam

pembelajaran kemahiran Jawi khususnya menyesuaikan pertukaran huruf Rumi dan

huruf Jawi serta keliru penggunaan huruf vokal Jawi berbanding huruf vokal Rumi

yang lebih mudah difahami. Maka, Daftar ejaan Rumi-Jawi terbitan Dewan Bahasa

pada tahun 1998 telah dilancarkan. Ianya bertujuan untuk menyesuaikan ejaan Jawi

Melayu dengan ejaan Rumi agar padanan huruf dan transliterasinya dapat diterapkan

untuk mengelakkan kekeliruan orang awam terhadap ejaan beberapa perkataan Arab

dalam Bahasa Melayu. Untuk menyesuaikan ejaan Jawi Melayu dengan ejaan

Ruminya, maka beberapa padanan huruf dan transliterasinya dibuat oleh Dewan

Bahasa dan Pustaka, yang diharapkan dapat mengelakkan kekeliruan. orang awam

terhadap ejaan beberapa perkataan Arab dalam bahasa Melayu (Mimbar Kata, 2013).

1.3 Pernyataan Masalah

Pembinaan modul pembelajaran kemahiran Jawi menjadi satu proses yang

panjang apabila sering berlaku pertukaran dari segi ejaan dan penggunaan huruf

vokal Jawi pada satu-satu perkataan. Perubahan yang seiring perkembangan bahasa

Melayu menjadi salah satu punca pelajar Melayu kurang berminat pada kemahiran

Jawi. Perubahan yang diibaratkan penambahbaikan ini bermula dengan Jawi Zaaba,

Jawi baku dan yang terkini Jawi baru (Mimbar kata, 2013).

Pendidikan Islam sekolah menengah menggunakan tulisan Jawi sebagai

pengantara pengajaran dan pembelajaran terutama dalam pembelajaran al-Quran

(Kang, 1990). Namun, sehingga kini terdapat ramai pelajar yang tidak mahir dalam

kemahiran Jawi. Situasi ini dapat dilihat sewaktu pelajar menduduki peperiksaan

Page 25: OLEH: NAZIMAH BINTI MOHAMAD @ MOHD NOOR - … Binti Moha… · Tulisan Jawi ialah tulisan asal yang digunakan oleh masyarakat di Asia Tenggara bagi bahasa Melayu (Amat Juhari, 1996)

8

untuk tajuk yang melibatkan kemahiran Jawi. Realitinya, pelajar akan mengabaikan

terus soalan ini ketika menduduki peperiksaan. Hal ini dapat dibuktikan apabila guru

menanda kertas jawapan murid. Menurut Nik Rosila (2007), pelajar tingkatan empat

dan lima akan memperolehi kurang daripada 10 markah dalam ujian melibatkan

soalan Jawi. Mereka akan ketinggalan dan semakin tidak berminat kepada

Pendidikan Islam kerana tidak mahir Jawi.

Pencapaian pelajar Melayu terhadap kemahiran Jawi yang semakin menurun

berpunca dari kelemahan penguasaan huruf-huruf Jawi. Disebabkan oleh penguasaan

yang rendah mutunya, ramai pelajar Melayu tidak mengikuti kelas agama petang,

justeru merosot lagi kemahiran Jawi mereka. Menurut Bhasah et al (1991), sikap

pelajar yang tidak meminati tulisan Jawi mengakibatkan tulisan Jawi semakin

ketinggalan dalam arus pendidikan di sekolah menengah.

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan perlu dilaksanakan

agar pelajar berminat belajar. Sikap pelajar akan berubah menjadi positif sekiranya

pengajaran dan pembelajaran menarik minat mereka dan dapat membantu mereka

memahami teks dengan mudah. Dalam hal ini, cara mempelajari kemahiran Jawi

yang lebih berkesan ialah sentiasa mengaitkan tulisan Jawi dengan kemahiran tulisan

Rumi supaya mudah bagi pelajar mempelajari kemahiran asas Jawi.

Sejajar dengan keterangan di atas, kajian ini membina modul pembelajaran

kemahiran Jawi sebagai pendekatan pengajaran pembelajaran yang sistematik dan

memberikan peluang kepada pelajar mempelajari kemahiran Jawi mengikut kadar

kendiri. Modul sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran dapat membantu pelajar

mempelajari kemahiran Jawi secara berperingkat sehingga mereka menguasainya.

Ciri sedemikian dapat memupuk minat pelajar terhadap kemahiran Jawi.

Page 26: OLEH: NAZIMAH BINTI MOHAMAD @ MOHD NOOR - … Binti Moha… · Tulisan Jawi ialah tulisan asal yang digunakan oleh masyarakat di Asia Tenggara bagi bahasa Melayu (Amat Juhari, 1996)

9

1.4 Objektif Kajian

Berdasarkan permasalahan yang telah dibincangkan, pengkaji telah membina

lima objektif untuk dicapai dalam kajian ini. Membina Modul Pembelajaran

Kemahiran Jawi dalam kajian ini adalah untuk :

i. Membina modul pembelajaran kemahiran Jawi yang sesuai terhadap

kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan.

ii. Mengenal pasti pencapaian kemahiran Jawi pelajar kumpulan eksperimen dan

kumpulan kawalan sebelum dan selepas menggunakan Modul Pembelajaran

Kemahiran Jawi.

iii. Mengenal pasti perbezaan dalam pencapaian kemahiran Jawi pelajar

kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan sebelum dan selepas

menggunakan Modul Pembelajaran Kemahiran Jawi.

iv. Mengenal pasti minat pelajar kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan

dalam kemahiran Jawi sebelum dan selepas menggunakan Modul

Pembelajaran Kemahiran Jawi.

v. Mengenal pasti perbezaan minat kemahiran Jawi pelajar kumpulan

eksperimen dan kumpulan kawalan sebelum dan selepas menggunakan

Modul pembelajaran Kemahiran Jawi.

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk menjawab beberapa persoalan melibatkan

keberkesanan modul pembelajaran kemahiran Jawi dalam meningkatkan pencapaian

dan minat pelajar kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan mempelajari tulisan

Jawi. Kajian ini diharap dapat menjawab soalan-soalan seperti berikut:

Page 27: OLEH: NAZIMAH BINTI MOHAMAD @ MOHD NOOR - … Binti Moha… · Tulisan Jawi ialah tulisan asal yang digunakan oleh masyarakat di Asia Tenggara bagi bahasa Melayu (Amat Juhari, 1996)

10

i. Adakah pembinaan modul pembelajaran kemahiran Jawi sesuai terhadap

kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan?

ii. Apakah tahap pencapaian kemahiran Jawi pelajar kumpulan eksperimen dan

kumpulan kawalan sebelum dan selepas menggunakan Modul Pembelajaran

Kemahiran Jawi?

iii. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian pra dan ujian pos

kemahiran Jawi dalam kalangan pelajar kumpulan eksperimen dan kumpulan

kawalan yang menggunakan Modul Pembelajaran Kemahiran Jawi?

iv. Apakah minat pelajar kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan dalam

kemahiran Jawi sebelum dan selepas menggunakan Modul Pembelajaran

Kemahiran Jawi?

v. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam minat pelajar kumpulan

eksperimen dan kumpulan kawalan terhadap kemahiran Jawi sebelum dan

selepas penggunaan Modul Pembelajaran Kemahiran Jawi?

1.6 Hipotesis Kajian

Berdasarkan objektif dan persoalan kajian, hipotesis yang akan diuji adalah

seperti berikut :

HO1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian pra dan ujian pos

kemahiran Jawi dalam kalangan pelajar yang menggunakan Modul

Pembelajaran Kemahiran Jawi.

Page 28: OLEH: NAZIMAH BINTI MOHAMAD @ MOHD NOOR - … Binti Moha… · Tulisan Jawi ialah tulisan asal yang digunakan oleh masyarakat di Asia Tenggara bagi bahasa Melayu (Amat Juhari, 1996)

11

HO2 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam minat pelajar terhadap

kemahiran Jawi sebelum dan selepas penggunaan modul pembelajaran

kemahiran Jawi.

1.7 Kerangka Teori Kajian

Kajian yang bakal dilakukan ini menjadikan teori Behaviorisme dan teori

konstruktivisme sebagai asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran pembinaan

modul pembelajaran kemahiran Jawi. Pendekatan pembelajaran Masteri turut

digunakan di dalam kelas bagi mencapai penguasaan kemahiran Jawi kepada setiap

individu pelajar.

Rajah 1.0 : Kerangka teori kajian

Rajah 1.1 : Kerangka teori kajian

Modul pembelajaran kemahiran Jawi ini mengambil pendekatan yang telah

dijalankan oleh Thorndike dan kemudian diteruskan oleh Skinner. Menurut Skinner

(1970), perubahan tingkah laku pelajar boleh berlaku melalui enam prinsip

Teori Behaviourisme

• Rangsangan dan gerak balas • Kesediaan pelajar • Latihan berulang • Pengukuhan positif dan negatif

Teori Konstruktivisme

• Alat budaya • Scaffolding • Zon Perkembangan Proksimal

Model ASSURE asas Pembelajaran

modul

Pendekatan Pembelajaran

Masteri

Pencapaian

Page 29: OLEH: NAZIMAH BINTI MOHAMAD @ MOHD NOOR - … Binti Moha… · Tulisan Jawi ialah tulisan asal yang digunakan oleh masyarakat di Asia Tenggara bagi bahasa Melayu (Amat Juhari, 1996)

12

pelaziman operan iaitu pengukuhan, ganjaran, hukuman, pembentukan, generalisasi

dan penghapusan. Pelajar yang menggunakan modul pembelajaran Jawi akan

mendapat ganjaran positif apabila mencapai tahap keputusan ujian pra dan ujian pos

yang terdapat pada setiap bahagian modul. Pencapaian sebanyak 50 peratus akan

melayakkan mereka meneruskan pembelajaran ke bahagian seterusnya.

Teori pembelajaran Skinner diaplikasikan dalam modul pembelajaran

kemahiran Jawi. Proses pembelajaran mengikut gerak balas pelajar berdasarkan

kemampuan pelajar menjawab ujian pra dan pos. Jawapan ujian pra dan ujian pos

akan dapat disemak pelajar setelah selesai ujian justeru membolehkan pelajar dapat

mengetahui prestasi mereka untuk meneruskan pembelajaran. Peneguhan yang

efektif perlu dipilih mengikut keperluan individu pelajar. Pujian serta merta dan

saranan pembetulan akan membantu mengukuhkan kemahiran dan minat pelajar

terhadap kemahiran Jawi.

Selain teori behaviorisme, teori konstruktivisme yang diasaskan oleh Lev

Vygotsky (1934), juga diaplikasikan melalui modul pembelajaran kemahiran Jawi

bagi memantapkan lagi penggunaannya kepada pelajar. Melalui bimbingan yang

dikenali sebagai “scaffolding”, individu dapat membina dan memahami pelajaran

dengan membentuk idea baru melalui interaksi dengan mereka yang lebih mahir

sama ada ibu bapa, guru atau rakan sebaya.

Pembelajaran menggunakan pendekatan “Scaffolding” dapat menjadikan

pelajar berminat melibatkan diri dalam menyiapkan tugasan yang diberikan sehingga

berjaya. Vygotsky turut menerangkan kebaikan “scaffolding” dengan dapat

mengembangkan prestasi dalam Zon Perkembangan Proksimal (ZPD) pelajar

(Santrock, 2011). Antara faktor yang boleh menarik minat pelajar ialah sesuatu yang

baru, mencabar intelek iaitu meliputi aras yang lebih tinggi sedikit dari kesediaan

pelajar dan rangsangan aktif iaitu bahan yang menarik.

Page 30: OLEH: NAZIMAH BINTI MOHAMAD @ MOHD NOOR - … Binti Moha… · Tulisan Jawi ialah tulisan asal yang digunakan oleh masyarakat di Asia Tenggara bagi bahasa Melayu (Amat Juhari, 1996)

13

1.8 Kerangka Konsep Kajian

Kajian yang dijalankan melibatkan penggunaan Modul Pembelajaran

Kemahiran Jawi ketika proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas

Tingkatan Satu. Modul ini dibina berdasarkan prinsip-prinsip pembelajaran dalam

teori Behaviorisme dan Sosial Konstruktivisme. Kerangka konsep kajian yang

menggunakan kedua-dua teori ini ditunjukkan dalam kerangka konsep dalam rajah

2.0.

Rajah 1.2 Kerangka Konsep Kajian

Modul dibina berlandaskan prinsip pengukuhan dan ganjaran dalam teori

behaviorisme serta bimbingan melalui interaksi sosial dengan guru dalam teori sosial

konstruktivisme. Pelajar dibimbing mempelajari kemahiran Jawi secara berperingkat

mengikut modul sehingga menguasai pelajaran yang terkandung dalam modul itu.

Penggunaan modul ini akan menyumbang kepada pencapaian dan minat pelajar.

1.9 Kepentingan Kajian

Modul pembelajaran kemahiran Jawi yang digunakan dalam kajian ini adalah

satu usaha untuk mempertingkatkan kemahiran Jawi pelajar sekolah menengah. Hasil

kajian dapat membantu guru Pendidikan Islam dalam melaksanakan pengajaran dan

Membina modul

pengajaran pembelajaran

kemahiran Jawi

Pelajar Tingkatan Satu yang mengikuti

kelas Pendidikan Islam

Pencapaian dalam kemahiran Jawi

Minat dalam kemahiran Jawi

Model AS

SU

RE

Page 31: OLEH: NAZIMAH BINTI MOHAMAD @ MOHD NOOR - … Binti Moha… · Tulisan Jawi ialah tulisan asal yang digunakan oleh masyarakat di Asia Tenggara bagi bahasa Melayu (Amat Juhari, 1996)

14

pembelajaran yang menggunakan modul. Kajian ini diharap dapat memberi input

kepada pihak-pihak tertentu seperti berikut:

1.9.1 Pihak Sekolah

Kajian tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran menggunakan

modul pembelajaran kemahiran Jawi ini diharap dapat memberi kesedaran kepada

pihak sekolah supaya memberi sokongan padu kepada guru pendidikan Islam dengan

menyediakan program khas pembelajaran Jawi kepada pelajar sekolah menengah

selagi komponen Jawi tidak di masukkan dalam sukatan pelajaran pendidikan Islam

ataupun sukatan pelajaran bahasa Melayu. Program pembelajaran tersebut akan dapat

meningkatkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan sekaligus menjadikan

kemahiran tulisan Jawi satu kelebihan kepada guru dan pelajar.

1.9.3 Guru Pendidikan Islam

Hasil kajian dapat memberi maklumat baru kaedah pengajaran dan

pembelajaran kemahiran Jawi menggunakan modul kepada guru pendidikan Islam.

Selain membantu guru memperkasakan tulisan Jawi kepada pelajar sekolah

menengah, hasil kajian ini diharap dapat menyelesaikan masalah-masalah yang

dihadapi guru sepanjang pengajaran dan pembelajaran tulisan Jawi di sekolah.

1.9.4 Pelajar

Hasil kajian ini memberi pendedahan kepada pelajar kepentingan, kelebihan

dan kebaikan mereka mempelajari kemahiran Jawi. Pelajar seharusnya sedar

kepentingan kemahiran Jawi terhadap pembentukan jatidiri mereka sebagai rumpun

Melayu dengan mengekalkan warisan unggul Tanah Melayu. Maka, modul yang

Page 32: OLEH: NAZIMAH BINTI MOHAMAD @ MOHD NOOR - … Binti Moha… · Tulisan Jawi ialah tulisan asal yang digunakan oleh masyarakat di Asia Tenggara bagi bahasa Melayu (Amat Juhari, 1996)

15

terhasil daripada kajian ini merupakan penambahbaikan kemahiran Jawi baru yang

diharap dapat membantu pelajar mempelajari kemahiran Jawi.

1.10 Batasan Kajian

Berdasarkan kajian yang dijalankan, pengkaji telah mengenal pasti beberapa

batasan yang boleh mempengaruhi dapatan kajian yang dilakukan. Batasan kajian

yang pertama adalah tentang populasi kajian. Populasi kajian untuk pelajar sekolah

menengah di Malaysia sangat luas. Kajian yang berbentuk menguasai modul ini

hanya melibatkan sampel kajian yang terhad kepada sebuah sekolah di bawah

kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’

Usman Awang.

Batasan kajian yang seterusnya ialah pada bahagian yang terkandung dalam

modul pembelajaran kemahiran Jawi ini tidak membezakan kepada tahap penguasaan

pelajar tertentu. Modul ini disusun mengikut asas awal pembelajaran kemahiran Jawi

sehingga mencapai tahap menguasai membaca dan menulis Jawi, maka, pelajar

ditentukan tahap mereka melalui ujian pra dan ujian pos yang terdapat pada setiap

bahagian. Faktor penerangan guru yang jelas turut diberi perhatian pada setiap

bahagian, khususnya bahagian satu dan dua kepada pelajar. Modul pembelajaran

kemahiran Jawi ini akan dapat menarik minat pelajar apabila dua bahagian asas ini

dikuasai dengan berkesan. Faktor ini juga sebagai menarik minat kepada pelajar

untuk meneruskan pembelajaran kemahiran Jawi pada bahagian seterusnya.

Dalam proses mendapatkan data kajian, kekangan waktu dan tekanan pada

waktu persekolahan akan memungkinkan jawapan yang diberikan pelajar tidak selari

dengan pelaksanaan dan susunan sebenar yang dilakukan oleh guru-guru. Faktor usia

remaja memungkinkan pelajar menjawab mengikut emosi dan rasional mereka

sendiri. Interpretasi keputusan akan mengambil kira batasan-batasan ini sebelum

kesimpulan secara keseluruhan dilakukan.

Page 33: OLEH: NAZIMAH BINTI MOHAMAD @ MOHD NOOR - … Binti Moha… · Tulisan Jawi ialah tulisan asal yang digunakan oleh masyarakat di Asia Tenggara bagi bahasa Melayu (Amat Juhari, 1996)

16

1.11 Definisi Istilah

Kajian ini menggunakan beberapa konsep yang memerlukan penjelasan bagi

memudahkan pemahaman keseluruhan kajian. Berikut ialah definisi istilah yang

dijelaskan dengan ringkas dari yang terkandung dalam tajuk kajian ini supaya dapat

memberi maksud yang sesuai dengan keperluan kajian.

1.11.1 Kemahiran Jawi

Kemahiran ialah kecekapan dan kepandaian yang terhasil daripada latihan

yang kerap mengerjakan sesuatu. Seperti kecekapan pelayaran bergantung kepada

kepandaian pelayarnya. Menurut Vygotsky (1934) pelajar membina ilmu dan

menguasai kemahiran melalui interaksi sosial dan aktiviti sosiobudaya. Kemahiran

Jawi dapat dikuasai bangsa Melayu sebelum merdeka kerana tulisan tersebut

digunakan dalam aktiviti social mereka. Kemahiran dalam kajian ini bermaksud

kecekapan pelajar menulis dan membaca tulisan Jawi hasil dari penggunaan modul

pembelajaran kemahiran Jawi. Perbezaan pencapaian pada ujian pra dan ujian pos

bahagian modul akan dapat memberi bukti kepada kecekapan mereka.

1.11.2 Modul Pembelajaran

Modul merupakan unit atau bahagian tersendiri yang lengkap dengan

komponennya atau pelajaran yang dapat dilaksanakan secara tersendiri kearah

pencapaian sesuatu kemahiran. Menurut Slavin (2000), belajar adalah proses

interaksi antara stimulus dan respon. Panduan modul ini menjadi rangsangan awal

pengajaran dan pembelajaran pelajar untuk menguasai kemahiran menulis dan

membaca tulisan Jawi. Pembelajaran menggunakan modul menjadi satu proses yang

berlaku secara interaktif untuk merangsang pengetahuan pelajar ke bahagian

Page 34: OLEH: NAZIMAH BINTI MOHAMAD @ MOHD NOOR - … Binti Moha… · Tulisan Jawi ialah tulisan asal yang digunakan oleh masyarakat di Asia Tenggara bagi bahasa Melayu (Amat Juhari, 1996)

17

seterusnya. Pembelajaran behaviorisme merujuk kepada perubahan tingkah laku

yang boleh diukur, diamati dan diramal dari rangsangan. Modul yang digunakan

dalam kajian ini disusun mengikut asas pengenalan tulisan Jawi dari sebutannya

sehingga peringkat membina dan membaca tulisan Jawi yang membolehkan guru

merangsang pelajar dengan pengukuhan positif atau negatif agar pembelajaran

menjadi lebih berkesan.

1.11.3 Minat

Minat menurut Zaini (2003) dinyatakan sebagai penjelmaan istimewa yang

terdapat di jiwa manusia. Minat berupaya memberi kuasa kepada pemiliknya

menjalankan sesuatu aktiviti. Keperluan pelajar menggunakan modul pembelajaran

kemahiran Jawi ini dapat dipenuhi melalui bahagian-bahagian yang disusun

berperingkat dari tingkatan aras mudah kepada tingkatan aras sukar. Dalam kajian ini

minat pelajar akan dapat diukur melalui ujian pra dan ujian pasca yang berperanan

meningkatkan kemahiran Jawi mereka.

1.11.4 Pencapaian

Pencapaian secara umumnya diukur dan dinyatakan dalam pelbagai cara

seperti skor mentah, gred dan pangkat untuk satu subjek ataupun keseluruhan subjek.

Maka, pencapaian itu membawa maksud kejayaan atau kegagalan pelajar bagi satu

ujian atau peperiksaan dalam sekolah yang diberi markah dan diinterpretasikan oleh

pakar-pakar dalam bidang tersebut. Dalam kajian ini, pencapaian pelajar yang

menggunakan modul pembelajaran Jawi sebanyak 50 peratus akan melayakkan

mereka meneruskan pembelajaran ke bahagian seterusnya menggunakan modul

pembelajaran kemahiran Jawi.

Page 35: OLEH: NAZIMAH BINTI MOHAMAD @ MOHD NOOR - … Binti Moha… · Tulisan Jawi ialah tulisan asal yang digunakan oleh masyarakat di Asia Tenggara bagi bahasa Melayu (Amat Juhari, 1996)

18

1.12 Penutup

Secara umumnya kajian dalam bab ini dimulakan dengan menghuraikan serba

sedikit tentang kemerosotan kemahiran Jawi pelajar. Latar belakang kajian yang

tertumpu pada situasi semasa pelaksanaan kemahiran Jawi di sekolah. Perbincangan

pada latar belakang dan pernyataan masalah kajian dalam bab ini telah menunjukkan

pembelajaran kemahiran Jawi menggunakan modul. Pelajar memerlukan guru yang

mampu merangsang minat mereka mempelajari Jawi. Pendekatan belajar

menggunakan modul sebagai alternatif menyelesaikan masalah kajian. Bab

seterusnya pula akan membincangkan tinjauan kajian yang berkaitan dengan kajian

yang dijalankan.